Anda di halaman 1dari 10

SAMPLE

1) Senaraikan LIMA [5] kesan kejatuhan ekonomi terhadap keharmonian dan


sosiopolitik sesebuah negara.

 Pengangguran berlaku akibat ketiadaan peluang pekerjaan.


 Pelabur semakin khuatir untuk melabur dan akhirnya mereka terpaksa melabur di
negara lain.
 Nilai mata wang juga turut jatuh.
 Kesejahteraan rakyat terganggu akibat tekanan kewangan.
 Mana-mana jawapan yang relevan.

2) Berikan EMPAT [4] Unsur Tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia
yang dilindungi di bawah Akta Hasutan.

 Bahasa Kebangsaan.
 Agama persekutuan.
 Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
 Pemerintahan beraja.

3. Senaraikan DUA [2] perlembagaan awal Melaka yang menjamin keharmonian kota
dan keselamatan laut Melaka.

 Hukum Kanun Melaka.


 Undang-undang Laut Melaka.

4. Nyatakan LIMA [5] kebaikan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

 Dapat menyemai nilai-nilai patriotik kalangan remaja.


 Sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja.
 Melibatkan pelbagai kaum dan memperkukuhkan integrasi nasional.
 Memupuk generasi muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara.
 Mana-mana jawapan yang relevan.

5. Senaraikan EMPAT [4] dasar-dasar pembangunan negara.

 DASAR EKONOMI BARU


 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
 DASAR WAWASAN NASIONAL
 MODEL EKONOMI BARU
 DASAR PERINDUSTRIAN
 DASAR PENSWASTAAN
 DASAR PERTANIAN

6. Huraikan kebaikan perkahwinan campur (Amalgamasi) kepada masyarakat


berbilang kaum di negara kita.

Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni.
Perkahwinan campur antara masyarakat akan membentuk masyarakat yang bersatu padu.

 Perkahwinan campur akan melahirkan anak yang bijak hasil gabungan genetik oleh
ibubapa.

 Penggabungan dua budaya ini membolehkan mereka mempelajari pelbagai aspek


baru.

 Kemeriahan dalam meraikan setiap perayaan.


 Mana-mana jawapan relevan diterima.

Pihak keluarga dan masyarakat harus menerima dan bertolak ansur dalam perkahwinan
campur untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara kita

7. Huraikan kebaikan pantang larang yang di amalkan oleh pelbagai etnik di negara
kita.

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat zaman lampau berkaitan dengan adat
dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat
kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan
oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.

 Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik
masyarakat khususnya generasi muda.

 Pantang larang dapat menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan seharian
contohnya berkaitan nilai Moral.

 pantang larang juga adalah bertujuan menjaga kesihatan diri supaya sihat dan
cergas.

 Mana-mana jawapan relevan diterima.


Masyarakat berbilang kaum di negara kita mempunyai pelbagai pantang larang termasuklah
berkaitan perkahwinan, perayaan dan juga mengandung. Pantang larang yang diamalkan
oleh setiap kaum adalah berbeza-beza.

ACTUAL SEQ QUESTION

1. Senaraikan LIMA (5) unsur integrasi (pg 40)

a) Konsep Segregasi

Segregasi merupakan proses sosial yang menyebabkan pemisahan atau

pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain

dalam sesebuah negara. Hal ini menyebabkan interaksi yang sedikit atau

tiada interaksi antara mereka. Segregasi biasanya berlaku atas dasar ras,

agama, kebudayaan dan lain-lain ciri etnik.

Selain itu, segregasi juga dapat dibahagikan pada dua jenis iaitu segregasi

rela dan segregasi tidak rela. Segregasi rela ialah keadaan melibatkan

golongan manusia yang memencilkandiri dengan tujuan menentang

asimilasi. Segregasi tidak rela pulatimbul kerana paksaan daripada

pihak yang berkuasa. Selain itu, terdapat juga istilah segregasi de facto

yang merupakan kecenderungan semula jadi manusia yang ingin hidup

bersama golongan yang berkongsi persamaan dari segi kebudayaan,

kewarganegaraan, ras, bahasa, pekerjaan, agama, pendapatan atau

persamaan. Segregasi de jure pula merujuk pada jenis segregasi yang

dilaksanakan oleh kerajaan. Segregasi jenis ini memaksa pengasingan atau

pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan

pelaksanaan undang-undang dan maksud segregasi de jureini hampir

sama dengan segregasi tidak rela.


(b) Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan

etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik

lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini

dijelaskan dengan formula A + B + C = A + B + C dan A, B dan C itu

merujuk pada budaya. Hidup bermasyarakat terdedah pada pelbagai

kumpulan etnik yang hidup secara harmonis dan menghormati antara satu

sama lain. Konsep akomodasi ini dapat dicapai apabila keadaan atau

proses kelompok yang berkonflik dengan mengadakan interaksi secara

aman untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Keadaan ini

membolehkan kelompok yang terlibatmeneruskan identiti serta sikap

mereka yang berasingan. Sebagai contoh, pada peringkat pemerintahan

pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi

dan pendidikan dan mereka saling bergantungan. Proses penyesuaian

ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas

mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni seperti penggunaan

pelbagai bahasa, pengamalan pelbagai agama dan kepercayaan secara

bebas bagi setiap kelompok etnik. Oleh itu, penyesuaian amat penting

sebagai dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik.

(c) Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam

kalangan individu atau kelompok yangberasal daripada kebudayaan lain

yang berbeza. Akulturasi juga merujuk pada proses penyerapan unsur

kebudayaan daripada budaya tertentu dalam budaya yang lain. Proses ini

amat penting bagi mencapai integrasi. Sebagai contoh, ahli pelbagai


kumpulan perlu berkongsi pola kebudayaan seperti bahasa yang sama

supaya interaksi dan perhubungan sosial mereka tidak diganggu oleh

perbezaan dan sempadan kumpulan.

(d) Konsep Asimilasi

Integrasi juga mungkin melibatkan asimilasi. Asimilasi merupakan proses

percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya

sehingga membentuk kelompok dengankebudayaan dan identiti yang

sama. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A. Bagi huruf A

mewakili golongan dominan, sementara B dan C mewakili kumpulan etnik

minoriti. Sebagai contoh, di Malaysia seperti masyarakat Jawa, Cina

Kelantan, Baba dan Nyonya menunjukkan contoh telah berlakunya proses

asimilasi. Proses asimilasi ini berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat

antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

(e) Konsep Amalgamasi

Konsep amalgasi ialah proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari

segi biologi. Konsep ini berlaku apabila budaya atau ras bercampur

untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Sebagai contoh, amalgamasi

berlaku apabila kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan

perkahwinan campur lalu membentuk generasi baharu atau budaya baharu

tanpa menuruti budaya asal mereka

2. Kenal pasti LIMA (5) isu yang sengaja dimainkan dan dijaja secara langsung oleh
sesetengah pihak yang menyentuh isu sensitiviti agama. (pg 214)

Beberapa isu sengaja dimainkan dan dijajasecara langsung iaitu menyentuh isu
sensitiviti agama. Misalnya, isu murtad atau penukaran agama, isu azan, isu

kalimah Allah, isu perarakan kepala lembu, isu kepala babi, isu rumah ibadat

dan sebagainya

3. perbezaan dalam Laporan Woodhead 1955 (Sabah dan Sarawak)

Laporan ini diambil maklum oleh kerajaandi Sabah dengan melakukan beberapa

pindaan. Misalnya, cara penyatuan sistempendidikan yang berbeza dalam satu

bentuk kebangsaan yang boleh diterima oleh semua kaum. Tindakan drastik

diambil oleh kerajaan Sabah dengan memperbaiki kaedah pengajaran bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina, bahasa Inggeris di sekolah Melayu

dan bahasa Melayu di sekolah Inggeris. Selain itu, kerajaan Sabah juga akan

memberikan pendidikan percuma kepada semua kaum. Di Sarawak pula, Laporan

Woodhead mencadangkan buku teks mestilah berorientasikan Sarawak

menggantikan buku teks dari luar seperti China, England dan Tanah Melayu.

Laporan ini juga meminta supaya lebih banyak sekolah rendah dibina di kawasan

pedalaman Sarawak

4. 5ciri-ciri Malayan Union (pg 75)

(a) Semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu serta dua Negeri Selat digabungkan, kecuali Singapura;

(b) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh

Ratu England;

(c) Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai sebuah pelabuhan bebas;

(d) Memberikan taraf kewarganegaraan yang sama rata melalui prinsip Jus

Soli;

(e) Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya berkuasa
dalam bidang adat istiadat Melayu dan agama Islam; dan

(f) Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik untuk menjadi ketua pentadbir

di setiap negeri.

5. Huraikan DUA (2) peristiwa yang dikaitkan dengan Era Stabil Tetapi Tegang (1961–
1970).

Kerajaan di Tanah Melayuketika itu sanggup bersetuju dengan tuntutan

20 Perkara dari Sabah dan 18 Perkara dari Sarawak dalam aspek autonomi

mereka dalam menguruskan negeri mereka. Pihak Indonesia tidak berpuas hati

dengan penubuhan Persekutuan Malaysia dan menganggap negara ini sebagai

neo-colony. Konfrontasi ini dipimpin oleh Soekarno yang dikatakan kerajaannya

banyak dipengaruhi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Serangan telah

dilancarkan ke atas Malaysia. Namun begitu, konfrontasi ini berakhir apabila

Soeharto dilantik sebagai Presiden Indonesia dan beliau memperakui kewujudan

Persekutuan Malaysia.

Peristiwa rusuhan kaum terbesar telah berlaku dalam dua siri berbeza iaitu

semasa Singapura dalam Malaysia pada 21 Julai dan 3 September 1964. Peristiwa

ini telah mengorbankan lebih kurang 40 orang dan ribuan telah ditangkap. Isu

ini menjadi asas penting penyingkiran Singapura dari Malaysia untuk tujuan

pembinaan negara Malaysia yang stabil.Selain itu, peristiwa 13 Mei 1969

merupakan rusuhan kaum terbesar di Malaysia. Rusuhan kaum ini menjadi asas

penting pada Malaysia bahawa perlunya ada usaha ke arah kesepaduan sosial.

Justeru, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan secara top-down.

Antara usaha ini termasuk menubuhkan Majlis Perundangan Rakyat, Jabatan

Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. Justeru, bermulalah

usaha kerajaan dalam setiap perlaksanaan dasar yang mempunyai matlamat

akhirnya iaitu untuk perpaduan nasional


6. huraikan 2 sebab pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi membawa kesan negatif
kepada perpaduan etnik di Malaysia. (pg 14)

Selepas merdeka, kedudukan pelbagai kaum di Malaysia mempunyai jurang

sosioekonomi yang cukup besar khasnya dalam kalangan orang Melayu dan

orang bukan Melayu. Ini kerana dasar British yang lebih berminat mengekalkan

sistem tradisi ekonomi orang Melayu berbanding memberikan peluang kepada

mereka terlibat dalam sektor ekonomi moden. Masyarakat pada masa penjajahan

dipisahkan kepada sistem ekonomi merekaiaitu orang Cina bekerja di sektor

perlombongan, orang India bekerja di sektor perladangan seperti getah dan

orang Melayu kekal dengan sektor tradisi mereka iaitu sistem tradisional seperti

bertani, perikanan dan perhutanan yang membawa pulangan pendapatan yang

kurang. Jika diperhatikan, di negara maju seperti Britain, kebergantungan

kepada ekonomi tradisi tidak sampai sepuluh peratus. Ini kerana ekonomi

sebegini tidak membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Negara maju

kini bergantung kepada aktiviti perindustrian dalam membangunkan negara

mereka.

Senario pemisahan bidang pekerjaan telah membahagikan masyarakat

secara berpola berasaskan kawasan. Misalnya, orang Cina ramai di kawasan

perlombongan, orang India di kawasan estet dan orang Melayu di kawasan desa

atau kampung. Justeru, pertembungan antara etnik berlaku dalam kadar yang

sangat rendah. Pada masa ini, pemisahan atau segregasi masyarakat berlaku

dengan ketara. Selepas kita merdeka, perkara ini perlu diberikan perhatian

disebabkan orang Melayu masih jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain

dalam aspek ekonomi. Pengalaman Malaysia telah membuktikan jika ekonomi

tidak diuruskan dengan baik, konflik etnik akan mudah terjadi. Hal ini terbukti

melalui peristiwa Kampung Medan pada tahun 2001 antara orang Melayu dan
India. Begitu juga, peristiwa 13 Mei 1969 iaitu lebih kurang 12 tahun selepas

merdeka juga boleh dikaitkan dengan lompang ekonomi besar antara orang

Melayu dengan orang Cina. Wujud prasangka dan prejudis antara kedua-dua

etnik hingga diterjemahkan melalui tindakan.

Selepas peristiwa 13 Mei, pelbagai usaha telah digarapkan oleh kerajaan sama

ada melalui sosioekonomi bertujuan merapatkan hubungan antara kaum.

Misalnya, penubuhan konsep Rukun Negara yang diambil ideanya daripada

konsep Pancasila Indonesia dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

bertujuan khusus untuk membantu ekonomi orang Melayu. Secara teorinya, jika

orang Melayu dibantu, maka orang bukan Melayu juga akan turut mendapat

manfaat. Pada akhir bantuan di bawah DEB akan mewujudkan kestabilan dan

keharmonian antara kaum. DEB merupakan dasar afirmatifyang diwujudkan

atas dasar cuba untuk membantu sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam konteks ini, masyarakat Melayu ialah masyarakat yang perlu dibantu.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada thun 1957, masyarakat Melayu jauh

ketinggalan berbanding kaum lain daripada segi ekonomi disebabkan dasar

isolasi British yang mendiskriminasikan penglibatan orang Melayu dalam sektor

ekonomi moden. DEB mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu untuk

membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Pelaksanaan DEB

mengambil masa lebih kurang 20 tahun, iaitu bermula tahun 1971 dan berakhir

pada tahun 1990 bermula dari Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan

Malaysia Kelima. Secara umumnya, DEB telah berjaya mengurangkan jarak

sosioekonomi antara masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu. Usaha

membasmi kemiskinan sedikit sebanyak menunjukkan keberkesanannya,

khasnya di kawasan luar bandar apabila ramai orang Melayu telah menunjukkan

peningkatan dalam taraf ekonomi masyarakat. Lebih banyak peluang pekerjaan

disediakan dan penyusunan masyarakat di kawasan bandar dilakukan dengan


jayanya. Ramai orang Melayu berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih

baik dan berpindah ke bandar. Ini mewujudkan keseimbangan antara etnik di

kawasan bandar dan bandar raya, antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Misalnya, Kuala Lumpur yang terdiri daripada ramai orang Cina telah seimbang

daripada segi pembahagian etnik selepas pelaksanaan DEB. Selepas tamatnya

DEB 1990, pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar

Wawasan Negara (DWN) masih mengekalkan matlamat utama DEB. Begitu juga,

dasar yang diwujudkan dengan diakhirimatlamat untuk perpaduan nasional.

Anda mungkin juga menyukai