Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Topik yang akan diulas adalah Topik 6 yang bertajuk ‘Kepelbagaian Agama’. Secara
keseluruhan, topik ini membincangkan tentang kepelbagaian agama yang terdapat di
Malaysia serta kepercayaan yang diamalkan dari turun temurun yang masih dikekalkan di
kalangan masyarakat. Selain itu, peranan agama dalam pelbagai aspek dari segi individu,
masyarakat dan negara juga telah dibincangkan dengan terperinci. Di samping itu, ciri – ciri
agama dan kepercayaan di Malaysia juga telah dibincang. Akhir sekali, manfaat daripada
kepelbagaian agama juga dibincangkan.

Isi – isi penting

Terdapat beberapa isi penting yang telah dibahas dalam topik ini. Salah satunya
ialah definisi agama. Secara ringkas, agama ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia
dengan kuasa ghaib khusunya Tuhan yang mempunyai set peraturan dan dapat
memberikan perlindungan serta menjadi salah satu keperluan asasi manusia.

Seterusnya, isi penting kedua yang merangkumi sebahagian besar topik ini adalah
peranan agama. Peranan agama sebagai seseorang individu, masyarakat dan rakyat telah
dibincangkan di dalam subtopik ini. Sebagai contoh, agama merupakan sumber nilai murni
yang menjadi pedoman kepada peganutnya dalam mengatur kehidupan spiritualnya. Selain
itu, agama juga berfungsi sebagai medium penyatuan dalam sesebuah ikatan sosial untuk
mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Di samping itu, selain menubuhkan semangat kebangsaan, agama juga penting


dalam perpaduan nasional negara dan menjadi fungsi pemerintahan dimana ketua negara
adalah ketua agama. Tambahan lagi, agama juga menjadi pendorong dalam pengesahan
sesebuah program pembangunan. Antara peranan lain yang disebut adalah dari segi
perkembangan kesenian iaitu dalam seni bina, ukiran kayu dan seni pahat yang dapat dilihat
dengan jelas terutama pada rumah ibadah sesebuah agama.

Isi penting yang ketiga ialah penggolongan agama dan kepercayaan di Malaysia.
Antara agama yang utama di Malaysia ialah agama Islam, Kristian, Hindu dan Sikh.
Kepercayaan utama di Malaysia pula ialah kepercayaan tradisional, buddhisme, animisme,
taoisme dan konfusiunisme. Setiap agama dan kepercayaan tersebut mempunyai ciri dan
keistimewaannya yang tersendiri dan boleh dibezakan dari segi tokoh, sumber ilmu, prinsip
dan perayaan agama tersebut.
Isi penting yang terakhir yang diulas dalam topik ini ialah bagaimana kepelbagaian
agama dapat dimanfaatkan. Dengan adanya kepelbagaian agama, dialog antara agama
dapat diadakan untuk memahami serta menghormati agama - agama lain. Selain dapat
mengharmonikan hubungan antara pelbagai komuniti agama, ia juga mampu menangani
ektremisme agama serta membina ikatan masyarakat yang saling bertoleransi dengan
perbezaan agama masing - masing.

Pendapat/Penambahbaikan/Cadangan

Pada pendapat saya, topik ini merupakan topik yang penting dalam subjek
Hubungan Etnik. Hal ini demikian kerana pelajar – pelajar dapat memperoleh pengetahuan
yang lebih mendalam tentang maksud agama dan peranan agama dalam kehidupan
seharian mahupun sebagai masyarakat di dalam negara. Walaupun setiap pelajar
mempunyai agama dan kepercayaan meeka tersendiri, topik ini sedikit sebanyak dapat
menambahkan pengetahuan am meeka tentang agama dan kepercayaan secara kasar.

Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui tentang ciri – ciri dan keunikan agama dan
kepercayaan lain dari segi tokoh, prinsip dan sumber ilmu dan akan lebih terbuka untuk
berinteraksi dengan penganut agama dan kepercayaan yang berbeza daripada mereka.
Pengenalan tentang ini dapat menjadi medium perbualan sesama pelajar dan seterusnya
mampu membina ikatan sosial antara mereka dengan lebih erat.

Di samping dapat menjadi medium perbualan, topik ini juga dapat mencetus dialog
antara agama di kalangan pelajar. Hal ini dapat memupuk sikap toleransi dan saling
memahami di antara mereka yang dapat dibawa ke alam pekerjaan. Secara tidak langsung,
topik ini dapat menjadi salah satu soft skill bagi mereka dimana mereka mampu
menyesuaikan diri dengan orang yang pelbagai ragam.

Akhir sekali, pembelajaran daripada topik ini dapat melahirkan rakyat yang stabil dan
maju. Apabila pelajar mempunyai kesedaran tentang pentingnya untuk menghormati agama
dan kepercayaan orang lain, suasana yang aman dan harmoni dapat diwujudkan.
Seterusnya, masyarakat dapat hidup bersama tanpa mengambil kira perbezaan yang wujud
diantara mereka dan akhirnya membina rakyat yang sejahtera.

Penutup

Sebagai penutup, secara kesulurahannya topik ini merupakan topik yang amat
bermanfaat bagi pelajar – pelajar dalam mendalami kepelbagaian agama yang ada di
Malaysia. Selain dapat membezakan antara istilah agama dan kepercayaan, pelajar juga
dapat belajar sedikit sebanyak tentang ciri – ciri agama dan kepercayaan. Akhir sekali, nilai
bertolak ansur juga dapat dipupuk dan kesefahaman diantara masyarakat pelbagai agama
dapat tercapai. Walaupun topik ini agak pendek, namun ianya padat dengan isi – isi yang
memberansangkan dan mudah difahami oleh pelajar. Selain itu, susunan subtopik dalam
topik ini juga sesuai dan penjelasan yang diberikan adalah baik. Oleh itu, topik ini sesuai
diberikan kepada pelajar sebagai salah satu topik dalam subjek Hubungan Etnik.

Anda mungkin juga menyukai