Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN JAWATANKUASA PEREKA CAHAYA

TARIKH : 4 OKTOBER 2012


TEMPAT : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
MASA : 10.00 PAGI
PERKARA : PERANCANGAN REKAAN CAHAYA PEMENTASAN TEATER KUMAN

Rekaan cahaya masih tidak dapat dilakukan secara praktikal berikutan masalah
penggunaan dewan. Kami masih lagi tidak dapat menjalankan latihan di pentas dewan
Zaba. Oleh hal demikian, kami belum dapat mengkaji suis-suis setiap lampu dewan dan
pentas. Kami hanya merancang hal-hal yang berkaitan lampu secara teori sahaja.
Semasa audien memasuki dewan, semua lampu akan dibuka sehingga selesai
persembahan kebudayaan anjuran Jabatan Pengembangan Kebudayaan Melayu IPG
Kampus Bahasa Melayu. Setelah itu, lampu dewan akan ditutup kecuali lampu pentas.
Semasa pementasan berjalan, hanya lampu pentas akan dimainkan mengikut jalan
cerita teater ini.
Oleh itu, rekaan ini akan dicuba pada sabtu malam 6 Oktober 2012 sekiranya
dewan tidak digunakan untuk aktiviti lain. Sebarang perubahan perancangan akan
dibuat setelah cubaan pertama dijalankan.
Sekian terima kasih.

Disediakan oleh ;

..
MOHD IZANI BIN HASHIM
KETUA AJK PEREKA CAHAYA
TEATER KANAK-KANAK KUMAN

Anda mungkin juga menyukai