Anda di halaman 1dari 35

Pendekatan spiritual merupakan pendekatan

yang melihat kepada kepentingan aspek


kerohanian dalam diri seseorang. Aspek
kerohanian ini meliputi :
 kepercayaan tentang agama,
 ketuhanan,
 pegangan,
 amalan dan
 segala tindak tanduk yang disuruh dan dilarang.
Matlamat utama dalam pendekatan spiritual
adalah :
 membentuk manusia agar memahami apa yang
tersurat dan tersirat di sebalik pegangan dan
kepercayaan serta dibentuk menjadi insan yang
bersahsiah mulia dan dapat menjalani kehidupan
dengan lebih bermakna.

Pendekatan Al Ghazali yang menyentuh aspek


kerohanian.
Al-Ghazali percaya bahawa kesempurnaan
sahsiah manusia adalah berdasarkan wahyu
iaitu :
- Al-Quran dan
- sunnah Nabi.
 Pengajian mengenai sahsiah merupakan satu
kajian mengenai sifat dan karektor manusia.

 Berbeza dengan pemikir barat mengenai sahsiah,


Al-Ghazali berpandangan bahawa unsur
kerohanian iaitu perhubungan antara iman, hati
dan akal berperanan untuk mencapai sahsiah
yang terpuji atau sahsiah terkeji .

 Perkara ini bermakna aspek dalaman seseorang


menjadi tugas utama untuk mencapai
kesempurnaan dirinya. Pemikiran Al-Ghazali
mengemukakan beberapa perkara berkaitan
sahsiah iaitu pandangan tentang manusia,
konsep sahsiah, sifat manusia dan kaedah
pembinaan sahsiah.
 Terdapat dua unsur dalam kejadian manusia iaitu
jasad dan rohani. Unsur rohani terdiri daripada
hati, roh, nafsu dan akal.
KEROHANIAN
JASAD MANUSIA
(JIWA
(FIZIKAL)

Rajah 1.1: Unsur kejadian manusia


Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa
dan tanpa memerlukan sebarang pertimbangan,
sifat tersebut mendorong ke arah pelbagai perbuatan
yang baik dan yang buruk.

Sekiranya sifat dalam jiwa ini melahirkan perbuatan


perbuatan yang indah dari segi akal dan syarak maka sifat
ini dinamakan akhlak yang baik.
Sekiranya yang dilahirkan adalah perbuatan-perbuatan yang keji,
maka sifat ini dinamakan sebagai akhlak yang buruk.

Dalam takrifan yang diberikan, al-Ghazali lebih menumpukan


Sahsiah Atau akhlak kepada sifat dalaman yang menjadi asas
Kepada lahirnya sesuatu perbuatan atau tingkah laku.
Seseorang yang mempunyai akhlak yang mulia
boleh dibahagikan kepada empat, iaitu:

(1) Kebijaksanaan (Al–hikmah ).


(2) Keadilan (Al-Adlu).
(3) Keberanian (Al-Saja’ah).
(4) Menjaga diri (Al’Iffah).
Terdapat lima faktor yang boleh mempengaruhi
pembangunan sahsiah atau akhlak seseorang iaitu:

(1)Pembersihan jiwa (Tazkiyyah al-Nafs),


(2) Melawan hawa nafsu (Mujahadah),
(3) Melazimkan diri berbuat amalan kebaikan,
(4) Membuat sesuatu yang bertentangan dengan
akhlak yang buruk, dan
(5) Pengawasan diri terhadap Allah SWT
(Muraqabatullah).
 Menurut Imam Al-Ghazali (2003), ada tiga faktor
utama yang boleh mempengaruhi sahsiah atau
personaliti seseorang, iaitu nafsu, hati, dan akal.
Apa yang dimaksudkan bagi ketiga-tiga faktor
adalah seperti berikut:
i. Nafsu membentuk personaliti yang berbeza-beza antara
individu.

ii. Hati / rohani manusia yang berpusat kepada naluri


yang rasional. Sejauh mana hati menghayati risalah
Allah SWT akan dapat menentukan kualiti hati individu

iii. Akal ianya merupakan anugerah Allah SWT


kepada manusia. Akal merupakan keupayaan
intelek yang membolehkan seseorang berfikir
secara rasional.
Nafsu
Amarah

Nafsu Nafsu
Kamilah Jenis nafsu Mutmainnah

Nafsu
Mardiah
Nafsu
Nafs Al Ammarah - Tiada unsur kebaikan dan
cenderung melakukan kejahatan.

Nafs Al Mulhamah – Nafsu yang mengandungi


unsur kejahatan dan kebaikan tetapi nafsu yang
jahat lebih banyak daripada yang baik.

Nafs Al Lawammah- nafsu yang mengandungi


kebaikan dan kajahatan tetapi nafsu yang baik
adalah lebih banyak dari yang jahat.

Nafs Al Muthmainah – Nafsu yang mengandungi


kebaikan sahaja. Nafsu yang tenang dan selamat
dari desakan nafsu shahwat serta mempunyai sifat
kemuliaan.
Nafsu Mardiah

Merujuk kepada sifat lemah-lembut dalam


tutur-kata, menerima kehendak dan ketentuan
Allah SWT dan bersyukur, serta merasa puas
dengan apa yang dimiliki.

Nafsu Kamilah
Hanya diperoleh oleh para Rasul yang
mempunyai sifat kesempurnaan.
Hati
qalbun

Jenis
Hati
Hati Hati
lubbun faadun
Hati (Qalbu)
Seketul darah beku terletak disebelah kiri dada
(riwayat menyatakan ianya adalah jantung)

Pada awalnya suci. Setelah manusia membesar,


manusia mempunyai empat sifat iaitu kehaiwanan,
kebuasan, kesyaitanan dan ketuhanan.

Hadis Rasulullah : Di dalam diri manusia ada


segumpal daging yang apabila ia baik maka baiklah
seluruhnya, jika ia rosak maka rosaklah seluruhnya.
Ingatlah bahawa itu adalah qalbu (hati).
Hati qalbun

Merupakan seseorang yang belum kukuh pegangannya


dengan tuntutan agama dan dia memerlukan akal untuk
membimbingnya untuk bertindak.

Hati Faa’dun

Hati seseorang yang berkeyakinan terhadap risalah Allah


SWT.

Hati Lubbun

Hati yang kukuh yang dapat melahirkan cetusan hati yang


rasional dan ikhlas untuk membimbing akal.
Akal biasa

Jenis Akal
taa’kul
Akal

Akal
tadabbur
Akal
Dari segi fizikal, otak

Dari segi kerohanian, kekuatan untuk menimbang


sesuatu yang baik dan buruk.

Fungsi – menyampaikan ilmu kepada hati agar


dekat dengan Allah.
Akal
Akal biasa
Seseorang yang percaya pada apa yang dilihat dan
menolak perkara yang abstrak.

Akal taakul
Seseorang yang berupaya untuk menganalisis
berdasarkan sebab-musabab dan ia merupakan jenis
akal yang sederhana. Membuat pertimbangan dan
penilaian.

Akal tadabbur
Seseorang yang berfikir secara ikhlas dan rasional
berpandukan kekuatan iman dan akal. Merenung
secara hikmah.
Melawan hawa
nafsu
( Mujahadah)

Melazimkan diri
Pengawasan diri
Intervensi untuk berbuat amalan
terhadap Allah SWT
Perubahan kebaikan
(Muraqabatullah)
Tingkah laku

Menghindari akhlak
yang buruk
Menurut Al-Ghazali, terdapat banyak pengaruh dalam
pembinaan sahsiah termasuk aspek keluarga, rakan sebaya,
dan faktor persekitaran.

Hal ini bermakna guru boleh membantu perkembangan sahsiah


murid, namun dengan kerjasama yang diberikan oleh keluarga
dan masyarakat.

Gandingan pendidikan ibu bapa dan guru-guru serta didikan


dan amalan agama yang baik akan melahirkan anak didik
yang mantap dan teguh sama ada dalam aspek kerohanian,
iman, fizikal, intelektual, emosi mahupun mentalnya.

Oleh itu, seseorang guru perlu mereflek dirinya untuk menilai


kekuatan aspek kerohaniannya serta keikhlasannya dalam
mendidik anak muridnya.
Teori Pemusatan Insan merupakan salah satu teori
dari kelompok teori organisma

Teori ini dikemukakan oleh Carl Rogers yang yakin


bahawa dalam diri manusia terdapat potensi-potensi
untuk menjadi sihat dan berkembang secara kreatif.

Kegagalan dalam mewujudkan potensi-potensi ini


disebabkan oleh pengaruh-pengaruh yang bersifat
menjerat dan keliru dari latihan yang diberikan oleh
orang tua, serta pengaruh-pengaruh sosial yang lain.

Namun pengaruh-pengaruh yang merugikan ini dapat


di atasi apabila individu ingin menerima
tanggungjawab untuk hidupnya sendiri
Teori Pemusatan Insan mempunyai satu kesamaan
dengan psikologi eksistensial. Teori ini pada dasarnya
adalah fenomenologis ertinya Rogers memberi penekanan
yang kuat pada pengalaman-pengalaman peribadi,
perasaan-perasaan dan nilai-nilai yang ada pada diri
individu.
 Manusia dilihat sebagai positif, iaitu manusia
mempunyai potensi semula jadi dan berkeupayaan
untuk berkembang dengan baik untuk mencapai
kesempurnaan kendiri. Suasana yang sesuai
seperti saling mempercayai, hormat menghormati
diperlukan untuk mencapai kejayaan ini.

 Pengalaman masa kanak-kanak boleh


mempengaruhi persepsi diri dan persekitaran
seseorang.
 Untuk membolehkan seseorang itu berkembang
secara positif dan membina, tiga suasana yang
penting iaitu:

* kejujuran, keikhlasan dan kebenaran


* penerimaaan tanpa syarat
* kefahaman yang mendalam (empati)

Oleh itu jika orang yang bermasalah dapat


menghayati ketiga-tiga ciri di atas, mereka boleh
menerima semua pengalaman-pengalaman yang
dilaluinya.
 Terdapat tiga unsur yang penting berkaitan
manusia iaitu :
1. Organisma iaitu :
individu akan bertindak secara entiti yang menyeluruh
untuk memenuhi keperluannya.

2. Bidang fenomenologi :
merupakan pengalaman-pengalaman yang dialami dan
rasai yang mempengaruhi persepsi seseorang.

3. Kendiri :
merupakan apa yang difikirkan tentang dirinya sendiri; ia
juga disebut saya atau aku.
Konsep kendiri ini terdapat dua konsep utama
iaitu:

 Kendiri sebenar (real self) :


iaitu seseorang mempersepsikan sesuatu objek dan
pengalaman yang berkaitan dengan dirinya sebagai
objek. Dia memberi makna kepada objek-objek ini.
Keseluruhan atau kesemua sistem persepsi dan makna
menjadi latar fenomena yang dikenali sebagai kendiri.

 Kendiri idaman/unggul (ideal self)


adalah merupakan konsep kendiri yang diingini oleh
seseorang. Ia melibatkan persepsi dan makna yang
mempunyai perkaitan dengan kendiri yang dihargai
oleh individu, orang yang signifikan dan masyarakat.
 Menurut Teori Pemusatan Insan :
seseorang akan terbentuk dengan suasana yang dialaminya.
Sekiranya dia diterima tanpa syarat, difahami, maka konsep
kendirinya akan meningkat. Seseorang itu akan terbentuk
menjadi seorang guru yang berkeyakinan, jika dia mempunyai
pertindihan yang besar antara kendiri sebenar dan kendiri
unggul (kongruen).
 Jika persamaan yang banyak wujud antara kendiri dengan
pengalaman, individu tidak akan mengalami kerisauan atau
ketegangan. Tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku, individu
akan merasa risau dan mengalami ketegangan. Individu boleh
mengurangkan ketegangan yang dirasainya dengan
menggunakan helah bela diri.
Pengalaman Konsep kendiri

Rajah 3.1. Pertindihan yang lebih banyak antara kendiri sebenar dengan kendiri unggul (kongruen)
 Pengalaman Konsep kendiri

Rajah 3.1. Pertindihan yang sedikit antara kendiri sebenar dengan kendiri unggul (tidak kongruen)
Ciri-ciri individu yang berfungsi secara sempurna
(Fully Functioning Person)

Mempunyai
kesedaran tentang
semua
pengalaman. Mempunyai
Kreatif dan dapat kesedaran (sense)
menyesuaikan mereka sendiri.
diri dengan
perubahan
persekitaran

Bijak
menggabungkan
semua Kaya dengan
maklumat yang pengalaman
diperoleh kehidupan.

Bebas membuat
pilihan tanpa
halangan atau
paksaan.
 Apabila seseorang guru dapat menerima muridnya tanpa syarat, menunjukan
tingkah laku mereka seadanya serta jujur dan dapat merasai dan memahami
masalah yang dihadapi oleh muridnya, guru akan dapat melihat kesan yang
positif pada diri murid. Antara kesannya ialah meningkatkan konsep diri
murid, meningkatkan upaya untuk meraih prestasi akademik yang cemerlang,
mengurangi masalah yang berkaitan dengan disiplin dan mengurangi masalah
vandalisme di sekolah, serta murid menjadi lebih spontan dan berupaya untuk
menggunakan kemahiran tahap berfikir dan kreatif pada aras yang lebih tinggi.

 Sekiranya pengertian, prinsip, dan perkembangan teori humanistik difahami


oleh guru dengan baik dan diterapkan dalam dunia pendidikan dengan betul
sehingga tujuan pendidikan akan benar-benar dapat dicapai nescaya akan
melahirkan murid yang berkualiti yang mampu membentuk manusia yang
seimbang dan harmonis sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai