Anda di halaman 1dari 6

Nota

PENGGAL WACANA
3

1. Pengenalan

Wacana berasal daripada retorik klasik, yang merupakan teknik atau seni pujukan
secara lisan, atau seni berbicara.
Istilah wacana dipelopori dan dipopularkan oleh Zellig Harris (1952) di Amerika
Syarikat.
Di Malaysia, perhatian kepada wacana dirintis pada pertengahan 1960-an oleh Yunus
Maris, dan mendapat perhatian yang semakin besar bermula pada tahun 1980-an.1

2. Pengertian Wacana
= Unit bahasa yang melebihi batas ayat, sama ada ayat, sejumlah ayat, ceraian,
bab, buku, siri buku, dan sebagainya yang menampakkan kesatuan dan hubungan
antara buah fikiran dan perkembangan fikiran (akliah).2
= Satuan bahasa yang terlengkap, tertinggi dan terbesar dalam hierarki
gramatikal (susunan tatabahasa), seperti dalam bentuk karangan yang utuh,
paragraf, ayat atau perkataan yang mengemukakan amanat yang lengkap;3 tidak
hanya terbatas kepada satuan kalimat (ayat), tetapi melibatkan satuan-satuan yang
lebih besar.4

Kesimpulan: Wacana merupakan unit bahasa yang lebih tinggi atau besar daripada ayat,
atau bentuk yang lebih daripada satu ayat, yang memperlihatkan kesatuan, hubungan,
http://dermagabmk1.blogspot.com 1

perkaitan atau pertalian maklumat secara berurutan, sama ada dikemukakan secara lisan
atau bertulis.

3. Fungsi Wacana
Penggunaan bahasa dalam konteks atau situasi yang sebenar.
Mewujudkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap;
menjadikan sesuatu pengucapan atau penulisan itu utuh.
Memudahkan pemahaman, kerana idea lengkap, berhubung kait. dan dihubungkan
dengan teratur.

1 Wong Khek Seng. Kesinambungan Topik dalam Bahasa Melayu. KL: DBP (1995:6-15)
2 Asmah Haji Omar. Analisa Wacana (Bahagian Pertama) dlm. Dewan Bahasa, Mac (1980:11)
3 Harimurti Kridalaksana. Kamus Linguistik Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia (1984:208)
4 Harimurti Kridalaksana. Keutuhan Wacana dlm. Dewan Bahasa, Julai (1978:507)
4. Ciri Wacana
4.1 Mempunyai keutuhan: adanya kohesi dan koheren

(a) Memperlihatkan kohesi / tautan


Kohesi/Tautan = satuan yang menunjukkan hubungan erat atau
keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesuatu wacana.

Saya dan keluarga pulang ke kampung. Dalam perjalanan, hujan turun

dengan lebatnya. Keadaan itu menyebabkan kami tiba lewat di sana.

(b) Terdapatnya koheren / runtutan


Koheren/Runtutan = kesinambungan idea dalam sesuatu wacana.
Susunan teratur
Isi/maklumat disampaikan dengan kemas dan rapi
Makna jelas dan difahami

Guruh semakin kuat. Dentumannya seperti hendak merobohkan pondok


buruk itu. Hujan juga kian menggila. Kami tidak dapat ke mana-mana.

4.2 Ciri lain:


(a) Mempunyai tujuan.
Tujuan akan menentukan jenis ayat yang digunakan, sama ada ayat tanya, ayat suruhan,
http://dermagabmk1.blogspot.com 2

dan sebagainya.

(b) Wujud hubungan penutur-pendengar / penulis-pembaca.

(c) Mengandungi maklumat:


(i) Maklumat baharu.
= Maklumat yang belum ada dalam ayat atau bahagian sebelumnya.
(ii) Maklumat tidak bertentangan.

5. Penanda Wacana
Penanda wacana = perangkai ayat dengan ayat, dan perenggan dengan perenggan, yang
menunjukkan wujudnya kesinambungan idea dengan ayat yang sebelumnya.
5.1 Penanda Penghubung
= Untuk menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa,
dan ayat dengan ayat.

Jenis /
Fungsi Perkataan Contoh
Penghubung
Akhirnya Sehubungan
Lagi pula dengan itu
Begitu juga
Tambahan Pertama Selain itu
Dalam pada itu
Sehubungan Tambahan lagi
Di samping itu
dengan hal itu
Kemudian Tambahan pula
Walau
Akan tetapi
Namun demikian bagaimanapun
Biarpun
Tentangan Sebaliknya Walaupun
Biarpun begitu
Sebernarnya Walaupun begitu
Meskipun
Sungguhpun Walaupun
Namun begitu
demikian
Maka Lantaran itu Oleh hal demikian
Musabab Jadi Oleh sebab itu Dengan demikian
Akibatnya Oleh itu Namun demikian
Akhirnya Kesimpulannya Ringkasnya
Kesimpulan Dengan kata lain Pendek kata Secara ringkasnya
Jadi Pendeknya
Akhirnya Pada waktu itu Selepas itu
Tempoh
Kemudian Selanjutnya Seterusnya

5.2 Penanda Rujukan


http://dermagabmk1.blogspot.com 3

= Hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk.


Kata rujukan terdiri daripada:
Kata ganti nama diri orang: dia, mereka, kami, kita, baginda, beliau
Kata ganti nama tunjuk: itu, ini, tersebut

Tiga orang pelajar memenangi pertandingan roket air. Mereka akan


mewakili daerah.
Jalan di depan rumahnya sudah lama rosak. Jalan itu belum dibaiki.

5.3 Penanda Penggantian

= Penggantian suatu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana yang sama

Nageri Terengganu menghantar seratus orang atlet dalam persaingan


Sukma kali ini. Mereka termasuklah pelumba basikal, pelari, pemain
hoki dan petinju.
5.4 Penanda Leksikal

= Pengulangan unsur bahasa, termasuklah kata, sinonimnya, dan kolokasi.

(a) Pengulangan kata

Ponteng semacam sudah menjadi darah dagingnya. Setiap minggu dia


pasti akan ponteng dua hari. Memang luar biasa kalau dia tidak
ponteng.

(b) Pengulangan sinonim

Dia memandang kami seketika. Selepas itu, dia menoleh ke arah


seberang jalan. Kami hairan melihat gelagatnya.

(c) Pengulangan kolokasi

Pencerobohan hutan mengakibatkan habitat hidupan liar musnah.


Kera, rusa, babi dan burung terpaksa berpindah ke kawasan lain.

5.5 Penanda Elipsis (Pengguguran)

= Penghilangan atau peniadaan kata atau frasa yang disebut sebelumnya.

Pak Johari bangun, lalu ( ) bergerak ke belakang rumah. Panggilan


Mak Gayah tidak dihiraukan ( ).
Mereka membeli alas meja, ( ) kain langsir, ( ) permaidani, dan
http://dermagabmk1.blogspot.com 4

juga ( ) kertas dinding untuk mengindahkan rumah sewa itu.

6. Hubungan Wacana dari Aspek Semantik


= Hubungan dari aspek kesepaduan makna, dilihat antara bahagian wacana,
keseluruhan wacana, situasi wacana, dan unsur paralinguistik yang terdapat dalam
wacana.5

5 Goay Teck Chong, et al. Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas 1. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd. (2011:127)
(a) Hubungan sebab dan akibat.

Wanita itu selalu memarahi anaknya. Anaknya lari dari rumah.


Dia terpelecok ketika melalui tebing itu. Buku lali kakinya cedera.
Pemain itu tidak bersemangat. Dia kalah dengan teruknya.

(b) Hubungan sebab dan hasil.

Budak itu sangat rajin. Dia dapat menjawab semua soalan dengan baik.
Ayah sentiasa berjimat-cermat. Sekarang dia dapat membeli rumah.
Atlet itu memecut dengan lajunya. Dengan itu dia dapat memotong atlet lain
dan memenangi perlumbaan itu.

(c) Hubungan sebab dan tujuan.

Kami tidak datang esok. Kami mahu membantu ibu.


Rosli berlalu lebih awal. Dia takut akan ketinggalan bas.
Emak menghalau kucing itu. Dia tidak mahu kucing itu mencuri ikannya.

(d) Hubungan latar dengan kesimpulan

Tiang itu sukar untuk dipotong. Tiang itu dibuat daripada kayu cengal.
Sungguh bersih kawasan itu. Rupa-rupanya sentiasa dijaga oleh ibunya.
Enak sekali masakan itu. Rupa-rupanya kuih itu buah tangan chef terkenal.
http://dermagabmk1.blogspot.com 5

(e) Hubungan syarat dan hasil

Kita perlu menyelesaikan hal ini dengan cepat. Dengan itu kita dapat
menyelamatkan keluarga kamu.
Kamu harus bekerja keras. Tentu kamu akan berjaya
Kita wajib menjaga kebersihan diri. Dengan itu kita akan sentiasa sihat.

(f) Hubungan perbandingan

Budak itu memang bijak. Kakaknya lebih bijak.


Kamu sungguh kaya. Namun, kamu tidaklah sekaya mentua kamu.
Pegawai itu amat cekap. Dia lebih cekap daripada pegawai sebelumnya.
(g) Hubungan memperkuat isi

Jiran itu sangat baik hati. Dia sanggup melunaskan hutang kami, dan
menjaga anak kami.
Anak yatim itu sangat lapar. Dia menghabiskan semua hidangan,
malahan minta ditambahkan.
Kemalangan tadi sangat dahsyat. Kedua-dua kenderaan remuk sama
sekali, manakala semua penumpang terbunuh.

(h) Hubungan aditif6

Saya sudah menyiapkan kerja saya. Saya sangat penat. Saya perlu tidur
sekarang.
Kita telah menunggu waktu ini begitu lama. Mari kita nikmatinya sekarang.
http://dermagabmk1.blogspot.com 6

6 Ahmad Khair Mohd Nor, et al. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia (2012:484)

Anda mungkin juga menyukai