Anda di halaman 1dari 5

TEORI KECERDASAN EMOSI ( EQ )

DANIEL GOLEMAN
TEORI KECERDASAN EMOSI ( EQ ) DANIEL GOLEMAN

6.1 Konsep Kecerdasan Emosi ( EQ )


Kecerdasan emosi terdiri daripada realisasi kendiri ( perasaan daripada aksi ) di mana
sseeorang individu mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan kendiri. EQ juga terdiri
daripada kecerdasan mengenal pasti perasaan kendiri dan orang lain, kecerdasan dalam
mengenal pasti emosi-emosi kendiri yang dihadapi serta terdiri daripada kecerdasan dalam
menyelesaikan masalah masalah orang lain.
6.2 Teori Daniel Goleman
Menurut A.J Michael ( 2006 ), Daniel Goleman dalam bukunya Working with Emotional
Intelligence (Goleman,D.1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan
sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual ( IQ ) tetapi yang penting ialah kecerdasan
emosi ( EQ ). EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam
kehidupan seseorang individu termasuk aspek kesihatan dan sosial. Emosi seseoranglah
yang akan menentukan tingkah laku, kejayaan dan kebahagiaan mentalnya. Goleman juga
menyatakan bahawa manusia mempunyai dua jenis minda iaitu emosi dan rasional. Secara
ideal, kedua-dua minda bekerjasama iaitu perasaan kita memaklumkan minda rasional kita
dan minda rasional memurnikan input emosi kita. Apabila kedua-duanya bersatu,
kecerdasan emosi dan kebolehan intelek akan menjadi lebih kuat. Menurut beliau terdapat
lima bahagian dalam kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan
kendiri, motivasi kendiri, kesedaran sosial ( empati ) dan kemahiran sosial.
6.3 Bahagian-bahagian Kecerdasan Emosi ( EQ )
i. Kesedaran Kendiri
Kesedaran emosi kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu
juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan
demikian, individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa
kesejahteraan kendiri. Individu yang memiliki kesedaran kendiri ini biasanya sedar emosi
yang dirasakan dan sebabnya, sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan
dan pertuturan, sedar bagaimana emosinya mempengaruhi prestasinya, mempunyai
kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat hidup, sedar tentang kelemahan dan kekuatan
diri, reflektif dan belajar dari pengalaman, terbuka kepada maklum balas yang jujur,
perspektif baru, pembelajaran berterusan, perkembangan diri atau semuanya, berani
menyuarakan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sesuatu yang betul

serta berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan
tekanan.
ii. Pengurusan Kawalan Kendiri
Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri,
amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan
membentuk watak individu dari segi emosi. Kawalan kendiri bererti individu itu dapat
menguruskan emosi yang destruktif ( marah ). Individu yang memiliki kompetensi ini
biasanya mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik, tenang dan positif semasa
tertekan dan berfikiran waras serta berfokus dalam tekanan.
Amanah pula bererti seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan
integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bertindak secara beretika mengikut
peraturan, membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti, mengakui
kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain serta mengekalkan
pandanga yang mempunyai prinsip walaupun tidak popular. Ketekunan bererti sesorang
individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. Individu yang memiliki kompetensi ini
biasanya mempunyai komitmen dan menunaikan janji, bersifat akauntabiliti untuk memenuhi
objektif serta teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas.
Kebolehsuaian bererti seseorang individu itu fleksibel dalam menangani perubahan. Individu
yang memiliki kompetensi ini biasanya menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan
dan pertukaran yang kerap, menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering
berubah serta fleksibel dalam persepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku. Inovasi
pula bererti seseorang individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat
baru. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mencari idea baru daripada pelbagai
sumber, memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah, menjana idea baru
serta mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran.
iii. Motivasi Kendiri
Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian,
komitmen, inisiatif dan optimisme. Setiap aspek tingkah laku ini juga membentuk seseorang
individu dari segi pengurusan personal. Motivasi kecapaian bererti individu sentiasa
berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Individu yang
memiliki kompetensi ini biasanya berorientasikan hasil dengan motivasi tinggi untuk
memenuhi objektif dan piawaian, memberikan maklumat mencabar dan mengambil risiko
yang dipertimbangkan, mengejar maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan
mencari jalan untuk penambahbaikan serta belajar cara untuk menambaikan prestasi.
Komitmen pula bererti seseorang individu itu mempunyai komitmen yang selaras dengan
matlamat kumpulan atau organisasi. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya
bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat
organisasi, menyedari nilai tujuan dalam misi, menggunakan nilai utama kumpulan dalam
membuat keputusan dan menjelaskan pilihan yang dibuat serta mencari peluang secara
aktif untuk memenuhi misi kumpulan.

Inisiatif bererti seseorang individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang.
Individu ini biasanya bersedia memanfaatkan peluang, mengejar matlamat yang tinggi
daripada yang diperlukan atau dijangkakan, mengenepikan birokrasi dan peraturan
sekiranya perlu untuk menyelesaikan tugas serta memobilisasikan orang lain melalui usahausaha yang luar biasa dan berfaedah.
Akhir sekali ialah optimisme. Optimisme bererti seseorang individu itu mempunyai kecekalan
untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Individu yang memiliki
kompetensi ini biasanya terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan
masalah, bertindak daripada harapan kepada berjaya, bukannya ketakutan untuk gagal
serta melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang bleh diurus bukan daripada
satu kekurangan personal.

aran Sosial ( Empati )


Kesedaran sosial memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti
empati, orientasi khidmat, mengembangkan orang lain, kesedaran politik dan melayani
kepelbagaian. Empati bermaksud memahami klien kita dan rakan-rakan sejawat serta
mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang
masalah mereka. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan peka kepada emosi
orang lain, bersedia mendengar, prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain
dan memahami perasaan dan keperluan orang lain dan bersedia membantu.
Orientasi khidmat bererti kita dapat menjangka, mengenali dan memenuhi keperluan
pelanggan atau klien kita. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan memahami
keperluan pelanggan dan emmberi khidmat atau produk yang diingini, memikirkan cara-cara
untukmeningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, bersedia memberi bantuan serta
memahami perspektif pelanggan dan memberi nasihat yang meyakinkan. Mengembangkan
orang lain pula bererti kita dapat mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan
kita menggalakkan kebolehan atau keupayaan mereka. Seseorang yang mempunyai
kecekapan ini biasanya memuji dan memberi ganjaran untuk menghargai kekuatan,
kejayaan dan perkembangan mereka, memberi maklum balas yang membina
perkembangan mereka, memandangkan kepelbagaian sebagai peluang untuk
perkembangan serta mencabar pandangan yang sempit dan bias.
Kesedaran politik atau organisasi pula bererti kita pintar membaca arus emosi sesuatu
kumpulan dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan.
Seseorang yang mempunyai kecekapan ini biasanya mengesan dengan tepat hubunganhubungan kuasa dalam kumpulan, mengesan jaringan-jaringan sosial yang utama, peka
kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan dan tingkah laku dan persaingan
masing-masing serta membaca dengan tepat situasi organisasi dan realiti
luarannya. Melayani kepelbagaian bermaksud kita membina peluang-peluang melalui
pelbagai ragam manusia. Seseorang dengan kecekapan ini akan menhormati dan bergaul
dengan baik dengan orang daripada pelbagai latar belakang, memahami pelbagai
pandangan diri dan juga sensitif terhadap perbezaan dalam kumpulan, melihat kepelbagaian

sebagai kesempatan dan mewujudkan suasana di mana manusia pelbagai ragam boleh
berkembang serta menentang ketidakadilan dan ketidaktoleran.

hiran Sosial
Kemahiran sosial bererti seseorang individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku
sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan,
pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama serta
keupayaan berpasukan
Pengaruh bermaksud menggunakan taktik-taktik yang berkesan untuk mendapat keyakinan
orang lain. Seseorang yang mempunyai tingkah lkau ini mahir dalam mendapat keyakinan
orang lain, menghasilkan persembahan yang dapat menarik perhatian penonton,
menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan sokongan semua pihak
serta memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan. Komunikasi pula
bererti kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan meyakinkan. Seseorang yang
mempunyai tingkah laku ini akan bertolak ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah
dengan ketelusan, mendengar, memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat,
memupuk komunikasi terbuka serta bersedia menerima maklumat mahupun baik atau
buruk.
Kepimpinan berinspirasi bermaksud individu itu dapat membimbing dan memberi inspirasi
kepada kumpulan dan ahli-ahlinya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini akan
mewujudkan minat dan sokongan kepada satu visi dan misi yang sama, bersedia memimpin
apabila perlu, tidak mengira kedudukan, membimbing orang lain serta kepimpinan melalui
teladan. Pemangkin perubahan bererti individu itu akan memulakan atau menguruskan
perubahan dalam kumpulannya. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini
menyedari perlunya untuk perubahan dan mengatasi halagan kepada perubahan ,
mencabar status quo dan mengesahkan perlunya perubahan, menyokong perubahan itu
dan mendapat sokongan orang lain serta menjadi model perubahan untuk orang lain.
Pengurusan konflik bererti individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan
perselisihan dalam kumpulannya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini mempunyai
diplomasi semasa menangani rakan-rakan yang bermasalah atau situasi yang tegang,
mengesan dan mengambil tindakan yang bijak dalam penyelesaian konflik dan perselisihan,
menggalakkan perbincangan dan perbahasan dan mewujudkan penyelesaian menangmenang ( win-win situation ). Menyemai dan mengekalkan hubungan pula bererti individu
itu dapat memupuk perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial
hariannya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini menyemai dan mengekalkan
jaringan hubungan yang luas dan tidak formal, memupuk hubungan yang saling berfaedah,
membina hubungan mesra dengan orang lain serta mengekalkan kesetiakawanan antara
rakan sejawat.
Kolaborasi dan kerjasama pula bermaksud individu itu dapat bekerja dengan orang lain
untuk mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini
sewaktu bekerja, memberi fokus yang sama kepada tugas dan perhubungan denganrakan

sejawat, berkolaborasi iaitu berkongsi rancangan, maklumat dan sumber yang perlu,
memupuk iklim yang mesra dan bekerjasama serta mengesan peluang untuk memupuk
kolaborasi antara rakan. Keupayaan berpasukan bererti individu itu dapat mewujudkan
sinergi ( berfungsi seperti satu unit ) kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama.
Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini akan menjadikan sebagai teladan kualitikualiti seperti hormat menghormati, saling membantu dan bekerjasama, melibatkan semua
ahli separa aktif, membina identiti dan semangat berpasukan, menyemai komitmen
kumpulan serta menjaga nama baik kumpulan, bersama-sama berkongsi pujian apabila
berjaya.

6.4 Implikasi Kecerdasan Emosi ( EQ ) Terhadap Proses Pengajaran dan


Pembelajaran
Cara seorang guru boleh membantu murid mengurus kecerdasan emosi diri ialah dengan
mengajar mereka teknik-teknik untuk mengawal emosi mereka apabila mereka berasa
marah pada orang lain. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya untuk mengenal pasti
perasaan serta emosi berbeza yang mereka alami dalam sistem persekolahan. Selain
daripada itu, guru perlu menasihati murid-muridnya teknik-teknik untuk menenangkan diri
dalam keadaan-keadaan tegang dengan rakan sebaya, guru dan ahli keluarga mereka.
Murid-murid juga mesti diajar oleh guru supaya tidak menilai orang lain daripada rupa paras
atau bentuk fizikal badan serta status sosio-ekonomi mereka. Sebaliknya mereka mesti
diajar untuk menerima manusia demi kebaikan hati mereka. Pihak sekolah juga harus
mengadakan kursus-kursus yang mengajar murid-murid kaedah-kaedah dan teknik-teknik
untuk mengekalkan persahabatan dengan raka sebaya yang sama jantina dan berlawanan
jantina.
Guru juga perlu mengajar murid-muridnya teknik-teknik untuk bekerjasama dan bertolak
ansur dalam aktiviti-aktiviti koperatif dan kolaboratif. Berkaitan dengan kecerdasan emosi,
tugas guru ialah mengajar murid-murid supaya menyelesaikan konflik-konflik yang mungkin
timbul hasil daripada aktiviti kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai