Anda di halaman 1dari 1

SOALAN-SOALAN MTES 3063 (TUTORIAL 1)

PENDIDIKAN MATEMATIK

1. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Nyatakan dengan jelas maksud

Matematik dan berikan contoh yang sesuai.

2. Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada

perkembangan matematik. Nyatakan empat nama besar dalam dunia matematik

dan sumbangannya terhadap pendidikan matematik masa kini.

3. Matematik mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.

Apakah peranan matematik semasa kita membeli-belah di pasar raya?.

4. Terangkan bagaimana anda sebagai seorang guru matematik menyerap nilai-nilai

murni dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Peranan guru amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraikan ciri-ciri

guru matematik yang berkesan.

6. Kurikulum matematik Malaysia telah dipengaruhi oleh perkembangan kurikulum

matematik dari negara-negara lain.

i. Namakan dua negara barat yang telah mempengaruhi kurikulum matematik

Malaysia.

ii.Berikan 2 alasan mengapa kurikulum matematik Malaysia cenderung

dipengaruhi oleh negara-negara barat.

7. Perkembangan kurikulum Matematik di malaysia telah berlaku akobat pelaksanaan

beberapa projek yang penting dalam tempoh lima dekad kebelakangan ini.

i. Senaraikan dua projek yang dijalankan ke arah perkembangan kurikulum

Matematik di Malaysia.

ii. Kenalpasti objektif pelaksanaannya.

8. Senaraikan nilai-nilai matematik dan berikan contoh yang sesuai

9. Perbezaan antara nilai pendidikan matematik dan nilai matematik.

Anda mungkin juga menyukai