Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

PENGURUSAN DISIPLIN MURID


2.0

SALAH LAKU BERAT DAN PENYALAHGUNAAN DADAH


3.0
DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH

PERATURAN-PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG YANG


SEDIA ADA UNTUK MENANGANI SALAH LAKU DAN
4.0
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MURID-
MURID SEKOLAH

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK


MEMPERTINGKATKAN LAGI KEBERKESANAN STRATEGI-
5.0 STRATEGI MENANGANI SALAH LAKU DAN
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MURID-
MURID SEKOLAH

6.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
PENGENALAN

Pada abad ke-21, kelakuan dan corak emosi manusia makin sukar diramal. Terlalu banyak
input dari alam maya dan terlalu mudah untuk terpengaruh dengan sesuatu perkara. Cabaran
besar sesuatu organisasi mahu pun institusi pendidikan adalah menjadikan tingkah laku yang
baik bagi mencapai objektif tertentu. Oleh itu, disiplin adalah perkara paling utama bagi
menjayakan misi dan visi mereka. [ CITATION Awa77 \l 1033 ] menyatakan bahawa umumnya
orang menganggap disiplin sebagai ketenteraan dan pengawasan tingkah laku dengan
kekerasaan, iaitu hukuman fizikal. Disiplin adalah peraturan yang telah dipersetujui oleh
sesebuah masyarakat atau setempat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik bagi
keharmonian kehidupan. Tamadun manusia masa kini amat pentingkan disiplin dalam kejayaan
seorang individu. Sifat disiplin yang baik ini lahir dari pembelajaran sekeliling individu tersebut.

Disiplin yang baik dibina dari didikan ibubapa di rumah dalam kehidupan seharian. Akan tetapi ,
apabila anak – anak telah memasuki alam persekolahan. Institusi pendidikan sekolah
memainkan peranan yang sama penting dalam mempengaruhi prestasi disiplin pelajar tersebut.
Pelajar sekolah adalah aset negara paling bernilai , mereka adalah tonggak utama dalam
menjayakan misi negara yang maju dan harmoni dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang.
Jesteru itu , kita harus memupuk disiplin yang baik dalam kalangan pelajar. Kes
menunjukkan[ CITATION Nor20 \l 1033 ] sebanyak 15,506 kes kesalahan berkaitan disiplin murid
direkodkan berlaku di daerah Kinta Utara, sepanjang tahun lalu.Pegawai Pendidikan Daerah
Kinta Utara, Hasni Hasshim berkata, data diperoleh daripada Sistem Sahsiah dan Disiplin Murid
(SSDM) itu turut menunjukkan 76.67 peratus atau 11,890 kes daripada jumlah berkenaan
merupakan kesalahan ponteng sekolah. Tetapi , kes penyalahgunaan dadah juga wujud dalam
kalangan pelajar di negara kita. Kes berat ini wajib ditangani dan memerlukan kerjasama
pelbagai pihak.

PENGURUSAN DISIPLIN MURID

Di peringkat sekolah , pengetua dan guru besar adalah individu utama dalam mencorak
kejayaan sesebuah sekolah. Jesteru itu , pengurusan disiplin dalam kalangan murid wajib
menjadi perkara utama dalam kejayaan objektif tersebut. Dalam pada itu , kerajaan juga telah
memberi kuasa penuh kepada guru besar dalam Peraturan 4 Ordinan Pelajaran, 1957
Peraturan – Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 memperuntukkan Guru Besar
sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu
hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu. Dalam Peraturan
5 , Kuasa – Kuasa Guru Besar tertulis guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan
hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :Dengan syarat
bahawa –

(a) Hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang : dan


(b) Hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan ditapak tangan ataupun dipunggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan disiplin murid adalah tonggak utama
kejayaan individu yang mempunyai disiplin yang baik. Pengurusan disiplin dibantu dengan
melantik Guru Disiplin di setiap sekolah bagi mengetuai kegiatan membanteras kesalahan
disiplin murid. Bukan sahaja guru , ibu bapa dan komuniti juga adalah penyumbang kepada
pengurusan disiplin di sekolah dengan menjayakan peranan mereka di luar waktu
persekolahan. Akan tetapi , wujud juga kesalahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan
murid pada abad ke – 21 ini. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah mewujudkan
Sistem Sahsiah Diri Murid 2017 (SSDM 2017). Sistem ini adalah kayu pengukur prestasi disiplin
murid di sekolah. [ CITATION Adm \l 1033 ] Sistem ini adalah berasaskan atas talian yang boleh
diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan
pecahan tugas yang jelas. Pendekatan ini adalah efektif dan efisyen dalam melangkah kepada
matlamat sifar kesalahan disiplin antara murid di sekolah.

SALAH LAKU BERAT DAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN MURID-


MURID SEKOLAH

Murid juga ialah manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Bahkan mereka masih
lagi mencari kesesuaian sahsiah diri mengikut perkara yang berlaku di sekelilingnya. Oleh itu ,
adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru , ibu bapa dan komuniti dalam membantu
mereka menjadi individu yang mempunyai disiplin yang cemerlang. Dalam SSDM 2017 , salah
laku berat adalah seperti membawa telefon bimbit , buli bahasa , buli fizikal , buli isyarat . buli
perhubungan , menghisap rokok. Kes khas pula melibatkan penyalahgunaan dadah , memiliki
dan menyimpan , membekal dan menawarkan , menjual dan mengedar termasuk menghisap
dan meyedut dadah.

Undang – Undang di Malaysia juga mengharamkan penyalahgunaan dadah dan hukuman berat
sehingga ke tali gantung kepada pesalahnya. Jesteru itu , murid juga tidak terkecuali dengan
hukuman ini. Sebagai contoh kes berat buli adalah yang paling popular dan masih berleluasa
dalam kalangan murid di negara kita. [ CITATION Nor19 \l 1033 ] Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pula telah menjalankan Tinjauan
Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi di seluruh negara pada tahun 2017. Kajian ini bertujuan
untuk mengumpul maklumat tentang status kesihatan masyarakat Malaysia termasuk golongan
remaja. Sampel kajian remaja terdiri daripada 27 497 orang murid tingkatan satu hingga
tingkatan lima yang mewakili 212 buah sekolah dari 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Jumlah responden perempuan adalah sebanyak 14 362 orang (50.4%), manakala selebihnya
pula adalah lelaki. Purata responden bagi setiap tingkatan adalah lebih kurang lima ribu orang.
Bersangkutan dengan penglibatan murid dalam insiden buli, kajian mendapati bahawa 16.2
peratus daripada responden dibuli sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

Dapatan juga menunjukkan bahawa murid lelaki lebih kerap menjadi mangsa berbanding murid
perempuan dengan perbezaan sebanyak lima 2 peratus. Selain itu, kebanyakan responden
mengalami insiden dipermainmainkan rupa paras dan tubuh badan mereka (15.9%), diusik
dengan jenaka, komen dan isyarat berbentuk seksual (14.1%), diejek kerana berlainan bangsa
(10.6%), didera secara fizikal (7.9%), diasingkan secara sosial (6.1%), dan diejek kerana
perbezaan agama (4.7%). Secara keseluran daripada data ini menunjukkan kesalahan berat
iaitu buli adalah perkara yang perlu dipandang serious.

Penyalahgunaan dadah juga tidak ketinggalan , ia juga penyumbang kepada masalah disiplin
berat murid di sekolah. [ CITATION Har20 \l 1033 ] Seramai 177 pelajar sekolah menengah di
Johor, dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya
negeri Mazlan Bujang, berkata jumlah itu dikesan hasil ujian saringan dijalankan terhadap
10,132 pelajar Tingkatan Empat dan Lima membabitkan 280 sekolah di seluruh negeri oleh
AADK sejak awal tahun ini. Dadah pernah diisytiharkan sebagai musuh utama negara kita.
Pengaruh keadaaan sekeliling juga menyumbangkan kepada masalah ini. Sebagai contoh ,
ibubapa yang menagih dadah , pengaruh rakan sebaya adalah punca hal ini berlaku. Apabila
mereka melihat orang terdekat mereka melakukan kesalahan itu , mereka akan merasakan
perkara itu sebagai biasa dan menjadi mangsa kepada dadah. Ada juga diantara mereka yang
membantu ahli keluarga dan rakan mengedar dadah di sekolah. Ini juga menjadi virus kepada
murid yang lain.

Penyalahgunaan dadah di sekolah akan mengakibatkan masalah lain timbul. Contohnya, murid
yang mengambil dadah ketika berada di sekolah menimbulkan kekecohan akibat tidak dapat
mengawal diri daripada keasyikan dadah. Akan menyebabkan pergaduhan antara murid,
vandalisme , gangguan emosi dan persekitaran yang tidak sihat. Dadah adalah perkara serious
yang harus kita tangani dengan baik dan segera. Oleh itu , terdapat beberapa peraturan yang
diwujudkan berkenaan dengan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid.

PERATURAN-PERATURAN ATAU UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA UNTUK


MENANGANI SALAH LAKU DAN PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN
MURID-MURID SEKOLAH

Di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) , kita berpandukan kepada Ordinan


Pendidikan 1957 , Peraturan – Peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 yang masih relevan dan
diguna pakai sehingga sekarang. Ianya akan menjadi garis panduan kepada guru dalam
melaksanakan peraturan di sekolah mereka.
Cara yang berbeza mengikut negeri atau di peringkat sekolah , tetapi tidak boleh melanggar
garis batas yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Situasi seperti ini , dalam ordinan di atas
Pekeliling Ikhtisas , Surat Pekeliling Ikhtisas Bil : 7/2003 Kuasa Guru Merotan Murid
diringkaskan bahawa
Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan
3 atau di bilik – bilik yang sedang
berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Hal ini akan mejatuhkan
maruah dan kesan negative terhadap keperibadian seorang murid. Perkara ini sangat disokong
oleh pelbagai pihak. Sebagai seorang guru dan pembimbing kepada murid , cara menghukum
mereka perlu dilakukan dengan sebaiknya. Jika tersalah langkah ia akan memberi kesan yang
mendalam kepada murid secara jangka masa panjang.

Seterusnya , kita melihat kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil, 8/1983 mengenakan hukuman
biasa terhadap murid – murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan
dalam Peraturan – Peraturan Pelajaran. Contohnya , mengetul , menyekel , menampar ,
mencubit hingga lebam , memulas teinga , mengenjut beberapa kali sambal memegang
telinga , mencela , mendera seperti berlari keliling padang dan berjemur. Apabila peraturan
seperti ini wujud , kita dapat menjaga batas dan keharmonian antara guru dan ibubapa. Hal ini
kerana bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara guru dan ibubapa murid yang
dihukum.

Kepada kesalahan merokok di sekolah , Surat Pekeliling Ikhtisas BIl.4/1997 dalam Ordinan
Pendidikan 1957 menyatakan bahawa hukuman ke atas murid yang didapati menghisap rokok
di sekolah adalah seperti berikut :-

Kesalahan kali pertama : Rotan 1 kali


Kesalahan kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan kali Keempat : Gantung Sekolah (Tidak melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima : Buang Sekolah

Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) yang dilakukan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2018 mendapati seramai 68,321 pelajar sekolah menengah
dikesan merokok melalui saringan program tersebut. Data ini menunjukkan sebanyak 3.7%
murid menghisap rokok daripada 1.9 juta murid yang disaring. Merujuk kepada peraturan Surat
Pekeliling Ikhtisas , saya berpendapat bahawa hukuman lebih berat seperti buang sekolah pada
kesalahan ketiga kerana mereka akan terus melakukan kesalahan tersebut jika peraturan ini
tidak ketat. Melihat pada permasalahan disiplin yang berat ini boleh mempengaruhi keputusan
akademik seorang pelajar tersbut.

Pengaruh dadah sangat besar dalam menjatuhkan seorang individu termasuk seorang pelajar di
sekolah. Di negara kita , dadah pernah menjadi musuh utama. [ CITATION Ani14 \l 1033 ] Dalam
kes PP v The Offender,11 seorang kanak - kanak berumur empat belas tahun satu bulan, juga
telah bersalah dan disabitkan dengan kesalahan memiliki dadah, di bawah seksyen 39A(2) Akta
Dadah Berbahaya 1952.

Fakta mendapati bahawa sebanyak 50 paket dadah campuran berada dalam milikan kanak-
kanak ini di mana mengandungi 1.8 g heroin dan4 4.8 g monoacetylmorphines. Kanak-kanak ini
telah dihukum berdasarkan peruntukan seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu
hukuman minima lima tahun penjara dan tidak kurang daripada sepuluh sebatan. Pada kes
tersebut menunjukkan bahawa kesalahan berat bakal dihadapi oleh pesalah kanak – kanak
yang memiliki dadah. Kanak – kanak tersebut juga merujuk kepada seorang pelajar. Hukuman
pesalah penyalahgunaan dadah di sekolah adalah diluar kuasa guru dan Kementerian
Pendidikan Malaysia , ia harus dilaporkan kepada pihak Polis bagi siasatan lanjut.

Guru juga diberi panduan dalam menguruskan kesalahan disiplin seperti ini. Contohnya
melaporkan kepada ibu bapa dahulu dan tidak mengaibkan nama pelajar tersebut. Hal ini
bertujuan bagi menjaga keharmonian dan imej pelajar mahupun sekolah itu walaupun
kesalahannya adalah sangat berat. Isu dadah dalam kalangan murid saban tahun semakin
meningkat. Data menunjukkan lebih 1000 murid terlibat dengan dadah setiap tahun.
Walaubagaimanapun , perkara tersebut boleh ditangani dengan baik dan segera dengan
adanya Kerjasama erat antara guru , ibubapa , kementerian , Polis dan pihak berkuasa
berkaitan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN LAGI KEBERKESANAN


STRATEGI-STRATEGI MENANGANI SALAH LAKU DAN PENYALAHGUNAAN DADAH
DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH

Menangani masalah disiplin murid wajib dijadikan topik utama pada pihak guru dan
kementerian. Ibubapa juga tidak terkecuali daripada mengambil bahagian dalam objektif ini. Jika
permasalahan ini berterusan dan meningkat. Negara bakal berdepan satu defisit sangat besar
dalam membentuk sebuah negara maju yang berkualiti.

Kajian dan Pemantauan

Mengkaji sesuatu perkara adalah bagi mendapatkan data yang tepat untuk menyelesaikan
sesuatu permasalahan. Dalam perkara ini , pihak pengurusan sekolah iaitu pengetua dan
pasukannya harus melalukan kajian terperinci tentang masalah disiplin murid. Contohnya ,
membuat kajian terus dalam kalangan pelajar dengan mengisi borang maklum balas yang tidak
mempunyai nama. Soalan yang terlibat adalah bagaimana mereka melihat atau terlibat dengan
masalah disiplin di sekolah. Selain itu , guru juga harus melakukan kajian berkala setiap bulan
atau setiap minggu tentang prestasi disiplin murid. Guru besar pula boleh mewujudkan
Jawatankuasa Disiplin Sekolah yang diketuai oleh Guru Disiplin yang sedia ada. Tindakan ini
dapat membantu dalam merancang strategi menangani masalah tersebut. Pemantauan dari
dalam bilik darjah juga penting. Sebagai permulaan , guru melantik seorang wakil murid dalam
kelas secara rahsia. Perkara ini bagi mendapat input yang tepat kerana mereka mempunyai
masa yang banyak bersama rakan sekelasnya.

Program pembangunan sahsiah terancang 5

Dalam keadaan sekarang , program secara bersemuka adalah sangat terhad. Hanya boleh
dibuat dalam skala yang kecil dan sederhana bergantung kepada kapasiti sekolah tersebut. Hal
ini menyebabkan terbantutnya proses kesedaran daripada kempen atau program yang
dijalankan kepada murid – murid. Jawatankuasa Disiplin Sekolah wajib membuat perubahan
yang cepat dengan menukar strategi kepada yang lebih interaktif dan efektif. Sebagai contoh ,
program secara dalam talian kepada pelajar dengan membuat ‘Facebook Page’ sekolah dan
memuat naik kempen di dalamnya dengan memastikan ibubapa dan pelajar mengikuti akaun
media social tersebut. Walaupun tidak semua yang celik teknologi tetapi dapat juga membantu
dalam menyampaikan maklumat tentang kesedaran disiplin kepada murid – murid. Guru Disiplin
juga harus menguasai penggunaan digital dan teknologi dalam memastikan pelbagai siaran dan
ruang media boleh digunakan dalam menjayakan program pembangunan sahsiah pelajar.

Apabila data yang banyak dapat didapati dari kajian dan pemantauan yang baik , aktivti program
pembangunan dapat dirancang secara berterusan dan terancang. Seperti contoh , mereka
dapat mengenal pasti isi kandungan program yang tepat dan berkesan kepada pelajar.
Kesedaran yang tinggi daripada ibubapa juga penting dalam menjayakan misi ini. Guru juga
boleh membuat program kesedaran disiplin kepada mereka dengan menceritakan kes disiplin
yang pernah terjadi dan hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah dadah dalam kalangan
pelajar. Hal ini dapat membantu kerana ibubapa boleh menjadi jambatan dan mata kepada guru
ketika anak – anak ada bersama mereka di rumah.

Kerjasama antara sekolah dan pihak berkuasa

Program kesedaran juga boleh dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa seperti Polis Diraja
Malaysia (PDRM) , Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) , Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan yang berkenaan. Wakil dari pihak Polis boleh dijemput dalam memberi maklumat
tentang hukuman bakal diterima bagi pesalah dadah dalam kalangan pelajar. Maklumat selepas
program juga penting bagi mewujudkan kesedaran yang berkesan. Sebagai contoh , memberi
mesej kepada semua aplikasi telefon yang selalu digunakan oleh setiap pelajar seperti
Whatsapp , Instagram , Facebook dan sebagainya. Dengan adanya bantuan sosial media ini
dapat membantu menyampaikan maklumat secara berterusan kepada pelajar. Program dari
AADK juga tidak kurang pentingnya dengan memupuk sikap benci dan jijik dengan dadah
kepada pelajar. Pemikiran murid ini harus diprogramkan dari sekolah rendah lagi. Hal ini dapat
membentuk sikap benci dadah dari awal lagi.
Pihak Jawatankuasa Disiplin sekolah wajib menjalin hubungan dan komunkasi yang baik
dengan pihak berkuasa. Secara keseluruhannya , guru juga harus diberi maklumat oleh pihak
berwajib tentang panduan hukuman , cara melaporkan , menangani dan mengawal masalah
disiplin murid mereka sebelum dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
6
KESIMPULAN

Disiplin adalah kunci kejayaan sesebuah masyarakat atau organisasi yang baik. Dalam pada
itu , pelbagai bentuk initiatif dan tindakan boleh dilaksanakan bagi mencapai sifar masalah
disiplin. Individu yang berjaya mengikut peraturan dan undang – undang dapat mempengaruhi
orang sekeliling dan menyampaikan aura positif. Dalam peribahasa ‘meluntur buluh biarlah dari
rebungnya’ sangat tepat kerana disiplin yang terbentuk dalam seorang individu adalah dari
pengalaman dan perjalanan yang mereka lalui di alam persekolahan. Jesteru itu , perjalanan
sebagai seorang pelajar adalah sangat penting bagi menentukan masa depan mereka.

Peranan guru disiplin di sekolah dapat memberi impak yang besar kepada murid – murid. Ada di
antara murid yang masih terbayangkan karakter guru disiplin mereka. Bukan sahaja itu ,
pesanan dan kata – kata nasihat juga tidak lekang dari minda seorang murid jika guru tersebut
pernah memberi hukuman kepada murid tersebut. Terbentuknya sahsiah yang baik adalah
bantuan daripada pengajaran guru disiplin di sekolah.

Kita lihat pelbagai bentuk hukuman yang berat kepada pesalah disiplin dalam kalangan pelajar
di sekolah. Hukuman yang berat ini dapat memberi kesedaran tahap maksima kepada mereka
agar tidak mengulangi dan membuat kesalahan itu. Penyalahgunaan dadah dalam Kalangan
pelajar wajib ditangani dan dibanteras secara berterusan oleh semua pihak. Tenaga dan kudrat
harus dilaburkan oleh guru dan pihak berwajib bagi memastikan matlamat sifar masalah disiplin
dapat dicapai kelak.

Strategi pengurusan disiplin murid juga harus mengikut peredaran zaman dan sesuai dengan
keadaan semasa. Jika saluran dan cara tidak tepat , ia akan memberi impak yang besar kepada
kualiti pelajar di negara kita. Pada zaman ini , penggunaan teknologi digital juga dapat
membantu dalam menjayakan pembangunan modal insan yang berjaya dalam kalangan pelajar
di sekolah.

Harus diingatkan bahawa murid – murid ini adalah aset negara paling bernilai. Mereka adalah
penggerak masa depan negara kelak. Kejayaan sifar disiplin pada peringkat daerah atau
sekolah adalah pencapaian yang wajib dicapai dalam masa terdekat sebelum dapat dijayakan
dalam skala yang lebih besar. Guru adalah penggerak utama dalam memerangi masalah disiplin
antara pelajar.
7

RUJUKAN

Adnan, N. (2020, Januari 2). Sinar Harian . Retrieved from


https://www.sinarharian.com.my/article/64304/EDISI/Perak/15506-kes-disiplin-pelajar-
direkodkan-di-Kinta-Utara

Bernama. (2015, Ogos 28). Berita Harian. Retrieved from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/08/78006/guru-pukul-hina-pelajar-
ditempatkan-di-pejabat-pendidikan

Harian, B. (2020, September 12). Berita Harian . Retrieved from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/730738/177-pelajar-sekolah-
menengah-positif-dadah-di-johor

Isa, N. J. (2019). Masalah buli dalam kalangan murid: apakah kata guru? Jurnal Perspektif (2019) Jil.11
Bil.2 (1-14), 4.

Online, A. S. (n.d.). Sistem Guru Online . Retrieved from


https://www.sistemguruonline.my/2017/04/ssdm-2017-senarai-kesalahan-hukuman.html

Rahim, A. A. (2014). Kesalahan Mengedar Dadah oleh Kanak-kanak dan Hukumannya di Malaysia. (2014)
18 JUUM 27 - 33, 3.

Anda mungkin juga menyukai