Anda di halaman 1dari 25

KONSEP IQ DAN EQ SERTA KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

AINAA NAJIHA BT KAMARUDIN ALIF HAIKAL BIN RAMLEE JAZMYN DARIUS NUR ZAMIRA BT ROSLAN ZAIMAH BT TAHIR

KONSEP IQ
IQ merupakan bahasa singkatan bagi Intelligence Quotient. Pada amnya, IQ merupakan terma yang merujuk kepada bio kapasiti otak manusia (Tahap IQ) Dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif Membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.

Setiap individu mempunyai tahap IQ yang berbeza. Dipengaruhi oleh faktor baka. IQ boleh dikira dengan menggunakan formula IQ=100 MA/CA - MA merujuk kepada usia Mental - CA merujuk kepada usia semasa Berikut merupakan histogram untuk mengira tahap IQ manusia.

80-90 90-110 111-121 122-130 131-141

: : : : :

(Rendah daripada sederhana) (Sederhana) (Tinggi daripada sederhana) (IQ tinggi) (Genius sejak lahir) 142+(Genius)

Melalui kiraan ini boleh dirumuskan disini:a. Jika usia mental dan usia semasa adalah sama, kepintarannya adalah ditahap sederhana. b. Jika usia mental lebih tinggi dari usia semasa, kepintarannnya adalah ditahap tinggi daripada sederhana. c. Jika usia semasa lebih tinggi daripada usia mental, kepintarannya ditahap rendah daripada sederhana.

Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakal 80% lagi dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.

Kebolehan untuk mengecam perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik.

Sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi diantara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya,manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.(Young ,1996)

Daniel Goleman (1997) EQ merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

Emosi yang dialami akan memberi kesan dan mempengaruhi keseluruhan pengalaman hidup seseorang sama ada dari segi psikologi ataupun dari segi sosial.

Thorndike (1920) kecerdasan emosi manusia adalah berkaitan dengan kecerdasan sosial

Kecerdasan Emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient).

Mengikut Danial Goleman (1995) EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ.Maksudnya ,IQ kita tidak akan berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak kita rosak daripada kecacatan emosi.

Penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi(EQ).
EQ meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu termasuk aspek kesihatan dan sosial.

Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah individu meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.

Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam

Mengungkapkan dan memahami perasaan

Mengendalikan amarah

Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari

Kemampuan untuk menyesuaikan diri

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling

Disukai oleh orang lain

Semangat setiakawan

Keramahan

Sikap hormat-menghormati

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI


Diklasifikasikan dalam dua komponen yang utama iaitu: - Komponen Kompetensi Personal - Komponen Kompetensi Sosial Komponen Kompetensi Personal
Merangkumi dua komponen utama iaitu: - Komponen Kesedaran Emosi Kendiri - Komponen Pengurusan Emosi Kendiri

Komponen Kesedaran Emosi Kendiri Terbahagi kepada lima komponen kecil iaitu:
Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Emosi Kendiri Sedar emosi dan mengenal ciri-ciri dan kesannya. Sedar emosi diri yang dikaitkan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku dan pertuturan. Sedar bagaimana emosinya mempengaruhi personaliti dan tingkah lakunya. Sedar ciri emosinya adalah berkait rapat dengan ciri sahsiahnya.

Kesedaran Emosi Kendiri

Berani mempertahankan hakikat yang benar.

Kesedaran Ketepatan Kendiri

Berupaya membuat keputusan tepat.


Mempunyai kemahiran berfikir.

Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Emosi Kendiri Mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan matlamat hidup. Sedar kekuatan dan kelemahan diri. Bersikap hati terbuka. Berkeyakinan, berketerampilan. Sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambahbaik prestasi diri. Memiliki penghargaan kendiri positif.

Keyakinan Kendiri

Penghormatan Kendiri

Sering riang, gembira dan optimistik. Keceriaan dan optimistik.

Kesejahteraan Kendiri

Komponen Pengurusan Emosi Kendiri Terbahagi kepada lapan komponen kecil iaitu:
Kompetensi Pengurusan Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Emosi Kendiri

Pengurusan Emosi Kendiri Dapat mengawal emosi dan perasaan yang distruktif. Tenang menghadapi tekanan. Boleh membuat keputusan yang wajar dalam situasi tekanan. Mempunyai ciri fleksibel. Boleh menangani perubahan. Boleh adaptasi dengan keadaan yang sering berubah. Ada nilai jujur, amanah dan bertanggungjawab. Menepati janji. Bertindak mengikut peraturan.

Kawalan emosi kendiri

Kebolehsuaian

Kebolehpercayaan

Kompetensi Pengurusan Emosi Kendiri

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Pengurusan Emosi Kendiri Ada sifat berdedikasi.
Keseronokkan dan kekhusyukkan bekerja. Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.

Ketekunan

Kerap menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif. Berani dan gemar mencuba perkara baru. Tidak takut pada kegagalan. Mempunyai konsep kendiri positif. Mempunyai konsep penghargaan kendiri yang tinggi. Melihat halangan sebagai cabaran

Inovatif

Optimistik

Kompetensi Pengurusan Emosi Kendiri


Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Pengurusan Emosi Kendiri Bersikap dan berfikiran positif Mempunyai bakat memimpin. Bersedia merebut peluang yang akan datang. Motivasi intrinsik kuat. Mengamal pembelajaran sepanjang hajat. Kebolehan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna.

Inisiatif

Berorentasikan pencapaian

KOMPONEN KOMPETENSI SOSIAL


Terbahagi kepada dua komponen utama iaitu: - Komponen Kesedaran Sosial - Komponen Kemahiran Sosial KOMPONEN KESEDARAN SOSIAL Empati Kebolehan membayang dan menghayati emosi perasaan orang lain (kemahiran asas manusia). Orang yang menguasai kemahiran ini dapat mewujudkan suasana harmoni dalam interaksi sosial. Berupaya membaca emosi orang lain, sering menumpu perhatian semasa mendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain.

Mengembangkan orang lain Bermaksud rela dan berupaya membantu menggalakkan meningkatkan prestasi orang lain. Kesedaran Organisasi Bererti kecekapan membaca arus emosi ahliahli dalam organisasi yang terlibat. Peka terhadap arus emosi ahli-ahli yang mempengaruhi operasi organisasi Dapat mengesan dengan tepat hubungan asas dan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi Mengesan dengan tepat jaringan-jaringan sosial dan mesra antara ahli-ahli organisasi

Berorientasi Perkhidmatan Bermakna kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain sama ada keluarga, sahabat, masyarakat atau negara.
Melayani Kepelbagaian Keupayaan melayani kepelbagaian orang tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi-sosial dan agama. Individu yang mempunyai kompetensi ini, biasanya menghormati orang daripada pelbagai latar belakang, bergaul mesra dengan pelbagai ragam manusia, fleksibel dan adil.

KOMPONEN KEMAHIRAN SOSIAL


Komunikasi Boleh diertikan sebagai satu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu, atau antara individu dengan sekumpulan orang (interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan). Orang yang mempunyai kemahiran ini, biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, mahir dalam menggunakan (body language), cekap menjalin hubungan mesra dan berkepimpinan.

Pengaruh Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain. Individu yang mempunyai pengaruh, biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin, cekap membuat persembahan, kemampuan menarik perhatian orang lain dan boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorientasikan pencapaian.
Pemangkin Perubahan Merupakan katalis sesuatu jenis unsur yang berupaya mempercepatkan proses atau urusan. Maka, kemahiran pemangkin perubahan bererti keupayaan menggerak dan mempercepat proses perubahan. Individu yang mempunyai kemahiran pemangkin perubahan biasanya peka akan keperluan untuk berubah, sanggup menjadi agen perubahan dan mempunyai kemahiran inovasi

PENGURUSAN KONFLIK Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi dan kerap kali berlaku dalam individu sendiri, individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan. Kemahiran ini bermaksud kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan sosial. Orang yang mempunyai kemahiran ini biasanya mempunyai ciri-ciri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan logikal, mahir memudah cara, bertolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan. MEMBINA HUBUNGAN Merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial. Berkait rapat dengan populariti atau kualiti disanjungi, kepimpinan dan kecergasan interpersonal.

KEPIMPINAN BERASPIRASI Bererti kemahiran memimpin yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya. Terdiri daripada orang berpengalaman, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, mempunyai sikap proaktif dan nilai peribadi yang murni.
KERJA BERPASUKAN DAN BERKOLABORASI Bererti kemahiran yang menyatu-padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui. Individu yang mempunyai kemahiran ini biasanya berupaya memimpin, cekap berkomunikasi dan mahir menjalin hubungan interpersonal.

Anda mungkin juga menyukai