Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Salah satu bidang yang dibincangkan dalam bahasa Melayu Kontekstual adalah
komunikasi yang berkesan. Peri pentingnya mengenai komunikasi telah lama
disedari oleh masyarakat. Hal ini disebabkan manusia secara fitrahnya tidak akan
tinggal bersendirian, sebaliknya akan hidup berkelompok. Dengan hidup
berkelompok , mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk
mendapatkan kesefahaman. Salah satu kepentingan komunikasi adalah untuk
menyampaikan maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Disebabkan
itulah kajian mengenai bidang komunikasi diperluas dengan lebih dalam. Dalam
kehidupan bermsyarakat, semestinya proses komunikasi amat penting kerana
dengan menggunakan komunikasi yang baik mesej-mesej positif dapat disampaikan
dan seterusnya diaplikasikan.

Terdapat dua jenis komunikasi yang terlibat dalam kalangan manusia iaitu
komunikasi interpersonal dan intrapersonal.

Takrif Komunikasi
Perkataan komunikasi berasal dari perkataan communiatus yang membawa
maksud berkongsi sesuatu. Komunikasi membawa maksud proses pemindahan
maklumat , perasaan , idea atau fikiran daripada satu pihak (individu atau kumpulan)
kepada pihak (individu atau kumpulan) yang lain melalui pelbagai saluran . Melalui
komunikasi , proses interaksi akan berlaku kerana terdapat dua pihak atau lebih
akan terlibat dalam komunikasi tersebut. Dalam proses interaksi , perbuatan
menghantar maklumat dan proses bertukar-tukar maksud akan berlaku. Komunikasi
sememangnya bersifat menyebarkan namun komunikasi yang berkesan memberi
penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas.

Terdapat 4 fasa yang berlaku dalam masa proses komunikasi berlaku iaitu
proses:

1. Pembentukan,
2. Pengiriman ,
3. Penerimaan
4. Pentafsiran.
Selain itu, proses komunikasi bukan hanya berlaku pada lisan semata-mata.
Komunikasi juga boleh berlaku dalam bentuk :

1. Bahasa gerak-geri ,
2. Bahasa isyarat ,
3. Sentuhan ,
4. Hubungan mata
5. Penulisan.

Jenis Komunikasi

Dua jenis komunikasi yang terlibat dalam kehidupan seseorang adalah komunikasi
interpersonal dan komunikasi intrapersonal.

Komunikasi interpersonal
Komunikasi interpersonal merupakan proses interaksi yang membabitkan antara
individu dengan individu yang lain dan memerlukan mereka berinteraksi secara
berhadapan ataupun menerusi media teknologi seperti telefon, video , ataupun
radion untuk bertukar-tukar mesej. Komunikasi interpersonal amat penting kerana
melalui proses komunikasi ini, mesej atau maklumat dapat disampaikan.

Komunikasi intrapersonal
Proses komunikasi intrapersonal berlaku secara dalaman pada diri individu itu
sendiri. Komunikasi terjadi dalam monolog dalaman dengan member tumpuan
kepada proses mengingati perkara-perkara yang telah berlaku atau simbol-simbol
mengggunakan pancaindera. Komunikasi intrapersonal dapat ditakrifkan sebagai
proses menganalisis maklumat dalam jiwa manusia.

Ciri-ciri komunikasi

Ciri-ciri komunikasi memerlukan beberapa aspek yang perlu dipenuhi iaitu aspek
penutur, pendengar latar belakang komunikasi dan topik pembicaraan .

Penutur
Aspek penutur sangat penting kerana penutur merupakan penyampai yang akan
menyampaikan maklumat. Dalam bilik darjah , guru merupakan penyampai
maklumat , dalam bilik kaunseling , kaunselor merupakan penyampai maklumat. Hal
ini menunjukkan , proses menyampai informasi tetap berlaku namun,dengan situsi
yang berbeza,penyampainya juga berbeza. Selain itu, seseorang penutur itu perlu
dikenal pasti terlbih dahulu dari segi kedudukan mahupun jawatannya . Hal ini
kerana seseorang yang mempunyai latar belakang berbeza akan menimbulkan
kefaham yang berbeza. Sebagai contoh , jika seorang guru disiplin mengujarkan ,
Ada masalah baharu hari ini , hal ini membawa maksud bahawa terdapat masalah
disiplin seperti ponteng sekolah atau hisap rokok yang baharu berlaku di sekolah .
Namun begitu, jika ujaran ini diujarkan oleh seorang pegawai polis , maka ujaran
tersebut boleh membawa maksud bahawa terdapat kes jenayah baharu yang
berlaku. Perkara ini penting kerana individu berlatar belakangkan berbeza keadaan
mungkin tidak dapat mentafsir mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang jika
mesejnya terlalu umum.

Penerima
Aspek kedua pula merupakan aspek penerima. Ciri-ciri komunikasi yang
berkesan sememangnya memerlukan penerima yang memberi tindak balas atau
respons. Mengenal pasti pendengar juga adalah sama pentingnya seperti mengenal
pasti penutur. Berbeza gaya bahasa yang menjadi perbualan antara rakan
sebaya suami isteri , orang tua serta yang mempunyai berbeza status atau ,
mempunyai pangkat dan gelaran . Sebagai contoh , seorang remaja bercakap
dengan rakan sebayanya dengan menggunakan kata ganti nama aku . Namun
begitu, pengucapan kata ganti nama aku tidak sesuai digunakan ketika bercakap
dengan orang yang lebih dewasa kerana perkara ini dianggap kasar dan biadap.
Kemungkinan remaja tersebut akan dilabel sebagai tiada adab ketika berbicara
dengan orang tua. Masalah akan timbul jika perkara tersebut berlaku dan
komunikasi akan terhalang. Sebaliknya , apabila seseorang yang lebih muda hendak
berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa, mereka sepatutnya
membahasakan diri sebagai saya kerana perkataan ini lebih sopan.

Latar belakang komunikasi


Latar belakang komunikasi mengambil kira masa , tempat , keadaan semasa dan
hubungan perkaitan di antara penutur dan pendengar. Aspek ini perlu diambil kira
kerana jika seseorang itu tidak mengetahui maklumat tentang latar belakang sesuatu
perbualan , tafsiran yang salah mungkin akan dibuat .
Topik pembicaraan
Dalam sesebuah perbualan , terdapat banyak perkara yang dibualkan dan manusia
akan fokus pada satu tajuk apabila bercakap. Dengan ini matlamat yang ingin
dicapai iaitu perkongsian dan pertukaran maklumat akan berlaku. Kedua-dua pihak
iaitu penutur dan penerima harus jelas mengenai topic pembicaraan supaya apabila
penutur memberi tahu ,penerima mampu member respons. Jika penerima tidak
menunjukkan sebarang respon, kemungkinan penutur tidak menjelaskan dengan
lebih terang mengenai topik pembicaraannya. Sebagai contoh , jika seorang lelaki
mahu melamar seorang wanita dengan bahasa kiasan seperti , Saya mahu
menyunting bunga di taman . Namun, jika wanita tersebut tidak faham akan maksud
lelaki itu , wanita itu tidak akan memberi respon terhadap lamaran lelaki tersebut.
Dengan ini , maksud yang ingin disampaikan oleh lelaki tersebut tidak dapat
dihadam oleh wanita tersebut.

ciri-ciri komunikasi berkesan


Komunikasi yang berkesan merupakan komunikasi yang mencapai matlamatnya.
Apabila tercapai matlamat maka selesailah tugas si penutur kepada si pendengar .
Terdapat beberapa ciri yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah komunikasi boleh
dianggap sebagai berkesan.

Personaliti
Penutur perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan menarik
untuk menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan pedengar
mahu menerima apa yang hendak disampaikan oleh penutur tersebut. Dengan ini,
kerja penutur untuk mearik para pendengar akan menjadi lebih mudah. Sebagai
contoh, seorang penceramah motivasi pelajar sekolah perlulah mempunyai
perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian pelajar sekolah.
Penceramah motivasi tersebut tentunya mendapat sambutan jika dia berjaya
menambat hati para pelajar .

Mendengar dengan aktif


Penerima maklumat hendaklah mendengar dengan teliti dan menjadi pendegar
yan aktif. Hal ini berlaku kerana jika seseorang individu menjadi pendengar yang
teliti,dia akan memahami apa yang disampaikan oleh penutur. Dengan ini dia akan
menjadi pendengar yang aktif dan boleh melontarkan soalan mahupun
pandangannya terhadap topik yang dikemukakan oleh penutur. Dengan mendengar
dengan aktif, penerima maklumat dapat mencerna informasi dengan betul dan tiada
salah tafsiran berlaku. Tindak balas positif akan berlaku jika penerima mesej faham
isi kandungan mesej dan member komen yang baik. Namun tindak balas negatif
akan berlaku jika pendengar buat tidak endah dengan penyampaian isi maklumat .

Bahasa badan
Bahasa badan penutur mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana
dengan menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan
yang sederhana , seorang penutur akan kelihatan lebih berkeyakinan ketika
berucap. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu
permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi , seorang penutur
yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang
menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang
penting.

Bahasa yang mudah difahami


Seorang pemberi maklumat perlu mengambil kira latar belakang mengenai
penerima maklumat yang hendak disampaikannya. Dalam erti kata lain , penutur
perlu tahu tahap penerima maklumat sama ada tahap sekolah , mahasiswa
mahupun orang-orang tua. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai
mengikut umur, para penerima maklumat dapat memahami mesej yang hendak
disampaikan oleh penutur. Dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami,
para pendengar akan berasa seronok kerana mereka faham dengan penyampaian
isi kandungan penutur atau penceramah. Dengan ini, komunikasi yang berkesan
akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara
pengirim dan penerima mesej.

Kejelasan maklumat
Perkara ini penting bagi seorang penutur dan juga penerima. Penutur haruslah
menerangkan maklumat dengan jelas supaya penerima maklumat dapat mencerna
maklumat dengan baik. Dengan ini, matlamat penutur akan tercapai untuk
menyampaikan maklumat kepada penerima. Hal ini kerana komunkasi yang
berkesan mampu member pengaruh kepada penerima maklumat tersebut. Salah
satu fungsi komunikasi adalah mengubah tingkah laku penerima menerusi
perubahan sikap, nilai dan cara berfikir. Misalnya , apabila seseorang itu mendengar
pidato mengenai nilai integrity dan faham maklumat yang disampaikan, pendengar
itu akan mengaplikasikan nilai integrity dalam kehidupan sehariannya. Selain itu,
bimbingan yang positif dan berterusan dari seorang guru juga mampu meransang
anak-anak murid seorang guru untuk menjadi insan yang baik.

Halangan dalam komunikasi


Tidak dapat dinafikan , halangan dalam komunikasi tetap ada . Halangan-halangan
inilah yang menyebabkan penerima maklumat tidak dapat menganalisis maklumat
dengan baik dan pemberi maklumat tidak dapat menyampaikan dengan baik.
Halangan komunikasi juga menyebabkan penerima tidak mendapat kesan dari hasil
penyampainnya. Terdapat banyak halangan dalam komunikasi , misalnya seperti :

Pemesongan
Halangan pemesongan terjadi apabila bahasa yang digunakan oleh penyampai
susah dan tidak difahami oleh penerima maklumat. Perkara ini merumitkan proses
penerimaan maklumat dan kesan yang lebih buruk lagi, penerima tidak dapat
memahami perkara yang disampaikan kepada mereka. Selain itu, penerima
maklumat akan membuat penilaian terhadap penutur. Penutur yang tidak
memberikan pengucapan yang baik akan mendapat penilaian pertama atau first
impression yang buruk dari penerima. Dengan ini, mereka tidak mahu mendengar
lagi maklumat dari penyampai.

Sebahagian sahaja
Faktor halangan sebahagian sahaja merujuk kepada persekitaran dan penyalah
tafsiran. Persekitaran yang bising, jarak yang jauh keadaan yang gelap ataupun
kotor mampu mengganggu konsentrasi seorang pendengar. Keadaan yang sesak
dan hingar bingar juga akan menjadikan penerima mesej hilang tumpuan. Selain itu,
penerima mesej mungkin akan tersalah mentafsir mesej yang disampaikan kepada
mereka kerana mereka tidak member tumpuan sepenuhnya terhadap pengucapan
yang diberikan gara-gara terganggu dengan keadaan persekitaran.
Bebanan
Halangan bebanan berlaku apabila seseorang yang telah pun mengetahui mengenai
maklumat tersebut, diberitahu lagi mengenai perkara yang sama. Perkara ini akan
membuatkan penerima maklumat berasa bosan kerana dia sudah tahu mengenai
makumat yang disampaikan. Disebabkan itulah, penerima akan memberi perhatian
kepada kerja lain kerana dia mendapat maklumat yang sama berulang kali dan tidak
mendapat informasi yang baharu.

Emosi penutur dan penerima


Selain itu, sikap dan emosi seseorang individu mempengaruhi proses
komunikasi. Seseorang yang murung dan bersifat negatif tidak dapat menyampaikan
mesej yang baik kepada orang lain. Sebaliknya individu yang ceria dan cergas
mampu memberi pengucapan yang baik dan mempengaruhi orang sekelilingnya
untuk menjalani hidup dengan ceria,aktif dan bersikap positif.

Istilah/gangguan semantik.
Di samping itu, istilah yang berbeza-beza juga menjadi punca halangan untuk
menyampaikan sesuatu mesej. Terdapat istila-istilah yang bunyinya sama tetapi
membawa maksud yang jauh berbza. Sebagai contoh, di Kedah gerek membawa
maksud basikal namun di Sarawak gerek membawa maksud teman lelaki atau
teman wanita. Perkara ini mampu mencetus salah faham jika perkara lain yang
mahu disampaikan oleh penutur namun membawa maksud yang lain kepada
penerima.

Refleksi

Dari awal persediaan menyiapkan tugasan ini sehingga tamat , terdapat


banyak perkara yang saya pelajari. Kajian mengenai kerja kursus bahasa Melayu
Kontekstual ini membincangkan mengenai takrif komunikasi,ciri-ciri komuniksi
berkesan dan halangan-halangan dalam komunikasi.
Pembelajaran mengenai komunikasi memberi kesedaran kepada saya
mengenai peri pentingnya komunikasi dalam kehidupan. Takrif komunikasi dari
perkataan Latin iaitu berkongsi sesuatu menjelaskan bahawa komunikasi diperlukan
untuk mewujudkan persefahaman. Saya sangat bersetuju bahawa setiap manusia
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik kerana setiap hari kita akan
berinteraksi dengan manusia sama ada ketika berjuaal beli, bertegur sapa , bermain
sukan dan sebagainya.
Selain itu, seseorang individu juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri
komunikasi yang berkesan agar dia dapat mengawal keadaan ketika memberi
pengucapan. Saya juga belajar kaedah menyampaikan hujah dengan berkesan dan
difahami oleh pendengar. Individu juga perlu peka terhadap halangan yang bakal
ditempuhi sebelum,semasa dan selepas memberi pengucapan atau mesej. Dengan
ini, pengucapan akan menjadi lebih berkesan jika setiap masalah dapat diatasi
dengan bijak.
Kesimpulannya, kemahiran berkomunikasi perlu ada pada setiap orang agar
kelak mampu menyampaikan maklumat dengan baik dan berkesan kepada orang
ramai.

Anda mungkin juga menyukai