Anda di halaman 1dari 2

13/1/2016

GPP1063 PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL


Dalam minggu 2 untuk kursus ini, saya telah mempelajari psikologi
pendidikan dan sosiologi pendidikan. Oleh itu, saya telah mempelajari dan
mengetahui cara untuk membentang dengan menarik dan mudah difahami serta
menarik perhatian pendengar. Pembentang perlu aktif untuk mendapat perhatian
pendengar dengan menyuruh mereka menjawab soalan dan memberi pandangan.
Seterusnya, saya telah memahami tentang psikologi pendidikan yang
bermaksud pendidikan menggunakan pengetahuan dalam disiplin psikologi yang
relevan kepada pendidikan, kemudian mengaplikasikan pengetahuan ini untuk
meningkatkan kualiti dan hasilan daripada proses-proses pendidikan. Psikologi
pendidikan digunakan oleh pendidik untuk memahami diri sendiri agar dapat
membantu orang lain. Psikologi pendidikan membolehkan pendidik mengetahui
emosi, cara pemikiran, sifat dan tingkah laku manusia dengan mudah melalui kajian
psikologi. Dengan itu, pendidik baru boleh membantu pelajar apabila mereka
mempunyai pengalaman dan bertindak dengan efektif. Pendidik juga akan segera
memahami pelajar mereka dan memberi bantuan kepada murid dengan segera.
Mereka boleh membantu murid supaya mempunyai seseorang untuk dipercayai selain
daripada kawan mahupun ibu bapa.
Manakala sosiologi pendidikan yang berkonsep suatu ilmu yang
membicarakan bagaimana proses interaksi sosial yang dilakukan oleh seorang
individu untuk mempengaruhi individu yang lain. Perkataan sosiologi berasal
daripada gabungan dua perkataan, iaitu socius yang bermaksud teman atau kawan
dan logos yang bermaksud kajian terhadap sesuatu. Sosiologi pendidikan bertujuan
untuk menganalisis proses sosialisasi anak dalam keluarga atau dalam masyarakat dan
membantu menemukan tujuan pendidikan. Sosiologi pendidikan banyak membantu
pendidik untuk mengaplikasi strategi kepada murid bermasalah. Murid bermasalah
amat memerlukan pertimbangan guru yang sewajar untuk membantu mereka agar
dapat menangani masalah yang dihadapi oleh mereka. Pendidik boleh memahami
mengapa seseorang murid mempunyai tingkah laku yang sebagaimana berbeza
dengan murid yang lain dan bertindak mencari alternatif untuk membantu mereka.
Pendidik juga berupaya untuk memberikan motivasi kepada murid sekiranya sosiologi
pendidikan dilaksanakan dengan berjaya.
Akhirnya, saya telah memahami psikologi pendidikan dan sosiologi yang
banyak membantu pendidik di sekolah. Kedua-dua konsep harus diaplikasikan di
sekolah untuk membantu murid. Konsep ini membolehkan pendidik dapat berinteraksi
dengan orang lain dan memahami orang lain dengan lebih mudah. Maka pendidik
dapat bertindak dengan cepat untuk membantu murid. Pendidik juga dapat
menyatukan komuniti dengan menggunakan kedua-dua konsep dalam sekolah agar
semua murid boleh bergaul dengan mesra antara satu sama lain. Pendidik perlu bijak

untuk menggunakan konsep ini untuk membantu dalam pengajaran murid di sekolah
dan meningkatkan prestasi murid.

Anda mungkin juga menyukai