Anda di halaman 1dari 7

Langkah-Langkah

Mengatasi
Penyalahgunaan
Wang Di Sekolah
Pihak pentadbir haruslah sentiasa membuat
pemantauan dan tindakan susulan

Cth: Memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit,


menyelia tugas-tugas pungutan sekolah, membuat
penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru
Kesemua kes penyelewengan (2004-2008)
disebabkan kesalahan etika yang dilakukan oleh
Guru Besar.
Hal ini berlaku disebabkan sikap Guru Besar yang
merasakan dirinya ketua organisasi sesebuah
sekolah dan beranggapan tidak akan ada individu
lain yang akan memantaunya di samping sahsiah
diri yang rendah.
Membuat Pengurusan Belanjawan

Pemberian bantuan yang disediakan oleh


kerajaan tidak boleh digunakan dengan
sewenang-wenangnya.
Kebiasaannya, pihak pentadbir gagal membuat
perbelanjaan mengikut peruntukan yang
ditetapkan.
Oleh sebab itu, pihak tersebut terpaksa
menyalahgunakan wang yang sepatutnya
diberikan kepada murid yang memerlukan
bantuan untuk menampung perbelanjaan yang
tidak mencukupi tersebut.
Ibu bapa melibatkan diri dengan PIBG

Sekiranya PIBG aktif di sekolah, masalah


penyelewengan wang di sekolah ini dapat
dibendung.
Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat untuk
pemilihan murid yang layak menerima bantuan
KWAPM juga dapat memberikan kesan positif untuk
mengelakkan masalah penyalahgunaan wang
KWAPM ini.
Bantuan KWAPM akan diberikan kepada
murid yang berdaftar melalui Sistem
eKASIH.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dilaksanakan
berdasarkan senarai nama yang diperolehi
daripada Data Kemiskinan Nasional yang dikenali
sebagai eKASIH.
semua bantuan persekolahan akan diuruskan oleh
KPM sahaja dengan menggunakan Sistem
eKASIH ini.
Dengan cara ini, masalah penyalahgunaan kuasa
oleh guru-guru yang tidak bertanggungjawab
dapat diatasi.
Melaksanakan Sistem Satu Murid Satu
Akaun Bank (KPM)
Sistem bayaran terus disalurkan ke dalam akaun
murid.
Jika sebelum ini, wang pengagihan KWAMP akan
dikreditkan ke dalam akaun sekolah. Selepas itu
pihak pengurusan sekolah yang akan mengagihkan
wang bantuan tersebut, tidak semestinya wang
tersebut akan terus diedarkan kepada murid.
Bagi pihak pengurusan yang bertanggungjawab,
kemungkinan wang tersebut akan digunakan
dahulu untuk kegunaan atau kepentingan lain. Hal
ini akan menyebabkan penyelewengan dalam pihak
pentadbir.
Mempunyai Tahap Kesedaran Individu

sentiasa membuat muhasabah diri dan sedar hidup


mengikut tahap kemampuan.
sentiasa mengikhlas diri untuk bekerja sebagai guru
dengan amanah, jujur dan tekad untuk menolak
rasuah dengan tegas.
berpegang teguh kepada kod etika yang telah
digariskan.

Anda mungkin juga menyukai