Anda di halaman 1dari 26

1.

0 PENGENALAN
Kecerdasan emosi merupakan satu cabang ilmu yang masih baru dalam disiplin psikologi. Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang Emosi

terdapat pada manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal. Malah ia turut dilihat dalam pelbagai pespektif sains sosial dan kemanusiaan seperti sosiologi, geografi, pendidikan, linguistik, sejarah dan sebagainya. Pendek kata emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam pelbagai disiplin pengetahuan. Perkataan emosi adalah berasal dari perkataan Greek iaitu emover yang bermaksud untuk keluar. Emosi dipamerkan oleh setiap individu dalam bentuk tindakan dengan tujuan untuk memenuhi kepuasan diri individu itu sendiri dan ia boleh dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan pada proses fisiologi dan psikologi seseorang individu itu (Mahmood Nazar, 1990). Ia adalah merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, tingkahlaku dan isyarat yang dipamerkan oleh individu itu. Kompetensi kecerdasan emosi merupakan satu cabang dalam bidang kemahiran emosi. Maksud bagi kompetensi kecerdasan emosi ialah kebolehan untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain bertujuan untuk memotivasi dan mengurus emosi diri sendiri dalam usaha membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Dalam bidang pendidikan, warga pendidik tidak lari dengan kompetensi kecerdasan emosi. Hal ini kerana, guru adalah insan yang cukup istimewa lantaran tanggungjawab dan amanah yang terpaksa dipikul untuk mendidik manusia menjadi insan yang berperibadi mulia, berakhlak tinggi dan kamil. Guru merupakan rolemodel oleh itu sudah semestinya guru menunjukkan contoh yang baik dan mereka haruslah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi.

Menurut Sardiman (2005: 135) Klasifikasi profesional guru sebagai tenaga pendidikan harus memiliki kompetensi personal, bertindak sebagai inovator dan sebagai developer. Maksud kompetensi personal menurut Sardiman di atas adalah memiliki pengetahuan, kecakapan, keterampilan serta sikap yang mantap dan memadai sehingga mampu mengelola proses belajar mengajar secara efektif. Bertindak sebagai inovator bermakna seorang guru tersebut harus memiliki komitmen terhadap upaya perubahan dan reformas. Para guru juga diharapkan memiliki pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang tepat terhadap pembaharuan dan sekaligus penyebar idea pembaharuan yang efektif. Perkembangan pesat yang berlaku dalam era globalisasi kini memperlihatkan pelbagai pembaharuan dan inovasi telah berlaku bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, pengurusan dan perniagaan, malahan turut membawa cabaran kepada bidang pendidikan. Cabaran besar yang dihadapi dalam kerjaya pendidikan hari ini adalah untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berwawasan, berketerampilan, memiliki sahsiah diri terpuji sebagaimana yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam menyahut cabaran ini, sudah tentulah ia memerlukan warga pendidik yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan memiliki kekuatan emosi yang tinggi. Warga pendidik perlu memiliki IQ dan EQ yang tinggi dalam melahirkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan bersemangat waja, berwawasan dan berketerampilan. Tambahan pula, warga pendidik amat memainkan peranan yang penting dalam agenda pendidikan negara terutama bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran 2020. Ianya boleh dilakukan dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah.

2.0 KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI


2.1 DEFINISI
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kompetensi bermaksud kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap dan jaya. Manakala kecerdasan emosi didefinisikan sebagai sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. (Young,1996).

Mirabile (Kismiyati, 2004) mendefinisikan kompetensi sebagai pengetahuan dan keterampilan yang dituntut untuk melaksanakan atau untuk menunjang pelaksanaan pekerjaan, yang merupakan dasar bagi penciptaan nilai dalam suatu organisasi.

Menurut Salovey & Mayor (1990), kompetensi kecerdasan emosi ialah kebolehan untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain bertujuan untuk memotivasi dan mengurus emosi diri sendiri dalam usaha membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa kompetensi kecerdasan emosi ialah kebolehan dan kemahiran dalam mengenali perasaan diri sendiri dan juga orang lain bagi menjadi panduan dalam menguruskan emosi diri sendiri dan juga secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan baik dengan orang lain kerana kita memahami perasaan orang lain dengan baik.

Kompetensi terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial. Kompetensi personal ditakrifkan sebagai bagaimana seseorang individu tersebut menguruskan diri sendiri. Manakala takrif kompetensi sosial ialah memperlihatkan bagaimana seseorang individu tersebut menguruskan hubungan dengan orang lain.

2.2 KOMPETENSI PERSONAL


Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kompetensi bermaksud kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap dan jaya. Manakala maksud bagi personal menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula ialah peribadi. Menurut Soesarsono (2002), takrif kompetensi personal ialah kemampuan seseorang yang dihubungkan dengan keperibadian, sifat-sifat atau karakter yang dimilikinya.

Manakala menurut Arikunto (1993:239), beliau mengemukakan kompetensi personal ialah seseorang individu tersebut memiliki keperibadian yang mantap dan menjadi sumber inspirasi dan diteladani peribadinya. Surya (2003:138) pula menyebut kompetensi personal ialah kemampuan peribadi seorang guru yang diperlukan agar dapat menjadi guru yang baik. Kompetensi personal ini meliputi kemampuan peribadi yang berkenaan dengan pemahaman diri, penerimaan diri, pengarahan diri, dan perwujudan diri. Jadi, dapat disimpulkan bahawa kompetensi personal merupakan potensi individu yang terkait dengan konsep diri, iaitu cara bagaimana individu memandang dirinya sendiri. Kompetensi personal membuat setiap individu berbeza satu dengan lainnya. Dengan kompetensi personal, seseorang mampu untuk melakukan sesuatu yang berbeza dari individu lainnya.

Kompetensi personal terbahagi kepada tiga iaitu kesedaran diri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri.

KOMPETENSI PERSONAL

KESEDARAN KENDIRI

PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI


4

MOTIVASI KENDIRI

2.2.1 KESEDARAN KENDIRI

Merujuk kepada kemahiran mengurus perasaan dan pembentukan konsep esteem diri, mengenali timbulnya perasaan ini merupakan EQ. Jika tidak menyedari perasaan ini, ini bermakna kekuasaan emosi yang negatif. Antara aspek kesedaran kendiri adalah hormati diri, sentiasa positif, sentiasa jujur, berfikiran logik & rasional dan mendengar pandangan orang lain. Kesedaran ini amat penting dalam kehidupan seseorang individu. Hal ini kerana, tanpanya kita akan menghadapi konflik kerana kurang pemahaman positif & negatif terhadap diri kita. Jika kita peka, kita akan sedar bahawa konsep ini sentiasa berubah dari masa ke semasa. Kita perlu mengenali emosi dan kesannya serta dapat membuat tafsiran yang tepat dan mempunyai keyakinan diri sendiri yang tinggi. Kita juga perlu meny esuaikan diri dengan isyarat dalaman iaitu mengetahui kedudukan dalaman, keutamaan, sumber dan intuisi.

2.2.2 PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI


Pengurusan didefinisikan sebagai mengurus keadaan dalaman, dorongan dan potensi. Dilihat dari beberapa aspek iaitu kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehubahsuaian, dan inovasi. Tiap-tiap aspek tersebut amat mempengaruhi dan membentuk watak individu tersebut dari segi emosi. Kawalan kendiri pula ialah keupayaan mengawal emosi yang destruktif. Individu yang mempunyai kompetensi kawalan kendiri biasanya menguruskan perasaan dan emosi yang negatif dengan yang baik. Individu tersebut juga sentiasa tenang dan positif ketika tertekan serta berfikiran waras dan fokus dalam menangani tekanan. Pengurusan kawalan kendiri juga merujuk kepada kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelum melakukan sesuatu. Ini bermakna seseorang dapat meningkatkan keupayaan kawalan diri melalui mengawal emosi dan melakukan tindakan yang wajar dalam menangani sesuatu situasi.

2.2.3 MOTIVASI KENDIRI


Motivasi kendiri ini merujuk kepada usaha dan daya ketahanan seseorang pekerja untuk mencapai matlamat hidup. Ianya boleh dilihat melalui cara mengendalikan dorongan hati, kekuatan berfikiran secara positif dan inovatif, optimis dan komited. Motivasi kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek iaitu motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimis.

MOTIVASI KENDIRI

MOTIVASI KECEKAPAN

individu sentiasa berusaha menambahbaikan atau memenuhi piawaian kecermerlangan.

KOMITMEN

individu itu memberi komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan mahupun organisasi.

Individu yang mempunyai kecekalan

INISIATIF

untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah.

KEMARAHAN

kemarahan dan keraguan atau rasa kurang yakin pada diri sendiri

2.3 KOMPETENSI SOSIAL


Kompetensi menurut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap dan jaya. Manakal sosial pula membawa maksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat dan suka mengambil berat tentang hal-hal masyarakat atau suka bergaul dengan masyarakat, bersosial bergaul atau bercampur dengan masyarakat. Menurut Adam ( dalam Martani & Adiyanti, 1991) kompetensi sosial mempunyai hubungan yang erat dengan penyesuaian sosial dan kualiti interaksi antara peribadi. Menurut Ross-Krasnor (Denham, 2003) pula mendefinisikan kompetensi sosial sebagai keefektifan dalam berinteraksi, hasil dari perilaku-perilaku teratur yang memenuhi keperluan-keperluan pada masa perkembangan dalam jangka pendek mahupun dalam jangka panjang. Kesimpulan daripada pendapat di atas, kompotensi sosial bermaksud seseorang individu itu sedar mengenai perasaan, kemahuan dan perihal orang lain. Ini menunjukkan individu tersebut mengambil tahu tentang seseorang yang lain selain dari dirinya. Kompetensi sosial terbahagi kepada dua iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial.

2.3.1 KESEDARAN SOSIAL


Kesedaran sosial membawa maksud seseorang itu sedar akan

perasaan,kemahuan dan kehendak orang lain. Seseorang itu juga mengambil tahu tentang diri orang lain selain daripada dirinya. Kesedaran sosial ini terbahagi kepada lima sifat yang utama iaitu empati, membangun individu lain, kesedaran organisasi, kesedaran organisasi, berorientasi perkhidmatan dan melayani kepelbagaian.

2.3.2 KEMAHIRAN SOSIAL


Kemahiran sosial ditakrifkan sebagai seseorang individu itu dapat

menyesuaikan dirinya dalam sesuatu situasi dan menginginkan tindak balas daripada orang lain. Ia juga didefinisikan sebagai penyesuaian bagi menggalakkan respon yang diingini daripada orang lain. Kemahiran sosial ini terbahagi kepada tujuh sifat yang utama iaitu kepimpinan berinspirasi, komunikasi, pengaruh, pemangkin perubahan, membina perhubungan, kolaborasi dan kerja berpasukan dan pengurusan konflik.

10

3.0 UNIT PENGAJARAN

Saya telah memilih mata pelajaran pendidikan jasmani yang mana merupakan mata pelajaran elektif bagi pengajian saya. Saya memilih mata pelajaran ini sebagai rancangan pengajaran harian saya bagi kerja kursus pendek ini kerana saya merasakan bidang pendidikan jasmani ini meliputi pelbagai aspek yang dapat saya tonjolkan di dalam kerja kursus ini. Hal ini kerana, orang ramai selalu beranggapan bahawa pendidikan jasmani hanya melibatkan kecergasan fizikal dan tidak melibatkan kecerdasan emosi. Jadi, melalui kerja kursus saya ini, dapatlah dilihat bahawa kecerdasan emosi juga amat penting dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal. Apabila kita menjalankan aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal kita selalunya ia juga menuntut kesabaran yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila kita melakukan aktiviti yang lasak seperti mendaki gunung, berenang dan sebagainya. Kita memerlukan kecergasan fizikal dan juga kecerdasan emosi. Kecergasan fizikal dan kecerdasan emosi perlulah seimbang antara satu sama lain. Dalam rancangan pengajaran harian yang saya sediakan ini, saya memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu mencabar. Hal ini kerana, saya hendak menyesuaikan dengan peringkat umur yang menjalankan aktiviti tersebut. Namun demikian, bagi peringkat umur tersebut aktiviti sebegini dapat juga mencabar daya tahan mereka sama ada dari segi fizikal dan mental iaitu emosi. Jadi, amatlah bersesuaian dengan tajuk kerja kursus ini iaitu kompetensi kecerdasan emosi dengan mata pelajaran yang saya pilih untuk rancangan pengajaran harian iaitu pendidikan jasmani.

11

3.1 Rancangan Pengajaran Harian


Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KBSR)

Mata pelajaran Tarikh Unit / Peringkat Kelas Jumlah Pelajar Masa Topik Sub-Topik Objektif

: : : : : : : : :

Pendidikan Jasmani (Elektif) 09 Ogos 2011 SK Tahun 1 Amanah 35 Orang 60 Minit Pergerakan Asas Kemahiran Lokomotor ( Kecergasan daya tahan otot ) Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, muridmurid dapat:

1. Psikomotor : Melakukan satu rangkaian aktiviti lokomotor yang mempunyai sekurangkurangnya 3 hingga 4 aktiviti pergerakan. 2. Kognitif : Menyatakan secara lisan 2 mengapakan tangan perlu diayunkan. 3. Afektif : Menunjukkan sikap kerjasama dengan ahli kumpulan semasa aktiviti.

Fokus Utama

2.1 Mengenal pasti dan melakukan konsep asas pergerakan. Aras 2 (i) Mengenal pasti kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan.

12

Fokus Sampingan

2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran Aras 2 (i) Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan dan atas kepala.

Penerapan nilai KBKK Penggabungjalinan Kesepaduan Ilmu

: : : :

Kerjasama, Patuh, Berdisiplin Membuat sintesis Kecergasan daya tahan otot Sains penggunaan tenaga yang betul Muzik audio muzik mengikut kesesuaian dengan pergerakan

Kemahiran Berfikir

mencirikan, meramal, membuat inferens, mengkategori, menjana idea dan menerangkan sebab.

Kemahiran Belajar

mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.

Kecerdasan Pelbagai

kontekstual, interpersonal, verbal-linguistik, spatial, interpersonal, emosi.

Pengalaman lepas

Mempelajari pergerakan lokomotor aras 1.

Bahan Bantu Belajar Sumber P&P

Kon Wisel Gelung Rotan

13

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KBSR)

Langkah (Masa) Set Induksi (4 Minit) Permulaan

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Cara Kelas

Catatan

Guru memainkan audio muzik yang bersesuaian dengan pergerakan

1. Guru memberi arahan kepada murid untuk membuat bulatan. 2. Murid-murid diarahkan mengambil ruang yang selesa untuk membuat pergerakan pemanasan badan. 3. Murid-murid diminta untuk membuat pergerakan asas kemahiran lokomotor KB : menjana idea, menghubungkait, membuat inferens

Aktiviti : Memanaskan Badan 1. Berlari anak

Ansur Maju : Aktiviti :

- Mata memandang ke hadapan. - Tangan di ayun di sisi. - Badan tegak. - Lutut di angkat rendah.

Kecergasan : Daya tahan kardiovaskular.

14

Regangan 1. Tangan

- Badan tegak. - Kaki seluas bahu. - Mata pandang depan. - Lurus kedua dua belah tangan di belakang punggung. - Siku di hala ke dalam.

Kecergasan : Daya tahan otot.

2. Badan dan Pinggang

- Badan tegak. - Kaki dibuka seluas bahu. - Mata pandang ke hadapan. - Tangan kanan menyilangkan ke kiri di hadapan. - Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah bahu kiri.

Kecergasan : Daya tahan otot.

3.Kaki dan paha.

- Badan bongkokkan. - Kaki dibuka seluas bahu. - Mata pandang bawah - Tangan menyentuh lantai.

Kecergasan : Daya tahan otot.

15

Langkah 1 Perkembangan (10 Minit)

Alatan : Kon

Cara Kelas 1. Guru memecahkan murid kepada tiga kumpulan. 2. Guru meletakkan 5 buah kon pada garisan memanjang ke BBB : Penggunaan kon.

Rajah 1.1 Kon di susun memanjang membentuk 3 barisan untuk 3 kumpulan muridmurid.

hadapan. Terdapat 3 barisan kon untuk 3 kumpulan murid-murid. Seperti Rajah 1.1 3. Murid-murid diminta untuk berjalan zig zag melalui setiap kon dan kembali semula mengikut kumpulan yang telah diberikan. Nilai Murni : Patuh, bekerjasama dan berdisiplin.

Aktiviti :

Ansur Maju :

Berjalan 1. Berjalan zig zag.

- Badan tegak. - Mata pandang sasaran. - Kaki melangkah pendek mengikut garisan zig zag. - Tangan diayun di sisi.

Kecergasan : Daya tahan otot.

16

Langkah 2 (4 Minit)

Cara Kelas 1. Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk berada dalam kumpulan masingmasing. 2. Dengan mengikut kumpulan secara bergilir-gilir, muridmurid diminta untuk membuat larian skip. Nilai Murni : Bekerjasama dan berdisiplin. KB : Memahami arahan yang diberikan.

Aktiviti :

Ansur Maju :

Berlari 1. Berlari skip

- Badan tegak. - Mata pandang sasaran. - Lutut diangkat tinggi. - Mendarat dengan bebola kaki. - Tangan diayun di sisi. Kecergasan : Daya tahan otot.

17

Langkah 3 (10 Minit)

Alatan : Gelung

Cara Kelas

1. Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk berada dalam kumpulan masingmasing. 2. Dengan mengikut kumpulan secara bergilir-gilir, muridmurid diminta untuk Rajah 1.2 membuat lompatan katak dengan melompat Gelung disusun secara menegak membentuk 3 barisan ke hadapan ke dalam setiap gelung yang telah disusun. Seperti Rajah 1.2 3. Guru menjelaskan tujuan aktiviti tersebut. BBB : Penggunaan gelung.

Aktiviti : Melompat 1. Melompat katak. Ansur Maju : - Badan condong ke hadapan sedikit. - Mata pandang sasaran. - Lutut di bengkokkan sedikit. - Tangan diayunkan. - Mendarat dengan keduadua belah kaki. Kecergasan : Daya tahan otot.

18

Langkah 4 (10 Minit)

Alatan : Rotan

Cara Kelas 1. Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk berada dalam kumpulan masingmasing. 2. Dengan mengikut Nilai Murni : Patuh dan berdisiplin.

Rajah 1.3 Halangan rotan

kumpulan secara bergilir-gilir, muridmurid diminta untuk merangkak melepasi rotan. 3. Guru menjelaskan tujuan aktiviti tersebut.

KB : Memahami aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti :

Ansur Maju :

Merangkak

- Badan mendatar ke bawah. - Lutut menyentuh lantai. - Tangan diluruskan dan menyentuh lantai - Mata memandang depan ke arah sasaran.

Kecergasan : Daya tahan otot

19

Kemuncak (14 Minit)

Permainan Merempuh Halangan.

Cara Kelas : 1. Mengikut kumpulan

Alatan : Kon, Gelung, Rotan

yang telah diberikan (terdiri daripada 3 kumpulan). 2. Murid-murid diminta bermain permainan merempuh halangan yang terdiri daripada kon, gelung dan rotan. BBB : Penggunaan kon, gelung dan rotan.

Rajah 1.1 Kon

Rajah 1.2 Gelung

Rajah 1.3 Rotan

20

Aktiviti : Merempuh Halangan Ansur Maju : - Merentasi halang jenis pergerakan lokomotor. Menggunakan gelung, rotan dan kon. - Aplikasi pergerakan lokomotor. Kecergasan : Daya tahan otot KP : Kontekstual, interpersonal, verbal-linguistik, spatial, emosi.

Penutup (8 Minit)

Regangan - Kaki

- Badan dibongkokkan serendah mungkin. - Mata memandang bawah. - Kaki dibuka melebihi paras bahu. Kecergasan : Menurunkan kadar pernafasan. (cool down)

- Pinggang

- Kaki buka seluas bahu. - Mata pandang depan. - Tangan lurus ke atas. - Badan bengkok ke sisi kanan dan kiri.

- Menarik nafas

- Badan tegak. - Kaki dibuka seluas bahu. - Mata memandang ke depan. - Tangan di angkat dari sisi ke atas semasa menarik nafas dan sebaliknya menghembus nafas.

21

Perbincangan dengan murid/refleksi.

- Mengatakan mengapa tangan perlu diayunkan.

KB : Menerangkan sebab.

Disediakan oleh : Rabiatul Adawiyah binti Wahid.

22

4.0 KESIMPULAN

Kesedaran betapa pentingnya kepintaran emosi semakin meningkat di dalam negara pada masa ini. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menerapkan kesedaran emosi dalam kalangan rakyat terutama warga pendidik. Secara tidak langsung, warga pendidik tidak lari dengan kompetensi kecerdasan emosi. Hal ini kerana, guru adalah insan yang cukup istimewa lantaran tanggungjawab dan amanah yang terpaksa dipikul untuk mendidik manusia menjadi insan yang berperibadi mulia, berakhlak tinggi dan kamil. Guru merupakan rolemodel oleh itu sudah semestinya guru menunjukkan contoh yang baik dan mereka haruslah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi. Kompetensi kecerdasan emosi ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemahiran dalam mengenali perasaan diri sendiri dan juga orang lain bagi menjadi panduan dalam menguruskan emosi diri sendiri dan juga secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan baik dengan orang lain kerana kita memahami perasaan orang lain dengan baik.

Kompetensi terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial. Kompetensi personal ditakrifkan sebagai bagaimana seseorang individu tersebut menguruskan diri sendiri. Manakala takrif kompetensi sosial ialah memperlihatkan bagaimana seseorang individu tersebut menguruskan hubungan dengan orang lain.

23

5.0 REFLEKSI
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan nikmatNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan pendek yang diberikan kepada saya dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, walaupun saya mengalami beberapa kekangan bagi

meyelesaikan tugasan ini tapi berjaya juga saya siapkan dalam masa yang ditetapkan. Pada mula saya mendapat tugasan ini, saya rasa agak tertekan kerana mempunyai beberapa tugasan lain yang belum disiapkan lagi. Saya agak gusar kerana takut tidak mampu membuat kerja kursus pendek ini dengan sebaik mungkin. Walaupun begitu, saya bersyukur kerana disepanjang tempoh saya membuat tugasan ini, ibu bapa saya tidak putus-putus memberikan nasihat kepada saya. Tidak dilupakan juga rakan seperjuangan yang bersama-sama bersekang mata menyiapkan kerja kursus pendek ini, mencari maklumat dan berkongsi maklumat serta pendapat. Melalui kerja kursus pendek ini, saya dapat pelbagai ilmu baru yang tidak saya ketahui selama ini. Terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana kita amat memerlukan kecerdasan emosi yang amat tinggi. Walaupun saya belum menjadi warga pendidik, namun melalui kerja kursus ini saya mendapat pengalaman baru dalam menulis Rancangan Pengajaran Harian yang merupakan rancangan awal bagi setiap warga pendidik dalam pengajaran mereka. Selain itu, saya juga dapat mendalami lagi ilmu kecerdasan emosi yang mana sebelum ini tidak saya ketahui dengan mendalam bidang ini. Saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk meningkatkan lagi kecerdasan emosi saya. Akhir sekali, saya berasa gembira apabila melihat hasil kerja saya sendiri walaupun mungkin terdapat kekurangan, tetapi saya tahu bahawa ia adalah hasil titik peluh saya dan diharapkan pihak tuan dapat menerima tugasan ini. Sekian, terima kasih dan salam satu Malaysia.

24

6.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahya, Abd. Rashid Mohamed, Abd. Ghani Abdullah. (2007). Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bryan Coombs. (1995). Mengajar secara efektif. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Daniel Goleman. (1996). Emotional Intelligence. Great Britain : Bloomsbury Publishing Plc. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mohd. Azhar Abd. Hamid (2007). Meningkatkan Daya Fikir. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Muhamad Ali Embi. (2008). Cabaran dunia pekerjaan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. Pedagogi Strategi dan teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor. Sharifah Akmam Syed Zakaria. (2005). Panduan dan strategi motivasi diri. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

25

26

Anda mungkin juga menyukai