Anda di halaman 1dari 2

Konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan

mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat
jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap
sesuatu keputusan yang telah diambil. Maka dalam konteks keguruan, setiap guru wajib
bertanggungjawab ke atas sebarang tanggungjawab yang telah diberikan dan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang implikasi dari sebarang
keputusannya terhadap sesuatu perkara itu. Guru mestilah bertanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan serta memahami dan melaksanakan tugas dengan
cemerlang. Seseorang guru terhadap profesionnya boleh diperlihatkan daripada
laporan rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan penilai bebas tentang pandangan
mereka terhadap pencapaian atau prestasi guru semasa menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh pada setiap tahun guru akan dipantau oleh
pentadbir untuk dinilai PdPc. Ia bertujuan bagi membantu guru mengukur tahap
kemahiran dan kecekapan dalam mengendalikan PdPc. Ia juga sebagai langkah untuk
guru membuat refleksi bagi menambah baik kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan.
Pencerapan ini berlaku dan dibuat melalui penilaian kendiri. Sebagai contoh, guru akan
dicerap oleh pentadbir mahupun pegawai daripada PPD. Biasanya mereka terdiri
daripada orang-orang profesional yang diberi pengiktirafan dan mempunyai kecekapan
menjalankan penilaian secara tepat dan saksama. Selepas penilaian dijalankan, penilai
akan mengemukakan satu laporan mengenai prestasi atau pencapaian guru itu
berdasarkan tugas yang dilaksanakan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan bagi
mempertimbangkan langkah yang selanjutnya dalam meningkatkan prestasi guru.
Pentingnya konsep akauntabiliti dalam sektor pendidikan adalah dengan memastikan
bahawa setiap guru yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu perkara
perlu mengikut sistem, undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan
oleh agensi tersebut. Melalui proses dan mekasnisme konsep akauntabiliti yang
dipraktikkan di dalam sesuatu organisasi itu akan dapat menentukan kepatuhan
terhadap tugas yang telah diberikan dengan sempurna, mengikut perancangan, sistem,
prosedur dan peraturan semasa yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai