Anda di halaman 1dari 3

AMSU5303 / SAMPEL

BAHAGIAN A
SOALAN ESEI

ARAHAN
Bahagian A mengandungi DUA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Asas metode dakwah dalam Islam telah dinyatakan melalui firman Allah SWT dalam al-
Quran surah al-Nahl: 125 iaitu hikmah, al-mau’izah al-hasanah dan mujadalah al-husna.

Berdasarkan keterangan tersebut, bincangkan secara terperinci metode mujadalah al-


husna dalam menyampaikan dakwah dengan memberikan contoh-contoh yang relevan
pada masa kini.

(Jumlah: 20)

2. Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 120 yang bemaksud:

“Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai
Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam
berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman”.

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, ternyata kaedah bercerita dalam berdakwah


merupakan salah satu teknik yang perlu dikuasai oleh para pendakwah. Sejauh
manakah kaedah ini dapat direalisasikan oleh pendakwah kini dengan merujuk kepada
manhaj dakwah Nabi Hud A.S.

(Jumlah: 20)

Muka 1 drp 3
AMSU5303 / SAMPEL

BAHAGIAN B
SOALAN ESEI

ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan sahaja.

SOALAN Markah

1. Abd al-Karim Zaydan (1976) dalam kitabnya Usul al-Da’wah menjelaskan bahawa:
“media dakwah bertindak sebagai alat komunikasi penting yang bertujuan membantu
para pendakwah menyampaikan dakwah dengan lebih efisien dan berkesan”.

Bincangkan peranan media dalam menyampaikan dakwah dengan memfokuskan


kepada media cetak dan elektronik berserta contoh-contoh yang relevan pada masa
kini.

(Jumlah: 20)

2. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak mengambil berat atas urusan orang muslimin, maka bukanlah dia
dalam kalangan umatku. Dan sesiapa pada pagi hari mengutamakan perkara lain selain
daripada agama Allah, maka orang itu bukanlah daripada golongan orang yang diredhai
Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, terdapat golongan masyarakat yang perlu diberi
keutamaan dalam melaksanakan dakwah melalui khidmat masyarakat. Bincangkan
golongan sasaran dakwah (mad’u) tersebut dan metode yang boleh digunakan oleh para
pendakwah.

(Jumlah: 20)

Muka 2 drp 3
AMSU5303 / SAMPEL

SOALAN Markah

3. Khutbah Jumaat merupakan medium menyalurkan informasi dan juga platform


mendidik masyarakat supaya peka terhadap permasalahan semasa. Bagaimanapun,
kaedah penyampaian khutbah yang tidak menarik dan tidak mesra jemaah
menyebabkan khutbah tersebut kurang berkesan dalam menyampaikan maklumat.

Analisis kenyataan tersebut dan bincangkan peranan khutbah Jumaat serta faktor-
faktor keberkesanannya.

(Jumlah: 20)

4. Uslub atau persembahan isi dalam meyampaikan dakwah adalah penting dalam
memahami sasaran dakwah. Bincangkan uslub dakwah Nabi Muhammad SAW di
Mekah dan jelaskan pengajaran uslub tersebut dalam berdakwah kepada golongan
bukan Islam di Malaysia.

(Jumlah: 20)

5. Menurut ajaran Buddha empat Kebenaran Mulia (The Noble Truth) ialah satu cara bagi
mencapai kebahagiaan yang memerlukan pengorbanan.

Bincangkan Empat Kebenaran Mulia tersebut dan terangkan bagaimana pendakwah


dapat menghubungkan aspek dukkha dalam konteks agama Islam.

(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

Muka 3 drp 3

Anda mungkin juga menyukai