Anda di halaman 1dari 2

Etika Mutlak - Etika Mutlak berasaskan kepercayaan yang terdapat hanya satu

kebenaran dan bahawa kebenaran ini sentiasa tetap tidak mengira keadaan atau
situasi. Etika Mutlak bersifat tetap, ianya tidak akan berubah walau dalam apa
situasi pun.

ARA MENGAMALKAN ETIKET DALAM PELBAGAI SITUASI


DAN TEMPAT
Etiket dalam pelbagai situasi melibatkan etiket yang tidak berkaitan dengan etiket di
meja makan, etiket berpakian dan etiket perkenalan dan pergaulan. Etiket dalam
pelbagai situasi sebenarnya adalah satu elemen penting dalam kehidupan seseorang
walaupun hal ini sering dianggap perkara yang remeh. Contohnya, kesopanan ketika
masuk kereta dan keluar dari kereta, kesopanancara berdiri, berjalan dan duduk dalam
pelbagai keadaan dan situasi, kesopanan naik tangga dan turun tangga dan sebagainya.
Pengamalan etiket sangat penting dalam apa jua situasi kerana ia boleh
mempertingkatkan imej seseorang. Apa jua perilaku yang kita lakukan yang mengikut
norma yang diterima masyarakat menjadikan kita individu yang dihormati dan
disenangi oleh orang ramai.
KESOPANAN CARA BERDIRI, BERJALAN DAN DUDUK
Setiap apa yang kita lakukanharuslah menyenangkan pelbagai pihak dan diterima
ramai, begitu juga ketika berdiri, berjalan dan duduk. Cara berdiri, berjalan dan duduk
perlulah menunjukkan kita yakin dengan diri, kemas dan sopan dengan postur yang
betul. Kesopanan ini tidak mengira apa jua tempat dan situasi dan amat perlu
terutamanya ketika sesi temuduga. Cara kita berdiri, berjalan dan duduk perlulah
meyakinkan orang lain yang kita ialah individu positif dan layak mendapat kerja
tersebut.
Ketika berada di tempat awam pula, kita perlulah menitikberatkan poster yang betul
supaya orang lain menghormati kita.Janganlah duduk berpeleseran di kaki lima dengan
cara yang tidak sopan kerana ia mengganggu orang ramai untuk berjalan dan
menyemakkan mata yang melihat. Elakkan bersandar kerana ia menunjukkkan kita
seorang yang malas. Ketika duduk, pastikan kaki mencecah lantai dan jangan
menjungkit-jungkitkan kerusi kerana tidak selamat dan dilihat tidak sopan. Jangan
menghentakkan kaki dengan kuat atau mengheret kaki ketika berjalan kerana boleh
mengganggu orang ramai dan menunjukkan sikap negatif diri.
KESOPANAN NAIK TANGGA DAN TURUN TANGGA
Kesopanan naik tangga dan turun tangga juga perlu dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Naik tangga dan turun tangga dengan langkah yang kemas dan tidak terlalu
membunyikan hentakan kaki. Dahulukan wanita ketika menaiki tangga dan dahulukan
lelaki ketika turun tangga. Semua ini adalah untuk keselamatan wanita. Selain itu, jika
menyedari ada individu yangbergegas ketika menaiki tangga, beri laluan kepadanya
kerana mungkin dia sedang bergegas untuk janjitemu.

KESOPANAN KELUAR MASUK LIF


Kesopanan juga dititikberatkan ketika masuk dan keluar lif. Dahulukan golongan orang
tua, kanak-kanak dan wanita ketika masuk dam keluar. Semasa ingin masuk ke dalam
lif, kita perlulah menunggu orang yang berada di dalam lif untuk keluar dahulu. Kita
juga perlu memberikan laluan jik terdapat individu yang membawa barang berat atau
besar. Janganlah berbual terlalu kuat di dalam lif kerana menggnaggu ketenteraman
orang lain.

ETIKET DI MENJAWAB DAN MENYOAL SOALAN

Situasi ini melibatkan soal jawab tentang lokasi atau masa di sesuatu tempat awam
contohnya di pasaraya. Mungkin ada orang yang tidak biasa dengan kompleks membelibelah tersebutakan bertanya bagaimana untuk pergi ke sesuatu tempat. Kita perlukah
menjawab dengan wajah yang manis dan jawab tidak pasti jika memang kita tidak tahu.
Jangan menjawab sesuka hati kerana akan menyusahkan orang lain. Jika kita orang
yang bertanya, kita perlulah menyoal dengan sopan-santun dan jangan lupa berterima
kasih.
KESOPANAN MENAIKI KERETA DAN TURUN KERETA
Adab turun naik keretaa juga penting kerana menunjukkan kita elegan di mana saja
terutamanya bagi wanita. Buka pintu kereta dengan sopan, berdiri di sebelah tempat
duduk, dan duduk di tepi tempat duduk dengan lutut selari dengan buku lali.
Kumudian, angkat kaki ke bahagian hadapan tempat duduk. Asas yang sama
dipraktikkan ketika turun dari kereta.
ETIKET DI TEMPAT AWAM
Selalunya, terdapat banyak peraturan-peraturan khas di tempat awam seperti di
lapangan terbang, di hospital, di pejabat rasmi kerajaan dan di pasaraya. Kita perlulah
mengamalkan etiket dengan mematuhi setiap peraturan yang ada. Contohnya, lapangan
terbang dan hospital adalah kawasan larangan merokok. Jika kita merokok juga tanpa
menghiraukan peraturan yang ada, kita dipanjdang serong dan dianggap tidak
beretiket. Hal ini kerana ianya dilihat tidak menghormati orang ramai.
ETIKET KETIKA BERSIN ATAU BATUK
Kita perlulah menutup mulut ketika bersin atau batuk untuk mencegah daripada
menyebarkannya kepada orang lain. Bersin menyebarkan bakteria dengan kelajuan
100-600 miles per hour. Amalkan menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu kerana
jika menutup mulut dengan tangan sahaja, ditakuti bakteria penyakit akan merebak
semasa kita memegang sesuatu di persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai