Anda di halaman 1dari 12

TOKOH PENDIDIKAN/AHLI FALSAFAH TIMUR

1. Confucius (551-479 sm)


Pengasas Konfusianisme. Lahir di negeri Lu (wilayah Shandong) pada tahun 551 SM. Membuka sekolah sendiri pada 30 tahun. Pakar dan penasihat adat istiadat China. Menteri keadilan pada tahun 502 M. Tokoh pendidik dan ahli falsafah terkemuka China. Pendidikan adalah proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku

Pendidikan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat. Muridnya perlu menghafal lima buku klasik: i. Buku syair ii. Buku sejarah iii. Buku elemen iv. Buku Upacara v. Buku Annals confucius mengakui setiap individu mempunyai potensi berbeza. Mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Menggunakan strategi perbincangan. Zaman dahulu orang cina mempelajari falsafah konfusianisme.

PEMIKIRAN PENDIDIKAN KONFUSIUS - Pendidikan sangat penting dan nilainya sama dengan ekonomi dan politik. - Tujuan Pendidikan untuk melahirkan JUN ZI (orang budiman) & SHI (cendekiawan) - JUN ZI mempunyai 3 peranan :# Mempelajari ilmu # Memperbaiki diri # Mentadbir manusia -SHI adalah pembantu JUN ZI & bakal menjadi JUN ZI -Terdapat 3 kategori SHI: # Memegang tugas diplomatik & politik # Mempunyai kualiti akhlak XIAO (taat) & DI (hormat) # Mempunyai sifat amanah dan sanggup melaksanakannya -Saranan Konfusius dalam Pengajaran & pembelajaran terdapat 4 ciri yang mesti berlaku :#Banyak mendengar # Banyak melihat #Banyak Bertanya #Banyak mengenali -Konfusius meletakkan etika kejujuran dalam pembelajaran supaya tidak berlaku penipuan.

Confusius mengusulkan amalan li (Peraturan hubungan manusia dan ren (sifat murni manusia)
Konsep Li - Merujuk kepada beberapa peraturan yang membezakan antara golongan mulia dan hina, kaya dan miskin - Merujuk kepada adat istiadat - Bermaksud berakhlak seperti rendah diri dan menghormati orang lain. Konfusius mengemukakan 3 ciri-ciri Li - Peraturan hubungan antara manusia dengan Tuhan, iaitu mementingkan aspek perasaan dan naluri - Peraturan hubungan antara manusia dengan manusia, iaitu penghormatan kepada manusia. - Peraturan hubungan dalam politik, iaitu akhlak seiring dengan kepimpinan. Konfusius menekankan kepimpinan melalui teladan

Konsep Ren - Nilai kasih/ cinta kepada manusia - Naluri untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain, rasa hormat kepada diri sendiri & memandang tinggi martabat manusia - Membezakan manusia dengan haiwan - Kata Konfusius; Jangan melakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain melakukan kepada anda
Asas kepada Ren ialah: - Konsep Zhong (ketaatan) - Kata-kata Konfusius: Apa yang ingin kita lakukan untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain, apa yang kita ingin sempurnakan untuk diri kita, kita sempurnakan juga untuk orang lain - Konsep Shu (kemaafan) - Konsep Xiao (berbakti) - Konsep Di (hormat)

2. Lao Zi (570 SM)

Meninggalkan teks penulisan Taoisme berjudul Doa De Jin (Klasik Moral) Mengandungi 81 ajaran berbentuk puisi yang terdiri dari 2 komponen utama iaitu jalan yang betul dan prinsip nilai murni Mengutamakan etika hidup berdasarkan ilmu komprehensif terhadap realiti semula jadi. Pengikut Taoisme berusaha bagi memperoleh kefahaman intisari Dao iaitu jalan yang betul dan mengamalkan dalam kehidupan.

3. Hamka (1908-1981)

Nama sebenar ialah Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah. Lahir di Maninjau, Sumatera Barat Indonesia pada 17 Februari 1908. Ayahnya merupakan seorang ulama Islam telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakanMuhammadiah (1946) Beliau telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981 semasa berumur 73 tahun. Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto, dan Ki Bagus Hadikusumo. Digelar sebagai Buya yang bermaksud orang yang dihormati

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan Menjadi guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka kemudian bekerja di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia. Hamka seorang yang pintar, bijak, terkenal sebagai ahli kesusasteraan Melayu klasik serta pengarang yang masyhur dan novelis terkemuka dan mahir dalam bahasa Arab. Hamka terkenal sebagai ahli falsafah dan pujangga Islam. Tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.

Penyunting majalah terkenal seperti Pedoman Masyarakat, Kemajuan Masyarakat, Kemajuan Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang Panjang. Beliau menulis majalah "Seruan Islam di Tanjung Para Langkat, menerbitkan majalah "Pedoman masyarakat, dan "Panji Masyarakat. Hamka mula mengarang dalam akhbar "Pembela Islam, Bandung pada tahun 1930. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah AlMuballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal. Beliau juga banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam kesusasteraan sehingga beliau mendapat gelaran "Hamzah Fansuri zaman baharu.

Antara Karya Hamka:


Tafsir al-Azhar Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Di bawah Lindungan Kaabah Merantau ke Deli. Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, Pedoman Mubaligh Islam Revolusi Fikiran Revolusi Agama Negara Islam Sesudah Naskah Renville Muhammadiah Melalui Tiga Zaman Pembela Islam

Sumbagan dan jasa dalam bidang agama Hamka dianugerahkan Dr. Honoris Causa Universiti Al Azhar pada tahun 1958 dan Dr. Honoris Causa UKM (1974) Diberi gelaran Datuk Indono dan Pangeran Wiroguno

7. Aminuddin Baki (1926-1965)

Digelar Bapa Pendidikan Dilahirkan di Chemor, Perak pada tahun 1926. Tamat persekolah di SMK Anderson, Ipoh. Menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf pada 1946 Menuntut di Kolej Raffles pada tahun 1947 Pada tahun 1948, beliau mengasaskan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Pada tahun 1949, melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura Melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan, Universiti London dengan biasiswa Ratu pada 1952. Menjadi pensyarah di MPSI, Tanjung Malim, Perak

Bekas Ketua Penasihat Pendidikan Membantu penggubalan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) Memperkenalkan Sistem Aneka Jurusan dari Tahun 1965 Semua murid sekolah rendah berpeluang masuk ke sekolah menengah secara automatik apabila Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dimansuhkan Meninggal dunia pada tahun 1965

Anda mungkin juga menyukai