Anda di halaman 1dari 2

Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan

Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang
telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan
yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna
kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,
kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari
segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik muridmurid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri
sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang
terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang
terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin
dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini,
guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain
menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada
murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.

Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:

1.
Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai
oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin
dan senang hati.
2.
Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira
kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang
suka didekati oleh muridnya.
3.
Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh
mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan
yang erat dengan murid-muridnya.
4.
Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan
guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan
sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5.
Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila
perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih
menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6.
Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru
yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti
kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan
lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat
mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai