Anda di halaman 1dari 2

KEKUATAN/KELEMAHAN/KEKANGAN/HALANGAN/ISU BERBANGKIT

Sepanjang proses saya sebagai guru baharu ini, terdapat beberapa


kekuatan, kelemahan halangan dan isu berbangkit yang dapat saya kesan.
Pelbagai perkara baharu yang telah saya pelajari di sekolah ini terutanya
berkaitan sistem-sistem yang berkait secara langsung dalam bidang
pendidikan seperti LINUS, SPS, SMM,e-operasi,VLE frog,eg-tukar, dan lain-lain
lagi.

Segala perkara yang telah saya pelajari di institut perguruan sebernya


amat banyak membantu saya dalam segala aspek. Contonya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Segala ilmu yang pensyarah telah bagi saya
cuba aplikasikan sebaik mungkin. Kaedah,teknik dan strategi yang saya
laksanakan di dalam bilik darjah amat membantu murid dalam mencapai
objektif pembelajaran pada hari tersebut. Penggunaan bahan bantu
mengajar lain seperti computer, LCD, perlustakaan juga memudahkan saya
dan juga memvariasikan proses pengajaran saya.

Namun, tidak tinafikan terdapat beberapa kelemahan yang ada.


Contohnya, penggunaan teknolgi tidak sesuai kepada kebanyakan kelas
yang agak kurang pendedahan. Murid yang mempunyai masalah
pembelajaran yang agak kritikal juga lebih sesuai diajar menggunakan
kaedah tradisional. Ini kerena beberapa orang daripada mereka mudah
terganggu apabila perkara seperti LCD dan computer digunakan
sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekangan yang saya hadapi sewaktu saya di sekolah ini pula ialah
masa untuk memahami sesuatu perkara dengan cepat. Pelbagai program
dan sistem yang memerlukan saya untuk memahami cara mereka beroperasi
dengan cepat. Contohnya, saringan Linus yang perlu saya laksanakan
walaupun saya baru hanya dua minggu bertugas. Segala maklumat
berkaitan dengan Linus perlu saya hadam dan fahami dengan secepat
mungkin. Beberapa system lain yang banyak dalam satu masa juga
menjadikan saya agak kelam kabut. Contohnya, SPS, SAPS, buku kedatangan
murid kerana saya merupakan guru kelas,cara meutup rekofd
kedatangan,buku yang telah murid-murid gunakan untuk mata pelajaran
yang saya ajar, tahap pembelajran murid-murid, dan banyak lagi. Saya telah
mengambil masa yang agak lama untuk memahami segala perkara itu
berlaku. Namun, setelah dua bulan, saya semakin membiasaka diri dengan
perkara-perkara tersebut. Segala perkara baharu yang saya pelajari telah
saya cuba untuk belajar da menerima dengan tenang.

Selain itu, saya juga agak bermasalah untuk mengingati tugasan yang
telah saya terim kerana saya tidak menerima beberapa surat lantikan yang
penting seperti surat perlantikan guru pengakap,ping pong dan lain lain.
Kemasukan saya pada pertengahan tahun sesi persekolahn mungkin
menyebabkan perkara menjadi sedikit kelam kabut kerana banyak perkara
yang akan berubah terutamanya jadual waktu persendirian guru, pertukaran
guru antara sesi, dan juga jawatan. Namun, segala masalah itu telah diatasi
secara berperingkat-peringkat.

Saya berharap segla kekuatan, kelamahan,kekangan, dan juga isu


berbangkit yang timbulakan menjadikan saya seorang guru yang lebih baik,
cemerlang dan gemilang pada masa akan dating.

Anda mungkin juga menyukai