Anda di halaman 1dari 1

Pernyataan Selepas Pbs

Selepas tamat pengalaman berasaskan sekolah, saya telah menyiapkan segala


tugasan yang diberikan kepada saya dengan berjaya. Selama saya berada di SJK (T)
Ladang Lubok Segintah, saya telah memerhatikan sekolah tersebut dari segi intelektual,
kerohanian, emosi, fizikal dan sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah serta dari segi pengurusan sekolah, kurikulum dan juga kokurikulum.

Pada awalnya, dari segi perhatian saya, sekolah tersebut adalah amat baik. Hal ini
demikian kerana, saya mendapati setiap orang mempunyai jawatan yang tinggi dalam
sesuatu perkara dan mereka juga melaksanakan tugasan mereka mengikut jawatan yang
disandang. Oleh hal yang sedemikian, pengurusan sekolah berjalan dengan lancar dan
sistematik dalam usaha mempertingkatkan prestasi sekolah dalam aspek kurikulum
mahupun kokurikulum.

Para guru juga memberi komitmen yang tinggi serta sepenuhnya kepada pihak
pengurusan sekolah untuk melaksanakan setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah
tersebut tanpa jemu. Mereka menggunakan pendekatan atau strategi pengajaran abad ke-
21 dan juga strategi berpusatkan murid dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian murid
serta melahirkan murid yang cemerlang serta seimbang dari segi semua aspek kehidupan.

Selanjutnya, persekitaran dan iklim bilik darjah sekolah ini amat kondusif kepada
murid-murid kerana disebabkan oleh kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekolah
ini. Sekolah ini juga mempunyai peraturan yang ketat dan interaksi yang erat dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Data-data serta maklumat mengenai sekolah sentiasa lengkap untuk membuat


analisa atau rujukan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan saya tidak mengalami
sebarang masalah untuk memperoleh maklumat serta data mengenai sekolah ini serta
mempunyai papan kenyataan yang sentiasa dilengkapi dengan perkara semasa yang
berlaku di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai