Anda di halaman 1dari 17

1

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM)

SEPTEMBER / 2021

ABSQ2103

ULUM AL-QUR’AN

MOHAMMED TAUFIK BIN ABD RAZAK


2

KANDUNGAN
1 PENGENALAN TOPIK .................................................................................................... 1

2 BIODATA PENGARANG AL-BURHAN FI ULUM AL-QUR’AN DAN AL-ITQAN FI


ULUM AL-QUR’AN................................................................................................................. 2

2.1 IMAM BADR AL-DIN AL-ZARKASYI ................................................................... 2

2.1.1 Nama dan Gelaran................................................................................................ 2

2.1.2 Kelahiran dan Kematian ...................................................................................... 2

2.1.3 Keilmuan .............................................................................................................. 2

2.2 IMAM JALAL AL-DIN AL-SUYUTI ....................................................................... 2

2.2.1 Nama dan Gelaran................................................................................................ 2

2.2.2 Kelahiran dan Kematian ...................................................................................... 3

2.2.3 Keilmuan .............................................................................................................. 3

3 PERBANDINGAN ISI KANDUNGAN ANTARA AL-BURHAN FI ULUM AL-


QUR’AN DAN AL-ITQAN FI ULUM AL-QUR’AN.............................................................. 5

3.1 PEMBAHAGIAN ISI KANDUNGAN ...................................................................... 5

3.2 GAYA PENULISAN .................................................................................................. 5

3.3 TOPIK YANG DIBINCANGKAN ............................................................................ 6

4 PERBANDINGAN PENULISAN TENTANG NAMA-NAMA AL-QUR’AN ANTARA


IMAM AL-SUYUTI DAN IMAM AL-ZARKASYI ................................................................ 7

4.1 BILANGAN DAN SUMBER NAMA-NAMA AL-QUR’AN ................................... 7

4.2 SENARAI NAMA-NAMA AL-QUR’AN BERSERTA DALILNYA ...................... 8

4.3 PERBINCANGAN ASAL USUL PERKATAAN “AL-QUR’AN” DAN TAFSIR


RINGKAS NAMA-NAMA AL-QUR’AN .......................................................................... 10

5 PERBINCANGAN PANDANGAN AL-SUYUTI TENTANG SYARAT-SYARAT

MUFASSIR DALAM ‫وآدابه‬ ‫وط ْال ُمفَس ِِر‬ ُ ‫ فِي َم ْع ِرفَ ِة‬......................................................... 11
ِ ‫ش ُر‬
5.1 MENDAHULUKAN SUMBER Yang diriwayatkan berbanding ijtihad ulama’ ..... 11

5.2 KELENGKAPAN MUFASSIR ................................................................................ 11

5.3 TEGAHAN TERHADAP PENTAKWILAN DALAM PENAFSIRAN .................. 12


3

6 KESIMPULAN ................................................................................................................ 13

7 RUJUKAN ....................................................................................................................... 14
1

1 PENGENALAN TOPIK

Al-Qur’an sebagai sumber rujukan yang paling utama untuk umat Islam mempunyai
teramat banyak khazanah untuk dimanfaatkan. Namun, untuk menggali keluar manfaatnya,
seseorang itu memerlukan kemahiran dalam beberapa cabang ilmu yang berlainan. Nasikh wa
Mansukh, Gharib al-Qur’an, Majaz al-Qur’an, I’jaz al-Qur’an, I’rab al-Qur’an, Munasabat al-
Qur’an, Musykil al-Qur’an, Jadal al-Qur’an, Aqsam al-Qur’an (Abdullah, Al-Qur'an dan Ulum
al-Qur;an, 2019) adalah antara cabang-cabang ilmu yang perlu dikuasai untuk menggali
manfaat al-Qur’an dengan baik. Kumpulan ilmu-ilmu ini juga dikenali sebagai Ulum al-
Qur’an.

Ulum al-Qur’an secara praktikalnya bermula sejak zaman al-Qur’an diturunkan, pada
zaman Rasulullah SAW, namun hanya mula dibahagikan kepada topik-topik perbincangan
yang khusus dalam bentuk penulisan pada kurun ke-2 hijrah (Abdullah, Al-Qur'an dan Ulum
al-Qur;an, 2019). Ianya terus berkembang pesat hingga ke hari ini. Antara karya rujukan yang
paling lengkap dan menjadi rujukan utama adalah al-Itqan fi Ulum al-Qur’an karya Imam al-
Suyuti dan al-Burhan fi Ulum al-Qur’an karya Imam Al-Zarkasyi, rahimahumullah.

Objektif utama penulisan ini adalah untuk mengetengahkan dua tokoh Ulum al-Qur’an
yang hebat ini, dan menganalisis, membincangkan serta membandingkan karya terhebat
mereka dalam Ulum al-Qur’an. Antara topik yang akan dibincangkan dalam penulisan ini ialah:

1. Biodata Imam al-Zarkasyi dan Imam al-Suyuti rahimahumullah


2. Perbandingan antara kitab al-Burhan dan al-Itqan fi Ulum al-Qur’an
3. Perbandingan tentang “Nama-Nama dalam al-Qur’an” oleh Imam al-Zarkasyi
dan Imam al-Suyuti
4. Perbincangan Imam al-Suyuti berkenaan syarat-syarat Mufassir
2

2 BIODATA PENGARANG AL-BURHAN FI ULUM AL-QUR’AN DAN AL-ITQAN


FI ULUM AL-QUR’AN

2.1 IMAM BADR AL-DIN AL-ZARKASYI

2.1.1 NAMA DAN GELARAN


Muhammad bin Abd Allah bin Bahadur bin Abu Abd Allah Badr al-Din al-Zarkasyi
adalah nama penuh bagi Imam al-Zarkasyi, pengarang kitab al-Burhan fi Ulum al-Qur’an.
Manakala, nama kunyah beliau ialah Abu Abd Allah, manakala Badr al-Din merupakan gelaran
yang diletakkan pada beliau. Dinisbahkan beliau kepada al-Zarkasyi atas pekerjaannya sebagai
penenun benang sutera emas. Zarkasyi dalam bahasa Parsi bermaksud tenunan sutera emas.

2.1.2 KELAHIRAN DAN KEMATIAN


Beliau lahir di Mesir, 745H. Beliau berketurunan Mamluk menurut jalur bapanya.
Beliau meninggal dunia pada 3 Rejab 794H. Dikebumikan di Qarafah al-Sughra, Kaherah,
Mesir. Ketika itu, beliau berusia 49 tahun.

2.1.3 KEILMUAN
Seperti kebiasaan di kalangan ulama’ pada zaman itu, Imam al-Zarkasyi menghafal al-
Qur’an ketika masih muda. Beliau juga mula menghafal ringkasan karya ulama’ seperti al-
Tanbih karangan al-Syirazi dan al-Minhaj karangan Imam al-Nawawi rahimahumallah.
Dikhabarkan juga beliau seorang yang banyak menghabiskan masa menyendiri menelaah ilmu
sama ada di rumah atau di kedai-kedai buku di samping menghabiskan masa menuntut ilmu
bersama tokoh-tokoh di zaman beliau.

Beliau mula menulis dari hasil kajiannya pada usia 24 tahun di bawah penyeliaan
gurunya ketika itu, Imam al-Bulqini. Karangan beliau yang pertama adalah syarah kepada kitab
Rawdah al-Talibin karangan Imam al-Nawawi. Sejarah berkenaan perjalanan keilmuannya
secara terperinci sukar didapati, namun, yang pasti, hasil karyanya menjangkau puluhan kitab
dalam usianya yang pendek. Beliau juga dilantik menjadi Qadi di Qarafah al-Sughra, Kaherah,
Mesir hingga akhir hayat beliau (Mencari Redha Ilahi, 2009).

2.2 IMAM JALAL AL-DIN AL-SUYUTI

2.2.1 NAMA DAN GELARAN


Al-Hafiz Abd al-Rahman bin al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din bin
al-Fakhr ‘Uthman bin Nazir al-Din al-Khammam al-Khudayri al-Asyuti ialah nama penuh bagi
3

Imam al-Suyuti rahimahullah. Kunyah beliau ialah Abu al-Fadl. Gelaran yang dianugerahkan
padanya ialah Jalal al-Din. Manakala gelaran al-Suyuti berasal dari tempat kelahiran beliau
iaitu di Mahallah Suyut, Kaherah, Mesir.

2.2.2 KELAHIRAN DAN KEMATIAN


Dilahirkan di Mahallah Suyut, Kaherah, Mesir pada malam Ahad, selepas Maghrib,
Rejab, 849H dan meninggal pada tahun 911H. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang
berpengaruh sama ada dari segi jawatan atau perniagaan. Menurut beliau, hanya bapanya, Abu
Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din yang menceburi bidang keilmuan keagamaan dari
keluarganya. Bapanya seorang alim besar yang sangat disegani.

2.2.3 KEILMUAN
Menurut kitab karangannya sendiri, Husn al-Muhadarah fi Tarikh Misr wa al-Qahirah
Imam al-Suyuti menceritakan perjalanan keilmuannya seperti berikut:

• Menghafaz al-Qur’an sebelum usia lapan tahun dan selepas tu menghafal kitab al-
'Umdah dan Minhaj al-Fiqh wa al-Usul dan Alfiyah Ibn Malik
• Mula lebih mendalami ilmu pada usia beliau 15 tahun dengan cara melazimi para
ulama.
• Pada usia 17 tahun, telah diijazahkan untuk mengajar bahasa Arab oleh al-Syaikh
Syihab al-Din al-Syarmasahiy. Pada tahun ini jugalah beliau mula menulis.
• Pada usia 27 tahum beliau telah diijazahkan oleh anak lelaki Syaikh al-Islam ‘Alam al-
Din al-Bulqini, yang juga guru asalnya, sebagai mufti.
• Beliau terus menerus belajar dengan ulama’ besar pada zamannya, antaranya:
1. Syaikh al-Islam Syaraf al-Din al-Manawiy dalam pelbagai bidang.
2. Al-Imam al-Allamah Taqi al-Din al-Syibli al-Hanafi dalam bidang Hadis dan
bahasa Arab selama empat tahun/
3. Al-Allamah Ustaz al-Wujud Mahy al-Din al-Kafayaji, selama 14 tahun dalam
bidang tafsir, bahasa Arab, usul, al-Ma’ani, dan lain-lain.
4. Al-Syaikh Sayf al-Din al-Hanafi dalam beberapa bidang.
• Beliau menjelajah ke Syam, Hijaz, Yaman, India, Maghribi dan Takrur,
• Diceritakan juga oleh beliau, ketika minum air zam-zam semasa menunaikan haji,
beliau berhajat untuk menjadi sehebat Syaikh Siraj al-Din al-Buqini dalam bidang fiqh,
sehebat al-Hafiz ibn Hajar dalam bidang hadis.
4

• Tujuh bidang utama kemahiran beliau adalah dalam bidang tafsir, hadis, fiqh, Nahu, al-
Ma’ani, al-Bayan dan al-Badi’ (Ahmad).
5

3 PERBANDINGAN ISI KANDUNGAN ANTARA AL-BURHAN FI ULUM AL-


QUR’AN DAN AL-ITQAN FI ULUM AL-QUR’AN

Dua karya yang unggul ini amat menarik untuk di buat kajian perbandingan atas
beberapa sebab. Perbezaan lebih 100 tahun kelahiran dua tokoh ini tidak memutuskan pertalian
mereka dari segi keilmuan. Antara pertalian mereka ialah kedua-duanya pernah berkhidmat
dan belajar dengan Syaikh al-Islam ‘Alam al-Din al-Bulqini. Di samping itu, Imam al-Suyuti
menamakan kitab al-Burhan karangan Imam al-Zarkasyi sebagai salah satu rujukan utama
kitabnya, al-Itqan (Ibrahim, 1957). Dalam bahagian ini kita akan bandingkan persamaan dan
perbezaan di antara dua kitab ini melalui tiga aspek.

3.1 PEMBAHAGIAN ISI KANDUNGAN

Dari sudut pembahagian isi kandungan kedua-dua kitab ini, menurut versi yang
ditahqiq oleh Muhammad Abu Fadl Ibrahim, kita dapat lihat persamaan dari sudut
pembahagian jilid iaitu kedua-duanya dibahagikan kepada empat jilid. Dari segi pembahagian
bab pula, amat berbeza. Dalam al-Itqan fi Ulum al-Qur’an terdapat 80 bab manakala untuk al-
Burhan fi Ulum al-Qur’an terdapat hanya 47 bab.

Al-Burhan fi Ulum al-Qur’an Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an


Jilid 1 Bab 1 – Bab 31 Bab 1 – Bab 35
Jilid 2 Bab 32 – Bab 46 Bab 36 – Bab 42
Jilid 3 Sambungan Bab 46 Bab 43 – Bab 63
Jilid 4 Sambungan Bab 46 – Bab 47 Bab 64 – Bab 80
Jadual 1: Pembahagian jilid dan bab dalam Al-Burhan fi Ulum al-Qur'an dan al-Itqan fi Ulum
al-Qur'an
(al-Zarkasyi B. a.-D., 1957) (al-Suyuti, 1974)
Pembahagian bab dalam al-Burhan fi Ulum al-Qur’an amat berlainan dari kebiasaan
apabila bab ke 46 dibahagikan ke dalam tiga jilid yang berlainan, bermula di hujung jilid kedua,
bersambung dalam jilid ketiga dan berakhir pada permulaan jilid yang keempat.

3.2 GAYA PENULISAN

Karya Imam al-Zarkasyi merupakan karya yang lebih panjang diantara dua karya ini
walaupun jumlah babnya hanya 40 jika dibandingkan dengan karya Imam al-Suyuti dengan 80
bab semuanya. Jumlah muka surat bagi keempat-empat jilid al-Burhan fi Ulum al-Qur’an ialah
6

sebanyak 1933 (al-Zarkasyi B. a.-D., 1957) manakala al-Itqan fi Ulum al-Qur’an pula
mempunyai hanya 1472 muka surat (al-Suyuti, 1974).

Pemerhatian ini dijelaskan dari sudut gaya penulisan oleh pentahqiq dua buah kitab ini
iaitu Muhammad al-Fadl Ibrahim di mukadimah kitab al-Burhan fi Ulum al-Qur’an. Beliau
menerangkan bahawa gaya penulisan Imam al-Suyuti banyak dipengaruhi oleh gaya penulisan
Imam al-Zarkasyi, dari sudut kaedah penulisan, corak pemikiran dan kaedah hujah yang
digunakan. Namun begitu, perbezaan utama antara dua karya ini ialah Imam al-Suyuti menulis
dengan lebih ringkas dan mudah di hadam oleh umum (Ibrahim, 1957).

3.3 TOPIK YANG DIBINCANGKAN

Banyak persamaan diantara dua kitab ini dari segi topik yang dibincangkan. Boleh
dikatakan dari sudut pembahagian bab, semua bab dari kitab al-Burhan fi Ulum al-Qur’an ada
dalam kitab al-Itqan fi Ulum al-Qur’an. Al-Suyuti membincangkan bab-bab yang lebih mudah
diakses masyarakat umum pada jilid pertamanya. Termasuklah disini ‫معرفة المكي والمدني‬
(berkenaan status Makkiyyah dan Madaniyyah) , ‫( معرفة أول ما نزل‬berkenaan ayat awal yang
diturunkan), ‫( معرفة سبب النزول‬berkenaan sebab ayat-ayat diturunkan) dan maklumat am lain
yang biasa dibincangkan di kalangan masyarakat umum.

Manakala al-Zarkasyi pada jilid pertama sudah ada perbincangan berkenaan


perbahasan bahasa, perbahasan perbezaan gaya bacaan yang dihimpunkan, dan topik-topik lain
biasanya lebih dibincangkan oleh ahli atau penuntut ilmu agama. Tidak bermakna al-Zarkasyi
tidak membincangkan apa yang dibincangkan oleh al-Suyuti, namun keutamaannya yang dapat
dilihat dari sudut penyusunan bab itu jelas menunjukkan al-Zarkasyi lebih menumpu kepada
kajian ilmu itu secara mendalam banding memudahkan pembacaan umum kepada karyanya.
7

4 PERBANDINGAN PENULISAN TENTANG NAMA-NAMA AL-QUR’AN


ANTARA IMAM AL-SUYUTI DAN IMAM AL-ZARKASYI

Kebanyakan kita kenal apa itu al-Qur’an, namun tahukah kita al-Qur’an mempunyai
banyak nama? Dan perkataan “al-Qur’an” itu sendiri ada perbincangan di kalangan para
ulama’, ada juga yang berpendapat ada alternatif kepada “al-Qur’an” sebagai nama khas bagi
kitab suci yang diturunkan kepada Rasulullah SAW (Abdullah, Definisi al-Qur'an, Nama dan
Sifat-Sifat al-Qur'an, 2019). Perbincangan ini amatlah berfaedah supaya kita benar-benar
mengenali kitab suci yang diturunkan untuk kita dan tidak terkeliru dengan percubaan
memesongkannya.

Imam al-Zarkasyi dan Imam al-Suyuti masing-masing mempunyai bab berkenaan


nama-nama al-Qur’an dalam kitab mereka, ‫ معرفة أسمائه واشتقاقاتها‬untuk kitab al-Burhan fi Ulum
ُ ِ‫فِي َم ْع ِرفَ ِة أ َ ْس َمائِ ِه َوأ َ ْس َماء‬. Untuk al-Itqan fi Ulum al-Qur’an. Di bahagian ini, kita
al-Qur’an dan ‫س َو ِره‬
akan membincangkan perbandingan penulisan dua tokoh hebat ini dalam bab ini tentang nama-
nama al-Qur’an dari tiga dimensi.

4.1 BILANGAN DAN SUMBER NAMA-NAMA AL-QUR’AN

Seperti disebutkan pada pendahuluan bahagian ini, al-Qur’an mempunyai lebih dari
satu nama. Dalam perbincangan ini, Imam al-Zarkasyi rahimahullah menyatakan pendapat al-
Qadi Abu al-Ma’ali Azizi bin Abd al-Malik bahawa al-Qur’an mempunya 55 nama dan beliau
menyenaraikan kesemua nama-nama itu disertakan dengan dalilnya dari ayat al-Qur’an sendiri
(al-Zarkasyi B. a.-D., 1957).

Imam al-Suyuti pula menyatakan al-Burhan fi Ulum al-Qur’an sebagai rujukan utama
dalam perbincangan ini dan turut mengetengahkan pendapat yang sama, iaitu al-Qur’an
mempunyai 55 nama. Walaupun jumlah nama yang sama, dalam al-Itqan fi Ulum al-Qur’an,
dalil ayat al-Qur’an nama itu dikeluarkan terdapat perbezaan. Ini adalah etika penulisan yang
patut dikagumi. Antara perbezaan dalil bagi nama-nama al-Qur’an disenaraikan di jadual
berikut.

Nama al-Qur’an Dalil dari Al-Burhan Dalil dari Al-Itqan


‫ُم ِبينًا‬ Surah Yusuf, ayat 1 Surah al-Dukhan, ayat 2
ً‫َرحْ َم ًة‬ Surah Yunus, ayat 58 Surah Yunus, ayat 57
ً‫ار ًكا‬
َ َ‫ُمب‬ Surah Sad, ayat 29 Surah al-Anbiya, ayat 50
8

Jadual 2: Perbezaan dalil bagi nama-nama al-Qur'an yang sama dalam al-Itqan fi Ulum al-
Qur'an dan al-Burhan fi Ulum al-Qur'an
(al-Suyuti, 1974) (al-Zarkasyi B. a.-D., 1957)

4.2 SENARAI NAMA-NAMA AL-QUR’AN BERSERTA DALILNYA

Kedua-dua tokoh memilih pendapat bahawa terdapat 55 nama al-Qur’an. Kedua-dua


mereka juga hanya menjadikan kalam Allah sebagai dalil untuk nama-nama itu. Walaupun
bilangannya sama, nama-namanya pun sama, namun yang menariknya, dalil-dalil yang dipilih
untuk dijadikan hujah untuknya diambil dari sumber yang ada kalanya berbeza. Dalam
bahagian ini disenaraikan nama-nama al-Qur’an yang disenaraikan di kedua-dua buah kitab
berserta rujukan dalilnya.

Nama-nama al-Qur’an dari Nama-nama al-Qur’an dari


al-Burhan fi Ulum al-Qur’an al-Itqan fi Ulum al-Qur’an
No. Nama Rujukan Dalil No. Nama Rujukan Dalil
1 ‫ِكت َابًا‬ Al-Dukhan, 2 1 ‫ِكتَابًا‬ Al-Dukhan, 2
2 ‫قُ ْرآنًا‬ Al-Waqiah, 77 2 ‫ُم ِبينًا‬ Al-Dukhan, 2
3 ‫ك َََل ًما‬ Al-Taubah, 6 3 ‫قرآنا‬ Al-Waqiah, 77
4 ً ُ‫ن‬
‫ورا‬ Al-Nisa’, 174 4 ‫كريما‬ Al-Waqiah, 77
5 ‫هدى‬ Luqman, 3 5 ‫ك َََل ًما‬ Al-Taubah, 6
6 ً‫َر ْح َمة‬ Yunus, 58 6 ً ُ‫ن‬
‫ورا‬ Al-Nisa’, 174
7 ‫فُ ْرقَانًا‬ Al-Furqan, 1 7 ‫هدى‬ Yunus, 57
8 ‫ِشفَا ًء‬ Al-Isra’, 82 8 ‫رحمة‬ Yunus, 57
9 ً ‫ظة‬
َ ‫َم ْو ِع‬ Yunus, 57 9 ‫فُ ْرقَانًا‬ Al-Furqan, 1
10 ‫ِذ ْك ًرا‬ Al-Anbiya’, 50 10 ‫ِشفَا ًء‬ Al-Isra’, 82
11 ‫كريما‬ Al-Waqiah, 77 11 ‫موعظة‬ Yunus, 57
12 ‫ع ِليًّا‬
َ Al-Zukhruf, 4 12 ‫ِذ ْك ًرا‬ Al-Anbiya’, 50
13 ‫حكمة‬ Al-Qamar, 5 13 ‫ار ًكا‬
َ ‫ُم َب‬ Al-Anbiya’, 50
14 ‫َحكِي ًما‬ Yunus, 1 14 ‫ع ِليًّا‬
َ Al-Zukhruf, 4
15 ‫ُم َهيْمِ نًا‬ Al-Maidah, 48 15 ‫حكمة‬ Al-Qamar, 5
16 ‫ار ًكا‬
َ ‫ُم َب‬ Saad, 29 16 ‫حكيما‬ Al-Hijr, 1
17 ‫َحب ًَْل‬ Aali Imran, 103 17 ‫ُم َهيْمِ نًا‬ Al-Maidah, 48
18 َ ‫ط ْال ُم ْستَق‬
‫ِيم‬ َ ‫الص َرا‬
ِ Al-An’am, 153 18 ‫حبَل‬ Aali Imran, 103
19 ‫ْال َق ِي َم‬ Al-Kahf, 1 19 ً ‫ص َرا‬
‫طا ُم ْستَقِي ًما‬ ِ Al-An’am, 153
9

20 ‫فصَل‬ Al-Tariq, 13 20 ‫قيما‬ Al-Kahf, 2


21 َ ً ‫نَبَأ‬
‫عظِ ي ًما‬ Al-Naba’, 2 21 ‫قَ ْو ًل‬ Al-Taqiq, 13
22 ِ ‫سنَ ْال َحدِي‬
‫ث‬ َ ‫أَ ْح‬ Al-Zumar, 23 22 ‫ص ًَل‬
ْ َ‫ف‬ Al-Taqiq, 13
23 ً ‫ت َ ْن ِز‬
‫يَل‬ Al-Syuara’, 192 23 َ ً ‫نَ َبأ‬
‫عظِ ي ًما‬ Al-Naba’, 2
24 ‫ُرو ًحا‬ Al-Syura, 52 24 ِ ‫سنَ ْال َحدِي‬
‫ث‬ َ ‫أَ ْح‬ Al-Zumar, 23
25 ‫وحيا‬ Al-Anbiya’, 45 25 ‫ُمتَشَابِ ًها‬ Al-Zumar, 23
26 َ ‫ْال َمثَان‬
‫ِي‬ Al-Hijr, 87 26 َ ‫َمثَان‬
‫ِي‬ Al-Zumar, 23
27 ‫عربيا‬ Yusuf, 2 27 ً ‫تَ ْن ِز‬
‫يَل‬ Al-Syuara’, 192
28 ‫قَ ْو ًل‬ Al-Qasas, 51 28 ‫ُرو ًحا‬ Al-Syura, 52
29 ‫بصائر‬ Al-Jathiyah, 20 29 ‫وحيا‬ Al-Anbiya’, 45
30 ‫بيانا‬ Aali Imran, 138 30 ‫عربيا‬ Yusuf, 2
31 ‫علما‬ Al-Baqarah, 120 31 ‫بصائر‬ Al-Jathiyah, 20
32 ‫َحقًّا‬ Aali Imran, 62 32 ‫بيانا‬ Aali Imran, 138
33 َ ‫ْال َهاد‬
‫ِي‬ Al-Isra’, 9 33 ‫ع ِْل ًما‬ Aali Imran, 61
34 ‫عجبا‬ Al-Jinn, 1 34 ‫َحقًّا‬ Aali Imran, 62
35 ‫تذكرة‬ Al-Haqqah, 48 35 ‫َهدْيًا‬ Al-Isra’, 9
36 ِ‫ِب ْالعُ ْر َوة‬ Al-Baqarah, 256 36 ‫عجبا‬ Al-Jinn, 1
37 ‫ْال ُوثْقَى‬ Al-Baqarah, 256 37 ‫تذكرة‬ Al-Haqqah, 48
38 ‫متشابها‬ Al-Zumar, 23 38 ‫العروة‬ Al-Baqarah, 256
39 ‫صدقا‬ Al-Zumar, 23 39 ‫الوثقى‬ Al-Baqarah, 256
40 ‫عدل‬ Al-An’am, 115 40 ‫صدقا‬ Al-Zumar, 33
41 ‫إِي َمانًا‬ Aali Imran, 193 41 ‫عدل‬ Al-An’am, 115
َ
42 ‫أمرا‬ Al-Talaq, 5 42 ‫أ ْم ًرا‬ Al-Talaq, 5
43 ‫بشرى‬ Al-Naml, 2 43 ‫ُمنَا ِديًا‬ Aali Imran, 193
44 ‫َم ِجيدًا‬ Al-Buruj, 22 44 ‫بشرى‬ Al-Anfal, 2
45 ‫زبورا‬ Al-Anbiya’, 105 45 ‫َم ِجيدًا‬ Al-Buruj, 21
46 ‫ُمبِينًا‬ Yusuf, 1 46 ‫ُورا‬
ً ‫زَ ب‬ Al-Anbiya’, 105
47 ‫ِيرا‬
ً ‫بَش‬ Fussilat, 4 47 ‫ِيرا‬
ً ‫بَش‬ Fussilat, 3
48 ‫ِيرا‬
ً ‫نَذ‬ Fussilat, 4 48 ‫ِيرا‬
ً ‫نَذ‬ Fussilat, 3
49 ‫عزيزا‬ Fussilat, 41 49 ‫عزيزا‬ Fussilat, 41
50 ‫بَلغا‬t Ibrahim, 52 50 ‫بَلغا‬ Ibrahim, 52
51 ‫قصصا‬ Yusuf, 3 51 ‫قصصا‬ Yusuf, 3
10

52 ‫صحف‬ ‘Abasa, 13 52 ‫ص ُحف‬


ُ ‘Abasa, 13
53 ‫مكرمة‬ ‘Abasa, 13 53 ‫ُمك ََّر َمة‬ ‘Abasa, 13
54 ‫مرفوعة‬ ‘Abasa, 14 54 ‫مرفوعة‬ ‘Abasa, 14
55 ‫مطهرة‬ ‘Abasa, 14 55 ‫مطهرة‬ ‘Abasa, 14

Jadual 3: Senarai nama-nama al-Qur'an berserta sumber dalil dari al-Burhan dan al-Itqan
(al-Suyuti, 1974) (al-Zarkasyi B. a.-D., 1957)

4.3 PERBINCANGAN ASAL USUL PERKATAAN “AL-QUR’AN” DAN TAFSIR


RINGKAS NAMA-NAMA AL-QUR’AN

Kedua-dua karya ini memuatkan perbincangan yang padat berkenaan pendapat-


pendapat ulama’ berkenaan asal usul perkataan “Al-Qur’an” dan adakah ianya kata yang paling
sesuai untuk dijadikan nama khas untuk kalam Allah SWT yang paling agung ini. Antara
pendapat yang menarik yang dimuatkan dalam kedua-dua karya adalah pendapat Imam al-
Syafi’i rahimahullah yang mengatakan perkataan al-Quran, tanpa hamzahlah yang lebih tepat
untuk digunakan dan bukan al-Qur’an, dengan hamzah.
11

5 PERBINCANGAN PANDANGAN AL-SUYUTI TENTANG SYARAT-SYARAT


ُ ًِ‫فِيً َم ْع ِر َفة‬
MUFASSIR DALAM ‫ش ُروطِ ًا ْل ُمفَس ِِرًوآدابه‬

Sekiranya di buat carian di Google dengan “Syarat Mufassir Suyuti”, antara topik yang
paling ditonjolkan ialah “15 Syarat Mufassir oleh Imam al-Suyuti”. Namun, bila diteliti sendiri
dalam bab yang dikehendaki tugasa, kita akan dapati, sangat banyak pedoman yang dikongsi
oleh Imam al-Suyuti berkenaan kriteria dan karakter yang perlu ada bagi seseorang ingin
menafsirkan ayat-ayat al-Qur’an. Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan berkenaan
pandangan Imam al-Suyuti berkenaan syarat-syarat untuk menjadi seorang mufassir.

Beliau memulakan perbincangan ini dengan berkongsi empat syarat untuk menjadi
seorang mufassir oleh Imam al-Tabari. Empat syarat itu ialah (Al-Suyuti, 2009):

1. Akidah yang betul


2. Mematuhi Rasulullah SAW
3. Tujuan yang betul
4. Mahir dalam bahasa Arab

Empat syarat oleh Imam al-Tabari ini adalah rangka asas kepada keseluruhan perbincangan
dalam bab yang sedang dibincangkan. Berikutnya akan dikongsi tiga pandangan utama Imam
al-Suyuti berkenaan syara-syarat seorang mufassir yang diberi penekanan dalam bab ini.

5.1 MENDAHULUKAN SUMBER YANG DIRIWAYATKAN BERBANDING


IJTIHAD ULAMA’

Imam al-Suyuti amat menekankan berkenaan sumber tafsiran haruslah datang dari
sumber-sumber yang diriwayatkan dari al-Qur’an sendiri atau Rasulullah SAW. Ini kerana
menjaga kesucian al-Qur’an dari tercemar dengan hawa nafsu atau kelemahan pemikiran
mufassir. Beliau begitu mementingkan hal ini sehinggakan meletakkan syarat yang sangat ketat
untuk membuka ruang berijtihad dalam menafsir ayat al-Qur’an walaupun oleh yang mahir
semua cabang ilmu yang diperlukan untuk menafsir al-Qur’an.

5.2 KELENGKAPAN MUFASSIR

Seperti yang disebutkan dalam pendahuluan bahagian ini, Imam al-Suyuti


menyenaraikan 15 bidang ilmu yang perlu dimiliki oleh seseorang yang menafsir ayat al-
Qur’an, senarai ini dikreditkan beliau kepada Imam al-Zarkasyi, 15 cabang ilmu itu ialah:
12

1. Ilmu Bahasa Arab


2. Ilmu Nahwu
3. Ilmu Sorof
4. Ilmu Isytiqaq
5. Ilmu Ma'ani
6. Ilmu Bayan
7. Ilmu Badi'
8. Ilmu Qira'at
9. Ilmu Usuluddin
10. Ilmu Usul Fiqh
11. Ilmu Asbab Al-Nuzul
12. Ilmu Nasikh Mansukh
13. Ilmu Fiqh
14. Ilmu Hadis (Samar)
15. Bakat

Beliau menambah lagi selepas menyenaraikan 15 cabang ilmu yang diperlukan ini dengan
mengingatkan tanpa akidah, niat dan amalan yang menepati syarak, memiliki ilmu-ilmu ini
tetap tidak akan menghasilkan sesuatu yang baik,

5.3 TEGAHAN TERHADAP PENTAKWILAN DALAM PENAFSIRAN

Beliau mengkhususkan satu bahagian dalam bab ini yang berjudul, “Tafsiran para
Sufi”. Dalam bab ini, beliau menegah dengan keras pentakwilan ayat al-Qur’an yang terlalu
jauh dari maksud zahir ayat, apatah lagi yang melanggar syariat. Beliau meraikan khilaf di
kalangan mufassir kerana kayanya bahasa Arab, setiap perkataan boleh membawa banyak
makna, dan pemilihan makna untuk perkataan yang sama ini boleh menimbulkan khilaf dalam
penafsiran. Namun, pentakwilan, menafsirkan satu kata dengan makna yang hampir tidak
menyerupai langsung makna zahirnya adalah sesuatu yang ditegah oleh Imam al-Suyuti
rahimahullah.
13

6 KESIMPULAN

Kitab al-Burhan fi Ulum al-Qur’an karang Imam al-Zarkasyi dan al-Itqan fi Ulum al-
Qur’an karangan Imam al-Suyuti merupakan dua kitab yang amat penting dalam bidang ulum
al-Qur’an. Walaupun 100 tahun memisahkan tarikh kelahiran dua orang tokoh ulung ini,
mereka disambungkan melalui karya mereka. Imam al-Suyuti menjadikan al-Burhan karangan
al-Zarkasyi sebagai rujukan utamanya dalam al-Itqan.

Walaupun kedua buah kitab ini banyak persamaan dari segi topik perbincangan,
rujukan, kesimpulan dan sebagainya, namun keilmuan Imam al-Suyuti amat terserlah apabila
beliau berjaya memberi banyak sumbangannya sendiri dalam masa yang sama memberikan
kredit kepada karya-karya ulama’ sebelumnya termasuk al-Burhan. Dengan kitab yang lebih
sedikit jumlah muka suratnya, Imam al-Suyuti melalui gaya penulisannya yang lebih ringkas
dan padat, berupaya menambah beberapa topik perbincangan beliau sendiri.

Bila dibandingkan dua karya ini melalui bab masing-masing yang membincangkan
nama-nama al-Qur’an, kita dapat lihat Imam al-Suyuti membincangkan hampir kesemua
perbincangan Imam al-Zarkasyi namun dengan gaya penulisan yang berbeza dan struktur ayat
yang lebih ringkas. Beliau kemudiannya menambah perbincangan berkenaan nama-nama surah
termasuk 25 nama al-Fatihah yang disusunnya sendiri.

Walaupun dengan gaya penulisan yang ringkas, Imam al-Suyuti tidak mengorbankan
kejelasan hujahnya. Kita dapat lihat dalam bab berkaitan syarat-syarat mufassir, Imam al-
Suyuti membahaskannya dengan begitu sarat. Penuh dengan dalil dari al-Qur’an dan sunnah,
pendapat ulama’ dan juga penerangan beliau sendiri. Beliau dilihat tegas dalam menjaga
kesucian al-Qur’an melalui amaran-amaran dan syarat-syarat yang berat kepada mereka yang
ingin menafsir al-Qur’an.

3013 patah perkataan


14

7 RUJUKAN

Abdullah, M. (2019). Al-Qur'an dan Ulum al-Qur;an. Dalam M. Abdullah, ABSQ2103: Ulum
al-Qur'an (hlm. 18 - 22). Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open Universiti
Malaysia.

Abdullah, M. (2019). Definisi al-Qur'an, Nama dan Sifat-Sifat al-Qur'an. Dalam M. Abdullah,
Ulum al-Qur'an (hlm. 2 - 9). Malaysia: Open University Malaysia.

Ahmad, A. R. (t.t). Al-IMAM JALALAL-DIN AL-SUYUTI [849H-911H]. Kuala Lumpur:


Universiti Malaya.

al-Suyuti, J. a.-D. (1974). Al-Itqan fi Ulum al-Qur'am. Mesir: Al-Hai'ah al-Misriyyah al-'Amah
al-Kitab.

Al-Suyuti, J. a.-D. (2009). Syarat-Syarat Mufassir dan Adab-Adabnya. Dalam J. a.-D. Al-
Suyuti, Ulumul Qur'an II (hlm. 895 - 896). Surakarta: Indiva Pustaka.

al-Zarkasyi, B. a.-D. (1957). Al-Burhan fi Ulum al-Qur'an. Beirut: ‫دار إحياء الكتب العربية‬
‫ عيسى البابى الحلبي وشركائه‬.

al-Zarkasyi, B. a.-D. (1957). ‫واشتقاقاتها‬ ‫معرفة أسمائه‬. Dalam B. a.-D. al-Zarkasyi, ‫البرهان‬
‫(في علوم القرآن‬hlm. 273). Beirut: ‫دار إحياء الكتب العربية عيسى البابى الحلبي‬
‫وشركائه‬.
Ibrahim, M. A. (1957). Kitab al-Burhan. Dalam B. a.-D. al-Zarkasyi, Al-Burhan fi Ulum al-
Qur'an (hlm. 13). Beirut: Dar Ihya al-Kitab al-'Arabiyyah.

Mencari Redha Ilahi. (2009, November 11). Biografi Imam Badr al-Din al-Zarkasyi.
Didapatkan dari Mencari Redha Ilahi:
http://ibnuzayyin.blogspot.com/2009/11/biografi-imam-badr-al-din-al-zarkasyi.html

Anda mungkin juga menyukai