Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan falsafah dalam kehidupan

Selanjutnya, falsafah dalam kepentingannya kepada masyarakat adalah untuk mengasah


daya fikir masyarakat supaya mempunyai sikap kritis yang lebih tajam dan bijak. Aristotle
berhujah bahawa falsafah bermula dengan keinginan untuk mengetahui. Dalam setiap
disiplin intelektual, menjadi kebiasaan dan norma untuk mewujudkan persoalan-persoalan
tentang hakikat setiap kejadian yang wujud di muka bumi ini. Falsafah terlahir apabila
manusia mula bertindak memikir dan meragukan perkara-perkara yang dilihat mewujudkan
tanda tanya. Tanpa fikiran dan keraguan yang membawa satu arah perbincangan itu dengan
lebih dalam, misalnya mengenai sebab, akibat, bagaimana kejadiannya dan prinsip-prinsip
asasnya, pembangunan manusia yang pada dasarnya dikurniakan kemahiran untuk berfikir
akan terhenti dan mundar-mandir setakat yang diketahuinya sahaja.

Prof Syed Farid Alatas dalam satu kenyataannya pernah mengujari bahawa masyarakat
tanpa pemikir merupakan satu keadaan yang bahaya bagi sesebuah masyarakat tersebut,
oleh kerana tidak ada badan-badan atau entiti yang menggariskan kod-kod etika dalam
kehidupan masyarakat seharian. Kenyataan tersebut dapat ditakrifkan bahawa adalah
penting bagi ahli-ahli falsafah dalam masyarakat untuk wujud bagi mengimbangi tindakan-
tindakan manusia yang bersifat bebas (free will) supaya tidak ada berlakunya sebarang
kerencatan terhadap pembangunan tamadun yang sedang progresif. Hobbes, sebagai salah
seorang ahli falsafah politik yang mendukung konservatisme sebagai ideologi yang ideal
memandang bahawa manusia merupakan satu makhluk yang ganas, kejam, tidak terkawal,
mempunyai keinginan dan dipandu oleh nafsu. Justeru, beliau mengilhamkan bahawa
perlunya sebuah kerajaan yang kuat, dan kesepakatan di antara manusia dan entiti kerajaan
untuk mengimbangi tindakan-tindakan manusia tersebut sebagai jaminan, sebuah suasana
kehidupan yang harmoni dan damai, dengan keteraturan sosial yang mapan. Walaupun
pada hakikatnya dalam perbincangan falsafah sendiri sering membincangkan etika-etika
kehidupan manusia yang berbeza berdasarkan kenisbian budaya mengikut keadaan
setempat, namun satu hal yang pasti adalah bagaimana kewujudan pemikir dan ahli falsafah
ini merupakan elemen asas bagi memastikan keteraturan sosial untuk berlangsung dalam
sesebuah masyarakat.

Selain daripada kewujudan pemikir dan ahli falsafah untuk mengimbangi sikap-sikap
manusia dalam memastikan keteraturan sosial itu terus berlaku, kehadiran mereka juga
penting bagi mengelakkan berlakunya indoktrinasi dalam skala yang besar. Kehadiran
falsafah dalam masyarakat yang mengasaskan logik dan fikiran-fikiran yang kritikal berupaya
untuk menangkis sebarang cubaan-cubaan dalam mengasaskan satu keadaan yang dipanggil
sebagai manusia massa (mass-man). Gramsci melihat bahawa pentingnya intelektual dan
pemikir untuk wujud sebagai benteng dan perlawanan bagi menentang hegemoni yang
dilakukan oleh state. Di sini terletaknya tanggungjawab pemikir dan ahli falsafah bagi
merungkaikan indoktrinasi, bagi membentuk kesedaran masyarakat dan seterusnya
mencipta satu naratif baharu sebagai hegemoni balas. Dalam keadaan yang sama,
masyarakat juga mempunyai peranannya dalam merujuk kembali pemikir dan ahli falsafah
ini mengenai hal-hal ehwal yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tidak ditolak juga
bahawa masyarakat dipertanggungjawabkan untuk mempelajari falsafah serta ilmu-ilmu
pengetahuan yang lain supaya tidak terus dihambat pemikiran yang mundur dan tidak kritis
terhadap keadaan sekeliling. Dari sini dilihat bahawa wujudnya satu keperluan untuk
mencipta satu falsafah masyarakat bagi membentuk jatidiri dan identiti supaya tidak
berlakunya kekeliruan kemasyarakatan dan kecelaruan untuk mengelakkan mereka terbuai
dalam khayal-khayal yang merugikan.

Anda mungkin juga menyukai