Anda di halaman 1dari 44

i

KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN


RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU DALAM PENDIDIKAN ISLAM
BAGI PELAJAR PENDIDlKAN KHAS

SUHAIMIE BIN MORIDAN

Disertasi ini dikemukakan sebagai


Memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Kurikulum dan Pengajaran )

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2013
ii

Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan : ..
Nama Penulis : SUHAIMIE BIN MORIDAN
Tarikh : 15 NOVEMBER 2013
iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan buat bonda tersayang, Hajah Jumirah Binti Takim yang
sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buat anaknya.
Buat isteri tercinta, Zuraidah Binti Ramdzan @ Ramban yang selalu memberi
sokongan dan semangat buat suaminya.
Buat anakanda tersayang Aisyah Shofwa, Anis Sofea, Ahmad Ameyr Wafeeq dan
Azzahratus Syifa
yang sentiasa memberi ilham dan inspirasi kepada ayahandanya.
Buat sahabat yang diingati
Mohd Khairul Anuar Bin Hussin yang selalu meluangkan masa
berbincang dan menyumbangkan buah fikirannya.
Buat Penyelia Dr. Ahmad Johari Bin Sihes
yang banyak menunjuk ajar serta memberi nasihat yang berguna.
Tidak lupa juga,
Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan
di Universiti Teknologi Malaysia,
keluarga dan rakan-rakan yang membantu
dalam usaha murni ini.
Semoga menjadi inspirasi kepada
anak-anak yang dikasihi.
iv

PENGHARGAAN

Dengan lafaz Alhamdulillah, segala puji kepada hadrat Allah s.w.t kerana
dengan limpahan rahmat dan keizinanNya kajian ini dapat disempurnakan.Saya ingin
merakam setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Dr. Ahmad Johari Bin Sihes selaku pensyarah pembimbing yang banyak
mengorbankan masa dan tenaga serta menyumbangkan idea dalam memberikan
tunjuk ajar dan dorongan kepada saya sehingga selesainya kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih juga buat ibu bapa, isteri dan anak-anak yang
banyak memberi dorongan serta galakan sepanjang menyempurnakan kajian ini.
Tidak lupa juga rakan seperjuangan dan pihak-pihak berkenaan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Jasa dan bantuan yang telah kalian
berikan akan saya kenang sampai bila-bila.

Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang baik di atas segala usaha dan
kerjasama murni yang diberikan. Harapan saya agar kajian ini dapat memberi
manfaat kepada semua demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pendidikan
Malaysia.

Terima kasih.
v

ABSTRAK

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan ke arah


pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran individu yang berkesan. Ianya
menitik beratkan aspek pencapaian individu pelajar yang berbeza tahap pencapaian
dan kebolehan. Kajian ini bertujuan meninjau kesediaan guru melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas
di dua daerah iaitu Muar dan Batu Pahat. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan
yang melibatkan 99 orang guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi pelajar
pendidikan khas. Instrument yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Data
dianalisis menggunakan program SPSS for Windows (version 19.0), yang melibatkan
statistik deskriptif seperti peratusan, frekuensi dan min. Hasil kajian mendapati sikap
guru-guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan RPI bagi pelajar pendidikan khas
adalah positif. Manakala tahap pengetahuan, tahap kemahiran guru-guru juga adalah
tinggi. Strategi pengajaran guru pula menunjukkan kekerapan yang sering digunakan
guru iaitu pertama, strategi pemusatan guru. Kedua, strategi pemusatan murid dan
ketiga, strategi pemusatan bahan. Kajian juga mendapati tiada perbezaan yang
signifikan bagi sikap, tahap kemahiran dan strategi pengajaran guru dalam
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu mata pelajaran pendidikan Islam bagi
pelajar pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru. Akan tetapi bagi
tahap pengetahuan guru pula terdapat perbezaan yang signifikan. Selain itu, kajian
mendapati hampir semua responden menyatakan bahawa mereka memerlukan kursus
dan latihan khas bagi memantapkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Dapatan kajian ini diharap dapat menjadi
rujukan dan cadangan penambahbaikan terhadap perkara-perkara berkaitan
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Pendidikan Islam bagi pelajar
pendidikan khas.
vi

ABSTRACT

The Individualized Educational Plan (RPI) is one of the approaches towards


the achievement of the individual teaching and learning objectives for special
education students. It also concentrates on the different level of individual
achievement and ability. The aim of this research is to survey the implementation
readiness of Individualized Educational Plan (RPI) among Islamic Studies teachers
in Muar and Batu Pahat districts. This research is conducted by using a combination
of methods which involves 93 of Islamic Studies teachers. Questionnaires and
interview are used as instruments in this research. The data were analyzed using
SPSS for Windows (version 19.0), using descriptive statistics such as percentages,
frequencies and mean. This research found that attitude of teachers are positive in
implementing Individualized Educational Plan. While, the level of knowledge and
level of skills are high. On the other hand, the most teaching strategies by teacher is
teacher-centred, followed by student-centred and third is material-centred.
There are no significant difference in attitudes, level of skills and teaching strategies
based on teachers accreditation categories in implementing Individualized
Educational Plan for special education students in Islamic education. However there
is significant difference the level of teachers' knowledge. In addition, the research
found that almost all respondents indicated that they require special training courses
to strengthen the Individualized Educational Plan implementation in the Islamic
education. The finding of this research can be used as references and
recommendations related to the implementation of Individualized Educational Plan
for special education students in Islamic Education.
vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Hipotesis Kajian 13
1.7 Kepentingan Kajian ` 14
1.8 Kerangka Konsep Kajian 17
1.9 Batasan Kajian 20
1.10 Definisi Istilah 21
viii

1.10.1 Kesediaan Guru 21


1.10.2 Pelaksanaan 21
1.10.3 Sikap 22
1.10.4 Tahap Pengetahuan 23
1.10.5 Tahap Kemahiran 23
1.10.6 Rancangan Pendidikan Individu 24
1.10.7 Pendidikan Islam 24
1.10.8 Pelajar Pendidikan Khas 25
1.10.9 Strategi Pengajaran 25
1.10.10Masalah Keperluan Guru 26
1.11 Penutup 27

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 28
2.2 Kepentingan Memahami Falsafah Pendidikan 28
2.3 Kepentingan Memahami Konsep Pendidikan
Islam 30
2.4 Konsep Pendidikan Individu Dalam Program
Pendidikan Khas dan Kepentingannya 32
2.5 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Tugas
Dan Tanggungjawab Sosial 37
2.6 Latar Belakang Guru Pendidikan Islam Di
Pendidikan Khas 41
2.6.1 Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan
Rancangan Pendidikan Individu 42
2.6.2 Tahap Pengetahuan Guru Tentang
Pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu 43
2.6.3 Tahap Kemahiran Guru Sebagai
Pelaksana Rancangan Pendidikan
Individu 44
ix

2.7 Memperkembangkan Potensi Pelajar 45


2.8 Strategi Pengajaran Guru Dalam
Melaksanakan RPI Mata Pelajaran
Pendidikan Islam bagi Pelajar
Pendidikan Khas 46
2.8.1 Strategi Pemusatan Guru 51
2.8.2 Strategi Pemusatan Pelajar 52
2.8.3 Strategi Pemusatan Bahan 53
2.9 Permasalahan Dalam Pelaksanaan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 54
2.10 Model-Model Pengajaran Di
Pendidikan Khas 57
2.10.1 Model Pengajaran Slavin 57
2.10.2 Model Pengajaran Montessori 59
2.10.2.1 Kaedah Pengajaran
Montessori 60
2.11 Kaedah Pembelajaran Masteri 61
2.12 Ulasan Kajian Lepas 63
2.13 Penutup 69

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 70
3.2 Rekabentuk Kajian 71
3.3 Tempat Kajian 72
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 72
3.5 Instrumen Kajian 74
3.5.1 Bahagian A: Maklumat Diri
Responden 75
3.5.2 Bahagian B : Sikap,
Tahap Pengetahuan Dan
Tahap Kemahiran Guru 76
x

3.5.3 Bahagian C : Strategi Pengajaran Guru 76


3.6 Instrumen II Temubual : Permasalahan Dalam
Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu 77
3.7 Kesahan 78
3.8 Kajian Rintis 80
3.9 Prosedur Kajian 85
3.10 Analisis Data 87
3.10.1 Proses Temubual 89
3.11 Penutup 91

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 93
4.2 Maklumat Responden 94
4.3 Maklumat Responden Terhadap Persoalan
Kajian 97
4.4 Pengujian Hipotesis 105
4.4.1 Hipotesis Nol 1 105
4.4.2 Hipotesis Nol 2 106
4.4.3 Hipotesis Nol 3 108
4.4.4 Hipotesis Nol 4 109
4.5 Dapatan Daripada Instrumen II
Bahagian D : Temubual 110
4.5.1 Dapatan Data Kualitatif 111
4.5.2 Maklumat Responden 113
4.5.2.1 SK Serom 3, Muar 114
4.5.2.2 SK Seri Bukit Pasir, Muar 114
4.5.2.3 SK Lubok, Batu Pahat 115
4.5.2.4 SK Bandar Batu Pahat 115
4.5.2.5 SK Peserai Batu Pahat 116
4.5.3 Dapatan Daripada Sesi Temubual 117
4.5.3.1 Pandangan Tentang
xi

Pelaksanaan RPI Pendidikan


Islam di Pendidikan Khas 118
4.5.3.2 Kelebihan Rancangan
Pendidikan Individu 118
4.5.3.3 Pelaksanaan Rancangan
Pendidikan Individu dan
Halangannya 119
4.5.3.4 Pembekalan Huraian Sukatan
Pelajaran dan Buku Teks 120
4.5.3.5 Keperluan Huraian Sukatan
Pelajaran dan Buku Teks 121
4.5.3.6 Kepentingan Huraian Sukatan
Pelajaran 122
4.5.3.7 Kepentingan Buku Teks 122
4.5.3.8 Pengetahuan dan Kemahiran
Yang Diperlukan Dalam
Melaksanakan RPI 123
4.5.3.9 Kursus Khas Dalam
Melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu Yang Baik 124
4.5.3.10Peruntukan Masa Pengajaran
dan Pembelajaran 125
4.5.3.11Permasalahan Jumlah Pelajar 126
4.5.3.12Peruntukan Dan Inisiatif
Dalam Menyediakan Bahan
Bantu Mengajar 126
4.5.3.13Hubungan Guru-Guru
Pendidikan Khas 127
4.5.3.14Perkara-perkara Lain Berkenaan
Pelaksanaan Rancangan
Pendidikan Individu Pendidikan
Islam Di Pendidikan Khas 128
4.6 Penutup 129
xii

BAB 5 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pendahuluan 130


5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 130
5.2.1 Latar belakang Responden 131
5.2.2 Sikap Guru 133
5.2.3 Tahap Pengetahuan Guru 135
5.2.4 Tahap Kemahiran Guru 135
5.2.5 Strategi Pengajaran Guru 137
5.2.6 Perbezaan Sikap Guru Bersandarkan
Kepada Kategori Pentauliahan Guru 138
5.2.7 Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru
Bersandarkan Kepada Kategori
Pentauliahan Guru 139
5.2.8 Perbezaan Tahap Kemahiran Guru
Bersandarkan Kepada Kategori
Pentauliahan Guru 140
5.2.9 Permasalahan Guru Dalam Melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Mata Pelajaran Pendidikan Islam di
Pendidikan Khas 141
5.3 Rumusan Kajian 142
5.4 Cadangan Kajian 144
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 148
5.6 Penutup 150

SENARAI RUJUKAN 151

LAMPIRAN 160
xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pungutan Soal Selidik Kajian 74


3.2 Pembahagian Item Mengikut Strategi Pengajaran Guru 77
3.3 Persoalan isu : Permasalahan dalam melaksanakan RPI 78
3.4 Hasil komen dan cadangan verifikasi pakar 79
3.5 Nilai Alpha Cronbanch bagi setiap bahagian kajian 82
3.6 Pengubahsuaian kenyataan item-item dalam soal selidik
bahagian B1 (Sikap Guru) 83
3.7 Pengubahsuaian kenyataan item-item dalam soal selidik
bahagian B3 (Tahap Kemahiran Guru) 84
3.8 Pengubahsuaian kenyataan item-item dalam soal selidik
bahagian C (Strategi Pengajaran Guru) 84
3.9 Kaedah analisis data 87
3.10 Pengkelasan skor, min dan status sikap, tahap pengetahuan,
tahap kemahiran guru dan strategi pengajaran guru 89
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut daerah 95
4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 95
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
kategori pentauliahan guru 95
4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
pengalaman 96
4.5 Maklumbalas responden mengenai sikap guru dalam
melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 97
4.6 Maklumbalas responden mengenai tahap pengetahuan
guru dalam melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 99
xiv

4.7 Maklumbalas responden mengenai tahap kemahiran


guru dalam melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 101
4.8 Maklumbalas responden mengenai strategi pengajaran
guru dalam melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 103
4.9 Sikap guru pendidikan Islam berdasarkan kategori
pentauliahan guru 105
4.10 Ujian ANOVA Sikap guru berdasarkan kategori
pentauliahan guru 105
4.11 Tahap pengetahuan guru pendidikan Islam berdasarkan
kategori pentauliahan guru 106
4.12 Ujian ANOVA Tahap pengetahuan guru berdasarkan
kategori pentauliahan guru 106
4.13 Post Hoc Tahap pengetahuan guru berdasarkan kategori
pentauliahan guru 107
4.14 Perbezaan tahap pengetahuan guru berdasarkan kategori
pentauliahan guru 108
4.15 Tahap kemahiran guru pendidikan Islam berdasarkan
kategori pentauliahan guru 108
4.16 Ujian ANOVA Tahap kemahiran guru berdasarkan
kategori pentauliahan guru 109
4.17 Strategi pengajaran guru pendidikan Islam berdasarkan
kategori pentauliahan guru 109
4.18 Ujian ANOVA Strategi pengajaran guru berdasarkan
kategori guru 110
4.19 Maklumat responden temu bual 116
xv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Model Slavin 17

1.2 Kerangka Konsep Kajian : Pelaksanaan Rancangan


Pendidikan Individu Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 18

2.1 Carta Aliran Rancangan Individu : Bahagian Pendidikan


Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001 36
xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar


BPK - Bahagian Pembangunan Kurikulum
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPI - Falsafah Pendidikan Islam
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
HSP - Huraian Sukatan Pelajaran
ICT - Information and Communication Technology
IPG - Institut Pengajian Guru
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
OUM - Open University Malaysia
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
RPI - Rancangan Pendidikan Individu
SK - Sekolah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
Tmn - Taman
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Universiti Malaya
UPSI - Universiti Perguruan Sultan Idris
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
ICT - Information and Communication Technology
xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai Sekolah dan Jumlah Guru Yang Terlibat


Dalam Kajian
B Instrumen I : Borang Soal Selidik
C Instrumen II : Borang Temu Bual
D Surat Kebenaran dan Verifikasi
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran


yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Islam di sekolah-sekolah, tidak terkecuali
pelajar berkeperluan khas. Ini kerana Pendidikan Islam merupakan satu keperluan
bagi melahirkan generasi yang bermatlamat dan berkeperibadian tinggi. Menurut
Mohd Fadzilah Kamsah (2006) salah satu punca anak bermasalah ialah apabila
amalan keagamaan lemah, anak terdedah kepada masalah kerana tiada kekuatan
kerohanian. Kenyataan ini memperlihatkan rasional keperluan pendidikan Islam itu
diterapkan kepada setiap anak atau pelajar yang beragama Islam. Keberkesanan
pengajaran Pendidikan Islam kepada pelajar berkeperluan khas bergantung penuh
kepada kesediaan guru dari segi sikap, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran
dalam menggunakan strategi pengajaran serta pendekatan yang bersesuaian dengan
keperluan khas pelajar.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana
kesediaan guru melaksanakan RPI dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi pelajar
2

berkeperluan khas terutama di sekolah-sekolah rendah daerah Muar dan Batu Pahat.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan kepada modul
pengajaran individu bagi memastikan keberkesanan pembelajaran pelajar pendidikan
khas menguasai beberapa kemahiran yang difikir mampu dikuasai. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan strategi
pengajaran guru yang mengajar Pendidikan Islam di pendidikan khas dalam
melaksanakan RPI. Selain itu juga, ianya bagi mengenal pasti permasalahan lain
yang boleh mengekang guru daripada melaksanakan RPI dengan berkesan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu program pengajaran


dan pembelajaran berkaitan Pendidikan Khas yang diadakan bagi tujuan memenuhi
keperluan pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman
(1997), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang
keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat
dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-
perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang pelajar. Manakala menurut
Bender W.N (1995) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian
pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar
kurang upaya.

Di Malaysia, RPI telah dipraktikkan sejak penubuhan sekolah anak-anak


istimewa swasta. Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan sekolah
yang dikenali sebagai sekolah pendidikan khas, perubahan demi perubahan
dilakukan terhadap format RPI itu sendiri. Menerusi Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004
Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan
3

Pendidikan Individu RPI setiap pelajar hendaklah disediakan. Dari segi


pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu
disediakan untuk murid berkenaan. Ini kerana, satu set RPI disediakan kepada
seorang murid pada satu tempoh tertentu bergantung kepada tahap pencapaian
pelajar dalam jangka masa 3 hingga 6 bulan atau lebih.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan
guru terutama berkaitan sikap guru pendidikan Islam dalam menjayakan
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu sama ada memberikan respon yang
positif atau negatif terhadap pelaksanaannya. Ianya bergantung kepada kesediaan
guru menyahut cabaran dan bertanggungjawab dalam profesionalismenya.

Maklumat awal daripada JPNJ dan PPD mendapati bahawa jumlah guru
yang layak mengajar pendidikan Islam di pendidikan khas adalah sedikit serta
bergantung kepada pentadbiran sekolah masing-masing mengadakan guru bagi
keperluan tersebut. Ianya disebabkan kuota penjawatan guru pendidikan Islam belum
diwujudkan lagi di pendidikan khas. Maka bagi mengenal pasti tahap pengetahuan
guru yang terlibat dalam kajian ini memfokuskan pengetahuan terhadap format
penulisan RPI berdasarkan Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2000) perlu mempunyai format yang mempunyai
komponen-komponen iaitu objektif yang khusus untuk pelajar, strategi pengajaran
yang terperinci, mengenal pasti individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas
berkenaan, sumber yang diperlukan untuk mencapai objektif dan prosedur penilaian
yang terperinci. RPI merupakan satu modul penulisan yang perlu dilaksanakan dan
diketahui cara pelaksanaannya oleh guru-guru pendidikan khas terutama guru-guru
pendidikan Islam bagi mengenal pasti tahap kebolehcapaian pelajar menguasai mata
pelajaran yang diajar melalui penyediaan strategi pengajaran yang sesuai. Ini kerana
ia bertepatan dengan ciri-cirinya iaitu bersifat komprehensif dengan mengikut urutan
keperluan pelajar dengan spesifik masalah dan kaedah menangani individu serta
diketahui serta mudah difahami cara pelaksanaannya. Pada masa yang sama
4

perbincangan penyelesaian masalah RPI perlu dirujuk dan dibincang bersama ibu
bapa pelajar pendidikan khas.

Guru perlu juga kepada kemahiran merancang, mengurus dan membuat


keputusan. Dalam hal ini sekiranya guru mengetahui cara pelaksanaan RPI tetapi
tiada kemahiran dalam melaksanakannya akan menjadi kekangan dalam mencapai
objektif RPI. Dalam RPI seperti rancangan pengajaran biasanya perlu ada tajuk,
masa, objektif, set induksi, isi pelajaran serta aktiviti mengikut tahap atau aras
kemampuan pelajar yang perlu diperuntukkan dan di akhir pengajaran guru perlu
menulis refleksi atau catatan sama ada murid telah mencapai objektif pengajaran
secara maksimum ataupun minimum. Sebagaimana menurut Siti Aishah Mohd Elias
(2006), kejayaan atau kegagalan dalam pelajaran bergantung pada perancangan
pengajaran yang dibuat dan jarang sekali berlaku kesalahan apabila setiap minit yang
diperuntukkan dihuraikan dan dirancang dengan teliti.

Bagi pelajar pendidikan khas ini, guru perlu merangka satu rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk ciri-ciri dan tahap
kebolehan individu pelajar. Merujuk Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan, Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (1979-1991)
menyatakan dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi tujuan dan matlamat
pendidikan khas.

Menurut perbincangan Mok Soon Sang (1992) menyatakan pendapatnya


bahawa guru berkebolehan mengubahsuai model dan teori pengajaran dan
pembelajaran agar sesuai dengan kebolehan para pelajar yang mempunyai kebolehan
berbeza-beza. Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam
membentuk generasi beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketrampilan pada
5

masa hadapan. Selain itu juga menyediakan pelajar menghadapi cabaran dengan
kandungan pendidikan yang menjamin kesejahteraan dan keperluan pelajar.
Sepertimana menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), perancangan
kurikulum abad ke 21 mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil sesuatu bangsa di masa akan datang. Oleh
kerana pendidikan Islam sebagai ilmu pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang
individu pelajar, pendidikan ini perlu diterapkan pada peringkat awal lagi bagi
membimbing dan mendidik pelajar agar mempunyai elemen keseimbangan antara
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Penyepaduan antara ilmu dan amali yang dipelajari daripada
Pendidikan Islam merupakan tunjang kepada pembinaan akhlak dan sahsiah mulia
dalam diri pelajar. Sekiranya ia tidak lagi bersesuaian terhadap keperluan individu
tersebut maka RPI wajar digubal secara bersama. Ianya bersesuaian dan realistik
terhadap keperluan individu terutamanya pelajar berkeperluan khas. Menurut Bee H.
(1992), pelajar-pelajar berkeperluan khas secara keseluruhannya terbahagi kepada 3
kategori.

Pertama iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan termasuklah


kanak-kanak buta , rabun teruk sehingga memerlukan kanta pembesar untuk
membaca. Kedua iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran
termasuklah kanak-kanak pekak, sederhana atau teruk pekaknya sama ada
menggunakan alat bantuan pendengaran atau pun tidak. Ketiga iaitu kanak-kanak
bermasalah pembelajaran yang merangkumi beberapa kategori seperti kanak-kanak
autistic, hipeaktif, sindrom down, aphasia, disleksia dan verebal palsy. Kanak-kanak
ini mempunyai tahap pemahaman dan pencapaian yang rendah. Ini adalah kerana
kanak-kanak ini mempunyai umur mental yang lebih rendah dari umur hayat mereka.
Selain itu juga, mereka menghadapi masalah kurang tumpuan, emosi tidak terkawal,
tingkat laku, komunikasi dan sosial. Guru perlu kepada memiliki tahap kemahiran
yang tinggi dalam merancang, mengurus dan melaksanakan RPI dengan mengambil
kira perkara-perkara berkaitan.Justeru kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap
kemahiran guru melaksanakan RPI pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas.
6

Seterusnya guru juga perlu merangka RPI mengikut tahap seseorang pelajar
dengan strategi yang sesuai bagi keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, guru-guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya seharusnya mempunyai
pengetahuan dalam cara penulisan RPI dan mempunyai kemahiran mengenal pasti
tahap keboleh capaian pelajar serta merangka strategi yang sesuai bagi mencapai
keberkesanan pengajarannya.

Dalam kajian ini, bagi mengenal pasti strategi pengajaran guru bagi pelajar
Pendidikan Khas, menyimpulkan penggunaan pendekatan individu melalui bukan
sahaja strategi pemusatan pelajar sahaja tetapi menggabungkan juga strategi
pemesatan guru dan bahan yang secara keseluruhan menekankan penglibatan pelajar
secara aktif dalam pembelajaran. Guru perlu merangka rancangan pengajaran yang
sesuai mengikut tahap atau kategori pelajar tersebut terutama pelajar pendidikan
khas. . Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memperuntukkan masa
yang banyak kepada aktiviti pembelajaran pelajar melalui kaedah Masteri dengan
teknik-teknik seperti bermain, bercerita, bersoal jawab, bernyanyi dan sebagainya
dengan teknik penyampaian guru melalui penerangan, demonstrasi, syarahan dan
sebagainya mengikut kemampuan dan kreativiti seseorang guru tersebut.

Pendidikan merupakan suatu keperluan semua manusia dan ianya dipelajari


sejak seseorang itu dilahirkan (Slavin, 2003). Setiap individu semenjak lahirnya
hingga akhir hayatnya akan mengalami proses pendidikan sama ada ia disedari
secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu menjadi satu tanggungjawab ibu bapa,
masyarakat dan guru-guru memberikan pendedahan pendidikan terhadap pelajar
berkeperluan khas ini bagi memastikan mereka tidak terpinggir dari arus kehidupan
dan masyarakat. Dengan ilmu dan kemahiran tersebut dapat memberikan makna
yang berharga kepada pelajar tersebut berdikari dan mengurus sendiri kehidupannya
pada masa hadapan.
7

Pelajar berkeperluan khas tidak sepatutnya ketinggalan mengikuti mata


pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Ini kerana mata pelajaran tersebut merupakan
keperluan kepada mereka. Mereka juga perlu dibimbing dan dididik kepada
pengetahuan dan kemahiran (pengamalan) Islam seperti pelajar normal walaupun
tahap keboleh upayaan memperoleh pengetahuan itu amatlah terhad. Ini disebabkan
pendidikan Islam itu sendiri merupakan asas pegangan hidup sebagai seorang yang
beragama Islam . Jadi sudah menjadi kewajipan keperluan guru diambil berat
terutamanya guru pendidikan Islam dalam melaksanakan RPI bagi pelajar pendidikan
khas.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang guru yang itu tidak dibekalkan


dengan pengetahuan dan kemahiran seperti menghadiri kursus-kursus khas yang
perlu maka matlamat dan objektif pengajaran tidak akan tercapai dengan jayanya. Ini
kerana guru tidak dapat merancang strategi yang sesuai dapat dipraktikkan dalam
pengajarannya kerana tiada maklumat dan panduan untuk mereka melaksanakan RPI
sepertimana yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang
demikian, pengkaji telah mendapati empat kategori guru yang terlibat dalam kajian
ini iaitu kategori guru bertauliah pendidikan khas serta opsyen pendidikan Islam,
kategori guru bertauliah pendidikan khas bukan opsyen pendidikan Islam, kategori
guru opsyen pendidikan Islam tetapi tiada tauliah pendidikan khas dan kategori guru
biasa tiada tauliah pendidikan khas dan bukan opsyen pendidikan Islam. Ianya bagi
mengenal pasti adakah wujud perbezaan antara mereka dalam isu kajian dijalankan.

Di samping itu kajian ini bagi mengenalpasti permasalahan dalam keperluan


guru seperti cadangan dalam kajian Kamaruzaman Kamarudin (2007) terhadap
tekanan kerja guru telah mencadangkan pihak kementerian, JPN, PPD dan pihak
sekolah agar dapat melengkapkan kemudahan asas dalam P&P, pengagihan tugas
guru serta penganjuran kursus atau latihan kemahiran di kalangan guru. Ini kerana
terdapat lima faktor utama menyebabkan berlaku tekanan kerja guru iaitu salah laku
pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber dan
8

hubungan interpersonal (Dunham 1992). Oleh yang demikian, sebelum sesuatu


perkara itu hendak dilaksanakan seharusnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu menitik berat tentang penyediaan keperluan yang perlu ada di segenap ruang
dan pihak yang terlibat perlu benar-benar faham akan matlamat dan objektif serta
langkah-langkah pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas secara umumnya


mampu memahami pelajaran secara teori dan praktikal serta berkewajipan
melaksanakan kewajipan kepada Allah dan perlu mengetahui dan mempelajari
praktikal amalan yang yang telah disarankan daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Semua itu perlu dipelajari melalui Pendidikan Islam oleh guru-guru yang
berkemahiran mengetahui keperluan pelajar-pelajar tersebut. Menurut Hasan
Langgulung (1986) perbincangan tentang isi kandungan Pendidikan Islam ini juga
tidak boleh tidak akan melibatkan pembicaraan tentang pengetahuan, kemahiran dan
sikap pelajar yang menerima kandungan pendidikan. Dalam konteks ini juga dapat
disimpulkan penekanan terhadap sikap, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru
juga perlu dalam proses menyampaian kandungan pendidikan yang berkesan kepada
hasil pencapaian pelajar melalui strategi pengajaran guru melalui pelaksanaan RPI.

1.3 Penyataan Masalah

Isu-isu yang sering timbul dalam pengajaran Pendidikan Islam di dalam


program pendidikan khas di sekolah merangkumi aspek kelayakan akademik dan
ikhtisas guru, pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas pelajar dan kebolehan
serta keyakinan guru menyampaikan isi kandungan pendidikan Islam kepada pelajar
pendidikan khas. (Noraini, 2000)
9

Menjadi satu tanggungjawab kepada guru yang mengajar dengan mengenal


pasti cara terbaik bagi pelajar berkeperluan khas ini dengan memilih strategi yang
sesuai dengan tahap kemampuan pelajar berdasarkan kemahiran membina
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) kepada pelajar pendidikan khas tersebut. Ini
kerana, Rancangan Pendidikan Individu merupakan satu modul terbaik kepada
keberkesanan pembelajaran bagi pelajar pendidikan khas kerana dengannya dapat
memastikan tahap kebolehan murid memperolehi objektif pembelajaran.

Kajian Mohd Hanafi, Hasnah Toran, Mohd Safani Bari dan Mashithah Khalid
(2012) mendapati bahawa perkembangan akademik dan sosial pelajar pendidikan
khas masalah pendengaran mempunyai perkembangan yang baik setelah mengikuti
program integrasi. Ini menunjukkan bahawa di dalam program ini juga menekankan
penggunaan pendekatan RPI yang diamalkan dapat meningkatkan akademik serta
sahsiah pelajar berbanding sebaliknya.

Sejauh mana kesediaan guru mata pelajaran Pendidikan Islam melaksanakan


Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas di sekolah, maka kajian
ini meninjau sejauh mana kesediaan guru dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap
kemahiran dan strategi pengajaran yang digunakan terutamanya di sekolah-sekolah
kebangsaan di daerah Muar dan Batu Pahat. Selain itu ianya juga meninjau
permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mungkin berlainan latar belakang
dalam kategori pentauliahan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri.

Disamping itu juga, kajian ini meninjau permasalahan yang boleh mengekang
guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mata pelajaran Pendidikan
Islam seperti Huraian Sukatan Pelajaran, buku teks, kursus-kursus tertentu, masa
pengajaran, jumlah pelajar, BBM (Bahan Bantu Mengajar), peruntukan kewangan
dan hubungan antara guru dalam keperluan pengajaran guru pendidikan Islam di
10

pendidikan khas. Kekangan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih selain jumlah
murid yang ramai serta pembahagian masa yang lebih bagi mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam di kelas pendidikan khas dan juga kelas normal juga dilihat sebagai
penghalang kepada tercapainya perlaksanaan RPI .

Umum mengetahui bahawa pendidikan khas menyediakan kurikulum umum


bagi guru-guru dan mengikut kreativiti guru dalam merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi jika guru biasa yang mengajar pendidikan
Islam atau guru pendidikan Islam tetapi tiada kemahiran dalam keperluan khas
pelajar akan menimbulkan masalah. Ini kerana guru biasa pendidikan khas yang
tidak arif tentang pendidikan Islam juga ditakuti memberi kefahaman yang salah
pada konsep pengamalan Islam. Manakala, guru pendidikan Islam tiada kemahiran
keperluan khas pelajar akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak
berkesan kepada pelajar kerana tidak memahami keperluan pelajar khas bagi
menyediakan kaedah serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada
pelajar. Isunya pentauliahan guru dalam pendidikan khas ini perlu bagi memastikan
guru yang benar-benar layak mengajar bagi memudahkan pelaksanaan RPI berjalan
dengan lancar dan tiada masalah untuk menghasilkan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesediaan
guru melaksanakann Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mata pengajaran
Pendidikan Islam bagi pelajar Pendidikan Khas. Secara khususnya pula, kajian ini
meninjau beberapa perkara berkaitan seperti mana dibawah :
11

i. Mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam


melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan
khas.

ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru mata pelajaran Pendidikan Islam
dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas

iii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru mata pelajaran Pendidikan Islam
dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas.

iv. Mengenal pasti strategi pengajaran yang kerap digunakan oleh guru mata
pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu bagi pelajar pendidikan khas.

v. Mengetahui perbezaan sikap guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam


melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan
khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

vi. Mengetahui perbezaan tahap pengetahuan guru mata pelajaran Pendidikan


Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

vii. Mengetahui perbezaan tahap kemahiran guru mata pelajaran Pendidikan


Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

viii. Mengetahui perbezaan strategi pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan


Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.
12

ix. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran
Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
bagi pelajar pendidikan khas.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada soalan permasalahan berikut:

i. Bagaimana sikap guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam


melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas ?

ii. Apakah tahap pengetahuan guru mata pelajaran Pendidikan Islam


dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas ?

iii. Apakah tahap kemahiran guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas ?

iv. Apakah strategi pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Islam


yang kerap digunakan dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu bagi pelajar pendidikan khas ?

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru mata pelajaran


Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan kategori
pentauliahan guru ?
13

vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan guru


mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan
kategori pentauliahan guru ?

vii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran guru


mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan
kategori pentauliahan guru?

viii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan strategi pengajaran guru


mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan
kategori pentauliahan guru?

ix. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran


Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu bagi pelajar pendidikan khas ?

1.6 Hipotesis Kajian

Bagi menjawab persoalan kajian v hingga viii, maka 4 hipotesis ini telah dibentuk :

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sikap guru mata


pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan
kategori pentauliahan guru..
14

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan


guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas
berdasarkan kategori pentauliahan guru..

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kemahiran


guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas
berdasarkan kategori pentauliahan guru.

Ho 4 Tidak Terdapat perbezaan yang signifikan di antara strategi


pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada pihak-pihak yang terlibat seperti guru-guru


Pendidikan Islam, ibu bapa, pelajar pendidikan khas dan Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam memberikan maklumat yang berguna kepada pihak-pihak tersebut
bekerjasama menambahbaik sistem RPI ini bagi mencapai objektif pencapaian
pelajar sepertimana yang diharapkan.

Kajian dengan mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan Rancangan


Pendidikan Individu dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan strategi
pengajaran guru. Ianya memberikan satu input yang berguna kepada guru menilai
kembali pelaksanaan RPI dengan penambah baikan kepada kesedaran guru daripada
15

sikap dan peranannya terhadap kepentingan pelaksanaan RPI dalam pengajaran di


pendidikan khas.

Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat dan
kebaikan guru agar dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran bagi
menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang berkualiti kepada pelajar
pendidikan khas melalui kursus-kursus dan perbincangan. Sekali gus meningkatkan
tahap kekerapan penulisan Rancangan Pendidikan Individu dengan format penulisan
yang betul khususnya oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar
pendidikan khas.

Kajian ini mampu menjadi rujukan kepada peningkatan strategi pengajaran


guru mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya, dengan mengambil kira ciri-ciri
pelajar pendidikan khas serta membina satu hubungan yang rapat dengan keluarga
dan pelajar itu sendiri.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat yang jelas tentang tugas
guru bagi menentukan strategi pengajaran yang sesuai kepada anak-anak mereka
dengan memberikan kerjasama kepada guru dalam melaksanakan RPI agar objektif
keberhasilan pembelajaran anak mereka tercapai.

Bagi pelajar pula, dengan penambahbaikan pelaksanaan RPI oleh guru akan
dapat memastikan mereka mencapai objektif pembelajaran secara maksimum.
Pembelajaran mereka berkesan dengan adanya guru yang berkelayakan mempunyai
tahap kesediaan yang tinggi dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan
juga berkebolehan menyediakan strategi pengajaran yang sesuai dalam mengatur dan
melaksanakan RPI terutama mata pelajaran pendidikan Islam.
16

Di samping itu, kajian berkenaan permasalahan guru dalam melaksanakan


Rancangan Pendidikan Individu ini dirasakan penting bagi rujukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia mengkaji semula pelaksanaan RPI di sekolah-sekolah. Penekanan
yang khusus perlu diberi perhatian bagi meningkatkan sistem pelaksanaan RPI oleh
guru tidak membebankan dengan memastikan tenaga pengajar mata pelajaran Islam
mencukupi di sekolah-sekolah. Justeru menyediakan peruntukan bagi menyediakan
latihan dan kemahiran khas bagi guru-guru agar mereka layak mengajar mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar berkeperluan khas.

Justeru itu, diharapkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia dapat


memberikan peruntukan yang cukup dan meluas bagi keperluan pengajaran dan
pembelajaran serta bahan bantu belajar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
pendidikan khas dalam usaha guru menyediakan strategi pengajaran yang sesuai.
Hasil dapatan kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi memastikan pelaksanaan RPI secara menyeluruh oleh guru-guru yang
mengajar pendidikan khas terutama guru mata pelajaran Pendidikan Islam dengan
mengambil kira bebanan masa pengajaran yang padat dan juga kekurangan tenaga
pengajar yang layak di sesebuah sekolah yang terdapat pelajar Pendidikan Khas.

Daripada kajian yang dijalankan juga, diharapkan Kementerian Pelajaran


Malaysia mengadakan satu jalinan kerjasama Bahagian, Sektor dan Unit Pendidikan
Khas dengan Sektor Pendidikan Islam semua peringkat di kementerian, jabatan dan
pejabat pelajaran dalam merangka dan melaksanakan program di peringkat
kebangsaan atau daerah berkaitan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran pelajar
berkeperluan khas dengan penglibatan bersama.
17

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian ini adalah berdasarkan kerangka teori model Input-
Output pengajaran berkesan Slavin (1994) yang menyatakan bahawa pengajaran guru
yang berkesan di pengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian
aras pengajaran, insentif dan masa yang menjadi variabal tidak bersandar. Manakala
output pula adalah peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar yang berupa
variabal bersandar. Menurutnya lagi, insentif bermaksud keupayaan guru untuk
memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja
yang diberi oleh guru. Manakala masa pengajaran pula bermaksud masa yang cukup
untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran.

Input Proses Output

Kualiti Pengajaran x Pelbagai kaedah


pengajaran
x Pelbagai alat bantu
Kesesuaian Aras x Isi kandungan
kemaskini Peningkatan
Pengajaran
x Pelbagai sistem Pencapaian
penilaian Akademik
x Mengikut aras
Insentif kebolehan pelajar
x Memberi motivasi
x Sistem ganjaran atau
Masa dendaan

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Model Slavin


Sumber : Slavin (1994) A Theory of School and Classroom Organization

Berdasarkan ini, maka kerangka konsep kajian Rajah 1.2 diubah suai dan
diadaptasi daripada model pengajaran Slavin (1994) bagi memperlihatkan satu proses
kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu mata pelajaran
18

pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas mencapai objektif pengajarannya.


Akhirnya memberi impak kepada kejayaan pelaksanaan RPI pendidikan Islam di
sekolah-sekolah.

KATEGORI
PENTAULIAHAN SIKAP
GURU Positif
Bertanggungjawab
x Guru bertauliah
Pendidikan
Khas Serta TAHAP
Opsyen PENGETAHUAN
Pendidikan Objektif pendidikan
Islam Islam dalam
pendidikan khas
x Guru bertauliah Ciri pendidikan MELAKSANAKAN
Pendidikan Khas RANCANGAN
Khas Bukan Format Rancangan PENDIDIKAN
Pendidikan Individu. INDIVIDU (RPI)
Opsyen
PENDIDIKAN
Pendidikan ISLAM
TAHAP KEMAHIRAN
Islam
Strategi / Pendekatan
x Guru Opsyen Kaedah / Teknik
Tingkah laku
Pendidikan
Islam Tetapi
Tiada Tauliah STRATEGI
Pendidikan PENGAJARAN
Khas Berpusatkan Murid,
Guru dan Bahan
x Guru Biasa
Tiada Tauliah PERMASALAHAN
Pendidikan Keperluan Guru
Khas dan (Temu Bual)
Bukan Opsyen

Rajah 1.2 : Kerangka konsep kajian : Kesediaan guru melaksanakan Rancangan


Pendidikan Individu mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas.

Merujuk kepada kerangka konsep kajian pada rajah 1.2 di atas, memfokuskan
Rancangan Pengajaran Invividu (RPI) diberi penekanan utama kajian terhadap
pelaksanaannya pada mata pelajaran Pendidikan Islam kepada pelajar Pendidikan
19

Khas di sekolah-sekolah rendah di daerah Muar dan Batu Pahat. Kerangka konsep
kajian ini mengemukakan kategori pentauliahan guru menjadi penentu kepada model
pelaksanaan pengajaran pendidikan Islam yang berkesan dalam merealisasikan
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Empat kategori pentauliahan
guru iaitu pertama, Guru bertauliah Pendidikan Khas serta opsyen Pendidikan Islam.
Kedua, Guru bertauliah Pendidikan Khas bukan opsyen Pendidikan Islam. Ketiga,
Guru opsyen Pendidikan Islam tetapi tiada tauliah Pendidikan Khas dan keempat,
Guru Biasa tiada tauliah Pendidikan Khas dan bukan opsyen Pendidikan Islam.

Dalam kerangka ini memperlihatkan empat faktor diambil kira untuk


mengenal pasti kesediaan guru dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran
dan strategi pengajaran. Bagi mengenal pasti kesediaan guru dari segi sikap
ditentukan pada jawapan responden kajian sama ada positif atau negatif mengikut
nilai kesedaran dan keprihatinan guru terhadap RPI pendidikan khas. Selain
mengenal pasti tahap pengetahuan guru sama ada tinggi atau rendah dalam
mengetahui perkara berkaitan objektif RPI pendidikan Islam pendidikan khas, ciri-
ciri pelajar pendidikan khas serta format kandungan RPI. Pada masa yang sama
mengenal pasti tahap kemahiran guru melalui pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik mengurus tingkah laku pelajar pendidikan khas.Seterusnya di dalam kerangka
ini juga menunjukkan bagi mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh
guru berdasarkan tiga strategi pengajaran berpusatkan murid, guru dan bahan.

Dalam proses seterusnya, faktor tambahan iaitu permasalahan dalam kajian


ini pula merujuk kepada perkara insentif, masa atau keperluan pengajaran guru yang
perlu ada seperti BBM dan Sukatan Pelajaran, buku teks dan peruntukan kewangan
bagi memastikan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Slavin
(1994) terdapat dua cara guru memberi motivasi kepada pelajar agar terus belajar.
Pertama, menyediakan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan dengan
pelbagai kaedah dan pelbagai BBM. Kedua, guru memberi insentif ganjaran atau
pujian kepada pelajar yang menguasai dan dendaan kepada pelajar yang tidak
20

menguasai pembelajaran. Kajian ini dijalankan melalui instrumen temu bual atau
kualitatif

Sehubungan ini, dengan adanya kerangka konsep kajian ini sebagai rujukan
kajian bagi manambah baik sistem dan memantapkan pelaksanaan RPI pendidikan
Islam khususnya dan umumnya bagi mata pelajaran lain untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas dengan memberi
penekanan kepada perkara-perkara yang berkaitan.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas, hanya kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas dalam kategori masalah
pembelajaran. Lokasi kajian dihadkan hanya di daerah Muar dan Batu Pahat yang
mempunyai sebanyak 54 buah sekolah rendah yang ada program pendidikan khas
dan memiliki pelajar berkeperluan khas yang beragama Islam di sekolah berkenaan.

Mengambil kira populasi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan


Islam kepada pelajar pendidikan khas ini dibahagikan kepada empat kategori
pentauliahan guru iaitu :

1) Guru bertauliah Pendidikan Khas serta opsyen Pendidikan Islam


2) Guru bertauliah Pendidikan Khas bukan opsyen Pendidikan Islam
3) Guru opsyen Pendidikan Islam tetapi tiada tauliah Pendidikan Khas
4) Guru Biasa tiada tauliah Pendidikan Khas dan bukan opsyen Pendidikan
Islam
21

Oleh yang demikian, dapatan dari kajian ini bukanlah diperuntukkan kepada
semua populasi guru mata pelajaran lain. Akan tetapi diperuntukkan kepada guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam kepada murid pendidikan khas.

1.10 Definisi Istilah

Berikut merupakan definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.10.1 Kesediaan Guru

Menurut Razhiyah (2008) Kesediaan guru dalam melaksanakan program


pendidikan terutamanya pendidikan khas perlu kepada 4 aspek iaitu emosi, rohani,
jasmani, ilmu dan kemahiran. Kesanggupan menerima tanggungjawab guru
pendidikan khas dengan memberi sumbangan bagi membentuk pelajar sebagai insan
yang berguna.

1.10.2 Pelaksanaan

Menurut Razianna Abdul Rahman dalam James Ang Jit Eng dan Balasandran
(2009) pelaksanaan pendidikan melalui penyeliaan daripada pihak pemimpin
22

instruksional selaku pemimpin yang memastikan perspektif dan amalan guru dan
murid pada proses pengajaran dan pembelajaran mengikut seperti mana dirancang.
Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan merujuk kepada rancangan atau tugas yang
perlu dilaksanakan oleh guru sebelum, semasa atau selepas menyampaikan
pengajaran pendidikan Islam kepada pelajar yang diselia dan dipantau keperluannya
oleh pihak pentadbiran.

1.10.3 Sikap

Menurut Kamarudin Husin (2010) sikap merupakan pembawa seseorang


yang dipengaruhi oleh emosi untuk bertindak balas melalui cara tertentu terhadap
seseorang, suatu kumpulan, benda atau isu tertentu. Sikap mempunyai asasnya yang
tersendiri iaitu yang berpunca daripada desakan dalaman, tabiat yang dipelajari dan
pengaruh alam sekitar. Ahli-ahli penyelidikan memberi pelbagai takrifan tentang
istilah sikap. Mengikut Anderson (1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu
emosi, sasaran, arah tuju, kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagi kepada
ukuran positif, neutral dan negatif.

Dalam kajian ini merujuk kepada pandangan guru sebagai pelaksana kepada
sebarang dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan kementerian.
Menzahirkan pandangan dengan perbuatan sama ada menyokong atau tidak terhadap
sesuatu pembaharuan terhadap dasar. Atau ianya merujuk kepada daya kesanggupan
guru mencapai tahap keberhasilan sesuatu dasar yang diperkenalkan.
.
23

1.10.4 Tahap Pengetahuan

Menurut Ainon Mohd (2003) maklumat yang betul dan ilmu pengetahuan
adalah sejenis kuasa. Kuasa yang dimaksudkan iaitu kelayakan yang menjadi
penentu kepada kemampuan guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu. Istilah tahap pengetahuan dalam kajian ini iaitu meninjau tingkat
pengetahuan yang ada pada seseorang guru terutamanya guru yang mengajar
pendidikan Islam kepada pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran samaada
tinggi atau rendah.Pengetahuan dalam kajian ini merujuk kepada pengetahuan guru
terhadap format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang ditekankan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar berkeperluan khas

1.10.5 Tahap Kemahiran

Menurut Jamila (2006) guru yang efektif adalah individu yang sendiasa
mendalami kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan pengajaran member
faedah kepada pelajar. Tahap kemahiran di dalam kajian ini merujuk kepada tinjauan
mengenai ukuran tingkat kemahiran yang perlu pada diri guru-guru Pendidikan Islam
yang mengajar pelajar Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran bagi
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) dari aspek-aspek tertentu
seperti kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran mengajar, kemahiran
pemudah cara, kemahiran mengurus, kemahiran komunikasi dan kemahiran menilai
kebolehan pelajar.
24

1.10.6 Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

. Menurut Razhiyah (2008), Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah


rancangan yang digubal oleh ahli jawatankuasa yang menetapkan matlamat jangka
panjang dan matlamat jangka pendek bagi pelajar pendidikan khas. Matlamat yang
dicatatkan adalah perkara yang menyatakan kemahiran atau tingkah laku yang
diharapkan agar murid dapat menguasainya.

RPI merupakan modul yang terbaik dilaksanakan oleh guru sebagai salah satu
strategi pengajaran bagi mengenal pasti dan menilai sejauh mana keupayaan
pencapaian murid terhadap sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.10.7 Pendidikan Islam

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008) dalam menyimpulkan definisi


Pendidikan Islam daripada sarjana-sarjana Islam berdasarkan Quran dan Hadis
menyatakan bahawa Pendidikan Islam merupakan satu proses mendidik dan melatih
aqliah (akal), jasmaniah (fizikal) dan rohaniah (spiritual) manusia berasaskan nilai-
nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan
yang bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kerana Allah SWT. Pernyataan
tersebut menerangkan kepada keperluan Pendidikan Islam itu diajarkan kepada
umum.

Di Malaysia, Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib kepada


pelajar yang beragama Islam di sekolah-sekolah. Tidak ketinggalan juga bagi pelajar
25

pendidikan khas yang tidak berupaya atau tidak memiliki kemampuan minda atau
fizikalnya memperolehi hasil pembelajaran secara baik dan berkesan seperti pelajar
normal yang lain.

1.10.8 Pelajar Pendidikan Khas

Razhiyah (2008) menterjemahkan definisi tentang pelajar pendidikan khas


daripada Kirk (1993) iaitu kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak
sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot
atau fizikal, tingkah laku sosial atau emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai
kekurangan sehingga memerlukan amalan sekolah yang diubahsuai, ataupun
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang kepada
kemampuan yang maksimum.

1.10.9 Strategi Pengajaran

Definisi strategi dalam bidang pendidikan menurut pandangan Mok Soon


Sang (2008) ialah kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah ditentukan. . Menurut Barber dan Holdbart (1998) mengajar
pelajar pendidikan khas ini memerlukan strategi berbeza daripada yang dijalankan di
arus perdana. Manakala pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah instruction iaitu
daripada kata dasar instruct yang bermaksud ajar. Maka itu pengajaran bermaksud
proses mengajar sesuatu. Ia adalah proses, bentuk atau cara penyampaian
26

maklumatoleh seseorang kepada orang lain. Pengajaran boleh berbentuk arahan,


tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan
membolehkan orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu aktiviti,
tindakan atau tugas (James Ang, 2009).

Dalam kajian ini meninjau kekerapan strategi yang digunakan oleh guru
dalam pengajaran mereka meliputi strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan
murid dan strategi berpusatkan bahan .

1.10.10 Masalah Keperluan Guru

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2011) mengatakan istilah keperluan


adalah motif. Pakar-pakar psikologi menyatakan keperluan-keperluan yang tidak
memuaskan mendorong manusia bertindak. Manakala guru merupakan
profesionalisme yang didefinisikan oleh Sufian Hussin (2008) sebagai kepakaran
tinggi dalam pekerjaan seseorang.meliputi nilai kerja seperti keberkesanan,
produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Menurut Judy A. Johnson
(2009)pula, program-program latihan dan aktiviti-aktiviti pembangunan profesional
guru perlu menyediakan persembahan dan perkembangan ilmu khususnya dalam
bidang program-program khas dan populasi khas.

Seperti mana menurut Siti Rohani (1991) dalam kajiannya menyimpulkan


bahawa beban tugas guru merupakan faktor utama tekanan kerja guru. Maka kajian
ini dilakukan bagi meninjau permasalahan keperluan guru dalam melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu dengan mendapatkan maklumat tambahan melalui
temu bual.
27

1.11 Penutup

Pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu terhadap pelajar pendidikan


khas menumpukan kepada perancangan dan penyediaan yang tersusun berdasarkan
sikap guru terhadapnya serta tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru untuk
mengubah suai kaedah atau strategi pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut
tahap kemampuan pelajar terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Pada
masa yang sama, dengan pelaksanaannya membolehkan guru mengetahui
kepentingan pelaksanaan RPI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
pelajar-pelajar berkeperluan khas serta menyedari bahawa setiap pelajar adalah
istimewa dengan bakat dan potensi diri individu tertentu dan mempunyai keupayaan
dan pencapaian yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai