Anda di halaman 1dari 13

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan
nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Cik Nur Azah Binti Ahmad. Segala tunjuk
ajar dan bimbingan daripada beliau telah membuka jalan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya segala kemudahan dan motivasi untuk menyiapkan kerja
kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan bantuan yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga
saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah bersama-sama bekerja
keras untuk menyiapkan tugasan ini dan sentiasa memberikan peringatan supaya saya tidak
alpa. Mereka juga membantu dan menjawab segala pertanyaan saya andai saya tidak
faham. Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Kemahiran Bahasa Mendengar dan Bertutur 3-5

3.0 Kemahiran Membaca 5-7


4.0 Kemahiran Menulis 7-8
5.0 Aspek Seni Bahasa 9-10
6.0 Aspek Tatabahasa 11-12
7.0 Penutup 12

2
Menurut Sufean Hussien (2004), bidang pendidikan merupakan suatu bidang yang
bersifat dinamik. Oleh itu, arus pendidikan yang mengalami perkembangan yang sangat
dinamik dan pesat dalam arus globalisasi ini telah mendesak perubahan dalam kurikulum.
Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyemak dan melakukan
penambahbaikan terhadap kurikulum. Contohnya, Standard Kurikulum Bahasa Melayu yang
telah diperkenalkan bagi mengetengahkan aspek aspek yang perlu dikuasai oleh setiap
murid dalam menghadapi cabaran global. Standard Kandungan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi didokumenkan sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa
Melayu. Kemahiran bahasa ialah isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Oleh itu, antara kemahiran-
kemahiran yang terkandung dalam kemahiran bahasa ialah kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Aspek bahasa pula merangkumi
aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa.

Yang pertama ialah kemahiran mendengar dan bertutur, menurut Siti Hajar Abdul
Aziz (2009), menjelaskan bahawa mendengar didefinisikan sebagai kemasukan input
bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Manakala,
bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) manusia Bagi kemahiran bahasa mendengar dan bertutur, Bagi
kemahiran mendengar dan bertutur ini, saya merujuk DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 yang
merangkumi dua kandungan iaitu mendengar dan memberikan respons serta bertutur untuk
menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. Kandungan-kandungan tersebut
boleh digunakan dalam PdP dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian. Berikut
merupakan contoh aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh diaplikasikan
dalam PdP tahun satu.

STANDARD KANDUNGAN 1.1 Mendengar dan memberikan respons

STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.2 Mendengar, memahami dan


memberikan respons terhadap
i) Soalan

3
Saya telah memilih Standard Kandungan 1.1 dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 iaitu
mendengar dan memberikan respons. Standard Pembelajaran pula ialah 1.1.2 iaitu
mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap soalan. Objektif pembelajaran
ialah murid dapat mendengar, memahami dan memberikan respons iaitu bertutur terhadap
lima soalan berkaitan kata nama yang bersesuaian yang dibacakan oleh guru di dalam
kelas.

AKTIVITI PENGAJARAN Contoh aktiviti ialah menjawab soalan


kefahaman secara spontan:

1) Guru membacakan lima soalan berkaitan


tatabahasa. Soalan yang dibacakan oleh guru
itu adalah memerlukan murid untuk
memberikan respons dengan menyebut
jawapan iaitu kata nama yang sesuai dengan
soalan,

2) Murid perlu mendengar dengan teliti untuk


mengenal pasti kata nama yang sesuai
dengan ayat yang dibacakan oleh guru.

3) Murid perlu memberikan respons dengan


bertutur atau menyatakan jawapan yang
sesuai sebaik sahaja guru membacakan 5
soalan tersebut.

4) Guru dan murid perlu bertutur sesama


mereka untuk memberi pendapat tentang kata
nama am yang boleh digunkan dalam ayat
yang dibacakan oleh guru itu.

4
Oleh itu, instrumen pentaksiran yang dapat disediakan bagi aktiviti PdP tersebut ialah skala
kadar. Borang skala kadar untuk kemahiran mendengar dan bertutur ini perlulah
dikategorikan kepada beberapa komponen seperti tahap pendengaran murid terhadap
soalan, kefahaman soalan dan respons pelajar terhadap soalan. Tambahan pula, terdapat 5
skala tahap penguasaan murid iaitu skala satu menunjukkan murid lemah dalam komponen
tersebut dan skala lima menunjukkan murid mahir dalam komponen tersebut. Berdasarkan
skala kadar ini, maka Standard Pembelajaran tersebut dapat diuji terhadap murid dan guru
berupaya menilai tahap penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur terhadap murid-
muridnya.

Selain itu bagi kemahiran membaca pula, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
(2008), membaca adalah memerhatikan isi sesuatu yang tertulis dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya. Kemahiran membaca juga merujuk kepada
keupayaan murid untuk membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang
betul. Bagi kemahiran membaca ini, saya merujuk DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 yang
merangkumi tiga kandungan iaitu asas membaca dan memahami, selain itu adalah
membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik, seterusnya adalah
membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera. Kandungan-kandungan
tersebut boleh digunakan dalam PdP dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian. Berikut
merupakan contoh aktiviti kemahiran membaca yang boleh diaplikasikan dalam PdP tahun
satu.

STANDARD KANDUNGAN 2.1 Asas membaca dan memahami


STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul
vi) ayat

Saya telah memilih Standard Kandungan 2.1 dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 iaitu
asas membaca dan memahami. Standard pembelajaran pula ialah 2.1.1 iaitu membaca
dengan sebutan yang betul; iv) frasa, (v) perkataan dan vi) ayat. Objektif pembelajaran ialah
murid dapat membaca ayat daripada petikan teks cerpen ‘Singa dan Nyamuk’ dengan
sebutan yang betul.

5
AKTIVITI PENGAJARAN Contoh aktiviti yang boleh dilakukan dan
bersesuaian dengan Standard
Pembelajaran tersebut ialah aktiviti bacaan
petikan:

1) Guru meminta setiap murid untuk datang


di hadapan kelas.

2) Guru akan memberikan potongan


petikan yang mengandungi ayat daripada
cerpen ‘Singa dan Nyamuk” kepada murid
dan meminta supaya murid tersebut
membacanya.

3) Guru perlulah membimbing setiap murid


untuk membaca ayat yang terdapat dalam
setiap potongan petikan dengan sebutan
yang betul. Sekiranya murid membaca
dengan sebutan yang salah, guru perlu
memperbetulkannya dengan menyebut
semula suatu ayat itu dengan sebutan yang
betul.

Oleh itu, instrumen pentaksiran yang dapat disediakan bagi aktiviti PdP tersebut ialah skala
kadar yang mengandungi tiga komponen iaitu sebutan frasa, sebutan perkataan dan
sebutan ayat. Terdapat 5 skala tahap penguasaan murid iaitu skala satu menunjukkan murid
lemah dalam komponen tersebut dan skala lima menunjukkan murid mahir dalam komponen
tersebut. Berdasarkan skala kadar ini, maka Standard Pembelajaran tersebut dapat diuji
terhadap murid dan guru boleh mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca
murid-muridnya.

6
Bagi kemahiran menulis pula, kemahiran ini merujuk kepada keupayaan murid untuk
menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas perlu
diberi penekanan. Bagi kemahiran menulis ini saya merujuk DSKP Bahasa Melayu Tahun 4
yang merangkumi tiga kandungan iaitu asas menulis, selain itu menulis perkataan, frasa dan
ayat yang bermakna, seterusnya menghasilkan penulisan. Kandungan-kandungan tersebut
boleh diaplikasikan dalam PdP dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian. Berikut
merupakan contoh aktiviti kemahiran menulis yang boleh diaplikasikan dalam PdP tahun
empat.

STANDARD KANDUNGAN 3.2 Menulis perkataan, frasa dan ayat yang


Bermakna
STANDARD PEMBELAJARAN 3.2.4 Menulis ayat dalam perenggan yang
diimlakkan.

Berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Tahun 4, saya memilih Standard Kandungan 3.2 dalam
DSKP Bahasa Melayu Tahun empat iaitu menulis perkataan, frasa dan ayat yang bermakna.
Standard pembelajaran pula adalah 3.2.4 menulis ayat dalam perenggan yang diimlakkan.
Imlak dimaksudkan dengan perbuatan menyebut ayat supaya ditulis oleh orang lain. Objektif
pembelajaran adalah murid dapat menulis potongan ayat daripada cerita ‘Sang Kancil dan
Buaya’ dalam perenggan yang telah dibacakan dengan betul. Selain itu, murid dapat
membandingkan jawapan yang mereka tulis dengan teks jawapan penuh yang betul.

AKTIVITI PENGAJARAN Contoh aktiviti yang boleh dilakukan dan


bersesuaian dengan Standard
Pembelajaran tersebut ialah:

1) Guru perlu menyediakan teks-teks ayat


atau perenggan cerita ‘Sang Kancil dan
Buaya yang telah ditulis dalam kertas dan
dipotong oleh guru.

2) Kemudian guru perlu mengedarkan satu

7
baris kepada setiap murid.

3) Murid perlu bergilir-gilir mengimlak ayat


sementara murid yang lain akan
mendengar dan menulisnya ke dalam
kertas kosong.

4) Akhir sekali murid perlu bandingkan


jawapan yang ditulis oleh mereka dengan
teks penuh yang diberikan oleh guru.

Oleh itu, instrumen pentaksiran yang dapat disediakan bagi aktiviti PdP tersebut ialah
menyediakan lembaran kerja yang seharusnya dapat menguji keupayaan murid untuk
menulis ayat yang telah diimlakkan dengan betul iaitu soalan yang mengandungi gambar
dan beberapa potongan ayat. Kemudian guru perlu mengimlakkan ayat dan murid perlu
menyusun dan menulis ayat berpandukan gambar dan potongan ayat yang sesuai dengan
cerita ‘Sang Kancil dan Buaya’. Berdasarkan lembaran kerja ini, maka Standard
Pembelajaran tersebut dapat diuji terhadap murid dan mereka berupaya menulis ayat yang
diimlakkan dengan betul.

Seterusnya ialah aspek bahasa iaitu seni bahasa yang merujuk kepada kebahasaan,
keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu murid fahami dan kuasai.
Kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah merupakan aspek
seni bahasa yang perlu dikuasai oleh murid. Bagi aspek seni bahasa ini, saya merujuk
DSKP Bahasa Melayu Tahun 4. Berikut merupakan contoh aktiviti aspek seni bahasa yang
boleh diaplikasikan dalam PdP tahun empat.

STANDARD KANDUNGAN 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan


bahasa dalam bahan sastera

STANDARD PEMBELAJARAN 4.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan nada


yang sesuai dan menyatakan maksud sajak

8
Saya telah memilih Standard Kandungan 4.2 dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 4 iaitu
menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Standard
Pembelajaran pula adalah 4.2.1 iaitu melafazkan dan menjelaskan maksud sajak. Objektif
pembelajaran adalah melafazkan satu rangkap sajak ‘Sekolahku’ dan menyatakan
sekurang-kurangnya satu maksud sajak bagi setiap rangkap sajak ‘Sekolahku’ dengan
sebutan dan intonasi yang betul.

AKTIVITI PENGAJARAN Contoh aktiviti yang bersesuaian dengan


Standard Pembelajaran tersebut adalah:

1) Mulanya guru menggunakan kepingan


puzzle dan diedarkan kepada semua murid.

2) Kemudian, guru membahagikan murid


kepada beberapa kumpulan.

3) Seterusnya, guru mengedarkan teks


sajak ‘Sekolahku’ kepada murid.

4) Kemudian, guru menunjukkan contoh


cara mendeklamasikan sajak terlebih
dahulu dan meminta setiap kumpulan untuk
mendeklamasikan satu rangkap sajak.

5) Selepas itu, guru meminta setiap ahli


kumpulan supaya berbincang mencari
maksud sajak sesama mereka dan
mencatatkannya.

6) Seterusnya, berdasarkan warna puzzle


yang dimiliki oleh setiap murid, mereka
diminta untuk berpecah mencari ahli
kumpulan yang baru mengikut warna
puzzle.

7) Kemudian, berdasarkan maksud sajak

9
yang diterima pada kumpulan sebelumnya,
mereka diminta untuk menggabungkannya
dan membina peta konsep dengan
memasukkan maksud sajak tersebut.

8) Setiap kumpulan diminta untuk


membentangkan maksud sajak yang
mereka dapati di hadapan kelas.

Oleh itu, instrumen pentaksiran yang dapat disediakan bagi aktiviti PdP tersebut adalah
menyediakan lembaran kerja kepada setiap murid dengan mengedarkan soalan berkaitan
maksud sajak untuk menguji semula kefahaman murid tentang sajak ‘Sekolah’ yang telah
dibincangkan. Berdasarkan lembaran kerja ini, maka Standard Pembelajaran tersebut dapat
diuji terhadap murid dan mereka dapat memahami maksud sajak dengan baik.

Aspek bahasa yang kedua ialah tatabahasa yang merupakan susunan perkataan
yang menjadi ayat ataupun cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam
ayat (Abdullah Hassan, 2008). Bagi aspek tatabahasa ini, saya merujuk DSKP Bahasa
Melayu Tahun 2. Berikut merupakan contoh aktiviti aspek tatabahasa yang boleh
diaplikasikan dalam PdP tahun dua.

STANDARD KANDUNGAN 5.1 Memahami fungsi dan menggunakan


golongan kata mengikut konteks.

STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.1 Memahami, mengenal pasti dan


menggunakan golongan kata mengikut
konteks;
i) kata nama am

Saya telah memilih Standard Kandungan 5.1 dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 2 iaitu
memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. Standard
Pembelajaran pula ialah 5.1.1 iaitu memahami, mengenal pasti dan menggunakan golongan

10
kata mengikut konteks; i) kata nama am. Objektif pembelajaran ialah murid- murid akan
dapat mengenal pasti serta menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga perkataan kata nama
am dengan betul berdasarkan lirik lagu ‘Pak Atan Ada Ladang’. Selain itu, murid juga akan
dapat membina ayat menggunakan kata nama am yang diperolehi daripada lirik lagu ‘Pak
Atan Ada Ladang’ mengikut konteks yang betul.

AKTIVITI PENGAJARAN Contoh aktiviti yang bersesuaian dengan


Standard Pembelajaran ini adalah aktiviti
mengenal pasti kata nama am.

1) Mulanya guru perlu memperdengarkan


rakaman lagu ‘Pak Atan Ada Ladang’
kepada murid dan menyanyikannya
bersama.

2) Kemudian, guru mengedarkan teks lirik


lagu ‘Pak Atan Ada Ladang’ kepada semua
murid dan meminta supaya mereka
membacanya.

3) Seterusnya guru mengarahkan supaya


murid-murid mengenal pasti dan
menggariskan kata nama am yang terdapat
dalam lirik lagu ‘Pak Atan Ada Ladang’
tersebut.

4) Selepas itu, guru akan memanggil


beberapa orang murid ke hadapan kelas
untuk menulis semula kata nama am yang
telah mereka kenal pasti di papan putih.

5) Guru dan murid akan berbincang sama


ada jawapan yang ditulis tersebut betul
atau salah.

11
6) Selepas berbincang, guru akan memberi
masa kepada setiap murid untuk membina
ayat menggunakan kata nama am yang
diperolehi mengikut konteks yang betul.

7) Akhirnya, beberapa orang murid akan


dipanggil, untuk membaca semula ayat
yang telah dibina sambil menggayakannya
di hadapan kelas.

Oleh itu, instrumen pentaksiran yang dapat disediakan bagi aktiviti PdP tersebut ialah
menyediakan lembaran kerja iaitu latihan membina ayat berdasarkan kata nama am
mengikut konteks yang betul yang telah dikenal pasti berdasarkan lirik lagu ‘Pak Atan Ada
Ladang’. Berdasarkan lembaran kerja ini, maka Standard Pembelajaran tersebut dapat diuji
terhadap murid dan mereka berupaya memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata
nama am mengikut konteks yang betul.

Kesimpulannya, semua guru Bahasa Melayu perlu melaksanakan proses pengajaran


dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran supaya guru mendapat gambaran dan mengetahui objektif
pembelajaran yang harus dicapai di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP).
Lantaran itu, guru perlu bijak menentukan proses PDP yang paling sesuai dan menarik
untuk dilaksanakan. Guru seharusnya memberikan peluang kepada setiap murid untuk
mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan. Jika setiap guru berusaha dan mempunyai inisiatif untuk mencipta sesuatu
sesi PDP yang menarik minat murid setiap kali waktu kelas, murid akan cepat untuk
menyerap ilmu pengetahuan kerana aktiviti PDP yang dilaksanakan adalah bersesuaian,
menyeronokkan dan berkesan.

Rujukan

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah.


KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

12
Kamus Dewan. Edisi keempat. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sufean Hussin, 2004. Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Anda mungkin juga menyukai