Anda di halaman 1dari 43

1.

0 Pendahuluan Umum

1.1 Buku
Tajuk : Teori dan kritikan sastera pascamodenisme / Mana Sikana.
Penulis : A. Rahman Hanafiah (Abdul Rahman Hanafiah).
Penerbitan : Fajar Bakti, Shah Alam 1998.
Bilangan Muka Surat : 374
Genre : Kesusasteraan Melayu/ Kajian Sejarah dan Kritikan
Siri :Kajian Sastera Fajar Bakti
Isi : Sastera pascamodenisme & Teori kritikan pascamodenisme

Gambar 1
Buku Teori dan Kritikan Sastera Pasca Modenisme

Gambar 2
Mana Sikana atau Abdul Rahman Hanapiah

1.2 Penulis

1
Mana Sikana atau Abdul Rahman Hanapiah dinobatkan sebagai Sasterawan
Perak oleh Kerajaan Negeri pada 23 Jun 2004 . Mana Sikana mula menulis pada
sekitar tahun 60-an dan pernah memenangi hadiah cerpen; Kawan yang Berbudi
dan yang Berduri bernilai seratus ringgit menerusi Berita Harian pada tahun
1964. Kemenangan ini telah menggalakkan Mana Sikana untuk menulis karya
sastera, bukan hanya cerpen tetapi genre lain seperti rencana dan kritikan
drama.

Mana Sikana menulis dalam banyak genre sastera kreatif serta kertas
penyelidikan tentang kesusasteraan Melayu moden. Selaku pengarang dan
pengkaji, Mana Sikana seorang pengkarya yang prolifik, tepu dengan falsafah dan
pemikiran kontemporari dalam karya-karya kreatif yang dihasilkan. Mana
Sikana memiliki banyak nama pena yang digunakan sewaktu pada peringkat
awal kegiatan penulisannya seperti Abd Rahman M.S; Anakis Anam, Reihman
M.S; Ustaz Abd. Rahman al-Mana @ al-Senawari.

Walau bagaimanapun, nama Mana Sikana lebih dominan dan menjadi


sinonim dengan diri beliau dan masyarakat sastera serta pembaca karyanya
amat mengenali nama ini berbanding dengan nama sebenarnya. Sepanjang
penglibatan Mana Sikana dalam dunia penulisan tanah air, beliau telah banyak
merangkul hadiah dan anugerah. Beliau pernah memenangi anugerah Seri
Angkasa bagi skrip drama radio dan Tv terbaik (1973), Penulis Terbaik Dewan
Sastera (1978), Hadiah Sastera UKM (1978), Hadiah Sastera Nasional untuk
cerpen dan kritikan sastera (1978 dan 1982).

2.0 Ulasan Bab Buku

2
Buku ini diberi nama Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Buku ini

dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu yang pertamanya adalah sastera,

pascamodenisme dan kedua pula teori kritikan pascamodenisme. Bahagian pertama

buku ini membincang dan menjelaskan tentang persoalan sastera pascamodenisme

iaitu dari segi penghuraian definisi, konsep dan teks-teks karya kreatifnya.

Selain itu, kaitan sastera pascamodenisme dengan dunia kritikan dan

kesarjanaan serta aplikasi dalam penulis akademik turut dibincangkan dalam

bahagian ini. Seterusnya, penjelasan tentang teks-teks sastera Melayu yang telah

meresapi atau penggunaan kaedah penulisan teks kreatif pascamodenisme turut

diberikan. Akhir sekali, kedudukan sastera pascamodenisme telah dihuraikan

daripada pandangan Islam.

Bahagian kedua buku ini pula menjelaskan tentang Teori Kritikan

Pascamodenisme. Dalam bahagian kedua ini, penulis telah mengkompilasikan

semua teori yang dilahirkan pada zaman pascamodenisme. Iaitu bermula dengan

dekonstruksi, semiotik, intertekstualiti, resepsi, feminisme, psikoanalisis,

fenomenologi, hermeneutik, marxisme, historisisme baru dan yang terakhir sekali

teksdealisme. Kesemua teori dibincangkan darisegi aspek definisi, konsep, prinsip,

kriteria dan cara aplikasinya.

Jelas terbukti bahawa sastera Melayu telah melahirkan banyak teks berunsur

pascamodenisme. Pengarang-pengarang besar seperti Muhammad Haji Salleh,

Shahnon Ahmad, A.Samad Said, Arena Wati, Noordin Hassan, Kemala, Anwar

Ridhwan dan ramai lagi telah menghasilkan teks-teks eksperimental sifatnya.

3
Hakikatnya, perkembangan ini telah menunjukkan bahawa sastera kita telah

memasuki dunia pascamoden.

3.0 Ulasan Kandungan Buku

4
Dalam bahagian pertama iaitu Sastera Pascamodenisme, ada enam tajuk. Pertamanya,

Sastera Pascamodenisme, Konsep dan Pengertian, kedua pula teks-teks Sastera Kreatif

Pascamodenisme, ketiga Teori Sastera Pacamoden: Kritikan dan Kerjasama, keempat,

Teori Pascamoden dan Penulisan Akademik, kelima Sastera Pascamodenisme dan

Aplikasinya dalam Sastera Melayu, keenam Sastera Pascamodenisme dan Pandangan

Islam.

Tajuk pertama adalah Sastera Pascamodenisme: Konsep dan Pengertian. Kita sedar

subjek pascamodenisme di negara kita adalah suatu fenomena yang relatif dan baharu,

malah masih ada orang yang belum mengenali konsep pascamodenisme. Justeru penulis

mengambil langkah pertama iaitu menjelaskan beberapa konsep yang berkaitan

pascamodenisme. Menurut Christopher Norris dalam bukunya The Truth about

Postmodernism (1996) kehadiran pascamodenisme dapat dikesan melalui tiga tunjang

dasar tujahan istilah-istilah, iaitu istilah pascastrukturalisme, istilah pascamodenisme

dan istilah pascamodenisme budaya. Tajuk ini akan menjelaskan konsep dan ciri-ciri

pascamodenisme mengikut tiga istilah tersebut.

Contohnya, istilah pascastrukturalisme, ia merujuk kepada pemikiran yang muncul

selepas kemunculan teori strukturalisme. Istilah teori pascamoden, pula sering

dikaitkan kepada beberapa ilmuwan sosial yang mengembangkan idea bahasa negara-

negara maju yang kini telah memasuki zaman pascaindustri. Istilah pascamodenisme

budaya merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan estetik dan artistik, iaitu

tentang suatu konsep keindahan yang baru. Tiga subjek utama yang menjadi ciri

pascamodenisme iaitu pertama dekonstruksionisme, kedua relativisme dan pluralisme.

Tajuk pertama membincangkan tentang konsep dan definisi pascamodenisme,

Selain itu, dihurai juga tentang teks-teks yang dikatakan mempunyai unsur-unsur teks

5
pascamoden. Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut tajuk kedua membincangkan

teks-teks tersebut dengan lebih mendalam agar dapat mengetahui ciri -ciri dan sifatnya.

Tajuk ini akan membincangkan teks intertekstual, semiotik, parodi, petikan-petikan dan

sebagainya. Di samping itu, ia turut membincangkan beberapa teori baru yang muncul

dalam dunia teks hari ini.

Tajuk ketiga ialah Teori Sastera Pascamoden Kritikan dan Kesarjanaan. Dalam

penulisan akademik hari ini, terutamanya dalam bidang sastera moden yang bersifat

penelitian tekstual seperti penulisan esei, kritikan, latihan, ilmiah, projek sarjana, tesis

sarjana dan kedoktoran serta lain-lain lagi sudah menuntut penggunaan teori. Teori itu

dijadikan landasan untuk menganalisis teks-teks dan kajian itu pula lebih dituntut demi

perkembangan epistemologi. Sastera menggunakan teori yang baharu supaya ia mampu

menghasilkan analisis dan dapatan yang baru juga. Oleh itu, tajuk ini dibahagikan

kepada empat bahagian iaitu teori sastera pascamoden, esei sebagai teks akademik,

aplikasi teori pascamoden dan cabaran serta pembentukan diri sarjana.

Tajuk keempat merupakan Teori Sastera Pascamoden dan Penulisan Akademik.

Dalam tajuk ini penulis memperkenalkan konsep perkataan teori dan seterusnya

menghuraikan tentang beberapa teori sastera. Selain itu, terdapat beberapa aplikasi

teori dan persiapan seorang sarjana dalam bahagian dua ini. Pendapat penulis, teori

memberi arahan, haluan atau jalan yang hendak dituju menggambarkan bahawa teori

ini berupaya menentukan hala tuju atau arah agar kajian mengecapi matlamat. Penulis

juga memperkenalkan penulisan akademik. Katakanlah bahan telah tersedia dan teori

telah ditentukan, maka kerja yang perlu dibuat adalah proses penulisan. Bab ini

terutamanya untuk menganalisis teori sastera dalam penulisan akademik.

6
Sastera Pascamodenisme dan Aplikasinya dalam Sastera Melayu merupakan tajuk

kelima dalam bahagian pertama. Pascamodenisme sama dengan modenisme adalah

istilah yang abstrak, tetapi telah mengatur bentuk-bentuk pandangan dunia dan sistem

berfikir manusia terkini. Pascamodenisme memperolehi namanya bukan dengan jalan

mudah, apalagi untuk membuktikan anjakan sejarahnya. Tajuk ini menghuraikan

perkembangan teks pascamodenisme dan aplikasi pascamodenisme dalam sastera

Melayu. Penulis juga mengambil beberapa contoh untuk membuktikan keadaan ini.

Penulis berkata, meskipun kehadiran pascamoden dalam beberapa keadaan tidak

difahami dan ada waktunya ditentang, tetapi penulis yakin kehadirannya tidak

dibendang. Negara memasuki era globalisasi dan multimedia, bereti dari segi

komunikasi kita sudah memasuki dunia pascamoden. Tidak syak lagi sastera

pascamoden Malaysia akan hadir dan menjadi arus perdana sastera.

Tajuk akhir adalah Sastera Pascamodenisme dan Pandangan Islam. Bahagian ini

membincangkan subjek sastera Islam dan peranan yang perlu dimainkan oleh penulis-

penulis Muslim dan menangani cabaran-cabaran yang muncul pada zaman sekarang.

Zaman terkini penulis rujuk kepada period selepas zaman moden atau apa yang

terkenal dengan istilah pascamoden. Dalam bahagian ini, memperkenalkan seorang

tokoh reformis Islam yang terkenal pada zaman pascamodenisme, iaitu Encik Hassan

Hanafi. Isi bahagian ini juga berdasarkan pendapat Hassan Hanafi tentang pandangan

Islam.

Dalam bahagian ini, kita boleh melihat apa yang dirancang oleh Hassan Hanafi

dalam Kifi Islam, merupakan salah satu usaha Muslim mengatasi masalah-masalah yang

muncul sebagai akibat modenisasi. Sehingga kini Islam sangat berkait erat dengan

transformasi bentuk-bentuk pengetahuan dari modenisme ke postmodenisme. Ketika

7
kita membincangkan sistem pemikiran yang mengarah pada kritik, terdapat modenitas,

maka secara definitif di dalam Kiri Islam terdapat sistem berfikir yang relasional. Lebih

jauh lagi, analisis yang menggunakan trend postmodenisme akan banyak hasilnya

ketika mengkaji hubungan-hubungan kekuasaan. Konfrontasi antara dunia Islam dan

Barat, dalam kata lain, adalah relasi kekuasaan. Terdapat kekuasaan Barat merasuk ke

dalam dunia Islam. Bagaimana? Analisis postmodenisme akan banyak membantu kita

meneliti masalah ini.

Seterusnya kita akan lihat bahagian kedua buku ini. Bahagian kedua buku ini diberi

nama Teori Kritikan Pascamodenisme. Bahagian kedua pula dibahagikan kepada

sebelas teori. Antaranya, teori Dekonstruksi, Semiotik, Intertekstualiti, Resepsi,

Pendekatan Feminisme, Psikoanalisis, Hermeneutik, Pendekatan Marxisme, Teori New

Historisisme, Teksdealisme dan yang terakhir Teori Fenomenologi. Secara ringkasnya,

dekonstruksi membawa maksud pembinaan semula sebuah teks baru terhadap teks-

teks lama, yang kadang-kadang susah untuk dikesan.

Menurut Derrida iaitu pelopor teori Dekonstruksi di belakang sesebuah teks

selalunya ada kenyataan. Kenyataan itulah sebenarnya yang mendorong lahirnya

sesebuah teks. Maka pengkritik haruslah mencari kenyataan-kenyataan tersebut untuk

memahami teks yang dibaca atau usaha untuk menulis teks yang lebih baharu.

Dekonstruksi sangat menghormati dan meletakkan kekuasaan bahasa dalam

pembinaan sesebuah teks sastera. Kini dekonstruksi telah dianggap salah sebuah teori

kritikan yang penting. Walaupun dasar pemikirannya sangat kompleks tetapi dikatakan

berhasil untuk melihat jati diri pengarang dan keunggulan sesebuah teks sastera serta

membantu khalayak untuk memahami teks yang dibacanya.

8
Seterusnya, teori kedua pula adalah semiotik. Analisis keseluruhan teori semiotik

menunjukkan bahawa kita memperolehi makna daripada tanda-tanda yang dilekatkan

dalam mana-mana teks sastera. Satu kelemahan semiotik adalah penetapan tanda-tanda

itu kadang-kadang tidak sama dan ini akan mendedahkan kepada pemaknaan yang lain

pula. Walau bagaimanapun, semiotik dapat membantu kita mencari makna-makna

dalam karya terutamanya karya-karya yang kaya dengan tanda-tanda yang sengaja

digunakan oleh pengarang.

Teori yang ketiga dihuraikan dalam bahagian kedua adalah teori Intertekstualiti.

Dalam konteks pengertian intertekstualiti, defamiliarisasi ialah usaha pengarang untuk

melahirkan unsur-unsur luar biasa dengan melakukan beberapa perubahan terhadap

teks yang telah dibacanya seperti penyimpangan dari segi makna atau perubahan

peranan watak dalam sesebuah karya. Perubahan dalam defamiliarisasi adalah

perubahan-perubahan yang menimbulkan kelainan daripada teks asalnya dengan

tujuan untuk memberi penekanan atau pengertian yang baru. Kadang-kadang kerana

hendak melahirkan keluarbiasaan itu, penyimpangan atau perubahan terhadap teks

yang dilakukan oleh pengarang itu terasa jauh berbeza dan adakalanya dilebih-

lebihkan.

Seterusnya, Teori Resepsi bermakna bagaimana ‘pembaca’ memberikan makna

terhadap karya sastera yang dibacanya, sehingga dapat memberikan reaksi atau

tanggapan terhadapnya. Tanggapan itu pula, boleh bersifat pasif dan juga aktif.

Tanggapan yang pasif ialah, bagaimana seorang pembaca dapat memahami karya itu

atau dapat melihat hakikat estetika yang ada di dalamnya. Sifat aktif pula bermaksud

bagaimana pembaca merealisasikannya. Justeru itu Icita dapati bahawa Teori Resepsi

mempunyai makna dan lapangan yang luas dengan berbagai-bagai kemungkinan.

9
Teori seterusnya yang dikupas adalah, pendekatan feminisme. Feminisme sebagai

falsafah dan gerakan dapat dikesan dalam sejarah kelahirannya dengan kelahiran Era

pencerahan di Eropah yang dipelopori oleh Lady Mary WortleyMontagu dan Marquis de

Condorcet. perkumpulan masyarakat ilmiah untuk perempuan pertama kali

dilangsungkan di Middelburg, sebuah bandar di selatan Belanda pada tahun

1785.Menjelang abad 19 feminisme lahir menjadi gerakan yang cukup mendapat

perhatian para perempuan kulit putih di Eropah. Perempuan di negara-negara penjajah

memperjuangkan apa yang mereka sebut sebagai universal sisterhood.Kata feminisme

dikreasikan pertama kali oleh aktivis sosialis utopia, Charles Fourierpada tahun 1837.

Pergerakan center Eropah ini berpindah ke Amerika dan berkembang pesat sejak

penerbitan John Stuart Mill, the subjection of Women (1869).

Perjuangan mereka menandakan kelahiran feminisme. Pada awalnya gerakan ini

memang diperlukan pada masa itu, di mana ada masa-masa perjuangan terhadap

kebebasan perempuan. Sejarah dunia menunjukkan bahawa secara umum kaum

perempuan (feminin) merasa rugikan dalam semua bidang dan melalui talian duakan

oleh kaum lelaki (maskulin) khususnya dalam masyarakat yang patriarki sifatnya.

Dalam bidang-bidang sosial, pekerjaan, pendidikan, dan lebih-lebih politik hak-hak

kaum ini biasanya memang lebih inferior berbanding apa yang dapat dinikmati oleh

lelaki, apalagi masyarakat tradisional yang berorientasikan Agriculture cenderung

menempatkan kaum lelaki di depan (luar rumah) dan kaum perempuan dirumah.

Di samping Teori Feminisme, penulis juga menghurai tentang Psikoanalisis.

Pendekatan psikologi adalah di antara pendekatan kritikan sastera yang terbesar dan

sentiasa berkembang dengan mendapat pandangan dan aliran-aliran terbaru. Dari

zaman moden hinggalah memasuki zaman pascamodenisme, pendekatan psikologi

10
terus melahirkan beberapa teori dan aliran kritikan. Di antara sekian banyak dapatan

dan penemuan baru itu sama ada yang bersetuju dengan Freud atau menentangnya atau

mengembangkannya ialah aliran teori Herold Bloom dan Jacques Lacan. Teori Bloom

dikenali dengan nama revisionisme yang memfokus tentang kepengaruhan dan kesan-

kesannya dalam penciptaan karya dan kritikan, sementara Lacan dinamakan dengan

teori psikoanalisis Lacan yang membincangkan kesedaran pengarang dan hubungannya

dengan penciptaan dan kritikan.

Secara ringkasnya, penulis menghuraikan hermeneutik yang berasal daripada

istilah keagamaan bertukar menjadi sains interprestasi sastera dan mempunyai kaedah

penilaiannya yang tersendiri. Seterusnya kita dapat menyaksikan beberapa tokohnya

telah melakukan pengembangan terhadap pendekatan hermeneutik ini. Sebagai teori

kritikan sastera pascamodenisme, hermeneutik telah memberi sumbangan kepada

suatu cara penilaian teks sastera terbaru.

Pendekatan Marxisme melihat kesusasteraan itu dari lima jenis model atau koda

yang mempunyai alat yang dapat menghubungkan kesusasteraan dengan realistik

sosial. Kelima-lima model yang dimaksudkan itu ialah model pencerminan, model

penerbitan, model pengetahuan negatif, model genetik dan model yang berpusatkan

bahasa. Teori Marxis agak ketinggalan apabila kita tidak membicarakan kekreatifan

pengarang sebagai aspek yang penting dalam proses penghasilan karya sastera.

Selain itu, penulis juga membincangkan tentang Teori New Historisme. Teori ini

mengkaji sastera dengan kaca mata sejarah yang baru. Ia dikatakan dengan kaca mata

sejarah yang baru, kerana pada zaman modenisme dahulu sudah ada sebuah

pendekatan yang dinamakan teori sejarah. Untuk beberapa abad terutamanya abad ke-

18 dan ke-19 teori kritikan sejarah sangat dominan dan dianggap satu-satunya yang

11
sangat sesuai berhadapan dengan teks-teks beraliran romantisisme. Sejak kelahiran

teori kritikan berorientasikan formalisme teks seperti teori formalistik, The New Critics

dan structural, pendekatan sejarah mula kehilangan daulatnya.

Teori seterusnya yang dihurai adalah Teksdealisme. Teori teksdealisme atau

teori keunggulan mendefinisikan teks sebagai susunan idea dan pengalaman yang

mengandung makna berlapis-lapis dengan mempunyai sifat-sifat keunggulannya.

Keunggulan bererti teks mempunyai nilai dan mutu yang tinggi. Setiap teks juga

mempunyai sifat-sifat keunggulannya yang tersendiri. Teksdealisme ialah rangkuman

daripada dua kosa kata ‘teks’ dan ‘idealisme’ menjadi ‘teksdealisme’. Idea dan

pengalaman adalah asas kepada penghasilan teks yang unggul. Menurut teori ini, idea

adalah lintasan-lintasan pemikiran yang bergema dalam kesedaran pengarang yang

mengembang, mematang dan akhirnya dijelmakan dalam bentuk teks kreatif.

Pengalaman pula ialah sumber yang mencetuskan idea tersebut. Oleh itu dalam

menghasilkan teks kreatif, pengalaman memainkan peranan yang amat penting.

Akhirnya, dalam bahagian dua buku ini beliau menghurai dan menjelaskan

tentang Teori Fenomenologi. Fenomenologi merupakan satu aliran pemikiran

kesusasteraan yang muncul di Jerman pada awal abad yang ke-20. Mulanya aliran ini

adalah hasil daripada satu pemikiran falsafah yang diketengahkan oleh Edmund Husserl

lahir disebabkan oleh kelemahan ilmu sains yang tidak dapat menjawab pertanyaan-

pertanyaan tentang sesuatu objek dengan lebih objektif. Fenomenologi merupakan

sebuah kaedah pembacaan karya sastera dengan menyandarkan bacaannya dan

menghuraikan sebuah hasil kesusasteraan itu daripada dua aspek. Pertama, seorang

pengkaji yang dilengkapi dengan kaedah pembacaan ini akan menumpukan perhatian

sepenuhnya kepada teks. Kedua, selain menumpu perhatian kepada teks, pengkaji juga

12
harus memperincikan kajian mereka kepada keseluruhan aksi atau perlakuan yang

terlibat sewaktu berinteraksi dengan teks berkenaan dengan pertimbangan yang

saksama dan penuh kesedaran.

Dengan ini, jelaslah bahawa sebanyak sebelas teori telah dibincangkan dalam

bahagian kedua buku ini. Teori-teori ini sangat penting dalam ilmu kesusasteraan.

Sebelas teori memang memainkan peranan penting dalam membuat kritikan sastera

serta mengembangkan sastera ke peringkat baharu. Pelbagai kritikan, aspek, definisi

serta pelopor-pelopor telah dinyatakan dan dibincangkan supaya pembaca dapat

memahami dengan lebih lanjut.

5.0 Ulasan Buku

13
Seperti mana yang sedia maklum buku Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme

mempunyai dua bahagian. Bahagaian pertama yang dinamakan Sastera

Pascamodenisme merangkumi enam tajuk yang berbeza dan dalam bahagian kedua

iaitu Teori Kritikan Pascamodenisme pula dibahagikan kepada sebelas teori. Dalam

tugasan ini kami telah memilih dua tajuk dalam bahagian pertama dan dua teori dalam

bahagian kedua untuk membuat ulasan. Setelah membuat ulasan kami telah sertakan

kebaikan dan kelemahan bahagian tersebut. Berikut merupakan ulasan bahagian

pertama buku:

I) Ulasan Teori Pascamoden dan Penulis Akademik (Bahagian Pertama)

Dalam bahagian pertama, saya memilih tajuk keempat iaitu Teori Pascamoden dan

Penulis Akademik dan tajuk keenam iaitu Sastera Pascamodenisme dan Pandangan

Islam untuk membuat ulasan. Tajuk keempat memberi saya pemahaman yang baik

tentang penulisan akademik. Penulisan akademik memerlukan kajian dan penyelidikan

yang pelbagai jenis lakunya, termasuk penyelidikan perpustakaan, kerja lapangan dan

sebagainya; kursus metodologi penyelidikan menjelaskan pelbagai cara penyelidikan.

Fokus saya bukan hendak menerangkan cara menyelidik, tetapi yang penting untuk

sebuah penulisan akademik seharusnya ia dimulai dengan penyelidikan. Ertinya, sebaik

sahaja sebuah tajuk kerja ilmiah diberikan, tugas pertama adalah memahami keperluan

tajuk dan terus melakukan penyelidikan semaksimum mungkin.

I) Tajuk

14
Tajuk-tajuk penulisan akademik biasanya akan menentukan teori yang bakal

digunakan. Pada dasarnya, penulisan yang menilai tentang teks-teks sastera

kreatif memerlukan teori sebagai landasan perbicaraan.

II) Teori

Kita sedar menguasai teori bukanlah mudah apatah lagi teori pascamoden

yang banyak ditulis secara abstrakiah dan filosofikal teori itu. Sememangnya

kita mempelajari pelbagai teori termasuklah yang pascamoden bermula

dengan dekonstruksi hinggalah ke teksdealisme, tetapi jangan terperanjat

kadang-kadang apa yang kita katakan kita telah menguasai itu hanya yang

sipi-sipi dan dasar-dasar sahaja.

III) Keseriusan

Untuk menghasilkan sesebuah penulisan akademik memerlukan keseriusan.

Ertinya usaha menghasilkan sesebuah penulisan yang bersifat akademik

mestilah dibuat secara bersungguh-sungguh dan penuh dengan

ketelitian.Sesebuah penulisan itu tidak boleh dianggap sebagai telah mencapai

tahap akademiknya jika penulisan itu tidak mematuhi beberapa syarat atau

peraturan yang perlu dipatuhi dalam penulisan akademik. Peraturan tersebut

seperti berikut:

 Objektif, berdasarkan data, pemikiran, falsafah,

 Rasional, logik, mantik dan berpegang kepada kebenaran

 Menghaplologi emosi dan egoistik ilmiah

 Sering dimulai dengan hipotesis

 Mengalami proses deduktif, induktif, analisis dan tesis

15
 Merumuskan dapatan atau hasilan

Dalam konteks teori, ia memberi arahan, haluan atau jalan yang hendak dituju.

Secara keseluruhanya, ia menggambarkan bahawa teori berupaya

menentukan hala tuju atau arah agar kajian sampai ke matlamat dan memberi

arahan bolehlah disifatkan berpandukan kepada prinsip-prinsip yang

digariskan oleh teori tertentu.

Seterusnya kita mula melihat tentang penulisan akademik. Katakanlah bahan telah

tersedia dan teori telah ditentukan, maka kerja yang ada di hadapan sekarang ialah

proses penulisan. Biasanya kesemua jenis penulisan itu akan terikat kepada struktur,

adanya pendahuluan, analisis dan kesimpulan. Pendahuluan adalah bagaimana sesuatu

penulisan itu dimulakan, eksposisi kepada teks. Analisis adalah ruang lingkup yang luas,

mungkin di sini terdiri daripada beberapa bab yang akan menjadi medan pertempuran

ilmiah penulis; dan yang akhirnya adalah kesimpulan di mana segala penemuan dan

dapatan dirumuskan.

II) Ulasan Sastera Pascamodenisme dan Pandangan Islam (Bahagian

Pertama)

16
Dalam bahagian pertama ada satu tajuk yang istimewa, iaitu tajuk keenam, ia

mengaitkan sastera pascamodenisme dengan pandangan Islam. Malaysia adalah negara

Islam, apabila menggabungkan kepercayaan agama dan kesusasteraan sering

mempunyai kesan khas.

Pada hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pemikiran,

antaranya adalah fahaman pasca- modenisme. Era pascamodenisme menyaksikan

perubahan nilai terhadap keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia. Fahaman ini

disebarkan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan

maklumat. Fahaman pascamodenisme mementingkan manusia mempunyai kebebasan

diri tanpa perlu memikirkan pendapat orang lain. Pascamodenisme menjadi cabaran

kerana ia telah mempengaruhi dunia Islam. Penyerapan idea pascamodenisme ini ke

dalam jiwa dan pemikiran umat Islam berlaku dalam keadaan yang halus dan tersusun

sama ada secara disedari atau tanpa disedari oleh umat Islam. Masyarakat Malaysia

tidak terlepas daripada menerima kesan dan impak daripada idea pascamodenisme

yang berlaku di seluruh dunia.

Masalah-masalah yang dicetuskan era pascamodenisme tidak mungkin dapat

diatasi dalam jangka masa yang cepat. Namun perlu ada permulaan dalam usaha-usaha

untuk menanganinya. Metodologi pendidikan agama di negara ini harus mengambil kira

dan disesuaikan dengan pascamodenisme. Ianya perlu kepada soal pemikiran serta

falsafah sesuatu hukum itu dari sudut Barat dan juga agama Islam. Setakat mengajar

ilmu Fardhu Ain di sekolah-sekolah agama sudah tidak mencukupi bagi menangkis

hujah-hujah pasca-modenisme. Kerja-kerja dakwah juga harus berterusan. Cara

berdakwah pula biarlah ada peningkatan agar masyarakat sentiasa tertarik dan tidak

17
akan jemu. Dialog perlu diadakan dari semasa ke semasa agar isu-isu berkaitan umat

Islam dapat dibincangkan.

Ulasan bahagian pertama buku

18
Kekuatan

Bahagian pertama menjelaskan sastera pascamodenisme melalui konsep, teori asas dan

contoh khusus. Selain itu, ia meluaskan sastera pascamodenisme ke aspek lain, seperti

penulisan akademik dan pandangan Islam, ini juga memberikan pembaca dengan

pemikiran yang berbeza. Dalam bahagian ini, pembaca juga disediakan dengan banyak

contoh untuk membantu pembaca memahami konsep yang berkaitan lebih baik.

Kelemahan

Bahagian pertama sentiasa menggunakan contoh untuk menjelaskan pendapat penulis

buku ini. Dalam tajuk keenam, walaupun penulis juga menggunakan contoh-contoh

untuk menerangkan sastera pascamodenisme dan pandangan Islam, tetapi seluruh bab

dihuraikan mengikut pendapat seorang tokoh reformis Islam sahaja, Ini tidak

meyakinkan. Kalau boleh menggabungkan pendapat beberapa tokoh Islam untuk

menjelaskan bahagian ini dan sudah ia lebih meyakinkan.

III) Ulasan Pendekatan Feminisme (Bahagian Kedua)

19
Menurut penulis pendekatan feminisme merupakan perkembangan yang boleh dikira

mutakhir dalam sejarah perkembangan pendekatan kritikan sastera. Sebagai satu

pendekatan yang baharu dan mengandungi konsep feminis, ia kerap dipandang serong

dan disalah ertikan. Oleh kerana sikap ini, pendekatan ini jarang digunakan sehinggalah

hari ini. Sebenarnya bukan setiap satu yang berkaitan dengan feminisme adalah radikal

dan menentang lelaki secara melulu. Untuk menghayati sepenuhnya pendekatan ini dan

memanfaatkannya, konsep-konsep utamanya dan perbezaan antara konsep-konsep ini

dan penggunaannya perlu difahami dan diketahui.

Pergerakan pembebasan wanita atau kesedaran wanita telah bermula di Eropah

sejak abad ke-16 lagi. Menjelang abad ke-20, pergerakan ini dimantapkan dengan

kemunculan beberapa orang pemimpin wanita yang berwibawa dan amat berpengaruh.

Tidak juga kurangnya kemunculan pertubuhan-pertubuhan yang menuntut hak wanita

di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tahap awalnya, pertubuhan-

pertubuhan ini menumpukan perhatian kepada isu-isu politik sahaja. Lama-kelamaan,

pergerakan ini bercadang ke aspek lain dan dari situ, lahirnya pendekatan sastera

feminis. Pelopor feminis yang berwibawa dan disegani, Elaine Showalter

membahagikan secara perkembangan penulisan dan kritikan yang dihasilkan oleh

wanita kepada tiga tahap yang dikaitkan dengan istilah-istilah feminine, feminist dan

female.

Teori Sastera Feminisme wujud pada aliran Barat sebagai gerakan-gerakan yang

memperjuangkan hak-hak kaum wanita dan kedudukannya setaraf dengan kaum lelaki.

Perjuangan kaum wanita untuk melawan pandangan negatif terhadap mereka, akhirnya

berkembang menjadi aliran pemikiran yang berpengaruh dalam masyarakat di seluruh

dunia. Orang yang menganut fahaman feminism ini disebut sebagai feminis. Latar

20
penglibatan mereka berteraskan keupayaan untuk menimbulkan kesedaran kaum

wanita, memperjuangkan hak-hak yang sama taraf dengan kaum lelaki. Iaitu

membebaskan wanita dari belenggu negatif serta menampilkan imej wanita dalam

bentuk yang positif. Penglibatan mereka dapat ditinjau dan ditelusuri menerusi aliran-

aliran yang didukungi. Antara kelompok aliran feminisme yang wujud adalah

Feminisme Liberal, Feminisme Radikal, Feminisme Marxist/sosialis, Feminisme

multicultural/Global/Colonial, Feminisme Ecofeminist dan Feminisme Pasca Moden.

Tahap yang digelar oleh Showalter sebagai Feminine digunakan untuk dekad-

dekad 1840-80. Mengikut Showalter, pada tahap ini penulis wanita masih dipengaruhi

oleh andaian kaum lelaki tentang wanita, dengan tujuan untuk setanding dengan

pencapaian intelektual kaum lelaki. Pendek kata, pada tahap ini penulis wanita masih

menggunakan kayu ukur kebudayaan dominan lelaki sebagai garis panduan seni

mereka. Selain daripada pendirian ini, ramai penulis wanita pada tahap ini sering

menyembunyikan identiti mereka dengan menggunakan nama pena yang terdiri

daripada nama lelaki seperti George Eliot, Currer, Ellis dan Aetan Bell.

Perubahan besar dalam semangat perjuangan penulis wanita nyata terlihat pada

tahap kedua, iaitu tahap yang digelar Showalter sebagai feminis untuk dekad-dekad

1880-1920. Dekad-dekad ini sungguh penting kerana hak mengundi bagi wanita

diperoleh selepas satu protes perjuangan yang sungguh pahit diadakan. Lantaran itu,

kaum wanita berani menolak beberapa sikap yang dianggap feminine. Pengarang

wanita menggunakan kesusasteraan sebagai media untuk memaparkan ketidakadilan

yang dialami oleh mereka. Dalam karya-karya Elizabeth Gaskell yang ditulis pada tahun

1880-an, misalnya memperluaskan tema tentang pergelutan kelas serta kesan

perkembangan industri di England supaya merangkumi isu feminis. Pada tahap ini,

21
penulis wanita juga bertanggungjawab memupuk semangat perpaduan dalam kalangan

kaum sejenisnya.

Tahap ketiga dalam sejarah perkembangan pergerakan feminis digelar

Showalter kerana ingin menegaskan bahawa perkataan female bukan digunakan untuk

merujuk kepada makna biologi sahaja. Pada tahap yang bermula pada tahun 1920 dan

masih berterusan sehingga kini, para feminis ingin menolak peniruan dan protes, iaitu

nada penulisan tahap feminis. Mereka berpendapat kedua-dua peniruan dan protes

cuma merupakan dua bentuk kebergantungan yang masih mengikat wanita dengan

system penandaan kaum lelaki. Dalam tahap female, feminis yakin beralih kepada

pengalaman wanita yang autonomous dan berdikari. Pelopor-pelopor female Aesthethic

ini termasuk Dorathy Richardson dan Virginia Woolf.

Dalam menyelidik semula sejarah kritikan sastera yang dilahirkan oleh kaum

lelaki, feminist critique cuba menarik perhatian kita kepada isu serta pengarang wanita

yang tidak dimasukkan ke dalam sejarah. Dengan usaha begini, kritikan sastera feminis

mendedahkan rekahan-rekahan dalam struktur kritikan sastera kaum lelaki yang

selama ini tersergam kukuh. Feminist critique juga menganalisis wanita yang dieksploit

dan dimanipulasi, terutama dalam media popular.

Bahagian kedua adalah gynocritics. Gynocritics atau dalam bahasa Melayu

dipanggil sebagai Ginokritik merupakan satu istilah yang dipinjam daripada pengkritik

Perancis, lagynocritique. Pada dasarnya, bahagian ini memberi perhatian kepada wanita

sebagai penulis, iaitu ‘wanita sebagai penghasil maksud tekstual’. Ia mengalihkan

perhatian kepada sejarah, tema, genre, struktur dan karya yang ditulis oleh kaum

wanita. Isu yang dikaji melibatkan psikodinamik dalam gaya cipta wanita, linguistik dan

masalah membina suatu bahasa wanita. Ginokritik boleh dilihat sebagai suatu

22
percubaan untuk membebaskan diri dari ikatan kepada teori yang selama ini

merupakan batu asas sistem penandaan kaum lelaki.

Bagi menjelaskan keteraturan pemahaman yang lebih tuntas kritikan terhadap

wanita daripada sudut pandangan pengarang wanita, Showalter mengemukakan empat

model yang berteraskan empat aspek iaitu biologi, bahasa, psikologi dan budaya

sebagai landasan teoritikalnya. Empat model tersebut adalah:

1. Penulisan wanita dan biologi wanita

2. Penulisan wanita dan bahasa wanita

3. Penulisan wanita dan psikologi wanita

4. Penulisan wanita dan budaya wanita

Terdapat dua cabang psikologi yang dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan

iaitu psikologi pengarangnya dan psikologi watak-watak yang terdapat dalam sesebuah

karya. Contohnya drama, cerpen, novel, puisi dan lain-lain. Golongan feminis menolak

sama sekali teori psikologi yang dipelopori oleh Freud. Menurut mereka, teori tersebut

tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk dijadikan saduran hujah-hujah yang

diutarakan. Freud sentiasa menyatakan bahawa wanita mengalami tekanan perasaan

kerana kekurangan organ tertentu yang dimiliki oleh lelaki. Baginya nama wanita telah

mengalami gangguan mental dan cuba menemui psikiatrik untuk memulihkan tekanan

perasaan yang mereka hadapi.

Aspek sosial juga diberi perhatian kerana ia juga mempunyai kelainan apabila

dibincangkan daripada perbezaan jantina, iaitu lelaki dan wanita. Aspek kelainan inilah

yang dititikberatkan khususnya oleh golongan feminis untuk menjelaskan bahawa

terdapat perbezaan antara sosial kaum lelaki dengan sosial kaum wanita apabila

23
dicerminkan ke dalam sesebuah karya. Bidang pendidikan, didikan agama, status anak

dara merupakan antara aspek status yang selalu diperhatikan oleh masyarakat.

Aspek sosial wanita seterusnya ialah kelas sosial mereka yang dapat dikenal

pasti berdasarkan kriteria tertentu. Di Barat kelas sosial kaum wanita dikategorikan

berdasarkan kepada kelas bawahan, menengah dan atasan. Mereka yang

membahagikan kaum wanita kepada dua kelas sosial yang terbesar iaitu kelas bekerja

dan tidak bekerja. Sehubungan dengan itu, masyarakat Melayu juga tidak terkecuali

dalam kriteria ini kerana memang ada wanita yang berada dalam kategori kelas

bawahan, menengah dan atasan. Kesemua kriteria ini mempunyai kaitan dengan

mobiliti mereka termasuk pemikiran dan tindak-tanduk mereka yang akan

memancarkan citra dan menentukan taraf seseorang wanita itu.

IV) Ulasan Teori Semiotik (Bahagian Kedua)

24
“Semiotics is the theory and analysis of signs and significations. A semiotician like the

early Barthes sees social and cultural life in terms of signification, and therefor in terms

of the non-essential nature of objects.... Semiotics also studies the way that signs signify

– in the conventional literaty texts and legal documents, or in advertisements and bodily

conducts.” - John Lechte (1994: 121)

Bahasa merupakan alat komunikasi yang terpenting dalam kehidupan manusia.

Kata-kata yang dibentuk dalam bahasa diungkap melalui satu sistem perlambangan

yang dapat difahami secara lisan mahupun tulisan. Kesemua ini terungkap dalam

pertuturan, gerak laku mahupun perbuatan. Kadang-kala, lambang-lambang yang

digunakan dalam bahasa agak sukar difahami sehingga ianya memerlukan satu bentuk

kajian melalui disiplin yang tertentu. Maka, disiplin inilah yang diterapkan melalui

pendekatan semiotik. Ia adalah disiplin yang terbentuk hasil daripada gabungan

beberapa bidang ilmu lain termasuk antropologi, linguisitik, psikologi, sosiologi dan

beberapa lagi. Semiotik kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk kajian yang

bersifat saintifik.

Teori semiotik adalah di antara teori kritikan pascamoden yang penting dan banyak

digunakan kini. Ia memahami karya sastera melalui tanda-tanda atau perlambangan-

perlambangan yang ditemui di dalam teks. Teori ini berpendapat bahawa dalam

sesebuah teks itu terdapat banyak tanda dan pembaca atau penganalisis harus

memahami apa yang dimaksudkan dengan tanda-tanda tersebut.

25
Semiotik adalah sains yang mengkaji sistem perlambangan yang telah bermula sejak

zaman Greek lagi, iaitu; zaman Plato dan Aristotle. Kedua-dua tokoh tersebut telah

memulakan sebuah teori bahasa dan makna. Namun tidak lama selepas itu, teori ini

dirasakan tidak wajar, lalu kegunaan dan keunggulannya mula menjadi lemah. Namun,

pada abad ke 17, pendekatan semiotik mula mendapat perhatian John Locke, seorang

ahli falsafah Inggeris untuk menjelaskan doktrin perlambangan ketika itu. Kali ini,

kemunculan pendekatan semiotik beransur-ansur mendapat perhatian sehingga ia mula

mendapat tempat dalam kalangan tokoh-tokoh yang terkemuka seperti Ferdinand de

Saussure, seorang ahli linguistik Eropah dan Charles Sander Pierce, seorang ahli falsafah

Amerika pada abad ke 19. Kedua-dua mereka telah merintis jalan bagi mengkaji dan

menilai kesusasteraan melalui pendekatan semiotik.

Oleh kerana semiotik merupakan gabungan daripada disiplin-disiplin lain, telah

ada usaha dari Saussure untuk memantapkan kedudukannya agar dapat berdiri sebagai

satu disiplin yang autonomous. Sedikit demi sedikit, semiologi mula mendapat tempat

melalui tulisan-tulisan Roland Barthes. Ia tidak lagi dilihat sebagai sebuah teori yang

bersifat daerah yang hanya dibataskan kegunaannya untuk kajian bahasa dalam

kesusasteraan sahaja. Malah, ia dapat diaplikasikan dalam semua persoalan hidup yang

penuh dengan lambang dan perlambangan.

Maka Barthes telah berjaya memperluaskan skop serta peranan semiotik dengan

mengaitkannya dengan bahasa dan kesusasteraan. Menurut Barthes, bahasa

berpengaruh dalam semua aspek kehidupan dan ia boleh ditinjau melalui karya-karya

yang terhasil. Karya merupakan cerminan realiti sebenar yang diungkap dalam bentuk

tulisan.

26
Selain Barthes, semiotik merupakan satu bidang yang telah memikat ramai

tokoh-tokoh serta ahli falsafah seperti Umberto Eco, Algirdas Julien Greimas, Louis

Hjelmslev, Julia Kristeva, Charles Sander Pierce dan Tzvetan Todorov. Tokoh-tokoh

tersebut menggunakan pendekatan semiotik untuk mengkaji karya dari berbagai aspek,

iaitu daripada aspek perlambangan, imejan, ekspresi hinggalah ke aspek hermeneutik.

Dari situ, dapat dilihat bahawa pendekatan semiotik telah mendapat tempat dalam

kajian-kajian yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tersebut sehingga kekuatannya terbukti

apabila ia dapat digunakan secara meluas dalam kalangan para pengkaji.

Semieon adalah istilah yang digunakan oleh orang Greek untuk merujuk kepada

sains yang mengkaji sistem perlambangan atau sistem tanda dalam kehidupan manusia.

Daripada akar kata inilah terbentuknya istilah semiotik, iaitu kajian sastera yang

bersifat saintifik yang meneliti sistem perlambangan yang berhubung dengan

tanggapan dalam karya. Menurut Mana Sikana (1985: 175), pendekatan semiotik

melihat karya sastera sebagai satu sistem yang mempunyai hubungan dengan teknik

dan mekanisme penciptaan sesebuah karya Ia juga memberi tumpuan kepada

penelitian dari sudut ekspresi dan komunikasi.

Semiotik adalah sebuah disiplin ilmu sains umum yang mengkaji sistem

perlambangan dalam setiap bidang kehidupan. Ia bukan sahaja merangkumi sistem

bahasa, tetapi juga merangkumi lukisan, ukiran, fotografi mahupun pementasan drama

atau wayang gambar. Ia wujud sebagai teori membaca dan menilai karya dan

merupakan satu displin yang bukan sempit keupayaannya. Justeru itu, ia boleh

dimandatkan ke dalam pelbagai bidang ilmu dan boleh dijadikan asas kajian sesuatu

kebudayaan. Oleh kerana sosiologi dan linguistik merupakan bidang kajian yang

mempunyai hubungan antara satu sama lain, semiotik yang mengkaji sistem tanda

27
dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana yang mencerminkan budaya dan

pemikiran. Justeru, yang menjadi perhatian semiotik adalah mengkaji dan mencari

tanda-tanda dalam wacana serta menerangkan maksud daripada tanda-tanda tersebut

dan mencari hubungannya dengan ciri-ciri tanda itu untuk mendapatkan makna

signifikasinya. Ini dapat dijelaskan menerusi rajah berikut:

Semiotik boleh berhadapan dengan pelbagai genre. Ia berkebolehan untuk

memberikan penilaian yang adil dan saksama. Teori Semiotik beranggapan bahawa

sesebuah karya itu mempunyai sistemnya yang tersendiri, di mana, ia dapat

diperlihatkan melalui sistem tanda dan kod yang terjelma di dalamnya. Oleh yang

demikian, proses penciptaan yang melahirkan sistem karya itu juga menjadi penelitian.

Ini termasuk sistem di luar karya yang dibawa masuk ke dalam karya; atau lebih tepat

lagi kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan

tersebut.

Terdapat beberapa pengertian asas tentang perlambangan yang dikemukakan

dalam kalangan ahli tokoh-tokoh semiotik terutama dalam bidang linguistik dan

kesusasteraan umum. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, teori semiotik ini

sangat luas dan dipelopori oleh beberapa tokoh dengan skop yang berbeza-beza. Maka,

28
dalam pengkajian ini, teori semiotik yang dipelopori oleh Pierce akan digunakan.

Dengan itu, prinsip-prinsip yang seperti ikon, indeks dan simbol turut digunakan.

Pendekatan semiotik memerlukan penganalisis mencari penggunaan tanda-

tanda dalam sesebuah karya. Tanda-tanda tersebut diungkap melalui penanda,

mengikut paradoks dan kontradiksi penggunaan stail dan mekanisme penciptaan

sesebuah karya yang dikuasai oleh pengarang. Maka, penganalisis menggunakan

semiotik untuk memberikan makna bagi tanda-tanda dalam teks yang dikaji. Semiotik

melihat karya dalam perspektif yang lebih luas. Prinsip kedua daripada pendekatan

semiotik menuntut penganalisis memperhatikan hubungan sistem sesebuah teks yang

dikaji dengan sistem yang ada di luar teks tersebut; iaitu segala perkara yang membawa

kepada lahirnya teks tersebut. Ini merangkumi sistem hidup dan kebudayaan

masyarakat yang menjadi sumber inspirasi penghasilan teks yang dikaji.

Segala ungkapan atau tanda-tanda yang dicerakinkan dari dalam teks

memainkan peranan yang penting bagi kewujudan satu bentuk sistem dalam

pembinaan teks tersebut. Maka, prinsip ketiga dalam pendekatan semiotik memberi

penghargaan terhadap pengarang dan keperangannya. Ini menjelaskan bahawa

terdapat sebab bagi penggunaan setiap ungkapan yang dihasilkan dalam teks kerana

segalanya mempunyai pengertiannya yang tersendiri.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, kajian ini akan didasari oleh teori semiotik

yang dipelopori oleh Charles Sander Pierce. Pengkaji menganalisis teks dengan mencari

dan menilai tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks dan simbol. Ikon merujuk

kepada tanda-tanda yang menjadi bebayang, yang mirip mahupun yang menerupai

sesuatu benda atau perkara. Indeks pula merujuk kepada tanda-tanda yang terhasil

daripada sesuatu fenomena, simptom ataupun sesuatu perkara yang bersebab.

29
Manakala, simbol pula merujuk kepada perlambangan yang sedia difahami dan

membawa pengertian.

Dapat dirumuskan bahawa teori semiotik dipelopori oleh dua tokoh iaitu,

Saussure dan Peirce tetapi mempunyai cara yang agak berbeza; terutamanya dari segi

mentakrif hubungan antara tanda dengan petanda. Saussure lebih berpendapat

wujudnya dua hubungan dyadic sahaja. Manakala Peirce mengatakan terdapat tiga

hubungan antara tanda yang dikenali dengan hubungan trayadic. Pierce dianggap oleh

ramai pengkaji sebagai tokoh semiotik yang berjaya mengkategorikan lambang kepada

tiga iaitu lambang ikonik, indeksikel dan simbol. Oleh itu, semiotik Pierce dianggap lebih

bersistem daripada semiologi Saussure.

30
6.0 Tahap Keintelektualan Buku

Buku Sastera, Teori dan Kritikan Sastera menghimpunkan esei nukilan Mana Sikana

sekitar tahun 1990-an yang diterbitkan oleh Penerbitan Fajar Bakti melalui penerbitan

majalahnya, iaitu Dewan Bahasa dan Dewan Sastera. Bertepatan dengan judulnya yang

bersifat khusus bab-bab yang termuat dalam buku ini memiliki tema yang berkait rapat

dengan bidang sastera dan hampir setiap kali, tema-tema yang disentuh itu tidak

terlepas daripada berkaitan antara satu dengan yang lainnya. Antara tema utama yang

dapat dikesan termasuklah persoalan sastera pascamodenisme, Teori Kritikan

Pascamodenisme dan kesusasteraan. Sungguhpun tema-tema ini tidak diikat dalam

sebuah perbahasan panjang yang lebih komprehensif, namun, pancaran idea yang dapat

ditemukan dalam kesemua esei tersebut membentuk suatu keharmonian sepanjang

pembacaan.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama lebih

tertumpu kepada Sastera Pascamodenisme. Kebanyakan esei dalam bahagian ini ditulis

dengan mengkaji pelbagai sumber barat ataupun dikenali sebagai sumber primer.

Misalnya dalam esei “Sastera Pascamodeniseme dan Pandangan Islam ,penulis sedikit

sebanyak membahaskan dinamika kesusasteraan dan sifatnya melalui sudut pandang

Islam. Dalam hal ini, seseorang pengkarya dilihat sebagai individu yang turut serta

dalam perkembangan sastera serta memahami keadaan di sekelilingnya. Ringkasnya,

melalui kaca mata penulis, Sastera Melayu telah melahirkan banyak teks berunsur

pascamodenisme. Hakikatnya, sastera negara kita telah memasuki dunia pascamoden.

31
7.0 Penilaian Buku

7.1 Kekuatan

Menurut kajian serta ulasan yang dibuat sebenarnya buku ini mempunyai

banyak kekuatan. Berikut merupakan beberapa kekuatan buku ini:

I. Isi

Isi yang dihuraikan dalam setiap bab sangat padu dan menyeluruh.

Penulis membuat rujukan sumber primer sebelum menulis buku ini. Ini

jelas apabila penulis dapat membuat huraian yang lengkap apabila

menerangkan sesuatu topik. Sebagai contoh dalam tajuk Pendekatan

Feminisme penulis mendalami data sumber primer iaitu Teori yang

dikemukakan oleh Elaine Showalter sebelum menulis serba ringkas

tentang topik tersebut. Ini jelas terbukti apabila penulis dapat mengaitkan

huraian serta contoh yang diberikan oleh Elaine Showalter.

Gambar di atas membuktikan bahawa penulis merujuk sumber primer

sebelum menulis buku ini.

32
II. Huraian

Setiap topik diberi huraian yang lengkap berserta dengan kritikan sendiri.

Ini menunjukkan penulis mempunyai ilmu yang mendalam dalam teori-

teori pascamodenisme. Penulis juga menjelaskan kepentingan teori

tersebut dan kesannya untuk dunia sastera. Sebagai contoh:

Petikan daripada bab semiotik menunjukkan bahawa penulis bukan

sahaja menghuraikan isi dengan jelas tetapi dapat memetik pernyataan

daripada sumber primer.

III. Contoh

Bagi memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca penulis

menyelitkan contoh-contoh yang sesuai dalam karangannya. Sebagai

pembaca bahan sastera, saya merasai teknik ini sangat baik untuk

memberi penjelasan yang baik tentang apa-apa teori. Jika menerangkan

teori sahaja mungkin pembaca berasa keliru atau tidak dapat

menggambarkan dengan jelas. Penjelasan berserta contoh boleh memberi

impak yang maksimum dalam menghuraikan sesuatu teori. Contonhya:

33
Cerita Philomela umpamanya jelas menunjukkan situasi feminis iaitu

kehilangan hak bersuara. Melalui cerita tersebut kita dapat memahami

dan mengetahui ketidaksamaan antara wanita dan lelaki.

IV. Ringkasan

Satu lagi kekuatan buku ini adalah penulis memberi ringkasan atau

sinopsis sesuatu teori sebelum menghabiskan huraian beliau. Teknik ini

akan menjelaskan serba sedikit tentang teori tersebut. Sinopsis ini akan

membantu para pembaca mengenali keseluruhan teori sebelum

menyelidikinya dengan lebih lanjut. Contoh,

34
Contoh di atas menunjukkan penulis memberi ringkasan keseluruhan

setelah menghurai secara mendalam tentang teori Dekonstruksi.

7.2 Kekurangan

Walaupun buku ini mempunyai banyak kekuatan namun terdapat beberapa

kekurangan yang dapat dilihat. Kami sebagai pembaca mendapati buku ini

menjadi lebih baik jika kekurangan-kekurangan tersebut diatasi. Berikut

merupakan beberapa kekurangan yang kami dapati:

I. Cara penulisan

Kami mendapati cara penulisan yang kompleks menyebabkan kesukaran

untuk memahami isi yang ingin disampaikan oleh penulis. Buku ini

merupakan bahan sastera dan didapati bahan sastera susah untuk

difahami. Ditambah pula dengan cara penulisan yang kompleks

menyukarkan pembaca untuk memahami maklumat yang disampaikan

oleh penulis. Contohnya,

35
Contohnya ayat yang dimulakan dengan ‘Bagi Bloom…sedar’ tidak dapat

menjelaskan apakah maksud yang ingin dikongsikan oleh penulis. Ayat

songsang ini menyebabkan pembaca membaca beberapa kali untuk

memahami isi yang ingin disampaikan oleh penulis.

II. Banyak Teori

Kalau kita lihat buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian

pertama mempunyai 6 karangan serta bahagian kedua pula mempunyai

11 topik di mana sebagai pembaca kami dapati terlalu banyak dalam satu

buku. Kalau bolehnya, penulis boleh menghadkan 1 atau 2 teori dalam

satu buku supaya dapat membuat huraian dengan lebih terperinci dengan

memberi contoh-contoh yang sesuai. Kami dapati, semua teori yang

diterangkan secara ringkas.

III. Kurang penggunaan Grafik/ Gambarajah

Lazimnya subjek atau bidang sastera ini dianggap sebagai bidang yang

susah dan sukar untuk difahami. Ditambah pula dengan sumber rujukan

yang hanya mempunyai huraian sahaja akan menjadikan pembaca sukar

memahami konsep atau teori tersebut. Jika buku tersebut ditulis dengan

menyelitkan graf, grafik, gambarajah berserta huraian yang ringkas akan

membuatkan pembaca memahami dan mengadaptasi maklumat yang

ingin disampaikan oleh penulis.

IV. Kronologi tidak teratur.

36
Didapati setiap teori dipelopori oleh beberapa tokoh pada masa-masa

tertentu. Sebagai contoh apabila kita melihat teori semiotik terdapat

ramai tokoh yang mengutarakan teori serta pendapat masing-masing.

Antaranya, Plato, Aristotle, Ferdinand De Saussure, Peirce, Greimas,

Todorov, Kristeva, Barthe, Riffattere dan ramai lagi. Kekurangan yang

kami dapati adalah penulis tidak mengikuti kronologi yang betul. Beliau

mencampur aduk semua teori dan menghuraikan mengikut kehendaknya.

Sepatutnya, sebagai pembaca kami berasa penulis memulakan karangan

dengan menyebut definisi semiotik. Seterusnya diikuti oleh pelopor awal ,

pelopor yang berikut dan sehingga pada masa kini. Cara ini akan

memastikan turutan yang betul serta pembaca dapat memahami

kronologi semiotik dengan lebih jelas.

7.3 Ringkasan Kekuatan dan Kelemahan

Walau bagaimanapun, kami mendapati buku ini mempunyai lebih kekuatan

kalau dibandingkan dengan kelemahan. Ringkasan teori yang jelas, contoh yang

sesuai serta huraian yang tepat menjadikan buku ini salah satu buku yang baik

dalam bidang sastera. Sebanyak 11 kritikan teori pascamodenisme yang terdapat

dalam buku ini.

Kesemua teori tersebut sangat penting dalam dunia kesusasteraan dan

juga penulisan. Kami mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan syabas

dan terima kasih kepada penulis buku ini iaitu Mana sikana dapat menghasilkan

sebuah buku yang baik.

37
8.0 Kesan kepada Pengulas

Ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu yang penting dan relevan

pada zaman ini. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya berasaskan ukuran

pembangunan jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek

kemanusiaan dan kerohanian. Kesusasteraan mempunyai perkaitan dengan cabang

ilmu lain seperti agama, falsafah, budaya, politik, perubatan, undang-undang, dan

sebagainya. Teks sastera penuh dimensi dan ia memberi banyak ruang untuk diteroka

38
oleh pelajar. Selain itu ilmu kesusasteraan merupakan disiplin ilmu yang berkait rapat

dengan aspek emosi dan nilai hidup manusia. Sastera bukan sekadar memberi

maklumat tentang keintelektualan tetapi melengkapkannya dengan dunia emosi dan

nilai kepada manusia. Kehadiran aspek nilai menjadi penting dalam pemupukan dan

pembentukan kualiti insan.

Dalam tugasan ini, kami telah memilih buku ini untuk membuat ulasan.

Walaupun pada awalnya menghadapi kesukaran untuk membaca dan memahami buku

ini tetapi kami dapat menghayati ilmu yang terdapat dalam buku setelah menelaah

dengan tekun. Apabila kami membuat ulasan kami telah mendapat beberapa faedah

secara tersurat dan juga tersirat. Secara tersurat kami dapat menambahkan kosa kata

baharu khususnya yang melibatkan bidang sastera. Sebagai contoh kontradiktif,

maksud ironis, korelasi dan lain-lain lagi.

Selain itu, kami juga dapat membaca dan memahami teori-teori sastera

pascamodenisme dan teori kritikan pascamodenisme. Teori-teori ini berkait rapat

dengan bidang sastera yang luas seperti laut. Melalui pembacaan buku ini, kini kami

dapat memahami serba sedikit tentang perkembangan teori serta kesan teori tersebut

dalam perkembangan dunia sastera. Dunia kesusasteraan sangat berkait rapat dengan

teori-teori ini dan ianya saling bergantung antara satu sama lain.

Secara tersiratnya pula tugasan ulasan buku ini menyebabkan kami mengetahui

beberapa teori serta tokoh yang penting dalam dunia kesusteraan ini. Kita dapat

mengembangkan ilmu yang diperolehi ini dalam penulisan akademik yang akan dibuat

nanti. Cara menentukan sesuatu teori serta cara membuktikan, menghuraikan teori

dijelaskan dengan terperinci dalam buku ini. Kaedah-kaedah ini akan menjadi bekalan

yang berguna kepada kami untuk menulis kertas projek.

39
9.0 Kesimpulan

Dapatlah disimpulkan bahawa pascamodenisme adalah sebahagian daripada sejarah

yang lahir daripada zaman moden sebagai perkembangan budaya. Pascamodenisme

merupakan produk budaya dan gaya hidup baru sebagai pemikiran. Selain itu, ia

merupakan cara pemikiran dan penteorian baru tentang kehidupan manusia dan

masyarakat hari ini. Ia merupakan suatu zaman yang penuh dengan panik, antaranya

adalah:

1. Budaya yang panik;

40
2. Ideologi yang panik; dan
3. Teori yang panik.

Pascamoden ialah fahaman yang bersifat antiagama dan anti Tuhan kerana

pascamoden ialah lanjutan dan edisi baru kepada fahaman sekularisme Barat moden.

Jika difahami dengan mendalam lagi, Shahrom T. M. Sulaiman (1999: 165) merumuskan

bahawa pascamoden adalah dominasi budaya atau logik budaya dari budaya

kapitalisme yang bermula pada Perang Dunia kedua.

Pascamoden menimbulkan beberapa kontroversi dari segi kewujudannya,

pengaruh, ciri-ciri pascamoden yang tersendiri serta sering menjadi pendebatan dalam

kalangan para sarjana daripada pelbagai disiplin akademik. Pada mulanya melibatkan

pemikiran yang dicetuskan oleh para sarjana dan ahli falsafah seperti Jean Francois

Lyotard, Jacques Derrida dan Michel Foucault. Sebagai kesimpulan, dapat diketahui

yang buku ini mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Apa yang kami

terangkan dalam tugasan ini hanyalah sebahagian sahaja daripada banyaknya

kelebihan-kelebihan buku ini.

10.0 Rujukan

1994. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2008. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Calvin Goldscheider. 1985. Populasi, Modenisasi dan Struktur Sosial. Jakarta: CV Rajawali.

Charles Jencks. 1989. What is Post Modernisme. London: St Martin’s Press.

Derrida, J. 1976. Of Grammatology. Terj. Gayapati Spivak. London: Johns Hopkins


University Press.

Foucault, M. 1970. The Order of Things: An Archeology of the Human Sciences. New York:
Pantheon.

41
Gary Minda. 1996. Postmodern Legal Movements: Law and Jurisprudence at Century’s
End. New York and London: New York University Press.

Jean Francois Lyotard. 1979. The Postmodern Condition A Report on Knowledge.


http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/lyotard.htm
[20 Mei
2016]

Kamal Azmi b. Abd Rahman (pnyt.). Modern Philosophy: A Journey through Modern
Philosophy. BIAF 6102: Modern Philosophy, Bangi, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Kamaruddin M. Said. t.th. Mainan Pascamoden di Malaysia. Jurnal Melayu: 1: 179-218.

Mana Sikana, 1998. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Shah Alam: Fajar Bakti

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi, Muhamed Fauzi Othman dan Othman
A. Kassim. t.th. Wajah Moral Masyarakat Melayu Pascamoden: Antara Realiti,
Harapan dan Gagasan Pendidikan Moral Tinggi. Jabatan Pembangunan Sumber
Manusia. Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Universiti
Teknologi Malaysia: 1-24.

Rosenau, P. M. 1992. Postmedernisme and Social Sciences: Insight, Inroads and Intrusion.

Princeton: Princeton University Press.

Sarup, Madan. 1989. An Introduction Guide to Post-Structuralism and Postmodernisme.

Athens: The University of Georgia Press.

Satrio Arismunandar. 2008. Dekonstruksi Derrida dan Pengaruhnya pada Kajian Budaya.
Fakulti Ilmu Budaya, Universiti Indonesia.

Schacht, Richard. 1991. Classical Modern Philosophers: Descartes to Kant. London: T. J.


Press (Padstow) Ltd.

Shaharom T. M. Sulaiman. 2000. Dari Pascamodenisme ke “Cyberspace”. Jurnal Pemikiran:


101-122.

ShamsulAmri Baharuddin. 1995. Pengalaman modenisasi dan sekularisasi di Asia, dalam


Pemikir, Bil. 1, edisi Julai-September. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.

Sidi Gazalba. 1973. Modernisme dalam Persoalan: Bagaimana Sikap Islam. Jakarta: Bulan
Bintang.

42
Steven Best dan Douglas Kellner. 2003. Teori Postmodern, Interogasi Kritis. Terj.
Indah Rohmani. Malang: Boyan Publishing.

43

Anda mungkin juga menyukai