Anda di halaman 1dari 52

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat ilahi kerana berkat dan keizinannya saya telah menyempurnakan
aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah dengan baik pada Semester Kedua Program
Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) ambilan Jun
2020 di Institusi Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Kami telah
dikehendaki melakukan PBD pada semester ini dan saya telah menjalankannya di SK
Keguraan, Kota Belud pada tarikh yang telah ditetapkan oleh IPG.

Saya menucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Unit Praktikum IPG
Gaya kerana telah mengadakan taklimat kepada kami berkaitan dengan pelaksanaan PBS
agar kami lebih memahami apa itu PBS. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan
kepada Pensyarah kami, En. Lee Chee Huat atas tunjuk ajar yang diberikan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada warga SK Keguraan,
terutamanya Guru Besar, Pn Rosminah Hj Suhaibul, Penolong Kanan Pentadbiran,
Masdiah Derias, Penolong Kanan HEM, Pn Rafiah Bujang, Penolong Kanan Kokurikulum,
En. Asnuh Sabas dan juga guru-guru dan warga sekolah atas sokongan dan kerjasama
yang diberikan sepanjang melakukan PBS disekolah ini.

Begitu juga dengan keluarga saya terutamanya kedua ibu bapa dan adik beradik
saya yang tidak putus memberikan semangat dalam melaksanakan PBS dan membuat
pelaporan PBS ini. Semoga kesemua sokongan dan bantuan yang diberikan oleh semua
pihak akan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah dan PBS ini akan memberikan
manfaat kepada saya sebagai seorang warga pendidik di masa akan datang.

1
1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN

2
2.0 BIODATA

3
NAMA IPGK : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
NAMA : SITI SYAKIRAH BINTI SAIDI
NO. K/P :
ALAMAT : KG. TIMBANG DAYANG,
KOTA BELUD, SABAH
NO. TEL. :0198029383
EMAIL : syakirah24-309@epembelajaran.edu.my
MAJOR : REKA BENTUK TEKNOLOGI (SR)
AMBILAN : AMBILAN JUN 2020
TAHUN DAN SEM. :TAHUN 1 SEMESTER 2
TARIKH PBS : 25 JANUARI – 5 FEBRUARI 2020

4
3.0 PERNYATAN PROFESIONAL /
KONTRAK AKTIVITI

5
3.1 PENGENALAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang disediakan khusus untuk
pelajar-pelajar Program Diploma Pascasiswaxah Pendidikan (PDPP) Kementerian Pelajaran
Malaysia. Program ini dijalankan bagi memberi kefahaman serta gambaran kepada pelajar
tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada
pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan selain sedar akan peranan guru di
sekolah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi, temu bual dan interaksi dengan guru
dan komuniti sekolah. Melalui PBS guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, menambah
pengetahuan tentang pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori
dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Melalui program PBS pelajar akan lebih
memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah
mentadbir sekolah selain mendapat pendedahan awal mengenai kerjaya dan rutin seorang guru
yang sebenar.

6
3.2 SEBELUM PBS
PBS atau lebih dikenali sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program yang
wajib di jalani oleh kesemua pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Pendedahan
kepada para pelajar IPG dengan pengalaman persekolahan pada peringkat awal merupakan
tujuan utama program ini dilaksanakan. Program PBS ini dijalankan pada 25 Januari 2021 hingga
7 Februari 2021.

Sebelum menjalani PBS, En. Chai telah memberikan stau taklimat kepada kesemua pelajar
ambilan Jun 2020 IPG Gaya. Dalam taklimat itu, kami telah difahamkan bahawa kami perlu
menjalani PBS untuk memberikan kami satu gambaran dan juga kefaham berkenaan dengan alam
persekolahan termasuklah perihal tugasan yang ada di sekolah dengan lebih mendalam.

Saya telah memilih sekolah yang saya tengah mengajar sekarang iaitu SK Keguraan Kota
Belud yang terletak di daerah tempat tinggal saya. Sebelum menjalani PBS, saya telah membuat
beberapa persediaan awal bagi memudahkan tugas saya semasa berada di sekolah. Oleh kerana
pembelajaran sekarang adalah secara PdPr, maka guru-guru hanya menjalankan pengajaran dari
rumah dan murid menjalani pembelajaran di rumah. Akan tetapi, Guru Besar memaklumkan
bahawa hanya guru yang mempunyai kepentingan untuk berada di sekolah dibenarkan datang ke
sekolah. Oleh itu saya telah mengambil beberapa hari ke sekolah dan mengumpul maklumat yang
diinginkan.

Dalam perancangan saya, setelah melaporkan kepada Guru Besar untuk melaksanakan
PBS disekolah, saya akan berusaha mendapatkan maklumat berkaitan dengan sekolah daripada
Guru Besar, kerani dan juga guru-guru di sekolah tersebut. Selepas itu, saya akan mengambil
gambar-gambar prasarana yang ada di sekolah ini. Akhir sekali, saya akan mula untuk membuat
perbincangan dan juga pemerhatian dengan pihak tertentu bagi mengumpul maklumat yang
lengkap mengenai fokus utama tugasan saya dimana saya perlu memerhatikan pelaksanaan
pengurusan komuniti, budaya, peraturan dan disiplin sekolah. Saya juga perlu berkolaborasi
bersama warga sekolah dalam membincangkan isu berikaitan dengan pelaksanaan PdP bilik
darjah, peranan dan tanggungjawab guru di dalam dan luar bilik darjah dan juga pengurusan
sumber sertamembuat satu kajian kes berfokus kepada PdP RBT.

7
3.3 SEMASA PBS

Pada hari pertama PBS, saya telah memaklumkan kepada Guru Besar sekolah untuk
melakukan tugasan PBS di sekolah ini seawal jam 7.30 pagi. Disebabkan kerajaan telah
menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, maka hanya terdapat
beberapa orang guru dan anggota pelaksana sahaja yang berada di sekolah. Oleh kerana sekolah
ini merupakan tempat saya bertugas maka saya telah membuat PdPR kepada murid dari sekolah
sahaja. Setelah itu, saya menggunakan masa yang ada antara PdPR tersebut untuk mencari
maklumat berkenaan dengan organisasi dan juga pentadbiran sekolah.

Pada hari kedua pelaksanaan PBS, saya turut melakukan pemerhatian terhadap suasana
dan iklim sekolah, kemudahan-kemudahan yang ada bagi membantu saya dalam membuat pelan
dan juga laporan pemerhatian. Beberapa gambar telah diambil sebagai dokumentasi bagi tugasan
portfolio nanti. Gambar yang di ambil adalah berkaitan dengan prasarana yang terdapat disekolah.

Hari ketiga pelaksanaan PBS adalah hari dimana saya telah merancang untuk
berkolaborasi bersama Guru Besar dan juga warga sekolah. Saya telah mengatur soalan-soalan
yang saya ingin kemukakan kepada mereka sebelum memulakan temubual bersama
mereka..Respon dan kerjasama yang diberi sangat baik dan berupaya dalam memberikan
maklumat yang padat dan bersesuaian dengan soalan yang telah saya kemukakan. Temubual
yang dilakukan telah dirakam terlebih dahulu bagi memudahkan saya mencatat semula isi
temubual pada rekod Kolaborasi.

Hari ke empat adalah dimana saya menetapkan untuk melakukan pemerhatian dengan
lebih mendalam berkenaan dengan pengurusan komuniti, budaya, peraturan dan juga disiplin
sekolah. Ternyata sekolah ini mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza daripada sekolah
yang pernah saya ditugaskan sebagai Guru pengganti. Di samping itu juga pada hari ke empat,
saya telah mengikuti bersama dengan warga sekolah dalam menceriakan kawasan sekolah. Kami
telah melakukan projek mengecat lantai bilik guru, membuat gerbang kolam, dan juga mengecat
tiang bendera. Aktiviti yang dilakukan telah mengajar saya bahawa dengan adanya kerjasama
antara semua pihak, maka suatu aktiviti itu boleh dijayakan.

Seterusnya pada hari terakhir pelaksanaan PBS ini, saya bercadang untuk melengkapkan
maklumat yang telah ditemui dan juga mengumpul maklumat yang belum diperolehi sepanjang
PBS ini. Maklumat-maklumat yang diperolehi dicatat pada buku catatan terlebih dahulu sebelum
ditaip dikomputer untuk dihantar kepada penilai PBS.

8
3.4 SELEPAS PBS (PENILAIAN DAN PELAPORAN)

Selepas melaksanakan aktiviti PBS disekolah, saya mula melengkapkan tugasan yang
telah diberikan oleh pensyarah. Maklumat-maklumat yang telah dicatit pada buku nota dipindahkan
dalam bentuk yang lebih teratur dan kemas ke dalam perisian komputer.Tugasan seperti
Pernyataan Profesional dan kandungan portfolio yang dikehendaki pihak IPG mula dilengkapkan
setelah habis melakukan PBS. Maklumat yang terperinci diperlukan bagi melakukan tugasan ini
berdasarkan senarai semak yang telah dilakukan.

Setiap aktiviti yang dilaksanakan juga perlu direkodkan dalam borang amalan refleksi yang
telah IPG sediakan. Dalam penulisan refleksi ini, saya telah menyatakan aktiviti yang dilakukan
sepanjang PBS dan menyatakan kekuatan dan kelemahan dan juga mencadangkan
penambahbaikan yang telah dilakukan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah ini jika dilihat daripada sudut pengalaman dan ilmu
pengetahuan, ianya telah mendidik saya untuk mengekalkan sikap profesional seorang guru.
Teknik berlkomunikasi dengan baik terhadap kesemua warga sekolah juga diperolehi daripada
PBS ini. Interaksi yang baik mampu memberikan kesan yang baik dalam memperoleh maklumat
yang dikehendaki dalam PBS.

Sejujurnya memang terdapat sedikit kekeliruan dalam menggabungkan maklumat untuk


pembikinan portfolio dan juga laporan PBS ini, namun atas tunjuk ajar rakan-rakan sekelas dan
melihat kepada contoh penulsisan PBS yang telah dilakukan, maka ianya telah memudahkan saya
dalam penulisan portfilio dan juga laporan PBS ini.

9
3.5 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Ketika menjalankan aktiviti PBS ini, saya telah melaksanakan aktiviti yang dirancang berpandukan
senarai semak tugasan yang telah disediakan. Perlaksanaan aktiviti berjalan dengan lancar seperti
yang saya kehendaki. Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang melakukan PBS
di sekolah ini.

BI TARIKH AKTIVITI
L
1 25.01.2021 (Isnin)  Memaklumkan kepada Guru Besar sekolah akan
melakukan PBS di sekolah ini
 Mencari maklumat mengenai organisasi dan
pentadbiran sekolah
2 26.01.2021( Selasa)  Mengambil gambar prasarana dan suasana
sekolah
3 28.01.2021 (Khamis)  Kolaborasi bersama guru dan warga sekolah
berkenaan isu yang akan dibincangkan
4 02.02.2021(Selasa)  Melakukan pemerhatian berkenaan dnegan
pengurusan Komuniti, Budaya, Peraturan dan
Pengurusan Disiplin
5 03.02.2021 (Rabu)  Mengumpul maklumat yang belum diperolehi
 Menemubual seorang guru RBT
 Turut serta dalam menceriakan sekolah.

10
4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN
DATA BERHUBUNG TUGASAN
YANG DIPILIH

11
4.1 PEMERHATIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS di sekolah
ini dan salah satunya adalah melalui pemerhatian. Dalam mengumpulkan data mengenai
prasarana sekolah, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Apa yang saya dapat
perhatikan melalui pemerhatian saya, prasarana yang disediakan disekolah ini adalah cukup baik,
terdapat bangunan sekolah yang baru dibina dan telah mula diguna pakai dan bangunan lama
juga digunakan dengan sebaik mungkin. Taman-taman bunga yang ada disekeliling sekolah dijaga
dengan rapi dan persekitaran sekolah juga bersih. Pada pandangan saya, iklim sekolah ini sangat
baik dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan ceria terhadap murid-murid sekolah
ini walaupun masih ada ruang yang perlu untuk penambahbaikan.

Selain itu juga, saya juga telah memerhatikan kawasan sekolah terutamanya yang
berdekatan dengan bilik guru dan juga pejabat. Terdapat papan kenyataan berhadapan dengan
Bilik Guru yang mempamerkan lagu Kebangsaan, lagu Negeri, lagu Sekolah dan juga Ikrar
Pelajar. Pada pendapat saya, dengan adanya info bercetak seperti ini diletakkan di ruangan
terbuka yang selalu dilalui, murid-murid akan lebih mudah dalam menghafal dan mempelajari lagu
yang ada.

Gambar 1: Papan Kenyataan Lagu dan Ikrar


Sekolah
Selain itu, saya juga telah dapat mengumpulkan data mengenai enrolmen sekolah ini pada
data yang terdapat pada Bilik Gerakan. Maka dengan itu saya telah mendapatkan maklumat
berkenaan berapa orang guru serta AKP yang bertugas di sekolah ini begitu juga dengan pekerja
kebersihan, keselamatan dan murid-murid.

12
4.2 SENARAI SEMAK

Senarai semak adalah satu medium yang sangat penting dalam menjalankan satu tugasan.
Ianya dimulakan dengan pernyataan profesional, pengumpulan data mengenai pengalaman
baharu, sekolah seterusnya laporan akhir dan juga refleksi. Senarai semak sangat membantu saya
dalam memastikan konsistensi dan kesempurnaan dalam menjalankan tugas. Ianya sangat mudah
dan praktikal, mudah dilakukan oleh orang yang tidak mahir dan boleh dilakukan sebelum, selepas
dan juga semasa pemerhatian dijalankan.

4.3 TEMU BUAL

Kaedah temu bual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Guru Besar,
Penolong Kanan serta guru sekolah telah ditemu bual dalam mendapatkan maklumat berkenaan
sejarah sekolah, data-data sekolah dan juga berkaitan dengan prasarana sekolah ini dan juga
soalan-soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Mereka sangat memberikan
kerjasama yang memuaskan berhubung dengan tugasan saya. Kesemua maklumat dan isi
perbincangan temubual telah direkodkan kedalam borang kolaboratif yang telah disediakan
pihak IPG.

13
5.0 KOLABORATIF

14
5.0 KOLABORATIF

Bagi tujuan kolaboratif, beberapa orang kakitangan sekolah telah ditemu bual dan saya telah
mencatatkan rekod kolaboratif saya didalam borang kolaboratif yang telah di sediakan oleh pihak
IPG Gaya berserta tandatangan mereka. Pada pandangan saya, aktiviti kolaboratif semasa
menjalankan PBS ini ternyata sangat penting dalam meningkatkan kemahiran komunikasi serta
menanam keyakinan di dalam diri ketika berinteraksi bersama warga sekolah.
(Rujuk Lampiran 1-4 Kolaboratif)

4.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah

4.2 Perbincangan dengan guru-guru lain

15
5.0 ILMU PENGETAHUAN BARU
MELALUI KAEDAH

16
5.0 ILMU PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH

Sepanjang menjalankan PBS di SK Keguraan, saya merasakan bahawa saya telah memperolehi
banyak ilmu pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran yang tidak ternilai bagi seorang
guru melalui beberapa kaedah yang telah saya laksanakan sepanjang melaksanakan PBS di
sekolah ini.

5.1 Pemerhatian

Pemerhatian antara cara yang paling lama dan banyak digunakan bagi menilai sesuatu perkara.
Ianya juga merupakan antara kaedah yang terbaik dalam mengumpul data. Kaedah ini telah
banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan-tugasan yang memerlukan pemerhatian
sepanjang melaksanakan PBS ini.

5.2 SENARAI SEMAK

Senarai semak sangat membantu saya dalam menjalankan tugasan yang diberi dan sebagai
panduan saya dalam menyediakan portfolio dan juga laporan PBS ini. Sebelum menjalankan
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, En Chai pensyarah yang telah memberikan taklimat telah
memberikan panduan mengenai hal ini. Walaupun senarai semak yang ada pada panduan PBS ini
adalah bagi kegunaan penilai, daripada itu saya telah menghasilkan satu senarai semak yang baru
bagi kegunaan saya.

Dalam senarai semak yang telah dibina saya meletakkan secara umum sahaja terhadap
perkara yang ingin dilakukan. Ianya berhasil dalam memberikan saya panduan mengenai apa
yang perlu saya perolehi dan capai ketika pengumpulan maklumat berkenaan dengan aktiviti yang
dijalankan ketika melakukan PBS (rujuk lampiran).

5.3 TEMU BUAL


Banyak ilmu pengetahuan baru yang telah saya perolehi untuk diadaptasikan dalam
profesion keguruan saya melalui temubual ini. Sememangnya, seorang guru yang profesional
adalah seorang guru yang boleh berkomunikasi dengan baik. Melalui kaedah temubual ini, daya
dapat mempelajari dan meningkatkan ‘soft skill’ saya dalam berkomunikasi. Ini juga secara tidak
langsung telah meningkatkan keberanian dalam diri saya untuk memulakan perbualan dengan
orang lain.

5.4 PENGALAMAN DI SEKOLAH

Profil sekolah merupakan maklumat umum mengenai sekolah yang telah dipilih bagi

17
menjalankan PBS. Borang Maklumat Umum Sekolah yang disediakan telah diisikan sebagai
rujukan pelajar PBS.

 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

Bil. Perkara Catatan / Data


1. Nama Dan Alamat Sekolah Sk Keguraan, Peti Surat 221, 89158 Kota Belud,
Sabah
2. No. Telefon Sekolah +6011 6574 7479
3. Alamat Email / Web xba5309@moe.edu.my
Sekolah
4. Lokasi (Bandar / Luar LUAR BANDAR
Bandar)
5. Nama Pengurus Sekolah Pn. Rosminah Binti Hj. Suhaibul
6. Nama PK Pentadbiran Pn. Masdiah Binti Derias
7. Nama PK HEM Pn. Rafiah Binti Bujang
8. Nama PK Kokurikulum En. Asnuh Bin Sabas
9. Nama Penyelia Petang -
10. Gred Sekolah B
11. Bilangan Guru Lelaki : 8 Orang
Perempuan : 10 Orang
12. Bilangan Guru Mengikut Siswazah : 18 Orang
Kelayakan Akademik Bukan Siswazah : 0 Orang
13. Bilangan Kelas 6 Buah
14. Purata Saiz Kelas 25 - 30 Orang
15. Jumlah Murid : Melayu Cina India Lain-
Lain
162
Lelaki - - - 97
Perempua - - - 65
n
16. Maklumat-Maklumat Lain Yang Menarik Perhatian Anda Tentang Sekolah Ini :
i. Sekolah ini dilantik sebagai Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) pada
tahun 2019.
Jadual 1 : Maklumat Umum Sekolah

18
Waktu operasi sekolah ini bermula pada 7.20 pagi setiap hari dan mempunyai waktu tamat
yang berbeza. Pada hari Isnin, sesi persekolahan akan tamat pada jam 1.10 pm, manakala hari
Rabu hingga Khamis tamat pada jam 1.40 petang. Aktiviti Kokurikulum yang diadakan pada setiap
hari Rabu diadakan pada sebelah pagi selama satu jam. Pada hari Jumaat sesi persekolahan
akan tamat pada jam 11.40 pagi.

Waktu PDPc SESI PAGI


(Isnin – Selasa) MULA TAMAT
1.10 P.M.
Rabu – Khamis 7.20 A.M. 1.40 P.M.
Jumaat 11.40 A.M.

Jadual 2 : Waktu Operasi Sekolah

 SEJARAH SEKOLAH
Pada awalnya sekolah ini dibina pada Tahun 1973. Ketika itu Ketua Kampung ini ialah Tuan Hj.
Mohd. Dahlan. Atas daya usaha yang gigih dari penduduk Kampung Keguraan dan juga kampung-
kampung yang berhampiran maka terdirilah satu bangunan yang kecil. Dalam bangunan inilah
dibuat enam kelas dari Darjah Satu hingga Darjah Enam. Selang beberapa tahun muridnya
bertambah ramai sedikit ini menyebabkan bilang murid bertambah ramai, dalam masa penduduk
kampung sekali lagi bergotong-royong untuk membina kelas kecil untuk dijadikan Dua Kelas bagi
menampung penambahan murid-murid yang tersebut. Bangunan yang dibuat dindingnya dari
buluh dan atapnya dari duan rembia. Pada masa ini gurunya seramai empat orang Guru Besarnya
yang bernama En. Yabis bin Guribah.

Beberapa tahun kemudian pihak Jabatan Pendidikan membina beberapa bangunan yang
dikenali sebagai bangunan kilat termasuk bangunan sekolah baru dan juga beberapa buah rumah
guru. Sehingga sekarang sekolah ini mempunyai dua bangunan untuk bilik pelajar dan juga bilik
untuk Guru Besar. Kawasan sekolah ini dipagar dengan baik, keluasan sekolah ini yang berukuran
4.85 ekar. Sekolah ini terletak berhampiran dengan jalanraya yang menghala ke Kudat dan ke
Kota Belud.Tambahan lagi sekolah ini berdekatan dengan Balai Raya Muhibbah dan di belakang
sekolah tidak jauh ada sebuah Masjid Kampung Keguraan sendiri bagi kemudahan yang
berdekatan sekolah ini.

Pada masa ini murid sekolah seramai 98 orang. Murid-murid ini datang dari tiga buah
kampung yang berdekatan iaitu Kampung Keguraan, Kampung Kawang-Kawang dan Kampung
Penampang, Kota Belud. Kebanyakan murid di sini adalah terdiri Suku Kaum Iiranunan, Kaum
Bajau, Kaum Kadazan dusun dan lain-lain bangsa termasuklah Kaum Melayu dari Semenanjung.
Guru masa itu seramai 9 orang termasuklah seorang Kerani dan Tukang Kebun. Waktu itu juga
sekolah ini masih belum ada kemudahan seperti elektrik dan air paip. Berikut adalah senarai Guru
Besar yang penah mentadbir di sekolah ini;

19
NAMA GURU BESAR DARI SEHINGGA
En. Yabis Garib 1973 1974
En. Abd. Zilin Abd. Rahman 1974 1976
En. Epin Duak 1976 1982
En. Agah Sikol (Abd.Ghani) 1982 1988
En. Ricky Soh Andau 1988 1988
En. Selamat Omar 1988 1989
Pn. Unchang Raup 1989 2003
Pn. Aminah Hj. Ismail 2003 2012
En. Hamdan Hj. Hajat 2012 2016
. Pn. Rosminah Hj. Suhaibul 2017 Sekarang

 MISI DAN VISI

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera
Jadual 3 : Senarai Nama Guru Besar

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti
untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

20
 LENCANA SEKOLAH

BIRU – Setia & KUNING – Negara


Perpaduan semua Kaum Berperlembagaan Diraja
di Malaysia

Gelung Rotan:- PUTIH – Bersih & Suci


Semangat Sukan yang
Tinggi & Jitu

Motto Logo:- HIJAU – Kehormanian


Sejagat
“Ilmu Pelita Hidup”
Semangat Cintakan
Negara

21
 LAGU SEKOLAH

‘SEKOLAH KU DI CANANG’
Terus Melangkah Lakar Sejarah
S.K.Keguraan Tersergam Megah
Satu Sekolah Berbilang Bangsa
Guru Mendidik Tak Kira Masa
Semangat Dijulang Hingga Ke Awan
Laut Gelombang Akan Direnang
Ketabahan Hadap Cabaran
Kerlipan Bintang Gapai Kejayaan
Kami Berjanji Lakar Gemilang
Nama Sekolah Akan Dicanang
Perjuangan Kami Pasti Menang
Cipta Kejayaan Tanpa Kecundang
Ilmu Dituntut Tiap Ketika
Amal Disiplin Penuh Etika
Rukun Negara Sematkan Di Dada
Rajin Berusaha Pasti Berjaya
Budi Bahasa Jadi Sanjungan
Transformasi Jadi Dorongan
Buka Lambaran Kegemilangan
Kecemerlangan Pasti Dijulan

22
 PELAN SEKOLAH

1- Bustop 11- Stor 21- Tandas Murid 1


2- Pondok Pengawal 12- Pejabat Sekolah 22- Tandas Murid 2
3- Kolam Ikan 13- Dewan Terbuka 23- Kelas Tahun 6 &1
4- Bilik PSV/ Transit 14- Bilik Guru 24- Kelas Tahun 2,3,4,5
5- Taman 1 15- Bilik Gerakan 25- Taman 2
6- Surau 16- Perpustakaan - Tangki Air
7- Bilik Simpanan Buku Teks 17- Kantin 23
8- Bilik Stor PJ 18- Bilik RMT
9- Prasekolah 19- Makmal Komputer
10- Bilik Pemulihan 20- Makmal Sains
 FOKUS SEKOLAH TAHUN 2021
Sepanjang PBS ini juga saya telah mendapatkan maklumat berkenaan dengan Fokus Sekolah
bagi Tahun 2021. Menurut pentadbir, Fokus Sekolah merupakan hala tuju, hasrat dan juga
harapan sekolah bagi setiap bidang. Walaupun setiap bidang mempunyai fokus yang berbeza,
ianya mempunyai satu matlamat yang sama bagi mengharumkan nama sekolah dan
menghasilkan murid yang cemerlang.

PENTADBIRAN
1.1 Pelaksanaan tugas berdasarkan perancangan dan sasaran kerja tahunan (SKT)
1.2 Peningkatan komitmen di kalangan kakitangan terhadap tugas dan tanggungjawab.
1.3 Peningkatan pemantauan di kalangan pentadbir (Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan
dan Ketua-Ketua Panitia) dalam semua aktiviti yang dijalankan.
1.4 SKPMg2 sebagai penanda aras bagi prestasi dalam semua aspek.
1.5 Peningkatan pengauditan dalaman sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
1.6 Peningkatan dalam kuantiti dan kualiti dokumentasi program-program sekolah.
1.7 Memantapkan pelaksanaan Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja untuk semua
kakitangan.
1.8 Data Sekolah sentiasa tepat, kemaskini dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
1.9 Memantapkan sistem fail sekolah
2. KURIKULUM
2.1 Meningkatkan kelulusan dan sifar E dalam peperiksaan UPSR 2021
2.2 Pengajaran dan Pembelajaran PAK21
2.3 Pemantapan Headcount dalam pengurusan Kurikulum
2.4 Penggunaan ICT dalam P&P
2.5 Pemantapan Penyeliaan dan Pencerapan Guru
2.6 Pemantapan Semakan Buku Latihan Murid
2.7 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris ditingkatkan ( MBMMBI )
2.8 Pemantapan Pengurusan PBD (Sifar TP1 – TP2), SAPS dan Pemulihan Khas.
3. HAL EHWAL MURID
3.1 Mengurangkan sehingga 96% salah laku murid
3.2 100% kehadiran murid dalam 11 bulan persekolahan
3.3 Pemantapan ketrampilan dan kepimpinan murid melalui P&P, kursus dan motivasi
3.4 Memantapkan pengurusan kantin sekolah
3.5 Pengurusan semua jenis bantuan tepat kepada sasaran dan diurus dengan terbaik.
4. KOKURIKULUM
4.1 Mengekalkan dan menyertai semua aktiviti Kokum Peringkat Zon dan Peringkat Daerah.
4.2 Meningkatkan pungutan Pingat Emas dalam sukan olahraga di peringkat Zon
24
4.3 Program ’1 Murid 1 Sukan’
4.4 Memantapkan pengurusan kokurikulkum secara keseluruhannya.
4.5 Penglibatan 100% warga sekolah dan murid dalam semua aktiviti yang dijalankan di
sekolah.
4.6 Pengisian PAJSK untuk semua yang terlibat mengikut tempoh yang ditetapkan.

25
 PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

KUMPULAN B

26
 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SK. KEGURAAN 2021

GURU BESAR

P.K. KOKURIKULUM P.K. PENTADBIRAN P.K. HEM

SETIAUSAHA

PENTADBIRAN

KETUA PANITIA KETUA PANITIA KETUA PANITIA KETUA PANITIA KETUA PANITIA KETUA PANITIA
B. MELAYU MATEMATIK B. INGGERIS SAINS PEND. ISLAM PEND. MORAL PEMBANTU
TADBIR

LEMBAGA DATA & ASET HAPUSKIRA &


PROGRAM PENGISYTIHARAN
TATATERTIB MAKLUMAT SKPMg2 & INVENTORI PELUPUSAN
KECEMERLANGAN HARTA
SEKOLAH SEKOLAH
SEKOLAH

PEMBESTARIAN BIMBINGAN SEBUT PBD


& & LDP KEWANGAN HARGA
ICT KAUNSELING

27
 CARTA ORGANISASI INDUK SK. KEGURAAN 2021

GURU BESAR

PIBG

PK PK PK
PENTADBIRAN HEM KOKUM

KURIKULUM BADAN DISIPLIN UNIT BERUNIFORM


PENTADBIRAN SEKOLAH KELAB & PERSATUAN
PANITIA PENGAWAS SEKOLAH SUKAN & PERMAINAN
PENILAIAN & PEPERIKSAAN KESIHATAN & RAWATAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH
PUSAT SUMBER KANTIN KOAKADEMIK
ICT BANTUAN & KEBAJIKAN
PEMBANTU TADBIR PENDAFTARAN & REKOD
PERJAWATAN & SPBT & SISTEK
PERKHIDMATAN PRASEKOLAH
KEWANGAN
PEMBANGUNAN
KESELAMATAN & KECEMASAN
ASET SEKOLAH
KECERIAAN SEKOLAH
PEKERJA SWASTA & KAWALAN
KESELAMATAN
28
 CARTA ORGANISASI KURIKULUM S.K. KEGURAAN 2021

PENGERUSI
GURU BESAR
PN. ROSMINAH HJ. SUHAIBUL

TIMBALAN PENGERUSI
PEN.KANAN KURIKULUM
PN. MASDIAH DERIAS

SETIAUSAHA KURIKULUM
EN. GEORGE @ MARINUS
LOUSOK @ LOSUK

PANITIA PANITIA PANITIA MORAL PANITIA PJK JADUAL WAKTU


B. MELAYU B. INGGERIS PN. ROSLIDAH EN. JAUDIN SAIRAN PBD EN. GEORGE @
CIK MASLIAN PADI EN. DONORICH SARDEK EN. JAUDIN MARINUS LOUSOK
JOSEPH ANSON SAIRAN @ LOSUK

PANITIA PANITIA MUZIK PANITIA


PANITIA SAINS PN. SALLY @
MATEMATIK P.SENI PUSAT SUMBER DATA
PN. SALMI SONG NURHIDAYAH
EN. ISMAIL SIAJAH PN.ROSLIDAH PN. SURIAH CIK MASLIAN PADI
JOHNNY SARDEK JIRAN

PANITIA
PANITIA PEMERIKSAAN
PEND. ISLAM PANITIA PENILAIAN &
SEJARAH PANITIA KERJA MURID
EN. AZMI ABD. REKABENTUK PEPERIKSAAN
PN. SURIAH JIRAN TEKNOLOGI SITI SYAKIRAH
KADIR EN. GEORGE @ EN. ISMAIL SIAJAH
EN. GEORGE @ SAIDI
MARINUS LOUSOK @ MARINUS LOUSOK @
LOSUK LOSUK
PANITIA B. ARAB PROGRAM LITERASI
PROGRAM
EN. ABDUL RAUF DAN NUMERASI
KECEMERLANGAN
MOHD.JANIS (PLaN)
AKADEMIK
CIK SITI NORAISHAH
EN. ISMAIL SIAJAH
AWANG SHAH

29
Jawatan kuasa Unit Kurikulum sekolah ini dipengerusikan oleh Guru Besar sekolah ini iaitu
Pn Rosminah Hj Suhaibul beserta Timbalan Pengerusinya merupakan Penolong Kanan Kurikulum
Pn Masdiah Derias. Sebanyak 13 panitia mata pelajaran bernaung dibawah Unit Kurikulum. Jika
kita lihat kepada carta organisasi di atas, unit Kurikulum secara keseluruhannya bertanggungjawab
dalam melestarikan pembelajaran dan pengajaran murid di dalam sepanjang berada di sekolah
dan mamastikan objektif dan matlamat akademik tercapai.

Selain itu, terdapat lapan lagi unit yang terlibat di bawah kurikulum seperti Pentaksiran Bilik
Darjah, Jadual Waktu, Data, Pemeriksaan Murid, Program Literasi dan Numerasi, Program
Kecemerlangan Akademik dan juga Penilaian dan Peperiksaan. Unit Pusat Sumber juga berada
dibawah pengurusan Kurikulum dimana ianya bertanggung jawab dalam mengurus hal-hal
berkaitan dengan pusat sumber.

Jawatan Kuasa Panitia Mata Pelajaran bertanggungjawab dalam merancang dan


menentukan aktiviti tahunan setiap panitia. Disamping itu, setiap panitia dikehendaki untuk
menyediakan Pelan Tindakan dan melaksanakan program-program yang telah dirancang untuk
murid sepanjang tahun. Selain itu juga, dibawah jawatankuasa ini, setiap panitia perlu menghantar
pelaporan aktiviti tahunan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Penyediaan RPT dan juga HSP
serta pemilihan buku rujukan yang sesuai sebagai bahan pengajaran tambahan adalah tugas dan
tanggung jawab di bawah jawatan kuasa panitia matapelajaran.

Jawatan kuasa peperiksaan pula bertanggungjawab dalam mengurus mensyuarat


peperiksaan, menguruskan pembelian peperiksaan, menyediakan jadual dan juga menguruskan
surat-surat berkaitan peperiksaan dan segala hal yang berkaitan dengan peperiksaan murid.
Jawatan kuasa jadual waktu pula bertanggungjwab dalam mengagihkan tugas mengajar dan
bilangan waktu mengajar guru sekolah disamping menyediakan jadual guru dan juga jadual kelas
ganti. Dari apa yang saya perhatikan, kerjasama antara guru sekolah ini dalam menggantikan
kelas rakan guru yang lain adalah sangat baik. Jadual guru ganti juga disediakan kemudian
dimaklumkan kepada guru-guru yang bakal menggantikan kelas guru yang tidak hadir ke sekolah.

Kesimpulannya, setiap guru di sekolah ini mempunyai tanggungjawab dalam unit masing-
masing. Dari apa yang saya perhatikan, para guru sangat komited dalam menjalankan tugas
mereka dan tidak berat tulang dalam membantu rakan guru yang lain. Realiti pekerjaan seorang
guru itu hidup dalam satu kelompok yang saling bergantung sama yang lain dalam mencapai
hasrat pendidikan.

30
 CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM S.K. KEGURAAN 2021

GURU BESAR
ROSMINAH HJ SUHAIBUL

PEN. KANAN PENTADBIRAN PEN. KANAN KOKURIKULUM PEN. KANAN HEM


Pn. Masdiah binti Derias En. Asnuh bin Sabas Pn. Rafiah Bujang

SETIAUSAHA KOKURIKULUM
En Donorich Joseph Anson

KETUA JURULATIH KOKURIKULUM


En Azmi Abd Kadir

PENYELARAS UNIT PENYELARAS KELAB & PENYELARAS KELAB SUKAN &


BERUNIFORM PERSATUAN PERMAINAN
En. Ismail Hj Siajah Cikgu Maslian Padi En. George Lousuk
PENGAKAP KELAB BAHASA KELAB BOLA SEPAK
EN JAUDIN SAIRAN (K) CIK MASLIAN PADI (K) EN. DONORICH JOSEPH ANSON (K)
EN ABD. RAUF JANIS PN SURIAH JIRAN RUMAH BIRU RUMAH KUNING RUMAH HIJAU RUMAH MERAH
EN ISMAIL HJ SIAJAH
EN SARPI ABD RAHIM EN DONORICH JOSEPH ANSON EN ISMAIL HJ SIAJAH (ALZA) (EXORA) (INSPIRA) (SAGA)
PN. NUR HIDAYAH JOHNNY EN. SARPI HJ ABD RAHIM EN ASNUH SABAS
BSMM PN MASDIAH DERIAS KELAB SEPAK TAKRAW
En George Lousuk En Abd. Rauf Janis Pn. Salmi Song En. Jaudin Sairan
EN AZMI ABD KADIR (K) KELAB STEM EN AZMI ABD KADIR (K)
EN. ISMAIL HJ SIAJAH (K) EN SARPI ABD RAHIM Cik Maslian Padi En Sarpi Abd Rahim Pn. Suriah Jiran En. Azmi Abd Kadir
EN. DONORICH JOSEPH ANSON
PN JULIANA MATHIAS EN. GEORGE LOUSUK CIK SITI SYAKIRAH SAIDI En. Ismail Hj Siajah Cik Siti Noraishah En. Donorich Anson Pn Juliana Mathias
PN. ROSLIDAH SARDEK EN. ASNUH BIN SABAS PN MASDIAH DERIAS Pn. Nur Hidayah Cik Siti Syakirah Pn.Masnor Pn Maslunah Merin
EN ASNUH SABAS PN. RAFIAH BUJANG KELAB BADMINTON
EN JAUDIN SAIRAN (K) En Rahim Madnoor Pn. Dg Murni Rajim Pn Rafiah Bujang Pn Rosminah HS
PPIM KELAB KEBUDAYAAN & SENI
PN JULIANA MATHIAS (K) EN GEORGE LOUSUK En. Asnuh Sabas Pn Masdiah Derias
PN MASLIAN PADI (K)
PN SURIAH JIRAN EN. ABD RAUF MOHD JANIS
CIK SITI SYAKIRAH SAIDI
PN. SALMI SONG PN NUR HIDAYAH JOHNNY
PN. SURIAH JIRAN
PN NUR HIDAYAH JOHNNY PN RAFIAH BUJANG
PN. SALMI SONG
KELAB DOKTOR MUDA KELAB BOLA JARING
PN. RAFIAH BUJANG
EN AZMI ABD KADIR (K) CIK SITI NORISHAH AG SHAH (K)
PN ROSMINAH HJ SUHAIBUL
EN. JAUDIN SAIRAN CIK MASLIAN PADI
TUNAS KADET REMAJA SK PN JULIANA MATHIAS
CIK SITI NORAISHAH AG SHAH
EN GEORGE LOUSUK (K) PN SALMI SONG
CIK SITI SYAKIRAH SAIDI
CIK SITI NORAISHAH AG SHAH PN ROSMINAH HJ SUHAIBUL
PN ROSMINAH HJ SUHAIBUL
PN MASDIAH DERIAS
EN ABD RAUF MOHD JANIS

31
 CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID SK. KEGURAAN KOTA BELUD 2021

GURU BESAR
PN. ROSMINAH HJ.SUHAIBUL

P.K. PENTADBIRAN P.K. HEM P.K. KOKURIKULUM


PN. MASDIAH DERIAS PN.RAFIAH BUJANG EN. ASNUH SABAS

SETIAUSAHA HEM
CIK SITI NORAISHAH
AWANG SHAH

KANTIN BADAN DISIPLIN JAWATANKUASA 3K PRA SEKOLAH SPBT & SISTEM


SEKOLAH & PENGAWAS
PN. SURIAH JIRAN EN. JAUDIN SIRAN EN. SARPI ABDUL PN. SALMI SONG
EN. AZMI ABD. KADIR EN. ABDUL RAUF MOHD. JANIS RAHIM
EN.AZMI ABD.KADIR

RMT & PSS EMK DATA / APDM BIMBINGAN &


BANTUAN KERAJAAN KAUNSELING
CIK MASLIAN PADI PN. JULIANA MATHIAS CIK MASLIAN PADI/CIK PN. JULIANA MATHIAS
NEGERI
SITI SYAKIRAH SAIDI
EN. ISMAIL SIAJAH

PPDA PIBG PENDAFTARAN &


REKOD
EN. ISMAIL SIAJAH EN. ABDUL RAUF KWAMP
MOHD. JANIS PN. DAYANG MURNI RAJIM
EN. DONORICH PN. MASNOR
JOSEPH ANSON

32
 PRASARANA SEKOLAH

Makmal Komputer Makmal Sains

Bangunan Pra Sekolah Tandas Baru Murid

Bangunan Kelas Baru Murid Bilik RMT

Padang Sekolah Bangunan Perpustakaan

33
Bilik Gerakan Kantin Sekolah

Ruang Dewan Terbuka

Surau Taman Sekolah

34
Bangunan
Kawasan Bilik Pemulihan
sekolah Tandas
ini sebenarnya menggabungkan tapak lama Lama
sekolah danMurid
tapak baru
sekolah. Bangunan bernombor 20, 22, 23, 24, dan 25 pada pelan sekolah merupakan kawasan
bangunan baru yang telah siap pembinaannya pada hujung tahun 2019 dan secara rasminya
digunakan pada tahun 2020 bagi menempatkan kelas baru bagi murid-murid Tahun 1 hingga 6
sekolah ini. Bangunan kelas yang telah usang diberi nafas baru dan dijadikan Bilik Gerakan,
Surau, Bilik Transit, dan juga Perpustakaan. Ini menunjukkan bahawa sekolah ini tetap
menggunakan bangunan yang lama secara maksimum dan memanfaatkan setiap prasarana
sekolah yang ada. Persekitaran kelas baru yang lebih selesa melahirkan suasana yang lebih
kondusif yang boleh membantu murid-murid sekolah ini dalam proses PdP.

Sepanjang pemerhatian saya, kelas baru yang ada di sekolah ini dalam keadaan yang
baik. Oleh kerana sekolah ini mempunyai struktur bangunan yang baru, maka murid-murid dapat
belajar dalam suasana yang selesa. Terdapat 4 kipas disediakan dalam setiap kelas. Ini
menunjukkan bahawa pihak sekolah mahukan murid belajar dalam suasana yang baik dan
menerima kemudahan yang ada secara sama rata. Namun, kawasan kelas ini tidak mesra
teknologi. Tiada skrin projektor dan juga projektor tersedia di dalam kelas seperti yang ada pada
sekolah-sekolah di bandar.

Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa sekolah ini mempunyai
kekurangan dari capaian jalur internet. Kemudahan internet hanya terdapat di kawasan bilik guru.
Makmal komputer dan kawasan kelas tidak mempunyai capaian internet dan oleh kerana kawasan
sekolah ini terdapat di luar bandar maka capaian internet adalah sukar. Sebagai seorang guru
yang mempunyai hasrat untuk melahirkan murid-murid yang selari dengan arus Revolusi
Perindustrian 4.0, capaian internet adalah satu perkara yang penting dalam mendedahkan murid
dengan dunia teknologi. Ketiadaan capaian internet di kawasan kelas membuatkan guru terpaksa
mencari kaedah lain yang tidak menggunakan unsur teknologi dalam menyampaikan
pembelajaran dan pengajaran di kelas.

Kawasan persekitaran sekolah pada pemerhatian saya sangat cantik. Taman bunga yang
ada menghasilkan suasana sekolah yang cantik dan ceria. Ini secara tidak langsung boleh
melahirkan perasaan cinta murid kepada sekolah. Persekitaran sekolah juga dijaga dengan rapi.
Para pekerja landskap sekolah sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka dalam
mengindahkan kawasan sekolah.

Kawasan dewan terbuka adalah kawasan untuk berkumpul. Pada waktu pagi, murid-murid
akan menunggu pada ruang ini sebelum masuk kelas pada jam 7.20 pagi. Selain itu juga, aktiviti
perhimpunan dan aktiviti-aktiviti rasmi yang lain diadakan di ruang ini. Ruang ini adalah
berhadapan dengan bilik guru, pejabat dan juga kantin sekolah di mana, ianya boleh memuatkan
kesemua guru, pekerja dan juga sekolah SK Keguraan.
35
Pada pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa Bilik Pemulihan terletak jauh
daripada kawasan kelas baharu. Ini menyebabkan murid-murid terpaksa mengambil beberapa
minit berjalan ke kawasan kelas pemulihan yang terletak bersebelahan dengan pra sekolah. Hal ini
menyebabkan masa pengajaran guru menjadi kurang daripada biasa kerana masa yang di ambil
untuk murid-murid sampai ke kelas pemulihan lambat.

Pada pemerhatian saya juga, sekolah ini tidak mempunyai Bengkel Reka Bentuk
Teknologi. Bengkel adalah penting bagi membantu guru untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek tersebut. Kaedah secara ‘hands-on’ adalah sangat diperlukan bagi
membolehkan murid menggunakan dan mempraktikkan pembelajaran seperti reka cipta,
pembinaan dan bermacam lagi yang berkenaan pembelajaran RBT. Ini menjadikan pembelajaran
RBT murid tahap 2 sekolah ini kebanyakannya cuma berfokuskan teori berbanding praktikal.

36
6.0 REFLEKSI

37
6.0 REFLEKSI

Refleksi adalah proses dimana kita perlu merenung, menganalisis, memberi cadangan, mencari
alasan dan membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Dalam konteks PBS pula, refleksi
membolehkan pelajar untuk membuat penilaian kendiri yang mana amalan refleksi ini
membolehkan pelajar untuk menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan dan juga
kualiti guru.

Saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan semua tugasan yang dilaksanakan


bertepatan dengan objektif refleksi. Tambahan juga, saya dapat menjadikan refleksi sebagai satu
dasar untuk penambah baikan dan juga meningkatkan kualiti kesemua tugasan secara berterusan.
Sehubungan dengan itu, penulisan refleksi dalam PBS ini juga mampu mengembangkan
keupayaan celik akal saya dalam melahirkan inovasi dan juga kreativiti dalam setiap tugasan yang
dijalankan.
(Rujuk Lampiran 1-6 Amalan Refleksi)

38
39
LAMPIRAN

40
41
42
43
44
45
46
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :


Perkara yag difokuskan pada hari pertama (25.01.2021) ialah :

 Memaklumkan kepada Guru Besar sekolah akan melakukan PBS di sekolah


ini.
 Mengumpulkan maklumat berkenaan dengan maklumat sekolah seperti
carta organisasi dan pentadbiran sekolah

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :

 Mempelajari setiap bidang tugas pihak pengurusan disekolah


 Kerjasama yang baik daripada kalangan pihak sekolah

2.2 Kelemahan :

 Tidak terdapat carta organisasi bagi unit Kokurikulum


 Kekurang guru menjadikan sesetengah guru mengajar melebihi masa
daripada guru yang lain

3. Cadangan Penambahbaikan :

 Perlu menghasilkan satu carta organisasi induk yang menempatkan kesemua unit
yang ada di sekolah bagi memudahka rujukan di masa akan datang
 Pemberian masa mengajar yang sekata

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

47
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :


Perkara yag difokuskan pada hari kedua (26.01.2021) ialah :

 Mengumpulkan maklumat dan mengambil gambar prasarana sekolah dari


segi infrastruktur dan kecerian kawasan sekolah.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :

 Guru dan kakitangan berganding bahu dalam memastikan


persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif.
 Suasana sekolah yang bersih dan menark

2.2 Kelemahan :

 Disebabkan terdapat bahagian kawasan sekolah yang baharu, maka


papan kenyataan yang terdapat di kelas ada yang masih kosong.
 Suasana kelas bangunan baru cantik, namun kurang sudut-sudut
ilmu.
 Kemudahan ICT disetiap kelas tidak ada.

3. Cadangan Penambahbaikan :

 Guru dan kakitangan boleh bekerjasama dalam menambahkan sudut ilmu pada
bangunan baharu dan menyediakan info-info yang boleh dipaparkan pada papan
kenyataan.
 Sekolah perlu menyediakan kemudahan ICT disetiap kelas bagi membolehkan guru
menerapkan elemen teknologi dalam PdP di kelas.

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

48
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :


Perkara yag difokuskan pada hari ketiga (28.01.2021) ialah :
 Berkolaborasi bersama guru dan beberapa warga sekolah berkenaan isu
yang dibincangkan

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :
 Kesemua guru yang ditemubual mengamalkan nilai keterbukaan dan
bersedia memberikan cadangan dan info yang diinginkan.
 Meningkatkan keberanian dan keboleh berkomunikasi saya.

2.2 Kelemahan :
 Tidak semua guru hadir ke sekolah di sebabkan pandemik COVID-19
dan hanya melakukan PdPR di rumah menyebabkan keterbatasan
dalam menemu bual guru yang saya ingini.

3. Cadangan Penambahbaikan :

 Boleh memilih kaedah lain untuk menemu bual responden selain secara
bersemuka, contohnya Google Meet/Whatsapp Voice Note bagi
menjimatkan masa.

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)


49
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :


Perkara yag difokuskan pada hari keempat (02.02.2021) ialah :

 Melakukan pemerhatian terhadap pengurusan komuniti, budaya, peraturan


dan pengurusan disiplin

3. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :

 Pengurusan disiplin dilaksanakan dengan tegas oleh guru disiplin


 Pihak sekolah mengamalkan budaya yang positif
 Program Ziarah Cakna merapatkan silaturrahim antara pihak sekolah
dan ibu bapa dan penjag murid.
 Pendekatan yang digunakan bagi membanteras isu disiplin murid
sangat baik dimana ibu bapa akan dimaklumkan berkenaan disiplin
anak mereka.

2.2 Kelemahan :

 Masalah disiplin dikalangan pelajar tidak berapa memuaskan.

3. Cadangan Penambahbaikan :

 Kesemua pihak sekolah perlu bersama-sama membanteras gejala disiplin yang


terdapat di sekolah dan tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada gur disiplin.

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

50
LAMPIRAN 1-6
AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokuskan :


Perkara yag difokuskan pada hari kelima (03.02.2021) ialah :

 Mengumpulkan maklumat yang belum diperolehi.


 Aktiviti menceriakan sekolah

2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan :

 Pihak sekolah mementingkan iklim sekolah yang ceria


 Kerjasama yang baik daripada kalangan pihak sekolah dalam
memberikan maklumat
 Suasana yan ceria memberikan semangat kepada murid untuk hadir
ke sekolah

2.2 Kelemahan :

 Hanya memfokuskan kawasan depan sekolah sahaja, tetapi tidak


bangunan sekolah yang baru.

3. Cadangan Penambahbaikan :

 Kawasan sekolah yang baru perlu turut sama diceriakan.

(Sila simpan maklumat ini di dalam portfolio anda)

51
SENARAI SEMAK SEPANJANG
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

Menggambar infrastruktur dan ✅


1
prasarana sekolah.

Mengumpul data berkaitan dengan ✅


2
maklumat sekolah.

Menemubual GB (Kolaborasi) ✅
3
berkenaan isu yang dibincangkan

Menemubual PK (Kolaborasi) ✅
4
berkenaan isu yang dibincangkan

Menemubual Guru (Kolaborasi) ✅


5
berkenaan isu yang dibincangkan

Melakukan pemerhatian berkenaan ✅


dnegan pengurusan Komuniti,
6
Budaya, Peraturan dan Pengurusan
Disiplin


7 Menyiapkan portfolio


8 Menyiapkan laporan pemerhatian


9 Menyiapkan kajian kes

52

Anda mungkin juga menyukai