Anda di halaman 1dari 3

Gejala ponteng sekolah

4.0 Teknik terapi yang digunakan

Gejala ponteng seharusnya ditangani agar ia tidak mempengaruhi masa depan


pelajar. Dalam pada itu, Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan proses kaunseling tersebut.

Setelah membuat banyak spekulasi, kami berdua bercadang untuk memilih


terapi bercerita sebagai teknik terapi dalam membanteras gejala tersebut. Menurut mok
soon sang (2010), terapi bercerita adalah penyampaian peristiwa dengan
menggunakan perkataan, imej dan suara melalui sesuatu aktiviti. Manakala, aspek
bercerita untuk terapi dalam sekolah adalah cerita-cerita yang mengadungi nilai-nilai
muri dimana kanak-kanak mempunyai motivasi dalaman (instrinsik) yang suka
mendengar cerita. Di sini, kami beranggapan bahawa teknik yang kami
mengaplikasikan itu merupakan satu pendekatan yang akan berkesan untuk kanak-
kanak yang mempunyai masalah dari segi tingkah laku. Oleh hal yang demikian,
melalui cerita yang mengandung nilai-nilai moral kanak-kanak dapat mempelajari cara
menyelesaikan masalah, sepetimana watak cerita di dalam cerita berkenaan.

Kami juga berharap bahawa cerita mengajar penyelesaian masalah secara


kreatif apabila murid menghadapi dalam sesuatu masalah. Dalam erti kata lain, cerita
mengandungi masalah atau konflik yang perlu diselesaikan. Seterusnya, ia membawa
pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik itu.
Dengan menggunakan cara yang demikian, terapi ini juga menjadi salah satu factor
dalam mengajar berfikir secara kreatif, pintar akal, dan juga ketabahan.

Sehubungan itu, cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat menerusi sesuatu
cerita. Biasanya, kita boleh melihat akibat perbuatan tidak berfaedah atau tidak
bermanfaat kepada mana-mana pihak membawa padah kepada diri sendiri. Ia dapat
dilihat sewaktu murid-murid mengimbas akibat setiap keputusan watak, sama ada
positif atau negatif. Malah, ia juga berguna dalam memberi tunjuk ajar kepada kanak-
kanak untuk membuat keputusan positif pada masa akan datang.

Di samping itu, kami juga membuat spekulasi mengenai cerita bahawanya ia


menggambarkan kehidupan emosi dalaman. Sebagai contoh, suatu cerita merangkumi
pengalaman emosi. Murid-murid diberi perkataan yang diperlukan untuk menyatakan
perasaan agar mereka memahami perasaan yang dimaksudkan di dalam cerita itu.
Dengan itu, mereka dapat meluahkan perasaan yang simpan dalam hati kepada
kaunselor serta berasa lega dan menjadi lebih yakin. Kreatif dalam menyelesaikan
masalah. Kaunselor hanya menjadi seorang fasilitator bagi murid berkenaan.

Terapi bercerita

Definisi

Cerita dan situasi


5.0 cara pelaksanaan teknik

Anda mungkin juga menyukai