Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), profesion perguruan merupakan
profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi.
Pada masa kini, profesion perguruan semakin menjadi rebutan ramai kerana pada setiap
tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat walhal tempat yang ditawarkan
adalah terhad. Profesion keguruan merupakan satu profesion yang begitu penting dalam
melahirkan serta membangunkan sesebuah tamadun. Oleh sebab itulah, profesion
keguruan merupakan satu profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, guru bermaksud pendidik, pengajar atau orang yang
memberi ilmu. Sebagai seorang pendidik, guru sewajarnya menjadi teladan kepada
masyakarat yang berada di sekeliling.
Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993),
konsep profesional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu
profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan
yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah
laku seseorang. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini
dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika
keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai
salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Hal ini sudah tentu akan
menyebabkan martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia menjadi
goyah.
Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan kerjaya seorang guru. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh semua
guru di negara ini. Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana dengan adanya
kod etika, para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh
seorang guru. Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih
melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), etika bermaksud satu sistem dasar,
adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Etika juga boleh dimaksudkan sebagai
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, murid, rakan sejawat dan ibu bapa murid.

2.0 KETIDAKPATUHAN ETIKA KEGURUAN


2.1 Kesantunan Guru
Menurut Noriati (2004), kesantunan yang bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur
akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa ataupun perlakuan bukan
bahasa yang menyenangkan semua pihak. Istilah kesantunan ini juga merujuk kepada
tatacara, adat atau kebiasaan berkaitan dengan perlakuan dalam perhubungan antara
individu dengan individu lain yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan guru pula
merujuk kepada perlakuan atau pembawaan guru ketika berinteraksi dengan murid, guru,
guru besar dan dengan masyarakat.
Antara isu yang melibatkan kesantunan guru ialah seperti pengunaan perkataan
yang kesat. Contoh, ada guru yang suka memanggil murid dengan panggilan yang tidak
elok seperti bodoh, bebal, gemuk, dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga guru yang
bergaduh dengan guru lain di hadapan murid-murid. Perkara ini menunjukkan perlakuan dan
teladan yang tidak baik di mata murid. Seterusnya, terdapat juga guru yang sering
memarahi dan menghukum murid tanpa sebab yang kukuh iaitu tanpa usul periksa. Dalam
perkara ini, guru sepatutnya mengkaji atau menyiasat serta meneliti dahulu masalah yang
dihadapi oleh murid kemudian kenalpasti apakah perkara sebenar yang telah terjadi barulah
membuat keputusan.
Berdasarkan kes-kes yang telah terjadi, perkara yang melanggar kesantunan guru ini
berlaku ialah kerana guru tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Guru sepatutnya bijak
dan pandai mengawal emosi terutamanya apabila berhadapan dengan murid. Kesan yang
tidak baik akan berlaku kerana murid sudah pasti akan menceritakan apa yang mereka
perhatikan kepada ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, secara tidak langsung perspektif
negatif terhadap guru akan wujud pada pandangan ibu bapa tersebut. Dengan itu, perkara
ini akan menyebabkan imej guru dan seterusnya profesion keguruan akan tercalar dan
menjadi goyah biarpun hanya kerana seorang guru. Bak kata pepatah, kerana nila setitik
habis susu sebelanga.
Dalam menangani isu di atas, tindakan perlulah diambil supaya masalah ini tidak
terus berleluasa berlaku. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah memberikan amaran atau
teguran kepada guru yang menggunakan perkataan yang kesat atau melampau terhadap
murid. Selain itu, pihak pentadbir seperti guru besar juga perlu memastikan tidak ada guru
yang mempunyai bebanan tugas melampau agar guru tidak mengalami masalah tekanan
emosi. Secara tuntasnya, seorang guru seharusnya menunjukkan kesantunan yang tinggi
kerana tingkah laku guru yang elok akan diteladani oleh murid agar murid juga dapat
menunjukkan tingkah laku yang terpuji.
2

2.2 Berniaga di Sekolah


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1988)
Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas, tugas guru yang utama di
sekolah adalah untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran serta membentuk peribadi murid
ke arah berakhlak mulia. Namun pada masa kini, dunia sering mendengar dan melihat isu
guru yang berbisnes atau menjadi peniaga sambilan yang berjaya. Sebenarnya, fenomena
berniaga dalam kalangan guru di sekolah telah menjadi satu kebiasaan pada masa kini
namun isu ini perlu ditangani dengan serta merta kerana telah mencalarkan etika profesion
keguruan.
Pada masa kini, telah terdapat kes dimana kawasan sekolah seperti bilik guru
menjadi kawasan perniagaan guru. Ada antara guru yang ghairah berniaga sampai lupa dan
mengabaikan tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang guru. Tindakan berniaga itu
telah menjejaskan imej profesion keguruan yang begitu mulia. Guru sepatutnya tidak
dibenarkan sama sekali untuk berniaga di sekolah sama ada dengan menjual barang
dagangan kepada murid atau pun kepada kakitangan sekolah yang lain. Perlakuan ini
merupakan satu pelanggaran kepada etika kerja. Sekiranya secara tidak sengaja guru telah
terlibat dengan perniagaan di sekolah, pihak pengurusan atau rakan sejawat perlu membuat
teguran untuk mengelakkan perlakuan tersebut daripada berterusan.
Sekiranya kita lihat dari aspek etika keguruan, guru dilarang sama sekali berniaga di
sekolah. Guru cenderung berniaga di sekolah mungkin disebabkan oleh kos sara hidup yang
tinggi, gaji yang tidak mencukupi dan sebagainya. Kita tidak boleh nafikan bahawa, pada
zaman ini keperluan duit memang penting sekali. Semua orang memerlukan duit untuk
menyara hidup termasuk guru-guru. Namun akibat daripada sikap guru-guru seperti ini telah
menjadikan murid sebagai mangsa dimana keperluan untuk mendidik merka telah diabaikan
oleh guru hanya kerana kesibukan berniaga. Sikap guru seperti ini telah menyebabkan
prestasi murid dalam matapelajaran semakin merosot.
Oleh itu, seorang guru seharusnya mematuhi etika profesion keguruan agar dapat
menajalankan tugas dengan betul dalam mendidik anak-anak murid dan bukannya berniaga
di sekolah. Isu berniaga di sekolah tidak sama sekali membawa kita ke arah kebaikan

malahan hanya membawa kepada keburukan bagi semua tidak kira murid, guru mahupun
pihak sekolah.
2.3 Penampilan Guru
Penampilan merupakan first impression orang ramai ke atas seseorang guru kerana
melalui penampilan masyarakat sudah mengetahui kita seorang guru. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kod etika pemakaian guru melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2006 (Akhiar Pardi, Shamsina
Shamsuddin dan Muhammad Kushairi Jusoh, 2015). Berpakaian yang menggambarkan
kejayaan membolehkan guru dihormati dan menjadi contoh yang positif kepada muridmurid. Berpakaian yang tidak menggambarkan kejayaan akan membawa murid ke arah
keburukan.
Antara isu yang berlaku bagi penampilan guru ialah terdapat guru lelaki tidak
memakai tali leher dan hanya berkemeja lengan pendek ke sekolah dan ini bertentangan
dengan kod etika pemakaian guru. Selain itu, terdapat guru lelaki yang memakai kemeja
bercorak dan warna yang tidak sesuai seolah-olah mereka bukan ke sekolah tetapi hendak
sesuatu majlis. Lebih malang lagi, ada juga guru lelaki menghadiri majlis rasmi di sekolah
dengan hanya berpakaian sukan dan kasut sukan. Hal yang lebih ketara lagi, terdapat guruguru yang terpengaruh dengan penampilan budaya barat seperti mengenakan fesyen dan
stail rambut budaya barat. Perkara ini jika dibiarkan lama-kelamaan akan membuatkan
murid mengikut jejak langkah perbuatan guru tersebut.
Selain itu, masalah penampilan ini juga turut melibatkan guru perempuan dimana
mereka bukan sahaja berpakaian mencolok mata tetapi tidak menunjukkan imej sebagai
seorang guru. Hal ini kerana terdapat sesetengah guru perempuan yang memakai kasut
tumit tinggi yang berlebihan sedangkan syarat yang diletakkan dalam etika pemakaian ialah
tumit kasut tidak melebihi satu inci. Selain daripada itu, pemakaian skirt yang melebihi paras
lutut sehingga ke paras paha. Sepatutnya, mereka menunjukkan pemakaian yang
bersesuaian dengan kesopanan seorang guru. Perkara ini jika dibiarkan berlaku akan
mengudang isu yang lebih besar seperti guru dicabul oleh murid dan sebagainya.
Dalam membendung isu ini, taklimat etika pemakaian yang betul harus diberikan
kepada para guru agar lebih peka terhadap cara penampilan dan pemakaian mereka. Selain
itu, pihak kementerian harus memantau isu ini dengan mengenakan tindakan tatatertib
kepada guru yang terlibat. Dengan cara ini, ia mampu menyedarkan guru yang terlibat
bahawa penampilan merupakan antara identiti utama yang mencerminkan peribadi
seseorang guru. Secara kesimpulanya, isu penampilan guru ini boleh ditangani dengan
4

wujudnya kesedaran dalam kalangan guru bermula sekarang atau dilatih ketika masih
menjadi guru pelatih lagi agar terbiasa mengamalkan pemakaian yang sopan dan sesuai
dengan etika keguruan agar isu seperti ini tidak akan timbul lagi.
2.4 Pengurusan Masa
Menurut kata Noriati A. Rashid (2010), pengurusan masa guru terbahagi kepada dua
iaitu pengurusan masa untuk diri sendiri dan menanamkan aspek kepentingan mengurus
masa dalam sanubari pelajarnya. Isu-isu mengenai pengurusan masa merupakan penyebab
utama tekanan yang dihadapi oleh guru, kesan daripada bentuk tugas guru yang pelbagai,
rumit dan banyak. Tanpa disedari hal ini menyebabkan etika seorang guru juga tergugat.
Para guru perlu sedar bahawa setiap masa yang dibazirkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran boleh menyebabkan murid tidak menerima ilmu yang seharusnya diperoleh
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Isu yang berlaku ini menyebabkan etika
seorang guru juga tergugat kerana guru tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu
kepada murid.
Menurut Husairi Jikan (2004), guru sering dibebankan dengan tugasan lain seperti
menjadi guru disiplin, guru persatuan, guru kelas, guru sukan dan permainan serta tugastugas perkeranian yang lain. Selain itu, jumlah waktu mengajar dalam seminggu agak
banyak dan terdapat kursus-kursus dan mesyuarat yang perlu dihadiri. Ini menyebabkan
guru-guru terpaksa menangguhkan kerja-kerja peribadinya demi melaksanakan tugas-tugas
khas yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah. Tambahan pula, terdapat guruguru yang tidak merancang masa pengajaran dan pembelajaran dengan teratur. Ini
mengakibatkan proses PdP yang dijalankan gagal dan objektifnya tidak tercapai.
Dalam mengatasi masalah pengurusan masa ini, guru disarankan agar sentiasa
membuat perancangan masa yang berkesan agar dapat mencapai matlamat yang
dirancang. Guru-guru juga mestilah tegas dan berupaya membahagikan masa mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu sanggup mengubah tabiat suka
membazir masa kepada menghargai masa. Pembahagian masa perlu dibuat secara
bulanan, mingguan, harian dan boleh dibahagikan hingga ke peringkat jam. Pengurusan
masa dalam proses PdP yang terancang akan membantu guru menepati objektif
pengajarannya.
Secara kesimpulannya, pengurusan masa secara efektif merupakan perkara penting
yang akan menentukan kejayaan seseorang guru. Pengurusan masa yang efektif akan
menjanjikan dan menjadikan hidup seorang guru itu tidak terbeban dengan masalah
kekurangan masa yang tidak cukup dan sebagainya. Sebagai seorang guru, guru
5

seharusnya tahu dan sudah hebat tentang cara bagaimana untuk menguruskan masa
dengan baik. Hal ini kerana pengurusan masa yang baik akan menentukan perancangan
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
mengikut tempoh masa yang ditetapkan itu berjaya.
2.5 Kerja Sambilan
Berdasarkan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Sulit
3189/29 bertarikh 13hb Januari, 1971 menyatakan bahawa seseorang kakitangan dan
pegawai kerajaan boleh membuat sebarang pekerjaan luar sekiranya dibenarkan oleh Ketua
Jabatan, dianggap tugas rasmi dan bagi faedah dirinya/saudara-mara/ badan yang bukan
mencari keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan. Namun begitu honorarium yang
boleh diambil ditentukan oleh Perbendaharaan (PP Bil.2/1993 dan Bil.5/1995)
Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah
swasta) dan tertakluk kepada surat pekeliling seperti contoh diatas. Kes yang sering terjadi
adalah guru melakukan kerja sambilan seperti mengadakan kelas tuisyen berbayar, terlibat
dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk
seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan. Isu yang kerap berlaku pada
masa kini adalah guru mengadakan kerja sambilan kerana hendak menambahkan
pendapatan. Kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari menyebabkan guruguru perlu mencari sumber kewangan yang lain selain daripada gaji bulanan. Malah bagi
guru yang mengharapkan gaji bulanan semata-mata pasti akan berasa terbeban lagi bagi
memenuhi keperluan diri dan keluarga. Sebenarnya skim gaji guru ketika ini masih boleh
memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti. Tetapi terdapat guru yang
masih belum berpuas hati dengan gaji yang diperoleh.
Perkara ini sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan guru tersebut hilang fokus
kepada tugas utamanya iaitu mengajar. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk berehat. Selain itu, badan mereka juga akan menjadi lesu kerana
keletihan. Perkara ini akan terbawa-bawa ke sekolah sehingga timbul isu guru tidur pula di
sekolah. Selain itu juga, isu ini juga akan menyebabkan kualiti seseorang guru akan
menurun. Guru akan lebih kerap untuk mengambil cuti sama ada untuk berjumpa klien atau
betul-betul jatuh sakit kerana tidak mempunyai cukup yang rehat.
Oleh yang demikian, masalah ini perlu diatasi dengan adanya pemantauan oleh
pihak pentadbir. Guru besar perlu memastikan tiada guru dibawah pentadbiranya melakukan
kerja sambilan. Sekiranya ada, amaran ataupun tindakan tatatertib boleh dikenakan. Selain
itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga boleh mengadakan ceramah-ceramah ke sekolah
6

untuk membanteras perkara ini. Dengan cara ini, kesedaran dapat diwujudkan dalam
kalangan guru di sekolah. Kesimpulannya, seorang guru perlulah fokus terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru tidak wajar untuk melaksanakan kerja
sambilan kerana banyak kesan negatif yang akan berlaku. Pengabaian guru kepada murid
akan menyebabkan kualiti pendidikan negara akan menurun.
3.0 ANALISIS ARTIKEL KETIDAKPATUHAN ETIKA KEGURUAN
Guru Ponteng, Isu Serius.
Borneo Post Online, 24 Disember 2011.
http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/

Menurut kepada sebahagian daripada petikan artikel yang ditulis di laman sesawang
tersebut, isu yang dibangkitkan adalah berfokuskan kepada permasalahan yang melibatkan
kehadiran guru ke sekolah yang semakin membimbangkan organisasi sistem pendidikan itu
sendiri. Pengiraan statistik yang diumumkan secara rasmi oleh pihak Jemaah Nazir dan
Jaminan kualiti menunjukkan bahawa bilangan guru yang tidak hadir ke sekolah atau
dengan kata ringkasnya ponteng adalah terlalu ramai bilangannya. Ketidakhadiran guru
tanpa alasan ini amat membimbangkan profesion perguruan ini.
Isu guru ponteng adalah suatu isu nasional dan mampu memberi implikasi kepada
bukan sahaja kepada bidang pendidikan negara malah ianya turut menjejaskan potensi
pembangunan mampan negara. Perlakuan guru yang ponteng sekolah tersebut bukan
sahaja memburukkan profesion ini di kaca mata pandangan masyarakat malah ianya juga
turut mencerminkan bahawa segala etika dan asas profesionalisme yang telah diberikan
sebagai garis panduan dalam menjalankan tugas tidak berjaya dipatuhi oleh guru. Hal ini
akan menjatuhkan maruah profesion perguruan itu sendiri. Masyarakat setempat akan mula
memandang serong terhadap profesion ini.
Isu permasalah guru yang dibincangkan melalui petikan artikel tersebut juga dapat
menunjukkan bahawa kesemua guru yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sekolah
adalah sebagai individu yang tidak memahami profesionnya serta tidak bertanggungjawab
terhadap profesionalisme keguruan itu sendiri. Mereka bukan sahaja tidak mematuhi
panduan landasan profesionalisme bidang perguruan malah turut tidak mengamalkan etika
kerja yang telah termaktub di dalam etika perguruan selaras dengan apa yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Profesionalisme meliputi aspek akaunbiliti yang didalamnya terangkum keseluruhan
aspek yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh warga pendidik. Dalam konteks keguruan,
akaunbiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan

(Arbak Othman, 1998). Manakala akaunbiliti seseorang guru terhadap profesionnya boleh
dilihat melalui pencapaian atau prestasi guru semasa melaksanakan tugas dan amanah
yang telah dipertanggungjawab. Fenomena isu ponteng sekolah di kalangan guru
menunjukkan bahawa keseluruhan bahagian didalam akaubiliti ini telah menerima implikasi
negatifnya.
Berdasarkan isu ini juga, aspek etika kerja khususnya etika kerja perguruan itu
secara terangterang telah dilanggar oleh sebilangan pendidik yang ponteng dari
melaksanakan tugas mereka di sekolah tersebut. Jika ditafsirkan secara umum setiap
profesion pekerjaan mempunyai etikanya yang tersendiri. Bagi dalam profesion perguruan
pula, setiap seorang individu yang bergelar pendidik dikehendaki bagi mematuhi etika itu
sendiri demi menjada status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Bagi tujuan tersebut
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Ikrar dan Tatasusila Profesion
Perguruan untuk dijadikan sebagai landasan dan garis panduan setiap guru menjaga imej
bidang profesion ini. Perkara ini amat penting supaya imej perguruan ini dapat dijaga di
samping dapat meningkatkan mutu profesion pendidikan.
Seorang guru yang ponteng dilihat sebagai seorang guru yang tidak mempunyai sifat
dan kualiti baik dari segi dalaman mahupun luaran yang perlu bagi seseorang pendidik
untuk dipandang tinggi serta dihormati oleh masyarakat. Etika kerja yang telah dilanggar
menunjukkan

bahawa

guru

tersebut

tidak

mempunyai

sifat

dan

kualiti

seperti

bertanggungjawab dan berkepimpinan. Sifat dan kualiti bertanggungjawab dapat memberi


panduan kepada seseorang guru tersebut agar sentiasa mementingkan tugasnya yang telah
diamanahkan untuk dilaksanakan dengan sempurna, namun dalam situasi ponteng kerja di
sekolah ini, guru yang melakukannya seolaholah dilihat tidak mengendahkan sifat dan
kualiti yang perlu ada pada diri mereka selaku pendidik ini.
Secara kesimpulannya, fenomena isu permasalahan guru ponteng sekolah ini
merupakan isu yang harus dipandang serius oleh semua pihak. Tidak dinafikan profesion
perguruan menuntut guru-guru bukan sahaja terlibat dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi seorang guru yang
beretika seharusnya sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negaranya. Hal ini
kerana guru juga merupakan ikon kepada murid tetapi juga kepada seluruh masyarakat.
Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat
dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampun menangani segala
perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang
mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan.
Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan
8

segala kualiti, sifat mahupun akaunbiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ianya terus
dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara bagi menaikkan
mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.

RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan Dalam


Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhamad Kushairi Jusoh (2015). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional. Bangi: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdullah Sani Yahya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (1998). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001: Garis Panduan
Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah KP(BS) 8591/Jld. XVII (7) 7 Jun 2001.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1973). Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1973:
Bayaran-Bayaran, Elaun-Elaun dan Pampasan-Pampasan (Fees, Allowances And
Bonuses) Yang Boleh Disimpan Oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan Bagi Kerja-Kerja Luar
Dengan Badan-Badan Berkanun/Perniagaan (JPA. (S) 3189/ Jld. 2).
Noriati A. Rashid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sheikh Othman b. Sheikh Salim, Aishah bt. Mahdi (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2014). Guru dan Cabaran Semasa.
Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Wan Zahid (1993). Wawasan Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
.

10

Anda mungkin juga menyukai