Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

Halaman

1. Pengenalan. 3
2. Konsep Kurikulum untuk Kanak-kanak 4
3. Pertimbangan dan Proses Pembentukan Kurikulum 5
3.1. Teori Melandasi Kurikulum 5
3.2. Falsafah Pendidikan 5
3.3. Prinsip Kurikulum Pendidikan Kanak-kanak 7
3.3.1. Prinsip Perkembangan Kanak-kanak 7
3.3.2. Prinsip Pembelajaran 7
4. Model Tyler 8
4.1. Reka Bentuk Model Tyler 8
4.1.1. Sumber-sumber Objektif Umum 9
4.1.2. Mengenal Pasti Objektif Umum 11
4.1.3. Penapisan Falsafah dan Psikologi 11
5. Objektif Pengajaran Terperinci 12
5.1. Matlamat Utama Kurikulum 12
5.2. Objektif Utama Kurikulum 13

Rujukan 14

1.0 PENGENALAN
Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Kanak-kanak hari ini adalah ahli masyarakat dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Setiap kanak-
kanak berhak untuk memperoleh pendidikan di awal usia kerana pendidikan awal kanak-kanak
memainkan peranan utama dalam usaha memperkembangkan lagi potensi mereka. Pendidikan awal
kanak-kanak atau prasekolah didefinisikan sebagai satu persediaan sebelum kanak-kanak melangkah
ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah (Suppiah Nachiappan, 2015). Pendidikan awal
kanak-kanak atau prasekolah haruslah menyediakan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian
kepada kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun dalam jangka masa setahun atau lebih
sebelum kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke tahun 1. Dalam peringkat pendidikan seperti ini
tentulah memerlukan sukatan pelajaran atau kurikulum yang tersendiri dan khusus.
Konsep kurikulum meliputi semua pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diajukan
kepada kanak-kanak samada di dalam atau di luar bilik darjah. Di peringkat prasekolah, kurikulum
merangkumi permainan dan aktiviti-aktiviti di luar dan di dalam bilik darjah, merangkumi segala
yang berlaku spanjang hari di sekolah. Kurikulum prasekolah adalah suatu yang dirancang dan tidak
dirancang ‘hidden curriculum’. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang dibekalkan kepada kanak-
kanak dalam tahap pembelajaran berkenaan. Kurikulum prasekolah bukan sekadar untuk mendidik
kanak-kanak supaya pandai membaca, menulis dan mengira sahaja. Namun, apa yang lebih penting
ia perlu dibentuk untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri
kanak-kanak ke arah perkembangan yang menyeluruh dan seimbang. Sejajar dengan itu, kurikulum
pendidikan prasekolah Islam secara umum bertujuan untuk memantapkan akidah Islam
meningkatkan kecenderungan kepada ilmu, keimanan dan mencapai matlamat pembinaan insan
kamil.
Justeru, kami merancang pembentukan satu kurikulum berintegratif aliran Islamik bagi
pusat pendidikan awal kanak-kanak iaitu Akademi Nahjan. Pendidikan prasekolah Islam
menampilkan ciri-ciri holistik, lengkap (syumul) dan tidak melihat pendidikan secara serpihan.
Pertimbangan dan proses pembentukan kurikulum intergratif Akademi Nahjan di landasi dari Teori
Konstruktivisme. Manakala, teras pembentukan kurikulum Akademi Nahjani pula berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) serta prinsip-prinsip
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya, dalam membentuk matlamat dan objektif
utama kurikulum intergratif Akademi Nahjan, kami menggunakan Model Tyler sebagai panduan.

2.0 KONSEP KURIKULUM UNTUK KANAK-KANAK.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 2


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Kurikulum bermaksud segala perancangan pendidikan yang dikehendaki oleh sesebuah institusi
pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mencerakinkan konsep dan falsafah
pendidikan secara lebih terperinci (Saayah Abu, 2009). Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta
Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997
merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang di susun
bagi mencapai suatu matlamat pendidikan (Nor Fauzian Kassim dan Fauziah Hanim, 2015). Selain
itu, kurikulum juga membawa erti suatu bentuk penulisan atau senarai topik yang di rancang dengan
teliti untuk tujuan pembelajaran. Manakala, kurikulum dalam perspektif Islam dikenali dengan kata
‘manhaj’ iaitu jalan yang terang (Arif Kurniawan, 2013). Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan
dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangan menurut Nur Fauzian Kassim dan Fauziah
Hanim (2015), ianya bermaksud cara untuk membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan
menguruskan pengalaman kanak-kanak berdasarkan program serta semua pengalaman yang berlaku
di sekolah. Perkataan ‘manhaj’ dalam konteks situasi pendidikan awal pula bermaksud pengalaman,
aktiviti dan pengaruh yang diberikan oleh pendidik kepada kanak-kanak dengan tujuan untuk
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Berdasarkan perspektif umum dan Islam terhadap kurikulum pendidikan awal, jelas ianya
membawa maksud kurikulum adalah satu pengalaman pembelajaran yang dibekalkan kepada kanak-
kanak yang berbentuk pendedahan asas dengan mempertimbangkan aspek kemampuan, keupayan,
kebolehan dan kesediaan kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja dibentuk untuk mendidik kanak-
kanak pandai membaca, menulis dan mengira tetapi lebih kepada membentuk dan menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh serta
seimbang.

3. 0 PERTIMBANGAN DAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 3


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

3.1 Teori Melandasi Kurikulum.


Untuk mereka bentuk kurikulum Akademi Nahjan, kami berlandaskan kepada Teori
Konstruktivisme. Kami berpendapat teori ini relevan dengan keperluan pendidikan dan
perkembangan kanak-kanak. Pendidikan prasekolah kami lebih mengambil kira kurikulum
berpusatkan pelajar. Pendekatan konstruktivisme sememangnya menumpukan kepada pengajaran
dan pembelajaran yang berfokus kepada pelajar. Bagi kami, pelajar prasekolah sangat memerlukan
tunjuk ajar daripada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutama semasa aktiviti
permainan. Perana guru prasekolah akan menjadi pemudahcara kepada kanak-kanak

3.2 Falsafah Pendidikan.


Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah. Jika ingin menyediakan
kurikulum suatu institusi pendidikan maka falsafah pendidikan wajar ditentukan terlebih dahulu.
Menurut Nor Fauzian Kassim dan Fauziah Hanim (2015), falsafah pendidikan didefinisikan sebagai
satu pegangan sebuah institisi atau pusat pendidikan yang menjadi teras dalam mereka bentuk
sesebuah kurikulum. Kandungan falsafah ini membolehkan pembina kurikulum memahami dan
menilai secara terperinci hala tujuan sebuah institusi pendidikan. Justeru, dalam merancang
pembentukan kurikulum pusat pendidikan kanak-kanak Akademi Nahjan, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) menjadi teras pegangan kami. Kedua-dua
falsafah ini, perlu kami terjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Berikut adalah falsafah yang dipegang dalam kurikulum Akademi Nahjan:
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emoasi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara’.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta550).

 Falsafah Pendidikan Islam

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 4


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

‘Satu usaha berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri,
mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam
penghayatan cara hidup islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dnegan
meningkatkan potensi diri dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan social agar
menjadi manusia yang bertanggung jawab terhadapat Allah, manusia dan persekitaran
alam ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat’.

Sumber: https://supyanhussin.wordpress.com

Berdasarkan penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tujuan pembentukan kurikulum adalah


untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manakala menurut Falsafah Pendidikan
Islam, tujuan pembentukan kurikulum adalah untuk membentuk individu yang membolehkannya
menjadi insan sempurna dan seimbang dari segi pertambahan ilmu dan pembentukan akhlak dan
rohani.
Justeru, berteraskan kedua-dua falsafah ini dan Teori Konstruktivisme, ianya dapat membantu
kami merancang pembentukan kurikulum Akademi Nahjan yang bercirikan Islamik dan berintegratif.
Kurikulum integratif bermaksud kesepaduan pelbagai kemahiran dan kepelbagain cabang-cabang
ilmu dalam satu-satu pengajaran yang hendak di sampaikan oleh pendidik (Mastura Badzis, 2010).
Bagi kami kurikulum prasekolah bercirikan Islamik yang berintergratif mampu mengembangkan
potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,sosial dan
intelek. Seterusnya, kurikulum integratif juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang indusif
melalui usaha yang terancang, terkawal dan berterusan bagi memupuk dan mengimbangi potensi
kearah melahirkan pelajar yang cemerlang ilmu dan akhlak. Bertaqwa dan bertanggungjawab
terhadap diri sendiri, agama dan masyarakat. Selain itu, kurikulum Islamik integratif juga dapat
membantu memantapkan akidah Islam kanak-kanak, meningkatkan kecenderungan kepada ilmu
keimanan dan mencapai matlamat pembinaan insan kamil. Sejajar dengan motto kami “Ke Arah
Melahirkan Generasi Pemimpin Muslim Berwawasan”.

3.3. Prinsip Kurikulum Pendidikan Kanak-kanak

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 5


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Prinsip boleh didefinisikan sebagai peraturan melakukan sesuatu tindakan atau asas kepada
pemikiran (Azlina Ali, 2016). Manakala, prinsip kurikulum dalam pendidikan awal adalah peraturan
asas pendidikan untuk kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat dan enam tahun. Dalam
membentuk kurikulum Akademi Nahjan, kami mengambil kira prinsip perkembangan kanak-kanak
dan prinsip pembelajaran.

3.3.1. Prinsip Perkembangan kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak adalah secara holistik atau bersepadu. Setiap kanak-kanak berkembang
secara berperingkat iaitu dari awal kelahiran hingga meningkat dewasa. Perkembangan setiap kanak-
kanak berbeza bergantung kepada faktor tertentu seperti persekitaran, keturunan, genetik dan
pendidikan. Pada umur kanak-kanak empat hingga enam tahun adalah tahap umur yang baik untuk
berkembangan. Dalam tempoh proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah
kemahiran sediada. Kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak merupakan asas untuk pencapaian
kemahiran baru kelak. Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran yang di peroleh oleh kanak-kanak.
Dalam menyusun dan merancang kurikulum untuk pusat pendidikan Akademi Nahjan, kami
mengambil kira faktor kehendak dan keperluan kanak-kanak dalam pendidikan. Kurikulum yang
akan di bentuk, seharusnya lengkap dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi agar apa yang dirancang dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak sebagai individu.
3.3.2. Prinsip Pembelajaran.

Prinsip Pembelajaran yang dijadikan fokus kurikulum Akademi Nahjan dibina berlandaskan prinisip
Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP) dan teori pembelajaran konstruktivisme dengan
meliputi 5 aspek iaitu:
i. Pelajar membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.
ii. Pelajar diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
iii. Perbezaan individu dibenarkan.
iv. Pelajar belajar mengikut kadar sendiri.
v. Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.

4.0 MODEL TYLER.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 6


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Berteraskan falsafah pendidikan dan prinsip perkembangan yang telah dipilih, kami merancang
pembentukan kurikulum prasekolah sendiri. Dalam merangka reka bentuk kurikulum Akademi
Nahjan, kami menggunakan Model Tyler sebagai panduan (Saiful dan Zulkiply, 2014). Dalam buku
Basic Principles of Curriculum and Instruction yang di tulis oleh Tyler (1949), beliau menjelaskan
perancangan suatu kurikulum mestilah bersesuaian dengan objektif dan matlamat suatu sistem
pendidikan. Tyler menegaskan untuk membentuk sebuah kurikulum yang sempurna, ianya perlu
melalui empat langkah (rujuk Rajah 1.1) dan dapat menjawab persoalan berikut:

a) Apakah tujuan pendidikan yang hendak di capai oleh sekolah?


b) Bagaimanakah pengalaman pembelajaran yang sesuai dapat dipilih bagi mencapai tujuan
pendidikan?
c) Bagaimanakah pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk kegunaan pengajaran yang
berkesan?
d) Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran boleh dinilai?

Matlamat

Kandungan
Pelajaran

Kaedah
Pembelajaran

Penilaian

Rajah 1.1: Langkah membentuk kurikulum Rapl W.Tyler

4.1. Reka Bentuk Model Tyler.


Berdasarkan keempat langkah dan persoalan yang di utarakan oleh Tyler, objektif umum
pembentukan kurikulum pembelajaran boleh dikenal pasti melalui tiga sumber iaitu pelajar,
masyarakat dan keperluan subjek. Ketiga-tiga sumber tersebut harus dipertimbangkan dan
dijadikan rujukan dalam menentukan objektif umum. Dalam objektif umum ianya merangkumi
matlamat, objektif pembelajaran dan tujuan pendidikan. Setelah objektif umum dikenal pasti,
pandangan dari falsafah pendidikan dan psikologi juga perlu di pertimbangkan sebelum objektif

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 7


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

pengajaran yang tepat di peroleh. Rajah 1.2 menjelaskan perincian aliran pembentukan objektif
pengajaran utama yang di sarankan oleh Tyler.

Rajah 1.2: Reka Bentuk Model Tyler

4.1.1. Sumber-sumber Objektif Umum.


Untuk merangka dan memperoleh objektif umum, kami memperoleh maklumat daripada sumber-
sumber berikut:
 Pelajar sebagai Sumber.
Pendidikan agama adalah satu wadah penting bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia
dan mempunyai keperibadian Islam yang tinggi. Pendidikan ini adalah sebagai asas
pengukuhan pembelajaran agama dalam diri kanak-kanak prasekolah. Pada peringkat inilah,
kanak-kanak perlu diberi pengetahuan asas tentang pendidikan islam supaya dapat
membentuk akhlak terpuji bukan sahaja dari segi kebijaksanaan luaran tetapi juga
keperibadian dalaman. Maklumat tersebut kami peroleh melalui pemerhatian tentang
kepentingan asas pendidikan agama dalam perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan
maklumat dari ibu bapa khususnya yang bekerjaya, mereka memerlukan satu pengajaran
lanjutan daripada pengajaran di rumah yang dapat merangsang potensi anak-anak mereka
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persedian melangkah masuk ke sekolah rendah. Selain itu, kami juga mendapati
kanak-kanak setempat memerlukan satu pendidikan berciri Islamik yang menyeronokkan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 8


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

melalui aktiviti belajar melalui bermain yang sesuai dengan ciri-ciri perkembangan mereka.
Ciri pengajaran dan pembelajaran seperti ini dapat membantu kanak-kanak menguasai
kemahiran asas.

 Masyarakat sebagai Sumber.


Maklumat yang diperoleh dari masyarakat setempat di kawasan Johor Bahru, mereka
memerlukan pendidikan awal kanak-kanak beraliran Islamik yang dapat membentuk sikap
positif kanak-kanak sebagai persedian mereka melangkah alam persekolahan formal
disamping tidak meninggalkan ajaran Islam.

 Subjek (Mata pelajaran) sebagai Sumber.


Subjek atau mata pelajaran yang di rangka bercirikan ilmu tentang ketuhanan dan cabang-
cabang ilmu lain yang tidak bercanggah dengan Islam. Isi pelajaran di susun dan di bentuk
dalam ruang lingkup yang lengkap bagi memenuhi keperluan kanak-kanak mengikut turutan,
bersepadu dan mempunyai hubung kait serta realistik berasasan masa yang di peruntukkan.
Antara perkara yang dititikberatkan dalam sukatan pendidikan prasekolah Islam Akademi
Nahjan adalah seperti rajah 1.3 berikut:

Sains dan
Teknologi

Pendidikan
Bahasa dan
Akidah dan
Komunikasi
Akhlak

Insan
Seimbang
dan Kamil
Perkembangan Tatanegara dan
Fizikal , Intelek Pembangunan
dan Estetika Insan

Keterampilan
Diri

Rajah 1.3: Sukatan Pendidikan.

4.1.2. Mengenal Pasti Objektif Umum.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 9


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Berdasarkan gabungan ketiga-tiga sumber di atas, kami dapat merumuskan tujuan, matlamat dan
objektif umum bagi kurikulum yang akan di rancang. Objektif umum kurikulum Akademi Nahjan
adalah seperti berikut:
i. Tujuan:
Memperkasakan satu sistem pendidikan Islam yang bersepadu di samping tuntutan
pendidikan semasa pada peringkat prasekolah bagi melahirkan pelajar yang cendekiawan dan
bijaksana dari segi ilmu dan sahsiah diri.

ii. Matlamat:
Menjadi pusat perkembangan kanak-kanak “Child Centred” berkonsepkan Islamik yang
dapat mencungkil, menyubur dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
pertumbuhan dan perkembangan. Selain mengasah bakat kanak-kanak dalam kemahiran asas
kehidupan serta memupuk sikap positif melalui pengajaran terancang, sesuai dengan minat
dan kebolehan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

iii. Objektif :
 Melahirkan generasi ulul albab cemerlang yang mampu melaksanakan budaya islam dalam
semua kehidupan individu, masyarakat dan negara.
 Menyediakan suasana pembelajaran berorentasikan belajar melalui bermain dalam usaha
mengembangkan kemahiran asas fardu ain dan fardu kifayah serta potensi kanak-kanak dalam
segala aspek perkembangan sebagai persedian memasuki alam persekolahan formal.

4.1.3. Penapisan Falsafah dan Psikologi.


Setelah memperoleh tentatif objektif umum kurikulum Akademi Nahjan, kami menilai dan menapis
keperluan tersebut melalui sumber-sumber berikut:
 Falsafah Pendidikan.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam adalah untuk
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari aspek intelak, rohani, emosi, sosial dan jasmani berteraskan
Rukun Negara dan Rukun Iman serta Rukun Islam. Usaha untuk mengembangkan potensi
insan ini perlulah di sampaikan secara berterusan.

 Psikologi Pendidikan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 10


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Kebanyakan ahli psikologi barat dan Islam bersependapat, kanak-kanak memerlukan


bimbingan yang mantap dalam proses perkembangan mereka samada perkembangan kognitif,
personaliti, sosial dan beragama. Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak seperti Jean Piaget, peringkat umur enam tahun
pertama adalah peringkat umur paling penting bagi seorang individu berkembang.
Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau
tidaknya asuhan yang diperolehnya pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, bimbingan yang
di beri kepada kanak-kanak perlulah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka.

5.0. OBJEKTIF PENGAJARAN TERPERINCI.

Setelah dinilai pandangan dari sumber falsafah dan psikologi pendidikan serta mengambil kira tujuan,
matlamat dan objektif umum, maka matlamat dan objektif utama kurikulum Akademi Nahjan dapat
dibentuk. Matlamat dan objektif utama ini akan menjadi panduan kepada pendidik untuk
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun berdasarkan kemampuan, minat dan
perkembangan kanak-kanak.

5.1. Matlamat Utama Kurikulum


Matlamat utama pembentukan kurikulum Akademi Nahjan adalah seperti berikut:
a. Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui kesepaduan pendekatan pendidikan moden dan Islamik.
b. Menghargai kanak-kanak sebagai individu yang mampu berkembanag secara semula jadi.
c. Membantu kanak-kanak mencapai perkembangan personaliti dan memupuk semangat
berdikari
Kesepaduan matlamat ini diharap mampu untuk memupuk sikap positif, meningkatkan potensi
intelektual dan kretiviti kanak-kanak sebagai persedian menangani cabaran dan tanggungjawab di
alam persekolahan formal.

5.2. Objektif Utama Kurikulum

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 11


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

Kurikulum Akademi Nahjan menyediakan peluang kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga
enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti
berikut:
i. Melahirkan individu yang berilmu, beriman, bertanggungjawab dan berperibadi yang
mencerminkan akhlak Islam.
ii. Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang
supaya menjadi individu yang berguna pada dirinya dan masyarakat dengan landasan konsep
pendidikan Islam.
iii. Melahirkan kanak-kanak yang cergas dan mempunyai kemahiran fizikal yang subur dengan
mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
iv. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca (Al-Quran, bahasa), menulis
(jawi, rumi), mengira dan menaakul sebelum memasuki alam persekolahan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 12


Semester
PERANCANGAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1, 2016

RUJUKAN.

Arif Kurniawan. (2013). Kurikulum Pendidikan Islam. Jurnal Kurikulum Pendidikan. Diperoleh
daripada https://www.academia.edu/8044192/Kurikulum_Pendidikan_Islam
Azliza Ali. (2016).Philosophy and Principle. Dimuat turun pada 13 Oktober, 2016 daripada
http://epic.oum.edu.my/index/coursepage/id/HMEC5213
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran:
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Kuala Lumpur, Malaysia : Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mastura Badzi. (2010). Pendidikan ank-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan
kurikulum yang integratif. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dimuat turun pada 15 Oktober
2016 daripada http://www.mindamadani.my.
Nor Fauzian Kassim, & Fauziah Hanim Abdul Jalil. (2015). Kurikulum pendidikan awal kanak-
kanak dan modul pendidikan akhlak : Isu dan cabaran masa kini. Seminar Penyelidikan
Kebangsaan (1-12). Perak: UPSI. Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/
publication/303381860
Saayah Abu. (2009). Menjadi guru tadika. Batu Cave: PTS Publication.
Saifol Baharudin Sulaiman, & Zulkiply Yaakob. (2014). Perkembangan kurikulum prasekolah
Malaysia. Seri Kembangan: Open university Malaysia.
Suppiah, N. (2015). Panduan pendidikan awal kanak-kanak: Teori, model, kaedah dan aktiviti
ke arah perkembanagan kognisi. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Supyan Hussin. (2014, Januari 16). Definisi Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan
di Malaysia. Supyan Hussin’s Blog [web log]. Diperoleh daripada
http://supyanhussin.wordpress.com.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 13

Anda mungkin juga menyukai