Anda di halaman 1dari 12

PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 1

ISI KANDUNGAN

PEKARA PAGE
1.0 PENGENALAN. 2
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK. 3
3.0 METODOLOGI, KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN......... 4
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN........................................................................................ 12


PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 2
1.0 PENGENALAN
1.1 Ringkasan Projek
Projek ini dibuat untuk memudah dan mempercepatkan proses penghasilan satay oleh
pengusaha-pengusaha satay.

1.2 Permasalahan
Banyak rungutan dari pengusaha-pengusaha satay tentang masalah kos dan masa untuk
menghasilkan satay. Dengan pertambahan permintaan dari masa ke semasa, penghasilan satay
ini perlu dipercepatkan dan menjimatkan pengusaha satay supaya dapat memenuhi permintaan
pelanggan.

1.3 Objektif
Objektif projek ini adalah merekabentuk mesin yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pengusaha satay.

1.4 Skop Kerja
Skop kerja kami tertumpu pada cara untuk mencucuk satay dengan pantas dan berkesan tanpa
menggunakan tenaga manusia yang ramai.

1.5 Perancangan Projek
Mesin memproses satay yang dicadangkan ini boleh menghasilkan 50,000 cucuk satay sehari
atau 15 juta cucuk satay dalam setahun yang telah melalui proses penyejukbekuan. Proses
mencucuk satay secara tradisional hanya mampu menghasilkan purata sebanyak 5,000 cucuk
satay sehari. Dengan menggunakan sistem automasi dari mesin ini, nilai pengeluaran dapat
ditingkatkan sebanyak 10 kali ganda dari pengeluaran secara tradisonal.



















PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 3

2.0 LATARBELAKANG PROJEK

2.1 Pengenalan
Kami telah pergi ka tempat membuat satay secara tradisonal yang terletak di Kampung Sungai
Acheh, Pulau Pinang. Perniagaan ini telah diusahakan oleh En. Mohd Radzi bin Khadim pada
sekitar tahun 1990. Pada permulaan perniagaan satay ini, beliau hanya menghasilkan satay untuk
dijual sendiri dan pada sekitar tahun 1994, beliau telah menerima tempahan satay mentah dari
peniaga-peniaga satay di seluruh Pulau Pinang dan sekarang berkembang di seluruh Malaysia.
Beliau mempunyai 20 orang pekerja bagi penghasilan satay dan 15 orang pekerja bagi operasi
mencucuk satay.
Setiap proses mencucuk satay ini memerlukan ketelitian pekerja kerana daging-daging yang telah
dipotong kecil itu harus dicucuk dengan rapi pada setiap batang lidi satay. Secara puratanya
proses mencucuk satay ini hanya dapat menghasilkan 5000 satay sehari. Dengan jumlah ini,
beliau mesti menambah bilangan pekerja untuk memenuhi permintaan pelanggan beliau yang
sentiasa bertambah.

2.2 Proses Penghasilan Satay Secara Tradisional

Proses 1: Pemerapan daging Proses 2: Daging yang telah siap untuk dicucuk









Proses 3: Mencucuk daging dengan lidi Proses 4: Satay yang diikat setelah cukup 10cucuk









Proses 5: Penyejukbekuan satay setelah siap dicucuk




PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 4
3.0 METODOLOGI, KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
3.1 Carta Alir Projek

Berdasarkan kepada carta aliran di atas, projek yang akan dibangunkan merupakan sebuah mesiin
pencucuk satay secara automatik. Projek ini dijalankan dengan mengambilkira kajiselidik yang telah
dijalankan secara bebas di mana kaedah tradisional mencucuk satay mengambil masa yang lama dan
memerlukan tenaga kerja yang ramai berbanding kaedah moden yang menjimatkan masa dan
mengurangkan penggantungan tenaga buruh dan meningkatkan produktiviti pengeluaran satay yang
siap.
Dengan kaedah moden, kita dapati enam (6) langkah kerja yang perlu dilakukan antaranya ialah
proses memotong daging, proses pemerapan daging, proses mencucuk satay secara automatik, satay
dibungkus mengikut kuantiti yang telah ditetapkan, proses menampal label pada bungkusan dan
penyimpanan di ruang penyejukbekuan di bawah suhu -40.
Dalam keenam-enam langkah di atas mengikut carta aliran, projek ini tertumpu pada proses
mencucuk satay secara automatik di mana mesin yang dihasilkan nanti menggunakan teknologi
moden dan berinovatif bertujuan untuk memudahkan kerja dan lebih effisien. Mesin ini
menggunakan teknologi automasi sepenuhnya untuk memberi arahan kerja. Ianya lebih mudah dan
cara kerja yang bersih dan selamat terutama dalam menghasilkan produk makanan halal.
Selain itu juga, idea untuk membangunkan konsep rekaan ini dengan mengambilkira beberapa
cadangan, pendapat dan juga lakaran kerja sebelum memilih projek ini di peringkat akhir dan
seterusnya kerja-kerja pembuatan dijalankan. Hasil kajian di pasaran juga amat penting untuk
mengetahui sejauh mana kemampuan mesin pencucuk satay ini dapat memberi penyelesaian kepada
golongan peniaga justeru itu pandangan atau tinjauan dari kalangan masyarakat amat penting
sebelum ianya dibangunkan bertujuan membantu mengurangkan bebanan dan masalah.

Proses memotong
daging
Proses pemerapan
daging
Proses mencucuk
satay secara
automatik
Satay dibungkus
mengikut kuantiti
yang telah
ditetapkan
Proses menampal
label pada
bungkusan
Ruang
penyejukbekuan
bersuhu -40C
PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 5
3.2 Konsep Rekaan dan Pembangunan Projek

Konsep rekaan mesin pencucuk satay ini adalah berdasarkan daripada gabungan idea dan rekaan
bersama di mana ianya digabungkan untuk menghasilkan rekaan terbaik mengikut kehendakan
pasaran. Antara ciri-ciri utama yang diberi penekanan utama adalah dari segi kos bahan mentah
untuk proses pembuatan (bergantung pada saiz mesin pencucuk satay), rekabentuk yang menarik
dan senang untuk dikendalikan.


Gambarajah 1 : Gambar keseluruhan

Berdasarkan kepada gambarajah 1, menunjukan keseluruhan mesin pencucuk satay automatik yang
dibangunkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Dalam projek ini, rekabentuk dan keupayaan
untuk mengendalikan mesin ini dengan senang dan selamat adalah menjadi keutamaan dalam projek
kami. Mesin yang dibangunkan mengikut kesesuaian semasa mampu memberi kebaikan terutamanya
pihak pengilang yang memerlukan atau menghasilkan jumlah satay yang telah siap dicuck dalam
masa satu hari dengan kuantiti yang besar dan dalam masa yang sama mengurangkan
penggantungan tenaga buruh selain daripada itu juga kemampuan untuk mencapai sasaran syarikat
dalam pengeluaran yang lebih besar ini kerana satay di Malaysia adalah makanan kegeraman semua
kaum dan permintaan tinggi. Jesteru itu, dengan kehadiran mesin pencucuk satay automatik ini
dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pihak pengilang. Terdapat beberapa bahagian di
dalam mesin ini akan ditunjukan secara butiran dalam penerangan yang berikutnya. Penerangan ini
amat penting untuk menjelaskan secara terperinci mengenai mesin pencucuk satay automatik ini.
PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 6

Gambarajah 2 : Gambar Proses Pemotongan Daging
Gambarajah 2 menunjukan proses pemotongan daging yang terdapat dalam mesin ini, kerja-kerja
pemotongan adalah lebih baik dan teratur. Pekerja hanya memasukkan daging kedalamnya dan
kemudian mesin ini akan melakukan pemotongan.

Gambarajah 3 : Gambar Proses Pemotongan Daging
Gambarajah 3 adalah sama dengan gambarajah 2 .




PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 7

Gambarajah 4 : Gambar Proses Adunan Rempah dan Pemerapan Daging
Gambarajah 4 menunjukan proses adunan rempah dan pemerapan daging yang terdapat dalam
mesin ini. Ianya lebih senang kerana mesin ini menggabungkan proses yang diperlukan oleh
pengguna. Kebiasaannya peralatan kejuruteraan seperti ini tidak menggabungkan proses seperti
yang disediakan ini.

Gambarajah 5 : Gambar Proses Adunan Rempah dan Pemerapan Daging
Gambarajah 5 adalah proses yang sama dengan gambarajah 4.


PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 8

Gambarajah 6 : Gambar Proses Mencucuk Lidi Satay
Gambarajah 6 menunjukan proses mencucuk lidi satay yang terdapat dalam mesin ini. Di bahagian
ini satay yang telah siap diadun dengan rempah dan diperam akan dicucuk. Sistem yang lebih teratur
dan sistematik mempercepatkan lagi proses penghasilan satay.

Gambarajah 7 : Gambar Proses Membungkus dan Memotong Bungkusan
Gambarajah 7 menunjukan proses membungkus dan memotong bungkusan. Peringkat ini adalah
penting untuk membungkus satay yang telah siap sebelum dilebalkan dan disimpan tempat
sejukbeku.

PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 9

Gambarajah 8 : Gambar Proses Melebal Pada Bungkusan
Gambarajah 8 menunjukan proses melebal pada bungkusan. Proses ini adalah proses yang biasa
dibuat pada mana-mana produk sekalipun untuk tujuan penglebalan dan ianya perlu mengikut
undang-undang yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal
Pengguna.

Gambarajah 9 : Gambar Proses Penyejukbekuan di Bilik Sejuk Utama bersuhu -40C
Gambarajah 9 menunjukan proses penyejukbekuan di bilik sejuk utama bersuhu -40C. Satay yang
telah siap dilebalkan akan dihantar ke dalam bilik penyejukkan melalui konveyor bertujuan untuk
mengelakkan dari terdedah kepada persekitaran yang berkemungkinan mengakibatkan
pertumbuhan bakteria di dalamnya dan di samping itu juga kelebihan menyimpan dibawah suhu
beku untuk ketahanan yang lebih lama.
PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 10

Gambarajah 10 : Gambar Peti Sejuk Satay Yang Telah Siap
Gambarajah 10 menunjukkan peti sejuk simpanan tetap yang akan menyimpan satay yang telah siap
secara keseluruhan dalam prosesnya. Sebelum kerja-kerja penghantaran kepada pelanggan, ianya
merupakan tempat yang paling selamat untuk disimpan.
Secara keseluruhannya sistem yang dibangunkan dengan teknologi terkini dan moden mampu
meningkatkan keupayaan pengeluaran satay dalam sehari selain dapat menjimatkan kos buruh.
Keupayaan mesin ini adalah setara dengan mesin-mesin automasi yang berada di pasaran walaupun
berbeza aplikasi penggunaannya. Teknologi automasi sangat baik untuk peralatan kejuruteraan
kerana ianya dapat membantu kerja manusia dengan cara yang leboh cepat dan teratur.
Kemajuan dunia pada hari ini dapat dibuktikan dengan wujudnya mesin pencucuk satay secara
automatik jika dibandingan kaedah mencucuk satay secara tradisional yang memerlukan tenaga kerja
yang ramai, kos tenaga buruh yang tinggi, pengeluaran satay yang terhadap dalam sehari selain
ketidakseimbangan kualiti yang wujud. Hasil penyelidikan dan gabungan idea yang bernas, mesin
pencucuk satay dapat direalisasikan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pengusaha selain
menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. Usaha sebegini boleh memberi manfaat yang besar
kepada masyarakat dan negara kerana ianya menyumbang kepada kejayaan untuk mencipta
peralatan kejuruteraan keluaran negara Malaysia.





PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 11
Rajah Litar Skematik Elektro-pneumatik


PENCUCUK SATAY AUTOMATIK 12
4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
4.1 Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada penyelidikan dan pembangunan produk, mesin
pencucuk satay secara automatik banyak memberi manfaat khususnya kepada pengusaha satay yang
mana ianya mampu menjimatkan kos dari segi penggunaan tenaga buruh dan dapat meningkatkan
pengeluaran satay yang telah siap dicucuk dalam masa sehari bertambah berbanding dengan
penggunaan kaedah tradisional yang sedia ada. Operasi yang senyap dan bersih bersesuaian dengan
industri makanan yang mana mutu kebersihan perlu diutamakan bagi menjamin kualiti satay yang
baik dan bersih. Seterusnya dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha
satay.

4.2 Cadangan
Penggunaan mesin pencucuk satay perlu diperluaskan terutama melibatkan industri makanan yang
mana satay mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Kerjasama daripada pihak kerajaan dan
swasta amat dialu-alukan untuk mengembangkan lagi pengunaan mesin ini. Antara agensi-agensi
yang terlibat dalam industri makanan antaranya Mardi, FAMA, dan Kementerian Industri Asas Tani.
Sokongan daripada semua agensi kerajaan ini amat penting untuk mengetengahkan produk mesin
pencucuk satay automatik ini.

Anda mungkin juga menyukai