Anda di halaman 1dari 1

Justifikasi pemilihan video ini adalah kerana video Upin dan Ipin ini adalah sesuai untuk semua

golongan tidak kira golongan kanak-kanak mahupun dewasa kerana tidak mempunyai sebarang unsur ganas ,lucah atau aksi yang melampaui batas.Selain itu juga, bahasa yang digunakan amat mudah untuk difahami sekaligus boleh menarik perhatian untuk menontonnya. Dalam video ini juga diterangkan unsur non verbal seperti bahasa badan , mimik muka dan lainlain.Penggunaan musik yang sesuai untuk menunjukkan keadaan bagi situasi tersebut seperti muzik terkejut juga dapat kami justifikasikan .Dalam video ini juga menunjukkan ego state yang sudah diajarkan dalam kuliah sebagai contoh ego state child,ego state adult, dan ego state parents,semua ego state tersebut dapat diperolehi melalui video tersebut. Unsur positif yang diterapkan dalam video tersebut juga senang diperoleh sebagai contoh nilai tolong menolong,ambil berat sesama kawan ,prihatin,berdikari,berani mengambil risiko,rajin dan sebagainya.Hal ini dapat diperolehi melalui karakter utama iaitu upin dan ipin yang gigih berusaha mengumpulkan bantuan dari segi kewangan untuk menolong sahabatnya iaitu ijat yang berada dalam kesusahan akibat daripada kebakaran rumahnya.Mereka juga sanggup meredah panas dan merempuh hujan demi membantu kawannya bagi meringankan beban kawannya yang dalam kesusahan Unsur negatif yang terdapat dalam video ini dapat ditonjolkan dalam karakter seorang pemuda yang sanggup menipu demi mengelakkan diri untuk memberi derma kepada Upin Ipin yang mana deram tersebut akan disumbangkan kepada Ijat.

Anda mungkin juga menyukai