Anda di halaman 1dari 35

Kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) adalah merujuk kepada perbuatan dan aktiviti remaja yang berlawanan dengan norma-norma

masyarakat, undang-undang negara dan agama, seperti mencuri, merompak, merogol, berzina, membunuh, menagih dadah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan seumpamanya. Perbuatan remaja dikatakan nakal kerana remaja dianggap belum matang, belum dewasa dan perbuatan jenayah yang mereka lakukan tidak dikenakan hukuman berat. Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka ialah remaja itu ditempatkan di pusat-pusat pemulihan akhlak dan diberi pendidikan khas.

Ahli-ahli sains sosial berbeza-beza pendapat tentang had umur remaja. Ada yang mengatakan alam remaja di antara 10 18 tahun atau 13 tahun 12 tahun. Menurut Islam, kanakkanak mula dapat membezakan perkara yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun. Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya. Lingkungan baligh ialah mencapai umur 15 tahun atau kanak-kanak lelaki sudah bermimpi bersetubuh dan kanak-kanak perempuan pula telah keluar haid dalam tempuh umur antara 9 hingga 15 tahun.

Konsep Diri Remaja

Kadangkala ibu bapa mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini anak-anak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa.

Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada akhir masa remaja ialah:

a.

Perubahan pada fizikal

Bagi anak lelaki didapati mengalami perubahan jelas pada jasmani di mana anggota badan kelihatan mula gempal, sasar, dan tegap. Manakala si gadis pula mula menampakkan sifat-sifat kewanitaannya seperti datang haid, buah dada membesar, pinggang mula ramping dan punggung melebar. Apabila sampai pada peringkat akhir remaja simbol-simbol daya tarikan seks mula kelihatan dan diiringi juga rangsangan seksual yang mula meningkat.

b.

Perubahan Emosi dan Fikiran

Di peringkat remaja, perasaan dan fikiran anak lelaki setabil kerana mereka tidak lagi kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk

berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan berkahayal konflik dengan nilai orang dalam yang dirinya. Mereka dan mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, dikaguminya, cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Orang yang dikagumi yang akan dicontohi kemungkinan terdiri dari penyanyi popular, pelakon popular, pelawak, tokoh ulamak, tokoh politik, ahli sukan atau sebagainya. Ini bergantung kepada pendedahan dan pengajaran yang diterima oleh remaja itu.

c.

Narcisma

Narcisma adalah merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga. Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasa kesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada

peralihan masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai.

Narcisma amat kuat wujud pada gadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana ia memerlukan seseorang keluar untuk dari rasa membantu kesunyian dan itu. membimbingnya

Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibat dengan aktiviti bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya.

Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti menghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan seumpamanya.

Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsa dengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif.

d.

Menyertai Kumpulan

Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama.

Adalah perkara biasa kita lihat kelompok remaja mempunyai identiti tertentu seperti menggunakan bahasa yang anih, pakaian yang pelik, tertarik dengan aktiviti yang mencabar dan sebagainya. Penyertaan remaja dalam kelompok sama ada kelompok kecil atau besar adalah tanda perubahan yang sihat dalam pertumbuhan mentalnya. Walaubagaimana pun, jika penyertaan dalam kelompok itu disalahgunakan, maka ia akan mengheret remaja berkenaan dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara.

Pada masa remaja inilah kita dapati ibu bapa sering mempunyai pendapat yang berbeza dengan pandangan rakan sebaya dalam usaha memberi bimbingan dan pendidikan terhadap si anak remaja itu.

e.

Menentang Kekuasaan

Orang tua-tua kita selalu mengingatkan bahawa masa remaja adalah masa pancaroba kerana remaja sedang mencari tapak untuk berdikari dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Biasanya remaja merasa bahawa kuasa yang ada pada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa terlalu kuat yang boleh menghalang pencapaian cita-cita mereka. Perbezaan besar pendapat dan gaya hidup remaja dengan ibu bapa, orang dewasa dan guru akan mencetuskan permusuhan kerana remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang telah sedia bergelora. Oleh itu apabila berlaku perselisihan, remaja akan menjadi rakan sebaya mereka atau mereka bertindak nekad melakukan kejahatan untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang yang lebih tua bahawa mereka boleh berdikari atau mampu melakukan apa yang orang dewasa lakukan.

Sebenarnya pencarian konsep diri telah bermula sejak anak masih kecil lagi tetapi pada masa remaja mula kelihatan menonjol kerana remaja mula pandai belajar berfikir dan menggunakan emosinya hasil daripada interaksi dengan dunia luar, iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan persekitaran. Masa remaja sendiri penting bagi perkembangan konsep diri kerana pada masa inilah remaja mengalami proses pemurnian dan sekaligus mengalami perubahan. Bagi kebanyakan remaja, proses pemurnian konsep diri berjalan lancar, tetapi mereka yang jauh menyimpang dari pemurnian itu, pertumbuhan hidupnya akan menghadapi masalah, iaitu manusia yang kotor peribadinya.

Faktor Kenakalan

Berdasarkan pandangan Islam dan sokongan teori psikologi kaunseling barat, punca kenakalan remaja boleh dibahagikan kepada empat faktor:

:: Laman Utama :: Kami ::

:: Biografi ::

:: Galeri ::

:: E-Mel

:: Penghargaan ::

Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak


Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanakkanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini seperti berikut:

Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya.

Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja.

Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah.

Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.

Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya.

Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental. Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran

yang tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada usia 6-7 tahun, mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala kanak-kanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap yang mengandungi tanda peta dan jalan yang berhubungan. Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal, iaitu penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan. Kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. Seterusnya mereka menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi dengan pengekalan berat. Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada umur prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan program yang lebih kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka menggalakkan adiknya yang lain dalam permainan komputer. Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi tahap intektual kanak-kanak. Perhatian daripada kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak


Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat

merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988). Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

1.

Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa pertuturan. Ciri-ciri : Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan sebatang pensel dan batang kayu. Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada nama. Memahami senikata lagu atau puisi. Perkembangan Semantik : pemahaman makna perkataan dan kombinasi perkataan. Ciri-ciri : Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan. Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi.

2.

3.

Perkembangan Tatabahasa : bentuk atau struktur bahasa Ciri-ciri : Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat) dan tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang

pernah dilalui oleh mereka. Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata lagu dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang didapati daripada peristiwa tersebut.

4.

Perkembangan Pragmatik : gaya sesuatu perkataan digunakan dalam sesuatu perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri: Boleh menggunakan speech registers seperti apa khabar atau tumpang lalu secara berkesan. Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara beransur-ansur mengikut keadaan. Dapat bertanya balik apabila disoalkan.

Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-

tanda, lambang, objek dan perkataan.

PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Kemahiran Berinteraksi
Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan

menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992). Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman

sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994). Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding,

berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial

kanak-kanak ketika bermain.

JENIS Peniruan Pertandingan Berkawan kesetiaan Bekerjasama

CIRI-CIRI Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukai Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau dapat menang. Senyum, mendekati, bercakap, bermain

be

menunjukkan kemesraan pada kawan. Melibatkan diri secara bantu-membantu

ke

pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkum

dan bermain bersama tanpa menggangu atau m

Simpati Pengiktirafan sosial

permainan orang lain. Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat ora

dalam keadaan yang menyedihkan. Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormat rakan sebaya.

Perkembangan Kendiri
Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara

umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri. Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani. Berikut merupakan komponen dalam pembentukan kendiri kanak-kanak: KOMPONEN KATEGORI KENDIRI Barangan saya (material me) Pergaulan saya (social me) CIRI-CIRI

Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak mi Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang kita dengan pelbagai cara Trait personaliti seperti kepercayaan,persepsi sebagainya sosial, sikap, kebolehan, nilai,

Kerohanian saya (spiritual me)

kece

MENU
Kenali Kanak-Kanak Aspek Perkembangan Masalah & Pengurusan Kanak-Kanak Penyakit Lazim

Unsur-unsur Rohani Soalan Lazim [FAQ] Soalan Kuiz Interaktif Arkib Isu Semasa

Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun).


Konsep kendiri menekankan ciri-ciri personaliti Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan,

kemudian naik semula. Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan. Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan khusus sesuatu masalah. Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial. Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat prsekolah sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek, 1992). Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell & Carriger, 1990 ; Caplan,1991). Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat melabel dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya seperti menyatakan jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau kecil. Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau kendiri saya (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri

yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain. Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka belum mengetahui kelemahan mereka. Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat diri mereka tidk sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakan-rakan (Ruble & Dweck,1995 ; Ruble & Flett,1988 ; Pomerantz,1995). Kanak-kanak prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti hendak menjadi doktor apabila besar nanti. Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan lawan rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha menjayakan sesuatu aktiviti dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu kemahiran akan berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila mereka tidak berjaya menghasilkan sesuatu.

Persahabatan
Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada

konsep orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanak-kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Mereka tidak begitu mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun ialah : Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya,

mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktivitiaktiviti yang sama. Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian barang-barang permainan. Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang kanak-kanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu sebentar kemudian menjadi kawan baik. Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang kanak-kanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanakkanak itu bukan sahabatnya lagi. Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu sama lain. Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat ini. Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai serta dapat diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan kejujuran penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan terputus selepas hilang kepercayaan.

Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983). Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang

sahabat akan cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuian dengan orang lain.

Pertumbuhan Fizikal
Berat badan
Berat badan betambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak.

Namun ketika peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir iaitu sebelum mereka baligh, berat kanak-kanak akan meningkat sebanyak paun 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun. Walau bagaimanapun, berat badan kanakkanak perempuan adalah kurang berat daripada lelaki pada umur yang sama.

Ketinggian badan
Pada ketika ini, ketinggian badan kanak-kanak akan bertambah

sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter (2-3 inci) setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun. Kemudian pada usia dua belas atau tiga belas tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Pertumbuhan gigi
Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup.

Pada ketika umur kanak-kanak 7 tahun, gigi susu mula tanggal.pertukaran gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira dua belas tahun.

Rangka tulang
Pertumbuhan tulang berlaku dalam tiga cara, iaitu menjadi bertambah

pnjng, lebih keras, dan berkurang atau bertambah dari segi jumlah pada bahagian tertentu. Pertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lengan. Tulang tersebut akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap sepanjang zaman kanak-kanak. Pembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti leh pembesaran pinggul, dada, bahu, dan akhir sekali badan memanjang.

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Aspek Perkembangan kanak-kanak akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu FIZIKAL, MENTAL dan SOSIO-EMOSI.

PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal,

kemahiran pergerakan kasar dan halus.

Kemahiran pergerakan motor kasar dan halus


Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus.

Kemahiran motor kasar kanak- kanak sekolah (7-11 tahun)


Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan. Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dn melipat pakaian. Kemahiran fizikal menjadi suatu keseronokkan dan merupakan

pencapaian yang berguna kepada kanak-kanak. Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan pada peringkat sekolah rendah.

Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)


Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil

bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih

sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL
Kami bahagikan Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir kepada 3 bahagian:

Perkembangan persepsi kanak-kanak


Deria sentuhan
Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.

Deria rasa dan bau


Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa

sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili.

Deria pendengaran
Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan

kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan

mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka.

Deria penglihatan
Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria

yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam

mengesan perkataan bertulis.

PERKEMBANGAN EMOSI
Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi menambahkan keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya.

Emosi Diskrit
Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut dan jijik. Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.

Emosi Kesedaran Kendiri


Selain emosi diskrit, Perkembangan emosi kanak-kanak juga

merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah. Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa kasih saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap mengalmi emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian dan kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis, Allesandri & Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984). Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanakkanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang dipelajari disekelilingnya.

Memahami dan bertindak balas kepada emosi.


Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah

empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998). perkembangan empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati (Eisenberg, 1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab,

akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi. Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan. Mereka mendapati susah untuk menyesuaikan diri dengan kegagalan. Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong melaksanakan pelbagai tugasan, suka menerima tanggungjawab dan

membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.

Tingkah Laku Prososial vs Tingkah Laku Anti Sosial


Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan

sosial ke arah membantu orang lain, iaitu tingkah laku prososial. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan membantu dalam penjagaan adik. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila bermain dengan rakan mereka. Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif, intrusive, asertif, dan suka mengawal orang alin atau melakukan keganasan dan mencederakan orang lain. Kelakuan antisocial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanak-kanak ialah bercakap bohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang itu menjadi anti sosial. Salah satu daripadanya ialah tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modeling, misalnya melalui model-model atau ceritacerita yang dipaparkan di televisyen.

Anda mungkin juga menyukai