Anda di halaman 1dari 28

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai


langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi
negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi.
Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut
seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan
usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang
pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan
Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan
dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap
yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda


Pengarang : Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan,
menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada
penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai
usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu
sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha
tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan.

Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan


pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya
guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang
mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu
menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur,
teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah
apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada
setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat
yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran
kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan
mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang
betul dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai
kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai
kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk
membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012)
menyatakan, menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi
dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang
digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama,
mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu
bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan
itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas
untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak
keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka
golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi
semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta
dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran
kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada
ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk
kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap
ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu.
Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan
yang dibuat olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara
ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh
hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion
berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh
Liberman.
Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama
pada zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk
diketahui dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut
Kamus Dewan (1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya
kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang
berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian,
konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan
(1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan
peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion
perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan
latihan khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang
profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan
sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab dan
memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih dan mahir
dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid.

Perkembangan

Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu


pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini
dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana
kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk
memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru
dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati
dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha
memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan
strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara
memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon
Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan
berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti
pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan,
dan cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk
mengawal perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh
diuji semasa sesi temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat
mengesan individu yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak
pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup
tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan
seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah


memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan
langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-
aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi
dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan.
Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih
berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik
untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja
menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi
panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu
sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan
pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan
berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti
kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain
lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang
Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan
profesion keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya
menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah
dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM
(Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program
pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM
adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan
guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang telah
dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut
Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu,
PKPG telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah
menteri yang berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia
memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan
di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua, Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan kepada guru-guru sekolah rendah
untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung pengajian pada peringkat
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula dengan ambilan
November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah
tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang mengikuti
program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan pada
hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya Program
Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut
Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah.
Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim ini merupakan program pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan


profesion keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan
untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor
perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi
Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di
Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan
Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam
perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa
kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem


pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Sistem ini adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan
dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf
sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan
SKPM adalah satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan
profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang dapat meningkatkan standard kualiti
pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau
sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan
supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah yang
bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang
yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi
keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat
kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik
taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan
yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan
telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan
dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di
sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut
Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah
rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

Implikasi

Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan


tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam
segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini
sememangnya sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh
seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang
tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan
peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang.
Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan
dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah
generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat
membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut
mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang
guru. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi.
Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir
minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang
profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau
dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed
ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan
kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang
berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.
Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam
sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa
perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen
perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada
masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara
hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh
diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka.

Cadangan

Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu perkara,


maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa dilakukan. Untuk
melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangan-cadangan yang baik dan
bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan profesion keguruan yang
boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan profesionalisme. Menurut
Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri
dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke
semasa. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh ihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus
Peningkatan Profesionalisme Keguruan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah dengan


meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang terpenting
untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang bermasalah. Kerja mendidik
membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas ini perlu
bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya
sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti
yang tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang


berkesan. Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian teknik
pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan
bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh dijalankan dengan
menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik darjah, menggunakan teknik
refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan
kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (Mok Soon Sang, 1996)

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka
yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik
atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah baik ialah
menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas,
menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara sahsiah atau
tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan profesion perguruan.
Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan ditempat yang
tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru
bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Guru itu juga
harus berkualiti dari segi rohani iaitu mempunyai penampilan dan imej diri yang baik
melalui cara berpakaian, tingkah laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki
tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah


perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development
and Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri)
terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang dipegang
oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini sememangnya
mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam alam sekitar sedikit
sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini
dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan
professional guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan dalam
sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan bengkel
tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan. Guru-guru juga
boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-
perkara yang mereka sama-sama alami, seperti pengajaran untuk KBSM. Dengan
wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih, maka dapatlah mereka sokongan dan
bimbingan daripada rakan-rakan sejawat atau yang berpengalaman dalam perkara-
perkara tertentu. Seandainya segala usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan
sendirinya akan menggalakkan perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita. Ia
meminta guru-guru memikirkan bersama-sama dengan pembuat dasar di Kementerian
Pelajaran cara-cara untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-
sekolah.(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan


kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi matlamat
yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan sekolah yang
cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan tugas berkumpulan
dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja bersama, saling bantu
membantu dan sebagainya dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah dan
warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) kesediaan dan kesanggupan guru
berkongsi kepakaran dan pengetahuan bersama guru lain sudah pasti dapat
mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka
lagi, untuk mencapai matlamat ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang
tinggi dan bersedia untuk berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti
persekitarannya. Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program
Dalam Latihan atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian
kepakaran bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi
dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh
berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau penceramah
dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru berkongsi
kepakarannya bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan Ahmad, 2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya


refektif perlu lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru perlu
meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar
dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan reflektif adalah
sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. amalan ini akan
bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta
membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Guru sebagai pemangkin
perlu memberikan pendedahan amalan reflektif kepada murid supaya mereka dapat
membina daya pemikiran yang analitikal, kritis, dan kreatif bagi menghadapi
perubahan-perubahan semasa.

Rumusan

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat


penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada
banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia
pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan
dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara.
Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan
hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan
dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya
adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan
daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang
cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya.
Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara.
hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia
pendidikan.
Artikel 2

Sejak akhir-akhir ini perbincangan tentang ulama atau guru, peranan dan sumbangnya semakin rancak
diperbincangkan. Banyak pihak cuba memberikan definasi ulama, masing-masing mengikut presfektif
mereka. – Allahyarham Prof Dr Mahmood Saedon,1995

Ulama adalah satu perkataan agung dan mulia dalam Islam, kerana ia difirmankan dan ditujukan oleh
Allah kepada orang-orang yang berilmu, dan NabiNya Shallallahu ‘alaihi wassalam pula menyebut
orang-orang ini sebagai pewaris para Nabi, pelita dunia dan cahaya akhirat. – YB Pehin Datu Seri
Maharaja Dao Paduka Seri Setia Ustaz Hj Awg Abdul Aziz bin Juned, 2005

Kalau mengikut bahasa ulama bererti orang yang berilmu dan sering kali juga dipanggil guru, mereka
ini mustahak diberi peluang dan terlibat langsung dalam pengurusan pendidikan. Jika dikatakan orang
yang berilmu bererti seseorang itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang, manakala menurut
presfektif islam mengikut Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu katanya:
‫الحديث بكثرة العلم ليس‬، ‫هللا خشية العلم إنما‬
Maksudnya:
Ilmu bukanlah dengan banyak hadith atau cakap, tetapi ilmu itu membawa takut kepada Allah. – Dr.
Ahmad dalam az-Zuhd,185

PENGERTIAN GURU

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed
Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ).
Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem
pendidikan itu baik, sekiranya egen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap
tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi, adalah merupakan criteria peribadi
pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan.

Guru atau pendidik ialah ‫ معلم‬. ‫مؤدب‬, ‫ مربى‬atau ULAMAK. Islam juga memberi penghormatan yang
amat tinggi kepada ahli ilmu. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri
sendiri malah juga untuk masyarakat tentang perhubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum
Allah. ( Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif Islam:m.s: 4 )

‫العلماء عباده من هللا يخشى إنما‬


Maksudnya: “ Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya ialah ulamak”
( Surah Fatir, ayat 28 )

SIAPAKAH DIA YANG LAYAK MENJADI GURU

Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pengetahuan
atau kemahiran dalam bidang yang diceburinya itu. Pengetahuan dan kamahiran tersebut boleh mereka
perolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang.
Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru
yang bertauliah.

Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi
insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran
yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya
murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru
menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu
guru. ( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010 : m.s:5-6 )

Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukkan


peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-
kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan
yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan
budi pekerti.

1. Dari segi akal fikiran:

Kelayakan dari segi akal fikiran dan pengetahuan ialah sempurna akal dengan ertikata akil baligh, sihat
berfikir, mempunyai ingatan yang waras, pandangan yang jauh, pengetahuan dan pelajaran yang
banyak dalam perkara pengajaran dan pendidikan serta gemar membaca buku-buku pengetahuan
khususnya buku-buku yang ada hubungannya dengan mata-mata pelajaran yang diajar olehnya.

2. Dari segi tubuh badan:

Kelayakan dari segi kesihatan badan ialah kesempurnaan anggota dan kesejahteraan pancainderanya,
cergas bergerak dan bekerja dan sebaik-baiknya mempunyai rupa yang menarik serta bergaya
senantiasa menjaga kebersihan dan kesegaran badan, pandai mengawal pakaian dan kekemasannya,
tetapi tidak mesti mempunyai kebolehan-kebolehan yang tertentu dalam lapangan olahraga kecuali jika
hendak menjadi guru dalam lapangan.

3. Dari segi Akhlak:


Kelayakan dari segi akhlak dan budi pekerti ialah berbudi mulia dan tinggi, tidak suka mengeluarkan
kata-kata kotor dan membuat perkara-perkara yang luar batas kesopanan, percaya kepada kebolehan
sendiri, berjiwa jujur dan ikhlas, tetap pendirian, ceka[ dan tegas ketika membuat sesuatu, bersifat
pengasih dan penyayang, luas dada, sanggup menerima keritik dengan tenang, tidak cepat marah,
senantiasa meriah dan riah hati, rajin dan tekun menjalani kewajipan, pandai menggalakkan murid-
murid atas kebolehan dan kemajuan dalam pelajaran, permainan dan akhlak, samaada galakkan atau
pemberangsang itu berupa hadiah-hadiah atau kata-kata ucapan yang boleh menambahkan semangat
dan mengembelingkan tenaga yang dinamis mereka. (Guru, ilmu dan pendidikan dalam perspektif
Islam Guru, m.s: 2-4 )

GURU SEBAGAI PROFESION ATAU KERJAYA

Ketika negara-negara di dunia begitu sibuk mengatur strategi untuk berhadapan dengan pelbagai
cabaran dalam era wayarles dan globalisasi, kedengaran juga suara-suara sinis yang masih
mempersoalkan peranan dan fungsi yang dapat dimainkan oleh insan guru yang dianggap mulia ini. (
Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Martabat profesion keguruaan sehingga kini masih dipertikaikan oleh sesetengah pihak dan dalam
keadaan tertentu masih kurang diyakini oleh para pendidik itu sendiri. Ini amat jelas apabila dalam
perbualan seharian, masih terdapat guru yang meragui kategori jawatan yang di sandang oleh mereka
sebagai satu profesion. Pratte et al. ( 1993 ) dalam karya mereka yang berjudul Teachers,
Profesionalisme and Craft menggolongkan guru dalam kategori profesion pekerjaan yang seharusnya
dibezakan dengan kumpulan profesion kepakaran yang lain. Berdasarkan hakikat ini, mereka
berpendapat apa yang harus dilakukan adalah dengan membandingkan pengetahuan yang wujud dalam
profesion yang telah diiktiraf seperti kedoktoran dan perundangan dengan apa yang terdapat dalam
profesion pekerjaan. Pandangan seperti ini mungkin dapat membantu kita untuk menerangkan
keraguan sesetengah guru mengenai fenomena yang dinyatakan di atas. ( Foo Say Fooi : 2007: m.s: 85
)

Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai angkubah terpenting dalam usaha sesebuah
negara mencapai kecemerlangan pendidikannya. Dapatan kajian-kajian terdahulu telah banyak
membuktikan bahawa wujud korelasi positif yang tinggi di antara pencapaian akademik pelajar dengan
peranan guru di bilik-bilik darjah. Justeru, perhatian yang istimewa wajar diberikan kepada guru-guru
kerana sumbangan dan pengaruhnya yang begitu besar terhadap pencapaian pelajar di bilik-bilik
darjah, di samping kemampuan mereka membentuk rupa dan wajah generasi masa hadapan sesebuah
negara. Malah, usaha proaktif juga perlu dilkukan segera kea rah pencapaian taraf professional dalam
kalangan guru di negara ini.( Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s : 149 ).

Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi social
yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman
pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Suatu
profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan
ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. (
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), ‘ profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu.
Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah
pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya
lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif dan
efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat
abad ke-21.

Aspek keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan atau
kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme,
komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid,
Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-4)

Individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diceburinya . Seseorang yang
memiliki kemahiran professional mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi
seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga
mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion keguruan, guru yang
professional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran profesional guru iaitu:
i. Mempunyai ilmu pengetahuan dalam kemahiran yang tinggi
ii. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi
iii. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus mempunyai sahsiah yang
baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap
yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun.

Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang
bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat
dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.

Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat.
Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan
zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta
globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan
kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai
pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti
Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir
serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu,
khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa
isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.

Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu
semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem
pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan
amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai
2010: m.s:6-8 )

CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONAL

Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang
professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dan pengetahuan pedagogi serta
pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan guru yang profesional: ciri-ciri guru yang berkesan seperti mana berikut:
• Bersikap professional
• Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
• Kaya dengan ilmu
• Bertindak atas landasan etika dan tatasusila
• Bermoral teguh
• Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
• Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
• Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
• Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa
• Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa
• Memastikan situasi guru mengajar murid belajar wujud di dalam kelas
• Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunuyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh
• Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
• Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri ( bermoral, berakhlak
mulia, berketerampilan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu ).
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya serta mempertahankan martabat profesionnya
• Menunjukkan kesetiaan kepada kerjaaan, bebas pendirian dan tidak berbelah bahagi
• Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Secara keseluruhannya, guru yang berkesan menampilkan ciri-ciri guru yang professional. Sejauh
manakah masyarakat menganggap guru sebagai seorang professional? Tidak dapat dinafikan bahawa
peranan guru amat penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam system pendidikan
Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. (Noriati A.Rashid, Boon Pong
Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 6, 7 & 10 )

PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN-pecahan kepada tiga individu, keluarga dan Negara

Mungkin ada orang berkata bahawa tugas guru adalah semata-mata untuk mengajar, mencurah dan
memindahkan ilmu pengetahuan. Jika ini peranan seorang guru maka ianya terlalu sempit, ertinya
seorang guru tidak menjadi seorang pendidik tetapi hanya seorang pengajar. Sedangkan pendidik
bukan sahaja menyampai ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, mengasuh bakat yang baik,
mengembangkan bakat tersebut, memberi ilmu pengetahuan dan membentuk ilmu pengetahuan dan
membentuk akhlak, menjadikannya seorang yang akan menunaikan kewajipannya sebagai hamba
Allah dan dalam masa yang sama sebagai Khalifah Allah di bumi .

Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid,
membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang
diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing
murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq.
Inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan.
Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam
Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )

Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan
ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau
memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia:
memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-
pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan
menjadi agen perubahan.

Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu
penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru
itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada
semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang
tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk
menjadi guru yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping
mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai,
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak
diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam
pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )

Kaum guru merupakan anggota sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam
sebuah sekolah tidak kurang pentingnya, malah amat penting dari segi aspirasi dan matlamat sekolah.
Antara peranan-peranan guru ialah:
1. Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan
melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.
2. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar
secara individu atau berkumpulan.
3. Sebagai pengurus bilik darjah seperti mengurus rutin bilik darjah, menentukan corak penyusunan
meja-kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
4. Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan
ini akan membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga
mereka.
5. Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka
membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarat.
6. Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-
nilai murni yang ditonjolkan oeh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid.
7. Sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid yang
menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi.
8. Sebagai penasihat dalam aktiviti kokorikulum dengan membimbing mereka menjalankan aktiviti
sekolah.
9. Sebagai pemeriksa dan penilai seperti memeriksa buku kerja murid , kertas ujian dan peperiksaan,
dan berdasarkan hasil pemeriksaan, menilai prestasi murid serta mengenal pasti kelemahan yang
terdapat dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan punca kelemahan yang telah dikenal pasti, guru
dapat merancang aktiviti pemulihan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi.
10. Sebagai kerani seperti melakukan kerja-kerja menaip kertas-kertas soalan yang disediakan,
merekod markah-markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan, menulis surat
kepada ibu bapa dan kerja-kerja kerani yang lain.
11. Sebagai pelajar dengan mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan dari
semasa ke semasa untuk meningkatkan mutu pengajaran.
12. Sebagai pembantu pentadbir sekolah menjalankan tugas-tugas yang diagihkan oleh Guru Besar.
13. Sebagai pegawai perhubungan di antara Guru Besar dengan murid, dan diantara pihak sekolah
dengan ibu bapa. ( Mok Soon Sang : 1993: M.s: 158-159 )
Guru akan menstrukturkan pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat
tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Murid juga
digalakkan untuk menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu, murid digalakkan untuk
membuat penemuan melalui sesi soal jawab, dialog atau perbincangan dengan mengemukakan soalan-
soalan yang bercapah. Untuk melakukan aktiviti tersebut murid perlu dikawal berdasarkan peruntukan
masa yang cukup agar mereka dapat membuat perkaitan idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru
perlu mengetahui cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan
membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang tepat. ( Mohd Yusof Abdullah et al : 2009: M.s:
18 )
Peranan dan fungsi guru ini dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa
sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Oleh itu, profesion keguruan di semua negara tidak harus
ketinggalan di belakang dan menjadi obsolete dalam membantu negara mengejar arus pembangunan.
(Mohd Yusof Abdullah et al: 2009: m.s: 153-154 ).

Bidang perguruan merupakan bidang yang unik kerana ia membawa pengertian moral. Guru
seharusnya memainkan peranan sebagai ejen moral di sekolah. Dengan demikian, kewajipan mereka
bukan sekadar menyampaikan pengetahuan agar pelajar mereka lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Tugas mereka adalah untuk mendidik kanak-kanak dan membantu melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Tugas mendidik menuntut agar guru-guru mementingkan perkembangan pelajar secara holistic.
Domain yang diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk komunikasi, kognitif,
afektif dan social. Elemen-elemen pengetahuan yang perlu diterapkan dalam kurikulum di sekolah pula
adalah pelbagai seperti pengetahuan kandungan, pengetahuan penyelesaian masalah , pengetahuan
epistemic, dan pengetahuan inkuiri. Guru yang dianggap sebagai fasilitator telah diamanahkan untuk
memastikan semua perkara ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Hakikat ini membawa implikasi
bahjawa keupayaan dan kebolehan intelektual guru semasa menjalankan tugas mereka merupakan
factor penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. ( Foo
Say Fooi: 2007: m.s: 100 )

Sesungguhnya para guru berkhidmat kepada seluruh manusia. Mereka meninggalkan bekas mereka di
setiap lingkungan yang mereka terjuni. Sebagaimana pengaruh mereka terhadap kehidupan masa depan
beberapa orang yang akan terus berlangsung bersama orang –orang tersebut bertahun-tahun bahkan
boleh menjadi hayat dikandung badan. Para guru itu berperanan besar dalam mencetak kehidupan
setiap orang yang pernah mengecap bangku sekolah.

Alangkah tinggi derajat yang digapai oleh seorang guru, hingga Allah Subhanahu Wata’ala berselawat
kepadanya, begitu juga Malaikat-malaikat yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah terhadap apa
yang diperintahkan kepada mereka. ( Dr. Muhammad Abdullah Ad-Duweisy: 2008: M.s: 9 & 11 )

GURU SEBAGAI PEMIMPIN – buku jejak2 MS 103 – Metodologi Kepimpinan


Yang kita maksudkan dengan kepimpinan ialah bagaimana seseorang itu berjaya diterima oleh orang
lain untuk memimpin, dengan kelebihan yang ada padanya itu sehingga ianya dijadikan ketua yang
boleh mempengaruhi orang yang dipimpinnya sehingga orang yang mengikutnya melakukan sesuatu
mengikut arahan dan kehendaknya.

Rasulullah ialah pemimpin umat Islam dalam erti kata umat Islam mengakui Baginda sebagai Nabi,
Rasul yang memimpin mereka di mana arahan dan perintah Baginda dipatuhi dan dihormati, golongan
yang dipimpin oleh Baginda iaitu orang-orang yang mengakui kenabian dan kerasulan Baginda atau
golongan mukmin. Matlamat daripada adanya kepimpinan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ini
iaitu kepimpinan Islam ialah keredhaan Allah Subhanahu Wat’ala.

Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan.
Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk
bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang
menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah
gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki
Bim Miskon: 2010: m.s: 205 ). Pada abad ini, peranan guru sebagai pemimpin dalam pendidikan amat
ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Mereka ingin menyumbang
kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas, diluar ruang lingkungan pelajar yang
diajar oleh mereka. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 109 )

Seorang pemimpin seharusnya mempunyai pengikut. Pemimpin juga mempengaruhi pelakuan pekerja
dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat. Manusia patut digalakkan untuk menanam kigigihan,
keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan kumpulan sambil
memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat organisasi. ( Syed Ismail
Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: 2010: m.s: 207 ).

Dalam teori kepimpinan Islam, pemimpin bukan hanya merupakan orang yang dipatuhi arahan dan
perintah-Nya tetapi ianya juga merupakan orang yang diikut tingkah laku dan perbuatannya. Ini
bermakna bukan setakat ‘qiadah’ atau pemimpin tetapi ianya juga merupakan ‘qudwah’ iaitu ikutan
dan juga contoh tauladan iaitu ‘uswah’. Ini jelas dinyatakan oleh Al-Quran dalam beberapa ayat dan
hadith yang memerintahkan kita taat dan patuh untuk melaksanakan perintah dan arahan Baginda
Rasulullah, tidak mencabul tegahan Baginda, lebih jauh daripada itu hendaklah kita menjadikan
Baginda sebagai qudwan dan uswah hasanah.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:


Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Wat’ala, kamu memperkatakan
sesuatu yang kamu tidak melakukannya ( Al-Saff, Ayat 2-3 )

Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan,
perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah
yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya, pertindihan di antara perkataan dengan tindakan
hendaklah serasi. Sikap ‘double standard’ adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Sikap
seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan. Dalam ayat yang
lain Allah Subhanahu Wata’ala berfirman maksudnya:
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu
sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wata’ala tidaklah kamu berakal ( Al-
Baqarah, ayat 44 ).

Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan memberi
nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa yang
dikatakannya itu. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan mengamalkan
apa yang diteori ,diarah dan dikatakannnya terlebihn dahulu.

Selain apa yang telah disebutkan di atas, seseorang pemimpin itu hendaklah bersifat dengan sifat
terpuji seperti sabar, tegas, berani, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, tawaduk, wara’, berilmu,
berkeupayaan, amanah, adil, mengutamakan kepentingan orang yang dipimpin, jujur, ikhlas pemurah
tetapi tidak boros sentiasa berusaha untuk mempertajamkan bakat pimpinannya, mengamalkan prinsip
syura, senantiasa berfikir dan berusaha kearah yang lebih baik dan sempurna, tidak kasih kepada dunia,
dan menjadikan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai matlamat kepimpinannya. Dalam masa
yang sama hendaklah meninggalkan sifat-sifat yang negatif. ( Jejak-jejak: 2003: m.s.103 – 104 )

GURU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Guru di dalam Islam mempunyai peranan yang besar dan penting di dalam mentarbiyyah murid-
muridnya agar mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, tahu halal dan haram. Guru terus berperanan
memimpin mereka untuk mendapat keredaan Allah, masuk ke syurga dan bahagia di dunia dan akhirat.

Menurut Islam, ilmu yang diajarkan oleh guru-guru itu hendaklah ilmu yang bermanfaat, ilmu tersebut
sama ada berbentuk ilmu fardhu ain atau ilmu fardhu kifayah. Ilmu ini bermakna ilmu yang boleh
mendorong seseorang itu berfikiran matang, berpengetahuan dan berpandangan jauh yang mana ilmu
tadi mendatangkan kebajikan kepada manusia dan alam seluruhnya dan boleh mendekatkan dirinya
kepada Allah dan Rasulnya.
Hasrat dan cita-cita almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Almarhum Sultan Omar Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddein diteruskan dan dipertingkatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan membina Sekolah-sekolah agama khas, disemua daerah
di Negara ini, serta berkenan meninigkatkan taraf guru-guru agama tempatan sebanding dengan guru-
guru agama dari luar negeri iaitu, dengan menubuhkan pusat latihan perguruan Ugama dinamakan
sebagai Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan.( Dipetik dari: kata aluan-aluan Yang Berhormat
Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Hj Serudin
Menteri Hal Ehwal Ugama dalam buku ‘ Perkembangan Persekolah Agama Di Negara Brunei
Darussalam Dari tahun 1956-1984’ yang dirulis oleh Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin
Mohd. Daud )

Dengan tertubuhnya institusi latihan perguruan dan penaikan tafar institusi tersebut pada menjadi
sebuah Kolej univedrsiti dengan nama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan juga
agensi-agensi pengajian Islam, Jabatan Masjid, Pusat Da’wah Islamiah dan Jabatan Mufti disamping
institusi-institusi lain yang mempunyai maksud visi, misi dan matlamat yangh sama dalam mendidik
masyarakat Brunei. Ini bererti peluang untuk masyarakat mendapatkan didikan agama adalah terbuka
luas. ( Kertas Kerja Usataz Mazne Bin Hj Othman ).

Guru adalah melaksanakan tugas yang berat tetapi mulia. Menjadi guru bererti mengajar dan
mencurahkan ilmu yang bermanfaat, di samping mendidik dan mentarbiyyah murid-murid agar
berakhlak mulia. Tugas ini sebenarnya tugas yang telah dipikul oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul
sebelum ini.

Firman Allah Subhanahu Wataa’la bermaksud:

“ Wahai Tuhan Kami!. Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajikansanaan, dan membersihkan (hati
dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana”

Ayat di atas adalah doa Nabi Ibrahim Alaihis salam bagi negeri Mekah Al-Mukaramah dan
penduduknya. Baginda telah berdoa agar Allah Subhanahu Wataa’ala mengutus dari kalangan mereka
seorang Rasulullah yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mengajar isi kandungan
Al-Quran, al-hikmah dan membersihkan jiwa mereka serta mentazkiah diri mereka. ( Peranan Guru
dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 10 – 11 )

Sebagai pendidik, guru memerlukan sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Antara sifat-sifat
harus dimiliki oleh guru ialah:

1. Sifat Zuhud
Sifat zuhud iaitu mendidik semata-mata kerana mencari keredaan Allah.
Bertolak dari kewajipan sebagai penyampai ilmu, para guru perlu disemai dengan sifat-sifat zuhud
dalam dirinya. Bersifat zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana balasan kebendaan
atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredaan Allah. Namun demikian ini bukan
bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu tetapi, kemuncak matlamat kerja yang
dilakukan itu seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan, kerana itu akan membahayakan
peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.

2. Kebersihan Diri.
Guru sebagai pendidik hendaklah berjiwa bersih dari segala kekotoran adat atau syarak iaitu
mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak,
pemarah atau mempunyai sifat-sifat lain yang keji.

3. Keikhlasan Dalam Bekerja.


Dalam urusan pekerjaan, sifat keikhlasan adalah suatu unsure penting yang menbdorong kearah
kejayaan satu-satu perkhidmatan atau pelajaran, bagi seorang guru, antara cirri-ciri keikhlasan yang
perlu wujud dalam dirinya ialah:
i. Guru mesti melaksanakan setiap janji yang dibuat.
ii. Tingkah laku seorang guru tidak boleh bercanggah dengan ilmu yang diajar.
iii. Amanah hidupnya semata-mata untuk ilmu yang dibawa.
iv. Tidak segan untuk mengakui sesuatu yang tidak diketahuinya.
v. Cuba mencari dan mendalami lagi sesuatu bidang yang tidak diketahuinya.

Ahli ilmu yang sebenar sentiasa merasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berterusan
berusaha untuk menambahkan ilmu. Dalam hubungan ini, guru itu akan merasa dirinya sebagai murid
yang sedang mencari kebenaran.

Dalam Islam ahli ilmu diberi kebebasan dalam mengkaji dan mempertingkatkan diri dalam bidang
keilmuan. Tidak ada petak-petak tertentu yang dibataskan dalam kajian ilmu. Hal ini terletak kepada
kemampuan individu untuk mendalaminya. Disiplin keilmuan tidak mengikatnya dalam ruang dan
batas yang sempit. Pengkhususan bidang bukan menjadi penghalang kepada bidang-bidang yang lain.

4. Mempunyai Sifat Helem.


Guru mestilah mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun disamping boleh menguasai diri dan
dapat melayani muridnya dengan penuh perhatian dan sabar. Seorang guru juga tidak mudah marah
atau berang dengan perkara-perkara kesilapan yang kecil.

5. Guru Perlu Menjaga Kehebatan Dan Kehormatan Diri.


Guru hendaklah mempunyai kehebatan diri pada pandangan murid. Ini boleh dilakukan dengan
menjaga peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayani hati orang dalam pergaulan. Guru
juga tidak boleh melibatkan diri dengan suasana yang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya,
samada dari segi pakaian, perbuatan atau percakapan.

6. Guru Sebagai Bapa Dalam Menghadapi Setiap Muridnya.


Guru mesti mempunyai perasaan kasih terhadap setiap murid sebagaimana ia kasih kepada anaknya
sendiri. Untuk itu ia perlu memahami latar belakang muridnya supaya ia dapat melayan mereka dengan
sebaik-baiknya terutama bagi pelajar-pelajar yang dating dari keluarga yang miskin. Dengan layanan
sedemikian, sekurang-kurangnya dapat menimbulkan rasa saying dan hormat gulungan murid kepada
guru. Kesemua ini akan memudahkan lagi bagi guru untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada
mereka kerana ikatan mesra telah terjalin erat.

7. Guru Mesti Memahami Tabiat Muridnya.


Guru hendaklah memahami dengan jelas akn latar belakang dan kemampuan muridnya. Dengan
berbuat demikian ia bukan sahaja dapat menyesuaikan bahan dan cara penyampaian kepada murid-
murid malah dapat juga melayani mereka dengan sebaik-baiknya.

8. Kemampuan Dalam Keilmuan.


Guru hendaklah mempunyai persediaan yang cukup dalam bidang ilmu yang diajar kepada muridnya.
Dia hendaklah sentiasa membaca dan mengkaji supaya apa yang disampaikan itu tidak dirasakan beku
atau mendatar. Dengan kemampuan yang baik dikalangan guru-guru maka akan lahirlah kepercayaan
kepada murid dan ibu bapa. ( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 6 – 12 )

CABARAN GURU- Inovasi dan perubahan dalam pendidikan – di dalam buku Guru dan Cabaran
Semasa
Ketibaan abad ke-21 membawa bersama perubahan yang serba canggih serta menjanjikan satu zaman
yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, beberapa elemen utama perlu diambil kira misalnya kadar
literasi masyarakat yang semakin meningkat, kemajuan teknologi maklumat dan komputer yang
semakin canggih, serta dapatan terkini dalam kajian tingkah laku manusia. Semakin ramai pekerja hari
ini mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi serta kemahiran yang lebih spesifik berbanding
dengan dua dekad yang lepas. Peranan pemimpin kini menjadi semakin rumit dan harus mengambil
pendekatan yang lebih relevan agar keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan.

Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan kemahiran untuk
menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa. Corak kepemimpinan
teragih, pengupayaan dan keputusan kolektif lebih mendapat sambutan dan penerimaaan dalam
kalangan organisasi masa kini. Pemimpin yang rigid dan tidak mampu menyesuaikan diri untuk
menghadapi cabaran baharu akan menemukan kegagalan. Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan
mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan
untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang
perlu ditangani dan diatasi untuk memastikan keberkesanan kepemimpinan terus berkekalan. ( Noriati
A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 111 )

Pembelajaran pada abad ke-21 ini bukanlah hanya memerlukan seseorang guru itu meluahkan semula
segala isi pelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Jika ini berlaku maka murid yang dilahirkan
akan bersifat statik di mana mindanya dipenuhi dengan segala bentuk fakta tanpa dapat diaplikasikan
dalam kehidupan yang sebenar. Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan guru menjadi
pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan berkolaborasi. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai
2010 : M.s: 227 )

Seseorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar dalam sesuatu mata pelajaran haruslah
membuat persiapan yang rapi untuk dijadikan sebagai rancangan semester, mingguan dan harian.
Perkara ini dititikberatkan kerana asasnya fungsi sesuatu pengajaran itu adalah untuk menyamoaikan
ilmu dan kemahiran secara efektif serta menyeronokkan sehingga berlakunya suatu perubahan diri
murid tersebut.

Pada peringkat perancangan, seseorang guru harus mengambilkira aspek hasilan pembelajaran. Hasil
pembelajaran ialah bentuk perubahan yang dikehendaki dalam sesuatu pengajaran sama ada perubahan
dari segi ilmu, kemahiran yang dijelmakan melalui tingkah atau minda murid. Penentuan ini dapat
menjadikan pengajaran guru lebih berfokus, menepati masa serta memudahkan guru memilih bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan pengajaran. Aspek perancangan ini akan membantu guru untuk
memilih strategi yang inovatif dalam pengajaran yang bakal dilaksanakan kelak.

Guru yang inovatif dan kreatif sentiasa bersedia mengubah gaya pengajarannya seperti kita menukar-
nukar fesyen pakaian supaya sentiasa kelihatan tampan, segak, kacak dan kemaskini. Perubahan ‘
fesyen ‘ dalam pendidikan nampaknya semakin menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Untuk mencapai hasrat tersebut, seseorang guru seharusnya berupaya mengahadpi cabaran secara
positif dengan mengambil langkah menimba ilmu dan kemahiran untuk penyuburan dan pemantapan
diri dalam usaha mengaplikasikan pelbagai kemahiran dengan menggunakan strategi
Inovatif dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, setiap guru harus berusaha untuk
menimbulkan keseronokan belajar kepada murid. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin
Miskon : Julai 2010 : M.s: 228 )

Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri-ciri kepimpinan
bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Drath dan Palus ( dlm, Yukl, 2002 ) mengatakan
kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang
akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, ( dlm Yukl, 2002 ) kepimpinan adalah keupayaan
seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain menyumbang
kearah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut,
kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang
berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha kearah keberkesanan dan
pencapaian matlamat organisasi. Namun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru adalah setakat
mana guru boleh bertindak untuk mempengaruhi murid supaya boleh belajar dan berubah? Murid boleh
mudah terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbingan guru. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 240 )

Perkembangan semasa menjadikan guru perlu melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di
bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, tetapi amalan para pendidik masih
lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif murid dan memberinya
peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri. Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap
pasif murid menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa murid juga mungkin kecewa
dengan gaya pengajaran guru. Raiff ( 1992 ) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang
murid dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kecewaan
murid tersebut.

Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indicator bagaimana seseorang
murid belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi
pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang murid memberikan maklumat
tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran.

Dalam pembelajaran individu, Ingham ( 1992 ) dan Wan Zahid ( 1993 ) mengesyorkan agar para guru,
murid dan ibu bapa memahami gaya pembelajaran murid dan mengaggap perbezaan yang ada pada diri
seseorang murid itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu
secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematik amat
diperlukan memandangkan gaya belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam
pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program disesuaikan dengan gaya
belajar murid, pencapaian akademik dan sikap murid akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah
berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari
dengan pendapat tersebut Wan Zahid ( 1993 ) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran
disesuaikan dengan gaya belajar individu.

Biar apa sahaja persepsi orang terhadap profesion perguruan tetapi sebagai seorang guru, tugas dan
tanggungjawab adalah terletak kepada kemahiran mendidik anak-anak. Biar setinggi mana ijazah yang
dimiliki tetapi jika seseorang guru tidak memiliki kemahiran yang sewajaranya maka perkataan seperti
‘ pengajaran cikgu membosankan’ akan keluar dari mulut murid-murid yang mungkin memberi
gambaran bahawa pengajaran guru tersebut tidak berkualiti bukan hanya dari aspek isi pengajaran atau
perancangan tetapi dari aspek strategi sistem penyampaian.

Bagi menangani masalah ini seseorang guru terutamanya bagi mereka yang baru dalam bidang
profesion perguruan ini harus mempunyai beberapa kemahiran sebagai nilai tambah dalam proses
mewujudkan pengajaran yang berkesan. Dick & Reiser ( 1990 ) pernah mendefinisikan pengajaran
berkesan iaitu selain daripada kemampuan menerapkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, guru juga
harus mampu mewujudkan keseronokan belajar dalam kalangan murid. Keseronokan belajar para
murid akan lebih mudah diwujudkan jika guru berjaya menjadi seorang guru yang inovatif.
( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 224-226 )

Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah teori kepelbagaian kecerdasan ( multiple intelligence
theory ) oleh Howard Gardner ( 1983 ) yang berkaitan dengan kecerdasan spatial, kinestetik, linguistik,
muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan
banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah gaya
pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar
berasaskan gaya pembelajaran murid? ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon :
Julai 2010 : M.s: 232 )

Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan
kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan
dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali
berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan
pengkhususuan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan
pembelajran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. Ini semua akan
mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada
guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati
kebanyakkan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa brhadapan dengan pelbagai tugas
sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input
mengenai perubahan dalam pendidikan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon :
Julai 2010 : M.s: 241 )

Guru juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ‘ rapport’ bersama murid. Masalah ini akan
lebih ketara bagi guru permulaan. Perhubungan antara guru dengan murid di dalam bilik darjah perlu
diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang
guru mengamalkan tingkah laku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerlukan kemahiran,
keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia
murid dengan hasrat memperngaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia murid dapat
menghasilkan persefahaman dengan murid khususnya pada taraf emosi yang mesra. Namun begitu
cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk membina hubungan yang dimaksudkan itu. Bukan
semua guru dapat melaksanakannnya. Jika guru berjaya mengatasi cabaran tersebut, akhirnya dua
pihak yang terlibat akan saling bersedia serta sanggup berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama. (
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 242-243 )

Perkembangan teknologi semasa juga memberi kesan kepada penggunaan teknologi dalam bidang
pendidikan. Kesedaran terhadap kepentingan teknologi telah mendorong kepada perkembangan
konsep-konsep baru dalam pendidikan seperti on-line learning, e-learning, virtual learning dan
sebagainya telah mula diperkenalkan. Teknologi Pendidikan juga boleh digunakan untuk keperluan
perkembangan professional guru. Menurut Grant ( 1999 ), perkembangan profesionalisme dalam
bidang teknologi pendidikan mestilah dapat membantu guru menjadi lebih produktif, professional dan
memberi mereka kepercayaan bahawa teknologi berkenaan akan membawa manfaat kepada mereka
khususnya dalam pengajaran. Penggunaan teknologi seharusnya dapat meningkatkan kualiti profesion
mereka. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 234 )

Killion ( 1999 ) kemudiannya menjelaskan bahawa guru mestilah perpengetahuan serta berkemahiran
menggunakan ICT dan mengintegrasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
diaplikasikan di bilik darjah. Namun begitu Cuban ( 1995 ) pula menjelaskan bahawa apa yang menjadi
masalahnya adalah sebab kurang penggunaan ICT di sekolah ialah ketidaksediaan guru untuk
menggunakannya di dalam pengajaran mereka. Sepatutnya guru harus bersedia untuk menggunakan
teknologi sebagai sebahagian daripada proses dan aktiviti yang direkabentuk untuk meningkatkan dan
menambahbaik pengetahuan, kemahiran dan minat murid terhadap pembelajaran mereka. ( Syed Ismail
Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 236 )

Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dapat membantu murid secara individu dan secara
berkumpulan. Ini dapat dijalankan denan menggunakan komputer melalui Arahan Program. Murid
boleh belajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka., Ini adalah penting supaya
murid tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua murid
terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka dapat mengikuti
pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan
murid ‘lemah’ untuk membaiki kelemahan dam pembelajaran mereka. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 237 )

Penggunaan multimedia dalam pengajaran juga banyak membantu guru untuk mencapai objektif
pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan
pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial boleh disampaikan oleh guru atau
tutor, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini, tutor akan mempersembahkan maklumat,
mengemukakan soalan atau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum
balas, memberi maklum balas yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat
menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid
dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 238-239 )

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta
kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang
lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan
kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna
dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru
dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke
arah melahirkan seorang murid berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan
jasmani serta hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan
pada Tuhan. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 246 )
CARA MENINGKATKANNYA

Setiap individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama harus
meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka perlu bekerja keras bagi
memastikan objektif setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan
murid di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat pengiktirafan masyarakat. ( Syed Ismail Bin Syed
Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 : M.s: 141 )

Keberkesanan sesuatu pengajaran terletak kepada berlaku atau tidaknya pemindahan pelajaran.
Pemindahan pelajaran ialah suatu proses pembelajaran tentang perkara-perkara yang telah dipelajari
pada suatu keadaan yang dapat digunakan dalam keadaan yang lain. Pemindahan pembelajaran ini ada
yang bercorak positif dan ada yang bercorak negatif. Pemindahan pembelajaran yang bercorak positif
berlaku apabila pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi dapat membantu atau memudahkan
pembelajaran yang lain dan dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada orang perseorangan
misalnya kemahiran matematik dapat membantu dalam pembelajaran ilmu perdagangan. Pemindahan
negatif pula berlaku apabila pembelajaran asal menganggu atau menghalang pembelajaran seterusnya.
Misalnya pengetahuan bahasa Malaysia mungkin menganggu pelajaran bahasa Inggeris.

Keberkesanan pembelajaran juga bergantung kepada pengolahan teknik yang berkesan, kesesuaian
bahan serta alat bantu yang dapat merancang dan menggalakkan murid-murid berfikir, berkomunikasi
dan berinteraksi.

Guru berkesan tidak mengajar mengikut satu cara sahaja tetapi mereka mempunyai pelbagai teknik,
tingkah laku mengajar dan kemahiran mengajar yang bergantung kepada keperluan pelajar, bentuk
mata pelajaran dan kompleksiti hasil pembelajaran. Antara komponen dalam keberkesanan pengajaran
termasuklah kebolehan berkomunikasi dan kemahiran mengajar yang perlu seperti kemahiran
merancang dan menyediakan pelajaran, menerangkan dengan jelas, mewujudkan persekitaran kondusif,
mengurus bilik darjah dengan menggunakan masa secara optimum, menangani konflik dan menilai
prestasi mengajar sendiri. . ( Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )

Keberkesanan banyak bergantung kepada faktor guru. Guru harus cekap, bermotivasi, mempunyai
sifat-sifat kepimpinan, rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Sesuatu pengajaran tidak akan
memberi kesan sekiranya tidak ada kesediaan pengajaran, kurangnya galakkan dari guru terhadap
murid-murid, tidak ada ganjaran atau denda yang digunakan, kurangnya interaksi antara guru dengan
murid dan sebab-sebab yang lain. (( Guru, Ilmu dan pendidkan dalam Perspektif Islam: 1997 : m.s: 19
– 20 )

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara dan umat ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-metod pendidikan secara berkesan dan berhikmah harus
diperrkemaskinikan dari semasa ke semasa. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan progresif dan inovatif. (
Kertas Kerja oleh Ustazah Hajah Zaliha Binti Haji Ibrahim. M.s: 16 )

Menurut Sufean hussin 1993, guru yang berkesan akan melibatkan diri secara menyeluruh terhadap
perkembangan pembelarajan murid, sekolah dan masyarakat. Justeru itu, mereka akan memberikan
sepenuh komitmen terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian besar masa seorang guru
dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas. ( Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon : Julai 2010 :
M.s: 147 )

Model Slavin ( 1989 ) menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama mempengaruhi pengajaran
yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran ( pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantuan
mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta
mingikut aras kebolehan pelajar ), insentif ( perancangan isi pengajaran serta memberikan motivasi
sama ada ganjaran atau dendaan) dan masa ( engaged time dan time on task ). ( Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 9 )
The National Board of Professional Teacher Standards ( 1993 ) di Amerika Syarikat telah mengenal
pasti lima domain yang wajib dimiliki oleh guru-guru, iaitu:

1. Guru perlu komited terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru cukup berkemahiran dalam bidang masing-masing dan tahu cara untuk menyampaikan kepada
pelajaranya.
3. Guru bertanggungjawab untuk mengurus dan memantau pemnbelajarn pelajarnya.
4. Guru berfikir secara sistematik semasa menjalankan tugasnya dan sentiasa mempelajari daripada
pengalaman masing-masing.
5. Guru sentiasa mengambil bahagian dalam situasi pembelajaran sesebuah komuniti. ( Mohd Yusof
Abdullah et al.: 2009: m.s: 157 )

KESIMPULAN.
Pada akhirnya kita dapat mengatakan bahaa kekuatan falsafah pendidikan Negara kita adalah kerana ia
berpijak di bumi nyata berdasarkan reality kehidupan kita sebagai umat Islam yang mendukung al-
quran al-karim dan as-Sunnah dan mengikuti aliran Ahli Sunnah Waljama’ah yang sederhana. Falsafah
pendidikan Negara kita ini bukan tercipta di awing-awangasn atau di alam khayalan, sebaliknya adalah
pancaran dari perlembagaan Negara Brunei Darussalam, dari Watiqah Permasyhuran Kemerdekaan
Negara kita, dari falsafah Negara kita, dari sikap dan pandangan raja kita Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan ayahanda baginda iaitu al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implemintasikan sepenuhnya insya allah akan
dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang anasir negative
yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang
kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan lain-lainnya
kerana falsafah itu tidak sedikitpun menghalang kemajuan duniawi juga tidak menghalang untuk kita
menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat ada mnyatakan: Bekerjalah kamu
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Ini
bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya
adalah jelas bahawa kejayaan umat Islam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka
mahu cemerlang di dunia dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut
menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata
itulah yang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain. ( Pendidikan &
profesionalisme: 2006: m.s: 85-86 ).

Bagi kita pemimpin teragung contoh dan ikutan utama ialah Baginda Rasulullah Sallahu Alaihi
Wassalam insan kamil, ulama dan pewaris mereka. Menjadikan Islam sebagai hidup dan Al-Din,
merupakan tuntutan syara’ daripada itu kita hendaklah berusaha kea rah itu, dengan demikian peranan
ulama adalah penting dalam kepimpinan semua bidang.

Kelesuan dan kelemahan ulama untuk berfungsi seperti yang sewajarnya dan menjalankan tugas
mereka sebagai pewaris para Nabi dan Rasul adalah natijah daripada beberapa factor luaran dan
dalaman ummah dan ulama itu sendiri.

Kita hendaklah berusaha ke arah mengatasi kelemahan dan kelesuan ulama agar mereka berfungsi dan
berperanan seperti yang sewajarnya. Di antara cara berkesan untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah
dengan mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu, diantara wahyu dengan akal, ilmu, iman
dengan amal, rohani, akli, jasmani dengan akhlak, agama dengan sains, ilmu Fardu Ain dengan ilmu
Fardu Kifayah dan penekanan tugas manusia sebagai khalifah dan dalam masa yang sama sebagai ‘ abd
‘ yang salih.

Penekanan kepada penguasaan bahasa Arab hendaklah dipentingkan untuk membolehkan ulama
merujuk kepada sumber asal dan asas Islam dan Islamisasi ilmu hendaklah dilakukan dengan segera
dan dengan lebih berkesan. ( Jejak-jejak ; 203: M.s; 105 )

HM Jaya / H Nom
Artikel 3

PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION.


TAJUK :
BINCANGKAN.
1. Pengenalan
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan
aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa
mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan
kesejahteraan negara.
Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata
Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk
memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai
murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.
Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik
memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan
negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau
dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya
diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan
pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi
dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa
ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum
Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai
‘Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders’. Di dalam symposium tersebut perbincangan
mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948).
Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk
mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu
pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik
merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi
juga masa kini.

2. Konsep Profesion dan nilaitaranya


Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati
otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang
berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai :
Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas
yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai
outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.
Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had
Salleh 1980 ).
Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya
setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut
.Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion


3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali
dalam sesuatu tempoh masa yang panjang.
Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau
Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah
kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia
mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru
juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid
dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa
bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang
membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah
kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh
masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing
di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada
masyarakat.

3.2 Mempertingkatkan Profesionalisme


Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan
amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu
kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke
semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan,
guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus
Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi
seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian
mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha
kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya
yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)

3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan
Kreatif
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak
bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam
melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-
perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh
diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program.

3.4 Mahir Menggunakan IT


Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman,
perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi
dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa
cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para
guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan
kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang
maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan
sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin,
guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia
semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya
akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara
bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi
maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat
telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam
kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah.
Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk
kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan
komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang
pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-
pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru (
Mok Soon Sang, 1996).
Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik
dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan
pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon
bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan
di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa
disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam
perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak


Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-
isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas.
Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah
satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara
memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan
pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak
akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak.
Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada
yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah,
penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya
; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara.
Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam
menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga
perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.
Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu
diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar
menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati
oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh
guru terlebih dahulu.

4. Penutup
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang
dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan
sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan
yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak
bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,
kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam
perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah
bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion
perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah
mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti
doktor, peguam dan arkitek?
Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan
sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu
Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
(UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada
peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Rujukan

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang
dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai