Anda di halaman 1dari 3

Soalan Tutorial 5

1. Senaraikan 2 definisi personaliti daripada 2 orang tokoh.

i) Allport (1961) menyatakn personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem


psikofizik yang ada dalam diri individu. Ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan
penyesuaian individu dengan persekitarannya.

ii) Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang


mencerminkan diri individu yang bolah diperhatikan oleh orang lain atau
merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya
sendiri.

2. Apakah yang dimaksudkan introvert ?

Seseorang yang mempunyai personaliti ini mempunyai minat dan keupayaan yang
tinggi menerokai dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman
seseorang. Ia sentiasa suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya,
sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan mempunyai pandangan hidup yang
pesimistik . Golongan ini sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi
nyata, tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan untuk mendengar
pertuturan orang lain.

3. Apakah yang dimaksudkan ekstrovert ?

Individu yang ekstrovert mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang.
Golongan ini merupakan individu yang ’out-going’, suka bercakap, peramah, mudah
bergaul, tidak boleh diharapkan, optimis dan sentiasa sukakan keceriaan. Mereka suka
melibatkan diri dalam aktiviti sosial kerana ini membolehkannya bergaul dengan
orang ramai.

4. Al Ghazali (1058-1111) 3 faktor yang mempengaruhi personaliti, iaitu;

i) Akal iii) Hati


ii) Nafsu

5. Sigmund Freud (1856-1939) menyenaraikan 3 komponen dalam struktur personaliti,


iaitu;
i) Id iii) Superego
ii) Ego

6. 4 cara guru membantu personaliti murid yang introvert adalah:

i) Memberi kata-kata pujian dan galakkan agar dapat meningkatkan keyakinan dalam
diri mereka.
ii) Kaedah penerangan juga merupakan salah satu cara yang saya gunakan kerana
murid-murid introvert ini malu bertanya.
iii) Berhadapan secara personal dengan murid-murid ini dengan menyelami diri
mereka dan memberikan motivasi kepada mereka.
iv) Melibatkan mereka dengan aktiviti sosial melalui aktiviti berpasangan dan aktiviti
berkumpulan.

7. 4 cara guru membantu personaliti murid ekstrovert adalah:

i) Menggunakan teknik inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


ii) Memperbanyakkan aktiviti yang lebih memerlukan banyak pergerakkan kepada
murid.
iii) Latihan atau tugasan dilaksanakan secara berkumpulan untuk meningkatkan
kemahiran koloberatif pelajar.
iv) Memberi motivasi kepada pelajar bagi membantu pelajar lebih bersemangat
untuk belajar dengan lebih aktif.

8. Senaraikan 2 konsep kendiri oleh 2 tokoh.

i) Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: “Becoming a Person”, konsep


kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak.
Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang
unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya.
ii) Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi Pusatan-Klien, beliau
berpendapat bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara
penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi
orang lain terhadap dirinya.

9. Konsep kendiri positif terdiri daripada ciri-ciri:

Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan
dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-
rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa
mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini juga
sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh
terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Individu ini juga tidak mudah
melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan
sekiranya berlakunya kegagalan, akan di terimanya dengan tenang dan tabah. Selain
itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima
pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat lebih relak, mudah berinteraksi
dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa tenang dan stabil
serta seimbang dari segi emosi.

10. Konsep kendiri negatif terdiri daripada ciri-ciri:

Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru,
rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang
menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru,
rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di
mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah.
Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat
rendah diri dalam dirinya.

Anda mungkin juga menyukai