Anda di halaman 1dari 77

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

PRKA2031
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Nama : SITI MAISARAH BINTI HASSAN


No. K/P : 910707-03-5470
Angka Giliran : 2020122400066
Program : PDPP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 3
Nama Pensyarah : DR. SUHAIMI BIN MUHAMAD
Tarikh Hantar : 28.02.2021
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:_______________________ Tarikh: 28.02.2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop

Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

MODERATOR
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tandatangan Pelajar

………………………………………
( SITI MAISARAH BINTI HASSAN )

Tarikh : 28.02.2021
* Sila potong yang tidak berkenaan
1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN
2.0 BIODATA

Bil Item
2.1 Nama IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim, Johor Bahru

2.2 Gambar

2.3 Nama Pelajar Siti Maisarah Binti Hassan


2.4 No. Kad Pengenalan 910707-03-5470
2.5 Alamat Tetap Lot 13015, Batu 3, Jalan Kuala Pilah, Ampangan
70400 Seremban, Negeri Sembilan
2.6 No. Telefon dan E-mel 010-2279346 / sitimai07@gmail.com
2.7 Ambilan & Pengkhususan PDPP Ambilan Jun 2020 / Pendidikan Islam
2.8 Tahun dan Semester Tahun 2021 Semester 2
2.9 Tarikh PBS 24 Januari – 4 Februari 2021
3.0 PENYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi
dalammembangunkan modal insan secara holistik melalui pelbagai pendekatan di dalam sistem
pendidikan di Malaysia. PBS merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi
pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui pelaksanaan PBS ini, ia dapat memberikan kefahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru dengan menguasai ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengalaman nilai, etika serta
modal yang tinggi seperti yang tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Misi Nasional. PBS juga memberi peluang kepada pelajar
memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam kelas melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah.
Melalui PBS, pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid,
pengurusan kelas dan tugas sebenar seorang guru.

Dalam penulisan laporan PBS ini, ia merangkumi pemerhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian dari aspek perbezaan tahap pertumbuhan dan perkembangan
murid dalam pembelajaran dan cara guru menangani masalah perbezaan ini. Kemudian,
berdasarkan pemerhatian tersebut, data pemerhatian yang diperolehi dianalisis secara kritis
terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Seterusnya, pelajar
membuat refleksi keseluruhan PBS yang merangkumi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian dan mencadangkan penambahbaikan atau perubahan positif
yang dapat dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3.1 PENYATAAN SEBELUM PBS
Sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar telah menerima
taklimat yang jelas dan padat berkaitan PBS daripada Puan Norliza binti Samin selaku Ketua Unit
Amalan Profesional IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 13 Januari 2021
secara atas talian menggunakan platform “Google Meet”. Ini merupakan kali pertama kami guru
Pendidikan Islam PDPP Ambilan Jun 2020 menjalankan PBS. Hasil taklimat tersebut, pelajar
diberikan surat arahan untuk menjalani PBS di sekolah masing-masing dan panduan
pelaksanaan PBS di sekolah serta senarai semak kandungan portfolio PBS. Untuk makluman,
semua pelajar telah mendapat penempatan sekolah masing-masing kerana pelajar-pelajar PDPP
Ambilan Jun 2020 sememangnya sudah di tempatkan di sekolah sebelum bermulanya program
Kursus Dalam Cuti (KDC).

Berikut merupakan gambar pada sesi taklimat PBS yang berlangsung secara dalam talian
menggunakan platform “Google Meet”.

Rajah 1 : Taklimat Amalan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah

Aktiviti PBS bermula dari 24 Januari - 4 Februari 2021 dan beberapa persiapan sebelum
melaksanakan PBS telah disenaraikan dengan mengenal pasti fokus utama dan mengkaji tujuan
tugasan. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang
alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru. Menerusi program ini, pelajar
dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan
sekolah dan pengurusan bilik darjah di sekolah, pelajar akan dapat memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara
teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, pelajar
akan dapat memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana
pengurusan sekolah mentadbir sekolah.

Selain itu, pelajar akan menganalisis berkenaan dengan persekitaran dan suasana dalam
bilik darjah serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara kristis berdasarkan
penggunaan sumber dan bahan serta penglibatan murid secara aktif ataupun tidak melalui
perbuatan dan kelakuan guru tersebut dalam kelas.

Tuntasnya bagi mendapatkan maklumat mengenai kaedah pemerhatian, senarai semak


dan temubual diaplikasikan oleh pelajar untuk mempelajari berkaitan iklim, dan budaya sekolah
daripada kakitangan sekolah adalah melalui perbincangan antara pelajar dengan guru besar,
pentadbir sekolah, guru-guru dan murid turut memainkan peranan yang sangat penting bagi
melaksanakan tugasan PBS ini.

Saya akan menjalankan PBS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Poon, Pengerang
Johor. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin dan dipermudahkan
segala urusan serta diharapkan pelaksanaan PBS ini berjalan dengan lancar.
3.2 PENYATAAN SEMASA PBS

Laporan pelaksanaan aktiviti PBS telah dirumuskan di jadual berikut :

TARIKH HARI AKTIVITI


24 Januari 2021 Ahad ❖ Melapor diri kepada Puan Hong Wai Fun Guru Besar
SJKC Yok Poon dan menyerahkan beberapa dokumen
berkaitan PBS.
❖ Sesi temu bual bersama Guru Besar berkaitan sejarah
penubuhan SJKC Yok Poon dan pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
❖ Mendapatkan maklumat umum tentang pengurusan
dan pentadbiran sekolah.
25 Januari 2021 Isnin ❖ Sesi temu bual bersama Encik Ng Wei Man Guru
Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SJKC Yok Poon
berkaitan carta organisasi, pengurusan Kurikulum,
pembelajaran norma baharu serta pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
❖ Mengumpul maklumat berkaitan staf kakitangan
sekolah, guru dan murid.
26 Januari 2021 Selasa ❖ Membantu guru SPBT dalam menyusun buku teks
SPBT yang akan diagihkan kepada murid-murid SJKC
Yok Poon.
❖ Menjadi guru bertugas untuk pemulangan dan
pengambilan buku teks Tahap 2 melalui kaedah “Drive-
Thru” iaitu kenderaan akan masuk ke kawasan sekolah
melalui pintu tengah dengan mengikut arahan guru dan
mematuhi peraturan SOP.
27 Januari 2021 Rabu ❖ Membantu guru SPBT dalam menyusun buku teks
SPBT yang akan diagihkan kepada murid-murid SJKC
Yok Poon.
❖ Menjadi guru bertugas untuk pemulangan dan
pengambilan buku teks Tahap 1 melalui kaedah “Drive-
Thru” iaitu kenderaan akan masuk ke kawasan sekolah
melalui pintu tengah dengan mengikut arahan guru dan
mematuhi peraturan SOP.
28 Januari 2021 Khamis ❖ Cuti Umum Hari Thaipusam.
31 Januari 2021 Ahad ❖ Sesi temu bual bersama Puan Low Ooi Lian Guru
Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid SJKC Yok
Poon berkaitan carta organisai dan pengurusan HEM,
bilangan murid, jenis bantuan, masalah dan disiplin
murid SJKC Yok Poon.
❖ Memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR secara
atas talian menggunakan pelantar “Google Meet” bagi
kelas 4 Rohani bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
oleh Cikgu Zulhilmi bin Abd. Rahman.
1 Februari 2021 Isnin ❖ Sesi temu bual bersama Encik Goh Ghit Seng Guru
Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SJKC Yok Poon
berkaitan carta organisasi dan pengurusan
Kokurikulum serta pelaksanaan aktiviti kokurikulum
SJKC Yok Poon dalam situasi norma baharu ini.
❖ Memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR secara
atas talian menggunakan pelantar “Google Meet” bagi
kelas 5 Murni bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani
oleh Cikgu Siti Aminah binti Yusoff.
2 Februari 2021 Selasa ❖ Sesi perbincangan dengan Encik Zulhilmi merangkap
Ketua Panitia Bahasa Melayu dan kaedah pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu.
❖ Sesi perbincangan dengan Encik Ganason A/L
Ramasamy merangkap Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SJKC Yok Poon dan kaedah pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
3 Februari 2021 Rabu ❖ Memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR
secara atas talian menggunakan pelantar “Google
Meet” bagi kelas 2 Murni bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris oleh Encik Alvin Lau Ek Been.
❖ Mengenalpasti prasarana dan kemudahan di sekolah
serta mengambil gambar persekitaran sekolah dan
berkolaboratif bersama guru ICT.
❖ Sesi perbincangan dengan pihak pengurusan dan
pentadbiran SJKC Yok Poon untuk penambahbaikan
prasarana SJKC Yok Poon.
4 Februari 2021 Khamis ❖ Memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR
secara atas talian menggunakan pelantar “Google
Meet” bagi kelas 3 Murni bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris oleh Encik Goh Ghit Seng.
❖ Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan
PBS ini.
Jadual 1 : Rumusan Aktiviti Semasa PBS
Pada hari Ahad bersamaan 24 Januari 2021, saya telah melapor diri di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Yok Poon, Pengerang, Johor dan telah berjumpa dengan Guru Besar SJKC
Yok Poon iaitu Puan Hong Wai Fun. Saya telah menemu bual Puan Guru Besar berkaitan sejarah
penubuhan SJKC Yok Poon dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Saya juga telah mendapatkan maklumat umum tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.

Rajah 2 : Sesi pertemuan bersama Guru Besar SJKC Yok Poon

Pada hari kedua pelaksanaan PBS, saya telah menemu bual bersama Encik Ng Wei Man
Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SJKC Yok Poon berkaitan carta organisasi,
pengurusan Kurikulum, pembelajaran norma baharu serta pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Encik Ng Wei Man mengatakan bahawa sesi PdPR kali ini tak
semudah yang kita sangka kerana terdapat banyak kekangan atau cabaran pembelajaran dalam
talian yang perlu dihadapi bagi guru-guru dan murid-murid SJKC Yok Poon. Antara cabaran
pembelajaran atas talian ini adalah ketiadaan peranti ketika pembelajaran atas talian kerana tidak
semua ibu bapa berkemampuan membeli peranti untuk semua anak-anak yang bersekolah.
Selain itu, kemahiran guru-guru veteran dalam menggunakan teknologi digital merupakan antara
cabaran pembelajaran atas talian ini kerana tidak semua warga pendidik mahir dalam bidang
teknologi ini. Namun begitu, kesungguhan dan rasa tanggungjawab para guru SJKC Yok Poon
harus dipuji kerana mereka tetap berusaha untuk belajar cara menggunakan aplikasi digital yang
ada semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada murid.
Rajah 3 : Sesi temu bual bersama GPK Pentadbiran SJKC Yok Poon

Pada hari ketiga dan keempat pelaksanaan PBS bersamaan 26 Januari dan 27 Januari
2021, saya telah membantu guru SPBT dalam menyusun buku teks SPBT yang akan diagihkan
kepada murid-murid SJKC Yok Poon. Pada dua hari itu juga, saya menjadi guru bertugas bagi
pemulangan dan pengambilan buku teks Tahap 2 melalui kaedah “Drive-Thru” iaitu kenderaan
akan masuk ke kawasan sekolah melalui pintu tengah dengan mengikut arahan guru dan
mematuhi peraturan SOP.

Rajah 4 : Menyusun buku teks SPBT


Pada minggu kedua pelaksanaan PBS bersamaan 31 Januari 2021, saya menemu bual
bersama Puan Low Ooi Lian Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid SJKC Yok Poon
berkaitan carta organisai dan pengurusan HEM, bilangan murid, jenis bantuan, masalah dan
disiplin murid SJKC Yok Poon.

Rajah 5 : Sesi temu bual bersama GPK Hal Ehwal Murid SJKC Yok Poon

Saya juga telah memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR secara dalam talian
menggunakan pelantar “Google Meet” bagi kelas 4 Rohani bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
oleh Cikgu Zulhilmi bin Abd. Rahman. Berdasarkan pemerhatian saya, Cikgu Zulhilmi telah
membuat perancangan rapi dengan merancang strategi pengajaran dan pembelajaran sesuai
dengan perkembangan kognitif, emosi dan sosial murid. Isi pelajaran yang di ajar oleh guru
tersebut mengikut pemeringkatan daripada yang umum kepada yang khusus, daripada
pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman yang baru
dan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks.
Rajah 6 : PdPR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Cikgu Zulhilmi bin Abd. Rahman

Pada 1 Februari 2021 bersamaan hari Isnin, saya telah menemubual bersama Encik Goh
Ghit Seng Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SJKC Yok Poon berkaitan carta organisasi
dan pengurusan Kokurikulum serta pelaksanaan aktiviti kokurikulum SJKC Yok Poon dalam
situasi norma baharu ini.

Rajah 7 : Sesi temu bual bersama GPK Kokurikulum SJKC Yok Poon
Saya juga telah memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR secara dalam talian
menggunakan pelantar “Google Meet” bagi kelas 5 Murni bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani oleh Cikgu Siti Aminah binti Yusoff. Guru telah memberikan penerangan yang jelas dan
padat serta menunjukkan video senaman robik terlebih dahulu sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Selepas itu, semua murid melakukan aktiviti
senaman robik bersama guru dan penglibatan murid sangat aktif.

Rajah 8 : PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani oleh


CIkgu Siti Aminah binti Yusoff

Pada 2 Februari 2021 bersamaan hari Selasa, saya telah mengadakan sesi perbicangan
bersama Encik Zulhilmi bin Abdul Raham merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu. Saya juga
mengadakan sesi perbincangan dengan Encik Ganason A/L Ramasamy merangkap Ketua
Panitia Bahasa Inggeris SJKC Yok Poon dan kaedah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Di Rumah (PdPR) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Rajah 9 : Sesi perbincangan bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu SJKC Yok Poon

Rajah 10 : Sesi perbincangan bersama Ketua Panitia Bahasa Inggeris SJKC Yok Poon
Pada 3 Februari 2021 bersamaan hari Rabu, saya telah memerhati dan
mendokumentasikan sesi PdPR secara dalam talian menggunakan pelantar “Google Meet” bagi
kelas 2 Murni bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Encik Alvin Lau Ek Been. Kelas ini
berlangsung selama 1 jam pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Semasa pemerhatian
dijalankan, guru menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid membaca cerita
Bahasa Inggeris serta mencari perkataan adjektif untuk mengelakkan murid daripada pasif dan
mengantuk di dalam kelas. Contoh aktiviti yang dilakukan oleh guru tersebut adalah dengan cara
mengikut setiap bacaan cikgu secara beramai-ramai. Hal ini adalah untuk mengajar murid
menyebut dengan betul setiap perkataan sebelum membaca secara individu.

Rajah 11 : PdPR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Encik Alvin Lau Ek Been
Pada hari terakhir aktiviti PBS, saya memerhati dan mendokumentasikan sesi PdPR
secara dalam talian menggunakan pelantar “Google Meet” bagi kelas 3 Murni bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris oleh Encik Goh Ghit Seng. Guru telah menayangkan sebuah video yang
berkaitan dengan lagu perkataan Bahasa Inggeris. Kemudian guru memberitahu objektif
pembelajaran kepada murid agar murid lebih peka akan pembelajaran yang bakal berlangsung.
Selepas itu, guru menyebut satu persatu perkataan-perkataan tersebut dan guru bersama murid-
murid menyanyi bersama lagu perkataan Bahasa Inggeris tersebut.

Rajah 12 : PdPR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Encik Goh Ghit Seng
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut:

Bil Perkara Catatan / data


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Poon, Kg.
1 Nama dan Alamat Sekolah Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor

2 No. Telefon Sekolah 07-8263281

3 Alamat e-mel / Web Sekolah jbc3019@edidik.edu.my


Lokasi (Bandar / Luar
4 Luar Bandar
Bandar)
5 Nama Pengurus Sekolah Puan Hong Wai Fun

6 Nama PK Pentadbiran Encik Ng Wei Man


7 Nama PK HEM Puan Low Ooi Lian

8 Nama PK Kokurikulum Encik Goh Ghit Seng

9 Nama Penyelia Petang -

10 Nama YDP PIBG Encik Heng Kok Heong


11 Gred/Tahap Sekolah Gred B
12 Bilangan Guru Lelaki : 8

Perempuan : 11

Bilangan Guru Mengikut Siswazah : 18


13
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah : 1

14 Bilangan Kelas 10

15 Purata Saiz Kelas 25 orang


Lain-
16 Jumlah Murid Melayu Cina India
lain
Lelaki 27 48 0 4
171
Perempuan 25 64 0 3
17 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini
Mural-mural dan hiasan
bunga yang cantik di
sekeliling sekolah
Pusat Sumber
SEJARAH PENUBUHAN SJKC YOK POON
Menyelusuri semula sejarah pada tahun 1937, cadangan untuk membina sebuah sekolah
telah dibangkitkan oleh pengasas sekolah ini iaitu Encik Chang Tit Yuan. Kemudian ianya telah
disokong oleh pengasas-pengasas lain iaitu Encik Chang Hai An, Encik Sim Tai Chen, Encik Ong
Ser Huah dan beberapa orang lain. Mereka jugalah yang menyumbangkan tempat, tanah, kayu-
kayu dan wang ringgit bagi mendirikan sebuah sekolah untuk mendidik kanak-kanak tempatan.

Pada tahun 1937, sebuah sekolah yang hanya berbumbung zink dan kayu papan telah
siap dibina. Sekolah ini telah diberi nama “Hua Chao Public School”. Kaedah mengajar adalah
mengikut negara cina. Oleh kerana dana daripada orang ramai dan yuran sekolah tidak
mencukupi, maka Pengerusi Lembaga Jemaah Sekolah Encik Chang Tit Yuan terpaksa menjual
harta bendanya untuk membayar gaji tujuh orang guru dan pekerja sekolah.

Pada tahun 1940, Lembaga Jemaah Pengurus bercadang untuk menjalankan kempen
mengutip derma bagi pembinaan sekolah baru tetapi malangnya tentera Jepun telah menyerang
Tanah Melayu pada tahun 1941. Peperangan yang berterusan menyebabkan Encik Chang Tit
Yuan meninggalkan kampung halamannya dengan hati yang sedih. Sekolah ini telah ditutup
selama 3 tahun 8 bulan dan keempat-empat bilik darjah telah digunakan oleh tentera Jepun
sebagai stor serta dewan sekolah pula dijadikan pejabat untuk menguruskan hamba-hamba
membuka lombong bauksit.

Pada 6 Ogos 1945, sekolah ini telah dibuka. Encik Khor Chau Loon telah menjadi Guru
Besar dengan dibantu oleh empat orang guru untuk mengajar lebih kurang 60 orang murid.

Pada tahun 1952, Lembaga Jemaah Pengurus bercadang untuk memilih dan membeli
tanah untuk membina sebuah sekolah baru supaya pentadbiran sekolah dapat diperbaiki. Pada
tahun 1953, sebidang tanah yang berhampiran dengan laut di Kampung Sungai Rengit telah
diluluskan oleh kerajaan. Pada 2 Jun 1955, sekolah baru telah dibina dengan kos perbelanjaan
keseluruhan sebanyak RM60,000.00. Sekolah baru ini mengandungi lapan buah bilik darjah,
sebuah dewan, kantin, stor, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton serta sebuah
asrama guru. Pada tahun ini juga, sekolah telah ditukar nama kepada SRJK (C) Yok Poon.

Pada tahun 1958, SRJK (C) Yok Poon, telah menerima bantuan penuh dari kerajaan.
Pada tahun 1976, perpustakaan sekolah telah dibina hasil sumbangan daripada ladang
Semporna Sdn. Bhd., Pengerang Johor. Pada tahun yang sama juga, sebuah bangunan pejabat
telah dibina dan pagar telah dipasang di belakang sekolah supaya harta benda sekolah tidak
dirosakkan. Pada tahun 1981, dewan sekolah telah dibina dan empat buah rumah guru telah
dibina pada tahun 1983. Dengan peruntukan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan
dana daripada ibu bapa murid-murid, lapan buah bilik darjah telah dibaiki dan dinaik taraf pada
tahun 1984.

Pada tahun 1985, hasil pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi
telah mendapati sebuah blok bangunan asal sekolah tidak selamat digunakan dan boleh
mendatangkan bahaya kepada murid-murid. Pihak sekolah disyorkan untuk mengosongkan blok
tersebut. Kerja-kerja merobohkan bangunan tersebut dijalankan dalam cuti semester akhir tahun
persekolahan. Pada tahun 1988, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM717,364.00 untuk menaik taraf bangunan lama yang dirobohkan dan sebanyak
RM73,000.00 juga telah diluluskan sebagai tambahan. Sebuah blok bangunan dua tingkat yang
mengandungi lapan buah bilik darjah, sebuah bilik komputer, sebuah bilik kemahiran hidup dan
sebuah bilik sains telah siap dibina dan dapat digunakan pada tahun 2000 sehingga sekarang.

VISI DAN MISI SJKC YOK POON

a) Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

b) Misi

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu


bagi memenuhi aspirasi negara.

Rajah 13 : Visi dan Misi SJKC Yok Poon


LOGO SJKC YOK POON

Rajah 14 : Logo SJKC Yok Poon

Berikut merupakan maksud warna dan lambang yang terdapat dalam logo SJKC Yok Poon :
a) Obor : Semangat yang membara mengejar kejayaan.
b) Biru : Melambangkan semangat perpaduan dan setiakawan.
c) Merah : Melambangkan keberanian dalam menghadapi cabaran.
d) Putih : Melambangkan kesucian.

Rajah 15 : Logo dan maksud warna dan lambang SJKC Yok Poon
PELAN SJKC YOK POON

Rajah 16 : Pelan SJKC Yok Poon


CARTA ORGANISASI SJKC YOK POON
GURU-GURU SJKC YOK POON

Rajah 17 : Guru-guru SJKC Yok Poon


KURIKULUM
CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2021
HAL EHWAL MURID
CARTA OGRANISASI HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM
GURU PENASIHAT AKTIVITI KOKURIKULUM 2021
PRASARANA SEKOLAH

Pintu masuk SJKC Yok Poon

Pondok Pengawal SJKC Yok Poon


Dewan SJKC Yok Poon

Gelanggang Bola Keranjang SJKC Yok Poon


Perpustakaan SJKC Yok Poon

Padang SJKC Yok Poon


Garaj Kereta Guru-guru SJKC Yok Poon

Bilik Guru SJKC Yok Poon


Bilik Darjah SJKC Yok Poon

Stor Sukan SJKC Yok Poon


Tadika SJKC Yok Poon

Susur Gajah / Laluan SJKC Yok Poon


Surau / Bilik Solat SJKC Yok Poon

Tandas Murid SJKC Yok Poon


Pejabat dan Kerani SJKC Yok Poon

Kantin SJKC Yok Poon


4.0 LAPORAN PEMERHATIAN
(INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN)

4.1 PEMERHATIAN

Pelajar telah melaksanakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, senarai semak, sesi
temu bual bersama Guru Besar SJKC Yok Poon, barisan Guru Penolong Kanan (GPK), guru-
guru dan wakil murid serta soal selidik untuk melengkapi tugasan PBS yang diberikan.

Kaedah pengumpulan data yang saya lakukan adalah salah satunya dengan melalui
pemerhatian. Apa yang saya dapati melalui pemerhatian adalah mengenai prasarana SJKC Yok
Poon. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walau
bagaimanapun, masih juga terdapat prasarana yang memerlukan ke arah penambahbaikan.

Selain itu, saya juga memerhatikan kawasan sekolah. Landskap sekolah ini sangat cantik
dengan pokok-pokok bunga, tumbuhan hiasan dan herba yang ditanam di persekitaran kawasan
sekolah. Terdapat juga mural-mural yang cantik dan kreatif yang di lukis di dinding-dinding
sekolah ini.

Rajah 18 : Pokok-pokok dan Mural-mural SJKC Yok Poon


Seterusnya, saya memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam norma
baharu disebabkan pandemik COVID-19 ini. Ia dinamakan Pengajaran dan Pembelajaran Di
Rumah (PdPR). Saya perhatikan semua guru di sekolah ini menggunakan platform “Google Meet”
dan “Google Classroom” serta “WhatsApp” sebagai perantara dengan murid-murid. Walaupun
kadang-kadang terdapat pelbagai cabaran dan dugaan seperti masalah capaian internet, tiada
data, murid tiada peranti, ibu bapa bekerja dan lain-lain, guru-guru tetap bersemangat dan
menggunakan pelbagai strategi dan kaedah untuk mengajar dan membantu murid-murid.Guru-
guru mengajar dengan penuh dedikasi, sabar, serta menggunakan pelbagai kaedah dan
pendekatan yang sesuai dengan tahap murid-murid. Kehadiran dan penglibatan murid semasa
pembelajaran dalam talian juga sangat aktif dan membanggakan.
4.2 SENARAI SEMAK

Saya telah menyediakan jadual senarai semak dari aspek keadaan sekolah, budaya dan
suasana sekolah yang bertujuan untuk mengumpul maklumat umum SJKC Yok Poon.
Pelaksanaan aktiviti PBS dan pencarian maklumat adalah berdasarkan jadual senarai semak
yang berikut :

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN PRASARANA SJKC YOK POON

BIL. KEMUDAHAN ADA TIDAK


1. Dewan Sekolah /
2. Pejabat /
3. Bilik Guru Besar /
4. Bilik Guru Penolong Kanan (GPK) /
5. Bilik Guru /
6. Rumah Guru /
7. Perpustakaan /
8. Kantin /
9. Tandas Guru /
10. Tandas Murid /
11. Bilik Pra Sekolah /
12. Bilik Darjah /
13. Tadika /
14. Makmal Komputer /
15. Makmal Sains /
16. Stor Sukan /
17. Bilik SPBT /
18. Bilik Gerakan /
19. Bilik Kokurikulum /
20. Bilik Seni /
21. Bilik Agama /
22. Bilik Pemulihan /
23. Bilik Rawatan /
24. Bilik Isolasi /
25. Bilik Gimrama /
26. Bilik RBT /
27. Gelanggang Bola Keranjang /
28. Gelanggang Badminton /
29. Bangsal Basikal /
30. Bilik Solat / Surau /
31. Bilik Bimbingan dan Kaunseling /
32. Bilik Bahan Bantuan Mengajar (BBM) /
33. Koperasi /
34. Pondok Pengawal /
35. Bilik Pekerja /
Jadual 1 : Senarai Semak Kemudahan Prasarana SJKC Yok Poon

SENARAI SEMAK KEMUDAHAN DAN ASPEK KESELESAAN


BILIK DARJAH SJKC YOK POON
BIL. KEMUDAHAN DAN ASPEK KESELESAAN BAIK SEDERHANA KURANG
BILIK DARJAH BAIK
1. Kipas dan Lampu /
2. Meja dan Kerusi /
3. Papan Putih /
4. “Smart Board” /
5. Komputer /
6. LCD /
7. Tong Sampah /
8. Alat Kebersihan /
9. Wi-fi /
10. “Hand Sanitizer” /
11. Pelitup Muka /
12. Dettol /
Jadual 2 : Senarai Semak Kemudahan dan Aspek Keselesaan Bilik Darjah SJKC Yok
Poon
SENARAI SEMAK ASPEK KESELAMATAN SJKC YOK POON

BIL. ASPEK KESELAMATAN SJKC YOK POON BAIK SEDERHANA KURANG


BAIK
1. Peti Kecemasan /
2. Alat Pencegah Api /
3. Pengawal Keselamatan /
4. Tempat Berkumpul /
Jadual 3 : Senarai Semak Aspek Keselamatan SJKC Yok Poon

SENARAI SEMAK KEBERKESANAN PdPR SJKC YOK POON

BIL. BUDAYA ILMU PENGETAHUAN BAIK SEDERHANA KURANG


BAIK
1. Semangat Belajar : /
1. Suka bertanya /
2. Berpusatkan bahan /
3. KBAT /
2. Pendekatan kepada Murid : /
1. Deduktif /
2. Induktif /
3. Tematik /
3. Penggunaan Bahasa : /
1. Bahasa Cina /
2. Bahasa Melayu /
3. Bahasa Inggeris /
Jadual 4 : Senarai Semak Keberkesanan PdPR SJKC Yok Poon
4.3 TEMU BUAL

Saya menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat secara lisan dan
terus dari pihak sekolah. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti Guru Besar,
barisan Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum,
guru-guru serta murid. Semasa menjalankan temu bual ini, saya telah mengemukakan beberapa
soalan kepada mereka. Warga SJKC Yok Poon sangat memberikan kerjasama dan memudahkan
urusan saya untuk melakukan PBS di sekolah.
5.0 KOLABORATIF

Kolaboratif adalah sesi perbincangan bagi mendapatkan hasil dari permasalahan ataupun
isu yang dikemukakan. Melalui kolaboratif, saya telah mencatat kolaboratif bersama beberapa
kakitangan sekolah dan juga murid ke dalam borang yang disediakan beserta tandatangan dan
ia dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi.

5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 24 Januari 2021 Masa : 9:00 pagi


Tajuk / Perkara : Kemahiran Bahasa Cina Dalam Kalangan Murid Islam
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Bahasa penghantar dan bahasa utama bagi Mengadakan program Minggu Bahasa Cina
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Poon ini kepada semua murid. Ini merupakan satu
adalah Bahasa Cina. Namun, terdapat inisiatif bagi meningkatkan penguasaan
segelintir murid-murid Islam yang tidak dapat murid-murid Islam dalam Bahasa Cina.
menguasai kemahiran membaca, menulis dan
bercakap dalam Bahasa Cina. Selain itu, guru-guru boleh membuat
pertandingan nyanyian, sajak, explorace
Hal ini akan menyebabkan, segelintir murid- dalam Bahasa Cina. Apabila membuat
murid Islam tidak dapat memahami apa yang pertandingan sebegini, ia secara tidak
diajar oleh guru semasa proses pengajaran langsung akan membuatkan murid-murid
dan pembelajaran di dalam bilik darjah berkomunikasi dalam Bahasa Cina.
ataupun dalam talian.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : PUAN HONG WAI FUN

Jawatan : GURU BESAR SJKC YOK POON


5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Januari 2021 Masa : 10:00 pagi


Tajuk / Perkara : PdPR
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Disebabkan penularan wabak covid-19 belum Pihak sekolah telah menyediakan kotak
berakhir, maka semua guru-guru dan murid- serahan bagi murid-murid yang tidak dapat
murid perlu melaksanakan pembelajaran mengikuti pembelajaran dalam talian
norma baharu iaitu Pengajaran dan disebabkan tiada peranti. Guru-guru akan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sesi PdPR meletakkan nota, latihan dan sebagainya di
kali ini tak semudah yang kita sangka kerana dalam kotak serahan ini. Murid-murid akan
terdapat banyak kekangan atau cabaran hadir ke sekolah mengikut masa yang
pembelajaran dalam talian yang perlu ditetapkan serta mengikut peraturan yang
dihadapi bagi guru-guru dan murid-murid disediakan oleh pihak sekolah.
SJKC Yok Poon.
Antara cabaran pembelajaran dalam talian ini Selain itu, pihak sekolah telah membuat
adalah ketiadaan peranti ketika pembelajaran kursus online kepada semua guru tentang
atas talian kerana tidak semua ibu bapa pembelajaran dalam talian. Guru-guru veteren
berkemampuan membeli peranti untuk semua terutamannya telah menuntut ilmu dengan
anak-anak yang bersekolah. Selain itu, guru-guru muda berkaitan cara menggunakan
kemahiran guru-guru veteran dalam teknologi digital.
menggunakan teknologi digital merupakan
antara cabaran pembelajaran dalam talian ini
kerana tidak semua warga pendidik mahir
dalam bidang teknologi ini.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ENCIK NG WEI MAN

Jawatan : GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (GPK 1)


5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 31.01.2021 Masa : 9:30 pagi


Tajuk / Perkara : Kehadiran Murid dalam PdPR
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Kehadiran murid-murid dalam PdPR tidak Guru-guru mata pelajaran boleh menghubungi
begitu memuaskan bagi semua tahun. murid-murid yang tidak hadir dalam PdPR ini
Mungkin terdapat beberapa masalah dan dan bertanya sekiranya wujudnya masalah
kekangan masa dalam mengikuti serta guru boleh membantu apa-apa yang
pembelajaran dalam talian ini. Antaranya ialah patut sekiranya perlu.
ibu bapa bekerja di siang hari, tiada peranti,
murid malas masuk kelas PdPR, murid tidak Selain itu, guru-guru perlu menggunakan
berminat dengan pembelajaran dan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bagi
sebagainya. menarik minat murid untuk hadir ke kelas
PdPR ini. Sebagai contohnya, menggunakan
video, gambar yang menarik, membuat aktiviti
/ permainan online seperti Quizizz, Wordwall
dan sebagainya.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : PUAN LOW OOI LIAN

Jawatan : GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (GPK HEM)


5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 2 Februari 2021 Masa : 9:30 pagi


Tajuk / Perkara : Kemahiran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Kemahiran membaca, mendengar, bercakap Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
dan menulis dalam Bahasa Melayu agak perlu menggunakan pelbagai kaedah dan
kurang memuaskan dalam kalangan murid- strategi yang menarik minat murid
murid Cina. terutamanya murid Cina untuk bercakap
dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, guru-guru mata pelajaran Bahasa


Melayu boleh merancang program-program
Bahasa Melayu seperti Minggu Bahasa
Melayu, Pertandingan Mendeklamasikan
Sajak Bahasa Melayu, Pertandingan
Syarahan atau Pidato Bahasa Melayu dan
sebagainya.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ENCIK ZULHILMI BIN ABDUL RAHMAN

Jawatan : KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SJKC YOK POON


5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 2 Februari 2021 Masa : 11:00 pagi


Tajuk / Perkara : Suasana dan keadaan semasa PdPR
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Keadaan dan suasana kelas memainkan Guru harus memainkan peranan penting
peranan penting dalam proses pembelajaran. dalam suasana dan keadaan semasa PdPR
Namun demikian, terdapat beberapa suasana dengan bertanyakan kepada murid-murid
dan keadaan yang tidak kondusif. Sebagai sekiranya suasana pembelajaran mereka
contohnya, suasana pembelajaran yang tidak tidak kondusif dan tidak selesa serta
kondusif untuk belajar terutama kepada murid memikirkan kaedah penyelesaiannya.
yang kurang berkemampuan. Masalah ini
meliputi suasana persekitaran yang bising, Selain itu, pengendalian guru ketika sesi
tempat yang sempit serta tiada meja dan pengajaran dan pembelajaran amat penting.
kerusi yang sesuai. Hal ini untuk menarik minat murid untuk terus
belajar. Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang
menarik ketika melaksanakan pengajaran,
menggunakan bahan bantu mengajar dan alat
bantu mengajar yang menarik dapat mencuri
perhatian murid di dalam kelas sewaktu
PdPR.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ENCIK GANASON A/L RAMASAMY

Jawatan : KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS SJKC YOK POON


5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 3 Februari 2021 Masa : 12:00 tengahari


Tajuk / Perkara : Penggunaan Google Classroom dalam proses P&P
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Semakin lama semakin maju penggunaan Guru ICT perlu membuat satu kursus atau
teknologi dan maklumat untuk digunakan ceramah kepada semua murid-murid serta ibu
dalam P&P. Salah satunya ialah Google bapa berkaitan cara penggunaan Google
Classroom. Penggunaan Google Classroom Classroom ini. Selain itu, mengenal pasti
dalam kalangan murid-murid agak kurang murid yang pandai menggunakan teknologi
memuaskan disebabkan murid-murid tidak maklumat. Murid celik IT akan memberikan
pandai menggunakannya serta terdapat ibu manfaat kepada sekolah.
bapa yang tidak mahir dengan IT.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ENCIK JACKIE WONG SING QIE

Jawatan : KETUA GURU ICT SJKC YOK POON


5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 3 Februari 2021 Masa : 1:00 petang


Tajuk / Perkara : Proses P&P yang berkesan
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Perbezaan individu dipengaruhi oleh faktor Strategi, kaedah dan pendekatan yang
baka dan persekitaran. Oleh itu, murid ini bersesuaian perlu dipraktikkan oleh guru
berbeza antara satu sama lain. Dari segi dengan bijak dan bersesuaian dengan
fizikal, kognitif, tingkah laku dan emosi. Oleh keadaan. Ilmu psikologi dan pedagogi perlu di
yang demikian, kaedah pengajaran berkesan fahami dan dihadami dengan baik. Antara
adalah dengan mengetahui konsep pedagogi perkara yang boleh dilakukan guru seperti
yang sebenar dan psikologi murid di dalam melakukan aktiviti demonstrasi, simulasi,
kelas. perbincangan berkumpulan merupakan
antara contoh yang sesuai untuk
Antaranya adalah melalui pendekatan dilaksanakan.
pengajaran, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran. Setiap guru hendaklah Selain itu, guru perlulah memberi tumpuan
mengetahui tahap perbezaan dalam kelas lebih kepada murid yang lemah dan tidak
supaya setiap murid mendapat ilmu yang membiarkannya. Sebagai contoh dengan
disampaikan tanpa ketinggalan. Jika murid mengadakan kelas tambahan atau kelas
ketinggalan akan mengakibatkan proses P&P pemulihan kepada murid tersebut.
tidak berjaya dan murid ini akan terus Kesimpulannya, mempelajari ilmu psikologi
keciciran jika dibiarkan perkara ini berlanjutan. akan memberi impak yang besar kepada guru
untuk mengetahui perkembangan murid.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : PUAN NGU LIH TING

Jawatan : KETUA PANITIA BAHASA CINA SJKC YOK POON


5.3 PERBINCANGAN DENGAN WARGA SEKOLAH

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 1 Februari 2021 Masa : 11:00 pagi


Tajuk / Perkara : Kawalan Keselamatan Sekolah
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Terdapat beberapa isu yang dibincangkan Pengawal bertugas akan mengawal pintu
seperti keselamatan murid-murid semasa hadapan dan belakang bagi memastikan
penghantaran kerja rumah dan latihan ke keselamatan murid-murid terjaga dan
dalam kotak serahan yang disediakan oleh mengikut SOP yang telah ditetapkan yang
pihak sekolah sewaktu PdPR, keselamatan oleh pihak pentadbir.
sekolah dironda setiap hari dan prosedur Semua pengawal akan menggunakan sistem
orang luar yang masuk ke dalam sekolah. kunci atau kad bagi memastikan pengawal
menjalankan tugas. Prosedur orang luar yang
masuk ke dalam kawasan sekolah perlu
menulis nama dan memeriksa suhu serta
menggunakan sistem pengimbas QR Code
untuk menjamin keselamatan sekolah.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ENCIK ZAKARIA BIN AHMAD

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN SJKC YOK POON


5.4 PERBINCANGAN DENGAN WAKIL KOMUNITI

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 1 Februari 2021 Masa : 1:30 petang


Tajuk / Perkara : “Bila Sekolah Nak Buka”
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Pihak pentadbir dan semua guru tidak tahu Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan
bilakah masa sekolah akan dibuka. menggunakan strategi yang berkesan bagi
Masyarakat terutamanya ibu bapa meluahkan menarik minat murid dalam pembelajaran dan
perasaan berkaitan isu keberkesanan menyakinkan ibu bapa akan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini. pengajaran dan pembelajaran dalam talian ini.
Ibu bapa risau sekiranya anak-anak mereka Guru perlu berbincang dengan ibu bapa
tidak dapat memahami pembelajaran yang sekiranya terdapat pelbagai isu dan masalah
diterangkan oleh guru tersebut serta akan yang dialami oleh murid-murid serta
menyebabkan anak-anak mereka menyelesaikannya dengan baik.
ketinggalan.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : PUAN SITI FATIMAH BINTI RAZAK

Jawatan : IBU BAPA MURID SJKC YOK POON


5.5 INTERAKSI DENGAN MURID

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN

(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah / wakil komuniti / murid yang ditemu bual)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 4 Februari 2021 Masa : 1:30 petang


Tajuk / Perkara : Refleksi Murid Selepas Sesi PdPR
Isi Perbincangan Cadangan Tindakan
Murid membuat refleksi selepas sesi PdPR Tindakan yang boleh dilakukan oleh guru
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik tersebut dengan membuat
Matematik pada hari ini. Guru menggunakan penambahbaikan dan mempelbagaikan
Google Meet bagi kedua-dua mata pelajaran kaedah dan strategi pengajaran yang lebih
ini untuk menerangkan tajuk pembelajaran. menarik minat murid untuk belajar. Guru
Murid mengatakan bahasa sesi PdP mata Matematik tersebut boleh menggunakan
pelajaran Bahasa Melayu sangat menarik kaedah guru Bahasa Melayu dalam
kerana guru tersebut menggunakan pelbagai mempelbagaikan teknik pengajaran yang
kaedah seperti menunjukkan video, muzik dan lebih berkesan dan menarik minat murid
membuat aktiviti permainan online seperti dalam pembelajaran.
Quizizz. Bagi mata pelajaran Matematik,
murid mengatakan agak kurang menarik
disebabkan guru tersebut hanya bercakap
sahaja tanpa menunjukkan cara membuat
atau menyelesaikan pengiraan dalam
Matematik. Jadinya, ramai murid kurang
faham apa yang diajar oleh guru Matematik
tersebut.

Tandatangan : ___________________________________

Nama : MUHAMMAD RUZAIN NAZHAN BIN ROSLI

Jawatan : MURID TAHUN 6 SJKC YOK POON


6.0 AMALAN REFLEKSI

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 24 Januari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Organisasi dan pentadbiran sekolah
• Prasarana dan kemudahan sekolah
• Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam kalangan guru dan murid.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Mengetahui bidang-bidang tugas pihak pengurusan sekolah.
• Mengetahui kaedah pelaksanaan pembelajaran norma baharu iaitu PdPR.

2.2 Kelemahan :
• Tiada ruang spesifik untuk mengenalpasti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
hanya ditampal menggunakan kertas A4 di papan kenyataan sekolah serta sukar
untuk membaca dan melihatnya.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Menyediakan satu tempat khas untuk memaparkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
agar senang dilihat oleh guru dan murid-murid serta orang luar.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Januari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Kepimpinan pentadbir sekolah.
• Budaya sekolah.
• Maklumat umum mengenai SJKC Yok Poon.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Guru-guru sentiasa memberikan kerjasama kepada murid-murid demi mencapai
kejayaan sekolah dalam bidang akademik.
• Pentadbir sekolah bersikap terbuka dan mengamalkan sistem demokrasi dalam
pentadbiran.

2.2 Kelemahan :
• Ramai guru diberikan lebihan kerja sehingga mengganggu sesi pengajaran dan
pembelajaran khususnya PdPR.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Setiap guru perlu diberikan kerja sama rata agar tidak ada yang akan merasa
terbeban, stress dan berat sebelah dalam pembahagian tugas.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 26 Januari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Perpustakaan sekolah.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Penyediaan surat khabar dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Cina yang disusun dengan rapi, kemas dan teratur pada rak-rak yang
disediakan.
• Persekitaran yang kemas dan teratur dan mempunyai penghawa dingin.
• Kerusi dan meja disusun dengan cantik dan menarik.
• Penyusunan bahan-bahan seperti buku, jurnal, komik, pamphlet disusun kemas dan
teratur dan dapat memudahkan murid untuk mencari bahan yang di inginkan.
• Terdapat pelbagai buku-buku dan komik dalam tiga bahasa.
• Mempunyai sistem meminjam buku yang sistematik dan teratur.

2.2 Kelemahan :
• Boleh memuatkan satu kelas sahaja bagi satu PdP.
• Ruang agak sempit untuk memuatkan semua murid SJKC Yok Poon.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Menambahkan lagi bahan bacaan pelbagai bahasa dan pelbagai fiksyen serta buku
yang lebih baru dan lebih menarik.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 27 Januari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Bilik SPBT.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Persekitaran yang kemas dan teratur.
• Buku-buku disusun dengan rapi dan cantik serta mempunyai label setiap buku mata
pelajaran dan tahun.

2.2 Kelemahan :
• Tiada penghawa dingin dan kipas.
• Ruang agak sempit dan kecil.
• Tiada meja untuk guru menulis.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Menambahkan lagi ruang atau rak-rak buku bagi meletak buku-buku yang telah
disusun.
• Perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu kipas bagi memberikan keselesaan
kepada guru dan murid.
• Satu meja perlu diletakkan di bilik SPBT bagi memudahkan guru menulis serta
merekod pengambilan dan pemulangan buku murid-murid.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 31 Januari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Bangunan Blok A, B dan C.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Bangunan dicat dengan cantik dan kemas serta mempunyai mural-mural yang cantik
dan menarik di dinding sekolah.
• Setiap blok mempunyai tandas.
• Mempunyai dewan yang sangat besar dan boleh memuatkan semua murid dan guru-
guru sewaktu perhimpunan atau melakukan program sekolah.
• Mempunyai bilik RBT, bilik kesenian, bilik muzik, bilik gimrama, makmal komputer,
bilik BBM, bilik agama dan makmal sains yang sesuai dan menarik.
• Mempunyai bilik solat walaupun sekolah ini sekolah cina dan ia memudahkan guru
Islam khususnya untuk menunaikan solat sekiranya ada apa-apa program di sekolah
ataupun mesyuarat.

2.2 Kelemahan :
• Perlu menambahbaik tandas murid agar lebih bersih, kemas dan wangi.
• Bilik gerakan perlu diperkemaskan lagi dengan papan kenyataan serta susun atur
yang lebih kemas.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Mengadakan gotong-royong perdana yang melibatkan semua kakitangan sekolah.
• Pihak pentadbir perlu mencari dana bagi memperbaiki dan menambahbaik tandas
murid.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 1 Februari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Kelas tasmik secara dalam talian. (Mata pelajaran Pendidikan Islam)
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Kehadiran murid baik dan aktif.
• Murid fokus dalam kelas tasmik.
• Murid berlumba-lumba untuk ditasmik.

2.2 Kelemahan :
• Bacaan murid yang tidak jelas dari segi kualiti suara.
• Penyebutan ayat murid pada skrin komputer ada ketikanya tidak begitu baik dan tidak
jelas kerana suara lebih cepat daripada pergerakan mulut.
• Masalah capaian internet.
• Ibu bapa atau penjaga tidak tahu membaca Iqra dan Al-Quran.
• Murid takut untuk ditasmik.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Guru perlu menggunakan kaedah lain seperti murid merakam bacaan Iqra atau Al-
Quran dan perlu menghantar kepada guru tasmik.
• Guru perlu sentiasa memberikan semangat,dorongan, pujian dan motivasi kepada
murid agar murid berasa berani dan yakin untuk ditasmik.
• Guru tidak boleh memarahi murid sekiranya terdapat beberapa murid yang tersalah
membaca ayat atau terlupa ayat agar murid tidak rasa rendah diri dan hilang
keyakinan.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 2 Februari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Susun atur bilik darjah.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Susun atur bilik darjah mengikut tahun.
• Kerusi dan meja yang kukuh dan selesa untuk semua murid.
• Setiap bilik darjah mempunyai smartboard, komputer dan LCD bagi memudahkan sesi
PdP berjalan dengan lebih lancar, teratur dan sistematik.
• Setiap bilik darjah mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti papan
kenyataan, penyapu, penyodok, mop, baldi, tong sampah, rak buku, dan papan putih.
• Kebersihan bilik darjah adalah dalam keadaan baik dan bersih.

2.2 Kelemahan :
• Terdapat bilik darjah yang masih menggunakan papan hitam dan kapur.
• Ada beberapa tingkap yang tidak boleh dibuka dan ditutup dengan baik.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Guru kelas perlu memainkan peranan dengan memastikan murid membuat jadual
pembahagian tugas dan mengenakan denda bagi murid yang tidak mengikuti tugasan
yang diberikan.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 3 Februari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Penggunaan kotak serahan untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan
ibu bapa / penjaga sewaktu PdPR.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Kotak serahan yang disediakan dalam keadaan baik, kemas dan tersusun.
• Kotak serahan disusun mengikut susunan nama dan mempunyai nombor di setiap
kotak. Hal ini memudahkan murid-murid dan ibu bapa / penjaga untuk menyerahkan
dan mengambil bahan yang disediakan oleh guru.
• Mempunyai jadual yang spesifik dan fleksibel yang disediakan oleh pihak pentadbir.

2.2 Kelemahan :
• Kotak serahan agak kecil dan sekiranya guru yang mempunyai banyak kelas, ia akan
menyebabkan buku-buku terkeluar daripada kotak.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Menyediakan kotak serahan yang mempunyai ruang yang lebih besar.
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 4 Februari 2021


1. Isu / Perkara yang difokuskan :
• Pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan :
2.1 Kekuatan :
• Semua guru mata pelajaran menggunakan platform Google Meet untuk mengajar
murid-murid.
• Guru-guru menggunakan kaedah permainan online seperti Quizizz, Kahoot dan
Wordwall.
• Guru menayangkan video, gambar dan muzik berkaitan dengan tajuk pelajaran.
• Wujudnya sesi soal jawab sekiranya murid-murid tidak faham tentang tajuk pelajaran.
• Kehadiran murid baik dan aktif.

2.2 Kelemahan :
• Masalah capaian internet.
• Murid tiada peranti atau gajet.
• Ibu bapa bekerja pada siang hari dan tidak dapat menguruskan anak-anak dalam
pembelajaran dalam talian.
• Suasana pembelajaran yang tidak kondusif.
3. Cadangan Penambahbaikan :
• Guru perlu berbincang dengn ibu bapa atau penjaga bagaimana kaedah dan cara
terbaik bagi menangani masalah capaian internet, murid tiada peranti, ibu bapa
bekerja pada siang hari dan suasana pembelajaran yang tidak kondusif.
• Guru boleh mencari inisiatif lain dengan pergi ke rumah murid yang tidak dapat hadir
ke kelas online agar murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran.
• Guru boleh menggunakan pembelajaran luar talian seperti penggunaan kotak serahan
yang disediakan di sekolah dengan meletak bahan-bahan pembelajaran di situ dan
menyuruh murid mengambilnya mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak
pentadbir.
LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu pengalaman yang menarik dan


membantu saya merasai dunia pendidikan yang sebenar. PBS ini tidak dapat dilaksanakan
sekiranya tidak ada kerjasama di antara kedua belah pihak iaitu pelajar dan pihak sekolah.
Positifnya, pelajar mendapat layanan yang baik dari pihak sekolah dan kerjasama yang sangat
mantap dalam menyelesaikan tugasan PBS ini. Dapat dilihat juga pergaulan antara pihak
pentadbiran dan guru-guru yang begitu baik di SJKC Yok Poon walaupun berbeza latar belakang
dan kaum, amat menyenangkan saya untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugasan ini.

Sebagaimana yang diketahui, guru merupakan seorang pembimbing, fasilitator,


pemudahcara dan kini pembelajaran adalah berpusatkan murid. Maka guru haruslah
menyediakan satu ruang belajar yang berfokuskan murid dan penyediaan RPH yang rapi.
Berbeza ketika dahulu dimana ianya lebih fokus kepada guru. Kepelbagaian dalam kaedah
pembelajaran seperti induktif, deduktif, tematik yang digunakan oleh guru dapat menarik minat
murid pada waktu pembelajaran dalam talian sewaktu pandemik COVID-19 dan di sertakan
dengan strategi seperti simulasi, demonstrasi, pembentangan dan sebagainya.

Berdasarkan tugasan PBS ini, saya dapat mengetahui bahawa saya banyak belajar
mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah,
organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang
berkesan dalam kalangan murid-murid.
7.0 KAJIAN KES

Kaedah dan Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Pendidikan
Islam Secara Dalam Talian Sewaktu Pandemik Covid-19

SITI MAISARAH BINTI HASSAN


sitimai07@gmail.com

Isu yang difokuskan

Pandemik COVID-19 yang melanda hampir keseluruhan negara di dunia telah memberi
kesan drastik dalam kehidupan manusia. Menurut sumber United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organization (UNESCO), pandemik COVID-19 memberi kesan kepada 1.5 juta
murid daripada lebih 165 buah negara di seluruh dunia (Wan Ya Shin, 2020). Fenomena ini turut
memberi kesan terhadap sistem pembelajaran di negara ini apabila kerajaan mengambil langkah
menutup operasi pembelajaran normal di semua institusi pendidikan seluruh negara bagi
mencegah penyebaran virus COVID-19 semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) ini.
Berdasarkan garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa PKP
yang dikeluarkan oleh KPM, semua guru perlu melaksanakan pembelajaran norma baharu iaitu
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara dalam talian. Guru-guru perlu
merancang, menyedia dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan medium
komunikasi dan aplikasi yang sesuai kepada murid-murid yang berada di rumah masing-masing
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Dalam konteks ini, guru-guru boleh melaksanakan
pengajaran mengikut kreativiti bersesuaian dengan konsep Home Based Learning secara
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti kaedah-kaedah pembelajaran dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-
guru Pendidikan Islam dan juga murid-murid dalam melaksanakan PdPR semasa PKP
berkuatkuasa sehingga hari ini.
Permasalahan Kajian
Perubahan dunia disebabkan wabak COVID-19 ini telah membawa perubahan yang
sangat besar kepada keseluruhan aspek kehidupan manusia. Perubahan tersebut turut memberi
kesan terhadap profesion keguruan di Malaysia. Bertitik tolak daripada Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) seluruh institusi dalam negara telah ditutup demi keselamatan dan
kesejahteraan semua. Namun begitu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam norma baharu
tetap diteruskan secara maya dan wajib dilaksanakan oleh semua pendidik. Oleh itu, semua yang
bergelar pendidik perlu cakna dengan perubahan yang berlaku secara global ini. Penularan
wabak COVID-19 merupakan krisis global yang bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
pengajaran secara bersemuka tertangguh, bahkan menjadikan tanggungjawab dan peranan guru
begitu mencabar. Cabaran yang dihadapi guru apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan amalan baharu yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan secara atas talian atau dipanggil Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Sehubungan dengan itu, guru-guru dikehendaki menyediakan bahan pembelajaran untuk


murid-murid yang ada di rumah serta merancang kaedah, strategi dan cara yang terbaik dan
berkesan untuk menarik minat murid-murid hadir dalam pembelajaran dalam talian ini. Menurut
Misnan et al. (2014), strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid
boleh meningkatkan motivasi dan pencapaian prestasi murid.

Perbezaan antara pembelajaran dalam talian dengan pembelajaran tradisional.

Kaedah pembelajaran dalam talian melibatkan sistem pembelajaran yang menggunakan


aplikasi elekronik serta jaringan internet jalur lebar dan fokus utamanya adalah murid. Tugasan,
nota-nota pembelajaran, ulangkaji dan sumber-sumber rujukan dalam kaedah pembelajaran atas
talian adalah dengan melibatkan penggunaan peralatan elektronik seperti komputer dengan
capaian internet jalur lebar (Stockley 2004).

Dalam pembelajaran tradisional pula, guru memainkan peranan utama sebagai penyalur
ilmu pengetahuan kepada para murid di dalam bilik darjah. Pembelajaran secara tradisional
melibatkan penyampaian menggunakan buku teks dan kaedah pembelajaran bersemuka didalam
kelas yang mengandungi kerusi, meja, papan tulis serta kapur sebagai alatan untuk proses
pembelajaran (Stinson & Claus (2000).
Pembelajaran dalam talian ialah proses pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi
yang membolehkan murid mengaplikasi pembelajaran kendiri dengan cepat lebih berkesan
bila- bila masa dan di mana-mana sahaja. Kaedah pembelajaran atas talian melibatkan
penggunaan rangkaian elektronik sebagai saluran penyampaian utama dalam perhubungan.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif di bawah ini :

a) Mengenal pasti kaedah-kaedah pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan


Islam dalam PdPR semasa PKP.
b) Mengenal pasti cabaran-cabaran yang menjadi faktor penghalang dalam melaksanakan
PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan Islam semasa PKP.

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan murid-murid Kelas 4 Murni seramai 15 orang. Kelas ini terdiri daripada 9
orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Secara keseluruhan, semua murid adalah kaum
Melayu dan beragama Islam serta tinggal berdekatan sekolah.

Metodologi Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam kajian kes ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian dan soal selidik bagi mendapat
data yang diperolehi berkaitan isu yang difokuskan.

5.1.1 Pemerhatian

Saya membuat pemerhatian dengan melihat tingkah laku murid-murid sewaktu pembelajaran
atas talian dijalankan menggunakan platform Google Meet. Sepanjang pemerhatian, ada murid-
murid yang fokus dengan apa yang diajar oleh guru dan ada juga murid yang bermain serta
bercakap dengan orang yang disekelilingnya seperti keluarga. Terdapat juga murid-murid yang
tidak menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Kehadiran murid juga agak
memuaskan dan terdapat juga segelintir murid yang tidak dapat hadir kelas PdPR ini
disebabkan masalah capaian internet, tiada peranti, ibu bapa bekerja di siang hari dan
sebagainya.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian saya, guru-guru Pendidikan Islam perlu menggunakan kaedah


pembelajaran yang boleh menarik perhatian dan minat murid dalam PdPR. Era baharu
pendidikan bekehendakkan para guru supaya lebih kreatif dan inovatif dalam pendekatan dan
teknik pengajaran.

Saya juga membuat pemerhatian dengan melihat tingkah laku murid-murid Kelas 4 Murni
sewaktu sesi PdPR dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet.
Sepanjang pemerhatian, ada 4 orang murid yang fokus dengan apa yang diajar oleh guru dan 3
orang murid yang bermain serta bercakap dengan orang yang disekelilingnya seperti keluarga.
Terdapat juga 4 orang murid yang tidak menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
Kehadiran murid juga adalah seramai 9 daripada 15 orang murid dan terdapat 7 orang murid
yang tidak dapat hadir kelas PdPR ini disebabkan masalah capaian internet, tiada peranti dan ibu
bapa bekerja di siang hari.
5.2.2 Soal selidik

Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik menggunakan google form bagi
memperolehi data. Rajah 1 menunjukkan kehadiran murid-murid bagi PdPR Pendidikan Islam
bagi bulan Januari 2021 :

Rajah 1 : Kehadiran Murid Kelas 4 Murni bagi PdPR Pendidikan Islam

Berdasarkan Rajah 1, kehadiran murid bagi murid lelaki lebih ramai iaitu seramai 56%
berbanding murid perempuan iaitu 44% sepanjang bulan Januari 2021 ini.

Saya juga membuat soal selidik berkaitan status capaian internet murid-murid di rumah.
Berikut merupakan status capaian internet murid-murid kelas 4 Murni :
Rajah 2 : Status Capaian Internet Murid Kelas 4 Murni bagi PdPR Pendidikan Islam

Berdasarkan rajah 2, seramai 50% murid memilih status capaian internet kurang stabil,
25% murid memilih capaian internet stabil, 19% murid memilih status capaian internet tidak stabil
dan 6% murid memilih status capaian internet sangat stabil. Hal ini menunjukkan murid-murid
kelas 4 Murni mengalami masalah capaian internet sewaktu pembelajaran atas talian ini.

Selain itu, saya juga membuat soal selidik berkaitan cabaran atau masalah yang dihadapi
oleh murid-murid kelas 4 Murni sewaktu PdPR Pendidikan Islam. Rajah 3 menunjukkan cabaran
yang dihadapi murid-murid Islam kelas 4 Murni :
Rajah 3 : Cabaran yang dihadapi Murid Kelas 4 Murni bagi PdPR Pendidikan Islam

Berdasarkan rajah 3, seramai 41% murid mengalami masalah capaian internet, 31%
murid mengalami masalah tiada peranti atau gajet, 16% murid mengalami masalah suasana
pembelajaran yang tidak kondusif dan 12% murid mengalami masalah ibu bapa atau penjaga
bekerja di siang hari. Hal ini menunjukkan, masalah dan cabaran utama murid-murid bagi
pembelajaran atas talian ini adalah masalah capaian internet.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Berdasarkan pemerhatian dan soal selidik yang telah dijalankan, guru telah membuat
inisiatif dan alternatif lain bagi murid-murid yang tidak dapat menghadiri pembelajaran atas talian
disebabkan beberapa faktor seperti masalah capaian internet. Antara inisiatif yang telah dibuat
oleh guru Pendidikan Islam ialah dengan memperkenalkan kaedah kotak serahan di sekolah.
Kotak serahan ini berfungsi untuk penyerahan dan pengambilan bahan oleh guru dan ibu bapa /
penjaga sewaktu PdPR ini. Kaedah kotak serahan ini merupakan salah satu pembelajaran luar
talian yang boleh diguna pakai sekiranya terdapat murid-murid yang mengalami masalah capaian
internet dan sebagainya. Bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti pembelajaran, guru-guru
menggunakan pembelajaran alternatif secara luar talian seperti aktiviti-aktiviti dalam buku teks
dan membekalkan aktiviti-aktiviti tambahan seperti latihan buku kerja, lembaran kerja dan projek
mudah. Bahan-bahan tambahan ini akan diletakkan di dalam kotak serahan dan ibu bapa atau
penjaga akan mengambil bahan-bahan pembelajaran tersebut setelah dimaklumkan oleh guru.
Penyerahan dan pengambilan bahan-bahan pembelajaran ini dilaksanakan dengan mematuhi
peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan semasa PKP oleh pihak kerajaan.

Selain itu, ada beberapa guru Pendidikan Islam telah pergi ke rumah murid bagi
menerangkan secara bersemuka apa yang perlu dibuat berdasarkan tajuk pelajaran yang telah
diajar secara atas talian. Hal ini untuk mengelakkan murid-murid tidak ketinggalan dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.

5.4 Cadangan Penambahbaikan Yang Akan Dilaksanakan Untuk Menangani Isu


5.4.1 Aktiviti 1 : Menggunakan kotak serahan

Rajah 4 : Kotak Serahan


Pemerhatian :
Sepanjang pemerhatian saya, penggunaan kotak serahan ini sangat diterima baik oleh
ibu bapa atau penjaga murid-murid bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi sewaktu
pembelajaran atas talian ini. Ibu bapa atau penjaga juga telah mengikut peraturan dan SOP yang
ditetapkan oleh pihak sekolah semasa menyerahkan dan mengambil bahan yang disediakan oleh
guru. Murid-murid juga telah menghantar lembaran kerja yang diberikan oleh guru mengikut masa
yang telah ditetapkan dan dibuat dengan baik. Penggunaan kotak serahan ini merupakan satu
alternatif bagi murid yang tidak dapat menghadiri pembelajaran atas talian dan ia merupakan
salah satu kaedah pembelajaran luar talian.
Refleksi :

Antara kekuatan pengunaan kotak serahan ini ialah kotak serahan yang disediakan dalam
keadaan baik, kemas dan tersusun, kotak serahan juga telah disusun mengikut susunan nama
guru dan mempunyai nombor di setiap kotak bagi memudahkan ibu bapa dan murid-murid
menyerahkan dan mengambil bahan yang disediakan oleh guru. Selain itu, kelemahan
penggunaan kotak serahan ini ialah kotak serahan agak kecil dan sekiranya guru yang
mempunyai banyak kelas, ia akan menyebabkan buku-buku terkeluar daripada kotak tersebut.
Cadangan penambahbaikan dalam isu penggunaan kotak serahan ini ialah pihak sekolah perlu
menyediakan kotak serahan yang mempunyai ruang yang lebih besar dan tertutup.

5.4.2 Aktiviti 2 : Berkunjung ke rumah murid.

Pemerhatian :

Sepanjang pemerhatian saya, aktiviti berkunjung ke rumah murid ini merupakan satu
alternatif yang baik bagi mengelakkan murid ketinggalan dalam pembelajaran. Ibu bapa atau
penjaga murid menyambut baik usaha yang ditunjukkan oleh guru Pendidikan Islam ini untuk
mengajar anak-anak mereka.

Refleksi :

Antara kekuatan aktiviti berkunjung ke rumah murid ini ialah murid dan guru dapat belajar
secara bersemuka dan secara tidak langsung ia akan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, murid boleh bertanya terus kepada guru sekiranya tidak faham dalam
sesuatu tajuk pelajaran. Antara kelemahan aktiviti ini adalah ia akan menambahkan beban dan
kerja guru untuk pergi ke setiap rumah murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran atas talian
dan menggangu masa guru bersama keluarga.
5.5 Refleksi Keseluruhan Kajian

Rajah 5 : Aktiviti 1 Pengunaan Kotak Serahan

Berdasarkan rajah 5, seramai 80% ibu bapa atau penjaga murid-murid bersetuju dengan
penggunaan kotak serahan ini sebagai alternatif dalam pembelajaran luar talian dan hanya 20%
ibu bapa yang tidak bersetuju dengan penggunaan kotak serahan ini.Secara keseluruhannya, ibu
bapa atau penjaga murid-murid amat bersetuju dalam penggunaan kotak serahan ini.

Rajah 6 : Aktiviti 2 Berkunjung ke rumah murid


Berdasarkan rajah 6 telah menunjukkan 70% ibu bapa atau penjaga bersetuju dalam aktiviti
berkunjung ke rumah murid ini dan hanya 30% sahaja ibu bapa yang tidak setuju dalam aktiviti
ini. Secara keseluruhannya, ibu bapa atau penjaga murid-murid amat bersetuju dalam aktiviti
berkunjung ke rumah murid ini bagi mengelakkan anak mereka ketinggalan dalam pelajaran.

6.0 Cadangan kajian seterusnya


Kajian kes yang telah saya jalankan ini adalah sebahagian daripada masalah dan cabaran
yang dihadapi oleh murid-murid sewaktu pembelajaran dalam talian. Cabaran dan masalah yang
dihadapi oleh murid sedikit sebanyak mempengaruhi juga prestasi murid dan menyebabkan
murid tidak berminat mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Pada
kajian seterusnya, saya bercadang untuk membuat satu kajian berkaitan cabaran kelas tasmik
Al-Quran secara dalam talian sewaktu pandemic COVID-19 ini. Secara keseluruhannya, saya
berharap kajian saya ini dapat membantu guru-guru dan murid-murid dalam menghadapi cabaran
dan masalah semasa pembelajaran dalam talian dan dapat menambahbaikan lagi sistem PdPR
serta guru boleh mempelbagaikan lagi kaedah dan strategi pengajaran yang boleh menarik minat
dan perhatian murid untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam secara dalam talian mahupun
luar talian.
Rujukan

Abdul Jasheer Jayaseelan, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Wan
Kamaruddin. (2019). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam. Shah
Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

James Ang Jit Eng, Ed.D & Lim Siew Ngen M.S.C (2020). Guru Sebagai Pakar Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Batu Caves : PTS Media Group Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.


Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah).
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2002. Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1.
Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norliza Husin. (2017). Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam , Vol.1 Isu 2, 58-73.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi Pendidikan.
Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yaacob, H., & Othman, J. (2007). Dunia Pendidikan Dalam Era Globalisasi : Peranan dan
Cabaran. Jurnal Masalah Pendidikan, 30 (1), 143-148.

Anda mungkin juga menyukai