Anda di halaman 1dari 13

SKBL 3133 

STILISTIK
“Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati)
-Usman Awang”
PENSYARAH : Prof. Madya Dr. MOHAMMED FADZELI BIN JAAFAR

NAMA : SUMATRA KAMAN


NO. MATRIK : A141121
Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati)

Usiamu menghampiri sunti dara Sunti daraku,


mengibarkan rasa diselendang sutera jangan kau pinjam lamunanku,hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
menyembunyikan malu di bilik terkunci
selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi Bunuhlah mimpi itu, anakku
yang manis indah kerana itulah mimpi. kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah yang selalu menipumu.
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing dicermin kenyataan Dapatkan keberanian hidup baru
kehidupan yang ganas dan kejam. dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.
Bentuk
• Bentuk sajak puisi adalah bebas dan • Dari segi penggunaan rima atau bunyi di hujung
tidak terikat dengan mana-mana baris, terdapat rangkap yang mengekalkan
puisi tradisional seperti pantun dan persamaan bunyi. Rimanya berbentuk bebas dan
syair. tidak terikat dengan puisi tradisional.
• Puisi ini terbina daripada daripada Rangkap 1-a-a-b-b-b-b
lima rangkap. Rangkap 2-a-a-b-c
Rangkap 1-6 baris Rangkap 3-a-b-b-b
Rangkap 2,3,4-4 baris Rangkap 4-a-a-a-a (sama seperti syair)
Rangkap 5-2 baris Rangkap 5-a-a

• Jumlah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama. Jumlahnya antara 2-7
perkataan sebaris.
• Jumlah suku kata dalam setiap rangkap antara 5-17 perkataan sebaris.
• Secara keseluruhannya, puisi ini bertemakan luahan
kasih sayang seorang kepada anaknya kerana memberi
nasihat demi masa depan anaknya.

• Banyak menggunakan kata-kata yang bersifat metafora.


INTERPRETASI
Dalam rangkap pertama ini,penulis menyampaikan beberapa pesanan
kepada anak gadisnya Mayawati yang meningkat remaja dan sudah
memperlihatkan rasa malu. Penulis menasihatkan anaknya supaya
mengikis perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan kerana semuanya
bukan realiti dalam kehidupan yang sebenar seperti dalam rangkap:
seribu bayang seribu mimpi
Yang manis indah kerana itulah mimpi

Dalam rangkap kedua ini, penulis mengatakan bahawa sungguhpun impian-impian


yang indah itu mengasyikkan, namun impian-impian itu kelak akan akan
menyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada
kenyataan hidup yang sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah
kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman. Contoh:
Kehidupan yang ganas dan kejam
Dalam rangkap ini,penulis mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut
jejak atau peribadinya sebagai seorang yang begitu lemah. Penulis juga selalu
mengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan dan
kini dia sedar realiti kehidupan yang sebenarnya. Contoh:
Jangan kau pinjam lamunanku,
Selamanya mimpiku hidup itu serba indah

Dalam rangkap keempat ini,penulis berkata bahawa zaman remaja akan


menipu anaknya. Penulis berharap anaknya boleh menghindarkan mimpi-
mimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri. Contoh:
Bunuhlah mimpi itu
Yang selalu menipumu

Dalam rangkap terakhir ini,penulis berharap anaknya menanamkan keberanian


hidup baru yang akan diperolehinya daripada kekuatan hati dan ketinggian
ilmu. Contoh:
Dapatkan keberanian hidup baru
ANALISIS STILISTIK:
a) METAFORA
b) BUNYI
Metafora
• Gaya bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu dengan
menyebut sesuatu yang lain. Tujuannya adalah untuk
memberi kelainan kepada susunan kata dalam sajak bagi
menimbulkan gerak imaginasi pembaca. Contoh:

Yang manis indah kerana itulah mimpi (R1)


Mimpi itu adalah keajaiban anugerah (R2)
terasing di cermin kenyataan (R2)
Personafikasi
• Pemberian sifat manusia kepada benda yang konkrit.

• Contoh:

mengibarkan rasa di selendang sutera (R1)


menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1)
kehidupan yang ganas dan kejam (R2)
jangan kau pinjam lamunanku (R3)
bunuhlah mimpi itu (R4)
lagu dan rindu
yang selalu menipumu (R4)
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu (R5)
BUNYI
o Aliterasi – pengulangan konsonan di awal kata
o Contoh:
seribu bayang seribu mimpi (R1)
menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1)

o Asonansi – pengulangan vokal di akhir suku kata


o Contoh:
lagu dan rindu
yang selalu menipumu (R4)
 Pengulangan bunyi konsonan dan vokal dalam
setiap baris akan mewujudkan kesan bunyi yang
estetik dan mengindahkan lagi ritma yang diulang
seperti alunan muzik

 Tujuannya adalah untuk menimbulkan


kemerduan dan keindahan dalam bunyi
penyebutan kata.
KESIMPULAN

 Secara keseluruhannya, tema puisi karya Usman Awang ini


berkisarkan tentang nasihat dan kasih sayang seorang ayah
kepada anak gadisnya .

 Banyak penggunaan bahasa-bahasa kiasan dan sifat


kemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai