Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat bernilai dan bersifat dinamik serta

perlu dikuasai oleh setiap manusia tanpa mengira bangsa, agama mahupun keturunan.

Penyataan ini seiring dengan tuntutan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad S.A.W sebagai penyampai wahyu dari Allah S.W.T ke dunia ini iaitu Iqra

yang bermaksud ‘Bacalah’. Implikasi dari ayat ini menerangkan tentang tuntutan

membaca kepada setiap manusia bagi membentuk sahsiah dan perwatakan sebagai insan

berpengetahuan.

Membaca merupakan medium bagi seorang individu mendapatkan ilmu

pengetahuan. Menurut Abdul Rasid (2011), salah satu cara seorang individu

memperoleh sumber pengetahuan dan asas kepada pembentukan diri ke arah menjadi

insan berilmu adalah melalui membaca. Slogan seperti ‘Membaca Jambatan Ilmu’ dan

‘Membaca Pengasas Minda’ yang dicetuskan oleh para cendekiawan telah dijadikan

sebagai antara pegangang falsafah kepentingan membaca (Baharom et al., 2012).

Penyataan sedemikian dengan jelasnya menerangkan bahawa membaca merupakan

salah satu daripada kemahiran asas yang perlu di kuasai oleh setiap manusia.

1
Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas kepada pembentukan diri ke arah

memperoleh ilmu. Lantas itu, kemahiran membaca perlu diberi penekanan sejak dari awal usia

kanak-kanak. Hal ini kerana kemahiran membaca berkait dengan penguasaan bahasa kanak-

kanak. Menurut Surayah dan Aminah (2013), kemahiran membaca merupakan salah satu aspek

asas dalam domain perkembangan bahasa dan kemahiran ini juga memainkan peranan besar

dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Manakala, Hasnah dan Habibah (2013) turut

menjelaskan bahawa perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak mempunyai pertalian yang

rapat dengan perkembangan pemikiran atau kognitif mereka. Sehubungan itu, pendedahan awal

kepada kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak perlulah disediakan supaya dapat

mengelakkan masalah ketidakupayaan kanak-kanak menguasai kemahiran tersebut.

Peringkat umur kanak-kanak enam tahun dan kebawah adalah peringkat umur emas atau

golden age. Ini kerana, pada peringkat umur sedemikian, pertumbuhan dan perkembangan

kanak-kanak berada dalam fasa sensitif. Menurut Rosmah dan Mariani (2014), pada usia kanak-

kanak enam tahun pertama, mereka akan melalui tahap perkembangan dan pertumbuhan yang

paling pesat dalam diri. Melalui pendidikan dan pendedahan yang sesuai, ianya mampu

merangsang semua aspek perkembangan kanak-kanak ketahap optimum. Berpandu kepada asas

ini, usaha meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak perlu

dilaksanakan seawal usia kanak-kanak bawah enam tahun (Zainiah, Juppri & Mazlina, 2014).

Oleh itu, kemahiran membaca perlu diberi penekanan semasa kanak-kanak berada di peringkat

prasekolah kerana proses perkembangan bahasa dan menggarap ilmu bagi kanak-kanak bermula

semasa mereka berada di peringka usia di antara empat hingga enam tahun.

2
Bagi membantu meningkatkan perkembangan kemahiran membaca dalam kalangan

kanak-kanak prasekolah, kementerian pendidikan telah melakukan pelbagai inistiatif

termasuklah menyenaraikan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh

digunai pakai sebagai panduan kepada guru untuk menggalakkan pemunculan literasi membaca

dalam kalangan kanak-kanak. Namun, masalah tidak boleh membaca dan tidak minat membaca

dalam kalangan kanak-kanak prasekolah masih berlaku. Kegagalan dan sikap tidak berminat

kanak-kanak menguasai kemahiran membaca di peringkat prasekolah perlu dilihat dengan serius

dan memerlukan kaedah serta startegi tertentu untuk mengatasinya. Ini kerana, isu atau masalah

tidak menguasai kemahiran membaca dan tidak berminat belajar membaca boleh memberikan

kesan buruk kepada kanak-kanak daripada segi akademik dan sosial.

Oleh yang demikian, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti

sama ada perlaksanaan intervensi pengajaran berlandaskan aktiviti permainan dapat membantu

meningkatkan kebolehan kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran membaca dan

seterusnya memupuk minat untuk belajar membaca. Kajian ini menggunakan permainan “T-

Pintar” yang telah di ubah suai berdasarkan satu permainan tradisional iaitu teng-teng dan

diaplikasikan sebagai bahan inovasi dalam pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu.

Menurut Noor Azlinna dan Jamaludin (2018), perlaksanaan aktiviti bermain semasa sesi

pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah prasekolah merupakan pendekatan

kreatif yang menjadi keutamaan kementerian pendidikan bagi merealisasikan matlamat

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Tambahan lagi aktiviti bermain diberi penekanan dalam

pendidikan prasekolah kerana bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semulajadi kanak-

kanak prasekolah.

3
4

Anda mungkin juga menyukai