Anda di halaman 1dari 11

1

PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN



ISI KANDUNGAN

PEKARA PAGE
1.0 PENGENALAN. 2
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK. 2
3.0 OBJEKTIF PROJEK. 3
4.0 KONSEP REKAAN DAN PENAMBAHBAIKAN.. 4
5.0 PROGRAM PLC. 8
6.0 BUTIRAN PENGIRAAN. 9
7.0 KESIMPULAN. 11
8.0 CADANGAN. 11





2
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

1.0 PENGENALAN
Telur ayam merupakan makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber
protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna
untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber
protein lain seperti susu, daging lembu dan soya. Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan
yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber
galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.
Oleh yang demikian sekiranya pengusaha telur ayam secara tradisional ini dapat diubah cara
perusahaannya maka kuantiti pengeluran akan dapat ditingkatkan dan akan menguntungkan pengusaha
itu sendiri kerana pemintaan terhadap telur ayam meningkat dari setahun ke setahun. Maka bagi
melengkapkan tuntutan daripada matapelajaran automasi industri maka kumpulan kami akan
memgemukakan idea penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengusaha bagi menjimatkan masa
bagi pugutan telur ayam.
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK
Kebiasaannya bagi proses pengumpulan telur ayam akan dilakukan oleh pekerja dengan
menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan cara kutipan tangan di setiap sangkar seperti gambarajah
G2. Oleh yang demikian kami telah memgemukakan idea agar pengusaha mengunakan konveyor
disepanjang reban ayam ia mampu meningkatkan tahap kecekapan bagi operasi pengumpulan telur
ayam yang lebih cepat dan cekap.

Pada kebiasaanya pengusaha mengunakan tenaga buruh yang diambil dari luar dan membayar gaji
sekitar RM600 ke RM800 ringgit seorang. Ini akan membebankan pengusaha kerana memerlukan
pekerja yang ramai bagi memugut telur ayam, membasuh, mengering dan memasukkan telur kedalam
bekasnya untuk dijual. Kaedah lama menggunakan tenaga buruh yang ramai ketika mengendalikan
sesuatu kerja kutipan di sepanjang reban ayam dan kuantiti telur yang dihasilkan pada setiap hari yang
banyak akan menyebabkan tahap kebersihan pada telur yang diletakkan pada bekas telur tidak dapat
dijaga seperti gambarajah G1. Ini akan menyebabkan harga jualan borong menjadi rendah dan turut
menyebabkan kurangnya minat pembeli untuk membeli telur tersebut. Dengan adanya sistem ini, ia
mampu menggurangkan kos membayar gaji pekerja disamping menjamin kualiti telur yang hendak dijual
agar sentiasa bersih dan dapat menarik pembeli dan pemborong untuk membelinya.


Gambarajah G1



3
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

Bagi mendapat gambaran yang jelas terhadap apa yang kami lakukan satu lawatan ke perusahaan
pengupulan telur ayam telah dilakukan. Kami dapati tahap kebersihan di sepanjang reban penternak
ayam agak tidak memuaskan dan ia boleh menjejaskan operasi pengutipan telur ayam dan secara tidak
langsung para pekerja terpaksa melakukan kerja yang pelbagai. Oleh yang demikian kami telah
mecadangkan satu sistem yang lebih sistematik yang merangkumi operasi pembersihan, pengeringan
telur ayam secara automatik dan telur ayam yang sudah bersih akan dikumpulkan pada satu tempat
sementara menunggu pekerja menyusunnya didalam bekas telur. Ia juga akan menjimatkan penggunaan
pekerja disamping membolehkan separuh daripada pekerja agar dapat melakukan aktiviti lain didalam
reban seperti aktiviti pembersihan, memberi makan dan melihat kesihatan ayam.

Perkara ini akan melibatkan pertambahan kos bagi tujuan pembinaan sistem ini. Ia akan
memperlihatkan perubahan cara operasi dan kutipan telur ayam yang lebih efisen jika dibandingkan
dengan kutipan tradisional. Akan tetapi terdapat pro and contra dalam pembinaan sistem ini, namun
sistem ini akan memberikan pulangan dalam masa yang singkat kerana terdapat peningkatan
produktiviti dan ia akan menjimatkan masa pengumpulan telur.

3.0 OBJEKTIF PROJEK
Objektif projek automasi ini adalah bertujuan membantu meningkatkan produktiviti daripada
satu konsep sistem manual sedia ada ke sistem yang lebih cekap. Selain daripada itu juga, kumpulan
kami dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengusaha telur ayam. Hasil lawatan ke ladang
ternakan ayam, kumpulan kami mendengar setiap keluh kesah masalah yang hadapi. Masalah yang
banyak di perkatakan adalah isu kebersihan di reban dan telur yang sentiasa kotor. Masalah produktiviti
yang lembab juga akan mengundang kerugian kepada pengusaha.
Oleh yang demikian maka kami akan memasukkan beberapa kerja yang selama ini dilakukan
oleh manusia dan diubah dan dilakukan oleh mesin. Kami akan cuba meringankan tugas pekerja.
Disamping itu juga sistem yang cuba diusulkan tidak mahal untuk dibeli dan digunakan. Dan objektif
utama kami adalah untuk menjimatkan masa pengumpulan, menghasilkan telur yang bersih dan
menjimatkan masa.





4
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

4.0 KONSEP REKAAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Seperti yang diterangkan didalam objektif terdapat beberapa penambahbaikan yang harus
dilakukan bagi menghasilkan cara pengumpulan telur yang lebih efisien. Ini kerana cara yang digunakan
terdahulu (cara tradisional) adalah dengan mengunakan pekerja untuk pergi ke setiap sarang ayam bagi
mengumpul telur seperti dalam Gambarajah G2 dibawah. Dengan mengunakan cara tradisinal ini
dapatlah dilihat beberapa kelemahan yang dihadapi oleh pengusaha. Oleh yang demikian kumpulan
kami telah membuat beberapa penambahbaikan bagi membolehkan pengusaha telur ayam ini
meningkatkan pengeluaran telur ayam dan dapat mengumpul telur dengan lebih pantas dan cepat.







Gambarajah G2
Penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan mambawa beberapa pembaharuan didalam
cara pengumpulan telur ayam. Didalam sistem ini terdapat empat bahagian utama yang dikenali sebagai
bahagian kutipan, pembersihan, pengeringan pengumpulan. Gambarajah G3 dibawah menunjukkan
keseluruhan sistem yang akan digunakan.


Gambarajah G3



5
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

Pada bahagian kutipan ia akan melibatkan tiga jenis konveyor utama. Tujuan utama konveyor ini
adalah sebagai alat untuk membawa telur ayam ini ke bahagian pembersihan, pengeringan dan
pengumpulan. Ia akan bermula dengan ayam bertelur dan telur ayam akan bergolak masuk keatas
konveyor seperti Gambarajah G4. Telur yang jatuh akan memasuki ke atas Chevron Cleated Rubber
Conveyor Belt seperti yang ditunjuk pada gambarajah G5. Pemilihan Chevron Cleated Rubber Conveyor
Belt ini disebabkan ia mempunyai permukaan getah dan ia mempunyai permukaan yang beralur. Alur
ini akan menahan telur daripada berlanggar antara satu dengan lain semasa konveyor ini bergerak.
Konveyor ini juga dikenali sebagai konveyor 1 (lihat gambarajah G8).
Gambarajah G4 Gambarajah G5
Selepas itu kesemua telur ayam dari konveyor 1 ini akan dibawa menuju ke konveyor
pengumpulan yang dikenali sebagai konveyor ke 2 (lihat gambarajah G8). Konveyor ke 2 juga
mengunakan Chevron Cleated Rubber Conveyor Belt . Tujuan pengunaan ini adalah untuk mengelak
dari telur bergerak dan berlanggar sesama sendiri semasa konveyor bergerak. Kesemua konveyor akan
bergerak 24 jam sekiranya pengendali tidak mematikannya.
Selepas itu telur yang digerakkan dengan mengunakan konveyor ke 2 ini akan memindahkan
telur itu ke dalam konveyor ke 3. Di bahagian konveyour ke 3 (lihat gambarajah G6) ini terdapat 3 proses
iaitu proses pembersihan, pengeringan dan pengumpulan. Dibagagian ini konveyor yang digunakan
adalah jenis Chevron Cleated Rubber Conveyor Belt dan ia agak berlainan dengan jenis yang terdapat
pada konveyour 1 dan 2. Ini kerana Chevron Cleated Rubber Conveyor Belt ini mempunyai lubang
diatas permukaannya bagi membolehkan air mengalir keluar dari Chevron Cleated Rubber Conveyor
Belt ini.
Optik sensor digunakan pada bahagian pembersihan. Ini kerana sekiranya tiada telur yang
melalui bahagian pembersihan maka percikkan air tidak akan mengalir. Tujuan penggunaannya adalah
untuk menjimatkan penggunaan air disamping menjadi suis bagi pam. Penggunaan sistem percikkan ini
adalah agar kesemua kotoran pada telur ayam dapat dikeluarkan dengan cepat berbanding dengan
mengunakan pancuran air. Pengunaan percikkan air akan lebih menjimatkan berbanding pengunaan air
secara pancuran atau aliran.



6
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN








Gambarajah G6

Telur akan melalui bahagian pencucian dalam anggaran masa 5 saat. Selepas itu telur yang
basah akan melalui bahagian pengeringan yang mengunakan kipas. Sekali lagi optik sensor digunakan
agar dapat mengawal dan menjadi suis kepada kipas. Dibahagian ini angin akan dikenakan kepada
permukaan telur yang basah dan akan mengerinkan telur-telur yang melaluinya. Kemudian telur akan
memasuki kawasan pengumpulan yang berada dihujung konveyour ke 3. Apabila tiba dibahagian ini
kesemua telur itu akan disusun secara manual kedalam bekas telur. Dengan cara ini pekerja yang
mengumpul akan menjadi sebagai kawalan kualiti kepada telur-telur yang mereka letakkan kedalam
bekas telur. Sekiranya terdapat lagi telur yang masih kotor makan mereka akan megumpulkan kembali
dan meletakkan kesemua telur yang kotor tersebuat secara manual keatas bahagian konveyor ke 3 dan
telur-telur tersebut akan melalui proses pembersihan dan pegeringan semula.
Untuk maklumat pengusahan telur ayam ini hanya mempunyai kawasan terhad bagi
menjalankan perusahannya. Kawasan yng sedia ada adalah berkeluasan 20 x 30 meter. Keadaan
sebelum penambahbaikan (lihat gambarajah G7), pihak pengusaha mempunyai sebanyak 762 sangkar
ayam dengan mengunakan 6 orang pekerja yang bekerja selama 8 jam sehari dan bercuti pada setiap
hari ahad. Kawasan yang digunakan tidak secara optimum.
Dengan mengunakan rekaan sangkar seperti gambarajah G4 ia mampu menambah
sangkar sebanyak 820 sangkar (lihat gambarajah G8). Kutipan dilakukan 24 jam sehari dengan
mengunakan konveyor dan pekerja dan pemilik hanya perlu menunggu dibahagian kutipan sahaja. Bagi
mendapat pergerakan yang lancar untuk kesemua sistem kami mengunakan program PLC bagi
menjalankan konveyor dan alatan-alatan lain yang terdapat dalam sistem. Perisian yang digunakan bagi
membuat program untuk sistem pengutipan telur ayam ini adalah RS Logix 500. Perisian ini telah
dihasilkan oleh syarikat Rockwell.






7
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

4.1 PLAN LANTAI
Gambarajah G7

Gambarajah G8



8
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

5.0 PROGRAM PLC
Bagi melancarkan operasi sistem, kami telah mengunakan program PLC bagi menjalankan
sistem. Perisian yang digunakan bagi membuat program untuk sistem pengutipan telur ayam ini adalah
RS Logix 500. Perisian ini telah dihasilkan oleh syarikat Rockwell. Dibawah ini merupakan program yang
dihasikan bagi mengerakkan konveyor, kipas, pam, optic sensor , lampu, limit switch dan alatan lain
yang berkaitan.




9
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

5.0 BUTIRAN PENGIRAAN

Bahagian inikami cuba menunjukkan kos-kos yang akan terlibat sekiranya pengusaha ini mahu
meneruskan pengubasuaian perusahaannya. Kesemua senarai kos yang bakal terlibat adalah seperti
dibawah.

5.1 Kos Konveyor
(Maklumat diperolehi dari laman sesawang :
http://www.conveyorsdirect.co.uk/beltconveyor_prices.htm)
Lokasi Konveyor
Panjang
Konveyor
(mm)
Kos() Jumlah
konveyor 1A (11set) 9200 2261 24871
konveyor 1B (10 set) 8750 2176 21760
Konveyor 2 (1 set) 26450 6622 6622
Konveyor 3 (1 set) 5200 1558 1558
Jumlah keseluruhan () 54811
Jumlah Keseluruhan (RM) 241168.4

5.2 Butiran Kos Ubahsuai
Sangkar 5000
Wiring

1000
Piping

500
Lain-lain

10000
Jumlah (RM) 16500

5.3 Butiran Pinjaman Bank
Kos Konveyor (RM) 241168
Kos Ubahsuai (RM) 16500
Lain-lain kos (RM) 12332
Jumlah keseluruhan (RM) 270000



Guna Duit Simpanan (RM) 150000



Jumlah Perlu Dipinjam 120000



Tempoh Pinjaman (Bulan) 96
Kadar Faedah (12 Bulan) 3%
Bayaran Sebulan (RM) 1287.5




10
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

Selepas mengetahui keseluruhan kos yang terlibat dan jumlah pinjaman bank yang perlu
dilakukan maka kadar keuntung atau kerugian selepas pengubasuaian harus dilihat. Kadar ini
berdasarkan anggaran masimum yang mampu dicecah pada sesuatu bulan.

5.4 Kos Purata dan Anggaran
Sebelum (Cara Tradisional)


Selepas (Pengunaan Konveyor)










Hasil Sebulan




Hasil Sebulan


Jumlah Sangkar

762


Jumlah Sangkar

820
Jumlah Ayam dalam Satu Sangkar 2


Jumlah Ayam dalam Satu Sangkar 2
Purata Ayam Bertelur 20


Purata Ayam Bertelur 20
Jumlah Kutipan

30480


Jumlah Kutipan

32800
Purata Jumlah Telur Rosak 400


Purata Jumlah Telur Rosak 100
Purata Kutipan Telur 30080


Purata Kutipan Telur 32700










Bilangan Sepapan (30 Biji) 1003


Bilangan Sepapan (30 Biji) 1090
Harga Jualan Borong (RM) 8.7


Harga Jualan Borong (RM) 9
Jumlah Jualan 8723.2


Jumlah Jualan 9810










Purata Bil Sebulan




Purata Bil Sebulan


Elektrik


300


Elektrik


1900
Air


250


Air


150
Upah Pekerja 6 Orang 4800


Upah Pekerja 3 Orang 2400
Makanan Ayam & Lain-lain 750


Makanan Ayam & Lain-lain 750
Jumlah Pembelanjaan (RM) 6100


Bayar Pinjaman Bank (8 Tahun) (RM) 1287.5






Jumlah Pembelanjaan (RM) 6487.5










Jumlah Keuntungan Bersih (RM) 2623.2


Jumlah Keuntungan Bersih (RM) 3322.5

Dengan pengiraan di atas jelas menunjukkan sekiranya pengusaha membuat penambahbaikan
seperti yang diusulkan oleh pasukan kami maka kenaikan keuntungan yang diperolehi pada setiap bulan
akan meningkat sebanyak 20% berbanding dengan mengunakan kaedah tradisional. Keuntungan ini
akan meningkat sekiranya pengusaha berjaya menyelesaikan pinjaman daripada bank.





11
PENGUMPULAN TELUR AYAM SECARA EFISYEN

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyelidikan dan pembangunan sistem ini adalah,
pemilik bagi perusahaan ini dapat menjimatkan masa untuk memasarkan telur ayam. Telur ayam yang
dihasilkan adalah lebih bersih berbanding dengan mengunakan sistem tradisional yang mengunakan
tenaga manusia untuk menbersihkannya. Disamping itu juga kuantiti telur ayam yang rosak juga dapat
dikurangkan. Kos operasi agak tinggi bagi 8 tahun pertama selepas pemasangan sistem ini akan tetapi
pemilik akan mendapat untuk yg banyak selepas berjaya menyelesikan bayaran hutang kepada pihak
bank. Disamping itu juga dengan mengunakan sistem ini ia dapat mengunakan seoptimum yang
mungkin kawasan yang ada berbanding dengan mengunakan sistem secara tradisional. Kadar
keuntungan juga meningkat berbanding mengunakan sistem terdahulu.

7.0 CADANGAN
Kami juga mempunyai beberapa candangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh
pengusaha telur ayam ini sekiranya ingin memperolehi keuntungan yang banyak dan mengekalkan
kualiti telur yang dihasilkan. Akan tetapi cadangan ini akan menelan perbelanjaan yang tinggi untkuk
melaksanakannya. Cadangan pertama adalah dengan membina sistem sangkar dua tingkat dengan ini
kadar pengeluaran yang meningkat sekali ganda berbanding mengunakan sistem sangkar satu tingkat.
Cadangan kedua adalah dengan membina keseluruhan sistem automatik bagi meletakkan telur
ayam didalam bekas telur. Sistem ini akan menjimatkan banyak masa berbanding dengan mengunakan
sistem manusia bagi menyusun telur pada bekas telur. Disamping itu juga pemilik boleh mamasukkan
sistem gred telur bagi mengasingkan telur mengikut saiz. Dengan ini pemilik boleh menjual telur dengan
pelbagai harga dan ini sudah pasti akan menguntungkan lagi pemaju.
Cadangan ketiga adalah dengan menambah satu lagi konveyor bagi membawa kesemua telur
yang didapati masih kotor yang terdapat didalam kawasan pengumpulan. Konveyor ini akan disambung
terus kepada konveyor ke 3 dan akan menhantar kesemua telur tersebut agar melalui semula proses
pembersihan dan pengeringan.

Anda mungkin juga menyukai