Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCSISWAZAH PENDIDIKAN [PDPP]


AMBILAN JUN 2020
PENDIDIKAN ISLAM (SK) (PDPIKR2)

EDUP2132 PROFESIONALISME KEGURUAN

EPEMBELAJARAN TOPIK 4 : PPB

1. AHMAD NAZIRUL BIN AZMI SOLAH (2020022400001)


NAMA AHLI
: 2. MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDULLAH (2020022400012)
KUMPULAN
3. NUR ASHIKIN BINTI MOHD MOKHTAR (2020022400016)
NAMA
: DR. NARAWI BIN ABU BAKAR
PENSYARAH
TARIKH
: 28 MAC 2021
HANTAR

ePembelajaran Topik 4
Apakah aktiviti-aktiviti yang anda boleh ikuti untuk pembangunan profesionalisme berterusan?
Sila terangkan dengan contoh yang anda telah atau akan laksanakan

1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, setiap pekerja perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada
diri dalam meningkatkan mutu pekerjaan di sesebuah organisasi. Justeru itu, pendidik juga tidak
dapat tidak perlu turut serta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kendiri. Oleh hal
yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Pada pandangan umum , PPB merujuk
proses mengesan dan mengenal pasti kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang ada
pada diri seseorang guru sama ada diperoleh secara formal ataupun tidak formal sewaktu
bekerja (Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, 2018). PBB juga ialah
pembangunan profesionalisme yang dicapai oleh guru melalui pengalamannya dan menilai PdP
yang dilaksanakan secara sistematik (UNESCO, 2003). Menurut Brigitte (2009) menyatakan
bahawa PPB ialah proses intensif yang berterusan dan sistematik dengan tujuan untuk
meningkatkan kualiti tenaga pengajar dalam suasana pembelajaran.

2.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG ANDA IKUTI UNTUK PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


BERTERUSAN

2.1 Penyelidikan

Aktiviti penyelidikan merupakan aktiviti kajian tindakan yang dijalankan guru tentang
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam meningkat, memperbaiki atau
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru. Kajian tindakan merupakan proses
mengkaji amalan kendiri untuk menyelesaikan masalah dalaman guru (Wong Kiet Wah,
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, 2018). Contoh yang dapat saya kenal pasti ialah
ketika di sekolah tempat saya bertugas, Guru Besar telah mengarahkan saya untuk
menjalankan kajian tindakan tentang PdP yang berlaku disekolah. Kajian yang
dijalankan ialah tentang program yang dijalankan oleh pihak sekolah dan panitia dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid tentang Solat. Kajian yang saya
lakukan adalah melibatkan temubual dan pemerhatian yang dijalankan dikalangan guru
Pendidikan Islam dan murid yang beragama Islam. Selain itu, sambungan yang
dijalankan disekolah telah saya jalankan juga ketika menjalani Program Ikhtisas dalam
Program Diploma Pendidikan Pasca Siswazah (PDPP) di IPG Kampus Sarawak melalui
Kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya telah menjalankan sambungan
kepada kajian saya ketika di sekolah iaitu dalam melihat Pentabiatan Solat murid ketika
di rumah. Melalui kajian ini saya dapat mengenal pasti punca kepada masalah,
seterusnya mencari kaedah penyelesaian dalam menanggani masalah yang dihadapi
oleh guru dan murid.

2.2 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Komuniti Pembelejaran Profesional atau bahasa Inggerisnya ialah Profesioanal


Learning Community merupakan aktiviti bersepadu sebagai menyokong usaha
meningkatkan pencapaian murid dan sekolah. Melalui PLC, para guru akan bekerja
secara koperatif dan berterusan dalam menjalani inkuiri dan kajian tindakan untuk
mengesan pencapaian murid seterusnya berusaha mengambil tindakan untuk
meningkatkan prestasi murid secara holistik (Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, Boon
Pong Ying, 2018). Antara contoh aktiviti PLC ialah seperti Pengajaran bersama rakan
(team coaching), Tunjuk cara dalam pengajaran (Lesson study) dan pelbagai lagi.
Contoh PLC yang pernah dilakukan oleh saya dan rakan sejawat ialah berkongsi dan
berbincang bagi meningkatkan prestasi murid dalam pengetahuan dan kemahiran
bidang Jawi dalam Pendidikan Islam. Selain itu, saya juga pernah berkongsi dengan
rakan Panitia Pendidikan Islam tentang kaedah merakam skrin laptop untuk PdPr dalam
bentuk video menggunakan software tertentu melalui atas talian menggunakan platform
Google Meet.

2.3 Seminar dan Bengkel

Seminar dan bengkel yang kebiasaannya di jalankan oleh pihak PPD, JPN dan KPM
sendiri bagi guru. Seminar dan bengkel yang dilaksanakan adalah dalam bentuk
bersemuka dan atas talian. Ketika bersemuka antara seminar yang dianjurkan di bawah
Unit Pendidikan Islam di PPD Bintulu yang pernah saya hadiri ialah Tahsin al-Quran.
Dalam seminar dan bengkel ini, para peserta didedahkan dengan tajwid dan cara
bacaan al-Quran dengan betul bagi meningkat dan memperbaiki bacaan para guru agar
dapat digunakan ketika PdP di dalam kelas nanti. Selain itu, terdapat juga seminar dan
bengkel yang dilaksanakan secara atas talian di platform seperti SPLKPM, Portal e-
Guru, EPSA dan lain lagi. Contoh yang pernah saya hadiri ialah tentang kursus di
bawah portal SPLKPM tentang pengurusan kewangan yang telah diurus oleh AKPK. Di
dalam bengkel atas talian ini, peserta didedahkan cara mengurus kewangan sendiri agar
tidak muflis dan tertipu. Pelbagai input yang diperoleh bekenaan kewangan yang
diperolehi.

2.4 Coaching and Mentoring

Coaching and mentoring ini ialah di mana guru memperoleh mentor dan guru sebagai
pembimbing dan fasilitator untuk membimbing guru agar dapat dijadikan panduan dan
rujukan kepada guru yang novis sekiranya mempunyai masalah dari segi kawalan
murid, pedagogi, teknik dan kaedah mengajar dan teknik dan kaedah aktiviti yang
terbaik dapat digunakan oleh guru novis ketika di bilik darjah. Contoh yang terdekat ialah
di mana pada bulan April hingga Julai 2021, saya akan menjalani praktikum yang
disedia dan diurus oleh pihak IPG Kampus Sarawak. Dalam praktikum ini, saya diberi
seorang guru mentor untuk membimbing saya sebagai guru novis dalam memberikan
PdP yang terbaik kepada murid.

2.5 Sijil Ikhtisas

Sijil ikhtisas juga dikenali dengan Diploma Pendidikan di mana guru yang mempunyai
kelulusan dalam bidang tertentu telah dipilih melalui pelbagai jenis temuduga dan ujian
sebelum diterima sebagai guru. Selepas di tempatkan di sesebuah sekolah guru
tersebut perlu menjalani Program Diploma Pendidikan Pasca-siswazah (PDPP) di IPG
yang telah ditentukan oleh pihak JPN di mana tempat guru bertugas. Ketika menjalani
PDPP tersebut, para guru didedahkan tentang psikologi, pedagogi, aktiviti, falsafah,
teknologi yang berkaitan murid dan pelajar yang merupakan pemegang taruh dalam
bidang pendidikan ini agar dapat memberi manfaat dan kelebihan kepada guru yang
mempunyai kelulusan ijazah ini. Oleh hal yang demikian, para pendidikan yang
menjalani PDPP ini dianggap sebagai PPB yang menjadi satu wadah dalam
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dapat diaplikasikan di dalam PdP
kelak.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini ialah di mana PPB ini memberi satu keuntungan
kepada para pendidik dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang ada kepada guru
yang dapat digunakan ketika proses PdP yang dijalankan di bilik darjah. Perkara ini perlu
diterus dan ditingkatkan lagi agar ia boleh dimanfaatkan oleh guru. Hasilnya ialah di mana guru
dapat merancang dan memberikan PdP yang terbaik kepada murid dalam menghasilkan
kemenjadian murid seperti yang terdapat dalam Standard 5 SKPMG2 dan seterusnya dapat
meningkatkan potensi yang ada dalam diri murid agar dapat ditonjolkan dalam menjadi generasi
penyambung negara dan memberi sumbangan yang mapan kepada keluarga, bangsa dan
agama.

RUJUKAN
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Siri Pendidikan Guru. Ed. 2. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Brigitte,M. (2009). Towards A New Profesionalisme : Enhancing Personal and Profesional
Development in Teacher Education. Journal of Education for Teaching : International
Research and Pedagogy, 35:1,77 -91.
UNESCO. (2003). Teacher Profesional Development : An International Review of The
Literature. Paris: International Institute for Educational Planning.

Anda mungkin juga menyukai