Anda di halaman 1dari 4

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran sepanjang hayat Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Belajar sepanjang hayat, membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan prokehidupan.Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.

Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa, tidak juga secara formal dan latihan. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta, dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu. Berdasarkan kepada pandangan di atas, pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut: -Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang, mahupun pada masa akan datang; dan -Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ia adalah proses sepanjang hayat.

Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat. a.Sebagai seorang pendidik, kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. Oleh itu, setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar.

b.Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Oleh itu, guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya.

c.Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang

berfikiran rasional, inovatif, kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

d.Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar, guru juga menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa. Oleh itu, mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik.

e.Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar. http://albert-falsafahpendidikan.blogspot.com/2009/11/konsep-pembelajaransepanjang-hayat.html

Pembelajaran Sepanjang Hayat - Tujuan Melanjutkan Pelajaran Kita sebagai orang dewasa mempunyai berbagai-bagai sebab untuk melanjutkan pelajaran dalam berbagai peringkat sama ada diploma atau ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi. Kebanyakan kita mempunyai matlamat untuk mencapai objektif tertentu iaitu mendapat diploma atau ijazah dan sebagainya. Walau bagaimana pun terdapat juga antara kita yang melanjutkan pelajaran kerana untuk mengikuti aktiviti dan program yang telah ditawarkan disamping mendapatkan ijazah. Terdapat juga pelajar dewasa yang melanjutkan pelajaran dengan matlamat yang berorientasikan ilmu pengetahuan. Mereka ingin melanjutkan pelajaran kerana mahu mendalami bidang ilmu pengetahuan yang diminati untuk kepuasan diri. Walau bagaimana pun, kategori ini adalah amat kecil bilangannya. Kebanyakan pelajar dewasa ini mempunyai alasan yang kuat untuk mendapatkan ijazah pertama kerana dengan itu mereka akan dapat mempertingkatkan diri untuk menjawat jawatan yang lebih baik, mendapat kenaikan pangkat, menambahkan pendapatan atau gaji, memperolehi status sosial yang lebih tinggi dan mempunyai self-esteem. Bagi kalangan guru, kita dapat mempertingkatkan gred jawatan daripada DG29, 32 atau sebagainya (guru bukan siswazah) kepada gred DG41 iaitu guru siswazah. Selain matlamat untuk mendapatkan ijazah yang mendorong kita mendaftarkan diri di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai pelajar pendidikan jarak jauh, pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing dapat membantu menyerlahkan identiti kita (guru) sebagai pelajar dewasa yang matang dan bertanggung jawab. Dalam kalangan kita mungkin sudah berkahwin, mempunyai anak, memegang jawatan tertentu, berkhidmat sebagai pegawai di bidang profesional atau pertubuhan swasta atau awam, serta melakukan kerja-kerja sukarela dalam masyarakat masing-masing. Maka pelajar ini hadir ke kuliah dengan perasaan bebas dan keyakinan yang tinggi untuk belajar. Mereka mungkin tidak banyak mengetahui tentang bidang yang diikuti, tetapi mungkin tahu lebih banyak bidang-bidang lain berbanding dengan pensyarah yang mengajar. Negara kita telah lama mengamalkan pendidikan dewasa melalui pelbagai program pendidikan jarak jauh yang dikendalikan oleh universiti awam dan swasta tempatan, malahan banyak universiti luar negara menawarkan program sebegini melalui pembelajaran atas talian (on-line learning) dan sebagainya. Ayuh para pendidik sekelian, rebutlah peluang yang begitu luas terbuka untuk mempertingkatkan kelayakan akademik masing-masing di samping mendalami ilmu dan kemahiran dalam bidang profesion kita. Pelajar dewasa mendaftarkan diri apabila sudah sedia untuk belajar. Oleh itu motivasi untuk belajar adalah begitu tinggi. Selain matlamat, pengalaman dan kesediaan untuk belajar, mereka juga mempunyai kebolehan kognitif untuk menghadapi suasana pembelajaran. Dua elemen kemahiran kognitif yang penting terdapat dalam diri pelajar ini ialah kecerdikan dan ingatan. Gardner, seorang pakar pendidikan dalam bidang pelbagai kecerdasan (multiple intellegence)telah menyatakan bahawa kecerdikan adalah diukur dari sembilan bidang iaitu kebolehan berbahasa, kebolehan artistik atau muzik, kebolehan dalam bidang logik matematik, spatial awareness, kebolehan kinestatik (bodily-kinesthetic) dan kesedaran dalaman serta luaran atau perspektif. Manakala faktor yang menyumbang kepada kecerdikan seseorang adalah berbeza-beza, seseorang mungkin mempunyai kebolehan yang tinggi dalam sesetengah bidang manakala bidang lain berkurangan. Begitu juga halnya yang berlaku kepada pelajar dewasa. Elemen ingatan pula beroperasi dalam tiga mod iaitu ingatan sensory, ingatan primer (short term) dan ingatan sekunder (long term). Setiap mod ingatan terlibat dalam memperolehi, menyimpan dan mendapatkan kembali maklumat. Kepercayaan yang menyatakan semakin bertambah usia seseorang, akan semakin sukar untuk mengingati sesuatu maklumat adalah tidak benar. Penyelidikan telah membuktikan

bahawa hanya sebahagian kecil sahaja kebolehan ingatan sementara (short-term memory) berkurangan apabila usia semakin bertambah (Gardner, 1988). Kita sering memberi alasan ini untuk tidak mahu belajar lagi. Sudah tua dan tidak mampu untuk belajar lagi sebab otak sudah lembab dan perlahan, daya ingatan sudah lemah dan perlahan dan sebagainya alasan yang diberikan untuk tidak mahu melanjutkan pelajaran sebagai pelajar dewasa. Islam menggalakkan umatnya melanjutkan pelajaran sehingga ke liang lahat dan Rasulullah pernah menggalakkan supaya umatnya belajar sehingga ke negeri China. Ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya belajar walaupun sejauh mana atau selanjut mana usia seseorang. Alasan usia dan lemah fikiran tidak dapat lagi digunakan untuk kita sebagai guru mengelakkan daripada terus belajar. Bukti-bukti terkini dengan kejayaan yang dicapai oleh pelajar pendidikan jarak jauh di seluruh dunia menunjukkan kepada kita bahawa walau pun masalah ingatan menjadi sedikit berkurangan, mereka tetap menunjukkan kejayaan yang amat memberangsangkan dalam semua bidang yang diikuti di pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus kepada pelajar dewasa. Dengan kaedah pengajaran yang moden dan penggunaan teknologi terkini, masalah tersebut telah dapat diatasi dan dapat membantu pelajar-pelajar dewasa mengikuti pelajaran mereka hingga berjaya mendapatkan ijazah. Pelajar dewasa sebenarnya tidak masuk ke bilik darjah sebagai pelajar dengan tangan yang kosong. Cuma menjadi masalah kepada mereka ialah masa yang mungkin tidak mengizinkan mereka untuk melibakan diri sepenuhnya dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini menuntut kita supaya lebih bijak membahagikan masa (pengurusan masa) antara tugas, tanggung jawab dan belajar. Namun pengalaman hidup sebagai seorang manusia yang lebih matang dapat membantu kita menguruskan masa dengan lebih bijak dan mengatasi masalah serta rintangan pembelajaran. http://deriakacamata.blogspot.com/2008/12/pembelajaran-sepanjang-hayat-tujuan.html

Anda mungkin juga menyukai