Anda di halaman 1dari 9

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 ISU ETIKA GURU

3.0 ULASAN ARTIKEL ISU GURU “ROGOL, CABUL MURID DALAM

MAKMAL”

4.0 ANALISIS KRITIKAL

5.0 CADANGAN MENGATASI

6.0 IMPLIKASI

7.0 KESIMPULAN

1.0 PENDAHULUAN

1
Profesion keguruan merupakan profesion amat terpuji dan mulia di kaca mata
masyarakat. Menurut Mohd. Fadzly (2011), fungsi dan peranan guru dipandang
tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur
perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Hal
ini kerana guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas malah mereka
merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat.

Guru yang bertindak sebagai agen perubahan perlu memainkan peranan


berkesan dengan sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Di
samping itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah melakukan pelbagai
usaha untuk menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai (Noriati et.al, 2010). Sehubungan dengan itu, para guru dituntut agar
sentiasa profesional dalam menjalankan amanah mereka sebagai seorang pendidik.
Seorang guru yang profesional perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam etika
profesion keguruan.

Etika membincangkan sama ada betul atau salahnya sesuatu perlakuan.


Menurut Thiroux (2000) dalam Foo (2005), etika merujuk kepada satu bahagian
moral (morality) yang mengkhususkan perbincangan tentang tingkah laku dan nilai
manusia. Di Malaysia, para guru perlu mematuhi kod etika keguruan. Kod etika
keguruan ini dirangkakan sebagai panduan kepada para guru agar tidak melakukan
sesuatu yang boleh mencemarkan imej profesion keguruan. Kod etika ini juga
mengingatkan para guru agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa memberi
perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, kerjaya profesion perguruan pada abad ini tidak terlepas
daripada isu-isu yang boleh mencalar imej profesion perguruan itu sendiri. Walaupun
isu yang diperkatakan berpunca daripada segelintir guru, namun perkara ini secara
tidak langsung telah menyebabkan pandangan masyarakat terhadap profesion
perguruan turut tercalar.

2.0 ISU ETIKA GURU

2
Paparan mengenai isu salah laku guru sering dilaporkan. Antara isu etika guru
yang dilaporkan adalah seperti isu kesantunan guru, isu kepedulian guru, isu
penampilan guru, isu guru berniaga di sekolah, pengurusan kewangan, pengurusan
masa dan kerjaya sambilan guru. Kesemua isu ini boleh menjejaskan kelancaran
pentadbiran organisasi di sekolah. Walau bagaimanapun, penulis hanya akan
memfokuskan perbincangan terhadap isu kesantunan tingkah laku guru.

Jika merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula, kesantunan atau
perihal santun bermaksud kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti.
Kehalusan budi bahasa atau budi pekerti pula merujuk kepada seseorang yang
mempunyai perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan dan watak yang baik.
Berdasarkan rujukan kamus dan pendapat tokoh-tokoh akademik dapatlah
diringkaskan bahawa seseorang yang santun bukan sahaja perlu menjaga tutur kata
malah tingkah lakunya juga perlu dijaga. Oleh itu, nilai kesantunan tingkah laku ini
perlu ada dalam diri setiap guru kerana guru merupakan ‘role model’ yang menjadi
contoh dan teladan kepada murid-murid.

Selain menjadi rol model kepada murid, keperluan mempunyai nilai


kesantunan tingkah laku dalam diri seorang guru juga adalah supaya tidak berlakunya
pelanggaran kod etika keguruan. Merujuk kepada prinsip kesetiaan dalam kod etika
keguruan, seorang guru tidak harus mengamalkan tingkah laku yang tidak sopan
terhadap murid yang boleh menyebabkan jatuhnya martabat profesion keguruan (Foo,
2005). Oleh itu, apabila berlakunya kes guru pukul murid, guru dera murid, guru
mencederakan murid dan sebagainya, guru tersebut boleh dikatakan sebagai guru
yang tidak mempunyai ciri kesantunan tingkah laku dan telah melanggar kod etika
keguruan yang telah digariskan.

3.0 ULASAN ARTIKEL ISU GURU “ROGOL, CABUL MURID DALAM


MAKMAL”

3
Dasar Kementerian Pelajaran menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik
yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Pihak kementerian juga sudah
menyediakan garis panduan berhubung tindakan disiplin (Sapora Sipon, 2007). Oleh
itu, memberi hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan tidak boleh
menyalahi etika keguruan yang ditetapkan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru
oleh media massa sedikit sebanyak boleh mengakibatkan kewibawaan profesion
keguruan tergugat pada mata umum.

Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul “Rogol, cabul


murid dalam makmal” yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari
laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah
rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki
berusia 29 yang mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa
merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di antara
pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul
kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009
mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan(KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan
niat mencabul kehormatan.

4.0 ANALISIS KRITIKAL

4
Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod
Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid
perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai
tidak percaya kepada sifat profesional profesion perguruan.

Seperti mana yang dikemukakan sebelum ini, salah sebuah kod yang
terkandung dalam Etika Profesion Perguruan adalah menegaskan bahawa guru
haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar
akibat kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan
ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan adalah
mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.

Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan agar
tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang sepatutnya
membawa tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa supaya
bertingkah laku baik dan berakhlak mulia.

Jika seorang guru gagal untuk menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej
guru seluruh Negara akan dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan
mempercayai guru dalam peranan sebagai “pengganti ibu bapa di sekolah” untuk
mendidik anak-anak mereka. Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki yang
dianalisis dalam sumber artikel telah membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat
profesional guru dan ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan
di Negara kita.

5.0 CADANGAN MENGATASI

5
Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan
membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di
Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu
ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi
permasalahannya. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu
salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah,
pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu yang tertuduh tersebut.

Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi


sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan
dan cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di
kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem
pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-
perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan.
Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah
laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan
nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya sedang
menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya.

Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan


tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak
berterusan. Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku
sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru.
Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru
permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel
menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-guru
sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam
mengatasi masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam
komuniti pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan

6
kepada ahli-ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai
seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role model kepada
murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa
berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru untuk sentiasa
menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga
bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang
didapati terbabit dengan kesalahan.

Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi
peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku.
Menurut Syed Ismail, etc. (2010:56), “…kita perlua sama-sama menjaga nama baik
profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan
kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi.” Beliau juga menyatakan bahawa “
Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa
berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam terlibat
dalam profesion peguruan ini.” (Syed Ismail, etc., 2010:57) Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu
bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk
melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk
melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak
tercalar.

Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai


peranan masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus berlaku
dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau
sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa yang
dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat dikenal-
pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran untuk
menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih baik.

6.0 IMPLIKASI
Sekiranya tingkah laku negatif guru terhadap murid tidak dibendung dengan
baik, berkemungkinan besar masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi.

7
Implikasi daripada perlakuan negatif guru ini bukan sahaja memberikan kesan kepada
diri guru dan mangsa malah kewibawaan profesion perguruan turut terjejas akibat
perbuatan segelintir guru ini. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga”.

Salah satu implikasinya ialah profesion perguruan akan dipandang rendah oleh
masyarakat. Akibat tindakan segelintir guru, masyarakat sudah mula hilang
kepercayaan kepada pentadbiran sekolah secara amnya dan para guru secara
khususnya dalam menyediakan pendidikan yang selamat dan berkesan. Jika dahulu
masyarakat menganggap kerjaya guru sebagai kerjaya yang mulia, namun akibat
tindakan segelintir guru yang mencemar nama baik profesion ini, bidang perguruan
ini tidak akan dihormati lagi oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.

Selain itu, implikasi salah laku guru terhadap profesion perguruan ialah
generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru. Hal ini kerana mengikut Lilia
dan Norlena (1998) dalam Noriati et.al (2010), penyusutan kuasa untuk menjalankan
tugas secara profesional menyebabkan imej profesion perguruan menurun di kaca
mata masyarakat. Apabila hal ini terjadi profesion ini akan kekurangan genarasi
muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa. Kerajaan pula tidak lagi dapat
melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan
generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.

7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang
cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru
dalam memberikan sesuatu yang terbaik kepada pelajar. Sesuatu yang positif perlu
dilakukan segera oleh pihak kerajaan, pentadbiran sekolah dan juga guru sendiri bagi
mengelakkan punca-punca tingkah laku negatif guru ini membawa kesan yang lebih
teruk sekiranya dibiarkan berterusan.

RUJUKAN

8
Ahmad Shamsul Abdul Aziz. (2005). Undang-Undang Gangguan Seksual Di
Malaysia. KualaLumpur. PTS Profesional

Asyraf Wajdi Dusuki. (2017). Guru sebagai Murabbi Ummah.

Poon, M. L. June. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Nur Aishah Ismail (18 Mei 1996). Kerjaya Perhuruan Harus Seiring Dengan
Minat.Massa.

Buku Undang-undang Malaysia, Perintah Am dan Arahan Pentadbiran hingga


1hbFebruari 2013, Keluaran International Law Book Services (ILBS)

Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul “Rogol, cabul murid dalam makmal”

Anda mungkin juga menyukai