Anda di halaman 1dari 42

Faktor-faktor Perkembangan Peribahasa Terdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan peribahasa.

1) Pengalaman dan pengamatan alam sekeliling. Contoh: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. 2) Lambang daripada keadaan dalam masyarakat. Contoh: Bagai menatang minyak yang penuh. Menantikan kucing bertanduk. 3) Menyembunyikan kata-kata yang kasar Contoh: Lembu punya susu, sapi dapat nama. Siapa makan lada, dia terasa pedasnya. 4) Menghuraikanadat Contoh: Hukum berdiri dengan adat, adat berdiri dengan bukti. Siapa menjala siapa terjun, siapa hutang siapa membayar 5) Kata-kata orang yang arifdanbijaksana Contoh: Berjagung-jagung dahulus ementara menunggu padi masak. Bawa resmi padi semakin berisi semakin tunduk. 6) KitabSuci Contoh: Tuntutlah ilmu, biar sampai ke liang kubursekalipun Ilmu yang tiada diamal, seperti pohon tiada berbuah. 7) Unsur-unsurasonansidanaliterasi Contoh: Ikut hati mati, ikut suka duka,ikut rasa binasa Lain padang, lain belalang Lain lubuk lain ikannya 8) CeritaDongeng Contoh: Seperti Mat Jenin Katak hendak menjadi lembu 9) Pengaruhbudaya lain Contoh:Dalam laut boleh diduga ,dalam hat isiapa tahu (Siam) Ada semut ada gula (Parsi)

BENTUK DAN SUMBER Oleh kerana cakap-cakap itu dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah, maka melekatlah dimulut orang ramai, lalu dipakai untuk menjadi sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran. Sumber: Muhd.Yusof Mustafa, Mastika Bahasa,DBP (1965)

Peribahasa mengandungi ciri-ciri komunikasi modeni aitu; keringkasan, ketepatan dan kepadatan. Sumber: AwangSariyan (kata pengantar) Tikaman Bahasa, Mohd.Adnan Mohd Ariffin, DBP(1992)

Terdapat 3 sumberasal-usul peribahasa Melayu: 1) Pengalaman hidup rakyat jelata Contoh: Keli dua selubang 2) Pengamatan orang arif bijaksana Contoh: Takkan lari gunung dikejar 3) Kandungan kitab suci Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China Sumber: Abdullah Hussein, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu DBP(1989) Peribahasa itu ialah rangkaian rangkaian perkataan yang tetap, Tersimpul dan terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas berlainan daripada asalnya. Sumber: ZAABA, Ilmu Mengarang MelayuDBP (1965)

TAKRIF /DEFENISI PERIBAHASA Zainal Abidin Ahamad Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya di pakai sebut-sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran. Sumber: Ilmu Mengarang Melayu, DBP (1965)

Sarwono Pusposaputra Peibahasa mempunyai kalimat singkat yang menkristalisasikan pengalaman mendalam dan panjang, atau secara bernas dapat disebut: filsafat mini Sumber: Kamus Peribahasa,PTGramedia (1987) S.Nathan Pada umumny a peribahasa mencerminkan pemikiran kognitif masyarakat Melayu tradisional. Makna simpulan bahasa bersifat kolokasi, iaitu menunjukkan hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan. Sumber:Simpulan Bahasa: SatuTinjauan Dari SudutMakna, Jurna lDewan Bahasa Novenber (1998) Muhammad Ariff Ahmad Peribahasa (termasukkiasan ,simpulan bahasa,pepatah-petitih, bidalan, perbilangan dan perumpamaan) ialah rangkaian kata yang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang melekat di mulut ( dapat disebut bila-bila masa sahaja) dan yang luas maknanya lagi benar tujuannya. Sumber: Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa 1990

Awang Sariyan Peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranannya yang istimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bahasa bahkan lebih penting daripada itu memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap,cara berfikir, dan kepekaan akal budi masyarakat pengguna bahasa itu. Sumber:Tikaman Bahasa ,Mohd Adnan Mohd.Ariffin,Dewan Bahasa dan Pustaka(1992) Ishak Ramly Peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahas a atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Sumber: Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurnal ,Januari 1990 Keris Mas Peribahasa adalah percakapan atau ujian yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran dan pemerhatian ,yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Sumber: Perbincangan Gaya Bahasa Sastera,DBP(1988) Abdullah Hussain Peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban ,ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara baik dengan yang buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tata tertib pergaulan dan perhubungan hidup sesame manusia. Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.DBP(1989)

Aspek Peribahasa Kurang Dititikberatkan Walaupun Peribahasa Elemen Penting Dalam Kemahiran Berbahasa. a) Anggapan bahawa peribahasa merupakan bahasa klise/milik sastera lama -Tidak memahami peribahasa dengan baik. -Peribahasa sukar diingati -pengajaran peribahasa membosankan Sumber: Goh Suzie: Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah,Jurnal DBP(1998) b) Masalah Mempelajari Peribahasa -Terlalu banyak makna yang tersirat -Terlalu banyak yang perlu dihafal -Peribahasa terlalu panjang dan pelbagai makna -Ada peribahasa yang mengelirukan Pengajaran Peribahasa a)Abdullah Hassan dan Ainon Mohd menyebut: Para penutur Bahasa Melayu belajar bahasa kiasan secara alamiah sepertimana mereka belajar perkataan-perkataan Melayu yang lain . - Mereka belajar bentuk-bentuk kiasan dan menghafal makna-makna kiasan tersebut. Memang tiada jalan lain belajar kiasan /peribahasa selain menghafalnya. Sumber: Kamus Pepatah, Bidalan-bidalan,Perumpamaan PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.2003 b)Ishak Ramly menulis pengajaran peribahasa bukan sahaja berguna untuk kemahiran bahasa tetapi mempertajam rasa sehingga karangan menjadi indah dan bermutu.Dahulu menghafal peribahasa dan maknanya adalah perkara biasa. -Taraf sekarang, peribahasa bukanlah untuk dihafalkan tetapi untuk digunakan sekerap mungkin dan digabungjalinkan dalam pelbagai situasi.

Sumber: Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu, Jurna lDBP, Januari 1990

LohBoh Boon menyatakan peribahasa sebagai satu aspek Bahasa Melayu yang indah, seharusnya diajar agar murid-murid dapat menikmati dan menghayati keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan halus. -Pengajaran Peribahasa di sekolah melalui 3 peringkat berikut: 1) Pengamatan tentang pertalian di antara benda-benda yang dibandingkan. 2) Penyimpulan erti simbolik (tersembunyi) 3) Penilaian tentang ketepatan perumpamaan dalam kontek. Sumber: Pengajaran Peribahasa Melayu, Perspektif Dalam Pengajaran BM,DBP 1989. Cover,D.J mencadangkan peribahasa diajar dengan empat teknik: 1) Guru menggunakan buku nota tatabahasa sebagai alat mencatat peribahasa terpilih dan membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. 2) Pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa dan guru menanyakan peribahasa dan berbincang tentangnya. 3) Berdasarkan Blackboard Composition guru mencatat dan membimbing serta berbincang akan peribahasa sehingga menghasilkan karangan lengkap. 4) Berdasarkan petikan dialog yang ada peribahasa, murid diajak menghafaz dialog tersebut bagi meningkatkan konteks penggunaannya. Sumber: Idioms and The Teaching Of An Active Vocabulary, Oxford , University Press, 1971

Qamar Mamat Mencadangkan Pengajaran Pempelajaran Peribahasa: 1) Kaedah konteks yakni berdasarkan konteks dan ayat dilanjutkan penggunaannya dalam ayat bebas. 2) Kaedah latih-tubi berdasarkan situasi, simulasi, main peranan, sumbangsaran, boneka 3) Bukan teknik menghafal semata-mata Sumber: Mengajarkan Bahasa Menggunakan Simpulan Bahasa , Jurnal DBP ( 1996) Pengajaran Peribahasa - Kaedah lakaran- Guru menggunakan lakaran tertentu di atas kad, papan tulis atau modul. - Kaedah meramal-Guru latih murid berfikir untuk mencari simpulan bahasa yang berdasarkan objek. Contoh: kaki Kaki- bangku -botol -bola -ayam -Kaedah mengisi tempat kosong iaitu melengkapkan petak dengan huruf yang sesuai bagi membentuk peribahasa. Murid digalakkan berbincang untuk tujuan tersebut. A ______ _____ A I R _____ UK________ M U K A

-Guru bahasa wajar mempelbagai kaedah pengajaran pembelajaran untuk menarik minat pelajar agar p &p tidak terikat dan membosankan.

-Sukatan Pelajaran (2002) mencatatkan : 1)Peribahasa tidak seharusnya diajar dengan menyuruh murid menghafaz maksud peribahasa yang disenaraikan. 2) Strategi-strategi pengajaran yang berkesan,lebih bermakna,menarik dan mencabar perlu digunakan seperti pendekatan kontekstual iaitu naratif, deskriptif dan sebagainya.

Penjelasan Peribahasa 1) Makna Selapis - Peribahasa yang mengandungi makna yang tersurat (maksud literal) a) b) c) d) Bidalan Pepatah Lidah Pendeta atau Kata-Kata Hikmat Perbilangan

2) Makna Berlapis -Perbahasa yang mengandungi makna tersirat (maksud figuratif) a) Perumpamaan b) Kiasan c) Simpulan Bahasa d) Tamsil dan Ibarat

Defenisi Bidalan Bidalan ialah susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai erti selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakan ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat. Contoh: - Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit - Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan - Belakang parang diasah lagikan tajam - Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak - Menepuk air di dulang , terpercik muka sendiri

Defenisi Perumpamaan Perumpamaan ialah susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama. Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara. Contoh: Seperti kaca terhempas ke batu Bagai tikus jatuh ke beras Seperti bumi dengan langit Bagai pinang dibelah dua

Defenisi Pepatah Pepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh: - Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. - Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - Ada padi semua jadi, ada beras semua deras

Defenisi Lidah Pendeta/ Kata-kata Hikmah Lidah Pendeta atau Kata-kata Hikmah atau Kata Kata Pujangga mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Ia juga merupakan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau nasihat yang dapat dijadikan pedoman. Comtoh: - Ilmu Pelita Hidup - Membaca Jambatan Ilmu - Masa Itu Emas

Defenisi Tamsil dan Ibarat Memberi penjelasan tentang perkara yang hendak dibandingkan. Contoh: -Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi -Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga -Ibarat bunga, segar dipakai, layu dibuang -Ibarat telur sesangkat, pecah sebiji pecah semuanya

PERUMPAMAAN

air

daun keladi

Perumpamaan : bagai air di daun keladi Maksudnya : tidak tetap pendirian Contoh ayat : Jika kamu bersikap bagai air di daun keladi, adalah sukar bagi kamu untuk mencapai matlamat hidup, kata kaunselor itu.

anjing

tulang

Perumpamaan : bagai anjing berebut tulang Maksudnya : Tamak dan ingin berebut harta Contoh ayat : Zali tidak sanggup melihat adik beradiknya bagai anjing berebut tulang apabila mereka bertelagah kerana berebutkan harta yang tidak seberapa itu.

aur

bukit

Perumpamaan : bagai aur di atas bukit Maksudnya : menyerahkan diri kepada nasib Contoh ayat : Nasib Rasid kini bagai aur di atas bukit tentang kedudukannya dalam kumpulan itu.

ayam

telur

Perumpamaan: bagai ayam mengeram telur Maksudnya : merah muka seseorang Contoh ayat : wajah lelaki itu bagai ayam mengeram telur apabila ditempelak oleh rakan sekerjanya.

rumah

Pantai

Perumpamaan : bagai berumah di tepi pantai Maksudnya : selalu bimbang dan cemas Contoh ayat : Keadaan kami sekarang ini bagai berumah di tepi pantai kerana seing diganggu oleh along, kata Alia.

dakwat

Kertas

Perumpamaan: bagai dakwat dengan kertas Maksudnya : hubungan persahabatan yang sangat erat Contoh ayat : Hubungan persahabatan antara Yati dan Ina bagai dakwat dengan kertas.

duri

daging

Perumpamaan: bagai duri dalam daging Maksudnya : Sesuatu yang amat tidak menyenangkan Contoh ayat : Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah.

kambing

air

Perumpamaan : bagai kambing diseret ke air Maksudnya : malas melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh Contohnya : Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan Laila kerana dia bersikap bagai kambing diseret ke air apabila disuruh melakukan sesuatu tugas.

batuk

tangga

Perumpamaan : bagai melepaskan batuk di tangga Maksudnya : melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersunggusungguh Contoh ayat : saya tidak mahu kamu melakukan kerja itu dengan sambil lewa bagai melepaskan batu di tangga, kata guru besar.

belalang

akar

Perumpamaan : bagai mencari belalang di atas akar Maksudnya : melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil Contoh ayat : Perbuatan Lukman mencari guli yang terjatuh ke dalam paya itu tidak akan berhasil bagai mencari belalang di atas akar.

tikus

labu

Perumpamaan : seperti tikus membaiki labu Maksudnya : merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki Contoh ayat : Tindakan abang membaiki radio itu seperti tikus membaiki labu apabila radio itu bertambah kerosakannya.

layang-layang

tali

Perumpamaan : umpama layang-layang putus tali Maksudnya : putus harapan dan berserah kepada takdir Contoh ayat : Kehidupan Mak Lijah umpama layang-layang putus tali apabila dia tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

BIDALAN

ribut
Bidalan : Maksudnya: Contoh ayat:

semut

datang seperti ribut, pergi seperti semut sesuatu penyakit datang dengan cepat, tetapi lambat untuk sembuh. penyakit barah hati yang yang dihidapi David itu umpama datang seperti rebut, pergi seperti semut kerana sudah dua bulan dia terlantar di hospital.

Ubi
Bidalan Maksud : :

Besi

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat diam orang berilmu berfikir, diam tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja. Contoh ayat: Amir diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat kerana selama dia menyepikan diri, dia sebenarnya melanjutkan pelajaran di universiti.

semut

gula

Bidalan : di mana semut mati kalau tidak di gula Maksud : manusia sering tertipu kerana pujuk rayu Contoh ayat: Zizah berasa amat sedih kerana wang simpanannya habis diberikan kepada teman lelaki yang kini menghilangkan diri seperti bidalan di mana semut mati kalau tidak di gula.

embun

rumput

Bidalan : embun di hujung rumput Maksud : sesuatu yang tidak kekal Contoh ayat : Perkahwinan Lee dan Nina bertahan Cuma sebulan seperti embun di hujung rumput.

enggang

pipit

Bidalan : enggang sama enggang, pipit sama pipit Maksudnya : berkawan biarlah yang sama taraf dan kedudukan Contoh ayat : Abu Hassan berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengan Puteri Laila yang berdarah raja kerana baginya, enggang sama enggang, pipit sama pipit.

benih

pulau

Bidalan : Maksudnya :

jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau keturunan yang baik tetap berkelakuan baik di mana-mana sahaja Contoh ayat : Semua anak Pak Osman Berjaya dalam pelajaran. Begitulah Jika benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

angin
Bidalan Maksudnya : :

pokok

Contoh ayat :

jika tiada angin , masakan pokok bergoyang jika sesuatu perkara itu tidak berlaku, masakan orang memperkatakannya. Kecurangan isteri Rama hangat diperkatakan oleh jirannya. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang, kata Rama kepada isterinya.

parang

batu asah

Bidalan : belakang parang diasah lagikan tajam Maksudnya : jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya Contoh ayat : Adi yang bebal itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar dengan gigih oleh Cikgu Ana. Begitulah belakang parah diasah lagikan tajam, inikan pula manusia.

Bertanya

perahu hanyut

Bidalan : malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut Maksudnya : jika tidak mahu berusaha , tentu kejayaan tidak dapat dicapai Contoh ayat : Jika hendak maju dalam pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak faham akan sesuatu perkara kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kata Ciku Ahmad kepada muridnya.

ayam

telur

Bidalan : jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung Maksudnya : jangan membesar-besarkan usaha/ kejayaan yang tak seberapa Contoh ayat : Kita jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung seperti Pak Dollah yang mencanangkan sumbangannya sebanyak RM 50 itu kepada orang kampung.

gading

tanduk

Bidalan : sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi Maksudnya : setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama dibuang/diketepikan Contoh ayat : Abang bersikap seperti sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi kerana dia kini tidak menjaga kereta lamanya setelah membeli kereta baharu.

PEPATAH

Kuah

nasi

Pepatah : ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi Maksudnya : baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya Contoh ayat : Husna mengikut perangai ibunya yang suka berkebun, begitulah Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

tanak nasi

kerak

Pepatah : nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang Maksudnya : sesuatu pekerjaan dibuat bersama-sama tetapi keuntungan yang diperoleh hanya dinikmati oleh seorang sahaja Contoh ayat : Aman dan Amin berkongsi modal semasa memulakan perniagaan, tetapi semua keuntungan diambil oleh Amin seolah-olah nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.

sabut

batu

Pepatah : untung sabut timbul, untung batu tenggelam Maksudnya : jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah Contoh ayat : Nasib Tan dan rakan-rakannya yang sesat di hutan ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

berbudi

merasa (dapat)

Pepatah : orang berbudi kita berbahasa, orang member kita mersa Maksudnya : apabila orang berbudi kepada kita, hendaklah dibalas dengan bahasa yang sopan Contoh ayat : Hidup berjiran perlu mengamalkan pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang member kita merasa agar tercapai keharmonian dalam masyarakat.

makan nangka

getah

Pepatah : orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya Maksudnya : orang lain yang melakukan kesalahan tetapi orang lain pula yang Dituduh Contoh ayat: Musa marah akan orang kampung yang menuduhnya mencuri padahal dia tidak melakukannya, ibarat orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya.

Orang mengantuk

bantal

Pepatah : orang mengantuk disorongkan bantal Maksudnya : gembira kerana mendapat sesuatu yang diingini Contoh ayat : Danny amat gembira kerana hajatnya untuk melancong ke China tercapai apabila mendapat tiket melancong percuma ibarat orang mengantuk disorongkan bantal.

Anda mungkin juga menyukai