Anda di halaman 1dari 2

Dalam pembelajaran kursus untuk MPU 1043 Falsafah dan Isu Semasa ini, saya

diperkenalkan dengan beberapa ideologi dan terminologi asal tentang asal-usul kehidupan
manusia. Falsafah ini mempunyai sudut pendirian berbeza bagi setiap orang berdasarkan
pandangan sendiri untuk dijadikan sebagai rujukan serta melahirkan insan yang bahagia dan
kehidupan lebih harmoni. Dengan keadaan ini akan mewujudkan rasa cinta akan ilmu dan
melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berpikiran kelas pertama.

Tujuan untuk mempelajari ilmu falsafah ini adalah individu itu boleh memahami dan
mewujudkan idea dan pemikiran yang mengetahui dasar yang dibuat untuk membuat kesimpulan
serta keputusan. Ini akan memberi kesan yang baik atau sebaliknya dalam kehidupan. Dengan
cara ini dapat menilai idea atau pendapat serta bukti yang digunakan untuk membentuk suatu
idea itu. Pembelajaran falsafah ini juga boleh mendidik akal dan minda manusia untuk berfikiran
secara logik. Hal ini memerlukan individu itu memerlukan fikiran yang waras untuk membuat
atau memberi hujahan tentang sesuatu perkara.

Pada pendapat saya, falsafah ini ini diperkenalkan melaui aliran pemikiran yang boleh
dihubungkait perkara yang moden dengan falsafah pada suatu masa dahulu. Dengan cara ini, kita
dapat membentuk cara pemikiran dan idea yang bernas dan munasabah dalam sesuatu perkara
kehidupan. Perkara atau insiden berlaku pada masa lalu, kita boleh dijadikan rujukan dan
mengambil input pengajaran. Misalnya tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu rusuhan
antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa, merosakkan harta benda serta imej negara juga
terjejas. Dan dari situ, terwujudnya Rukun Negara bagi melahirkan masyarakat yang harmoni
kerana keunikan negara kita yang berbilang kaum.

Saya tertarik akan falsafah yang dinyatakan oleh Plato dimana manusia yang sedia untuk
menerima atau menimba imu pengetahuan secara berterusan dan tidak pernah putus asa untuk
mencari kebenaran berminat melihat perkara yang baik serta cantik yang dapat diterjemahkan
dalam kehidupan. Ia juga suatu proses bagi membentuk individu yang berakhlak mulia. Ini juga
dapat membentuk rakyat yang baik serta setia untuk mematuhi undang-undang negara.

Berdasarkan hikmah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bagi melahirkan individu yang


seimbang dan harmonis, mempunyai beberapa faktor-faktor yang penting iaitu dari segi jasmani,

1|Page
emosi, rohani dan intelek. Dari segi ini dapat mengembangkan potensi diri secara menyeluruh
dan bersepadu yang akan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, betanggungjawab dan keupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Pendidikan adalah sesuatu perkara utama yang harus ditekankan untuk membangunkan
sesebuah negara. Dengan ini negara dapat melahirkan modal insan yang sentiasa berdaya saing
untuk memajukan sesebuah negara. Sistem pendidikan ini perlu dititikberatkan bermula sekarang
bagi membentuk dan membina negara maju seiring dengan kemajuan globalisasi pada masa kini.
Ia juga boleh berubah berdasarkan keperluan seiring dengan perubahan semasa.

Kesimpulannya, dalam kursus ini mempelajari cara pemikiran secara kreatif. Pemikiran
secara metafizik juga membantu saya dalam kehidupan kerana percaya kewujudan Allah dan
beriman kepada perintahNya. Untuk membuat sesuatu perkara atau keputusan kita memerlukan
pemikiran yang logik dan waras serta memikirkan impaknya yang akan berlaku selepas itu.
Selain itu juga, sekiranya kita melakukan sesuatu perkara yang salah atau dosa, kita tahu akan
yang akan dihadapi sama ada di dunia atau di akhirat seperti yang terkandung dalam al-Qur’an
atau hadis-hadis.

Saya berharap dalam kursus ini saya dapat diperkenalkan beberapa ideologi atau falsafah
yang boleh dikaitkan dengan keadaan masa dan zaman mencabar ini. Pada masa ini, penggunaan
media massa yang meluas, memaparkan atau mengkongsi perkara-perkara akan menyebabkan
perselisihan antara kaum seterusnya merosakkan sesebuah negara. Saya juga berharap, falsafah
dan teori ini boleh disampaikan secara mudah difahami, untuk melahirkan generasi yang
berfikiran kreatif dan inovatif.

2|Page

Anda mungkin juga menyukai