Anda di halaman 1dari 72

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

PRKA2031
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
TUGASAN 1 : PORTFOLIO DOKUMENTASI

Nama : NURUL MARHA BINTI MAT NOH


No. K/P : 910724075028
Angka Giliran : 2020122400064
Program : PDPP
Ambilan : JUN 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 3
Nama Penilai : DR. SIRAJUDIN BIN SAPUAN
Tarikh Hantar : 7 FEBRUARI 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_____Nurul Marha_____ Tarikh: 7 FEBRUARI 2021

1
LAMPIRAN 1-3
KANDUNGAN PORTFOLIO
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
(Diisi oleh Penilai)

Tandakan
Bil Tajuk Item

1 Maklumat Penempatan 1.1 Surat Pengenalan Diri
2.1 Nama IPGK
2.2 Gambar
2.3 Nama Pelajar
2.4 No. Kad Pengenalan
2 Biodata 2.5 Alamat tetap
2.6 No. Telefon dan E-mel
2.7 Ambilan dan Pengkhususan
2.8 Tahun dan Semester : Tahun___ Semester__
2.9 Tarikh PBS:
Pernyataan Profesional / 3.1 Pernyataan sebelum PBS
3 Kontrak Aktiviti
(Lampiran 1-1) 3.2 Pernyataan semasa PBS
Maklumat Umum Sekolah
(Lampiran 1-7)
-kurikulum
-kokurikulum
-Prasarana sekolah
Laporan Pemerhatian 4.1 Pemerhatian
4.2 Senarai semak
4 Instrumen Pengumpulan Data
Berhubung Tugasan 4.3 Temu bual
(pilih yang sesuai) 4.4 Soal selidik
5.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah
5.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
Kolaboratif
5 5.3 Perbincangan dengan warga sekolah
(Lampiran 1-4)
5.4 Perbincangan dengan wakil komuniti
5.5 Interaksi dengan murid
Amalan Refleksi
6
(Lampiran 1-6)
Kajian Kes
7
(Lampiran 1-9)

Ulasan Penilai:
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Tandatangan : ________________________ Tarikh: _________________

Nama : ________________________

2
3
4
5
6
7
PENGENALAN
Melalui pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), iaitu satu program yang
dijalankan di bawah Unit Praktikum melalui Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim, dapat memberi pendedahan dan kefahaman awal serta menambah pengetahuan sedia
ada para guru pelatih tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Untuk PBS
kali ini, semua pelajar di bawah Program Diploma Pasca Siswazah (PDPP) ambilan Jun 2020,
diwajibkan untuk hadir selama dua minggu di sekolah mereka berkhidmat bagi memenuhi satu
jam kredit Kod Kursus PRKA Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Program ini bertujuan
memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami sistem organisasi sekolah melalui
pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, nilai-nilai kepimpinan dan
mengenal pasti dasar-dasar pendidikan yang dijalankan di sekolah secara efektif.

Program ini bermula pada 24 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021 dan saya ditugaskan di
sekolah saya berkhidmat iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2. Saya telah mendapat izin dari
pihak sekolah untuk hadir menjalani kursus ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pelaksanaan PBS ini, guru pelatih ditugaskan untuk melengkapkan tiga tugasan iaitu yang
pertama tugasan dokumentasi melalui portfolio, tugasan kedua iaitu laporan pemerhatian dan
tugasan ketiga ialah laporan kajian kes yang berfokus dalam pengajaran dan pembelajaran
Bidang Pendidikan Islam.

Dalam proses menjalankan program PBS terutama pada musim COVID-19 ini, saya telah
mendapat kerjasama dan maklumat berkaitan sekolah daripada beberapa pihak seperti Guru
Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Panitia, Kakitangan sekolah dan murid-murid sekolah ini.
Saya juga berpeluang menggunakan beberapa kaedah penilaian untuk melengkapkan amalan
refleksi saya sepanjang program ini. Data-data yang telah saya dapati dan diteliti telah
dikumpulkan dan disusun menjadi portfolio ini.

Akhir sekali, berdasarkan dapatan data, maklumat dan analisis yang telah saya kumpulkan,
besar harapan saya agar objektif program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dapat
dicapai serta membantu saya untuk mengenali dan memahami cara pengurusan pentadbiran
kurikulum, kokurikulum dan prasarana sekolah. Saya juga berharap agar tugasan ini dapat
memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

8
3.1 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

3.1.1 FOKUS UTAMA TUGASAN

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) memberi fokus utama semester 2 para
pelajar Program Diploma Pasca Siswazah (PDPP) Institut Perguruan Kampus Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru adalah untuk memberi pendedahan awal mengenali persekitaran sekolah.
Sebelum pelaksanaan PBS di sekolah, guru pelatih mendapat taklimat awal melalui aplikasi
Google Meet daripada Pn. Norliza selaku Penyelaras PBS. Selain itu, PBS ini juga menjadi
medium supaya guru pelatih membiasakan diri dengan keadaan dan budaya kerja perguruan di
dalam suasana sekolah yang sebenar. Dalam masa yang sama, PBS juga menumpukan
gambaran dan mengetahui perbezaan persekitaran pengajaran dalam iklim bilik darjah serta cara
pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah yang boleh memberi contoh dan
pengalaman baru untuk diaplikasikan sewaktu menjadi guru kelak. Melalui program ini, tugasan
juga berfokuskan kepada pemerhatian dan kajian kes bagi menyelesaikan isu atau masalah yang
berlaku berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang terkini selaras dengan kehendak kerja
kursus yang telah diberikan oleh pihak IPG.

3.1.2 TUJUAN TUGASAN

Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk
memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk mengumpulkan maklumat pengurusan
pentadbiran kurikulum, kokurikulumdan prasana sekolah secara tersusun dan sistematik.
Seterusnya, melalui PBS ini, guru pelatih dapat melaksanakan pengurusan komuniti dan budaya
serta peraturan dan disiplin sekolah dengan berinteraksi dengan guru-guru, kakitangan dan murid
sekolah. Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran interpersonal dalam diri seorang guru.
Selain itu, guru pelatih juga dapat mengetahui peranan dan tugas seseorang guru melalui
pemerhatian dan penelitian dokumen dengan menghasilkan refleksi berkaitan pengurusan dan
pentadbiran serta komuniti dan budaya sekolah berdasarkan maklumat yang diperoleh semasa
PBS. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan semasa pelajar menjadi guru
yang sebenar kelak.

3.1.3 MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 2 minggu di sekolah yang
ditetapkan kepada pelajar. Demikian, guru pelatih perlu merancang apa yang perlu dilakukan
pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat ialah:

9
 Mempersiapkan senarai semak bagi memperolehi maklumat.
 Merangka soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti
guru besar, guru panitia dan yang lain-lain.
 Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan.

3.1.4 INSTRUMEN PENILAIAN

Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan temubual. Setiap instrumen
yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan ini.

3.2 PERNYATAAN SEMASA PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Sepanjang pelaksanaan 2 minggu PBS di sekolah, saya telah menjalankan beberapa aktiviti
berpandukan senarai semak tugasan yang telah disediakan. Suatu pengalaman baru yang saya
belajar adalah bagaimana untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan warga sekolah dengan
baik dan berkeyakinan. Berikut adalah tindakan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh PBS
di SK Seri Perling 2.

Bil. Tarikh Tindakan


1. 24 Januari 2021  Melapor diri kepada Penolong Kanan 1, iaitu Puan Maslinda
(11 pagi – 5 binti Sulaiman kerana Guru Besar masih dalam cuti kuarantin
petang) COVID19.
 Taklimat ringkas bersama PK1 tentang perjalanan aktiviti
PBS yang akan dijalankan selama 2 minggu.
 Mendapatkan Maklumat Umum Sekolah daripada PK1.
 Mencari bahan-bahan rujukan sekolah di Laman Rasmi
Sekolah dan di bahagian Buku Pengurusan Sekolah.
 Merujuk dan melakukan persediaan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) bersama guru-guru Transisi
Tahun 1.
 Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menjalankan tugasan sebagai Guru Kelas 4 Alfa untuk
urusan pemulangan dan penerimaan buku teks sekolah bagi

 tahun 2020/2021 bersama Unit SPBT dan ibu bapa/ penjaga


kelas 4 Alfa dengan mengikut SOP yang ketat.

10
 Melaksanakan tugasan Guru Kelas 4 Alfa seperti kemas kini
maklumat murid dalam sistem APDM, menyalurkan
maklumat terkini atau sebarang pemberitahuan makluman
daripada pihak sekolah kepada ibu bapa murid.
2. 25 Januari 2021  Menemubual guru Panitia Bahasa Inggeris yang telah lama
(8.30 pagi – 2 berkhidmat di sekolah.
petang)  Menyambung tugasan sebagai guru pembantu untuk urusan
pemulangan dan penerimaan buku teks sekolah tahap 1 bagi
tahun 2020/2021 bersama Unit SPBT dan ibu bapa/ penjaga
dengan mengikut SOP yang ketat.
 Mengambil gambar sepanjang program.
 Menyediakan dan merujuk bahan PdPR untuk kelas yang
diajar mengikut jadual.
 Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menemubual guru penyelaras bagi Unit SPBT untuk
mendapatkan maklumat proses buku teks bagi tahun 1 dan
tahun 5 bagi sesi 2021.
 Melaksanakan tugasan Guru Kelas 4 Alfa seperti kemas kini
maklumat murid dalam sistem APDM, menyalurkan
maklumat terkini atau sebarang pemberitahuan makluman
daripada pihak sekolah kepada ibu bapa murid.
3. 26 Januari 2021  Mengambil gambar persekitaran sekolah.
(8 pagi – 12.30  Mengemaskini RPH dan persediaan PdPR mengikut jadual
tengahari) harian.
 Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Mengikuti Webinar Bicara KPM “Keseimbangan Psikologi
dan Kehidupan Bekerjaya dalam Mendepani Cabaran
Pandemik COVID19” melalui Youtube.
 Menemubual guru Prasekolah.
 Mengambil gambar persekitaran sekolah.
 Mengemaskini laporan PBS.

11
 Melaksanakan tugasan Guru Kelas 4 Alfa seperti kemas kini
maklumat murid dalam sistem APDM, menyalurkan
maklumat terkini atau sebarang pemberitahuan makluman
daripada pihak sekolah kepada ibu bapa murid.
4. 27 Januari 2021  Mengemaskini Fail RPH dan persediaan PdPR mengikut
(8 pagi – 12.30 jadual harian.
tengahari)  Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menghadiri Taklimat Laporan PdPR 2021 secara Google
Meet di sekolah.
 Melaksanakan tugasan Guru Kelas 4 Alfa seperti kemas kini
maklumat murid dalam sistem APDM, menyalurkan
maklumat terkini atau sebarang pemberitahuan makluman
daripada pihak sekolah kepada ibu bapa murid.
 Mengemaskini laporan PBS.
5. 28 Januari
2021 Cuti Thaipusam

6. 31 Januari 2021  Persediaan PdPR mengikut jadual harian.


(8 pagi – 12.30  Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
tengahari) PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menemubual PK1, PK HEM dan Ketua Kerani Sekolah.
 Mengemaskini laporan PBS.
 Membuat soal selidik untuk PdPr Pendidikan Islam.
7. 1 Februari 2021  Persediaan PdPR mengikut jadual harian.
(8 pagi – 12.30  Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
tengahari) PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menemubual Guru Pemulihan, Pengawal Sekolah dan
pekerja koperasi.
 Membuat pemerhatian terhadap prasarana sekolah dan
ambil gambar persekitaran sekolah
8. 2 Februari 2021  Persediaan PdPR mengikut jadual harian.
(8 pagi – 12.30  Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
tengahari) PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menemubual Penyelia Petang dan wakil ibu bapa.

12
 Melaksanakan tugasan Guru Kelas 4 Alfa seperti
menyampaikan maklumat kaunseling dan bimbingan.
 Menemubual dan bertanya masalah pembelajaran daripada
wakil murid.
9. 3 Februari 2021  Persediaan PdPR mengikut jadual harian.
(8 pagi – 12.30  Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
tengahari) PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menemubual PK Koku, Guru Kaunseling, dan Guru Pusat
Sumber.
 Mengemaskini laporan PBS dan mengumpul bahan kajian
kes.

10. 4 Februari 2021  Persediaan PdPR mengikut jadual harian.


(8 pagi – 12.30  Merekod PBD dan mengisi borang pelaporan pemantauan
tengahari) PdPR di bawah sistem PPD Johor Bahru.
 Menemubual Guru Besar yang telah tamat cuti kuarantin,
 Membuat pemerhatian terhadap prasarana sekolah dan
ambil gambar persekitaran sekolah terutama projek terkini
dari pengurusan sekolah iaitu taman mini dan landskap
surau.

13
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

1. ARAHAN : Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam boring berikut :

Bil Perkara Catatan / Data


1 Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2
Jalan Camar 9, Taman Perling,
81200, Johor Bahru, Johor.
2 No. Telefon Sekolah 07-2343442
3 Alamat e-mel / Web http://skseriperlingdua.blogspot.my/-
Sekolah skseriperling2@gmail.com
4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar
Bandar)
5 Nama Pengurus Sekolah Puan Rosziah binti Johar
6 Nama PK Pentadbiran Puan Maslinda binti Sulaiman
7 Nama PK HEM Encik Fathulmunir bin Mat
8 Nama PK Kokurikulum Puan Norulsafura binti Kamaludin
9 Nama Penyelia Petang Encik Ahmad Nasaruddin bin Federa Tajuddin
10 Nama YDP PIBG Encik Samsol bin Hussein
11 Gred / Tahap Sekolah A
12 Bilangan Guru Lelaki : 14
Perempuan : 43
13 Bilangan Guru Mengikut Siswazah : 6
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah : 37
14 Bilangan Kelas 26
15 Purata Saiz Kelas 40 orang
16 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-
lain
1080 Lelaki 513 1 25 17

Perempuan 485 23 17
17 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini.
Pada tahun 2020, antara kejayaan sekolah ialah Johan pertandingan pantun karnival
Bahasa Melayu Zon Skudai, Naib Johan pidato karnival Bahasa Melayu Zon Skudai,
Tempat ketiga bicara berirama karnival Bahasa Melayu Zon Skudai, Tempat ketiga
sahibba karnival Bahasa Melayu Zon Skudai, mendapat Naib johan daie cilik lelaki
MTQSS Zon Skudai dan berjaya naib johan daie cilik perempuan MTQSS Zon
Skudai.

14
SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 , Johor Bahru telah mula beroperasi pada 1 Disember
1994. Sekolah ini merupakan sekolah yang ketiga dibina di kawasan perumahan baru Taman
Perling. Sekolah pertama yang dibina ialah Sekolah Kebangsaan Taman Perling dan sekolah
kedua pula ialah Sekolah Rendah Kebangsaan ( Cina ) Pei Hwa. Kedua-dua sekolah ini terletak
di Persisiran Perling 1. Kawasan di mana sekolah ini dibina pada asalnya merupakan bekas
ladang getah. Penduduk di kawasan taman perumahan ini terdiri daripada kaum melayu. Selain
itu terdapat juga masyarakat Cina dan India.

Bangunan asal Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 ini terdiri daripada tiga blok bangunan
tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah rumah pam. Sehingga tahun 2002, beberapa kemudahan
lain telah didirikan termasuk pondok menunggu bas, dua buah pondok bacaan dan sebuah laluan
pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan antara Blok Pentadbiran dan blok Akademik.

Bangunan asal sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah pejabat, bilik guru, bilik
kaunseling, makmal sains, bilik rawatan/kesihatan, bilik mesyuarat, bilik kokurikulum, bilik
setiausha peperiksaan, bilik muzik, bilik sumber/perpustakaan, bilik tayang dan bilik sembahyang
(surau).

Bermula tahun 2003, beberapa perubahan fizikal dan suasana sekolah yang ketara telah
berlaku. Antaranya iaitu sekolah telah dapat memiliki sebuah gelanggang serbaguna iaitu
gelanggang untuk badminton, sepak takraw, dan bola jaring. Selain itu, sebuah makmal komputer
telah didirikan dan beroperasi sepenuhnya hasil Projek Pengkomputeran Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2004, Sudut Ilmu juga telah dapat didirikan yang terdiri dari
beberapa meja bulat yang dipayungi oleh payung-payung besar bagi kemudahan pelajar.
Akhirnya pada awal tahun 2004 sekolah telah berjaya membuka sebuah kelas Prasekolah
dengan jumlah pelajar seramai 25 orang. Pada awal tahun 2005 sekolah ini antara 48 buah
sekolah di Johor Bahru telah terpilih untuk melaksanakan Program j-Qaf bagi Tahun 1.

Pada bulan September 2007, projek bangunan tambahan iaitu membina bangunan
empat(4) tingkat di belakang Blok Bestari dimulakan pada 17 september 2007. Pelaksanaan
Program peluasan Prasekolah kedua dijalankan. Projek pembinaan bangunan Prasekolah
ditempatkan di belakang bangunan Bestari. Pada tahun yang sama, Pusat Akses telah dibuka di
Pusat Sumber untuk kemudahan mengakses internet bagi murid, warga sekolah dan komuniti
setempat . Pada awal tahun 2008, Prasekolah yang kedua dijalankan .

Bilangan murid di sekolah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun.. Pada tahun
2013, guru bertambah 44 orang , kakitangan 6 orang dan murid-murid seramai 643 orang. Pada
15
Jun 2013 Kerja-kerja membaiki bangunan yang rosak seperti bumbung, tandas, pagar hijau ,
siling dan pintu bilik darjah dibaikpulih. Seterusnya kerja-kerja menaiktaraf tandas blok
pentadbiran dan menukar tangki air.

Dalam tahun 2014 membaikpulih bumbung bilik pam air dan kerja-kerja membasmi anai-
anai di bangunan pentadbiran dan bangunan akademik di laksanakan. Pada bulan September
Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Bin Datuk Mohamad Rahmat Adun Parlimen Pulai meluluskan
9 buah Komputer dan sebuah mesin cetak untuk kegunaan murid dan pada bulan Disember Yang
Berhormat Datuk Tengku Putera Harun Aminurrashid Bin Tengku Hamid Jumat Adun kawasan
Kempas menyumbang 2 buah Komputer dan 15 buah tetikus.

Dalam tahun 2015 sekolah telah membaik pulih bumbung di Blok Akademik. Sekolah telah
menerima kerusi dan meja murid sebanyak 40 buah sumbangan PPDJB dan juga telah menerima
41 buah komputer netbook 1 malaysia sumbangan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia
Malaysia.

Mulai tahun 2019, sekolah ini telah beroperasi 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang bagi
menampung pertambahan murid terutamanya dari kawasan perumahan baru PPR Melana Indah
dan PPR Uda Utama. Bilangan murid juga semakin bertambah iaitu seramai 913 orang dari
darjah 1 hingga 6, manakala murid prasekolah seramai 50 orang. Bilangan guru pula adalah
seramai 56 orang.

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG BERKHIDMAT DI SK SERI PERLING 2


BIL TAHUN BERKHIDMAT NAMA GURU BESAR

1 Disember 1994 hingga Januari 1995 Encik Haron bin Abdullah

2 Januari 1995 hingga Disember 1996 Encik Ghafar Shah bin Mohamed Shah

3 Januari 1997 hingga Oktober 1998 Encik Ahmad bin Jaafar

4 Oktober 1998 hingga Julai 2001 Puan Hjh Hajar binti Hj Ibrahim

5 Ogos 2001 hingga Oktober 2004 Encik Mohamad Samudin bin Johari

6 Oktober 2004 hingga Disember 2008 Puan Hjh Maimunah binti Samat

7 Januari 2008 hingga April 2010 Encik Osman bin Ibrahim

8 April 2010 hingga Februari 2012 Puan Rosnani binti Abd Ghani

9 April 2012 hingga Disember 2015 Puan Maselah binti Mohd Tahir
10 Januari 2016 hingga kini Puan Rosziah binti Johar

16
KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI SK SERI PERLING 2 DARI 2013- 2019

BIL TAHUN KEJAYAAN

Tempat kedua mengarang cerita kanak – kanak peringkat PPD Johor


1 2011
Bahru

Olahraga
-Lontar Peluru P12 – Johan Zon Skudai
-Lontar Peluru P12 Wakil Daerah Johor Bahru

Softball
-Johan MSSM Daerah Johor Bahru L12
-Naib Johan Daerah Johor Bahru P12
-7 orang pemain L12 mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat MSSM
Johor
-5 orang pemain P12 mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat MSSM
Johor
-Seorang pemain P12 dan seorang pemain L12 telah mewakili Negeri
Johor ke MSSM
2 2013
-Johan Bercerita peringkat Daerah

Prasekolah
-Lari 50m L - Johan Zon Skudai
-Lontar Peluru P –Naib Johan Zon Skudai
-Sukaneka - Johan Zon Skudai
- Johan keseluruhan bagi acara Sukaneka Zon Skudai 2013
- Johan dalam acara Masukkan Air Dalam Botol peringkat
Daerah
-Anugerah Penghargaan Kejohanan Skuasy
-Anugerah Peningkatan Peratus Menguasai UPSR
-Mencapai ETR Gred Peratus Sekolah UPSR

17
-Anugerah 5 bintang dalam Penarafan Kendiri Smart School Qualification
Standard (SSQS)
-Pasukan Softball - tempat ke tiga dalam pertandingan peringkat Daerah
3 2014
-Seorang guru SKSP2 (Puan Sharifah Nasriah Binti Wan Obeng) telah
berjaya mencapai Anugerah Emas Peringkat Negeri Johor dalam Kajian
Tindakan
-Encik Mohd Hazanizam Bin Abd Hamid dan Puan Sharifah Nasriah Binti
Wan Obeng berjaya menghasilkan Kajian Tindakan yang dipertandingkan
di Peringkat Daerah

Prasekolah
-Bijak Prasekolah – Johan Bahasa Melayu Dan Naib Johan Bahasa
Inggeris Peringkat Daerah Johor Bahru
-Bijak Prasekolah – Saguhati Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor

- Prasekolah – Johan Peringkat Zon Skudai dalam acara Fun Ball


4 2015 ( Bola Jaring)
- Tempat ketiga kajian tindakan peringkat PPD Johor Bahru

Koakademik
- Johan Tokoh NILAM (Bahasa Melayu) Peringkat Daerah JB
- Tempat ke-3 Tokoh NILAM peringkat Negeri Johor
- Johan Bercerita Peringkat Zon Skudai Tahap 2 dan
- Tempat ke-3 Peringkat Daerah Johor Bahru.
- Naib Johan Bercerita Tahap 2 sempena Kem Membaca 1Malaysia
- Naib Johan Bercerita Tahap 1 Peringkat Zon Skudai
5 2016
-Tempat ke-4 Pertandingan Bercerita Tahap 1 sempena
Kem Membaca 1Malaysia
- Johan Bicara Berirama Peringkat Zon Skudai (Panitia
Bahasa Melayu)
- Johan Pertandingan Tilawah AlQuran Peringkat Zon Skudai,
- Naib Johan pertandingan Tilawah AlQuran Peringkat Daerah JB
- Naib Johan Hafazan (L) Peringkat Zon Skudai

18
Kokurikulum/ Sukan / Permainan
- Puteri Islam – Johan Pertandingan Gubahan Peringkat Daerah JB, Johan
Pertandingan Kawad Kaki Daerah Johor Bahru,
-Johan Pertandingan Lontar Peluru L12 MSSZ,
- Johan Peringjkat Daerah JB dan tempat ke-3 peringkat Negeri Johor
-Tempat ke-3 Sofball (Lelaki) Peringkat Daerah Johor Bahru
Prasekolah
-Naib Johan Bercerita Bahasa Inggeris (Prasekolah)Peringkat
Zon Skudai
-Johan Funball Zon Skudai (Prasekolah)
Peringkat Kebangsaan
Naib Johan Pertandingan Tennis Antara Malaysia dan Thailand (UUM)
Perempuan Bawah 12 Tahun
-Anugerah 5 Bintang SSQS
-Sekolah Rintis PAK21

- Tempat ke 3 Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Zon Skudai.


- Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru
6 2017 (Terpilih ke peringkat Negeri).

- Johan Sofball Lelaki bawah 12 Tahun Daerah Johor Bahru.


- Tempat kedua Sahibba Zon Skudai

Ko-Akademik
- Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil peringkat Kebangsaan.
- Pertandingan Kuiz Bahasa Tamil Peringkat Daerah Johor Bahru.
- Pertandingan Tiru Gaya Tokoh (Bahasa Tamil) Peringkat Daerah Johor
Bahru.
7 2018 - Pertandingan Nyanyian Kumpulan Peringkat Daerah Johor Bahru,
- Tempat ke 5 Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Tahap 1
Peringkat Zon.
- Johan Pertandingan Festival Nasyid Peringkat Zon.
- Tempat ke 4 Festival Nasyid Peringkat Daerah Johor Bahru.
- Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon.

19
- Naib Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Johor
Bahru.
Kokurikulum/ Sukan / Permainan
- Softball MSS Johor Peringkat Negeri.
- Naib Johan Softball Peringkat Daerah
- Naib Johan Kejohanan Bola Sepak Piala DUN Senai Peringkat MSSD.
- Johan, Naib Johan dan Ketiga Kejohanan 3 on 3 Peringkat MSSD.
- Naib Johan Kejohanan Mahrajan 2018 Peringkat MSSD
- Naib Johan Setia Darul Takzim Cup Peringkat MSSD.

- Merentas desa MSSDJB tempat ke -6 dan 25


- Naib Johan Pertandingan Sahibba Zon Skudai
- Pertandingan Sahibba, Karnival Bahasa Melayu peringkat daerah Johor
Bahru tempat ke 4
- Tempat Ketiga Pidato Zon Skudai
- Konduktor terbaik Bicara Berirama Zon Skudai
8 2019
- Tempat ke-2 pertandingan bercerita Karnival Sejarah Peringkat Derah
Johor Bahru
- Saguhati Kuiz sejarah Karnival Sejarah peringkat daerah Johor Bahru
- Saguhati pertandingan Karnival STEM peringkat daerah Johor Bahru
- Kejohanan Muay Thai Professional Tertutup Johor pingat emas untuk
kategori 22 kg dan 24 kg

- Johan pertandingan pantun karnival Bahasa Melayu Zon Skudai


- Naib Johan pidato karnival Bahasa Melayu Zon Skudai
- Ketiga bicara berirama karnival Bahasa Melayu Zon Skudai
9 2020
- Ketiga sahibba karnival Bahasa Melayu Zon Skudai
- Naib johan daie cilik lelaki MTQSS Zon Skudai
- Naib johan daie cilik perempuan MTQSS Zon Skudai

20
V ISI D AN M I SI
S E KO L AH KE BANG S AAN S E RI PE RLI NG 2

21
22
4

23
INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN PBS

4.1 Pemerhatian

Dalam menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), selama 2 minggu di


sekolah saya berkhidmat iaitu SK Seri Perling 2, saya diberi tugasan untuk mengenalpasti dan
mengumpul maklumat tentang pelaksanaan pihak pengurusan sekolah dari aspek pentadbiran
kurikulum, kokurikulum, penyediaan prasarana sekolah, amalan budaya dan komuniti serta
disiplin sekolah dalam menjayakan pembentukan sahsiah dan akademik murid secara
menyeluruh dan berkesan. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah
pemerhatian, senarai semak dan kaedah temu bual bagi melengkapkan tugasan saya.
Kaedah pemerhatian dan temubual bagi pengumpulan data telah saya aplikasikan sepanjang
penyempurnaan tugasan PBS. Dalam masa yang sama, dapat saya kenali amalan budaya yang
dilaksanakan dalam pengurusan pentadbiran sekolah yang menjadi tulang belakang dalam suatu
organisasi sekolah. Saya telah berjumpa dan menemubual guru besar sekolah saya dan apa
yang saya dapat perhatikan, beliau merupakan seorang yang sangat aktif, bersemangat dan sudi
membantu. Dalam menjayakan organisasi sekolah yang terbaik, beliau dibantu oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Guru Penyelaras Petang dan guru-guru lain.
Pengurusan sekolah yang diketuai beliau sangat disenangi guru-guru dan kakitangan di
sekolah dan beliau sangat mempertimbangkan serta memudahkan urusan terutama dalam
keseimbangan kebajikan, perkembangan pelajaran murid dari segi kognitif, fizikal dan afektif di
sekolah. Selain itu, saya juga telah membuat pemerhatian tentang keadaan prasarana di sekolah
ini. Dapatan saya, keadaan prasarana di sekolah ini berada dalam keadaan amat baik di samping
sekolah ini melaksanakan dua sesi persekolahan. Antara prasarana yang ada ialah bilik
kesihatan, makmal sains, makmal komputer, bilik RBT, tapak perhimpunan, dewan, bilik J-Qaf
dan sebagainya. Saya juga dapati, guru-guru di sekolah ini menjalankan amanah dengan baik
sekali serta mereka mengamalkan amalan budaya yang rajin, teguh dan konsisten selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.2 Temubual
Seterusnya, melalui kaedah temubual, saya telah menemubual beberapa orang guru seperti
Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan Guru Pendidikan Islam. Maklumat yang saya perolehi melalui
temubual ini adalah antaranya bagaimana strategi guru dalam menghadapi Pdp secara atas
talian. Amnya, melalui kaedah ini, sangat membantu saya melengkapkan tugasan terutama
dalam pengajaran dan saya juga mendapat suatu pengetahuan baru serta berkesan dalam

24
amalan kerjaya guru. Dengan bantuan alat peranti seperti telefon bimbit, komputer riba,
pembesar suara dan talian internet, saya dapat mengambil gambar, merakam video temubual,
melaksanakan sendiri amalan PdPR secara dalam talian serta menyempurnakan aktiviti-aktiviti
lain dalam menyempurnakan tugasan PBS dengan baik. Antara kriteria pemerhatian yang saya
dapat perihalkan selama program ini berjalan ialah nilai-nilai murni yang diamalkan guru dan
kakitangan sekolah, kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah, kekemasan dan kod pakaian
warga sekolah, fasiliti dan prasarana sekolah, amalan tugas dan tanggungjawab guru, budaya
hormat-menghormati dan bekerjasama, menepati dan menjaga masa, bertanggungjawab
terhadap harta benda sekolah, pergaulan sosial guru-guru dan ketekunan murid belajar secara
PdPR. Sebelum berinteraksi bersama warga sekolah, saya menyediakan soalan yang berkaitan
seterusnya untuk menemubual guru matapelajaran pendidikan.
Nama :
Umur :
Tempat Asal :
Kelayakan Akademik :
Tahun mula berkhidmat :
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah atau strategi pembelajaran yang berkesan?
2. Bagaimana guru mengaplikasikan gaya kepimpinan dalam sesi pembelajaran?
3. Kongsikan cara yang terbaik untuk melaksanakan PdPR matapelajaran Pendidikan Islam
dengan bermakna.
4. Terangkan pelaksanaan PBD bagi subjek Pendidikan Islam.

4.3 Senarai semak

Saya telah menyediakan jadual – jadual untuk mengumpul data sekolah terutama tentang
persekitaran sekolah dan murid. Data juga diproses dengan baik dan disimpan dengan cara yang
efektif.
SENARAI SEMAK CIRI – CIRI PERSEKITARAN SEKOLAH
BAHAGIAN A : KEADAAN SEKOLAH 1 2 3 4 5

1) Aspek Keselamatan /
a) Patuh arahan lalu lintas /
b) Latihan keselamatan/ kebakaran /
c) Tugas guru keselamatan /
d) Peti kecemasan /
e) Alat pencegah kebakaran /

25
f) Poster SOP Covid-19 /
e) Label arahan laluan untuk elak /
sesak

2) Aspek Kemudahan /
a) Air /
b) Elektrik
c) Lampu & kipas /

3) Aspek Kebersihan /
a) Bilik darjah /
b) Bilik-bilik khas /
c) Tandas /
d) Kantin /
e) Kawasan sekolah

4) Aspek Keselesaan
a) Kondisi kerusi & meja murid /
b) Susun atur kerusi meja yang betul /
c) Pencahayaan yang baik /
d) Pengudaraan yang baik /
e) Ruang & Ketenteraman bilik /
darjah

5) Aspek Keceriaan
a) Pokok bunga dan pepohon /
b) Perhiasan (kata-kata hikmah/ /
mural)

26
BAHAGIAN B : KEADAAN SOSIAL 1 2 3 4 5

1) Bekerjasama
a) Bekerja berkumpulan /
b) Bantu-membantu / saling /
menolong

2) Hormat-menghormati
a) Ucapan selamat, terima kasih & /
minta maaf
b) Mematuhi peraturan /
c) Menghormati hak orang lain /
d) Mendengar dan berbincang /
pandangan

3) Bertanggungjawab
a) Mengambil berat tugas yang /
dijalankan /
b) Menjaga kebersihan & alam /
sekitar
c) Berdikari & yakin

4) Semangat perpaduan & patriotik


a) Pergaulan murid pelbagai kaum /
b) Kakitangan pelbagai kaum /
c) Pergaulan murid dan warga /
sekolah /
d) Budaya berbudi & cintakan
sekolah

27
BAHAGIAN C : AMALAN ILMU 1 2 3 4 5

1) Bersemangat terhadap pelajaran


a) Rajin belajar /
b) Usaha berfikir /
c) Kreatif dan kritis /

2) Dorongan daripada sekolah


a) Teknik pembelajaran yang /
pelbagai /
b) Bilik darjah yang kondusif /
c) Bimbingan & kaunseling kepada
murid

3) Penggunaan bahasa
a) Penggunaan Bahasa Melayu /
yang baik dan utuh.
b) Penggunaan Bahasa Inggeris /
yang sesuai.

Senarai semak
(i) Umum
Nama Sekolah : SK Seri Perling
Bilangan Pelajar : 1080 pelajar
Bilangan Guru : 57 guru
BIL ITEM YA TIDAK
01 Pengawal /
02 Pejabat /
03 Perpustakaan /
04 Makmal Sains /
05 Makmal Komputer /
06 Padang /
07 Tandas /

28
08 Pelan Kecemasan /
09 Kantin /
10 Bilik Mesyuarat /
11 Pondok Bacaan /
12 Taman Sains /

(ii) Kantin
Nama Sekolah : SK Seri Perling
Bilangan Pelajar : 1080 pelajar
BIL ITEM PERATUS
01 Kebersihan kantin 80 /100%
02 Keceriaan kantin 85 /100%
03 Keselamatan kantin 80 /100%
04 Kebersihan pekerja kantin 80 /100%
05 Kualiti makanan di kantin 80 /100%

KOMEN LAIN : Variasikan makanan yang lebih berkhasiat.

(iii) Senarai Semak Kelas


Nama Sekolah : SK Seri Perling
Bilangan Pelajar : 1080 pelajar
BIL ITEM YA TIDAK
01 Kerusi Dan Meja Untuk Pelajar Dan Guru /
02 Kipas /
03 Papan Putih /
04 Sudut Belajar /
05 Sudut Maklumat /
06 Sudut Matapelajaran /
07 Suasana Yang Selesa Untuk PDPC /

29
3.4 Soal Selidik
Saya telah melakukan soal selidik berkenaan dengan 2 orang murid. Di sini saya sertakan bentuk-
bentuk soal selidik dalam bentuk perbandingan jadual.
BIODATA MURID 1 MURID 2
1. Nama Penuh Yusrien Humairah Cheryl Binti Muhammad Arsyad Bin
Yatan Shahrizan
2. Gambar Seperti Lampiran Seperti Lampiran
3. Jantina Perempuan Lelaki
4. Umur 10 Tahun 10 Tahun
5. Tarikh Lahir 23/01/2011 18/09/2011
6. Bangsa Dusun Melayu
7. Agama Islam Islam
8. Alamat No 21 Jln uda utama 1/1, No 1, Jalan Pulung 8, Taman
Bandar Uda Utama, 81200, Perling, 81200, Johor Bahru,
Johor Bahru, Johor Johor
9. Kelas 4 Alfa 4 Alfa
10. Persekitaran Sekolah Baik Baik
11. Persekitaran Bilik Darjah Baik Memuaskan
12. Nama Ibu Cik Hasnah Binti Che Senik Suhaili Binti Rahmat
13. Nama Bapa Yatan Bin Binua Shahrizan Bin Sudiman
14. Pekerjaan Ibu Guru Guru
15. Pekerjaan Bapa Pesara Pengarah FAMA Johor
16. Status Ibu Bapa Warganegara Warganegara
17. Tinggal Bersama? Ibu Ibu Bapa

30
5

31
5.0 Kolaborasi

Semua kolaboratif yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 4
yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan isi
perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali. Kolaboratif yang dilakukan
oleh saya ialah:

4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah

4.2 Perbincangan dengan mentor

4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah

32
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 4 Januari 2021 Masa : 10.00 – 11.00 pagi

Tajuk / Perkara : Mendepani Cabaran PdPR & Pengurusan Organisasi

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Sentiasa menerima kekurangan &
kekangan yang dihadapi oleh murid-murid
dengan pemikiran yang terbuka seperti
masalah capaian internet dan kekangan 1. Guru perlu mahir berkomunikasi
peranti atau gajet. berhadapan dengan ibu bapa murid juga
2. Menjalankan kepimpinan demokratik dan sepanjang PdPR berjalan.
autokratik iaitu Guru Besar menggalakkan 2. Guru perlu bijak menarik perhatian murid
perbincangan bersama warga sekolah supaya supaya supaya dapat penglibatan aktif dari
suatu keputusan yang wajar diambil. murid.
3. Guru besar menentukan matlamat 3. Perancangan yang rapi dari guru juga
organisasi selaku ketua/ pemimpin sekolah. perlu supaya penyampaian maklumat yang
Matlamat yang ditentukan ini agar mencapai sistematik dapat dilaksanakan sepanjang
Visi & Misi organisasi sekolah. PdPR.
4. Ciri-ciri yang berketrampilan ialah yang 4. Memainkan peranan penting bersama
mempunyai pegangan agama, pemurah ilmu, barisan pentadbir lain yang boleh diharapkan
bertanggungjawab dan berfikiran terbuka. oleh warga sekolah supaya menghadapi dan
mencari jalan penyelesaian yang
sewajarnya.
5. Nasihat dari Guru Besar agar sentiasa
bersedia menerima kritikan daripada ibu
bapa dalam mendepani cabaran PdPR dan
menjadikan kritikan itu, sebagai suatu
motivasi bagi menghasilkan PdPR yang
berkualiti.

Tandatangan : ____________________________________

Nama : PN. ROSZIAH BINTI JOHAR

Jawatan : GURU BESAR SK SERI PERLING 2

33
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 24 & 31 Januari 2021 Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi

Tajuk / Perkara : Pengurusan Sekolah & Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr)

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Bagi memastikan guru-guru sekolah ini
melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan
1. Untuk merealisasikan hasrat Falsafah
Kebangsaan, bagaimanakah pihak sekolah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), pihak sekolah
mentadbir pengurusan perjalanan sekolah?
telah membina struktur organisasi sekolah
yang tersendiri (rujuk lampiran kurikulum) yang
2. Bagaimanakah perancangan pembukaan
mebolehkan guru-guru menjalankan amanah
sekolah bagi tahun 2021 terutamanya,
yang dipertanggungjawabkan.
persediaan pihak sekolah terhadap
pelaksanaan PdPr yang menggantikan
2.Perancangan jadual asal secara bersemuka
pengajaran secara bersemuka?
diubah kepada pelaksanaan PdPr, yang hanya
pada mulanya bermula dengan subjek teras,
kemudian ditambah subjek elektif. Program
Transisi Tahun 1 juga dijalankan melalui PdPr
di mana semua guru yang terlibat, perlu
bersedia dengan bahan pembelajaran maya
yang interaktif, mudah, menarik dan berfokus
mengikut tema yang dikehendaki oleh Garis
Panduan KPM.

Tandatangan : ____________________________________

Nama : PN. MASLINDA BINTI SULAIMAN

Jawatan : GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK SERI PERLING 2

34
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 31 Januari 2021 Masa : 9.30 pagi – 10.30 pagi

Tajuk / Perkara : Perjalanan pengurusan komuniti, budaya dan disiplin sekolah.

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1
berjalan melalui dalam talian oleh ibu bapa
1. Bagaimanakah persediaan dan cara dan sebarang pendaftaran murid baru
kemaskini pendaftaran murid baru terutama sama ada baru pindah sekolah atau
murid Prasekolah dan Tahun 1? sebagainya, akan dikemaskini dan diberi
makluman kepada guru kelas untuk
2. Program apakah yang biasanya dijalankan
tindakan selanjutnya.
pada awal tahun yang berfokuskan kebajikan
2. Kebiasaan awal tahun, di bawah Unit
murid di bawah Unit HEM?
Hem akan ada beberapa program
3. Terangkan usaha yang dijalankan Unit HEM kebajikan terhadap murid yang kurang
untuk meningkatkan motivasi dan dan berkemampuan seperti Bantuan Awal
bimbingan murid sepanjang PdPr? Persekolahan, bantuan RMT dan KWAPM.
3. Memberi infografik yang menarik dan
mudah difahami tentang cara pengurusan
masa ketika pembelajaran PdPr,
memberikan kata-kata semangat dengan
kolaborasi unit bimbingan dan kaunseling
serta membuat pemerhatian dan soal
selidik tentang kekangan peranti (dalam
perancangan untuk mencari dana
sumbangan peranti kepada murid yang
susah).

Tandatangan : ____________________________________

Nama : EN. FATHULMUNIR BIN MAT

Jawatan : GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK SERI PERLING 2

35
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Januari 2021 Masa : 10 pagi – 11 pagi

Tajuk / Perkara : Amalan budaya dan disiplin sekolah

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Budaya dan amalan bekerja yang
1. Ceritakan pengalaman budaya sekolah dan
diamalkan oleh warga sekolah ialah budaya
amalan bekerja yang diamalkan warga SK bekerjasama, amanah, toleransi,
bersatupadu tanpa mengira kaum dan
Seri Perling 2.
bangsa. Dapat dilihat dalam amalan
sambutan perayaan mengikut agama dan
kaum masing-masing warga sekolah
2. Perbezaan amalan pembelajaran
sangatlah meraikan dan menghormati
bersemuka dan dalam talian secara PdPr. kepelbagaian kaum dan agama. Ucapan
selamat untuk perayaan masing-masing
menjadi suatu kelaziman. Tidak dilupa juga
ketika sambutan Hari Merdeka, pihak
sekolah sangat meraikan pemakaian
mengikut tradisi kaum dan agama masing-
masing, tanpa ada sebarang prejudis.

2. Sebagai guru yang berpengalaman, dapat


dilihat jurang perbezaan pembelajaran
bersemuka dan dalam talian. Masing-masing
mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Namun tidak dinafikan
bahawa, pembelajaran bersemuka adalah
lebih berfokus dan amalan yang paling
berkesan, namun PdPr juga memainkan
peranan di dalam melatih guru dan murid
untuk mahir teknologi.

Tandatangan : ____________________________________

Nama : PN. HEMA LATHA A/P NARAYANASAMY

Jawatan : KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS SK SERI PERLING 2

36
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 1 Februari 2021 Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi

Tajuk / Perkara : Perjalanan Pengurusan Murid Pemulihan

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Apakah isu dan usaha penambahbaikan yang
dihadapi sepanjang sesi pemulihan secara dalam 1. Murid tidak dapat mengikuti PdPr
secara sepenuhnya mengikut jadual
talian? waktu yang ditetapkan pihak sekolah.
Kekangan gajet kerana mereka berkongsi
peranti dengan ibu bapa yang bekerja.
2. Bagaimanakah respon dan maklum balas
daripada ibu bapa dan murid sepanjang sesi 2. Usaha penambaikannya adalah dengan
memberi modul secara bersemuka
pemulihan secara dalam talian? dengan kerjasama ibu bapa. Pelbagaikan
kaedah pengajaran dalam talian seperti
permainan pembelajaran, kuiz, video call
& Google Meet.
Kerap membuat perbincangan bersama
ibu bapa murid tentang masalah yang
dihadapi dalam pembelajaran.

3. Respon ibu bapa dan murid amatlah


baik dan memberangsangkan. Dapat
dilihat, murid menghantar hasil kerja yang
dibuat dengan betul dan baik. Ibu bapa
gembira melihat potensi perkembangan
anak-anak mereka.

Tandatangan : ____________________________________

Nama : NURUL FATIM AZREEN

Jawatan : GURU PEMULIHAN SK SERI PERLING 2

37
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 1 Februari 2021 Masa : 10 pagi – 11 pagi


Tajuk / Perkara : Pengurusan Keselamatan di Sekolah Terutama Sewaktu Musim
Pandemik.

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Menjaga SOP kepada setiap pelawat yang
masuk ke kawasan sekolah seperti
1. Bagaimana prosedur sepanjang mengawal mengambil suhu dan mengisi data
keselamatan sekolah di musim pandemik? MySejahtera. Memastikan pelawat mengisi
buku daftar tujuan urusan di sekolah. Menjaga
2. Apakah masalah yang selalu timbul dan mengawal kawasan sekolah seperti biasa
sepanjang mengawal keselamatan sekolah mengikut jadual.
dan cadangan untuk tambahbaik?
2. Masalah komunikasi di antara pelawat
tentang tujuan urusan pelawat yang
sebenar.Masalah kawalan trafik terutama
kenderaan ibu bapa yang menurunkan anak
mereka di depan pintu masuk sekolah.
Cadangan tambah baik ialah, memberi dan
mendapatkan maklumat atau arahan yang
betul serta jelas seperti mengikut label arahan
yang ditetapkan. Pelawat mesti bekerjasama
menulis tujuan urusan ke sekolah. Sediakan
papan tanda atau label supaya ibu bapa jelas
di mana kawasan larangan untuk menurunkan
anak mereka.

Tandatangan : ____________________________________

Nama : PN. ROHANI BINTI MAMAT

Jawatan : PENGAWAL KESELAMATAN SK SERI PERLING 2

38
LAMPIRAN 1-4

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 2 Februari 2021 Masa : 11 pagi – 12 tengahari

Tajuk / Perkara : Pengurusan Masa Pembelajaran PdPR

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Pada pendapat Puan, bagaimanakah 1. Alhamdulillah, sepanjang PdPr, guru
sangat membantu dengan memberi arahan
keberkesanan pembelajaran anak secara yang jelas tentang bagaimana untuk anak
dalam talian? belajar dan faham topik pengajaran, namun
terdapat sedikit masalah untuk akses pautan
jika guru menggunakan kuiz permainan.
2. Terangkan, pengurusan masa yang terbaik
2. Sebagai ibu bapa yang bekerja, saya akan
supaya ibu bapa dapat memantau kerja menyediakan satu peranti untuk anak belajar
sekolah anak. sahaja bersama guru mengikut waktu jadual.
Dalam masa yang sama, saya akan pautkan
penggunaan aplikasi yang diguna anak
3. Adakah pengajaran guru secara dalam dengan telefon bimbit saya supaya saya juga
dapat memantau penggunaan telefon oleh
talian mengamalkan pengajaran yang anak. Apabila pulang bekerja, saya akan
bermakna? semak semula hasil kerja mereka sebelum
meminta mereka menghantar kepada guru.
Komunikasi antara ibu bapa, murid dan guru
sangat penting demi pendidikan anak.

3. Bagi saya, pengajaran guru adalah


bermakna di mana saya lihat usaha guru-
guru untuk merakam video, bercakap bahasa
inggeris dan bahasa arab, dan dimasukkan
lagu-lagu untuk menarik perhatian murid
supaya mereka belajar dengan interaktif
walaupun secara maya.

Tandatangan : ____________________________________

Nama : PN. SUHAILI BINTI RAHMAT

Jawatan : IBU MURID 4 ALFA

39
40
LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:


Pemerhatian bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan: Persekitaran dan suasana Pusat Sumber yang selesa dan kondusif.
2.2 Kelemahan:
1.Bahan bacaan yang telah lama atau lusuh tidak dikemaskini.

3. Cadangan Penambahbaikan:
- Menyusun atur atau kemaskini semula bahan bacaan yang telah lama atau lusuh terutama
buku-buku di dalam bekas buku bacaan untuk murid tahap 1.

41
LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:


Temu bual bersama Guru Pendidikan Kesihatan yang memfokuskan tentang budaya dan
persekitaran sekolah.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan: Struktur dan kemudahan Bilik Kesihatan yang selesa dan kemas.
2.2 Kelemahan:
1.Perlu penambahan katil untuk kemudahan murid yang sakit jika lebih dari 2 orang.
2.Terdapat murid yang tidak mendaftar masuk ke bilik kesihatan.

3. Cadangan Penambahbaikan:
- Membuat permohonan untuk belian katil dan beberapa kemudahan lain yang sesuai.
- Guru yang bertugas perlu peka untuk mendaftar murid yang masuk ke bili kesihatan
sebagai bukti rekod.

42
LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:


Perbincangan bersama GPK 1 berkenaan pengurusan PdPr.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:
1. Jumlah guru yang mencukupi, menambah kelangsungan proses PdPr berjalan lancar
dan tersusun
2. Guru-guru bersungguh-sungguh dalam pengurusan PdPr.
3. Penyusunan jadual yang tersusun dan berorganisasi.
2.2 Kelemahan:
1. Guru-guru baru kurang berpengalaman dalam PdPr.

3. Cadangan Penambahbaikan:
- Memberikan kursus atau taklimat kepada guru-guru berkenaan PdPr.
- Membuat ”servey” harian terhadap perlaksaan PdPr oleh guru.

43
LAMPIRAN 1-6

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan:


Soal selidik beberapa orang murid Tahun 4.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:


2.1 Kekuatan:
Murid-murid memberi kerjasama dalam sesi soal selidik tersebut. Antara topik
perbincangan tentang suasana dan budaya murid di sekolah, suasana dibilik darjah.
2.2 Kelemahan:
1. Terdapat ganguan semasa menjalankan sesi Pdpr seperti ganguan dari adik-beradik
yang lebih kecil.
2. Kurang berdisiplin kerana tidak mengikut jadual PdPr yang telah disediakan oleh
pihak sekolah.
3. Kekangan peranti atau berkongsi peranti dengan ibu bapa yang bekerja.

3. Cadangan Penambahbaikan:
- Ibubapa perlu wujudkan satu ruang khas untuk anak-anak menjalani sesi PdPr
- Ibubapa perlu membuat jadual rutin harian yang perlu dipatuhi oleh anak-anak.
- Kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa dalam mencari dana atau bantuan untuk
sumbangan peranti kepada murid miskin dan betul-betul susah..

44
DAPATAN BAHARU

6.0 Ilmu / Pengetahuan Baru

6.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekolah dari beberapa aspek. Antaranya ialah:

(a) Kebersihan Kawasan Sekolah

Di mana warga sekolah peka terhadap kebersihan kawasan sekolah, kesedaran akan
kepentingan kebersihan persekitaran sekolah. Pengurus Sekolah sentiasa menasihati pelajar
agar menjaga kebersihan sekolah dan sentiasa bersih serta mengambil berat tentang kebersihan
kerana kebersihan mewujudkan suasana yang tenang dan aman di dalam bilik darjah. Peranan
penting pekerja kebun sekolah juga adalah untuk menjaga kebersihan sekolah. Pengusaha
kantin sekolah bertanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan kantin sekolah
agar warga sekolah terhindar daripada sebarang penyakit.

(b) Keceriaan Sekolah

Sekolah sentiasa berada dalam keadaan ceria dan Pengurus sekolah mengawal keadaan
emosi pelajar dalam usaha memperkembangkan unsur JERIS dalam FPK.

(c) Kebersihan pakaian warga sekolah

Guru sekolah mesti berpakaian kemas mengikut kod etika pemakaian guru supaya menjadi
contoh kepada semua murid manakala kakitangan sekolah yang lain seperti Kerani sekolah,
Pengawal keselamatan sekolah dan pengusaha kantin juga mestilah sentiasa dalam keadaan
bersih dan kemas ke sekolah.

(d) Tingkah laku

Memupuk sifat bersopan santun, memberikan respon yang baik, mengamalkan sikap
bekerjasama antara satu sama lain dan bantu-membantu dalam sebarang aktiviti yang
dijalankan. Kakitangan sekolah juga turut sentiasa bersopan santun dan hormat-menghormati
antara satu sama lain.

(e) Disiplin

Setiap warga sekolah tidak menentang disiplin sekolah dan menggunakan aspek disiplin
sekolah sebagai panduan hidup masing-masing. Warga sekolah juga mestilah sentiasa
bertingkah laku berdasarkan peraturan dan undang-undang sekolah serta menghormati disiplin

45
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memelihara disiplin sepenuhnya dengan rasa
bertanggungjawab.

(f) Perlaksaan tugas dan tanggungjawab

Para pendidik bertanggungjawab ke atas tugasan yang diamanahkan manakala murid-murid


pula tekun berusaha untuk menyiapkan kerja atau tugasan yang diamanahkan kepada mereka
dalam masa yang ditetapkan serta patuh kepada arahan. Semua pihak berusaha melaksanakan
amanah dengan kesungguhan.

(g) Hormat-menghormati

Murid dididik supaya sentiasa menghormati orang lain dan berupaya menghormati orang lain
yang tidak berkenalan dengan bertegur sapa. Sikap menghormati dengan senyuman dan tunduk
hormat juga diajarkan terutama penerapan sikap menghormati orang yang lebih tua mahupun
orang yang lebih muda.

(h) Sikap bekerjasama

Murid-murid dinilai dan diterapkan supaya sentiasa memberikan kerjasama dalam aktiviti yang
dijalankan. Murid-murid juga boleh berinteraksi dengan guru serta bekerjasama dengan murid
lain dan mengamalkan sikap yang lebih ikhlas dan jujur dalam setiap tugasan.

(i) Ketepatan masa

Pada keseluruhannya, warga sekolah dilihat sentiasa menepati masa kecuali jika ada hal yang
tidak dapat dielakkan. Sikap amanah terhadap masa amatlah dititik beratkan dan sentiasa
menepati masa dalam setiap urusan organisai.

(j) Tanggungjawab terhadap harta benda sekolah

Warga sekolah mestilah bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah dan mengambil berat
tentang kepentingan kemudahan sekolah. Kepercayaan terhadap murid-murid perlu diletakkan
supaya murid-murid sedar akan kepentingan menjaga dan amanah terhadap harta awam. Nilai
dan nasihat supaya sentiasa menjaga dan berasa bertanggungjawab selalu diingatkan oleh
semua warga sekolah. Warga sekolah menjaga harta benda sekolah seperti hak milik sendiri.

(k) Pergaulan sosial guru-guru

Guru-guru di sekolah ini suka bergaul antara satu dengan yang lain terutama dengan semua
golongan tidak kira dari pelbagai bangsa, kaum dan latar belakang. Dapat dilihat gaya pergaulan

46
mereka bukan hanya untuk kepentingan diri masing-masing, bahkan semua guru berkawan
dengan baik. Para guru juga sangat rapat antara satu sama lain secara ikhlas di mana dapat
dilihat ketika sambutan majlis hari lahir atau ucapan perayaan mengikut kaum masing-masing
tanpa rasa kekok. Rakan guru juga sangat ramah dan berkeupayaan untuk berkomunikasi
dengan orang lain dalam masa yang singkat serta memiliki pemikiran yang positif. Mereka
sememangnya mengamalkan ‘4S’ (Senyum, sapa, salam, sayang) slogan yang dikatakan oleh
kebanyakan warga sekolah ini. Hasil daripada pemerhatian di bahagian pengurusan sekolah saya
mendapat tahu tentang tugas-tugas pihak pengurusan dan bagaimanakah cara mereka
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah. Guru Besar sekolah ini
berganding bahu dengan guru-guru lain untuk mencapai matlamat sekolah ini. Bahagian
pengurusan harus membuat perancangan awal supaya tidak berlaku sebarang masalah. Ini
kerana hasil daripada pemerhatian saya, saya mengetahui bahawa pihak pengurusan menjadi
pihak utama dalam sesebuah sekolah dan jika mereka tidak melakukan tugas mereka dengan
baik, maka sekolah tersebut akan gagal untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

6.2 Senarai Semak

Kaedah lain yang saya gunakan ialah kaedah senarai semak. Kaedah ini memastikan saya
mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya dengan lebih sistematik.
Saya mengikut senarai semak yang sedia ada dan memastikan semua aspek yang dinyatakan di
dalamnya dipenuhi di sekolah ini. Melalui melaksanakan kaedah senarai semak ini saya
mendapati semua kemudahan yang diperlukan oleh murid-murid terdapat di sekolah ini.
Penerapan tentang nilai-nilai murni terhadap murid-murid memang bagus dan boleh dipuji kerana
hampir kesemua murid-murid mengetahui etika dan peraturan di sekolah dan mengamalkan nilai
dan amalan-amalan murni yang baik dan boleh diteladani. Usaha-usaha yang dilakukan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam membina perkembangan fizikal, kognitif, sosioemosi serta rohani
dan moral agak memuaskan. Keseluruhannya, murid-murid dapat mencapai perkembangan yang
baik.

6.3 Temu Bual

Melalui temu bual yang saya jalani, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual
yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar
mengenai ilmu pendidikan dan sekolah ini sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui
berjaya dirungkaikan. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti guru besar, Guru
Penolong Kanan kokurikulum, guru panitia, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid. Pada

47
mulanya, saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan
perasaan itu hilang sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalani tugasan
Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak
pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan pelajar-pelajar di sekolah
tersebut diukur sama ada melalui ujian khas dan ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah
sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan
pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhentu-henti tanpa ada soalan.
Antara soalan yang ditanyakan ialah:

 Apakah peranan guru dalam merealisasiakn FPK?

 Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?

 Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?

 Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?

 Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan akademik
pelajar?

 Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru , murid dan ibu bapa dalam menjalani PdPr?

 Apakah rancanagan dan tidakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam menagani
permasalahan ini?

6.4 Pengalaman Di Bilik Darjah

Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya memperolehi banyak input.
Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi borang senarai semak yang
mengandungi maklumat seperti berikut: Maklumat sekolah Dengan adanya borang senarai
semak ini, mudahlah saya juga mendapat ilmu baru mengenai persekitaran dan iklim di bilik
darjah. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian saya, bilik-bilik darjah di sini mempunyai susun
atur yang sangat sesuai dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Begitu juga dengan
penggunaan bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan di bilik darjah. Saya juga dapat
melihat penglibatan aktif pelajar-pelajar dalam setiap aktiviti pembelajaran. Berikut ialah ilmu baru
yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan PBS di sekolah ini.

 Pelan bilik darjah.

48
 Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh pelajar.

 Bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh pelajar.

 Pembahagian pelajar dalam kumpulan tertentu.

6.4.1 Pelan Bilik Darjah

(Lampiran)

6.4.2 Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh pelajar secara
berkesan

Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yang diberi oleh para
guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran juga memainkan peranan. Saya
menjalani Pengalaman Bersaskan Sekolah di SK Seri Perling 2 selama dua minggu. Sepanjang
menjalankan tugasan ini, saya dapat membuat pemerhatian terhadap bebrapa orang guru yang
mengajar secara dalam talian. Mereka menggunakan pelbagai bahan, kaedah dan sumber
pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Antara kelas yang telah saya masuk
untuk melihat penggunaan bahan pengajaran adalah kelas 4 Alfa.

Di sekolah ini terdapat 5 kelas bagi setiap aliran dan kelas-kelas ini mempunyai guru
masing-masing. Dalam kelas ini terdapat pelbagai sudut yang menarik pemerhatian saya.
Kesemua sudut-sudut ini membantu dalam perkembangan murid-murid. Selain sudut-sudut ni
terdapat juga bahan-bahan pengajaran yang dipamerkan di sekeliling bilik darjah yang sering
digunakan oleh guru untuk pengajaran. Di dalam bilik darjah ini juga terdapat kata-kata motivasi
yang ditampal pada dinding kelas dan label peringatan SOP COVID19. Di setiap sudut ditampal
dengan pelbagai kata-kata yang mampu menaikkan semangat murid untuk tekun belajar serta
menjaga SOP. Dengan adanya bahan sebegini, murid-murid mendapat suntikan semangat untuk
lebih belajar dengan bersungguh-sungguh walaupun dalam keadaan pandemik ini.

Bukan itu sahaja, malahan di suatu blok bangunan akademik ini juga terdapat kolam
dengan bunyi air terjun. Terapi daripada bunyi air terjun, ianya dapat merehatkan minda pelajar
setelah penat belajar. Alam flora dan manusia tidak boleh dipisahkan. Maka perkaitaan ini, sangat
membantu merehatkan minda murid yang seharian memerah otak menimba ilmu. Di belakang
kelas pula terdapat suatu sudut bacaan yang mempunya rak buku. Sudut ini dilengkapi tikar,
kerusi, meja kecil bagi memudahkan pelajar untuk membaca buku.

49
Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan rohani dan sahsiah pelajar-pelajar
juga turut dipamerkan di suatu sudut blok bangunan yang menghampiri bilik darjah. Sebagai
contohnya, terdapat himpunan nama-nama Allah. Apabila setiap hari pelajar datang ke sekolah
dan melihat tulisan nama-nama Allah, lama-kelamaan mereka akan fasih dan jiwa mereka akan
lebih tenang untuk belajar. Adab-adab yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian mereka
contonya adab dengan guru, adab menuntut ilmu, adab bersama rakan, dan banyak lagi turut
dipamerkan. Papan kenyataan yang disediakan di setiap kelas juga mempamerkan bahan-bahan
pembelajaran yang berguna kepada murid-murid. Pada setiap papan kenyataan tersebut, ianya
dihias cantik dan dilengkapi dengan maklumat mengikut setiap mata pelajaran yang dipelajari
contohnya Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain.

Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan di


bilik darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bahan
dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat memudahkan pelajar untuk
belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar. Bahan-bahan seperti ini wajar dipamerkan
dalam bilik darjah kerana ia dapat meningkatkan perkembangan pelajar dari pelbagai aspek.

6.4.3 Bahan dan sumber pangajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh pelajar.

Pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran atau boleh juga dipanggil
bahan bantu mengajar yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan–bahan mengajar
tersebut perlulah digunakan dan dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi
pembelajaran. Antaranya bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah
digunakan oleh pelajar ialah papan kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahan yang kekal
dan tidak berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain. Melalui penggunaan papan
kenyataan, murid-murid dapat belajar dengan lebih cepat tanpa perlu membuang masa bergerak
ke tempat lain. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai info dan nota berkaitan
memudahkan pelajar membuat rujukan. Contonya ruangan Bahasa Inggeris yang dilengkapi
dengan gambar. Pada ruangan Pendidkan Islam pula dipamerkan huruf-huruf jawi, doa harian
dan sebagainya. Dengan adanya papan kenyataan yang berinformasi ini, murid-murid dapat
belajar secara kendiri.

6.4.4 Sejauh manakah penglibatan pelajar dalam pembelajaran berteknologi dan secara maya.

Murid-murid yang mengikuti kelas secara PdPr digalakkan untuk melibat diri secara akif
dalam setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
pelajar mendapat informasi yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagi memastikan
pencapaian yang seimbang antara pelajar. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, para guru

50
banyak menggunakan terknik penyampaian melalui rakaman video dan dimuat naik ke dalam
aplikasi YouTube dan sebagainya. Teknik ini digunakan supaya murid-murid dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam proses pembelajaran.

Murid-murid akan merasa lebih tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan terutama
murid Prasekolah dan murid Tahun dengan Program Transisi Tahun 1 yang serratus peratus
dijalankan melalui dalam talian tanpa pernah bersemuka dengan guru-guru. Murid-murid juga
digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak difahami tentang sesuatu pelajaran
yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani meluahkan pendapat secara terbuka dan
mengikis perasaan malu yang masih kuat membelenggu diri sesetengah mereka.

6.4.5 Pentaksiran Bilik Darjah dan pembahagian murid-murid dalam kumpulan tertentu.

Guru-guru akan memastikan tahap pencapaian pelajar-pelajar sebelum pembahagian


kumpulan dibuat. Selepas tahap pencapaian murid-murid diperolehi, barulah pembahagian
kumpulan dijalankan. Guru-guru mempunyai strategik sendiri dalam membuat pembahagian
kumpulan. Antaranya strategik yang dilakukan ialah pembahagian murid mengikut pencapaian
dan pembahagian pelajar dengan mengasingkan pelajar yang bijak dengan pelajar yang lemah.
Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan dengan mengasingkan
pelajar-pelajar kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap kepintaran mereka. Murid-
murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan yang pandai dan kumpulan yang
lemah. Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan supaya guru dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya kepada golongan murid yang berlainan kepintaran. Kumpulan murid-murid bijak
hanya pelu diberi tunjuk ajar yang sedikit sahaja manakala kumpulan murid lemah tadi
memerlukan tunjuk ajar yang lebih daripada guru tersebut dan memudahkan proses pentaksiran
dan penilaian di dalam talian.

Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru dapat memberikan
tumpuan yang lebih kepada golongan yang lemah. Apabila tumpuan yang diberikan oleh guru
lebih banyak kepada golongan ini, maka prestasi murid lemah akan mula meningkat. Kesan lain
yag diperolehi dari pembahagian cara ini ialah murid yang lemah akan berasa malu dan rendah
diri dangan rakan-rakan yang lain. Murid yang pandai pula merasa bangga dan cuba merendah-
rendahkan kumpulan yang lemah itu. Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid
sekolah ini untuk mendapat ketaksamaan perhatian guru semasa proses PdPr dijalankan.
Pembahagian ini dapat membantu guru dalam meningkatkan prestasi murid.

51
LAPORAN AKHIR (PBS)

6.5 Laporan Akhir

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat menambah
pengetahuan dan pengalaman baru dalam dunia pendidikan bagi seorang guru pelatih.
Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama dua minggu
oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. PBS merupakan pengalaman pertama
bagi saya selaku pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) semester 2,
opsyen Pendidikan Islam. Saya menyertai program PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah)
selama dua minggu yang bermula dari 24 Januari hingga 4 Febuari 2021 di SK Seri Perling 2,
Johor Bahru iaitu sekolah tempat saya berkhidmat.

Objektif utama pelaksanaan Program PBS ialah untuk memberi pendedahan awal mengenai
suasana sekolah, menyesuaikan diri dengan budaya sekolah serta menambah baik
perkhidmatan sebagai seorang guru. Sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS), program ini mampu memberi peluang kepada saya untuk memahami sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS saya
dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar untuk
menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menjalani program PBS saya lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid
belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah tersebut.

Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 merupakan sekolah gred A. Bilangan murid di sekolah ini
seramai 1005 orang dengan perjalanan dua sesi persekolan yang diketuai oleh Pn. Rosziah binti
Johar, selaku guru besar sekolah. Sekolah ini terdiri dari 57 orang guru termasuk guru besar.
Sekolah ini beroperasi pada tahun 1994. Daripada maklumat ini, saya dapat simpulkan bahawa
sekolah ini adalah sekolah yang berpengalaman di daerah Johor Bahru. Di sini, saya ingin
berkongsi pendapat kerana saya telah mengalami pengalaman-pengalaman yang manis di
Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2.

Pada 24 januari 2021 saya memulakan program PBS saya di Sekolah Kebangsaan Seri Perling
2, Johor Bahru Johor. Saya melapor diri dengan Penolong Kanan 1, Puan Maslinda binti
Sulaiman kerana Guru Besar SKSP2 iaitu Pn. Rosziah binti Johar sedang cuti kuarantin COVID-
19. Saya menerangkan tujuan saya bertemu dengan PK1. Kemudian saya ditanya tentang
beberapa soalan mengenai PBS ini dan kami berbincang mengenai masa kehadiran ke sekolah

52
dan masa pulang yang sepatutnya pihak pentadbir peruntukan kepada saya. Kemudian saya
diberi penerangan mengenai stuktur organisasi sekolah ini secara ringkas. Saya juga turut
berbincang mengenai isu PdPr yang dilaksanakan di sekolah ini. Beberapa soalan saya ajukan
kepada Pn. Maslinda mengenai PdPr sekolah ini dan beliau memberikan informasi dan maklum
balas yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan PBS ini.

Selain itu, saya juga diminta membantu Unit SBPT bagi urusan pemulangan dan
pengambilan buku teks sekolah bersama ibu bapa. Pada hari pertama ini aktiviti PBS saya
berfokus kepada mendapatkan informasi berkenaan maklumat kurikulum murid sekolah ini
sahaja memandangkan ada tugasan yang diberikan oleh GPK 1 kepada kami. Dari sudut
suasana sekolah amatlah sunyi dan sepi kerana tiada murid yang dibenarkan hadir ke sekolah
begitu juga guru-guru. Hanya sebilangan kecil guru sahaja yang hadir ke sekolah kerana
menyiapkan tugasan-tugasan penting. Saya juga berpeluang menemubual ibu bapa tentang
pembelajaran secara PdPR.

Tanggal 25 januari 2021 tepat jam 8.30 pagi saya telah menanda kad kehadiran PBS saya di
pejabat sekolah. Kemudian saya menuju ke bilik guru untuk mencari beberapa maklumat
berkaitan portfolio yang perlu saya siapkan. Jam 9 pagi saya menuju ke Dewan sekolah untuk
menyelesaikan tugasan yang diamanahkan semalam yang masih tertangguh. Jam 2.00 petang
saya mampu menyelesaikan tugas yang diamanhkan oleh GPK 1. Sementara guru panitia masih
ada di situ, saya berjumpa dengan beliau untuk ditemubual berkaitan pengalaman beliau
mengajar di sekolah dan bagaimana mengawal murid di dalam kelas. Pada hari ketiga saya
hanya menyiapakan beberapa tugasan bekaitan item yang diperlukan d idalam portfolio dan
menghadiri taklimat PdPR secara google meet di bilik guru sekolah.

Pada 27 Januari saya mengemaskini fail RPH dan persiapan pembelajaran PdPR serta
selaku Guru Kelas, saya mengemaskini maklumat murid di dalam sistem APDM. Pada 31 Januari
2021 hari pertama minggu ke-2 PBS, saya mendapatkan maklumat soal selidik dari murid tentang
pembelajaran Pendidikan Islam bidang Jawi. Hasil dapatan, saya membuat kesimpulan bahawa
saya tidak perlu terlalu mengharap 100% kesemua murid menghantar tugasan yang saya berikan
mengenangkan beberapa faktor kekangan yang dihadapi oleh ibu bapa. Saya juga perlu
menyediakan bahan pengajaran yang mudah di akses oleh kesemua murid dan ibu bapa.

Pada 1 Februari 2021, saya melaksanakan aktiviti tinjauan terhadap prasarana dan
persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah amat cantik diindahi dengan pelbagai landskap

53
seperti meja-meja batu, pondok rehat serta taman-taman mini. Taman-taman sebelum ini
dibawah penyeliaan guru-guru yang telah ditetapkan. Namun disebabakan pandemik ini, guru-
guru tidak boleh hadir kesekolah maka tugas-tugas ini diselia oleh pembantu pembersihan
sekolah. Infrastuktur sekolah ini terdiri daripada tiga blok utama yang terdiri sebanyak 3 tingkat,
satu bangunan kantin, pondok pengawal, 1 blok bangunan pra sekolah setingkat dan pondok
menunggu ibu bapa. Saya juga membuat tinjauan terhadap bilik-bilik khas seperti kelas,
perpustakaan, bilik guru, makmal komputer, makmal sains, bilik SPBT, bilik mesyuarat, Musalla
dan stor sukan. Hasil daripada tinjauan saya, saya dapati ruangan-ruanagan dibilik-biik khas ini
dihias dengan kemas dan amat cantik sekali. Pada pendapat saya, hasil dekorasi di bilik-bilik
khas ini menunjukan kepada saya bahawa guru-sekolah ini amat komited dengan tugas mereka.
Saya sedar saya juga perlu menjadi seperti mereka apabila sudah menjadi guru tetap kelak.

Saya juga ada menemubual guru pemulihan tentang perjalanan program pemulihan
sepanjang dalam talian. Beliau mengatakan perjalanan dan kerjasama yang amat baik adari ibu
bapa murid amat memberansangkan. Sehari sebelum menamatkan PBS di sekolah ini, saya
sempat menemubual Guru Besar, Pn Rosziah binti Johar yang telah tamat cuti kuarantin. Temu
bual ini berlangsung di akhir tempoh PBS, kerana Pn. Rosziah binti Johar mengkuarantin dirinya
di rumah. Dalam pertemuan ini saya mendapat maklumat bahawa bagaimana cara pengurusan
organisasi yang terbaik melalui kepimpinan autokratik dan demokratik iaitu beliau menggalakkan
perbincangan kumpulan guru dibuat sebelum sesuatu keputusan diambil secara duduk
berbincang bersama warga organisasi.

Beliau juga berkongsi amanat tentang ciri-ciri pendidik yang berketrampilan iaitu guru
mestilah mempunyai pegangan agama yang kuat, pemurah dalam berkongsi ilmu, berfikiran
terbuka iaitu sentiasa bersedia menerima kelemahan dan kekurangan yang dimiliki murid-
muridnya, bertanggungjawab dalam amanah yang diberikan, berpenampilan menarik,
berkeyakinan tinggi. Boleh menjadi penasihat akademik atau pembimbing, sentiasa kreatif dan
peka terhadap keadaan sekeliling serta mampu merancang pengajarannya dengan baik di
samping membekal diri dengan kemahiran dan skill berkomunikasi.

Beliau juga sempat memberikan saya nasihat dalam mendepani cabaran PdPR sebagai
suatu norma baharu supaya sentiasa bersedia menerima kritikan daripada ibu bapa murid dan
menjadikan kritikan itu sebagai satu motivasi bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkualiti.

Pada hari terakhir, saya mendapatkan tandatangan guru besar, guru penolong kanan dan
guru-guru berkenaan untuk menyiapkan tugasan saya. Guru-guru juga memberi nasihat dan

54
sokongan moral supaya saya dapat menyedari kemuliaan profesyen keguruan ini. Sepanjang
melaksanakan PBS, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar setiap sudut
bahagian sekolah, membuat catatan penting ketika diberi penerangan oleh pihak sekolah dan
mengumpul data yang penting untuk dimasukkan ke dalam portfolio. Saya sangat berpuas hati
dengan kerjasama yang diberikan oleh mereka.

Kesimpulannya, daripada pengalaman saya berinteraksi dengan pihak pentadbir sekolah,


guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid telah mewujudkan satu hubungan dan
komunikasi yang mesra. Mereka menghulurkan bantuan untuk mendapatkan maklumat sekolah
tersebut walaupun mereka sibuk menguruskan tugasan masing-masing. Program PBS
merupakan satu komponen yang sangat baik dan banyak membantu saya terutama dalam
mengetahui tentang pengurusan sekolah. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk
menjalankan PBS ini. Segala pengalaman dan ilmu yang ditimba dapat saya aplikasikan apabila
bergelar sebagai seorang guru kelak dan membimbing saya untuk menjadi guru yang cemerlang
pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

..................................................

(NURUL MARHA BINTI MAT NOH)

Guru Pelatih, PDPP PENDIDIKAN ISLAM

SUMBER RUJUKAN:

1. Institut Pendidikan Guru Malaysia.(2018). Buku Panduan Penyelidikan Kajian Kes. Selangor:
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
2. NurlyanaIzani. (2018, Disember). IPG PBS- Pengalaman Berasaskan Sekolah. Dimuat turun
daripada: https://ezadayana.blogspot.com/2018/12/pbs-pengalamanberasaskan-
sekolah-2.html

3. Kee Man Chuah. (2013, Oktober). Format APA: Panduan asas dan mudah. Dimuat turun
daripada: https://www.slideshare.net/keemanxp/apa-style-panduan-asas

55
56
1. ORGANISASI SEKOLAH

57
2. PROFIL SEKOLAH

58
59
3. PRASARANA SEKOLAH

60
61
BILIK GURU SK SER PERLING 2

62
KANTIN SK SER PERLING 2

SURAU SK SER PERLING 2

63
BILIK DARJAH

PELAN KELAS 4 ALFA


PAPAN PUTIH

PINTU
MURID
MURID

MURID
MURID
MURID

MURID
MURID
MURID

PINTU

MEJA GURU

SUDUT BACAAN & RAK


BUKU
PAPAN KENYATAAN

64
4. PEMATUHAN SOP DI SEKOLAH

65
66
67
68
5. AKTIVITI SEPANJANG PBS

PENGAGIHAN BUKU TEKS BERSAMA IBU BAPA

SEPANJANG SESI TEMUBUAL

69
TUGASAN HAKIKI PdPR & GURU KELAS 4 ALFA

70
71
72

Anda mungkin juga menyukai