Anda di halaman 1dari 36

SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM)

DENGAN KEPUJIAN

SEPTEMBER 2022

OUMH1603

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

NO. MATRIKULASI : 030825030317001


NO. KAD PENGENALAN : 030825030317
NO. TELEFON : +601139114393
E-MEL : pokteh588@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU KELANTAN


OUMH 1603

ISI KANDUNGAN

SOALAN 1

1.0 ISI KANDUNGAN 1

1.1 PENGENALAN 2

1.A KEMAHIRAN KOLABORATIF 3

SOALAN 2

2.0 MENILAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI 20

SOALAN 3

3.0 MENUNJUKKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS 22


DAN MENAAKUL

SOALAN 4

4.0 MENUNJUKKAN KREATIVITI DAN KEMAHIRAN 24

INOVATIF

SOALAN 5

5.0 MENUNJUKKAN LITERASI DIGITAL 26

SOALAN 6

6.0 KESEDARAN PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN 30

GLOBAL DAN CABARAN ALAM SEKITAR

1.1 PENGENALAN
1
OUMH 1603

Dalam abad ke-21, persekitaran pembelajaran amat penting untuk pelajar-pelajar


menyediakan dan mewujudkan kemahiran melalui pendidikan.
Pendidikan Kewarganegaraan Global memberi kemampuan kepada pelajar-pelajar untuk
berfikir, berkongsi dan berusaha untuk dunia yang lebih adil, damai, inklusif dan
mampan. Konsep teras Pendidikan Kewarganegaraan Global mempunyai tiga dimensi
iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku. Menurut Wirani Kamarulzaman et. al.,
(2019), Motif Pendidikan Kewarganegaraan Global harus dimasukkan dalam sukatan
pelajaran, kursus-kursus kerana ia dapat memupuk penghormatan untuk dunia dan satu
sama lain, untuk memberikan rakyat mengerti tentang kepelbagaian di alam dunia ini.
Sekarang, apakah dimaksudkan sebagai globalisasi? Globalisasi adalah kaedah di mana
dunia semakin kecil dan saling berkaitan dalam kegiatan seperti budaya, aktiviti manusia
dan perdagangan . Menurut Wirani Kamarulzaman et. al., (2019), Biosfera ialah alam
sekitar yang hidup dan benda yang bukan hidup. Ia terdiri daripada litosfera, hidrosfera
dan atmosfera. Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk memelihara
alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun
1977. Salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan
alam sekitar ialah sekolah (Moroye, 2005). Pendidikan berkaitan alam sekitar penting
bagi membangunkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar
membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan
memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). 3

1(A) KEMAHIRAN KOLABORATIF

2
OUMH 1603

Kemahiran kolaboratif dikenali sebagai suatu kemahiran pembelajaran yang


penting bagi abad ke-21. Pembelajaran seperti ini terjadi apabila seorang atau lebih
daripada itu mengambil bahagian yang sama bagi mencapai matlamat bersama. Dengan
ini, kita dapat mencapai sesuatu kehendak dengan lebih baik. Malahan, cara ini kita
dapat mencari idea bersama atau berkongsi kepakaran pengetahuan mahupun dengan
membantu kita dalam menyelesaikan tugasan dengan baik dan cepat. Dalam hal ini, ia
dapat memberi manfaat kepada semua anggota yang terlibat.

Terdapat beberapa pakar dalam bidang yang menafsirkan bagi pembelajaran


kolaboratif, salah satunya adalah Smith and MacGregor (1992). Menurutnya,
pembelajaran kolaboratif ini adalah istilah umum bagi pendekatan pendidikan yang
melibatkan usaha orang berpendidikan bersama pelajar atau pelajar dengan guru.
Kebiasaannya, pelajar akan bekerja secara berkumpulan dua orang atau lebih untuk
mencari penyelesaian dan membuahkan hasil kerja. Dari sinilah pelajar akan mendapat
manfaat apabila terdedah kepada pandangan yang berbeza dari individu lain. Aktiviti
pembelajaran kolaboratif ini berbeza dengan meluas, tetapi semua tertumpu pada cara
pelajar aplikasikan bahan kursus pembelajaran merak sendiri yang bukan sekadar terjadi
kepada guru bagi mempersembahkan bahan kursusnya. Selain itu, bagi Golub (1988), ia
menekankan bahawa pembelajaran kolaboratif dapat terap pelajar bercakap dan
berkomunikasi dengan pelajar lain, dan dalam perbualan inilah pembelajaran akan
berlaku. Bagi merumuskan definisi pakar di atas, pembelajaran kolaboratif ini adalah
kaedah yang terbaik untuk berinteraksi dengan individu lain bagi mencapai matlamat.

Dalam pembelajaran kolaboratif ini memerlukan pelajar yang bekerjasama bagi


setiap kumpulannya untuk mengatasi sesuatu masalah dan menyelesaikan dengan baik.
Dengan itu, setiap pelajar perlu memberi maklum balas serta berkomunikasi dan
berinteraksi dengan pelajar lain. Perkara ini penting bagi membentuk kemahiran sosial,
berkomunikasi serta interaksi antara satu sama lain dengan berstruktur dan dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Pada waktu yang sama, setiap ahli kumpulan
tidak merasa bertanggungjawab terhadap peningkatan diri sendiri tetapi juga mereka
3
OUMH 1603

dapat pengaruh positif terhadap ahli kumpulan yang lain serta mendapat kebaikan
bersama. Dalam hal ini juga, pelajar digalakkan terlibat bersama dalam membuat
keputusan semasa perbincangan kumpulan. Seterusnya, terjadilah interaksi yang
berterusan di mana saling bergantung dan terjalin.

4
OUMH 1603

i. Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding IPTS?

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengeluarkanLaporan statistik


Kajian Pengesanan Graduan 2017 menunjukkan bahawa peratusan graduan IPTS
mendapat kerja lebih tinggi berbanding UA. Menurut statistik pengangguran berkenaan,
seramai 26,776 (52%) graduan daripada University Awam manakala IPTS 24,804 (48%)
dan menjadikan jumlah keseluruhan graduan tamat pengajian 2017 yang menganggur
adalah 51,580. Jumlah dan peratusan ini tidak termasuk IPTA lain seperti politeknik,
kolej komuniti, ILKA. Statistik sahih ini telah menimbulkan persoalan kenapa majikan
lebih tertarik kepada graduan IPTS berbanding University Awam?. Apakah penyebab
graduan University Awam sukar mendapat kerja?

1. Kursus Pengajian Tidak Memenuhi Pasaran Kerja

Di University Awam terdapat banyak kursus pengajian dalam pelbagai bidang


ditawarkan berbanding di IPTS. Di antara kursus-kursus berkenaan ada yang tidak
sejalan dengan permintaan pasaran kerja semasa. Disebabkan inilah ramai graduan
University Awam, bekerja bukan dalam bidang pengajian masing-masing dan yang lebih
malang malah menjadi penganggur. Hal ini berbeza di IPTS, kursus pengajian yang
ditawarkan sejalan dengan keperluan pasaran kerja semasa. Pihak IPTS tidak akan
sesekali mengunjukkan kursus pengajian yang tidak mempunyai potensi kerja.

 IPTS tidak sama seperti University Awam, mereka perlu menarik pelajar ke
institusi mereka jika ingin terus beroperasi berbanding di University Awam, yang hanya
menunggu pelajar untuk memohon. Disebabkan itulah, IPTS perlu menyakinkan ibu bapa
dan pelajar lain untuk memilih melanjutkan pengajian di institusi mereka dan
memastikan majoriti pelajar yang menamatkan pengajian di institusi mereka mendapat
pekerjaan . Jika kursus yang diambil memenuhi keperluan pasaran, sudah tentu mudah
untuk mendapatkan pekerjaan dan tidak akan timbul isu persaingan kerana majikan
memerlukan tenaga kerja yang ramai.

5
OUMH 1603

2. Kurang Jalinan Kerjasama antara UA & Industri

Di University Awam, kebanyakan kaedah pembelajaran lebih menfokuskan teori


berbanding praktikal. Silibus kursus juga tidak seiring dengan kenyataan dunia pekerjaan
sebenar. Disebabkan itulah, ramai yang berpendapat belajar tidak sama dengan bekerja.
Apa yang dipelajari di universiti sangat jauh berbeza dan tidak sama dengan bekerja.
Persoalanya kenapa ianya perlu berbeza dan tidak sejalan?. Bukankah ilmu yang
dipelajari itu untuk digunakan bagi persediaan masuk ke alam pekerjaan?. Itu adalah
kebenaran di UA, apa yang dipelajari tidak sama dengan realiti ketika bekerja. Jadi
bagaimana hendak meyakinkan majikan kelak?

Berbanding di IPTS, kebanyakan IPTS menjalinkan hubungan yang baik dengan


pihak industri. Jalinan kerjasama antaraIPT dengan industri itu penting dalam
memastikan silibus kursus bertepatan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan (praktikal)
dan bukan bergantung kepada teori sahaja. Maka, tidak hairanlah jika graduan IPTS lebih
dipilih oleh majikan kerana hasil pembelajaran mereka seiring dengan kehendak industri.
Masalah ini telah pun disedari oleh beberapa buah University Awam dan mereka telah
mula memperkenalkan program 2U1i dan 3U1i. Ianya adalah program pengajian
kerjasama antara universiti dan industri. Program pengajian ini pertama kalinya
ditawarkan melalui permohonan kemasukan pelajar ke IPTA melalui portal rasmi UPU.
Merujuk afterschool.my.

3. Penguasaan Bahasa Inggeris Lemah

Bahasa melayu adalah bahasa pengantar bagi kebanyakan kursus di UA .


Contohnya, UKM yang memartabatkan serta bahasa melayu dalam aktiviti
pembelajarannya. Dijadikan juga bahasa melayu ini sebagai media komunikasi utama
dalam mayoritas subjek pengajian seperti sesi pembelajaran, pembentangan dan
sebagainya. Terdapat segelintir pensyarah yang memberi kelonggaran semasa
peperiksaan dijalankan kepada pelajar untuk menjawab soalan dalam dwi- bahasa
walaupun subjek tersebut diajar dalam bahasa Inggeris.
Tidak dapat disangkal bahawa bahasa melayu itu penting dan bahasa inggeris
bukanlah kayu pengukur kepada kemahiran dan kebolehan seseorang. Namun, kita perlu

6
OUMH 1603

sedar dengan realiti kehidupan kita yang sebenar. Kebanyakan syarikat swasta mahu
pekerja mereka menguasai dan lancar berbahasa inggeris, tidak terkecuali syarikat yang
dimiliki oleh orang melayu. Temuduga kerja juga majoritinya dikendalikan dalam bahasa
Inggeris. Bagaimana pelajar dapat meyakinkan kemampuan mereka sekiranya majoriti
majikan sudah menolak permintaan kerja hanya kerana tidak mahir berbahasa inggeris?.
Kurangnya penggunaan bahasa Inggeris di UA dilihat menjadi punca pelajar
kurang kepercayaan diri untuk bercakap di khalayak ramai kerana risau ada kesilapan
tatabahasa atau dari penyusunan ayat dan sebagainya. Bahasa inggeris adalah bahasa
komunikasi utama termasuk dalam aktiviti pembelajaran atau peperiksaan. Maka, tidak
hairanlah jika keputusan akademik mereka tidaklah sebagus mana tetapi berjaya
ditawarkan kerja kerana fasih berbahasa inggeris.
Walau apapun puncanya, graduan yang sedang atau bakal menghadapi masalah
ini perlu mengatur halatuju selepas tamat pengajian dengan baik. Semua pihak termasuk
diri mereka sendiri perlulah sedar dari lena dan perlu menghadapi masalah ini. Jangan
menangguhkan halatuju yang sebenar. Universiti Awam juga perlu memainkan peranan
dengan memperbanyakkan kursus pengajian berlandaskan industri semasa disamping
mengekalkan kursus berkaitan dengan bidang kebudayaan, warisan dan seangkatan
dengannya supaya masyarakat tidak akan lupa akan asal usul mereka. Meskipun
begitu, tidak perlu juga mengambil terlalu ramai pelajar untuk sesuatu kursus yang
kurang potensi kerja, sebaliknya sediakan lebih banyak tempat untuk kursus yang tinggi
peluang pekerjaan. Guru-guru di sekolah juga seharusnya memberi pendedahan yang
jelas dan betul kepada pelajar tentang halatuju kerjaya bukan sekadar menyuruh pelajar
belajar tetapi tiada halatuju masa depan. 
Selanjutnya, UA perlu pertingkatkan kerjasama antara pihak industri supaya
graduan yang dilahirkan sudah bersedia menghadapi cabaran dan rintangan sebenar dunia
pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Bagi
pelajar atau graduan sendiri, tingkatkan penguasaan bahasa inggeris supaya kebolehan
kita tidak diperlekehkan dan dicemuh oleh mana-mana pihak. 

7
OUMH 1603

ii. ADAKAH PENDIDIKAN TINGGI MASIH DAPAT MENYEDIAKAN ORANG


UNTUK PELUANG PEKERJAAN?

Tidak, saya tidak setuju. Fenomena alam pekerjaan semakin mencabar pada hari
ini, lebih 116 000 pendidikan tinggi memerlukan pengambilan kerja. Dianggarkan
sekitar 75,000 (25 peratus) daripada 300,000 graduan pada tahun 2020 menghadapi
halangan untuk mendapatkan pekerjaan. Semasa itu, banyak syarikat mengalami kesan
tidak baik dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan saja ramai diberhentikan
kerja, malah kajian berhubungan pengangguran graduan mendapati banyak peluang
pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat tidak wajar dengan kemahiran dan tahap
pendidikan mereka. Kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah, sama ada dalam
golongan kemahiran rendah atau separa mahir, berbanding untuk mereka yang
berkemahiran tinggi. Graduan tidak ada pilihan dan terpaksa juga bekerja agar tidak
menganggur berpanjangan. Buktinya, hari ini graduan memiliki ijazah sarjana muda
bekerja sebagai kerani, penghantar makanan, atau operator pengeluaran. Inilah yang
dikatakan realiti semasa yang tidak dapat dielakan oleh anak muda hari ini. Lantas,
mereka perlu segera mempersiapkan diri. Penting untuk graduan mengatahui trend
pasaran buruh, industri, pekerjaan dan kerjaya. Kualiti diri juga perlu mula
diperkembangkan melalui kemahiran soft-skills (insaniah) dan ilmu teknikal, selain
membina jaringan kepintaran sosial yang lebih luas. Sudah pasti objektif utama bagi
pelajar lepasan graduan ingin mencari peluang - peluang pekerjaan serta menjana
pendapatan mereka serta ahli keluarga mereka sendiri. Bukan itu sahaja, malah graduan
juga perlu mencari sumber pendapatan yang lain bagi melangsaikan kembali hutang
pinjaman pendidikan yang telah menampung sepanjang proses pengajian dahulu.
Namun, isu kini adalah, mencari pekerjaan tidak semudah yang dijangkakan. Dengan
keadaan semasa yang penuh cabaran dalam mencari peluang pekerjaan termasuklah
golongan graduan. Persoalannya, adakah anda berfikir bahawa pendidikan tinggi masih
dapat menyediakan orang untuk peluang pekerjaan? Dan mengapa anda berfikiran
sedemikian? Jawapan bagi persoalan diatas adalah pendidikan tinggi tidak dapat
menyediakan orang untuk peluang pekerjaan. Hal ini terjadi apabila pelbagai faktor

8
OUMH 1603

yang mempengaruhi penawaran peluang pekerjaan seperti keadaan ekonomi yang tidak
menentu pada masa kini, faktor saingan dikalangan pencari pekerja yang ramai, faktor
kemahiran yang lebih tinggi dan faktor - faktor yang lain. Dengan ini, proses dalam
pencarian pekerjaan akan mengambil masa yang lebih panjang. Mahu ataupun tidak,
proses pengangguran tidak dapat dielakkan untuk graduan masa kini. Bagi jawapan
untuk persoalan diatas, mengapa saya berfikiran sedemikian adalah terdapat pelbagai
perkara yang menjadi penghalang kepada pendidikan tinggi untuk mendapatkan
peluang pekerjaan. Antara yang sering menjadi halangan kepada mana - mana
pendidikan tinggi ialah lambakan siswazah meningkat begitu ketara. Seperti yang dapat
kita lihat, sektor ekonomi menjadi lumpuh sejak akhir tahun 2019 akibat daripada
wabak Covid-19. Malahan, sebelum mulanya Covid-19 lagi, negara kita menghadapi
masalah lambakan graduan yang menjadi penyumbang terbesar pada masalah
pengangguran di Malaysia kini. Pada tahun yang sama, seramai 170, 300 (5.5%) orang
penganggur graduan siswazah dicatatkan berbanding pada tahun 2018 iaitu sebanyak
161 300. Hal ini menyebabkan ramai siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan
bukan sahaja menjadi penganggur, malah mereka terpaksa mencari pekerjaan diluar
bidang pengajian masing-masing.

Kepentingan dalam menguasai bahasa inggeris tidak dapat dipertikaikan lagi


walaupun bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Seperti yang kita
sedia maklum, bahasa inggeris ini merupakan antara bahasa penghantar yang penting di
dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi
dengan pembekal untuk syarikat mereka atau dengan orang asing bagi mengembangkan
perniagaan mereka. Dengan ini, penggunaan bahasa inggeris telah menjadi satu
kewajiban dalam urusan di setiap syarikat lebih-lebih lagi syarikat yang besar atau yang
telah dikenali ramai di luar negara.

Bukan itu sahaja, temuduga untuk pengambilan kerja juga kebanyakan


menggunakan bahasa inggeris. Jika tidak diterap lebih awal dengan penggunaan bahasa
inggeris ini, mungkin akan menjadi punca pelajar kurang keyakinan diri untuk bercakap
di khalayak ramai kerana bimbang sekiranya ada kesalahan dari segi tatabahasa atau
ayat yang digunakan tidak sesuai. Dalam hal ini, pihak universiti perlu memainkan

9
OUMH 1603

peranan mereka untuk memperbanyakan lagi aktiviti atau kursus yang melibatkan
bahasa inggeris supaya pelajar mampu mempertingkatkan bahasa inggeris mereka
dengan lebih baik. Tambahan pula, dengan penguasaan bahasa inggeris ini, graduan
dapat mengintai peluang pekerjaan di luar negara. Graduan perlu bijak dalam merebut
peluang pekerjaan mereka walaupun pada awalnya ia merasa tidak sesuai atau tidak
layak. Jadi, fikir-fikirkanlah sekiranya kita adalah salah seorang graduan yang gagal
berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris. Sekiranya ya, perbaikilah diri kita
kerana ia dapat menjadi salah satu punca sering gagal dalam sebarang tawaran
pekerjaan.

Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah dapat menamatkan pengajian mereka


dengan meletakkan harapan yang menggunung untuk meraih kerjaya yang setimpal.
Akan tetapi, perkara ini tidak semuanya bernasib baik. Hal ini wujudlah sikap terlalu
memilih kerjaya kerana sesetengah graduan sanggup menunggu pekerjaan yang bergaji
tinggi atau yang setaraf dengan pengajian mereka. Mereka lebih rela menjadi
penganggur daripada melakukan kerja yang tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang
mereka perolehi. Bukan itu sahaja, pekerjaan yang mereka dapat bukanlah dari bidang
mereka semasa belajar di universiti. Hal ini wujudlah sikap graduan yang lebih suka
tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan kerana tidak mendapat pekerjaan
yang sesuai dengan bidangnya. Mereka beranggapan demikian disebabkan tidak
mempunyai keyakinan diri serta memilih gaji yang sepadan dengan kelulusan mereka.
Para graduan tidak mahu menangung malu kerana bekerja dari bawah sedangkan
mereka mempunyai sijil yang tinggi. Antaranya adalah mereka lebih sanggup
menganggur daripada bekerja sebagai kerani atau hanya seorang pembantu di sebuah
syarikat yang dirasakan kurang setanding walaupun lebih baik bekerja apa sahaja
daripada tidak melakukan sebarang pekerjaan. Dari pandangan mereka, sekiranya
mereka bekerja hanyalah sebagai pembantu, berlakulah ketidaksepadanan pekerjaan
dengan kelulusan pendidikan. Dari situlah mereka berfikir, jika tawaran gaji mereka
hanyalah sedikit bagaimana cara mereka untuk membayar balik pinjaman sepanjang
pengajian mereka. Namun, sikap memandang rendah terhadap gaji yang ditawarkan ini
perlu dielakkan. Sekurang-kurangnya, golongan graduan perlu menerima apa sahaja

10
OUMH 1603

pekerjaan yang ditawarkan dan mulalah dari bawah untuk menampung diri.

Para graduan perlulah menilai tahap diri mereka sebelum berusaha untuk
mendapatkan suatu pekerjaan. Bukan itu sahaja, golongan graduan mestilah
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran serta meningkatkan kualiti diri untuk
meyakinkan diri semasa temuduga dijalankan. Pada waktu yang sama, mereka haruslah
mencuba nasib untuk cuba dalam bidang yang luar dari pengajian

1(B) KOMEN

i. PEMIKIRAN KRITIS DAN ANALISIS KRITIS MENGENAI TOPIK PERBINCANGAN

  Aspek yang penting bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran dan


pengetahuan tentang pasaran pekerjaan adalah universiti berperanan dalam
menyediakan graduan yang berpengalaman, berinovatif dan memenuhi keperluan
pasaran kerja. Pembangunan pelajar tidak hanya dilihat kepada pencapaian akademik
yang cemerlang malah dengan mempunyai kemahiran dan kualiti yang diperlukan
oleh industri dan pasaran pekerjaan juga telah memberi sumbangan pada suatu
pekerjaan. Segala usaha tersebut adalah untuk mengaplikasikan kemahiran tinggi
dalam kalangan pelajar, maka perlu diterjemahkan dalam bentuk pencapaian di
peringkat institusi. Dari aspek akademik pula, penambahbaikan kurikulum melewati
suatu kajian pasaran pekerjaan dan kerjasama dengan industri telah dan sedang aktif
dilaksanakan. Manakala perkhidmatan sokongan pembangunan kerjaya juga penting
dalam memastikan pelajar dapat mengatur pencapaian akademik dan pembangunan
kemahiran tinggi. Selaras dengan itu, perubahan kerjaya pelajar perlu dilihat secara
holistik disamping faktor luaran seperti polisi dan ekonomi semasa, faktor individu
seperti kesediaan kerjaya termasuklah minat kerjaya, kematangan kerjaya, efikasi
kendiri kerjaya, pilihan kerjaya serta membuat keputusan kerjaya yang menyumbang
kepada kepada pengembangan kemahiran tinggi graduan.
Penyusunan kerjaya dapat dilakukan dengan mudah seandainya graduan
mendapat bimbingan yang betul mengenai “career planning’’. Semakin banyak

11
OUMH 1603

maklumat yang diperolehi oleh seseorang berkenaan kerjaya yang dipilih maka akan
menjadikan perencanaan kerjaya mereka lebih baik dan teratur. Secara khasnya,
mengatur perancangan kerjaya memerlukan maklumat tentang pekerjaan yang sedang
dipertimbangkan dari pelbagai sudut yang signifikan
contohnya pengetahuan, kemahiran, latihan dan sebagainya yang kemudian
digabungkan dengan maklumat individu yang mencari pekerjaan iaitu aspek kedua
yang tidak kurang pentingnya.
Perancangan kerjaya sangat berpengaruh kerana pasaran kerja pada masa kini
lebih dinamik dan lebih mementingkan kualiti seseorang graduan. Hal ini terjadi
adalah akibat daripada perubahan pesat dalam penggunaan teknologi dan
kepelbagaian permintaan keperluan oleh majikan. Graduan perlu membuat persiapan
dari pelbagai aspek terutamanya kemahiran insaniah yang diperlukan sebelum
melangkah ke alam pekerjaan dan mereka tidak lagi harus bergantung kepada
pencapaian akademik semata-mata. Antaranya kemahiran komunikasi secara
berkesan dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran kepimpinan, kerja
berpasukan, pemikiran kritis dan responsif, keusahawanan, pembelajaran
berterusan dan pengendalian maklumat serta etika dan moral profesional.
Berdasarkan perbincangan tersebut, mendemonstrasikan graduan universiti kini
memerlukan pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dengan pasaran kerja pada abad
ke-21 antaranya kecekapan kognitif termasuklah pengetahuan mendalam dan intensif
dalam bidang yang diceburi, kemahiran penyelesaian masalah dan membuat
keputusan dan keupayaan mengekalkan sifat-sifat peribadi berkenaan dengan sesuatu
kerjaya. Jelaslah bahawa, dengan mempunyai pelbagai kemahiran yang diperlukan
memberi tiga implikasi yang besar iaitu

i. Graduan mempunyai kepercayaan dan keyakinan diri yang tinggi untuk


mengimbangkan kemampuan diri;

ii. keseimbangan keperluan kemahiran antara majikan dengan graduan; dan

iii. meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.

12
OUMH 1603

Tambahan pula , graduan harus mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran


ekstra agar mereka boleh berkompetensi di pasaran pekerjaan yang sangat kompetitif .
Mereka juga harus sedar bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak lagi
menjamin mereka untuk mendapat jawatan yang setanding dengan kelulusan yang
mereka terima.

i. PANDANGAN TENTANG TOPIK PERBINCANGAN.

Bekerjasama secara kolaboratif ini dapat membantu kita dalam mencapai matlamat
yang telah kita tetapkan dan bukan sahaja untuk menyesuaikan diri dalam satu
kumpulan. Pembelajaran kolaboratif sangat berpengaruh kerana setiap individu akan
diambil kira bagi menyumbangkan kejayaan prestasi untuk setiap ahli kumpulan. Dalam
hal ini, sesetengah ahli kumpulan mungkin ada yang lebih mahir dan cekap dalam
menyiapkan tugasan. Hal ini dapat menutupi kelemahan ahli yang lain yang digelas
tidak bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang telah diagihkan bagi setiap
individu. Ini akan menjadi isu dalam kumpulan walaupun pencapaian yang dapat adalah
cemerlang.

Terdapat tiga perkara pentaksiran yang utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan
sikap serta beberapa tingkahlaku yang akan dibentangkan dengan lebih lanjut adalah
seperti berikut :

A) Pengetahuan

i. Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain


- Mengetahui masa yang sesuai untuk membuat suatu perbincangan.
- Mengetahui bahawa setiap orang bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing.
ii. Bekerja secara berkesan dalam kumpulan yang pelbagai
- Mengetahui peranan masing-masing mengikut tugasan yang diagihkan.
13
OUMH 1603

- Mengetahui kekuatan dan kekurangan diri serta menerima dengan hati terbuka bagi
setiap kekuatan dan kekurangan setiap ahli kumpulan.
iii. Mengurus tugasan
- Mengetahui untuk merancang matlamat yang ingin dicapai dengan sempurna.
- Mengetahui punca sekiranya berlaku masalah serta menyelesaikan konflik bersama -
sama.

B) Kemahiran

i. Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain


- Bersikap bertanggungjawab, hormat - menghormati, bertolak - ansur, professional
kepada setiap ahli kumpulan.
- Membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Mengeluarkan suara yang jelas
dan mudah difahami orang lain serta peka dengan idea yang diutarakan oleh ahli
kumpulan.

ii. Bekerja secara berkesan dalam kumpulan yang pelbagai


- Membina sikap sentiasa menghargai orang lain dengan menghargai idea-idea dan
sumbangan dari ahli kumpulan yang lain.
- Menerima pandangan yang berbeza dari setiap ahli kumpulan kerana dari sinilah kita
dapat meningkatkan kualiti kerja dan menjana untuk menjadi seorang yang lebih kreatif
dan inovatif.

iii. Mengurus tugasan


- Merancang cara kerja yang ingin dihasilkan dengan sempurna.
- Mengatur tugasan bagi memperkukuhkan serta menyerap maklumat penting yang
ingin dibincangkan.
iv. Bimbing dan pimpin orang lain
- Memantau sejauh mana ahli kumpulan merespon atau memberi idea pada setiap kali

14
OUMH 1603

perbincangan dijalankan.
- Membuat refleksi berkaitan dengan kemahiran berfikir dan bandingkan kemahiran
mereka dengan ahli kumpulan yang lain.
- Setiap orang mempunyai sumbangan atau idea yang unik, dari sinilah kita dapat
memanfaatkan kekuatan setiap ahli demi mencapai matlamat bersama.

C) Sikap / Nilai / Etika

i. Berinteraksi secara berkesan dengan individu lain


- Memahami antara satu sama lain.
- Merancang masa yang sesuai berkumpul untuk membuat suatu perbincangan.

ii. Bekerja secara berkesan dalam kumpulan yang pelbagai


- Menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi secara kolaboratif bagi menghasilkan
pertimbangan reflektif ahli kumpulan yang lain.
- Membina kesefahaman kumpulan dan mengukuhkan kekuatan ahli kumpulan kerana
setiap individu berfikiran terbuka dan dapat menilai kepelbagaian idea.

iii. Mengurus tugasan


- Bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama serta menyelesaikan masalah
bersama.
- Tidak masuk campur masalah luar dengan masalah kerja kumpulan.
iv. Bertanggungjawab dengan ahli yang lain

- Bersikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah.


- Bertanggungjawab dalam memberi maklum balas yang kukuh secara berfikiran
terbuka.

Penggunaan kemahiran kolaboratif dalam pembelajaran dapat memberi banyak

15
OUMH 1603

manfaat kepada pelajar terutama dalam mengembangkan idea dengan baik. Bukan itu
sahaja, dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga memberi galakkan membina
keyakinan serta pemikiran yang mendalam dalam kalangan pelajar. Ia juga tidak
bergantung seratus peratus pada guru semata-mata untuk mencari bahan kerja kerana
pelajar lebih berdikari untuk mencari bahan tersendiri serta mengembangkan lagi idea
yang diberi oleh guru mereka. Dengan ini, pelajar dapat menggabung maklumat baru
dengan maklumat yang sedia ada bagi menyelesaikan masalah. Kaedah pembelajaran
kolaboratif ini bukan sahaja untuk membina keyakinan, ia juga dapat mempersiapkan
diri mereka untuk ke alam pekerjaan yang akan datang. Masyarakat hari ini banyak
bekerja secara kolaboratif di serata dunia. Jadi, bagaimanakah para pelajar boleh
diharap untuk bekerja dengan orang luar dengan sosial, budaya dan nilai yang berbeza
dengan mereka diluar sana jika pelajar hari ini tidak menerapkan konsep kemahiran
kolaboratif ini? Hal ini, pelajar digalakkan mengamalkan kemahiran kolaboratif untuk
mengenalpasti pelbagai kekuatan dan bakat setiap orang yang berbeza serta boleh
diketengahkan sesuatu tugasan dan menukar idea untuk menjadi lebih sempurna untuk
mencapai matlamat kerja yang sempurna.

16
OUMH 1603

ii. PANDANGAN SAYA

Saya kurang setuju dengan ‘pendidikan tinggi dapat menyediakan orang untuk

peluang pekerjaan’ kerana saya telah menyaksikan dengan mata saya sendiri bahawa

ramai lepasan univerisity masih menganggur walaupun mereka mencapai tahap master

dalam pengajian. Adapun yang tidak menganggur, mereka bekerja diluar bidang

pengajian mereka dan tidak padan dengan masa pengajian yang dihabiskan seperti

diploma 3 tahun, ijazah sarjana muda 3-4 tahun dan lain-lain, berbeza dengan graduan

yang telah terjamin pekerjaan mereka seperti graduan institut pengajian guru dan graduan

yang mengambil kos jururawat kerana jururawat sangat mudah untuk mendapat

pekerjaan, walaupun swasta kerana ada kenaikan gaji tahunan dan gaji yang sepadan

dengan tempoh pengajiannya.

Selain itu, Mereka juga mendapat gaji yang tidak wajar dengan kelulusan yang

mereka capai kerana ada sesetengah syarikat yang memberikan gaji yang sama kepada

pekerja walaupun pekerja itu memiliki sijil yang tinggi. Ada juga graduan yang sudah

berumur yang masih tidak mendapat pekerjaan dalam bidang pengajiannya dan terpaksa

bekerja walau gaji tidak sepadan dengan hutang pengajian yang tinggi.

Seterusnya, ada juga yang menyesal belajar sampai ijazah sarjana muda kerana

gaji yang didapatinya setaraf dengan pekerja spm, jadi dia berfikir bahawa pekerja yang

bekerja dengan menggunakan sijil spm telah dapat mengumpul duit sedangkan dia baru

mendapat pekerjaan itu dan masih lagi sedang membayar yuran pengajiannya.

17
OUMH 1603

Disebabkan itulah saya melakukan PJJ walau pekerjaan saya hanyalah ‘pump attender’’,

saya membayar yuran pengajian dengan gaji saya dan tidak memohon pinjaman wang

untuk pengajian seperti PTPTN dan lain-lain. kerana saya tidak ingin masalah yang sama

berlaku pada saya, walaupun sedikit penat dan perlu bijak bahagikan masa dengan baik

untuk bekerja dan belajar, sekurang-kurangnya saya tidak akan menyesal dikemudian

hari jika saya tidak mendapat pekerjaan yang sepadan dengan masa pengajian saya dan

juga tidak perlu bimbang dengan hutang pengajian.

Walaupun demikian, graduan yang memiliki sijil juga sebenarnya beruntung

kerana masih dapat memohon jawatan yang tidak boleh dimohon oleh selain graduan,

dari segi lain saya juga berfikir mungkin belum tiba masanya untuk graduan itu mendapat

pekerjaan yang sepatutnya untuknya dan rezeki mungkin akan datang apabila tiba

waktunya.

Kesimpulannya, graduan harus bijak untuk mengatasi masalah ini kerana masalah

ini memang akan menimpanya dikemudian hari.

18
OUMH 1603

iv. KEMAHIRAN ABAD KE-21

v. KOLABORATIF DALAM PERBINCANGAN FORUM

19
OUMH 1603

2.0 MENILAI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

REFLEKSI

Tugasan ini memerlukan saya untuk memahami tentang ciri komikasi yang
berkesan, saya telah memperolehi 56 markah.Cemerlang! Saya punya markah ini
merujuk bahawa saya memahami peranan saya sebagai penyampai, baik apabila saya
menghantar mesej dan apabila anda menerimanya. saya menjangkakan masalah, dan saya
memilih saluran yang betul untuk berkomunikasi. Orang ramai menghormati saya kerana
keupayaan saya untuk berkomunikasi dengan jelas dan mereka menghargai kemahiran
mendengar saya.
Komunikasi adalah salah satu kemahiran terpenting yang kita perlukan untuk
berjaya di tempat kerja. Jika anda ingin menjadi komunikator pakar, kita perlu berkesan
pada semua perkara dalam proses komunikasi – daripada "penghantar" hingga
"penerima" - dan kita mesti selesa dengan saluran komunikasi yang berbeza – bersemuka,
dalam talian, bertulis, dan sebagainya. Ini kerana komunikator yang lemah sering
bergelut untuk mengembangkan kerjaya mereka melebihi satu tahap tertentu.
Untuk menjalani satu kemahiran komunikasi kita haruslah mempunyai 4 elemen,
antaranya ialah Sumber – Merancang Mesej. Selain itu, Pengekodan – Mencipta Mesej
yang Jelas dan Dicipta Dengan Baik. Seterusnya, Memilih Saluran yang Betul. Akhir
sekali Penyahkodan – Menerima dan Mentafsir Mesej.
Memahami bahasa badan pendengar kita boleh memberi anda peluang untuk
melaraskan mesej kita dan menjadikannya lebih mudah difahami, menarik atau berminat.
Sebagai pendengar, bahasa badan boleh menunjukkan kepada kita lebih lanjut tentang

20
OUMH 1603

perkara yang orang lain katakan. kita kemudian boleh bertanya soalan untuk memastikan
bahawa kita sememangnya memahami satu sama lain. Dalam kedua-dua situasi, kita
boleh mengelakkan miskomunikasi dengan lebih baik jika ia berlaku.

(jumlah patah perkataan : 236)

21
OUMH 1603

3.0 MENUNJUKKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DAN MENAAKUL

Pada pendapat saya, Samila mestilah belajar kemahiran untuk menerima


pendapatan yang boleh memberi sumbangan kepada pengendalian rumah tangga kerana
Samila tidak mempunyai pendidikan formal.

Samila tidak digalakkan kerja dibandar kerana masa untuknya mengurus anak-
anaknya akan terbatas dan mempunyai kurang masa bersama anak-anaknya. Walaupun
kerjanya dibandar menjamin pendapatan bulanan tetapi masanya untuk anak-anaknya
akan berkurang kerana kerja dibandar selalunya perlu mencukupi masa sekurangnya 8
jam sehari. Selain itu, Samila juga tidak ingin meninggalkan anaknya dikampung kerana
dia tidak ingin menyusahkan mertuanya.

Samila perlulah mencari pengalaman menjahit jika dia ingin menjadi tukang jahit,
dia tidak perlu keluar kebandar untuk belajar menjahit tetapi hanya perlu mencari tukang
jahit dikampungnya dam meminta utuk bekerja dengannya sementara waktu. Selepas
Samila bekerja dengannya, Samila akan tahu selok-belok cara untuk menjahit dan
membuat kain. Ini akan membantunya menjadi tukang jahit dirumah dan tidak perlu
keluar kebandar untuk bekerja, dia juga akan dapat banyak masa bersama anak-anaknya
dan tidak perlu lagi menyusahkan mertuanya untuk menjaga mereka.

Selain dari menjadi tukang jahit, dia juga boleh menjadi pembuat makanan seperti
kuih, lauk atau nasi berlauk untuk dijualnya dikampung tetapi tukang masak lebih leceh
daripada tukang jahit kerana perlu menjaja makanan dan perlu sentiasa menghantar
makanan tersebut di kedai untuk menjualnya, jika dia menghantar lauk, lauk biasanya
berada dalam bekas, jadi dia perlu membasuhnya setiap hari untuk menyediakan lauk
yang lain untuk keesokan harinya..Berbeza dengan tukang jahit yang hanya bekerja dari
rumah . Jika dia berpenempatan di kawasan sekolah, dia akan lebih beruntung kerana
ibubapa yang menghantar anak mereka kesekolah akan membelikan makanan untuk

22
OUMH 1603

bekal kepada anak mereka dan juga bekaal kepadanya untuk bekerja. Tetapi terlebih
dahulu, dia perlulah belajar cara membuat kuih dan lauk untuk memulakan perniagaan
itu. Seperti cara menjadi tukang jahit tadi, dia perlu belajar dengan orang yang pernah
atau sedang membuat perkara itu. Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk
kelas memasak, cukup belajar dengan orang dikampungnya sahaja. Dia boleh bekerja
dengan tukang masak tersebut dahulu sementara menunggu wangnya tercapai untuk
membuat modal perniagaannya.

Kesimpulannya, saya lebih mengesyorkan menjadi tukang jahit daripada tukang


masak kerana tukang jahit hanya bekerja dari rumah dan tidak perlu menjaja seperti
menjual kuih dan tidak perlu bersusah payah untuk hantar masakannya ke kedai setiap
hari.

REFLEKSI

Saya menggunakan kemahiran pembelajaran dan inovasi iaitu kemahiran berfikir


secara kritis yang membolehkan untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dan
menggunakan panaakul deduktif untuk membuat hujahan yang logik.

(jumlah patah perkataan: 391 )

23
OUMH 1603

4.0 MENUNJUKKAN KREATIVITI DAN KEMAHIRAN INOVATIF

Saya adalah seorang pekerja yang bekerja di stesen minyak, semasa saya bekerja

saya pernah terfikir sekiranya saya dapat mewujudkan satu sistem yang boleh

memudahkan semua orang dengan mengurangkan masa menunggu mereka seperti

beratur untuk membayar minyak di tempat pembayaran, ia akan menjimatkan masa

pelanggan.

Sistem yang pertama ialah ‘pump attender’ yaitu seorang pekerja yang menunggu

di setiap pam minyak untuk memudahkan pelanggan membuat pembayaran dan

menjimatkan masa mereka, pelanggan hanya perlu membayar kepadanya dan tidak perlu

pergi beratur panjang untuk membayar kerana ia akan merugikan masa mereka. Kaedah

ini juga boleh membantu pelanggan sekiranya pelanggan memerlukan bantuan seperti

kereta mereka rosak,warga emas, pelanggan yang tidak pandai mengisi minyak dan lain-

lain. Disebabkan ada ‘pump attender’ juga dapat mengelakkan daripada berlakunya

penyeludupan minyak kerana seorang ‘pump attender’ bukan sahaja mengisi minyak

pelanggan tetapi dia juga perlu mengawasi setiap kawasan stesen minyak. Kaedah ini

telah banyak digunakan oleh stesen minyak seperti BHP dan SHELL.

Selain itu, saya juga ada terfikir jika ada mesin yang boleh memasukkan wang

atau kad seperti mesin membeli air, untuk membeli minyak kerana ‘pump attender’

bukanlah 24jam. Kaedah ini juga boleh menjimatkan masa pelanggan sekiranya ‘pump

attender’ tiada atau diwaktu malam kerana diwaktu malam hanya sesetengah stesen

minyak sahaja yang masih buka.Sistem ini juga boleh dilakukan dengan layan diri

maksudnya walaupun tiada pekerja tetapi pelanggan masih boleh membeli minyak

24
OUMH 1603

walaupun stesen minyak itu tutup. Tetapi ada masalah jika sistem ini diwujudkan,

antaranya duit yang rosak tidak akan dikesan oleh mesin kerana kaedah mengesan duit

adalah seperti mesin ‘CDM’. Jika pelanggan mempunyai duit yang rosak, hanya kad dan

duit yang elok sahaja yang berhasil sekiranya terjadi masalah seperti itu.

Sistem ini mestilah diberi cadangan kepada HQ untuk mewujudkannya dan

bertujuan memudahkan lagi urusan pelanggan. Sistem ‘pump attender’ telah pun

diwujudkan dan saya adalah salah seorang antara ‘pump attender’.

Saya akan jadi lebih kreatif jika saya melanjutkan pelajaran dan mendapat ilmu-

ilmu yang baharu, jika seseorang itu sedang bekerja dengan menggunakan sijil spm yaitu

gred-19 dan ingin menaik taraf sijilnya kepada diploma gred-29 atau degree gred-41, dia

tidak perlu berhenti bekerja melainkan membuat pembelajaran jarak jauh (PJJ) sambil

bekerja,jika saya menjawat sebagai jawatan yang bergred 41, tidak mustahil saya akan

mewujudkan sistem yang dicadangkan oleh saya. Selain itu, kreatif juga boleh diperuntuk

daripada pembacaan seperti internet, youtube, media sosial dan lain-lain.Seterusnya,

kreatif juga boleh diperuntuk dalam perbualan seharian lebih-lebih lagi perbualan dengan

orang yang berpengalaman.

(jumlah patah perkataan : 390 )

25
OUMH 1603

5.0 MENUNJUKKAN LITERASI DIGITAL

i. Alat pembelajaran di myINSPIRE

 MyInspire ialah sistem pengurusan pembelajaran yang menyediakan persekitaran


pembelajaran dalam talian. Ia mempunyai pelbagai kemudahan untuk menyokong
pembelajaran dalam talian di kalangan pelajar.
ALAT PEMBELAJARAN DI FUNGSI

MYINSPIRE

1. FORUM Membantu pelajar mencari siaran forum sedia


ada daripada rakan sebaya dan e-tutor mereka
di sini untuk rujukan pantas mereka. Panel
perbincangan dalam talian yang membantu
pelajar dan pensyarah berkongsi pemikiran
mereka mengikut setiap topik tentang
pemahaman dan idea.
2. CONTENTS Dayakan untuk melihat muat turun dan
mencetak keseluruhan modul dalam satu fail. Ia
juga membolehkan pelajar melihat video dan
dokumen web tentang subjek untuk
pemahaman yang lebih baik.
3. E-TOTURIAL Untuk melihat jadual waktu kelas mingguan.
Dari situ pelajar boleh mengambil perhatian
pada tarikh dan masa e-tutorial dan klik pautan
kewujudan langsung untuk menyertai. Pelajar
juga boleh melihat rakaman kelas selepas sesi
langsung.
4. VIDEO LECTURERS Membolehkan pelajar OUM menonton video

yang dianjurkan untuk topik tersebut.

Hiperpautan tapak internet kritikal dan aset luar

26
OUMH 1603

yang berkaitan dengan subjek disediakan dalam

segmen ini

5. E-LESSON Ini memudahkan pelajar melihat e-pelajaran


mingguan peribadi mereka. Strukturnya adalah
untuk mencuba ujian pra, membaca topik yang
tepat dalam modul, menonton video, dan
membincangkan soalan dalam forum mengikut
topik dan mencuba ujian kendiri

27
OUMH 1603

ii.Pencemaran plastik

https://www.sinarharian.com.my/article/146949/khas/pendapat/plastik-kini-ancaman-

besar

KRITERIA PENILAIAN MAKLUMAT

Authority Pengarang yang dikenali dan pakar dalam topik ini


Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah Ketua
Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti Institut
Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia
Objectivity Fakta yang dibeikan dalam artikel ini ialah benar dan
menepati kepada isu pencemaran plastik
Reliability Fakta-fakta yang boleh dipercayai kerana pengarangnya
daripada akhbar Sinar Harian
Covorage/Scope Sumber mempunyai maklumat tentang kemajuan dan idea
terkini pencemaran plastik (sinar harian)

28
OUMH 1603

iii. CELIK MEDIA

Kriteria Penilaian media digital 1 Penilaian media digital 2

https://youtu.be/LZh3H8NlRPU https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/

2018/06/434140/pencemaran-plastik-ancam-hidupan-

laut

Authority Pengarang yang dikenali dan Pengarang yang dikenali dan pakar
pakar dalam topik ini dalam topik ini
(Pensyarah Fakulti Sains (Pengarang institut lautan dan sains
Universiti Putra Malaysia) bumi bumi University Malaya)
Objectivity Fakta yang dibeikan dalam artikel Fakta yang dibeikan dalam artikel
ini ialah benar dan menepati ini ialah benar dan menepati kepada
kepada isu pencemaran plastik isu pencemaran plastik
Reliability Fakta-fakta yang boleh dipercayai Fakta-fakta yang boleh dipercayai
kerana pengarangnya daripada kerana pengarangnya daripada
akhbar Harian Metro akhbar Berita Harian
Covorage/ Sumber mempunyai maklumat Sumber mempunyai maklumat
tentang kemajuan dan idea terkini tentang kemajuan dan idea terkini
Scope
Pencemaran plastik (Harian Pencemaran plastik (berita harian)
Metro)

29
OUMH 1603

6.0 KESEDARAN PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL DAN


CABARAN ALAM SEKITAR

1.0 PENDAHULUAN
Tugasan ini memerlukan penulis untuk memahami tentang pendidikan
kewarganegaraan global dalam membantu isu-isu pencemaran di Malaysia.
Dalam pendidikan kewarganegaraan terdapat 3 domain utama iaitu kognitif,
sosiaemosi dan tingkah laku. Pendidikan Kewarganegeraan Global merupakan ilmu
kewarganegaraan yang melibatkan perlibatan aktif pelajar dalam projek-projek terkait isu
sosial, politik, ekonomi dan lingkungan global. Latar belakang tentang pentingnya
pendidikan KewarganegaraanGlobal ini adalah kerana meningkatnya teknologi
informasi dan komunikasi yang mana jarak bukan lagi masalah bagi penduduk
dunia berinteraksi antara satu sama lain tanpa perluberjumpa secara nyata.
Penguna internet yang semakin meningkat di dunia sejak 2005dimana hanya 16%
menjadi 39% pada tahun 2013. Nilai eksport tiap negeri di dunia semakinmeningkat
yang menunjukkan bahawa teknologi mewujudkan keterhubungan yang
sangatmendalam. Bagi alam sekitarnya tidak kurang menerima impak yang sangat ketara
apabilapeningkatan kadar karbon dioksida sejak 1990 sebanyak 46% akibat
pemanasan global.Berdasarkan fakta-fakta dan isu yang semakin berkembang, perlu ada
satu perasaan di setiapmanusia di dunia ini untuk menyelamatkan bumi supaya
tiada lagi kemusnahan terjadi.Pendidikan adalah merupakan jawapan yang paling
tepat bagi menanggani masalah ini.
Ianya bukan semata-mata pengetahuan akademik sahaja namun juga perlu melihat
dan menggali potensi manusia serta dapat hidup harmoni di dalam dunia secara tenang
dan damai. Ianya perlu menaungi aspek sikap dan perilaku, hak asasi manusia, persamaan
gender, kepelbagaian agama dan keadaan alam sekitar .Adalah musykil bagi seseorang
individu memulihkan pencemaran namun perlu difikirkan:
Apakah langkah seseorang individu berupaya memberikan kesan baik
terhadap alam sekitar. Adakah cara hidup kita dapat memelihara alam sekitar atau
sebaliknya, untuk itu perlu pendidikan kewarganegaraan global atau dunia.

30
OUMH 1603

Dimana pendidikan ini mempromosikan dan mendukung perdamaian, dengan


penekanan rasa memiliki dunia ingin menjadi sangat tinggi. Jika perkara ini terjadi
maka ia akan mengikat orang untuk melakukan tindakan yang lebih konstruktif dan
mencari pemecahan secara global melalui perubahan yang konstruktif.
Pendidikan ini pastinya akan mendorong pengembangan yang berkesinambungan
dengan penuh tanggungjawab.

2.0 KESAN PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN GLOBAL TERHADAP


PENCEMARAN PLASTIK.

2.1 DOMAIN KOGNATIF

Dalam mengatasi isu tersebut, penulis perlu faham bahawa setiap masyarakat

perlulah memahami secara terperinci apa itu pencemaran plastik. Pencemaran plastik

ialah sejenis pencemaran yang melibatkan pengumpulan objek-objek serta partikel plastik

(seperti botol plastik dan beg plastik) di persekitaran Bumi yang membawa kepada

ancaman terhadap kesihatan manusia, hidupan liar dan habitatnya. Plastik yang bertindak

sebagai pencemar dikelaskan berdasarkan saiznya kepada saiz mikro, meso dan makro.

Plastik adalah murah dan tahan lasak, menjadikan ia sebagai bahan pilihan dan serba

guna dalam pelbagai aspek berbanding bahan-bahan lain. Namun begitu, struktur kimia

kebanyakan jenis plastik menjadikan mereka sukar terurai dalam proses-proses alami dan

oleh itu, mengambil masa yang lama terurai. Dua faktor ini menyebabkan jumlah plastik

yang besar memasuki alam sekitar akibat pengurusan sisa yang tidak betul serta kekal di

dalam ekosistem. Merujuk  "Plastic pollution". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 1

Ogos 2013.

Hal ini terjadi apabila seseorang individu yang tidak pandai menguruskan barang

plastik dirumah dan tidak berdisiplin menguruskannya. Cuba bayangkan jika satu

31
OUMH 1603

daripada sejuta orang membuang 5 plastik dalam sehari, maka 5 juta plastik akan

terbuang hanya dalam satu hari. Realitinya penduduk Malaysia ada seramai 32.7 juta

orang, jadi risiko pembuangan plastik akan semakin teruk jika semua orang tidak

berdisiplin mengurusnya. Kajian mendapati, setiap tahun, 300 juta tan plastik dihasilkan,

dijadikan barangan seperti cawan, pembungkus makanan, beg plastik dan banyak lagi.

Sedihnya, setiap tahun juga, lapan juta tan plastik itu akhirnya hanyut ke laut, tenggelam

di lautan dan jika tiada tindakan, menjelang 2025, jumlah itu dijangka meningkat kepada

17 juta tan setahun. Merujuk Global Plastic Innovation Network (GPIN).

Untuk mengatasi hal ini, kita perlu memerangi pencemaran plastik di seluruh
dunia terutamanya Malaysia. Antara inovasi memerangi pencemaran plastik adalah
siklus, ciptaan Indonesia sedang membina semula masa depan peruncitan di negara itu
dengan menghantar isian semula atau ‘refill’ keperluan harian ke pintu orang ramai -
tanpa mengunakan plastik. Mereka menawarkan alternatif dengan menggantikan plastik
bernilai rendah dengan stesen isian semula, membolehkan pengguna membeli produk isi
rumah dalam sebarang kuantiti tanpa pembungkusan plastik .Selain itu, gCycle,
Memperkenalkan inovasi terbaharu, gDiapers, lampin itu merupakan lampin pakai buang
kompos sepenuhnya, pertama dipatenkan di dunia. Bukan itu sahaja, gCycle juga lengkap
dengan perkhidmatan penghantaran dan pengumpulan malah ia bukan sahaja
menghentikan pencemaran plastik bahkan membolehkan lampin dikumpul dan dikompos
ke dalam tanah yang kaya dengan nutrien. Objektifnya, lampin pergi kepada alam
semula jadi, bukan ke tapak pelupusan sampah. Seterusnya, Plastic Fischer, Mereka
membangunkan sistem pengumpulan plastik berteknologi rendah untuk sungai dengan
mencipta TrashBoom, menggunakan produk itu di Sungai Citarum dan sungai Bali pada
tahun 2019. Plastic Fischer percaya pada penyelesaian yang dibina secara tempatan dan
mencipta impak sosial dengan mewujudkan pekerjaan yang secara tidak langsung turut
membrikan impak kepada alam sekitar. Akhir sekali, Wasser 3.0 Mereka membangunkan
penyelesaian yang cepat, cekap dan kos efektif untuk mengasingkan mikroplastik dan
mikropolutan daripada pelbagai jenis air. Hasil daripada kajian dan teknologi yang

32
OUMH 1603

mereka gunakan, ia mampu untuk mewujudkan persekitaran yang menjimatkan air,


tenaga, kos, mengurangkan pembaziran dan pada masa sama, meningkatkan kualiti air.
Merujuk https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-inovasi-memerangi-
pencemaran-plastik-di-serata-dunia-349919

2.2 DOMAIN SOSIAEMOSI

Apabila kita mempunyai pengetahuan tentang isu pencemaran plastik barulah kita
akan keluarnya satu perasaan ingin membantu untuk mengurangi isu pencemaran plastik
kerana timbulnya perasaan simpati kepada keadaan negara kita hari ini. Perasaan sedih
juga akan timbul kerana anak-anak kecil di negara kita ini yang akan terseksa dimasa
depan.

2.3 TINGKAH LAKU

Penulis akan menunjukkan rasa untuk mengatasi pencemaran plastik ini dengan
mewujudkan organisasi dalam kawasan perumahan untuk membuat akiviti pembersihan
seperti gotong- royong bersama masyarakat setempat dan mendorong anak muda untuk
mengikuti program tersebut. Selain itu, penulis juga akan memberikan cadangan kepada
pihak berkuasa dalam isu pencemaran plastik dan sanggup untuk mengetuai organisasi
dalam mengatasi isu pencemaran plastik. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah
dengan menyeru orang ramai untuk mengurangkan penggunaan plastik terutamanya
syarikat yang banyak menggunakan plastik. Sebagai contoh syarikat pasaraya, penulis
perlu memberi cadangan kepada pihak pengurusan pasaraya untuk mengurangkan
penggunaan plastik dengan menukarkan penggunaan bag plastik kepada bag yang boleh
dipakai berkali-kali seperti yang dilakukan oleh pasaraya Lotus. Seterusnya,
mengurangkan penggunaan penyedup minuman (straw) kepada penyedup minuman yang
terbuat selain daripada plastik seperti straw yang terbuat daripada kayu atau buloh dan
lain-lain. Dua perkara ini amat penting kerana ia diguanakan dalam kehidupan seharian
kita.

33
OUMH 1603

2.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya,dalam menangani isu ini kita perlu mengambil tenaga dan idea
untuk mengatasinya. Memerangi pencemaran plastik adalah tanggungjawab semua rakyat
Malaysia bersama kerajaan.

2.5 RUJUKAN

 "Plastic pollution". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 1 Ogos 2013.

 Global Plastic Innovation Network (GPIN).

 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-inovasi-memerangi-pencemaran-
plastik-di-serata-dunia-349919

34
OUMH 1603

(jumlah patah perkataan: 1009)

APENDIKS

RUJUKAN :

 Moroye, C.M. (2005). Common ground: an ecological perspective on teaching and


learning. Curriculum and Teaching Dialogue 7(1/2): 123- 139.

 Wirawani Kamarulzaman, Thirumeni Subramaniam, Oo Cheng Kiat, Nantha Kumar


Subramaniam, Harvinder Kaur Dharam Singh, Gurcharan Singh Bishen Singh,
Raziana Che Aziz, Majumin Hanum Abdul Samad, Noor Zuleika Zulkipli.
(2019).OUMH1103 Learning Skills For Open Distance Learners. Kuala Lumpur : Open
University Malaysia.

 Perikleous, E. (2004). The Status of Environmental Education in Cyprus Today.


Dlm.
MIO-ECSDE. The status of environmental education in the mediterranean
countries within the formal & non-formal educational systems. Dec, Issue No. 34.
  "Plastic pollution". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 1 Ogos 2013

 "Plastic pollution". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 1 Ogos 2013.

 Harian, S. (2011). Berita Harian. Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia:

Berita Harian.

 Posner, J. K., & Vandell, D. L. (1994). Low‐income children's after‐school care: Are

there beneficial effects of after‐school programs?. Child development, 65(2), 440-

456.

 Global Plastic Innovation Network (GPIN)

 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-inovasi-memerangi-pencemaran-
plastik-di-serata-dunia-349919

35

Anda mungkin juga menyukai