Anda di halaman 1dari 22

Bab 1

Pendahuluan

1.1 PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, permintaan dunia moden yang memerlukan individu berkualiti
dalam pelbagai aspek sangat kritikal. Selari dengan tuntutan ini, setiap individu perlu
bersikap aktif dan bergerak seiring dengan arus pemodenan. Hal ini demi memastikan
negara Malaysia mencapai kemajuan yang setanding di peringkat antarabangsa
terutamanya dari aspek ekonomi, sosial, dan politik. Aspek ini semestinya memerlukan
tenaga kerja yang mahir dan berkualiti terutamanya dari segi fizikal, rohani, sahsiah dan
kognitifnya. Perkembangan dan kemajuan teknologi moden, telah memudahkan
pemerolehan maklumat yang cepat dan pantas, dengan hanya menerusi maklumat daripada
pelbagai sumber sama ada secara bercetak, berbentuk ilustrasi mahupun digital. Individu
yang ingin mendapatkan sesuatu maklumat boleh mendapatkannya hanya dengan hujung
jari sahaja. Maklumat yang telah diperoleh akan disimpan dan diproses oleh otak manusia
untuk digunakan dalam membangunkan sesuatu perkara. Selain itu, seseorang individu
yang ingin mendapatkan maklumat juga acap kali menggunakan kemahiran asas yang
utama, iaitu kemahiran membaca.

Sofee (2007) menyatakan bahawa biarpun masyarakat kita mengalami arus


perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi maklumat
dan komunikasi, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diketepikan. Hal ini
kerana membaca sememangnya berperanan dalam membentuk dan melahirkan masyarakat
yang bertamadun. Masyarakat yang mengamalkan amalan membaca sememangnya dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan, berpandangan jauh, berdaya saing, dan mempunyai
wawasan untuk memajukan negara ke peringkat antarabangsa. Kemajuan negara akan
digarap sekiranya masyarakatnya yang menjadikan amalan membaca sebagai landasan
dalam kehidupan seharian. Pihak kerajaan dan guru perlu menggembleng tenaga dalam
mengatasi isu membaca dalam kalangan masyarakat kini khususnya kepada golongan
murid-murid sekolah agar mereka berpeluang untuk meneroka sebanyak mungkin ilmu yang
diperoleh dalam proses pembelajaran. Menerusi alternatif ini, murid-murid sememangnya
dapat menyumbangkan diri mereka kepada pembangunan masyarakat, agama dan
negara.Maka, kepesatan teknologi dan maklumat yang moden sebenarnya tidak akan
menjamin pembangunan negara sekiranya rakyatnya tidak celik membaca. Kemahiran
membaca merupakan medium yang sangat signifikan dalam aspek perkembangan kogitif
bagi setiap individu.

Slogan 'Membaca Jambatan Ilmu' mempunyai peranan yang sangat penting dan
perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian setiap individu. Naimah et. al. (2011)
menyatakan bahawa kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan pada peringkat awal
kanak-kanak. Hal ini kerana membaca merupakan asas utama dalam pembinaan tamadun
mausia dan penjanaan budaya ilmu bagi setiap individu sepanjang hayat. Selain itu,
membaca juga merupakan satu proses kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran
tertentu dalam proses kognitif. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2018), membaca
bermaksud membunyikan huruf-huruf yang ditulis, melihat dan memahami apa-apa yang
tertulis. Dechant E.V. & Smith H.P. (1977), menyatakan bahawa proses membaca bukan
hanya sekadar membaca, tetapi proses ini merupakan proses mentafsirkan simbol grafik,
mengidentifikasikan dan pemahaman terhadap apa yang dibaca. Penyataan ini selari
dengan pendapat Mohd Zuri & Aznan (2011), iaitu membaca melibatkan pemahaman dan
menginteprasi simbol-simbol tulisan. Proses pembacaan akan melibatkan beberapa
penggunaan kemahiran pancaindera yang ada pada manusia, iaitu penggunaan
pancaindera pendengaran, penglihatan, sentuhan, dan sebagainya dalam mendapatkan
maklumat.

Menurut Pearson dan Tierney dalam Yahya Othman (2003), menyatakan bahawa
kemahiran membaca merupakan proses mental yang aktif dan melibatkan pengajaran
dalam mendapatkan makna daripada teks. Pernyataan ini disokong oleh Thorndike yang
menganggap bahawa membaca merupakan satu proses berfikir (Marohaini Yusuf, 2000).
Oleh itu, kemampuan seseorang individu dalam memahami teks perlu dititikberatkan untuk
meningkatkan pengetahuan murid dalam pembelajaran ke tahap yang optimum.
Kemampuan membaca yang cekap dalam setiap individu, dapat memberi pengalaman
kehidupan yang maksimum, meluaskan pandangan kognitif, dan memberi nilai tambah yang
holistik. Tuntasnya, Komponen ini sangat membantu dalam membentuk kemenjadian insan
yang mampu berjasa pada negara. Perkara ini sependapat dengan Khadijah & Fatimah
(2008) yang menyatakan bahawa membaca adalah kunci khazanah ke arah penentuan
matlamat hidup seseorang, sama ada maju ataupun mundurnya kehidupan dan pemikiran
seseorang individu.

Kemahiran membaca merupakan salah satu elemen kemahiran berbahasa yang


perlu dititikberatkan dalam perkembangan literasi murid-murid. Kegagalan murid dalam
penguasaan kemahiran membaca pada peringkat awal akan menjejaskan pencapaian murid
terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Murid yang tidak cekap dalam kemahiran
membaca akan ketinggalan dalam pembelajaran sekiranya tidak dibantu. Mereka akan
menghadapi masalah dalam pembelajaran seperti tidak dapat memahami arahan di dalam
teks, tidak memahami perbincangan semasa sesi PdP dan sebagainya. Kesannya, proses
pembelajaran murid akan terjejas.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan oleh PISA dalam buku Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025, menunjukkan bahawa pada 2009+
pencapaian negara Malaysia ialah dalam kelompok sepertiga terbawah dari aspek
Membaca, Matematik dan Sains serta jauh di bawh kedua-dua purata antarabangsa dan
OECD bagi ketiga-tiga dimensi. Hal ini membuktikan bahawa kemahiran membaca ini perlu
diambil cakna oleh semua pihak bagi membendung isu yang timbul. Isu ini kerana kerana
kemahiran membaca merupakan salah satu penyumbang terhadap keciciran dalam
penguasaan pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid-murid.

Di samping itu, kemahiran membaca merupakan kemahiran yang signifikan dan


perlu dikuaai oleh murid-murid pada peringkat awal lagi. Murid-murid yang telah menguasai
kemahiran membaca akan membantu mereka menjadi lebih berkeyakinan, bersemangat
dan bermotivasi dalam pelajaran. Selain itu, di dalam surah Al-Alaq juga menekankan
kepentingan membaca. Zulkifli (2012) menyatakan bahawa perintah Tuhan kepada Nabi
Muhammad S.A.W pada mulanya adalah menyuruh baginda membaca (Iqra'). Maka,
kalimah ini menunjukkan bahawa ilmu itu merangkumi makna membaca, mengkaji,
menyelidiki, serta berfikir dalam memahami kalimah ini. Surah ini membuktikan kepentingan
membaca ;

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Yangtelah


menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama
Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajarkan kamu perantaraan
kalam. Mengajarkan manusia apa yang mereka tidak tahu.

(Surah Al- Alaq : Ayat 1 hingga 5)

Natijahnya, semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani isu ini. Pihak
berperanan terutamanya para guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif, kreatif dan bermakna kepada murid-murid. Hal ini
supaya dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas
membaca dalam kalangan murid-murid. Guru yang sentiasa berusaha membantu
muridnya dalam pembelajaran, sudah pasti usaha ini akan menyerap ke dalam
sanubari murid-muridnya.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja'afar (2018), mendakwa
terdapat murid kurang menguasai kemahiran membaca dengan mudah dan lancar. Maka,
guru perlu menangani masalah ini secara proaktif dengan menggunakan kaedah, teknik
atau bahan dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk membantu murid. Mereka juga
mendakwa bahawa, dengan pengaplikasian kit model awal dapat membantu murid dalam
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca. Kemahiran asas
membaca termasuklah membaca suku kata terbuka KVKV. Dakwaan ini juga disokong oleh
Charlie Anak Ungang (2008) dalam kajiannya, iaitu bahan bantu mengajar sama ada
elektronik atau bukan elektronik termasuk penggunaan kit model merupakan bahan
sokongan yang penting dalam meningkatkan kefahaman murid-murid dalam kemahiran
membaca. Penggunaan model kit sebagai alat bantu mengajar dapat menjelaskan mesej
yang ingin disampaikan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji keberkesanan
penggunaan model awal Kit Asas Membaca sebagai alat bantu mangajar untuk
meningkatkan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid sekolah rendah.

1.3 TUJUAN KAJIAN

1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai satu objektif kajian seperti berikut :

i. Mengenalpasti keberkesanan kit saya dalam meningkatkan penguasaan


kemahiran asas membaca suku kata terbuka.
1.3.2 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian yang dikemukakan adalah selari dengan dua objektif kajian ini seperti yang
berikut :

i. Adakah terdapat perbezaan antara penguasaan yang menggunakan ‘Kit Saya’


dengan penguasaan yang menggunakan kit lain dalam kemahiran membaca
suku kata terbuka.

1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN

Kajian ini mempunyai tiga hipotesis kajian seperti yang berikut :


i. Ho1 : Tidak tedapat perbezaan antara kumpulan rawatan yang menggunakan ‘Kit
Saya’ dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kit lain dalam kemahiran
asas membaca suku kata terbuka.

1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan mengkaji keberkesanan penggunaan model awal ‘Kit Saya’ dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV. Skop kajian ini
terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu skop tentang bahan bantu mengajar, dan skop
tentang kemahiran asas membaca suku kata terbuka. Skop bahan bantu mengajar yang
merupakan model awal ‘Kit Saya’difokuskan dalam kajian ini kerana model ini merupakan
salah satu ciri yang terdapat dalam bahan bantu mengajar. Dengan mempraktikkan
penggunaan bahan bantu menagajar dalam PdP, objektif dan matlamat akan tercapai
sekiranya pautan kuat antara guru, pelajar dan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru juga seharusnya tahap mempunyai persediaan
dan pengetahuan dalam pengendalian bahan bantu mengajar yang baik . Di samping itu,
alatan yang bermutu juga memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran seorang
guru. Ini bertepatan dengan pernyataan Kamarul, (2003), iaitu seorang guru itu perlu
menjalankan pelbagai kajian yang benar-benar bermanfaat kepada guru dan pelajar dalam
proses penyediaan sesuatu BBM. Hal ini demi memastikan penyampaian PdP berkesan
kepada murid. Kajian ini berfokus kepada bahan bantu mengajar, iaitu model awal ‘Kit Saya’
kerana model awal kit ini telah dihasilkan oleh pengkaji semasa tempoh pengajiannya.
Maka, kit ini dihasilkan bagi mengenalpasti fungsi dan keberkesanan penggunaannya dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca suku kata terbuka.

Selain itu, skop tentang kemahiran asas membaca suku kata terbuka juga
difokuskan. Kemahiran membaca terdiri daripada beberapa jenis bacaan, iaitu bacaan
mekanis, bacaan mentalis, bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Instrumen kajian yang
akan diuji hanya berfokus kepada kemahiran membaca mekanis. Hal ini kerana kemahiran
ini merupakan kemahiran asas membaca di peringkat awal. Kajian ini hanya berfokus
kepada kemahiran membaca mekanis kerana kemahiran ini merupakan asas yang penting
dalam penguasaan kemahiran membaca. Membaca merupakan kemahiran asas yang perlu
diketahui oleh murid (Chua Tee Tee & Koh Boh Boon, 1992). Kemahiran membaca bermula
daripada mengenal, mengecam, dan menyebut huruf, membunyikan suku kata,
membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca
merupakan salah satu fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu
dikuasai oleh murid-murid.
Batasan kajian dijalankan di sebuah sekolah rendah di Malaysia. Sekolah yang
dipilih adalah secara rawak dan tidak terhad kepada lokasi tertentu atau jenis sekolah
tertentu. Kajian akan dijalankan terhadap dua buah kelas yang berada pada tahun yang
sama, mempunyai persekitaran pembelajaran yang sama, latar belakang murid yang sama
dan memperoleh pencapaian yang hampir sama dalam keputusan ujian yang telah
diadakan. Sampel kajian ini menggunakan murid-murid Tahun 2 Sekolah Bandar Tasik
Selatan. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada dua kelas murid Tahun 2 di mana sebuah
kelas akan menjadi kelas kawalan yang menjalankan PdP tanpa menggunakan model awal
‘Kit Saya’ manakala sebuah kelas akan dijadikan kumpulan rawatan di mana PdP
menggunakan model awal ‘Kit Saya’. Tempoh masa kajian tidak terhad kepada masa
tertentu. Kajian ini akan menggunakan murid-murid tersebut kerana ujian yang dibina dalam
kajian ini hanya sesuai digunakan kepada murid prasekolah, dan murid yang kurang
menguasai kemahiran asas membaca mekanis. Hal ini dijelaskan oleh Nani (2008),
kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang perlu diberi penekanan
semasa kanak-kanak mendapat pendidikan di peringkat prasekolah agar murid bersedia
untuk menjalani pendidikan formal di sekolah rendah kelak. Walaupun murid prasekolah
boleh diambil sebagai sampel kajian namun kajian ini hanya mengambil murid Tahun 2
kerana murid ini sepatutnya telah berupaya menguasai kemahiran membaca mekanis.
Ujian pra dan pasca yang merupakan instrumen kajian akan diberikan kepada sampel kajian
untuk mengumpul data yang diperlukan. Pengumpulan data ini dapat membantu pengkaji
untuk menganalisis keberkesanan penggunaan model awal ‘Kit Saya’ sebagai bahan bantu
mengajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kit saya dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran asas membaca suku kata terbuka di Sekolah Kebangsaan daerah Kuala Lumpur.
Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat membantu pelbagai pihak dalam meningkatkan
kualiti dan tahap penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran pembelajaran di
sekolah.Kajian ini juga mempunyai kepada kepada beberapa pihak, iaitu pentadbir sekolah,
guru dan murid.

Pentadbir Sekolah
Kajian ini dilaksanakan untuk dijadikan rujukan kepada pihak pentadbir sekolah. Hal ini
kerana pihak sekolah mudah untuk memilih BBM bersesuaian dengan teknik atau kaedah
pengajaran guru. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan kemudahan peralatan
dan tempat guru menggunakan BBM supaya P&P berjalan dengan lancar, berkualiti dan
berkesan. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan bilik khas untuk
penyimpanan, pembinaan BBM dan baik pulih peralatan. Selain itu, pihak pentadbir juga
perlu memberi perhatian kepada Pusat Sumber Sekolah supaya melengkapkan BBM yang
mencukupi dan sempurna untuk kegunaan oleh semua guru setiap mata pelajaran.

Guru

Kajian ini dijangka dapat membantu guru khususnya guru-guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di Malaysia. Hal ini demikian kerana berdasarkan kajian ini secara tidak langsung
dapat meinjau persepsi guru-guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam kemahiran asas membaca suku kata
terbuka. Selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti bagaimana cara guru dalam
mempraktikkan penggunaan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid dalam
menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka. Dapatan daripada kajian juga dapat
dijadikan panduan kepada guru dalam membuat persediaan terutamanya dalam
menyediakan aktiviti yang sesuai dalam rancangan pengajaran harian.

Murid

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada murid terutamanya murid Tahap 1 yang terdiri
daripada murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Hal ini kerana bahan bantu mengajar yang
digunakan dalam kajian, iaitu Kit Saya mengandungi komponen-komponen yang yang
berkait rapat dengan kemahiran asas membaca seperti mengenal huruf-huruf vokal,
menganal huruf-huruf konsonan, membaca suku kata terbuka, membaca suku kata tertutup
dan lain-lain. Maka, dengan kajian ini akan lebih memudahkan pemahaman murid dalam
menguasai kemahiran asas membaca suku kata terbuka. Pengkaji berharap dengan kajian
ini, akan lebih menarik minat murid terhadap mata pelajaran terutamanya mata pelajaran
Bahasa Melayu dengan lebih cemerlang.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

Bahagian ini akan menghuraikan konsep atau definisi operasional bagi istilah yang
digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, terdapat empat definisi operasional yang akan
dibincangkan, iaitu keberkesanan, 'Kit Saya', kemahiran membaca dan suku kata terbuka.
1.6.1 Keberkesanan

Keberkesanan menurut Hassan (2004) bermaksud satu tahap kemujaraban yang ingin
dicapai. Dalam erti kata lain, keberkesanan membawa maksud tahap penerimaan sesuatu
konsep atau kaedah pembelajaran dalam proses pengajaran dan pebelajaran. Hal ini juga
merujuk kepada suatu hasil atau tindakan yang akan menghasilkan sesuatu perubahan
positif. Dalam konteks kajian ini, keberkesanan merujuk kepda peningkatan tahap
penguasaan kemahiran asas membaca selepas menggunakan model awal 'Kit Saya' dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.

1.6.2 'Kit Saya'

Model awal 'Kit Saya' merupakan salah satu elemen yang berkait rapat dengan bahan bantu
mengajar (BBM). Menurut Keinich et.al (2002), mendefinisikan bahan bantu mengajar
sebagai sebahaguian daripada media pengajaran yang diterjemahkan sebagai bahan visual
dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran. Maka, penggunaan model awal 'Kit Saya' memainkan peranan yang signifikan
dalam emningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca. Dengan penggunaan BBM ini
segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Hal ini
memudahkan murid memahami isi kandungan sesuatu PdP. Menurut Noor Azlan dan
Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kearah memahami
konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar
dalam pelbagai matapelajaran termasuk matapelajaran Bahasa Melayu. Bahan bantu
mengajar merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar.

            Bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia pelajar
untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbanagan yang amat
besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan
pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru
yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Maka,
penerapan ciri-ciri dan aspek model awal 'Kit Saya' yang sesuai dengan kehendak BBM
seperti mempunyai ketahanan yang baik, mempunyai ketepatan maklumat, tidak melibatkan
penggunaan kos yang tinggi, mudah alih, mempunyai bentuk dan fungsi yang relevan
dengan topic PdP dan lain-lain menepati elemen yang diperlukan dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran asas membaca kanak-kanak.

1.6.3 Kemahiran Membaca

Kemahiran merujuk kepada kecekapan serta sikap setiap individu ketika berfungsi dalam
keadaan-keadaan atau persekitaran tertentu. Kemahiran sangat diperlukan dalam
menguasai sesuatu aspek atau bidang. Membaca pula merupakan proses yang merangkumi
kebolehan mengcam, perkataan, memahami makna perkataan, frasa, dan penulisan yang
dibaca. Maka, kemahiran membaca memerlukan kemahiran mencari idea, mencari butiran
lanjut, mengenal urutan idea, menyesuaikan kadar bacaan, dan menilai secara kritis
(Hafsah, 1984). Kemahiran membaca juga merupakan salah satu daripada empat
kemahiran bahasa yang signifikan dalam proses PdP bahasa. Kemahiran bahas juga adalah
lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar, dan bertutur. Melalui
bacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.

Kemahiran membaca merupkan satu proses dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta serta membuat interpretasi
secara bijak dan analisis. Apabila seseorang itu membaca, individu tersebut sedang
berkomunikasi secara langsung dan edar dengan bahan bacaannya. Zulkifley Hami (1994)
menyatakan bahawa seseorang yang Berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna
dia telah merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar dengan lautan ilmu yang
eujud dalam pelbagai bentuk karya. Dalam kajian ini, kemahiran membaca difokuskan
kepada kemahiran asas membaca mekanis. Kemahiran ini merupakan satu aktiviti
membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menagkap dan memahami infomasi sesuatu
perkara. Selain itu, membaca mekanis juga merupakan bacaan yang menyuarakan tulisan
dengan sebutan yang jelas dan teranag, dengan intonasi dan irama mengikut gaya
membaca yang betul dengan menggunakan alat-alat pertuturan. Murid-murid perlu
menguasai kemahiran asas membaca ini supaya dapat menguasai keterampilan persepsi
yang membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan tepat.

1.6.4 Suku Kata Terbuka

Suku kata ialah unit penyusunaturan bunyi pertuturan. Suku kata adalah ujaran terkecil
daripada sebuah kata. Pembentukan suku kata sekurang-kurangnya terdiri daripada suku
kata terbuka dan sukuy kata tertutup. Suku kata terbuka adalah suku kata yang terdiri
daripada gandingan huruf vocal (a,e,i,o,u) dan huruf konsonan. Suku kata terbuka ini mesti
diakhiri dengan huruf vokal, iaitu KV. Suku kata terbuka biasanya dalam jumlah abajad yang
genap. Dalam kajian ini, pengkaji memfokukan pola dua suku kata terbuka, iaitu KV+KV.
Elemen ini merupakan kemahiran paling asas dalam menguasai kemhairan asas membaca.
1.7 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, bab ini merupakan pengenalan kepada latar belakang kajian yang
berkaitan dengan penguasaan murid Sekolah Kebangsaan di Malaysia dalam kemhiran
asas membaca menggunakan bahan bantu mengajar. Berdasarkan masalah yang dihadapi
oleh murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas membaca, kepentingan
penggunaan model awal 'Kit Saya' merupakan salah satu alternatif dalam meningkatkan
penguasaan mereka dalam kemahiran asas membaca. Oleh itu, perbincangan dalam bab ini
merupakan garis panduan dan asas dalam menjalankan kajian supaya kajian ini lebih
berfokus kepada objektif yang telah digariskan sebelum ini. Perbincangan dalam bab
berikunta adalah berkaitan dengan sorotan literatur, iaitu kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji lain dalam bidang permasalahan pembelajaran bahasa. Sorotan literature ini
meninjau kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini dalam
jangka masa 10 tahun bermula 2009 hingga 2019.
Bab 2
Tinjauan Literatur

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN

Tinjauan Literatur ini merupakan bab yang signifikan dalam menghuraikan sesebuah
penyelididkan akademik. Penulisan Tinjauan Literatur ini menampilkan kebolehan pengkaji
dalam menyelidik maklumat yang relevan dengan permasalahan kajian dalam membuat
cerakinan terhadap sumber maklumat yang diperoleh daripada ruang lingkup kajian. Sumber
maklumat yang sesuai telah digunakan dalam mendapatkan input-input penting tentang
kajian seperti buku, jurnal, projek sarjana dan tesis kajian.

Bab 2 ini menampilkan huraian ilmiah tentang kajian ini. Huraian dibuat berdasarkan
maklumat-maklumat berkaitan tajuk penyelidikan akademik ini. Maka, fokus konteks kajian
ini ialah keberkesanan penggunaan model awal 'Kit Saya' dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran asas membaca.Teori atau model yang sesuai dengan tajuk kajian diterangkan
dalam bab ini. Bukti dan sokongan daripada dapatan-dapatan kajian lalu juga dinyatakan
dalam bab ini.

2.2 TEORI/MODEL KAJIAN

Teori yang boleh dikaitkan dalam kajian ini ialh Teori Behaviorisme. Teori ini diasaskan oleh
J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Selain daripada J.B Watson, terdapat
tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini, iaitu Skinner, Thorndike dan Ivan Pavlov.
Mereka berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajran hanya bermula
apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu ransanagn yang diberi. Proses pembelajaran
akan diteruskan sekiranya terdapat motivasi ekstrinsik yang relevan (sama ada peneguhan
positif atau ngatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Teori ini sangat sesuai dan boleh dijadikan rujukan dalam kajian ini. Teori Tingkah
Laku atau dikenali sebagai Teori Pembelajaran dengan ahli-ahlinya Skinner (1957), Jenkins
dan Palermo (1964), Braine (1971), Edward L. Thorndike, dan E. R. Guthrie mengatakan
kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran memperoleh bahasa secara semulajadi. Namun
begitu mereka percaya bahawa kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mempelajarinya
dengan persekitaran memainkan peranan penting dalam meransang pemikiran dan
penguasaan tersebut. Oleh itu, minat dan tahap penguasaan seseorang murid dalam
sesuatu pembelajaran itu bergantung kepada ransangan dan bahan bantu mengajar yang
disediakan oleh seseorang guru dalam melaksanakan sesi PdP.

Menurut Nik Hassan Basri (2009), seseorang guru bahasa perlu mempunyai
pengetahuan dalam dua aperkara penting sebelum mengahadapi murid-murid di dalam
kelasnya. Seseorang guru itu perlu menguasai pengetahuan mengenai bahan pengajaran,
iaitu bahasa berkenolehan untuk memilih prosedur penyampianan yang paling berkesan.
Hal ini supaya murid-murid dapat menguasai bahasa yang diajar. Maka, seseorang guru
bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan pengajarannya dengan cara yang berkesan
sekiranya beliau tidak menguasai proses perolehan pembelajaran yang terjadi. Ahli-ahli
behavioris ini berpendapat bahawa dalam teori behaviorisme ini, bahasa diperolehi melalui
pengulanmgan bahasa. Hal tersebut dikuasai melalui ransangan dan tindak balas. Golongan
dalam teori ini memnitikberatkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan
melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini
menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan bahasa lisan.

Selain itu, guru bahasa perlu mewujudkan operasi ransangan dan tindak balas
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa merupakan hasil operasi ransangan
dan tindak balas. Pembelajaran bahasa ini akan lebih efektif sekiranya kedua-dua unsur ini
diterapkan dalam PdP. Teori Behavioris Ivan Pavlov (1904) digunakan di dalam Noriati
(2009), mengatakan bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada ransangan yang telah
diterima oleh seseorang. Setiap ransangan yang diterima pula akan menimbulkan satu
gerak balas. Maka, dalam kajian ini, pengkaji menyedari bahawa ransangan dan gerak balas
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Elemen ini boleh dilazimkan dan dipelajari
serta boleh diperkukuh melalui latihan yang diberi. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif
untuk menerapkan penggunaan bahan ransangan, iaitu model awal 'Kit Saya' dalam
memastikan gerak balas terhadap peningkatan murid dalam kemahiran asas membaca.
Manakala, latih tubi secara berulang-ulang juga diterapkan dengan cara membatangkan
suku kata dan perkataan serta memberikan lembaran kerja sebagai latihan kepada
responden.

Ringkasnya, dengan bersandarkan kepada Teori Pelaziman Klsik Ivan Pavlov ini
(Teori Behavorisme) sudah pasti dapat meningkatkan penguasaan terhadap ciri-ciri yang
terdapat pada murid yang tidak menguasai kemahiran asas membaca. Justeru, pengkaji
menitikberatkan kepentingan dalam membantu untuk mengatasi masalah mengeja dan
membatangkan suku kata terbuka KV+KV yang dihadapi. Berdasarkan pandangan tokoh-
tokoh tersebut, penggunaan model awal 'Kit Saya' sebagai bahan bantu mengajar
diharapkan dapat mengatasi maslah tersebut dengan mengaplikasikan kaedah binaan dan
latih tubi.

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Dalam kajian Faizah (2017), menjelaskan bahawa penggunaan BBM adalah satu cara untuk
meningkatkan pencapaian dan kejayaan bagi pelajar-pelajar kerana tanpa BBM, proses
P&P akan kurang kualiti dan efektif serta pencapaian akademik akan menurun. Oleh itu,
semua guru perlu melaksanakan penggunaan BBM dalam P&P mereka bagi melahirkan
pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Selain itu, penggunaan BBM dalam P&P di
sekolah memerlukan kesediaan guru dari aspek amalan, kemahiran dan sikap mereka
supaya penggunaan BBM dalam P&P berjalan dengan berkesan dan berkualiti.

Abdul Rashid (2011) dalam kajiannya menjelaskan penggunaan bahan bantu


mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan murid semasa
merencanakan isi pelajaran dapat merangsang minat murid dan bermotivasi untuk terus
belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran
agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri.
Kajian Jamaluddin dan Zaidatun (2002) menjelaskan bahawa penggunaan grafik sebagai
media pengajaran telah lama digunakan untuk menyalurkan maklumat. Yusup & Maznah
(2006) menyatakan penekanan terhadap penggunaan bahan grafik dalam kaedah
pengajaran tradisional bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Jamalludin, Baharuddin dan Zaidatun (2001) menyatakan penggunaan grafik juga dapat
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima
oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih
tinggi sekiranya direka bentuk dengan tepat.

Gibson dan Lewin (1975) telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan
mengenali ciri-ciri spatial yang tertentu. Dalam kajian ini, guru-guru sangat berperanan
dalam membantu murid-murid pada tahap awal membaca untuk mengenal nombor atau 17
huruf secara visual dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti buku nombor dan
penggunaan kad imbasan. Roziah (2005) telah menyatakan bahawa kemahiran membaca
dengan menggunakan kad suku kata dan gambar telah dapat ditingkatkan berdasarkan
keputusan kajian beliau. Hal ini menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan.
Manakala dalam kajian yang lain, Roziah (2005) telah menjalankan kajian ke atas 10 orang
murid tahun 1 di negeri Pahang di mana beliau mengatakan bahawa kegagalan menguasai
kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar.
Program latih tubi membaca suku kata dengan bantuan kad imbasan bergambar yang telah
dilaksanakan mendapati bahawa pencapaian dan penguasaan murid terhadap kemahiran
membaca telah dapat dipertingkatkan dengan baik.

Hasnurfarisha (2008) membuktikan keberkesanan PdP berbantukan kad imbasan


bergambard di dalam kajian beliau. Kajian tersebut merupakan kajian tindakan yang telah
dijalankan di sebuah sekolah prasekolah di Kuala Lumpur yang bertujuan untuk melihat
sejauh manakah penggunaan kad imbasan bergambar dapat membantu meningkatkan
kemahiran membaca murid. Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid yang terdiri
daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang berumur lima hingga
enam tahun. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
menyebut dan membunyikan suku kata KVKK dengan betul serta meningkatkan keupayaan
murid dalam kemahiran membaca dengan menggunakan kad imbasan bergambar.
Sementara itu dalam satu kajian Norma (2004), beliau merumuskan hasil dapatan kajian
tentang hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat pelajar
menunjukkan wujudnya hubungan positif di antara penggunaan bahan 18 bantu mengajar
dengan minat pelajar. Oleh itu bahan bantu mengajar merupakan salah satu cara untuk
memotivasikan minat pelajar. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis bahan bantu
mengajar perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.

Dalam konteks PdP pula menyatakan bahawa penggunaan kad imbasan huruf dan
bergambar disebut sebagai alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar ini akan membantu
guru mempercepat proses pemahaman murid-murid lazimnya bersifat abstrak dengan
menganggap objek-objek yang lain konkrit melalui pandang dan dengar. Ini bersesuaian
dengan Teori Edgar Dale yang digambarkannya dalam bentuk ‘cone of experience’ yang
antara lain mengatakan bahawa proses pembelajaran bermula dengan menganggap objek-
objek konkrit dan berunsur-unsur menganggap aspek semi-abstrak yang akhirnya kepada
yang lebih abstrak (Azman Wan Chik, 1989).

Haniza Samsudin (2017) dalam kajiannya menyimpulkan bahawa masalah bacaan


yang ditunjukkan oleh kanak-kanak pemulihan khas memerlukan bahan bantu mengajar
(BBM) yang dapat mengatasi masalah bacaan. Pembinaan Kit Asas Membaca dapat
membantu subjek kajian dapat aspek asas bacaan yang meliputi keupayaan mengenal pasti
huruf, membunyikan bunyi dan suku kata, serta konteks tatabahasa. Perbincangan tentang
kajian lalu ini kebanyakannya berfokus kepada masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-
kanak pemulihan khas sahaja. Ada sesetengah kajian yang melibatkan proses pembinaan
bahan-bahan pengajaran tetapi jumlahnya sangat terhad. Bahan-bahan pengajaran yang
dibina pula didapati tidak merangkumi aspek penting bacaan dan hanya berfokus kepada
satu-satu kemahiran sahaja. Dalam konteks kajian ini, kemahiran asas membaca yang
dapat diajarkan kepada murid-murid merangkumi tiga elemen, iaitu huruf, bunyi dan
sebutan, dan konteks tatabahasa.

2.4 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bab ini menghuraikan tentang kajian-kajian yang telah


dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji sepuluh tahun kebelangan ini. Oleh itu, dapat
dirumuskan bahawa isu yang wujud dalam pendidikan seperti tahap penguasaan murid
dalam kemahiran asas membaca, isu penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dalam
PdP dan sebagainya. Isu-isu ini mempunyai hubungan dan perkaitan dalam kualiti
pendidikan di Malaysia dalam melahirkan generasi yang dapat mengausai kemahiran
bahasa dengan cekap. Perbincangan dalam bab ini juga menyimpulkan bahawa masih
terdapat beberapa kekangan dalam pembelajaran pendidikan bahasa itu sendiri terutama
dalam kemahiran asas membaca. Antara kekangannya termasuklah pengaplikasian teknik,
pendekatan, kaedah, dan penggunaan Bahan Bantu Menagajr (BBM) yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi mengisi kelompongan dalam kajian ini,
penelitian terhadap keberkesanan penggunaan model awal 'Kit Saya' dalam meningkatkan
kemhiran asas membaca merupakan salah satu alternatif untuk menyelesaikan isu yang
timbul.
Bab 3
Metodologi Kajian

3.1 PENGENALAN

Metodologi kaijain merupakan salah satu bab yang penting dalam melaksanakan kajian.
Metodologi kajian ialah kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis
data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Pemilihan
metodologi kajian yang tepat perlu bagi memastikan kesesuaian, kebolehpercayaan,
kesahan dan ketepatan dapatan yang diperoleh. Metodologi adalah kaedah yang saintifik
untuk huraian pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan (Mok
Soon Sang, 2009). Bab 3 ini menjelaskan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini.

Dalam bab ini, pengkaji memfokuskan beberapa elemen penting, iaitu reka bentuk
kajian, persampelan, instrumen kajian, kerangka konseptual kajian, prosedur
rawatan/intervensi, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan
data. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif, yang dilaksanakan dalam kalangan murid
Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan. Data kuantitatif dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The School Science) versi 25.0 yang
melibatkan statistic deskriptif seperti pengiraan peratusan, nilai min dan sisihan piawai.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan model awal ‘Kit Saya’ dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV. Pendekatan
yang dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pendekatan kuantitatif. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dalam mendapatkan data dan maklumat yang tepat.
Pendekatan kuantitatif merupakan salah satu pendekatan yang bersifat angka atau
numerikal (Zuhairil Saidi, 2019). Pendekatan kuantitatif juga merupakan penyelidikan yang
menekankan kepada fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan
analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006; Fraenkel, 2007).

Terdapat beberapa kaedah kajian yang terdapat dalam pendekatan kuantitatif, iaitu
eksperimental, kuasi-eksperimen, korelasi dan kaedah tinjauan. Kaedah yang dipilih oleh
pengkaji ialah kaedah kuasi-eksperimen. Kaedah ini digunakan untuk menggantikan reka
bentuk eksperimental apabila responden tidak dapat diagihkan secara rawak
(pembolehubah tidak dapat dikawal). Kaedah ini adalah digunakan untuk menilai
keberkesanan sesuatu program (Tiwi Kamdan , 2011). Maka, pengkaji menggunakan
kaedah ini untuk menguji tahap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar (Kit
Saya) dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV.
Dalam kajian ini, pendekatan kuantitatif akan digunakan untuk mengumpul data tentang
penggunaan model awal ‘Kit saya’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata
KVKV. Dalam proses ini, kaedah digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan
ujian. Hasil ujian akan menentukan tahap keberkesanan bahan yang dikaji oleh pengkaji.

3.3 PERSAMPELAN

Keberkesanan Kit Saya dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV. Populasi
kajian ini adalah terdiri daripada murid Tahun 2 daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik
Selatan, Kuala Lumpur. Murid Tahun 2 sekolah ini terdiri daripada 6 kelas. Maka, purata
murid bagi setiap kelas ialah seramai 30 orang. Maka, jumlah populasi kajian ini adalah
seramai 180 orang. Populasi yang dipilih ialah murid Tahun 2 kerana kemahiran membaca
mekanis ini diajar pada Tahun 2. Kajian ini menggunakan kajian kuasi-eksperimen.
Maka,dua kelas akan dipilih sebagai dua kelompok kumpulan untuk dikaji. Kelompok kelas
pertama akan dijadikan sebagai kelas kawalan manakala kelompok kelas kedua akan
dijadikan sebagai kelas rawatan. Kaedah persampelan yang akan digunakan ialah kaedah
persampelan kelompok. Kaedah ini merupakan satu proses persampelan di mana ahli-ahli
populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Pemilihan sampel dibuat dengan
dengan pertama memilih kumpulan secara rawak dan kemudian mengambil kesemua ahli
dalam kumpulan iti sebagai sampel kajian. Kelebihan kaedah persampelan kelompok ini
ialah lebih mudah dilaksanakn namun begitu persampelan ini tidak memberi peluang yang
sama kepada setiap ahli populasi.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Keberkesanan Kit Saya dalam kemahiran membaca suku kata terbuka KVKV. Kajian ini
akan menggunakan kaedah ujian T-Test (ujian pra dan ujian pasca) untuk memperoleh data
murid tentang penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka. Kajian ini melibatkan
pemngumpulan data dan maklumat murid terhadap penguasaan kemahiran asas membaca.
Menurut Hamimi er.al. (2008), penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu
kaedah dalam mengetahui pencapaian murid dalam pembelajaran. Secara umumnya,
terdapat dua jenis penilaian, iaitu berasaskan masa (penilaian formatif) dan penilaian
berasaskan tujuan pelaksanaan (penilaian sumatif).

Maka, kajian ini penilaian yang akan digunakan ialah berbentuk penilaian sumatif
yang bertujuan untuk menilai pencapaian murid selepas pengajaran dan pembelajaran
berlangsung sama ada murid memahami pembelajaran yang diajar berdasarkan bahan
pengajaran yang diuji, iaitu ‘Kit Saya’. Ujian pra dan ujian pasca ini digunakan untuk
mengkaji perbezaan antara murid-murid yang menggunakan model awal ‘Kit Saya’ dengan
murid-murid yang menggunakan model awal kit lain dalam pembelajaran berasaskan
kemahiran asas membaca. Menurut Norsyida (2012), penilaian bukan sahaja sekadar
memberi gred kepada pelajar malah ia juga untuk mengumpul maklumat yang bertujuan
untuk membuat keputusan dalam pembelajaran pelajar. Apabila penilaian yang digunakan
bersesuaian dengan pelajar ia bukan sahaja membantu guru malah dapat membantu pelajar
dalam aktiviti pembelajarannya.

Ujian pra akan diberikan kepada rsponden yang terdiri daripada kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan bagi menguji pengetahuan murid tentang kemahiran asas membaca.
Kemudian, pengkaji akan menjalankan intervensi terhadap kedua-dua kumpulan ini
menggunakan bahan yang telah ditetapkan. Selepas intervensi selesai, ujian posakan
diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini. Perbandingan terhadap pencapaian murid dalam
kelas rawatan dan kawalan akan dianalisis untuk mendapatkan data.

3.5 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian merupakan kerangka konsep yang menerangkan secara


ringkas bentuk kajian, hala tuju, format kajian dalam kajian. Kerangka ini diasaskan
berdasarkan teori yang telah dipilih. Kerangka ini ibarat peta kepada sesuatu kajian.
Kerangka ini dipaparkan dalam bentuk grafik. Kerangka ini dibentuk untuk membantu
pemahaman dan penghuraian konsep-konsep penting. Misalnya, kerangka konsep
menyatakan idea-idea yang berkait dengan konsep utama dan memerihalkan pendekatan
yang sistematik untuk menggambarkan ciri-ciri penting bagi konsep tersebut.

Kerangka konsetual yang dikemukakan dalam kajian ini adalah menunjukkan


hubungan atau kaitan Antara satu konsep dengan konsep yang lain serta perkara-perkara
yang dikaji Rajah di bawah menunjukkan kerangka konsep kajian ini, iaitu :

Rajah 1 : Kerangka Konseptual

Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan keberkesanan penggunaan model awal 'Kit Saya'
dalam meningkatkan kemahiran asas membaca. Rajah di atas merupakan kerangka
konseptual kajian tersebut. Objektif awal kajian ini berdasarkan kerangaka konseptual di
atas adalah untuk melihat tahap penguasaan awal kemahiran asas membaca Antara
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Bagi melihat bahawa kedua-dua kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan adalah setara dalam kajian ini, pengkaji akan melaksanakan
ujian pra terlebih dahulu. Kemudian, selepas ujian pra dilakukan penentuan kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dilakukan. Seterusnya, pengkaji akan melakukan intervensi
berdasarkan teori yang telah dipilih, iaitu Teori Behaviorisme. Berdasarkan teori ini, pengkaji
menggunakan model awal 'Kit Saya' sebagai bahan bantu mengajar pada kumpulan
rawatan dan bahan bantu yang lain terhadap kumpulan kawalan untuk menguji tahap
keberkesanan bahan pengujian tersebut. Hal ini kerana berdasarkan teori Behaviorisme
yang menekankan penggunaan bahan bantu mengajar dalam penguasaan kemahiran
bahasa sangat signifikan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca
murid.

Selepas intervensi dilaksanakan, pengkaji akan melakukan ujian pasca terhadap


kedu-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hasil ujian akan dianalisis oleh
pengkaji dalam menentukan perbezaan min terhadap kedua-dua kumpulan. Hasil ujian yang
telah dianalisis akan menentukan tahap keberkesanan penggunaan model awal 'Kit Saya'
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca. Maka, berdasarkan kerangka
konseptual di atas mampu membantu pengkaji dalam proses mengumpul data dan
maklumat terhadap keberkesanan penggunaan bahan bantu menagajar, iaitu model awal
'Kit Saya' dalam meningkatkan kemahiran asas membaca.

3.6 PROSEDUR RAWATAN/INTERVENSI

Rawatan atau intervensi akan dilaksanakan terhadap kedua-dua kelompok kumpulan, iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Prosedur ini termasuklah memohon kebenaran
menjalankan kajian. Kebenaran perlulah dimohon kepada Guru Besar, Guru Bahasa Melayu
dan Ketua Panitia Bahasa Melayu pada sekolah berkenaan dengan menunjukkan surat
menjalankan penyelidikan. Pengkaji akan melakukan intervensi selepas mendapat
kebenaran daripad apihak atasan. Dalam pelaksanaan intervensi, pengkaji akan
menetapkan beberapa tempoh intervensi terhadap responden. Sebelum menjalankan
intervensi kepada responden, pengkaji juga perlu memohon kebanran daripada ibu bapa
responden untuk menjadi sebahagian daripada sampel kajian. Surat memohon kebenaran
juga adakn diedarkan kepada responden. Kemudian, intervensi akan dilaksanakan dengan
menggunakan bahan bantu mengajar, iaitu model awal 'Kit Saya' dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

3.7 KAJIAN RINTIS

Kajian rintis merupakan 'pilot study' merupakan kajian secara kecil-kecilan yang
dilaksanakn sebelum kajian sebenar dilakukan (Chuan Yan Piaw, 2006). Borg & Gall (2013)
berpendapat bahawa perlunya kajian rintis dijalankan untuk menentukan kesesuaian dan
kebolehpercayaan sesuatu instreumen kajian di samping mendapatkan maklumat awal
tentang kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Cates (2015)
menyatakan bahawa instrument kajian yang boleh dipercayai ialah instrument yang dapat
menghasilkan skor yang sama atau hampir sama apabila dilaksanakan ke atas sampel yang
mempunyai bakat dan pengalaman yang sama. Kajian rintis juga dilaksanakan untuk
memastikan kefahaman responden dari segi bahasa dan struktur ayat yang digunakan.
Sebelum menjalankan kajian sebenar, kajian rintis dilaksanakan untuk memastikan soalan-
soalan yang dibina adalah menepati objektif kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian rintis pada salah satu sekolah di
sekitar Petaling Jaya, iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Pengkaji telah memilih
sekolah ini kerana pengkaji pernah menjalani praktikum selama tiga bulan di sekolah
tersebut. Hal ini secara tidak langsung, telah memudahkan pengkaji semasa menjalankan
kajian rintisnya disebabkan pengkaji mudah untuk berkomunikasi dengan pihak-pihak
atasan. Dalam bahagian kajian rintisnya, pengkaji telah memilih seramai 60 orang murid
Tahun 2 untuk dijadikan sebagai responden kajiannya. Responden ini terdiri daripada dua
kelas yang berlainan, iaitu kelas 2 Kristal dan 2 Jed. Setiap satu kelas tersebut mempunyai
sebanyak 30 responden. Murid-murid kajian ini tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kajian
rintis ini juga disemak oleh segelintir guru bahasa Melayu untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan item-item dalam kertas ujian. Kajian rintis juga berperanan untuk
mengetahui kelemahan yang ada pada instrument kajian, iaitu kertas soalan pra dan pasca.
Dengan kata lain, kajian rintis ini juga berupaya menentukan sama ada soalan yang dibina
sesuai mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

3.8 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Bahagian ini membincangkan berkaitan proses pengumpulan data untuk kajian yang
dijalankan. Terdapat beberapa proses untuk mendapatkan data kajian, iaitu ujian yang
melibatkan Ujian Pra (Pre-Test) dan Ujian Pos (Post-Test) mengumpul data kajian. Terdapat
dua ujian dijalankan sepanjang tempoh kajian. Kesahan ujian tersebut telah ditentukan
dengan memastikan skop dan kandungan ujian menepati aspek kemahiran yang dinilai
dalam kajian ini. Ujian Pra (Pre-Test) dijalankan kepada responden, iaitu responden
daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang telah ditetapkan. Ujian diberikan
kepada responden selepas PdP tanpa menggunakan sebarang bahan bantu mengajar
seperti Kit pengajaran. Sebelum ujian diberikan, beberapa latihan penilaian ringkas
dijalankan untuk kemajuan murid. Perkara ini selaras dengan hokum pembelajaran yang
telah diperkenalkan dalam Teori Behaviorisme, iaitu semakin banyak latihan diberikan,
semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas dengan ransangan yang
berkaitan (Mok, 2008). Keputusan dalam ujian sebelum tindakan dianalisis untuk melihat
tahap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran asas membaca sebelum
menggunakan bahan bantu mengajara model awal 'Kit Saya'.
Setelah proses PdP menggunakan 'Kit Saya' diaplikasikan, Ujian Pos (Post-Tesr)
pula dijalankan ke atas responden untuk melihat keberkesanan model awal 'Kit Saya'
terhadap penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka. Ujian pos (Post – Test)
dijalankan untuk menilai keberkesanan model awal ini pada peringkat akhir kajian. Setelah
selesai ujian, keputusan ujian dianalisis dan dibandingkan di antara keduanya, iaitu sebelum
dan selepas untuk menilai keberkesanan bimbingan penggunaan bahan bantu mengajar ini.
Keputusan ujian sebelum dan selepas tindakan dianalisis berdasarkan rubric pemarkahan
dan dianalisis dalam bentuk markah mentah untuk menunjukkan soalan ujian tindakan yang
telah digunakan.

3.9 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Penganalisisan data merupakan aktiviti untuk memperoleh maklumat yang berguna


daripada sesuatu data. Analisis melibatkan aktiviti manipulasi seperti menagtur,
menggabung dan menjadual. Dalam kajian ini, data kuantitatif akan dianalisis dengan
menggunakan Statitical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Analisis deskriptif
seperti kekerapan, peratusan, min, median, varians, dan sisihan piawai akan digunakan
untuk memberi gambaran umum tentang data yang diperoleh. Statistik inferensi yang
digunakan dalam kajian ini adala ujian-T.

3.10 RUMUSAN

Berdasarkan penghuraian yang terperinci dalam bab ini, metodologi kajian merupajkan
salah satu ciri penting dalam menjalankan sesuatu kajian. Melalaui kaedah-kaedah kajian
yang dipilih, pengkaji dapat mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan tepat.
Semua informasi yang tidak berkenaan dengan kajian ini mampu ditapisdan diasingkan agar
dapat memenuhi matlamat dan objektif kajian. Tuntasnya, bab ini keseluruhannya
menyentuh aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, instrument
kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan analisis data. Penelitian yang
mendalam berkaitan bab ini perlu dihuraikan kerana menjadi asas bagi bab penganalisisan
data yang bakal dilakukan. Bab ini juga menjadi strategi atau langkah bagi menjalankan satu
kajian yang sistematik dan berkesan. Semua aspek yang perlu diaplikasikan dalam kajian
sebenar perlu dikenal pasti lebih awal supaya kajian lebih terarah dan menjimatkan masa.
Pemilihan teori, kaedah memungut data, dan analisis perlu dititikberatkan bagi memperoleh
dapatan yang selaras dengan objektif yang digariskan.

Anda mungkin juga menyukai