Anda di halaman 1dari 6

http://rafidahshapuan.wordpress.

com/2008/02/18/kes -kes-keganasan-yang-
dilakukan-guru/
Kes-kes Keganasan Yang Dilakukan Guru
Februury 18, 2008 ut 2:02 um Flled under Feuture Wrltlng by Ruflduhshupuun
Cabaran era komunikasi abad ke -21 terhadap sistem pendidikan negara begitu
terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus
perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut
konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.
Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh
kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera
penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana
rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan
pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai
sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh -
sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula
pelbagai masalah dikalangan guru -guru.
Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri
sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat
dikalangan masyarakat. Kejadian guru -guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan
tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam
hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan
kelalaian guru itu sendiri?
Kes-kes Keganasan Yang Dilakukan Guru
Seterusnya kita ingin melihat bagaimana keganasan yang dilakukan guru
terhadap pelajar. Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta,
54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke
atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang
pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April
2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang
menunjukkan keganasan dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar
berusia dua belas tahun senget akibat ditampar seorang guru pada 11 Jun lalu. Pelajar itu
ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat mengh adiri
penghimpunan.
Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan para
pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam
mereka beramai -ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seor ang
warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil
keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar -
pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas asrama mereka.

Sementara di Alor Setar pul a, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang
murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik
bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti
yang ditetapkan dalam jadual tuga san harian.

Seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula digantung
kerja selama dua bulan kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari
sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai lalu.

Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu,
tujuh pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri
pula mendakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan
asrama. Di Alor Gajah, Melaka, gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan
sebuah sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak, selain
seorang daripada mereka dituduh mengandungkan anak luar nikah.

Sementara itu di Johor pula, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk
mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti penderaan
terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti itu semakin jelas apabila mata
kiri murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit.
Kesalahan tingkah laku guru ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah turut
berlaku di negara lain juga. Misalnya seperti yang berlaku di Shanghai, menurut laporan
dari akhbar Xinming Evening News, seorang penolong guru besar sekolah tinggi wilayah
Hubei didapati bersalah kerana memasukkan racun tikus ke dalam makanan sekolah. Beliau
berbuat demikian untuk mendatangkan masalah kepada guru besar sekolah berkenaan
supaya dia berpeluang naik pangkat.
Berdasarkan kes-kes tersebut, kita dapat melihat betapa banyaknya kes -kes yang
melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan
bertindak ganas terhadap po lis dengan menggunakan gergaji. Wajarkah seorang guru yang
dianggap sebagai satu jawatan yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan
masyarakat?
Guru Bertindak Kasar dan Ganas?
Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca
datang daripada kenakal an atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu
baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak -kanak yang perlu kita fahami.
Begitulah yang dikatakan oleh pakar psikologi kanak -kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin
Shariff.
Kita sememangnya tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran
matang terlibat dalam insiden itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang
pertimbangan, ujarnya lagi.
Beliau menjelaskan bahawa segelintir guru yang berhadapan dengan masala h
disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian
bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada
mereka. Mungkin guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman
fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan
fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin
guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan
perubatan, tet api jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman,
biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu akan terjadi.
Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik
kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak ber ani mengadu kepada ibu bapa
sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan
mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi. Cara
kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai l agi pada zaman ini. Tetapi
hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar.
Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan
bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai kar enah. Ini berbeza dengan
murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih
patuh kepada guru dan ia wajar dicontohi

.
Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin
kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab
semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.
Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan pula berkata, punca guru
bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesaba ran. Mungkin jika seorang murid yang
nakal, guru dapat kawal tetapi kalau terlalu ramai, ia boleh menghilangkan kesabaran guru.
Guru juga manusia biasa, jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal,
jelas beliau.
Walau bagaimanapun, munu rut seorang kaunselor Universiti Islam Antarabangsa,
Asniza Mamat, salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu
sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan .
Bila tidak minat, bagaimana seseorang guru itu hendak menyes uaikan diri dengan
karenah murid. Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. Mereka mudah merasa
marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan
marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak
orang lain, jelas beliau.
Menurut beliau juga, sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik
kerana kenakalan murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga
terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak m asing-masing. Ada
juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah, tegas beliau.
Menurut Asniza lagi, kebanyakan guru kini yang dikeluarkan dari maktab atau
universiti bukan sebenarnya bercita -cita untuk menjadi guru. Apabila bilangan gu ru amat
berkurangan, kita menerima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi
guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang
begini tidak sesuai sebagai guru.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah menunjukkan bahawa kita harus menyokong
keganasan yang dilakukan guru. Sebaliknya kita sama -sama perlu memikirkan jalan terbaik
untuk menyelesaikan masalah agar perkara yang sama tidak berulang lagi dan bukan hanya
menuding jari kepada mana -mana pihak.
Pendedahan kes guru mendera murid ini juga ada kebaikan untuk masyarakat
menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu
dibendung dan semua pihak adalah terlibat.
Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan
Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan
mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel
diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka
menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan.
Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukarkan mereka ke tempat lain
semata-mata. Sebaliknya jika mereka tidak berminat mengajar, lebih baik diambil tindakan
tegas dengan memberhentikan guru tersebut, jelasnya lagi.
Beliau turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru ganas ialah dengan
menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi . Ujian ini berguna untuk
menguji kesesuaian seseorang sebagai guru.
Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab.
Dengan cara inilah boleh mendorong murid m emberi penghormatan yang setimpal dengan
layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang
hanya menakutkan murid untuk ke sekolah, ujar beliau lagi.
Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengam alkan Tatasusila
Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan diri
daripada membuat kesimpulan terburu -buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti yang
digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru.
Peranan Sebenar Guru
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam
perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh
seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting teru tama dari segi pencapaian aspirasi
dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting
ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan bertin dak sebagai ibu bapa kepada
pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar . Peranan ini akan membantu
pelajar menyesuaikan diri dan menganggap sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
Selain itu, guru juga sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar
serta membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan
norma masyarakat. Guru juga sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada pelajar.
Dengan ini , nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan
dalam jiwa pelajar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus
menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang
akan menjadi dewasa kelak.
Penyelesaian Bersama
Berita guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi
adakah pihak media dan masyarakat bersimpati dengan guru sekiranya kereta mereka pula
yang dirosakkan oleh pelajar -pelajar?
Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin dan
menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar sehingga diri sendiri yang tertekan. Layaknya
mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera.
Justeru itu, semua pihak termasuk i bu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil
dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang
guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah
pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu ke san jika mereka memukul murid.
Ibu bapa dan masyarakat harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi
ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan
para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pela jar sewaktu di rumah. Oleh
itu, isu guru mendera dan bertindak ganas adalah masalah yang perlu diberi perhatian
semua pihak. Seterusnya penyelesaian bersama hendaklah ada terutama di antara guru,
ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah -masalah ini dapat diselesaikan dengan cara
terbaik.

Anda mungkin juga menyukai