Anda di halaman 1dari 1

KOD KURSUS : MPU 2312

NO MATRIK : 880522086613001

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM , PETALING JAYA LEARNING CENTRE

Laporan Refleksi

Tugasan ini dibuat untuk menilai kembali kursus Kesihatan dan Kesejahteraan sepanjang tempoh
pembelajaran. Saya secara peribadi telah mendapat pengalaman dan pengetahuan baru tentang
kesihatan. Di dalam laporan ini saya akan kemukakan pengalaman serta pendangan terhadap
kursus ini.

Selama ini yang saya tahu tentang kesihatan hanyalah pada penampilan luaran seperti tidak sakit
atau demam, badan tidak gemuk dan tidak ada perjumpaan (appointment) dengan doktor. Namun
dengan kursus ini, saya dapat mengetahui begitu banyak yang dikategorikan sebagai kesihatan.

Perkara yang paling banyak memebantu saya sebagai pelajar jarak jauh adalah pengurusan stres.
Bentuk dan sters setiap oarang berbeza-beza kerana dapat dipengaruhi oleh faktor luaran seperti
emosi, rakan sebaya, ekonomi dan lain-lain. Dengan mempelajari pengurusan stres
membolehkan saya berfikir secara tenang, tidak mudah kecewa. Perkara yang dilakukan oleh
saya ialah lebih banyak bersabar sebelum memutuskan sesuatu tindakan dan cara ini berkesan.

Sebagai pekerja dan pelajar saya berhubung dengan ramai orang. Kita akan lebih gembira jika
dapat meneysuaikan diri dengan keadaan sekeliling ini boleh dinamakan sebagai kesejahteraan
sosial. Penambahbaikan yang saya lakukan adalah mewujudkan hubungan yang baik dengan
orang lain serta menyelesaikan konflek interpersional dalam persekitaran yang sihat dengan cara
terhormat.

Untuk menjadi seorang yang lebih profesional / terlatih dibidang pekerjaan saya belajar tentang
kesejahteraan pekerjaan. Kepuasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan dengan maksima
bukan hanya kerana elimen seperti gaji atau kedudukan. Ini disebabkan mereka merasa puas atau
seperti mendapat ganjaran yang setimpal atas pekerjaan tersebut. Untuk mencapai kesejahteraan
pekerjaan beberapa isu perlu diketahui seperti keupayaan untuk menangani tekanan ditempat
kerja,perhubungan antara majikan dan sesama pekerja, keseimbangan dalam menyelesaikan
tugasan. Cadangan yang dilakukan oleh saya adalah melibatkan diri di dalam aktiviti yang
dinajurkan. Dengan cara ini saya dapat membina hubngan yang baik dikalangan rakan kerja
saya.

Kesimpulanya banyak ilmu yang saya dapat serta pengalaman yang dapat diterapkan ke dalam
kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai