Anda di halaman 1dari 17

Abstrak

Kemahiran interpersonal memegang peranan penting dalam kejayaan hubungan manusia. Dalam
konteks ini, kajian ini difokuskan pada peranan soalan dan penyoalan dalam pembangunan
kemahiran interpersonal. Soalan bukan hanya merupakan alat komunikasi, tetapi juga penggerak
untuk pemahaman yang lebih mendalam antara individu. Penyoalan, di sisi lain, mencerminkan
kebolehan untuk menggalakkan refleksi dan dialog yang membina. Dalam abstrak ini, kami
meneroka bagaimana penggunaan soalan yang bijak dapat merangsang dialog yang lebih berkesan,
memperkuat hubungan, dan membantu individu memahami perasaan dan pandangan satu sama
lain. Kajian ini juga meneliti strategi penyoalan yang membuka ruang untuk pertumbuhan emosi
dan perkongsian idea, dengan memberikan penekanan kepada kepentingan mendalamkan
komunikasi interpersonal bagi memperkukuhkan hubungan antara individu.

1.0 ALAT-ALAT BERFIKIR

Menurut (Som dan Mohd Dahalan, 1998) Alat-alat berfikir adalah instrumen yang membantu
individu dalam membuat pengurusan pemikiran secara lisan, visual dan terkawal. Proses minda
ini melibatkan dua kelakuan iaitu menulis dan membaca. Gelagat dua kelakuan tersebut secara
tidak langsung menyebabkan berlakunya proses berfikir.Contohnya, murid menyalin penerangan
atau latihan yang diberikan oleh guru.

Menurut (Hisyam, 2023), alat-alat berfikir dapat membantu murid merangsang dan
meningkatkan kemahiran berfikir dalam penyampaian idea yang berkesan, mudah, jelas dan
penyusunan maklumat yang sistematik. Penguasaan dalam kemahiran berfikir yang tinggi secara
tidak langsung membantu bagi mematangkan pemikiran individu terutamanya murid sekolah bagi
mengelakkan daripada membuat keputusan secara terburu-buru. Oleh hal yang demikian, terdapat
empat jenis alat-alat berfikir yang boleh meningkatkan penguasaan dalam kemahiran berfikir iaitu
soalan dan penyoalan, pengurusan grafik, Cort 1 dan peta minda.

1
2.0 TINJAUAN LITERATUR
Masalah bagi kajian iaitu adakah murid benar tiada soalan untuk ditanya dan murid benar faham
untuk apa yang diajar sepanjang sesi pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakan murid akan
berdiam diri dan tidak mempunyai soalan. Oleh itu kajian ini akan mengenal pasti bentuk soalan
penyoalan yang berkesan digunakan untuk guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Mengkaji peranan soalan dan penyoalan yang mampu menyumbang kepada
pengajaran yang berkesan seterusnya meningkatkan tahap aras tinggi murid.

Kementerian pendidikan malaysia (2013) telah menerangkan tentang penggunaan teknik


penyoalan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
meningkatkan kemahiran berfikir murid. Teknik penyoalan yang berkesan menjadi suatu seni
pengajaran yang perlu dikuasai oleh semua guru. Seni ini perlu dipupuk disemai dan dilatih agar
hanya menjadi satu kebiasaan (bahagian pembangunan kurikulum, 2013) Penyoalan yang guru
gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh merangsang pemikiran serta membantu
guru memahami tahap pencapaian murid ( Hadley, 2010). Menurut bahagian pembangunan
kurikulum, 2013 penggunaan soalan yang bukan rutin serta soalan divergen dapat membantu dan
melatih murid untuk berfikir aras tinggi. Pengalaman dalam pembelajaran akan mengekalkan
minat pelajar dan menjadi perangsang kepada murid untuk mempelajari sesuatu subjek tersebut
(Hendriana, 2017). Melalui soalan yang berbentuk inkuiri dan penerokaan, para murid mendapat
peluang bagi menjalankan tugas secara kreatif serta lebih menyeronokkan apabila mempelajari
sesuatu yang baru (Wong, 2015). Soalan aras tinggi menggalakkan pembelajaran kerana
memerlukan murid mengaplikasi, menganalisi, mensintesis dan menilai maklumat tidak hanya
memberikan fokus kepada mengingati fakta sahaja ( Hassan et al., 2016).

3.0 SOALAN DAN PENYOALAN


Alat berfikir Soalan dan penyoalan telah diperkenalkan oleh (Christenbury dan Kelly, 1983).
Manakala teknik penyoalan pula telah diperkenalkan oleh (William W. Wilen,1994). Menurut
(Hamdan, 2013), soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas. Sebagai
guru pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan
menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang baik
harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus.

2
Soalan merupakan alat berfikir yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia digunakan
sebagai alat rangsangan untuk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat,
menilai kebolehan dan pencapaian seseorang.

Penyoalan merupakan salah satu strategi dan berperanan penting yang boleh membantu
dalam proses pengajaran seorang guru. Aktiviti soal jawab antara guru dan pelajar boleh menjadi
kayu pengukur terhadap kejayaan dalam pengajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
ia memerlukan guru membuat persediaan awal dan peka dengan perbezaan tahap murid serta
memberikan peluang yang sama kepada semua murid. Berikut merupakan antara persediaan guru
sebelum berlakunya penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

1) Rancang skop dan aras soalan

Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan satu proses yang bergantung kepada
soalan yang dikemukakan oleh guru berkaitan isi pembelajaran. Oleh itu, untuk membolehkan
murid berfikir, pihak guru seharusnya bijak untuk merancang dan mengemukakan soalan-
soalan yang dapat merangsang tahap pemikiran individu atau murid. Aras soalan yang
dikemukakan oleh guru memainkan peranan untuk membantu murid mencapai tahap
keupayaan perkembangan kognitif yang diperlukan dalam sesebuah soalan.

2) Bina soalan yang jelas

Keberkesanan tahap pemikiran murid bergantung kepada isi pengajaran yang diterima
menerusi soalan yang pelbagai yang menguji aras perkembangan kognitif dalam bidang
kurikulum. Teknik pembinaan soalan yang mengikut aras perkembangan kognitif merupakan
perkara yang penting dalam menentukan tahap kebolehan pemikiran murid bagi keseluruhan
pembelajarannya yang diterima dalam sesuatu sesi pembelajaran (Sanders, 1966).

3) Sesuai dengan peringkat murid

Pemikiran merupakan proses mendapatkan dan mengumpulkan segala maklumat serta


pengetahuan yang diperoleh daripada sumber dalaman ataupun sumber luaran. Ia juga dapat
didefinisikan sebagai proses menggunakan kebolehan minda sama ada untuk mencari makna,
pemahaman terhadap sesuatu perkara dan mengenalpasti cara penyelesaian masalah. Aras

3
pemikiran adalah sangat penting untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian
manusia. Hal ini demikian kerana, setiap murid adalah berbeza dari segi pemikirannya. Maka,
disinilah guru perlu bersedia dan mempraktikkan penyoalan yang sesuai dengan peringkat
murid dan kebolehannya. Menurut Nursafra & Wan Ali, 2018, guru perlu menggunakan aras
soalan mengikut kebolehan murid bagi memudahkan murid untuk menjawab soalan tersebut.

4) Susun soalan mengikut urutan

Penyusunan soalan mengikut urutan juga berkait rapat dalam memberi kefahaman kepada
murid-murid. Selain itu, bagi mewujudkan penglibatan murid secara berefektif dalam aktiviti
pembelajaran, penyusunan soalan dan tempoh masa menjawab juga perlu dititikberatkan.
Seterusnya, guru-guru perlu mengaplikasikan bentuk penyoalan yang teratur dan sistematik.

5) Sediakan alat rangsangan mengikut keperluan

Teknik penyoalan merupakan salah satu kaedah yang utama dalam merangsang ataupun
mencungkil minat dan pemikiran murid serta dapat mentafsir pengetahuan sedia ada pada
seseorang murid. Pengaplikasian teknik penyoalan dalam sesebuah bilik darjah mempunyai
potensi yang tinggi dalam membangkitkan perasaan ingin tahu murid dan menimbulkan daya
pemikiran yang mendalam. Pelaksanaan teknik penyoalan semasa berada dalam kelas akan
memberi kesan positif kepada murid dari segi kemahiran berfikir. Menurut Fatimah & Noor
Liza, (2020), guru yang menggunakan teknik penyoalan yang berkesan, akan dapat
merangsangkan pemikiran murid dan perkara ini juga membantu guru untuk memahami
pencapaian murid.

6) Pelbagaikan soalan mengikut aras dan skop

Kepelbagaian teknik dan kaedah seseorang guru semasa mengemukakan soalan merupakan
salah satu faktor yang penting bagi memastikan murid dapat memahami dan menerima isi
pengajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah. Di sini, kemahiran guru untuk
mengemukakan soalan adalah penting untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai
dan proses pengajaran itu berjaya.

4.0 JENIS-JENIS SOALAN

4
Soalan dan penyoalan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu soalan bertumpu dan bercapah, lingkaran
soalan, kata tanya, kreatif kritis dan taksonomi bloom. Kelima-lima soalan ini mempunyai maksud
dan tujuan tersendiri bagi membantu individu mengaplikasikan minda dengan lebih terbuka dan
meluas.

4.1 BERTUMPU & BERCAPAH


I. Soalan Bertumpu
Menurut (Suhaimi Zakaria @ Othman, 2014) soalan bertumpu atau (Close-Ended or
Convergent Question) adalah merupakan soalan yang hanya melibatkan jawapan yang
terhad berdasarkan fakta di dalam teks. Dalam konteks lain, guru hanya boleh memberikan
soalan yang spesifik kepada murid dan tidak meletakkan jawapan yang diberikan oleh
murid tersebut sebagai tulen, sebaliknya memberikan jawapan dengan mengingat semula
fakta yang dipelajari sewaktu sesi pembelajaran dijalankan.

II. Soalan Bercapah


Menurut (Revathi Selvaraj, 2023), soalan bercapah atau (Opened-Ended or Divergent
Question) adalah merujuk kepada soalan yang memerlukan jawapan dari pemikiran yang
luas, kritikal, kreatif dan rasional. Dalam konteks lain, guru memerlukan murid untuk
mengingatkan kembali fakta yang dipelajari melalui cara pengaplikasian pengetahuan di
dalam teks dengan menggabungkan pengetahuan lain di luar teks. Seterusnya murid
tersebut perlu memberikan hujahan dalam bentuk penerangan, penganalisisan dan
ekstrapolasi terhadap sesuatu situasi atau permasalahan bergantung kepada soalan melalui
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT
Jadual 1 : Perbezaan konsep Soalan Bertumpu dan Bercapah

Perkara Soalan Bertumpu Soalan Bercapah

Tahap Aras rendah Aras tinggi

Skop jawapan Jawapan terhad Jawapan meluas

Bentuk Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka

5
Jenis soalan Merupakan soalan tersurat Merupakan soalan tersirat

peranan Menguji daya ingatan Menguji penaakualan dan pentafsiran

Sifat Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif

Contoh -contoh soalan bertumpu dan bercapah:


1. Soalan bertumpu
Jadual 2 : Contoh-contoh soalan bertumpu Subjek Sains Tahun 3

Bil Contoh soalan

1 Apakah ciri-ciri haiwan herbivor?

2 Apakah contoh haiwan-haiwan karnivor di dalam hutan?

3 Nyatakan jenis-jenis mikroorganisma?

Soalan-soalan ini membantu guru untuk memeriksa dan meneliti tahap kebolehan murid
dalam mengenalpasti sesuatu fakta yang penting. Ia secara tidak langsung dapat
meningkatkan pengetahuan dan pembendaharaan kata melalui beberapa contoh jawapan
yang seakan sama daripada murid-murid.

2. Soalan bercapah
Jadual 3 : Contoh-contoh soalan bercapah Subjek Sains Tahun 3

Bil Contoh soalan

1 Sekiranya habitat belalang disawah berkurangan, jelaskan kesan yang akan berlaku
kepada kitaran hidup habitat haiwan lain yang berada di sekitar sawah tersebut?

2 Pada pendapat kamu, adakah habitat harimau di Malaysia semakin pupus? Berikan
sebab bagi jawapan anda.

3 Huraikan inferens berdasarkan keadaan pokok kaktus dan pokok bunga melur selepas

6
satu minggu tidak disiram air.

Soalan-soalan ini membenarkan dan menggalakkan murid untuk membuat sebarang imaginasi
atau andaian ciptaan mereka merujuk kepada situasi dan permasalahan soalan tersebut. Guru-
guru akan meneliti setiap kandungan yang dikemukakan didalam hujahan murid-murid
mengikut kesesuaian sesuatu perkara mengikut logik akal.

4.2 LINGKARAN SOALAN


Lingkaran soalan merupakan suatu pendekatan khusus dalam seni penyoalan yang
memberikan tumpuan kepada aspek-aspek tertentu dalam sesuatu perbincangan. Skop-
skop utama yang diberi perhatian adalah skop perkara, skop individu, dan skop luar
individu. Lingkaran soalan diwujudkan untuk merangsang pemikiran yang lebih mendalam
melalui proses penyoalan yang berterusan.

Lingkaran soalan diperkenalkan oleh (Christenbury dan Kelly pada tahun 1983),
dan teknik penyoalan ini diadaptasi di Malaysia oleh (William W. Wilen, 1994).
Pengenalan teknik ini membawa kepada pengembangan cara berfikir yang lebih terperinci
dan kritis dalam kalangan individu di negara ini. Lingkaran soalan memberikan alat kepada
mereka untuk menggalakkan refleksi mendalam dan menganalisis dengan lebih teliti.

Lingkaran soalan ini juga banyak digunakan dalam percakapan kita seharian secara
langsung atau secara tidak langsung. Lingkaran soalan dalam pendidikan digunakan secara
meluas dalam pelbagai subjek atau mata pelajaran di sekolah menengah mahupun di
Institut Pengajian Tinggi (IPT).

1. Skop Perkara
Skop perkara mencakupi isu-isu atau topik tertentu yang memerlukan penerokaan yang
lebih dalam. Dengan menetapkan skop yang tepat, individu yang terlibat dalam penyoalan

7
ini dapat memfokuskan perhatian mereka pada aspek-aspek yang khusus dan relevan. Ini
membantu dalam membentuk struktur perbincangan yang sistematik.

2. Skop Individu
Skop individu membawa unsur kepribadian dan emosi dalam lingkaran soalan. Pertanyaan-
pertanyaan yang diajukan di dalam lingkaran ini mengarah pada bagaimana individu
merespon atau merasai terhadap isu-isu yang dibincangkan. Skop ini merangkumi aspek
psikologi dan emosi yang memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dan
pemahaman seseorang.

3. Skop Luar Individu


Skop luar individu membuka ruang untuk menyelidiki hubungan antara isu-isu tersebut
dengan dunia luar individu. Ini mungkin melibatkan impak sosial, politik, ekonomi, atau
budaya. Pertanyaan mengenai skop luar individu dapat merangsang pemikiran kritis
terhadap bagaimana isu-isu tertentu dapat mempengaruhi masyarakat atau keadaan sekitar.

Untuk mempelbagaikan lagi aras penyoalan, guru bolehlah menggunakan aras keupayaan
kognitif Bloom bagi setiap lingkaran ini. Bagi mempertingkatkan Kemahiran berfikir
pelajar, setiap lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lain sehingga
menjadi dua atau tiga lingkaran.

I. Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu) dalam subjek
bahasa melayu.

Jadual 4: Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).

8
PILI Contoh soalan

Perkara
P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.

I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi


Individu
untuk diekspor secara besar - besaran ?

LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-


Luar
orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buah-buahan di
Individu
Malaysia

II. Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu) dalam subjek
bahasa melayu.

Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan


soalan berfikir.

Jadual 5: Gabungan Lingkaran Soalan PILI

9
PILI Contoh soalan

Perkara + Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P)
individu. dapat dimajukan ?

Individu + luar Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak
individu. menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?

Perkara + luar Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan
individu. dari luar negara (LI) ?

Perkara + Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-
individu + luar buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan
individu. pendapat ini ? Beri alasan anda.

Secara keseluruhannya, konsep lingkaran soalan adalah sebuah kerangka yang digunakan untuk
merangkumi aspek perkara, individu, dan luar individu dalam satu penyoalan yang berterusan dan
sistematik. Pendekatan ini memberikan struktur yang kokoh dalam menjelajahi isu-isu kompleks
dan merangsang pemikiran yang lebih mendalam dalam membentuk pandangan dan sikap terhadap
dunia sekitar.

4.3 KATA TANYA


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata tanya tergolong sebagai kata praklausa, iaitu
kaya yang terletak di hadapan klausa. Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Tugas kata tanya
adalah untuk menimbulkan pertanyaan. Soalan yang berdasarkan kata tanya dikenali sebagai

10
‘5 wives 1 husband’ atau ‘5 waktu 1 hari’. Ia mempunyai dua aras kognitif yang terdiri daripada
tinggi dan rendah.

i) Aras kognitif tinggi


- What? (apa)
- Who? (siapa)
- Where? (di mana)
- When? (bila)

ii) Aras kognitif rendah


- Why? (mengapa)
- How? (bagaimana)

Jadual 6: Contoh-contoh soalan bagi kata tanya ialah:

KATA PENERANGAN CONTOH SOALAN


TANYA

APA Digunakan untuk menanyakan nama, Apakah yang kamu lihat?


benda, binatang dan tempat

SIAPA Digunakan untuk menanyakan orang Siapakah gerangan gadis


atau nama orang berbaju hitam itu?

DI MANA Digunakan untuk manusia, binatang, Rumah kamu di mana?


benda , tempat

BILA Digunakan untuk menanyakan masa Bilakah awak akan datang ke


atau waktu? rumah saya?

MENGAPA Digunakan untuk menanyakan sebab Mengapakah awak tidak hadir


atau punca sesuatu kajian. ke sekolah hari ini?

11
BAGAIMANA Digunakan menanyakan cara, sifat, Bagaimana cara untuk membuat
keadaan atau suasana. puding ini?

4.4 KREATIF KRITIS


Kritis adalah pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-bukti untuk memperoleh
padatan yang logik dan tepat. Kreatif berlaku apabila suatu keadaan dimana seorang individu
atau sekelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui dan mampu
mengaplikasikan daya kreativiti serta membentuk sesuatu yang baru. Murid menggunakan
minda dalam menilai sesuatu idea atau perkara yang sedia ada.

Contoh soalan kreatif kritis :

Baca dan fahami situasi di bawah. Seterusnya dikehendaki memberikan pendapat berdasarkan
situasi. Panjang jawapan hendaklah tidak melebihi daripada 30 patah perkataan.

Jadual 6: Contoh soalan kreatif kritis

Bil Contoh soalan

1. Pada suatu hari, anda telah melihat rakan anda membuang sampah ke luar tingkap
dengan sengaja. Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu akan lakukan?

2. Semasa perjalanan pulang dari rumah anda melihat asap keluar dari sebuah rumah
yang berdekatan dengan sekolah. Apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Soalan ini menggalakkan murid untuk berfikir sejenak tindakan relevan yang perlu mereka
lakukan. Maka pada tahap ini bermulanya minda kreatif dan kritis murid akan berkembang.
Mereka perlu memahami, menilai dan menjana idea dalam membuat analisis tindakan sewajarnya
mengikut pemahaman diri tentang soalan yang diberi. Guru tidak akan menetapkan jawapan yang

12
tepat terhadap jawapan yang diberikan oleh pelajar kerana bergantung kepada tahap kreativiti
murid tersebut untuk memberikan jawapan yang logik dan relevan dengan keadaan.

4.5 TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan yang bertujuan untuk
membantu dalam pendidikan. Berdasarkan Taksonomi Bloom, guru akan membuat soalan
pelbagai aras yang bersesuaian untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian dibuat
adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kemampuan pelajar dari aspek kognitif. Menurut
Benjamin S. Bloom, Taksonomi ini disusun secara hierarki yang terbahagi kepada 6 peringkat,
dari tahap yang paling rendah sehingga yang paling tertinggi di mana ianya merangkumi
Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Berdasarkan Forehand
(2012), aras pengetahuan, pemahaman dan penggunaan merupakan aras yang senang manakala
analisis, sintesis dan penilaian adalah aras yang sukar.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) Pengetahuan

Aras pengetahuan yang menguji murid untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi, teori, hukum, tarikh, dan peristiwa yang dipelajari daripada pembelajaran lepas. Istilah
atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan,menerangkan, menamakan dan
melabelkan.

Contoh soalan aras pengetahuan Bahasa Melayu - Tahun 3 :

I. Apakah ibu kota Negara Malaysia?


II. Berapakah buah negeri yang terdapat di Malaysia?
III. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh?

2) Kefahaman

Aras kefahaman ini menguji kebolehan murid untuk memahami sesuatu benda, menyatakan idea-
idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh penjelasan terhadap sesuatu yang
dipelajari. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

13
Contoh soalan aras pengetahuan Bahasa Melayu - Tahun 4 :

I. Terjemahan kepada maklumat: Ahmad memahami bahawa nasi adalah makanan yang
dimakan.
II. Tafsiran terhadap maklumat: Dia menganggap semua orang Malaysia suka makan nasi
berdasarkan pengalamannya.
III. Ekstrapolasi berdasarkan maklumat: Ahmad memahami bahawa nasi adalah makanan
utama di Malaysia dan dianggap penting dalam setiap hidangan masyarakatnya.

3) Aplikasi

Aras aplikasi ini menguji kebolehan murid menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain. Bentuk soalan mengikut aras
ini biasanya meminta murid untuk menyelesaikan, menjelaskan dan menunjukkan bagaimana
sesuatu perkara.

Contoh soalan aras aplikasi Bahasa Melayu - Tahun 1 :

1. Susun semula perkataan-perkataan di bawah membentuk satu ayat yang betul

sungai, itu, ke, melompat, dalam, kerbau

4) Analisis

Aras ini menguji kebolehan pelajar membuat perbandingan dengan membezakan fakta
berdasarkan persamaan dan perbezaan pendapat, hubungkait antara satu sama lain dan mengenali
struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih. Murid perlu menganalisa maklumat dan boleh menstrukturkan
maklumat kepada bahagian-bahagian kecil untuk mengenal pasti pola dan perhubungannya. Murid
perlu mencari sebab dan akibat pada maklumat yang dianalisis.

Contoh soalan aras analisis Bahasa Melayu - Tahun 2 :

1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

14
a) Jangan bising
b) Sila duduk sekarang
c) Tutupkan suis elektrik itu
d) Harap anda dapat datang esok

5) Sintesis

Aras sintesis ini menguji murid untuk menggabungkan, mencantumkan idea menjadi satu,
berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah
atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina,menghasilkan, menyusun dan
mengembangkan. Sintesis tertumpu kepada karangan di mana murid perlu menjana idea yang
berkaitan dan menyusunnya membentuk satu karangan yang lengkap.

Contoh soalan sintesis Bahasa Melayu - Tahun 5 :

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk "Saya sebuah kereta"

6) Penilaian

Aras ini menguji kebolehan murid untuk menilai, merumuskan atau memberi pendapat terhadap
sesuatu pernyataan, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah memilih,memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Contoh soalan penilaian Bahasa Melayu - Tahun 5 :

1. Pada pendapat kamu, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

2. Sejauh manakah kebaikan membaca semasa rehat di sekolah?

5.0 KESIMPULAN

Kaedah berfikir seperti soalan dan penyoalan dalam kemahiran interpersonal mempunyai peranan
penting, khususnya mengenai pembentukan minda dalam membina hubungan yang lebih berkesan

15
supaya dapat disesuaikan dengan persekitaran. Kajian ini menjelaskan bahawa soalan bukan hanya
digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi, tetapi juga merupakan pemahaman yang lebih
mendalam di antara individu. Penyoalan pula dijelaskan sebagai kebolehan untuk merangsang
refleksi dan dialog yang membina, memperkukuhkan hubungan, serta memupuk pemahaman
terhadap pandangan dan emosi masing-masing. Kesimpulannya, kajian ini menjelaskan
kepentingan dalam penggunaan soalan yang tepat dan teknik penyoalan yang betul untuk
mengukuhkan komunikasi interpersonal, menjelaskan perkembangan emosi, dan meningkatkan
persefahaman antara individu.

6.0 RUJUKAN

binti Ibrahim, F., & binti Abdullah, N. L. 2021. Teknik penyoalan lisan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 18(1), 68-78.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Bahan Sumber Peningkatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Matematik: Panduan Penggunaan Soalan Programme For International Student Assessment (PISA).
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Forehand M. 2012. Bloom’s Taxonomy. Emerging Perspective on Learning, Teaching and Technology.
http://epltt.coe.uga.edu/index.php?title=Bloom%27s_Taxonomy. (8 September 2017)

Nursafra, Wan Ali, Mohd Isa, Khadijah & Maimun Aqsha. 2018. Strategi penyoalan guru
pendidikan Islam dalam pengajaran berfikir kritis. ASEAN Comparative Education Research
Journal on Islam and Civilization, 2(1), 72-87.

Som. Hj Nor, Mohd Dahalan Mohd Ramli. 2000. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kuala Lumpur: Person Education Malaysia Sdn Bhd.

Suhaimi Zakaria @ Othman, B. A. 2014. PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS


TINGGI MELALUI MODEL STESEN ROTASI PELBAGAI MOD. Konvensyen Antarabangsa
Jiwa Pendidik.

Revathi Selvaraj, M. S. 2023. Meneroka Teknik Penyoalan Guru Dalam Matapelajaran Sains
Murid Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan.

16
Hamdan, A. 2013, October 7. Soalan dan Penyoalan. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/azualhamdan/soalan-dan-penyoalan

Hadley, G. 2010. An Analysis of Questioning and Feedback Strategies Using the IRF Framework,
(July).

Hendriana, H. 2017. Senior High School Teachers’ Mathematical Questioning Ability And

Metaphorical Thinking Learning. Infinity Journal, 6(1), 51–58.


http://doi.org/10.22460/infinity.v6i1.24

Hisyam, A. 2023. Paperwork Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota . Retrieved from Academia:
https://www.academia.edu/40217376/Paperwork_Alat_Alat_Berfikir_dalam_Membuat_Nota_G
KB_1053_

Hassan, S. R., Rosli, R., & Zakaria, E. 2016. The Use of i-Think Map and Questioning to Promote
Higher-Order Thinking Skills in Mathematics. Creative Education, 07(07), 1069–1078.
http://doi.org/10.4236/ce.2016.77111

Nanasizukara.2022, October 17. LINGKARAN SOALAN. fdocuments.net.


https://fdocuments.net/document/lingkaran-soalan.html

H. M. 2022, October 17. alat berfikir. Retrieved from https://dokumen.tips/documents/alat-


berfikir-558734079ccbe.html?page=8

Wong, K. Y. 2015. Use of Student Mathematics Questioning to Promote Active Learning


and Metacognition. In S. J. Cho (Ed.), Selected Regular Lectures from the 12th International
Congress on Mathematical Education (pp. 877–895). Cham: Springer International Publishing.
http://doi.org/10.1007/978-3-319-17187-6_49

Lingkaran soalan. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/49314820/Lingkaran-

soalan

Latihan Response Kritis & Kreatif. (n.d). Scribd

https://www.scribd.com/document/617022352/Latihan-Respons-Kritis-Kreatif-Jawapan-di-

Hujung

17

Anda mungkin juga menyukai