Anda di halaman 1dari 21

PEDAGOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI

Nordiana Asra Binti A.Rahim

ABSTRAK

Penulisan Artikel konsep ini cuba untuk membincangkan mengenai Pedagogi Pengajaran

Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi. Penulisan ini keseluruhannya memberi

penjelasan mengenai tiga pedagogi pengajaran dengan menyelusuri kerangka

konseptual yang dilakar dengan mengetengahkan beberapa bahagian sebagai sub topik.

Penulisan ini terbahagi kepada enam sub topik. Walau bagaimana pun, kupasan isi

utama terdiri kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama mengandungi definisi

operational berkaitan tajuk ataupun topik artikel. Bahagian dua pula terdiri daripada

penjelasan konsep pembelaran dewasa ataupun andragogi kerana tumpuan utama

adalah di institusi pengajian tinggi. Bahagian ketiga membahaskan dengan lebih lanjut

mengenai tiga kaedah yang dipilih iaitu pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran

berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek. Diharapkan melalui

penulisan ini, dapat memberikan sedikit gambaran mengenai pedagogi pengajaran

Pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi.

Kata Kunci: Pendidikan, Hati, Jiwa, Analisis, Hadith.

1
1. KERANGKA KONSEPTUAL ARTIKEL :

Konsep artikel mengenai Pedagogi Pengajaran Pendidikan Islam di Institut Pengajian

Tinggi meliputi perbincangan yang diperlihatkan melalui kerangka di bawah.

Pedagogi Pengajaran Pendidikan Islam di Insitut Pengajian


Tinggi (IPT)

Definisi Terminologi

Konsep Pembelajaran Dewasa

Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran


Berasaskan Inkuiri Berasaskan Masalah Berasaskan Projek

Pedagogi Abad ke - 21

Kupasan perbincangan ini akan dimulakan dengan beberapa definisi terminologi,

kemudiannya perbincangan diteruskan dengan pengenalan konsep pembelajaran dewasa

ataupun andragogi. Setelah itu, penulisan artikel konsep ini menumpukan kepada

perbincangan tiga kaedah atau pedagogi pengajaran yang dipilih iaitu pembelajaran

berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan

projek yang mana ketiga-tiga pedagogi ini antara pedagogi pengajaran abad ke 21.

2
2. PENDAHULUAN

Penguasaan kemahiran mengajar merupakan syarat yang wajib untuk membentuk

seseorang guru menjalankan tugasnya dengan berkesan dan professional. Hal ini memerlukan

kepakaran guru dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan di dalam

proses pengajaran. Kepentingan kaedah pengajaran ini bukan sahaja diutamakan di

peringkat pendidikan rendah dan menengah, malah di peringkat pengajian tinggi juga

keperluan dan kepentingan ini turut difikirkan oleh para pensyarah yang

dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu baru kepada pelajar khususnya

disebabkan oleh perubahan di dalam peringkat pembelajaran pelajar.

Perubahan yang berlaku di dalam bidang pendidikan di peringkat pengajian tinggi

bukan sahaja meliputi aspek pembangunan ilmu dan penyelidikan yang baru dan terkini,

bahkan meliputi perubahan dan perkembangan di dalam bidang pedagogi pengajaran

yang mana turut berfokuskan kepada pelajar dan lebih mementingkan pengalaman

sebenar. Keadaan ini adalah dirasakan penting untuk memberikan peluang yang lebih

banyak kepada para pelajar mengadaptasikan diri mereka dengan alam pekerjaan dan

alam kehidupan bermasyarakat selari dengan keperluan pendidikan abad ke 21.

Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009) dalam Akhiar dan Shamsina (2010)

menyatakan pelajar pada abad 21 perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti

pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kreativiti dan inovasi, kolaborasi, kerja

berpasukan dan kepemimpinan, pemahaman antara budaya, literasi komunikasi,

maklumat dan media, literasi pengkomputeran dan TMK, kerjaya dan belajar tanpa

pergantungan (Career and learning self-reliance). Justeru, berdasarkan keperluan ini,

pendekatan perlu diambil bagi mengenalpasti kepelbagaian kaedah dan pedagogi

pengajaran yang sesuai dengan keperluan abad ke 21 di peringkat pengajian tinggi.

3
3. DEFINISI OPERATIONAL

3.1 PEDAGOGI PENGAJARAN

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat, 2013), pedagogi bermaksud kajian tentang

kaedah dan prinsip pengajaran. Selain itu, pedagogi merupakan satu cabang ilmu yang

berkaitan dengan kaedah pengajaran murid. Perkataan pedagogi berasal daripada

perkataan Greek, Pedagogue yang bermaksud guru yang mempunyai bakat dan

kebolehan melaksanakan tugas - tugas pengajaran secara berkesan (Noornajihan, 2012)

manakala pedagogi menurut Mok Son Sang (2009) pula boleh dihuraikan sebagai salah

satu bidang ilmu pendidikan yang berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip -

prinsip dan kaedah - kaedah mengajar merangkumi proses pengajaran yang optimum.

Pengajaran pada pandangan Fenstermacher (1986) adalah sesuatu tindakan yang

membolehkan pelajar melaksanakan tugas pembelajaran manakala Shabuddin et al

(2003) mendefinisikan pengajaran sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan

bersama oleh guru dan muridnya dan Reigeluth dan Carr-Chellman (2009) menyatakan

bahawa pengajaran merupakan proses bagi membantu pelajar membina pengetahuan dan

juga apa sahaja aktiviti yang bertujuan untuk menjana pembelajaran.

Justeru, daripada definisi yang dinyatakan daripada pandangan sarjana di atas dapat

disimpulkan bahawa pedagogi pengajaran adalah Pengajaran dirancang oleh guru secara

sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta

lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar.

4
3.2 PENDIDIKAN ISLAM

Menurut Hassan Langgulung (1991), Pendidikan Islam lahir daripada al-Quran; wahyu

Islam sendiri. Justeru, Islam mestilah difahami sepenuhnya sebelum membincangkan

tentang Pendidikan Islam. Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang dan

berkembang seiring dengan kemunculan ajaran Islam. Dalam melaksanakan program

pendidikan yang cemerlang, suatu sistem yang teratur dan kurikulum yang bersepadu

amat diperlukan dan Al-Quran mestilah diteliti dan dikaji sedalam-dalamnya untuk

dipraktikkan (Nurazmallail et al.2008).

Khurshid Ahmad dalam Abd Halim (1993), mendefinisikan Pendidikan Islam sebagai:

“ proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia
berasaskan sumber wahyu;al-Quran dan sunnah, pengalaman Salaf al Salih serta
ilmuwan mu’tabar untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul
tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas
manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia
dan akhirat”

Menurut Abdul Halim (1993) Pendidikan Islam sebagai satu sistem, mahupun disiplin

ilmu mestilah mencerminkan tasawwur Islam yang sebenarnya. Kita perlu membina

keyakinan kepada sistem hidup Islam yang lengkap yang mampu memberi kita kekuatan

menyeluruh-aqidah, ilmu,sosial, politik,ekonomi dan budaya. Pendidikan Islam

diterjemahkan oleh Khurshid Ahmad (1975) sebagai satu latihan aqliah, jasmaniyah dan

ruhiyah bertujuan melahirkan manusia. Al-Tamimi (1985) menegaskan Pendidikan Islam

sebenarnya yang mampu memperbaiki kehidupan manusia dan mewujudkan

keseimbangan peribadi seseorang insan ( Ahmad Mohd. Salleh 1992).

Ahmad Mohd Salleh(1992) membuat kesimpulan berdasarkan definisi sarjana di atas

dengan menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih aqliah,

jasmaniah dan rohaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan

5
wahyu al-Quran dan sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan

diri semata-mata kepada Allah. Di sini, penulis berpendapat bahawa Pendidikan Islam

adalah bersifat komprehensif dan meliputi semua aspek kehidupan manusia sepertimana

yang telah dinyatakan oleh Al-Qardhawi (1982) bahawa Pendidikan Islam sebagai

pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani , jasmani, akhlak dan

tingkah laku (Ahmad Mohd Saleh 2002).

Mohamad Kamal (1988) menyebut bahawa Pendidikan Islam pada hakikatnya

bukanlah satu mata pelajaran yang cuba menyampaikan satu maklumat yang sempit dan

kaku, malah merupakan satu sistem dan gagasan pembentuk prinsip dan cara hidup

berasas sumber wahyu yang diturunkan sebagai panduan kehidupan manusia sepenuhnya.

Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk

sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan

negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Falsafah

Pendidikan Islam, 2011)

3.3 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Pengajian tinggi negara adalah satu institusi sosial negara yang penting kerana fungsi

utamanya ialah sebagai penghasil sumber manusia yang akan menggerakkan dan

menjamin kelestarian sesebuah negara.

Institusi pengajian tinggi selalunya dikaitkan dengan universiti sebagai pusat

kecemerlangan ilmu. Istilah universiti berakar daripada perkataan universaliti yang

membawa erti kesejagatan. Universiti pula adalah tempat atau institusi pendidikan yang

menyediakan kemudahan untuk pendidikan tinggi. (MOHE, 2013)

6
Menurut Svagalic (1952), universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi

adalah tempat bagi membentuk individu intelektual dan berkeupayaan melakukan proses

berfikir. Bok (1986) memperjelaskan lagi peranana universiti bukan tertumpu kepada

pendidikan formal sahaja, tetapi meliputi pelbagai aspek perkembangan individu.

Insititut pengajian tinggi negara bermula melalui penubuhan Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia (KPTM) pada 27hb Mac 2004 yang bertanggungjawab ke atas semua

institusi pengajian tinggi. Sejajar dengan Model Baru Ekonomi, Institusi Pengajian

Tinggi bertanggungjawab membekalkan “talent” atau graduan yang berkualiti tinggi,

yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai 7 elemen

kemahiran insaniah yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu

keupayaan berkomunikasi, daya kepimpinan, semangat berpasukan, moral dan etika,

pemikiran kritis, keusahawanan dan pembelajaran berterusan.

4. KONSEP PEMBELAJARAN ANDRAGOGI

Andragogi ataupun pembelajaran dewasa boleh didefinisikan dengan bebarapa bentuk.

Konsep ini dipelopori oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913-1997) dengan

mengetengahkan bahawa konsep andragogi adalah cara empirikal bagi gaya

pembelajaran dewasa. Walau bagaimana pun ia masih berkait rapat dengan konsep

pedagogi tetapi andragogi tertumpu kepada kelompok dewasa seperti pelajar di institusi

pengajian tinggi.

Terdapat empat prinsip andragogi yang dinyatakan oleh Knowles. M (1970) dalam

proses pembelajaran. Antaranya adalah :

i. Orang dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua kerja

mereka. Pelajar mesti diberikan matlamat sejauh mana pencapaian matlamatnya.

7
ii. Pengalaman adalah asas aktiviti pembelajaran.

iii. Pelajar lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung

dengan kerja dan kehidupan mereka.

iv. Pembelajaran adalah tertumpu kepada masalah (problem-centered).

Berdasarkan empat prinsip ini, dapat disimpulkan bahawa prinsip andragogi

merupakan proses pembelajaran yang berterusan, pelajar dewasa merasakan keperluan

dalam pelbagai bidang kemahiran dan pengalaman yang dimiliki adalah penting bagi

masa depan mereka. Selain itu, pelajar dewasa juga belajar dengan lebih baik apabila

secara peribadinya mereka terlibat dalam proses merancang dan menilai. Pelajar dewasa

juga memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahui tahap kebolehan

dan kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran. Ini disokong dengan

pandangan Ghaffar (2007) bahawa pemusatan pengalaman dalam prinsip pembelajaran

andragogi menjadi asas pembelajaran dan pengalaman yang dimiliki mesti bermakna

kepada pelajar kerana matlamat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

Oleh yang demikian itu, kaedah dan pedagogi pengajaran di institusi pengajian tinggi

sewajarnya berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran andragogi kerana menurut

Knowles (1970), ukuran atau umur dewasa yang dimaksudkan dalam konsep andragogi

ini dijelaskan seperti berikut :

i. Biologi : peringkat umur tertentu, melahirkan anak

ii. Undang-undang : boleh mengundi, lesen memandu, berkahwin

iii. Sosial : memainkan peranan dewasa

iv. Psikologi : mampu mengurus diri, tahap kesempurnaan kendiri

8
5. PEDAGOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum.

Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk

membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara

meluas. Beberapa kaedah dan pedagogi pengajaran abad ke 21 diperkenalkan bagi

memantapkan proses pengajaran di institut pengajian tinggi.

5.1 PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

Akhiar dan Shamsina (2010) menyatakan untuk menghadapi abad 21 ini, kaedah inkuiri

perlu melibatkan daya pemikiran pada aras atau tahap tinggi hingga membolehkan pelajar

memikirkan ‘beyond’. Bertanyakan soalan merupakan jantung pembelajaran berasaskan

inkuiri.

Lazimnya, proses inkuiri dilakukan dalam makmal khususnya untuk mata pelajaran sains

tapi boleh juga digunakan untuk bidang-bidang yang lain seperti sains sosial dan

Pendidikan Islam. Peranan pengajar ialah membimbing pelajar untuk mendapatkan

jawapan dan menggalakkan mereka bertanyakan soalan-soalan baru.

Proses pembelajaran inkuiri menurut Akhiar dan Shamsina (2010), bermula dengan

proses mengemukakan soalan sebenar kepada diri pelajar sebagai mukaddimah

pembelajaran contohnya mengenai “apa yang saya ingin tahu?”, “apa yang saya sudah

tahu?” dan sebagainya. Kemudian, pelajar akan cuba mencari sumber samada sumber

yang boleh membantu, mudah didapati dan samada maklumat yang diperolehi itu sah

ataupun tidak. Proses seterusnya pelajar akan menginterpretasi maklumat dan mencari

data yang mana yang boleh menyokong jawapan dan data yang mana yang boleh

menimbulkan persoalan baru. Setelah itu, barulah pelajar akan mengemukakan soalan

9
yang sebenar dengan mempersoalkan fokus utama, maklumat yang penting dan cara

menyampaikan laporan hasil dapatan pecarian dan akhirnya proses merefleksi.

Dalam menjalankan proses pembelajaran inkuiri ini, antara Model Inkuiri yang

diketengahkan adalah Model Inkuiri 5E yang diasaskan oleh Bybee (1997) yang

menjelaskan tentang lima langkah dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri seperti yang

ditunjukkan dalam rajah di bawah:

Engagement

Evaluation Exploration

Elaboration Explanation

Rajah 1 : Model Inkuiri 5E oleh Bybee (1997)

Model Inkuiri 5E ini menjelaskan tentang lima langkah iaitu Penglibatan

(Engagement), Penerokaan (Exploration), Penjelasan (Explanation), Penghuraian

(Elaboration) dan Penilaian (Evaluation).

Dalam langkah pertama iaitu penglibatan (Engagement) ini, pengajar akan berada di

hadapan kelas. Pengajar akan mengemukakan masalah yang perlu diselesaikan, menilai

pelajarnya dari perspektif pemahaman terhadap masalah yang dikemukakan dan

pengetahuan sedia ada, membantu pelajar membuat hubungan antara maklumat dan fakta,

10
maklumkan kepada pelajar arah tuju atau objektif atau hasil pembelajaran yang ingin

dicapai.

Melalui langkah kedua iaitu penerokaan (exploration), pelajar menjadi tumpuan utama

untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Mereka akan mengumpulkan maklumat dan

menyusun data yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Pengajar perlu memastikan bahawa pelajar benar-benar dapat mengumpulkan maklumat

yang mencukupi. Pelajar perlu diberikan dorongan agar aktif menyertai aktiviti

pembelajaran.

Langkah ketiga iaitu penjelasan (explaination), pelajar akan menggunakan data yang

dikumpul untuk menyelesaikan masalah dan melaporkan proses yang mereka lakukan

serta cuba memberikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan. Pengajar boleh

membimbing pelajar dengan mengemukakan beberapa istilah serta konsep baru yang

berkaitan.

Seterusnya dalam langkah keempat dan terakhir iaitu penghuraian (elaboration) dan

penilaian (evaluation), pengajar memberikan maklumat baru untuk meluaskan fahaman

pelajar tentang konsep dan idea baru yang telah dibina serta mengaitkan konsep dan idea

baru tersebut dengan isu atau masalah, objektif atau hasil pembelajaran. Pelajar diminta

untuk membuat perancangan penggunaan konsep baru apabila mengendalikan isu atau

masalah sebenar dalam kehidupan mereka. Mereka juga akan diminta untuk membuat

penilaian terhadap rancangan mereka itu.

Kesimpulannya, Model 5E merupakan satu kitaran yang tidak ada titik penghujung.

Selepas tamat fasa penghuraian, pelajar akan masuk semula ke fasa penglibatan dan

seterusnya. Menurut model ini, fasa penilaian bukan merupakan fasa terakhir sebaliknya

penilaian berlaku dalam keempat-empat fasa awal.

11
5.2 PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik

untuk proses pembelajaran secara pengalaman. Pelajar akan berusaha untuk mencari

maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan

menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Ini diperkukuhkan lagi dengan

pandangan Lynda Wee (2004) yang menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan

pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti

pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat

terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk

kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran

tradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn,

1980) dan kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow. Objektif PBL

menurut Barrow & Tamblyn (1980) dalam Suhaimi Makminan (2005) ialah:

i. Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan

belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.

ii. Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran

kritis, serta kemahiran membuat keputusan.

iii. Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam

pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap

kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.

iv. Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.

v. Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan

kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif.

12
Melalui objektif yang digariskan ini, proses PBL akan melalui beberapa langkah iaitu

dimulakan dengan pembahagian kumpulan, kemudiannya mengenalpasti masalah,

menjana Idea, mengenalpasti isu pelajaran, melalui pembelajaran kendiri, sintesis dan

aplikasi, merefleksi dan melaksanakan tindak balas.

Melalui beberapa langkah proses PBL ini, menunjukkan bahawa kemahiran yang

paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan oleh

Nor Ratna Masrom (2006) yang mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran

penyelesaian masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan

kaedah PBL dengan sempurna dan cekap.

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001), kaedah penyelesaian masalah merupakan salah

satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk

menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang

kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul

Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima

proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:

i. Mengenalpasti Masalah

ii. Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data

iii. Membuat Keputusan

iv. Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik

v. Melaksanakan Keputusan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa kelima-lima peringkat di atas

hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan

penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga

membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan

13
menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak. Masalah yang menyerupai

masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai

jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat

Antara kelebihan proses pembelajaran berasaskan masalah ini adalah:

i. Membentuk Kognitif Pelajar

Rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan oleh PBM dalam membentuk

kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu.

ii. Meningkatkan Pemahaman

Kaedah PBL sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan

teknikal pelajar.

iii. Meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar

Jamalludin Harun et al (2005) menyatakan masalah yang menyerupai masalah

dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan

penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat.

Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam di Instittu pengajian tinggi, PBL bukan

satu perkara baru malah PBL merupakan penekanan utama di dalam setiap objektif

pengajaran yang hendak dicapai. Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan

menitikberatkan cara pelajar menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran

ini adalah penting bagi melahirkan dan mendidik bakal-bakal pelapis pemimpin yang

bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk

membuat keputusan yang tepat dan adil. Selain itu, pelbagai kaedah pengajaran dan

14
pembelajaran lain boleh dilaksanakan melalui pembelajaran berasaskan masalah

antaranya adalah pembelajaran berasaskan projek.

5.3 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Dalam proses penyampaian atau pembelajaran, baik di sekolah mahupun di institute

pengajian tinggi, guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai golongan pelajar yang

berbeza terutamanya dari segi kebolehan penerimaan mereka terhadap pembelajaran

guru. Dalam situasi ini, guru perlu bijak dalam memilih dan menentukan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Menurut Akhiar dan Shamsina (2010), Pembelajaran berasaskan projek (PBP)

merupakan kaedah pembelajaran di mana pengajar menyediakan projek untuk

dilaksanakan oleh pelajar. Pengajar akan memberikan arahan serta penjelasan tentang

projek yang agak kompleks dan mencabar yang perlu dilaksanakan. Pelajar pula

dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan

sedikit kajian.

Pembelajaran berasaskan projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh

professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah

penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Pembelajaran berasaskan projek

adalah satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang menambahbaik kemahiran multi

disiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah, guru berperanan

sebagai fasilitator, mengarah pelajar dan kumpulan pelajar semasa mereka berusaha

melalui proses penyelesaian masalah dan persoalan. Ia juga merupakan satu kaedah

pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah dan dalam masa yang sama

membolehkan mereka menguasai kemahiran asas. Pelajar perlu mereka bentuk,

menyelesaikan masalah, mengambil risiko, menganalisis & membuat justifikasi bermula

15
dengan aktiviti memilih, mereka bentuk projek dan melaksanakan projek berdasarkan

masalah yang dikemukakan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan

Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan

banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Walau bagaimanapun sesuatu projek

memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping

keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Kajian yang dilakukan oleh Khairunnisa

et.al (2004) mengenai keberkesanan pembelajaan berasakan projek dalam mata pelajaran

kemahiran hidup dapat merumuskan bahawa tahap keberkesanan pembelajaran

berasaskan projek kepada pelajar dapat dikenalpasti melalui minat dan kebolehan pelajar.

Pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan keyakinan dan penglibatan

murid dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Menurut Hung dan Chen (2007), yang

menegaskan bahawa dalam melaksanakan projek di mana pelajar terlibat dalam aktiviti

dan guru sebagai pemudahcara tahap penyesuaian pelajar dalam pembelajaran adalah

tinggi. Oleh yang demikian itu, pastinya untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan

projek memerlukan komitmen kerja yang agak mencabar iaitu dari segi jumlah kerja yang

banyak yang memerlukan masa yang panjang serta kos pengendalian pelaksanaan yang

banyak. Selain itu, pemberian tugasan kepada para pelajar mestilah dirancang dengan

rapi dan secara sistematik oleh guru agar dapat mencapai matlamat pembelajaran yang

ditetapkan. Langkah ini penting agar ianya bertepatan dengan objektif pembelajaran dan

bersesuaian dengan tahap kemampuan serta kebolehan pelajar. (Khairunnisa et.al, 2004)

Pembelajaran berasakan projek memberikan impak yang besar terhadap kefahaman

pelajar dan membantu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di samping dapat memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu Mohd Afif (2010)

16
juga berpandangan bahawa pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek adalah

alternatif yang baik kepada guru-guru Fizik yang mahukan penerapan konstruktif,

rekacipta, kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mereka

Untuk memastikan keberkesanan pembelajaran berasaskan projek ini, penulis percaya

para guru perlulah memikirkan cara yang sesuai untuk memastikan semua pelajar dapat

menghasilkan projek dengan baik dan tersusun. Segala projek yang dilakukan oleh pelajar

perlu dipantau dan guru perlu membuat demonstrasi terlebih dahulu agar pelajar dapat

mengikuti apa yang telah ditunjukkan oleh guru. Pemantauan penting untuk memastikan

pelajar mengikuti segala arahan dan membuat projek dengan bersungguh-sungguh.

Ini juga selari dengan dapatan kajian oleh Khairunnisa et. al (2004) yang menunjukkan

guru juga perlu memantau semasa pelajar menghasilkan projek kerana terdapat segelintir

pelajar yang menggunakan alat yang tidak betul semasa menghasilkan projek. Perkara ini

perlu diberi perhatian yang teliti agar pelajar tidak lagi mengulang kesilapan yang

dilakukan. Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini

termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak

dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian

yang akan dijalankan.

. Di dalam pembelajaran berasaskan projek ini juga, proses pembelajaran yang berlaku

tidak terkecuali daripada mengikut corak kaedah pengajaran guru. Guru sebagai fasilitator

bukan sahaja perlu untuk memberikan penyampaian yang jelas dan teratur, malah suasana

pembelajaran perlu menarik dan bermakna supaya proses pembelajaran dan penerimaan

pelajar terhadap penyampaian guru menjadi lebih berkesan. Selain itu, guru juga adalah

bertanggungjawab dalam memastikan suasana pembelajaran adalah kondusif dan selesa

kepada pelajar.

17
Dalam perancangan persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dipilih

perlulah tersusun dan mempunyai urutan yang baik. Susunan aktiviti perlu seiiring

dengan isi kandungan pelajaran dan menepati objektif pembelajaran. Lazimnya aktiviti

pembelajaran adalah berbentuk gerak kerja kerana aktiviti seperti ini dapat memberikan

kesan pembelajaran yang baik dan mampu merangsang dan memberi kesan terhadap

intelek, ingatan, emosi dan kecenderungan pelajar. Pemikiran kritis dan kreatif dapat

diterapkan dengan memberikan kebebasan kepada pelajar dalam mengeluarkan idea,

memilih bahan dan rekabentuk, kaedah pembinaan dan sebagainya. Kebebasan yang

diberikan ini membolehkan pelajar menunjukkan potensi dan daya kreativiti mereka.

Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Ab. Halim et.al (2004) menunjukkan bahawa

kaedah projek dalam pelaksanaan P&P Akidah Pendidikan Islam memperolehi nilai min

sebanyak 2.34. ini menunjukkan bahawa kaedah ini diterima dan sesuai digunakan di

dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Justeru,

pembelajaran berasaskan projek di dalam Pendidikan Islam bukan sahaja dapat dijalankan

dengan jayanya di peringkat sekolah bahkan sewajarnya dapat dijalankan dengan jayanya

di peringkat pengajian tinggi.

Hasil daripada perbincangan keseluruhan di atas, dapat disimpulkan bahawa

pembelajaran berasaskan projek dapat membantu menjadikan cara pembelajaran yang

aktif, dinamik dan menyeronokkan bagi pelajar dalam apa jua peringkat sekalipun.

Pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan keyakinan dan penglibatan murid.

Pemberian tugasan kepada para pelajar mestilah dirancang dengan rapi dan secara

sistematik oleh guru agar dapat mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan.

Langkah ini penting agar ianya bertepatan dengan objektif pembelajaran dan bersesuaian

dengan tahap kemampuan serta kebolehan pelajar.

18
6. PENUTUP

Melalui keseluruhan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa keutamaan dan

kepentingan untuk memilih strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi

satu faktor penting terhadap keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada pelajar

tidak kira di peringkat sekolah ataupun di peringkat pengajian tinggi.

Keperluan kepada kepelbagaian strategi, kaedah dan pendekatan yang selari dengan

keperluan abad ke 21 akan dapat menarik minat pelajar serta boleh memotivasikan pelajar

di institutsi pengajian tinggi yang kurang menumpukan perhatian terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran selain menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,

berkomunikasi, pengurusan kendiri dan memberikan impak yang besar terhadap

kefahaman pelajar dan membantu menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Walaupun secara umumnya perbincangan di atas lebih menfokuskan pedagogi

pengajaran di institusi pengajian tinggi secara umum, namun pengaplikasian kaedah atau

pedagogi pengajaran tersebut mampu dilaksanakan di dalam proses pengajaran

Pendidikan Islam khususnya.

19
RUJUKAN

Ahmad Mohd. Salleh. 1992. Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran
Pembelajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. 2002. Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran
Pembelajaran, Penerbit fajar Bakti Sdn Bhd.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin. 2010. Rancangan Pengajaran Harian. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd . Puchong.

Edward, L., Monika, L. 1995. Creative Problem Solving: Thinking Skill for A
Changing Wold. USA: Mc Graw Hill

Ghafar,M.D. 2007. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Utusan Distributors Sdn Bhd: Kuala
Lumpur

Hassan Langgulung. 1991. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hasan Langgulung .1981. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran. Penerbit UTM

Knowles, M. 1970. Self-Directed Learning. Chicago: Follet.

Knowles.1984. Andragogy in Action. San Francisco.

Lynda Wee. 2004. Jump Start Authentic Problem Based Learning. Singapura: Prentice Hall.

Mohd Afifi Bin Bahaaruddin. 2010. Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan Projek
Bagi Mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat. TESIS UTM.

Mohd Azhar Abdul Hamid. 2003. Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTS Publication and
Distribution Sdn Bhd

Mohd Khairuddin Abdul Karim. 2005. Pencapaian Pelajar Berdasarkan Kaedah Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) Berbanding Kaedah Kuliah Bagi Matapelajaran
Pengurusan dan Organisasi Tapak di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Awam. Tesis
Ijazah Sarjana.

Mok Soon Sang (2009). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

Nor Ratna Masrom. 2005. Kertas Kerja Perbentangan; Problem Solving Skill in ICT and
Multimedia Application.

Reigeluth, C.M. & Carr-Chellman, A. (2009). Instructional-design theories and models:


building a common knowledge base vol III. New York: Taylor & Francis.

Smith, S. 1997. Solve That Problem: Readymade Tools for Continuous improvement. London:
Kogen Page Limiten.

20
Suhaimi Makminin. 2005. Kertas Kerja Pembentangan “Pembelajaran berasaskan Masalah
dalam Kursus Kimia Diploma: Pengelaman Pertama di KUiTTHO.

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di


Sekolah. Diambil daripada http://yongnisa.multiply.com/journal/item/10

Pembelajaran berasaskan projek. Diambil pada Ogos 4, 2010 daripada


http://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-169955

PISMP RBT/BM (2008). Pembelajaran berasaskan projek. Diambil pada Ogos 4, 2010 daripada
http://www.scribd.com/doc/11499426/Pembelajaran-Berasaskan-Projek

21

Anda mungkin juga menyukai